7 petua skor a

24
7 Petua Skor A Pembuka kata Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 7 petua skor A untuk tahun 2008. Sebagaimana yang anda sudah tahu, blog ini adalah ditujukan kepada sesiapa yang mahu belajar teknik ‘Belajar’ yang berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran untuk belajar dengan berkesan, dia akan jadi lebih bersemangat dan Motivasi‘ dirinya akan menjadi lebih tinggi. Jadi, teknik belajar boleh meningkatkan motivasi untuk belajar…..kemudian…wujudlah MotivasiBelajar.com …. Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar, saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar, malah ia sesuai untuk orang dewasa. Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Lebih buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya ada orang dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan internet. Ada yang takut untuk belajar berniaga. Ada yang takut untuk menghadiri kursus kerana bimbang gagal dalam ujian yang bakal diduduki.

Upload: vira-hashim

Post on 27-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

petua skor A dalam peperiksaan

TRANSCRIPT

Page 1: 7 Petua Skor A

7 Petua Skor A

Pembuka kata

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang

7 petua skor A untuk tahun 2008. Sebagaimana yang

anda sudah tahu, blog ini adalah ditujukan kepada

sesiapa yang mahu belajar teknik ‘Belajar’ yang

berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran

untuk belajar dengan berkesan, dia akan jadi lebih

bersemangat dan ‘Motivasi‘ dirinya akan menjadi lebih

tinggi. Jadi, teknik belajar boleh meningkatkan motivasi

untuk belajar…..kemudian…wujudlah

MotivasiBelajar.com …. 

Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu

dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika

seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan

tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai

kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar,

saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar bukan sahaja boleh digunakan oleh

pelajar, malah ia sesuai untuk orang dewasa.

Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang

baru. Lebih buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Contohnya ada orang dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan internet. Ada yang

takut untuk belajar berniaga. Ada yang takut untuk menghadiri kursus kerana bimbang gagal

dalam ujian yang bakal diduduki.

Jadi, kepada pelawat setia blog ini, anda boleh gunakan tips dan teknik yang dikongsikan di sini

bukan sahaja untuk anak-anak atau saudara-mara tetapi untuk diri anda sendiri.

Insyaallah minggu depan saya akan kongsikan 7 petua untuk skor A tahun 2008. 

Page 2: 7 Petua Skor A

Petua 1

Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petua ini

sudah berulang-ulang kali saya tuliskan di dalam blog

saya ini. Namun, kepentingannya menyebabkan ia tidak

dapat dipisahkan daripada 7 petua penting untuk skor A

dalam tahun 2008 ini. Petua pertama ialah, tulis di atas

sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat

gred A itu.

Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu

bahagian dalam minda anda yang dinamakan RAS

(Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini

aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluang-

peluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai. Contohnya jika

anda mahu gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, RAS akan membuat anda sedar tentang

kawan baik anda yang pandai Bahasa Inggeris. Mungkin dia boleh menolong anda.  Mungkin

juga anda akan sedar kelas tambahan Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang guru yang

hebat. Selama ini anda tidak sedar kerana anda tidak pernah menulis yang anda anda mahu

gred A dalam subjek ini.

Bagaimana cara menulis gred A yang anda

mahukan ini? Mudah sahaja.

Cari sehelai kertas atau lebih baik lagi satu

buku khas yang akan sentiasa berada

bersama anda sepanjang tahun 2008 ini.

Buku khas akan memastikan ia tidak mudah

hilang atau rosak seperti sehelai kertas

biasa. Anda perlu ingat, buku ini tidak

semestinya mahal. Anda boleh beli satu

buku latihan biasa yang hanya berharga

sekitar RM0.70 ke RM1 sahaja. Kalau ada

buku latihan lama yang sudah tidak dipakai

pun boleh. 

Banyak perkara anda boleh tulis tetapi saya cadangkan anda tulis 3 perkara ini.

1. Tulis semua subjek yang anda ambil dalam tahun 2008 ini dan tulis gred yang anda mahu untuk

setiap subjek.

2. Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya

memang nak dapat gred A.” Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana

soalan begini jarang difikirkan.)

3. Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred

tersebut.

Lakukan dahulu langkah ini dan kita akan sambung lagi penjelasan mengenai langkah ini esok.

Selamat menulis. 

Page 3: 7 Petua Skor A

Petua 1.1

Adakah anda sudah menulis langkah semalam? Kalau sudah,

bagus. Kalau belum, lakukan sekarang. Walaupun langkah ini

nampak terlalu mudah atau kelihatan tidak penting, saya tidak dapat

gambarkan betapa hebatnya teknik ini untuk kita mencapai sebarang

cita-cita.

