pembedahan selaput dara berdasarkan perspektif islam.pdf

21
UHW6023 - FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN Tugasan Berkumpulan TAJUK: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM NAMA : FIRDAUS BIN MAHAMAD (MM123014) : ZULFAQIH BIN LAZIM (MM123018) : SURHAN JAMIL BIN HARON (MM111161) UNIVERSITI : UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TA'ZIM MALAYSIA FAKULTI : MECHANICAL ENGINEERING PENSYARAH : P.M DR HUSSIN BIN SALAMON

Upload: firdaus-bin-mahamad

Post on 22-Jan-2016

211 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Apakah maksud mengembalikan selaput dara? Mengembalikan selaput dara ialah prosesuntuk menampal semula selaput dara yang telah terkoyak atau proses untuk mewujudkan selaputdara yang baru bagi menggantikan selaput dara yang telah terkoyak. Selaput dara ini atau didalam Bahasa Inggerisnya disebut hymen ialah lapisan membran yang nipis dan lembut yangterletak di antara mulut vagina bagi seseorang perempuan. Secara teorinya, selaput dara yangterkoyak sebelum perkahwinan disebabkan oleh beberapa faktor tertentu

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

UHW6023 - FALSAFAH SAINS DAN KETAMADUNAN

Tugasan Berkumpulan

TAJUK:

PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM

NAMA : FIRDAUS BIN MAHAMAD (MM123014)

: ZULFAQIH BIN LAZIM (MM123018)

: SURHAN JAMIL BIN HARON (MM111161)

UNIVERSITI : UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

81310 UTM JOHOR BAHRU

JOHOR DARUL TA'ZIM

MALAYSIA

FAKULTI : MECHANICAL ENGINEERING

PENSYARAH : P.M DR HUSSIN BIN SALAMON

Page 2: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

MUKA DEPAN i

1 PENGENALAN

1.1 Definisi atau Maksud Dara 1

1.2 Manfaat Dan Muadarat Yang Akan Timbul Dari 3

Pembedahan Selaput Dara

1.2.1 Manfaat Dari Pembedahan Selaput Dara 3

1.2.2 Kemudaratan Akibat Pembedahan Selaput Dara 5

2 MEMBAHASKAN SUDUT POSITIF DAN NEGATIF PENGEMBALIAN 8

DARA BERDASARKAN PENYEBAB HILANGNYA SELAPUT

DARA TERSEBUT

2.1 Manfaat Dan Mudarat Pemulihan Selaput Dara Yang Hilang Kerana 8

Sebab Yang Tidak Dianggap Maksiat

2.2 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang 11

akibat zina

2.2.1 Keadaan 1 12

2.2.2 Keadaan 2 13

2.3 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang 15

akibat pernikahan

3 PEMBAHASAN MENGENAI SIKAP DOKTOR TERHADAP KEADAAN 16

YANG DIHADAPINYA

4 SENARAI RUJUKAN 19

Page 3: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

1  

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi atau Maksud Dara

Apakah maksud mengembalikan selaput dara? Mengembalikan selaput dara ialah proses

untuk menampal semula selaput dara yang telah terkoyak atau proses untuk mewujudkan selaput

dara yang baru bagi menggantikan selaput dara yang telah terkoyak. Selaput dara ini atau di

dalam Bahasa Inggerisnya disebut hymen ialah lapisan membran yang nipis dan lembut yang

terletak di antara mulut vagina bagi seseorang perempuan. Secara teorinya, selaput dara yang

terkoyak sebelum perkahwinan disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Jika difikirkan secara

negatif, tentulah koyakan selaput dara ini disebabkan berlakunya hubungan kelamin yang

diharamkan oleh syarak. Tetapi jika difikirkan secara positif, koyakan selaput dara ini mungkin

disebabkan oleh berlakunya sesuatu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan di bahagian

tersebut atau seseorang itu sejak dari azali lagi tidak mempunyai selaput dara.

Masyarakat dunia berbeza pandangan mengenai kepentingan selaput dara ini iaitu sebagai

lambang keperawanan bagi seseorang wanita. Sebagaimana masyarakat kita atau masyarakat

timur, berpendapat selaput dara ini merupakan lambang mahkota sejati bagi seseorang wanita,

dan bagi seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) akan dipandang

rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si

gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya

upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah di saat-saat akhir (seperti kepada tunang atau

suaminya). Bagi masyarakat barat pula melihat soal dara sebaliknya, mereka beranggapan wanita

yang memiliki dara ialah golongan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam melakukan

hubungan seksual dan mereka ini seolah-olah tidak berkeinginan untuk melakukan perkara

tersebut. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah

Page 4: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

2  

melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini

layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang

gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual

mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh

agama, social malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga

kesuciannya. Kesucian bukan bermakana kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ oleh

lelaki bukan suaminya.

“Dan mereka itu yang memeliharakan kehormatan mereka melainkan atas isteri atau

hamba sahyanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang

mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui

batas” (Al-Mukminun: 5-7)

Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu

riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah

lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah

(jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Pada dasarnya, pembedahan untuk mengembalikan selaput dara ini merupakan isu baru

yang muncul selepas berkembangnya ilmu sains perubatan ini. Kejayaan kepada pembedahan ini

mengundang kepada kekusutan apabila wanita-wanita yang mengalami kekoyakan selaput dara

sebelum menempuhi gerbang perkahwinan antara golongan awal yang melakukan pembedahan

ini. Malah di dalam masyarakat Islam kini, wanita-wanita yang mampu untuk menempuhi

gerbang perkahwinan tanpa sebarang halangan sama ada halangan dari keluarga atau masyarakat

setempat juga memohon untuk melakukan pembedahan ini.

Page 5: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

3  

Hal ini membuatkan para doktor yang melakukan pembedahan ini merasa bingung kerana

mereka ini telah bersubahat dengan golongan wanita tersebut kerana menipu bakal-bakal suami

mereka sepertimana golongan doktor ini berasa terpanggil untuk menyelamatkan golongan

wanita ini dari sebarang skandal atau dibunuh akibat di pandang serong oleh masyarakat apabila

dikatakan telah menjual kehormatan diri mereka. Sebenarnya, pembedahan untuk

mengembalikan selaput dara ini bukan sahaja dilakukan oleh wanita-wanita yang belum

berkahwin, bahkan juga dilakukan oleh golongan janda dan juga wanita-wanita yang telah

diceraikan.

Selain itu, hal ini juga mengundang kepada sesetengah golongan isteri untuk melakukan

pembedahan ini agar sentiasa merasakan diri itu masih dara dan mengingatkan kepada pasangan

suami isteri itu kepada malam pertama perkahwinan mereka.

1.2 Manfaat Dan Muadarat Yang Akan Timbul Dari Pembedahan Selaput Dara

1.2.1 Manfaat Dari Pembedahan Selaput Dara

Jika kita melihat kepada tindakan ini dari segi pengaruhnya, dengan mempertimbangkan adat

dan kebiasaan yang memberikan reaksi jika diketahuai punca kehilangan atau kerosakan selaput

dara, kita akan dapati beberapa manfaat yang sesuai dengan syariat. Diantaranya:

a) Untuk Melindungi Aib Seseorang Wanita Itu

Golongan doktor yang melakukan pembedahan ini mestilah bertujuan untuk kebaikkan

iaitu menutup aib seseorang gadis yang terianaya. Ini kerana, jika perbedahan ini tidak dilakukan

ia mungkin akan memudaratkan gadis dan keluarga gadis itu sendiri.

Page 6: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

4  

Menutup aib tidak hanya menyembunyikan aib itu daripada orang lain, ini adalah

tindakan menutup aib dalam bentuk tidak nyata. Manakala pembedahan membaiki selaput dara

yang dilakukan oleh doktor adalah bentuk tindakan menutup aib secara nyata. Kedua-duanya

adalah bertujuan untuk menghindari aib dan kesan buruk pada pihak yang terlibat.

Tindakan menutup aib seseorang gadis yang mengalami kerosakan selaput daranya tidak

akan tercapai kecuali dengan cara kedua. Sedangkan cara pertama saja tidak mungkin tercapai,

bila aspek budaya dan adat diambil kira.

Menutup aib sendiri merupakan tujuan syariat yang mulia dan telah ditekankan dalam

beberapa hadis dari sunnah Nabi s.a.w.. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda,

maksudnya:

“Tidaklah seorang hamba menutupi aib orang lain di dunia, kecuali Allah akan menutupi

aibnya pada hari akhirat” (Hadis Riwayat Muslim)

b) Melindungi Institusi kekeluargaan

Disamping kebaikan untuk menutup aib, ia juga dapat melindungi institusi kekeluargaan

yang akan dibentuk kemudian hari dari perkara-perkara yang yang menyebabkan kehancuran. Ini

kerana, jika doktor tidak dapat mengembalikan selaput dara gadis itu dan kemudiannya gadis itu

berkahwin, dan suaminya mengetahui hal tersebut, maka hal ini akan menyebabkan penceraian

dan kehancuran rumah tangga itu. Atau paling tidak, akan menimbulkan sikap prasangka dan

hilangnya kepercayaan antara satu sama lain, sedangkan asas kebahagian institusi rumah tangga

itu berlandaskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain.