Untuk mencapai kecemerlangan akademik, anda perlu menulis

matlamat pencapaian akademik anda. Bagaimana jika anda tidak

tahu dan tidak pasti apa yang anda mahu capai? Hmmm…ada

beberapa kemungkinan mengapa anda tidak tahu apa yang anda mahu capai.

1. Anda tidak pernah fikirkan perkara ini. Anda pergi ke sekolah, kolej  atau universiti hanya kerana

itulah yang anda sudah biasa lakukan.

2. Anda mungkin tidak ada rujukan. Mungkin kawan-kawan, ahli keluarga anda atau saudara mara

anda tidak pernah bercerita tentang apa yang ingin dicapai dalam bidang akademik. Jadi anda

pun tidak fikirkan mengenainya.

3. Anda mungkin takut hendak memikirkan apa yang bakal anda dapat. Ini mungkin sebab utama.

Disebabkan anda mungkin belum cemerlang sekarang, anda takut untuk memikirkan apa yang

bakal anda perolehi.

Jangan bimbang jika anda masih belum pasti. Mulai hari ini,

fikirkan setiap hari apa yang ingin anda capai. Satu cara untuk

lakukannya ialah, jangan fikirkan tentang halangan atau

kelemahan. Contohnya, “aku nak gred A subjek Sains, tapi

selama ni aku asyik dapat gred E je. Mana boleh dapat A kalau

macam ni.” Anda cuma perlu fikirkan begini, “Kalau tidak ada

halangan untuk capai apa sahaja gred yang aku nak, gred apa

yang aku nak pilih agaknya?”

Saya telah sediakan satu ruangan untuk anda isikan dibawah. Untuk setiap subjek, anda perlu

isikan gred sekarang (gred yang biasa anda dapat dalam peperiksaan), dan gred serta markah

yang anda mahu dapat dalam peperiksaan sebenar. (80 markah gred A, 100 markah juga gred

A. Tetapi kalau anda mahu dapat gred A dengan 100 markah, usaha anda pasti berbeza). Ini

adalah contoh sahaja. Senaraikan juga subjek anda yang tidak tersenarai di bawah.

Setelah anda isi jadual ini,

kita boleh mula

bincangkan tentang petua

kedua, esok. Selamat

menulis.

p/s Jangan lupa tulis

sebab mengapa anda

mahu capai gred tersebut

dan apa anda akan benar-

benar rasa kalau betul

dapat capai gred tersebut. 

Page 4: 7 Petua Skor A

Petua 2

Bagaimana dengan latihan menulis matlamat pencapaian akademik? Sudahkah anda jelas apa

yang anda hendak capai? Baiklah….kita teruskan dengan petua kedua. Petua kedua

berbunyi, kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda. Mudah sahaja bukan?

Sebenarnya, apabila kita sudah tulis gred yang biasa kita dapat sekarang dan gred yang kita

mahu capai pada masa akan datang, kita boleh mendapat gambaran tentang kekuatan dan

kelemahan kita. Mari kita bincangkan tentang kekuatan dulu.

Mana-mana subjek yang kita rasa mudah nak faham, senang

nak skor dalam exam termasuk dalam kategori kekuatan kita.

Kena ingat, subjek yang kita rasa mudah sahaja tidak

bermaksud kita mudah nak skor dalam peperiksaan. Semasa

saya dalam tingkatan 3, saya ada kenal seorang kawan melalui

aktiviti silat. Kawan saya ni datang daripada sekolah lain.

Semasa berbual dengannya, saya kata kepadanya, “subjek

sains susah kan? dah belajar pun susah nak skor.”

Kawan saya tu ketawa kecil. Katanya, “eh, subjek Sains la

senang. Aku kalau subjek Sains, setakat nak dapat 40 ke 50

markah tu memang senang je.”

Saya terkejut juga ketika tu. “Senang tu kalau boleh dapat 40-50 markah ke?” Soal hati saya.

Rupa-rupanya kawan saya ni memang biasa dapat 40-50 markah untuk subjek Sains. Saya pula

biasa dapat 60-70 markah. Saya maksudkan susah kerana susah nak skor A. Namun, saya tidak

beri apa-apa komen kepada kawan saya ni cuma ketika saya mula faham, subjek yang senang

memberi maksud yang berbeza kepada orang yang berbeza.

Apa yang penting kita tahu ialah, dalam petua ini, apabila kita kata subjek yang kita kuat, ia

bermaksud subjek yang kita boleh skor A atau boleh skor markah 80 ke atas.

Apabila kita sudah kenal pasti subjek yang menjadi kekuatan kita, usaha untuk mengulangkaji

akan jadi lebih mudah. Untuk subjek-subjek ini, kita perlu:

Jadikan sebagai sumber inspirasi. Jadikannya sebagai pendorong bahawa kita mempunyai

kekuatan dalam bidang akademik.