Page 7: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

5  

c) Mengelak dari prasangka buruk

Pembedahan ini dapat membantu menyebarkan prasangka baik dalam masyarakat, dan

mencegah prasangka buruk dalam hati apa yang diharamkan Allah. Hal prasangka buruk ini

kemungkinan akan menyebabkan kezaliman kepada gadis –gadis yang tidak bersalah.

Sedangkan menyebarkan prasangka baik di antara orang-orang mukmin adalah satu

tujuan syariat dan digalakkan dalam agama Islam. Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu

tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari

sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan

dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika

demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,

patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;

sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Q.S Al-Hujuraat: 12.)

1.2.2 Kemudaratan Akibat Pembedahan Selaput Dara

a) Wujudnya penipuan

Yang perkara pertama yang akan terlintas dipemikiran kita disebalik pengembalian

selaput dara yang dilakukan oleh doktor, ada unsur penipuan terhadap siapa yang akan menikahi

gadis tersabut kemudiannya. Ini kerana tanda yang membukti atas keburukan yang pernah

dilakukan oleh si gadis itu telah tertutup. Jika keburukan tersebut diketahui oleh suami barunya,

nescaya suami barunya tidak akan meneruskan kehidupan berumah tangga dengan gadis tersebut

untuk menjaga keturunannya. Jika wanita itu telah mengandung dan menjalani pembedahan, ia

akan belakunya pencampuran nasab. Apabila gadis itu berkahwin dengan suami baru, kandungan

dari bekas lelaki lain akan di’bin’kan dengan suami baru.

Page 8: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

6  

Hal ini, Allah s.w.t telah berfirman kepada orang-orang yang beriman agar tidak menikahi

wanita penzina atau yang musyrik kecuali wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina

bersamanya. Firman Allah s.w.t:

"Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau

wanita yang musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang

berzina atau musyrik." (al-Nur ayat 3)

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik." (al-Nur ayat 26)

Telah dibahaskan oleh beberapa ulama bahawa apabila seseorang lelaki penzina menikah

dengan seorang wanita suci dan seseorang wanita penzina jika menikahi seorang lelaki suci,

maka mereka harus diceraikan berpandukan ayat diatas.

Dari aspek lain, si suami berhak membatalkan perkahwinannya jika dia mengetahui yang

bakal isterinya menipu dengan pembedahan selaput dara menujukkan dia seorang yang suci, dan

menjadikan bakal suaminya penanggung atas kandungan yang hasil daripada penzinaan dengan

lelaki lain.

b) Mendorong Perbuatan Keji

Hasil daripada pembedahan selaput dara juga kemungkinan boleh mendorong kepada

berkembangnya perbuatan keji dalam masyarakat. Ini kerana perasaan malu segan dan rasa

tanggungjawab pada diri seorang gadis itu akan hilang. Di mana kebiasaannya perasaan seperti

itu akan mencegahnya daripada perbuatan keji tersebut, kerana dia mengetahui bahawa

perbuatan itu akan memberi kesan pada tubuhnya dan akan dipandang serong oleh masyarakat.

Dan jika ia sedar akan tidak terlepas dari hukuman syariat, maka ia berasa takut akibat dari

Page 9: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

7  

perbuatannya di masa akan datang, sehingga ia bertaubat meningalkan perbuatan itu agar selamat

di dunia dan di akhirat.

Akan tetapi jika ia seolah-olah menjadi penyesai mudah bagi wanita muda untuk

melakukan perbuatan zina dan kemudiannya membaiki selaput daranya, maka akan berkuranglah

rasa takut akan akibatnya di masa depan, dan dengan itu mendorongnya melakukan kemaksiatan

dan mengulangi perbuatan zina tersebut.

c) Mendedahkan aurat

Kemaluan wanita dan sekitarnya adalah aurat yang wajib ditutup daripada golong yang

haram baginya. Ia tidak dibenarkan melainkan suami untuk melihat dan menyentuhnya, baik

yang melihat dan yang menyentuh itu lelaki ataupun wanita. Sedangkan pembedahan selaput

dara memelukan pemerhatian dan sentuhan oleh doktor yang merawat.

Sementara itu, membuka aurat khususnya aurat yang paling sulit tanpa keperluan yang

memaksa adalah dilarang. Sedangkan dalam ilmu perubatan tidak menemukan manfaat

selaput dara untuk kesihatan, maka alasan yang menghalalkan tindakan tersebut tidak ada,

kecuali terjadinya luka pendarahan akibat dari kecelakaan atau kecerderaan pada selaput

daranya.

Page 10: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

8  

2.0 MEMBAHASKAN SUDUT POSITIF DAN NEGATIF PENGEMBALIAN

DARA BERDASARKAN PENYEBAB HILANGNYA SELAPUT DARA

TERSEBUT.

Ada manfaat dan mudarat dari pengembalian keperawanan secara umum. Akan tetapi dalam

kenyataannya, masalah ini berbeza-beza sesuai dengan perbezaan penyebab hilangnya selaput

dara itu sendiri. Untuk mengetahui haal itu, kita boleh membahagi penyebab tersebut menjadi

tiga jenis:

1. Sebab selain hubungan suami isteri yang tidak dianggap maksiat

2. Perbuatan zina tanpa paksaan

3. Hubungan suami isteri dan hal-hal yang berkenaan dengannya.

2.1 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang kerana sebab yang tidak

dianggap maksiat

Atas sebab yang tidak dianggap maksiat, si gadis kehilangan dara akibat kemalangan atau

kecelakaan yang menimpa dirinya. Jadi ianya adalah sesuatu yang patut untuk menutup aib yang

demikian bagi mengelakkan mereka dari ditimpa kezaliman.

Oleh itu, dengan pengembalian selaput dara ini, dapat membantu menghilangkan apa-apa

kemungkinan untuk berlakunya prasangka buruk dan fitnah terhadap gadis tersebut. Selain itu,

hal ini juga dapat membantu untuk mendorong gadis-gadis ini untuk tetap di jalan yang lurus

dengan membantu mereka beroleh keyakinan dan keazaman baru.

Page 11: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

9  

Mudarat yang mungkin timbul dari pengembalian dara gadis-gadis ini adalah sangat kecil

berbanding manfaat yang diberi. Hal ini kerana kemudaratan yang dikatakan mungkin timbul

sebenarnya dapat dibahaskan dan dipertikaikan kemudaratannya.

Ada pendapat mengatakan yang pengembalian selaput dara adalah suatu bentuk penipuan

terhadap si suami dan menidakkan hak suami untuk mencerai atau membatalkan

perkahwinannya. Namun pada hakikatnya, operasi ini tidak beerti penipuan terhadap si suami

dan menidakkan hak suami untuk membatalkan pernikahan. Mudarat seperti penipuan terhadap

suami tidak wujud dalam hal ini. Hal ini kerana penipuan adalah boleh diertikan seperti

menyembunyikan aib dan kekurangan dari sesuatu dan memunculkannya seakan-akan aib itu

tidak ada ketika di hadapan si peminta, yang akhirnya mengakibatkan kerugian pada si peminta.

Tetapi jika rosaknya selaput dara si gadis disebabkan oleh hal-hal yang tidak dianggap

sebagai maksiat dan aib menurut syariat, kemudian selaput dara itu diperbaiki olek doktor, ia

tidak dikira sebagai penipuan, sebaliknya merupakan hal yang benar, iaitu meletakkan sesuatu

pada tempatnya dan tidak ada unsur meyembunyikan aib yang ada pada diri si gadis melainkan

untuk menghindarkannya dari tuduhan dan prasangka buruk.

Hampir semua ulamak bersepakat bahawa tiadanya keperawanan tidak dianggap aib yang

mengharuskan batalnya pernikahan jia hal itu tidak disyaratkan oleh suami secara jelas.

Berdaasarkan hal di atas, tidak bererti seorang doktor yang mengembalikan keperawanan

seorang gadis, telah menidakkan hak calon suami untuk membatalkan pernikahan.

Akan tetapi, jika si pelamar telah mensyaratkan keperawanan si gadis, dan ternyata ia

sudah tidak perawan lagi disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak dianggap zina, maka calon

suami tidak berhak untuk membatalkan pernikahan menurut majoriti ulamak kerana menurut

definisi mereka, perawan adalah bermaksud tidak pernah disetubuhi.

Page 12: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

10  

Sebahagian ulamak pula berpendapat bahawa seorang suami itu boleh membatalkan

pernikahan jika dia telah mensyaratkan, secara spesifik yang selaput dara mesti tidak rosak

sebelum pernikahan. Menurut mereka, kerana status perawan atau dara adalah sesuatu yang

dikehendaki oleh semua orang, maka jika hal itu disyaratkan, maka syarat itu harus dipenuhi. Hal

ini dapat disama ertikan dengan mereka yang mensyaratkan calon isterinya haruslah berkulit

cerah atau gelap, tinggi atau rendah, besar atau kecil dan sebagainya. Dan jika tidak dipenuhi

maka menjadi hak calon suami untuk memilih samada membatalkan atau meneruskan

pernikahannya.

Sebahagian ulamak pula berpendapat tidak adanya hak untuk memilih bagi suami

meskipun dia telah mensyaratkan, jika tidak boleh dibuktikan adanya aib tertentu pada si isteri,

yang mengharuskan suami untuk memilih tanpa mensyaratkan sebelumnya.

Ada yang berpendapat bahawa pengembalian selaput dara akan mendorong gadis itu ke

arah kekejian, namun sebenarnya pengembalian selaput dara tidak bererti akan mendorong ke

arah kekejian kerana pada dasarnya si gadis memang tidak berbuat keji dan sesuatu yang terjadi

kepadanya kerana terpaksa, tidak bererti dia telah berbuat maksiat kepada tuhannya. Keengganan

doktor untuk menjalankan pembedahan pembaikan selaput dara terhadap gadis-gadis ini tidak

bererti menghalangi perbuatan maksiat kerana pada dasarnya, kemaksiatan itu tidak boleh

dicegah kecuali atas kemahuan para pelaku kemaksiatan itu sendiri.

Walau bagaimanapun, mendorong ke arah kekejian ada kemungkinan boleh terjadi

sekiranya doktor enggan menjalankan pembedahan tersebut. Hal ini boleh terjadi dimana gadis

yang mendapati daranya telah hilang dan harapan untuk memulihkannya telah tertutup, didorong

Page 13: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

11  

dengan masyarakat yang akan menyalahkannya, maka akan menjadikannya lebih dekat kepada

bisikan syaitan dan kekejian. Ditambah pula dengan keinginan untuk berkahwin yang semakin

meningkat namun si gadis itu khuatir pernikahan akan menjadi sebab terbukanya kebenaran yang

dia sudah tiada selaput dara dan menjadi fitnah masyarakat sekelilingnya. Ini akan membuatkan

gadis itu lama-kelaman terjerumus mecari jalan-jalan haram demi memenuhi tuntutan fitrahnya.

Antara mudarat yang muncul dari pengembalian selaput dara ialah pendedahan aurat ole

si gadis tersebut keppada doktor yang akan menjalankan pembedahan itu. Namun, mudarat ini

masih boleh diperbahaskan kebenarannya kerana adanya pendapat yang berbeza-beza dari para

ulamak.

Para ulamak berpendapat adalah dibolehakan untuk membuka aurat dan melihatnya jika

ada kepentingan yang kuat, atau untuk menhindari mudarat yang lebih besar jika dibandingkan

dengan mudarat membuka aurat itu sendiri. Hal ini boleh diumpamakan seperti pembukaan aurat

ketika berkhatan atau melahirkan anak dimana pembukaan aurat adalah sesuatu yang perlu demi

meastikan prosesnya berjalan lancar dan menyelamatkannya dari apa-apa kecelakaan.

Berdasarkan hal di atas, selagi mana adanya kepentingan dan selagi mana hilangnya

selaput dara boleh mengakibatkan mudharat kepada si gadis dan masyarakat maka dibolehkan si

gadis tersebut mendedahkan auratnya.

2.2 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat zina

Selaput dara sudah semestinya akan hilang akibat dari perbuatan zina oleh seorang gadis

berakal yang sudah baligh, secara sukarela. Seperti yang kita tahu, zina adalah perbuatan

terkutuk yang sudah sedia diketahui mudaratnya. Oleh hal yang demikian, sejauh manakah

Page 14: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

12  

manfaat dan mudarat yang akan wujud dari pemulihan selaput dara si gadis yang terlibat dalam

perbuatan ini.

Namun, sungguh pun zina itu adalah perbuataan yang keji dan hina, ada keadaan-keadaan

yang perlu diambil kira dimana keadaan ini akan membezakan perbahasan mnegenai maanfaat

dan mudarat yang wujud hasil daripada pengembaian selaput dara gadis-gadis yang terlibat

dengan zina. Hal ini dapat dibincangkan dari segi dua keaadaan berikut:

1. Keadaan 1

Si gadis yang sudah terkenal akan perbuatan suka berzinanya oleh masyarakat dan sudah

terbukti kesalahannya itu oleh pihak berkuasa.

2. Keadaan 2

Si gadis yang hanya berzina sekali dan belum diketahui masyarakat dan belum terbukti

kesalahannya oleh pihak berkuasa.

2.2.1 Keadaan 1

Untuk keadaan ini, tiada apa-apa manfaat yang akan wujud dari pengembalian selaput

dara gadis tersebut. Hal ini kerana sebab utama pembedahan pengembalian selaput dara ini pada

dasarnya adalah bertujuan untuk menutup aib gadis tersebut dan menghindarinya dari celaan dan

fitnah oleh masyarakat yang boleh memberinya seksaan emosi.

Akibat perbuataan zina berterusan oleh si gadis yang sudah jelas lagi terbukti kepada

masyarakat, maka pengembalian dara ini sama sekali tidak akan menjadi pendorong kepada

membentuk prangsangka baik masyarakat terhadap dirinya. Dengan yang demikian, pembedahan

Page 15: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

13  

pemulihan selaput dara kepada golongan ini sama sekali tiada manfaat dan menyebabkan tiada

kepentingan untuk si gadis itu mendedahkan auratnya bagi menjalankan pembedahan ini.

Mudarat lain yang mungkin timbul selain pendedahan aurat ialah penipuan terhadap

pengadilan dimana selaput dara yang masih baik (setelah dibaiki oleh doktor) dijadikan alasan

untuk si gadis tersebut membeaskan dirinya dari sebarang pertuduhan biarpun zina itu disaksikan

oleh empat saksi. Dalam hal ini, adalah diharamkan untuk pembedahan tersebut dilakukan

kerana hal ini dapat membentuk keraguan seterusnya menjejaskan pengadilan yang dibuat.

Namun, berbeza pula sekiranya gadis tersebut memilih untuk berhenti dari perlakuan

maksiatnya dan menjadikan pembedahan pengembalian selaput daranya sebagai pencetus kepada

semangatnya untuk balik ke pangkal jalan dan kekal pada jalan Allah. Sekiranya betul, maka

dibolehkan dan diharuskan si gadis tersebut menjalankan operasi pengembalian selaput dara ini.

2.2.2 Keadaan 2

Oleh kerana zina si gadis ini belum diketahui masyarakat dan belum disahkan lagi

kebenaranya, maka manfaat seperti menutup aib dan menghindari hinaan dan fitnah akan

diperoleh gadis tersebut. Jika betul niatnya, pembedaahan pengembalian selaput dara ini dapat

menghindari si gadis itu dari maksiat yang berterusan, membantu gadis itu bertaubat dan kembali

ke jalan Allah, menyebarkan pransangka baik dikalangan masyarakat, mencegah prasangka

buruk dan menyelamatkan masyarakat dari perbuatan fitnah.

Namun, bagaimana pula dengan mudarat yang mungkin timbul akibat pengembalian dara

oleh si gadis ini? Terdapat beberapa kemudaratan yang mungkin timbul namun dapat dihujahkan

kemudaratannya untuk memberi pendapat berbeza mengenai perkara tersebut.

Page 16: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

14  

Antara mudarat yang terjadi ialah penipuan terhadap calon suami akan hakikat kesucian

gadis tersebut. Berbeza dengan gadis yang hilang daranya akibat sebab-sebab yang dianggap

maksiat, hal ini terbukti benar bagi keadaan ini dimana gadis itu telah berzina dan kesuciannya

jelas telah tiada.

Namun, beberapa pertimbangan harus diberikan. Operasi pengembalian selaput dara yang

dilakukan oleh doktor itu tidak bererti menghapuskan tanda yang dianggap Allah sebagai bukti

atas perbuatan zina kerana ketiadaan selaput dara tidak menunjukkan bahawa si gadis melakukan

perbuatan zina.

Seandainya si doktor membiarkannya begitu sahaja dan gadis tersebut bernikah dan dia

tidak mempunyai selaput dara, secara syariat si suami juga masih tidak boleh menuduh bahawa

isterinya telah berbuat zina dan tidak boleh menceraikannya. Hal ini juga tidak boleh dijadikan

alasan untuk menceraikannya kerana hal ini didasarkan atas prasangka buruk, bukan atas sebab

yang kukuh.

Doktor yang melakukan operasi pengembalian selaput dara ini juga tidak bermaksud

menipu si suami kerana dia tidak menutupi bukti yang dianggap syariat sebagai bukti atas

perbuatan zina, yang berguna untuk memperkukuhkan dakwaan atas perbuatan zina seseorang.

Oleh yang demikian, penipuan terhadap si suami merupakan mudarat yang samar.

Mudarat lain ialah mendorong si penzina untuk melakukan perbuatan kejinya. Mudarat

ini juga samar sifatnya. Bahkan boleh menyebabkan keadaan dimana sekiranya tidak dilakukan

akan membentuk prasangka buruk oleh masyarakat terhadap si gadis dan menyebabkan

berlakunya fitnah dan reaksi-reaksi tidak berasas. Semua yang demikian akan mewujudkan

Page 17: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

15  

hukuman yang melebihi syariat iaitu bebanan psikologi yang berlebihan yang jelas haram

hukumnya menurut pendapat ulamak. Hal ini menyebabkan tindakan doktor mengembalikan

selaput dara itu tidak semestinya mendorong si gadis itu melakukan kekejian.

2.3 Manfaat dan mudarat pemulihan selaput dara yang hilang akibat pernikahan

Tidak ada apa keperluan yang mengharuskan pembedahan ini dibuat bagi wanita yang

kehilangan dara akibat pernikahan kerana hal ini tidak mendatangkan apa-apa mudarat. Hal ini

termasuklah para janda-janda.

Oleh kerana tidak ada apa-apa mudarat yang boleh terjadi, maka ianya menjadi haram

disebabkan pendedahan aurat berlaku ketika pembedahan pemulihan dara itu dilaksanankan

dimana pendedahan aurat hanya boleh berlaku sekiranya dalam keadaan darurat.

Walaupun demikian, sekiranya pembedahan pemulihan selaput dara dapat membantu

hubungan suami isteri yang bermasalah dan mencegah dari penceraian, maka dengan itu

dibolehkan bagi wanita itu menjalani pembedahan pemulihan selaput dara ini.

Page 18: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

16  

3.0 PEMBAHASAN MENGENAI SIKAP DOKTOR TERHADAP KEADAAN YANG

DIHADAPINYA

Kemaslahatan dan mudharat yang mungkin ditimbulkan dari operasi pengembalian

selaput dara dan tingkatan-tingkatannya yang didasarkan pada faktor-faktor yang menyebabkan

sobeknye selaput dara tersebut merupakan pemecahan masalah yang mungkin terjadi dalam

kenyataannya.

Jika seorang doctor mengatahui punca sobeknya selaput dara, baik secara menyakinkan ataupun

sekadar prasangka yang kuat. Khasnya apabila selaput dara itu terjadi sejak lama dan lukanya

sudah tidak berbekas.Sebelum persoalan diatas dijawab kita harus tahu dulu apakah seorang

doctor itu diwajibkan secara syariat untuk mengetahui sobeknye selaput dara itu dengan

menghadirkan bukti-bukti untuk mengetahui masalah itu.

Tidak diragukan lagi, bahawa doctor bukanlah hakim yang mengadili dua orang yang

saling bertengkar, dan dia tidak memiliki alat dan kekuasaan yang dimiliki oleh hakim untuk

mencari saksi, menyeleksinya, serta mencari tahu kondisi dan factor lain yang mendukung.

Dengan demikian, dia tidak dibebani dengan apa yang ia tidak mampu melaksanakannya, kerana

tanggung jawab disesuaikan dengan kadar kekuasaan yang diberikan. Akan tetapi, jika seorang

doctor diminta oleh seorang gadis untuk memperbaiki selaput daranya, maka hukumnya berbeza-

beza dengan sebab-sebab kesobekannya.

Maka dari itu sebelum melaksanakan operasi, dia harus mencari tahu dulu tentang sebab

kesobekannya. Misalnya dengan melalui pertanyaan sehingga dengan pertanyaan yang diajukan

itu, gadis yang dating kepadanya mengakui perbuatan zinanya, atau dia melihat kejadian zina itu

sendiri, atau dia mengetahuinya lewat hokum syariat bahawa si gadis diputuskan telah berbuat

zina, atau perkaranya telah dilimpahkan ke pengadilan, atau si gadis sudah terkenal sebagai

Page 19: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

17  

pelacur di tengah masyarakat. Begitu juga doctor itu harus menanyainya apakah ia wanita yang

dicerai, janda atau menikah. Dia harus menanyakan masalah ini secara langsung kepada mereka.

Kerana pada dasarnya, dia mesti membebaskan wanita itu dari deritanya. Jika keadaan wanita

yang dating kepadanya itu telah diketahui dengan salah satu cara diatas, maka dia harus

menetapkan salah satu hukum-hukum yang telah kami sebutkan.

Jika penyebabnya tidak diketahui, dan belum ditemukan jalan yang memudahkan dalam

hal itu, maka ia tidak diwajibkan untuk mencarinya dengan jalan lain. Dan jika is berprasangka

bahawa sobeknya selaput dara kerana perbuatan zina, maka ia tidak harus membuktikan

prasangka itu, akan tetapi cukup dengan zahirnya sahaja. Kerana prasangka yang tidak

berdasarkan dalil syariat dan prasangka buruk dilarang oleh Allah, serta diperintahkan untuk

menjahuinya, sebagaimana firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya

sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain

dan janganlah sebahagian kamu mengganjing sebahagian yang lain” (Al-Hujurat: 12)

Ibnu katsir berkata tentang peafsiran ayat ini, “Prasangka adalah tuduhan dan khianat

pada keluarga dan masyarakat yang tidak pada tempatnya, kerana sebagian daripada prasangka

adalah dosa.”(1)

Al-Mawardi berkata, “prasangka di sini adalah prasangka buruk kepada seorang muslim

tnapa mengetahui dengan yakin.” (2) Dan ia berkata tentang arti firman Allah, ‘Janganlah kalian

memata-matai, “yaitu mencari-cari sesuatu yang tersembunyi agar ia terlihat’ (3)

Page 20: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

18  

Al-Qurthubi berkata tentang makna ayat ini “Ambillah yang terlihat dan janganlah

mencari-cari aurat kaum muslimin. “ Atau janganlah kalian mencari-cari aib saudara kalian

sehingga aibnya terlihat sesudah ditutupi Allah.” Di dalam buku Abu Dawud dari Mu’awiyah dia

berkata, “Aku mendengar RAsulullah Shallalallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya

jika kamu mencari-cari kesalahan manusia, beerti kamu telah merusak mereka, atau hamper

merusaknya.” (4)

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga hal yang tidak boleh ada pada

umatku, Mengadu nasib, dngki dan prasangka buruk.” Lalu seorang laki-laki berkata, “Ya

Rasulullah, lalu apa yang bias menghilangkan semua itu dari orang yang ditempatinya?

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam bersabda, “Jika kamu dengki, maka bacalah istighfar,

jika kamu berprasangka janganlah dibuktikan, dan jika kamu mengadi nasib maka

tinggalkanlah!” (5)

Lihatlah sabda Rasulullah Shallalallahu Alaihi wa Sallam di atas “, Jika kamu berprasangka

janganlah dibuktikan”. Perintah ini mengharuskan orang mukmin agar mencari-cari aib tersebut

hingga aib yang disangkakan itu tersingkap.

Berdasarkan kenyataan ini, maka seorang doctor jika didatangi oleh gadis yang

memintanya untuk memperbaiki selaput daranya yang sobek, agar membawanya kepada sesuatu

yang membawa kebaikan, dia harus menganggap bahawa pa yang terjadi padanya bukan

disebabkan kerana berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala serta tidak berusaha

mencari-cari sebab kesobekannya melebihi tanda-tanda yang terlihat, dan dia juga tidak boleh

berdiri di atas prasangka buruknya. Umar bin Khaththab berkata, “Janganlah kalian berprasangka

terhadap kata-kata yang keluar dari saudaramu yang mukmin selain (prasangka) yang baik,

kerana siapa tahu kalian akan mendapat kebaikan pada kalimat itu.” (6)

Page 21: PEMBEDAHAN SELAPUT DARA BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM.pdf

19  

4 SENARAI RUJUKAN

1. Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz IV, hal 364

2. An-Nukat wa Al-Uyun, juz IV, hal 75

3. Ibid.

4. Al-Jamil’li Ahkam Al-Quran, juz XVI, hal. 333.

5. Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz III, hal.364, lihat

Tafsir Al-Qurthubi, juz VI, hal.332.

6. Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, juz III, hal.364.

7. Dr. Muhammad Ibn Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shanqiti. Ahkaam Al-Jirahah At-

Tibbiyyah wa’l-Athar Al-Mutarattibah `alayah. Mukasurat: 403.

8. Dr. M. Nu`aim Yasin. 2006. Fikih Kedokteran. Pusaka Al- Kautsar. Mukasurat: 237 -

275.

9. Abu Hamid al-Ghazali (1939) .Ihya' Ulumiddin, juz II, Mathba'ah Al -Halabi.