Luangkan masa untuk mengulangkajinya secara berterusan. Untuk subjek yang kuat,

kadangkala kita tidak perlu luangkan terlalu banyak masa kerana masa yang lebih perlu

diberikan kepada subjek yang lemah. Namun, dengan usaha yang berterusan (membuat hanya

beberapa latihan sehari tetapi berterusan) kita akan sentiasa mampu mengekalkan gred kita

yang baik untuk subjek ini.

Belajar dengan rasa bersemangat. Seseorang yang pandai subjek Sejarah contohnya pasti rasa

tidak sabar untuk mengulangkaji subjek Sejarah setiap kali. Cuba kenal pasti dengan jelas apa

yang kita rasa setiap kali mahu belajar subjek yang kita suka ini. Rasa seronok, tenang dan

selesa bukan? Rasa ini amat penting untuk kita gunakan semasa belajar subjek yang kita lemah

nanti.

Esok saya akan kongsikan apa yang patut kita lakukan dengan subjek yang kita lemah. Selamat

mengkaji kekuatan diri. 

Page 5: 7 Petua Skor A

Petua 2.1

Setelah kita kaji kekuatan yang ada pada diri kita, kita juga akan sedar tentang kelemahan yang

selalu mengganggu keyakinan diri kita untuk berjaya. Apabila kita sudah tulis gred yang kita

mahu dapat dan gred yang kita dapat sekarang, kelemahan diri kita boleh nampak ketara. Apa

yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini? Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang

kekal. Ramai pelajar cemerlang bermula dengan gelaran

pelajar lemah dan tidak cemerlang. Jadi, jangan terlalu risau.

Kedua, kelemahan masa kini merupakan satu cabaran buat

kita. Anggap ia seperti kita mahu memasuki pertandingan

sukan berlari contohnya. Jika kita sekarang masih tidak ada

stamina yang kuat untuk berlari (ini merupakan satu

kelemahan bukan?), apa yang perlu kita lakukan? Ya….. kita

perlu buat latihan untuk meningkatkan stamina seperti

berjogging atau buat senaman berbentuk aerobik. Patutkah

kita duduk menangis dan putus asa kerana kita tidak ada

stamina sekarang? Tidak bukan? Sama seperti kelemahan

akademik. Kita tidak perlu bersedih atau putus asa

jika pencapaian sekarang masih lemah. Kita cuma perlu buat

lebih banyak latihan untuk menguatkannya.

Ketiga, kita perlu buat rancangan untuk mengatasi

kelemahan kita. Rancangan itu termasuk rancangan untuk

buat lebih banyak latihan, berjumpa dengan guru lebih kerap

dan berkawan dengan kawan-kawan yang pandai subjek

tersebut.

Satu perkara lagi yang kita perlu sedar ialah apabila kita lemah sesuatu subjek, kita akan rasa

kurang minat atau benci subjek tersebut. Ini adalah normal. Dalam petua seterusnya nanti, saya

akan terangkan bagaimana cara untuk menguruskan masa agar kita sentiasa memberi tumpuan

kepada subjek yang kita kurang minat ini.

Akhir sekali, cuba kita perhatikan cara kita duduk, cara kita membaca dan cara kita bergerak

semasa belajar subjek yang kita lemah ini. Tentu ia sangat berbeza berbanding subjek yang kita

suka kan? Mulai hari ini, cuba duduk dan bergerak seperti kita benar-benar suka subjek yang

kita lemah tu. Otak kita tidak dapat bezakan sama ada kita berlakon suka atau tidak. Apabila kita

bergerak dansenyum semasa belajar subjek yang kita lemah ini, otak kita akan menghantar

isyarat ke seluruh tubuh badan agar menjadi lebih berkesan kerana ia sangka kita sangat suka

subjek ini.

Selamat mencuba. 

Petua 3

Setelah kita tulis matlamat gred yang kita hendak capai dan setelah kita kaji kekuatan dan

kelemahan kita, sekarang tiba masanya kita mulakan langkah kecemerlangan dengan

mempelajari petua yang ketiga. Petua ketiga ini berbunyi, uruskan masa berpandukan

matlamat.

Page 6: 7 Petua Skor A

Petua ketiga ini sangat berkesan untuk mengatasi satu masalah yang

saya namakan ‘gejala azam tahun baru’. Maksudnya, pada awal tahun,

pelajar (atau orang dewasa) akan menanam azam yang hebat untuk

mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

Namun, azam itu akan pudar dalam masa hanya beberapa minggu atau

beberapa bulan pertama sahaja. Sebab utamanya ialah azam itu tidak

disertakan dengan rancangan tindakan. Apa yang perlu kita lakukan untuk

tidak terjebak dengan gejala azam baru ini?

Begini.

Perkara paling penting dilakukan selepas kita ada matlamat ialah merancang tindakan.

Maksudnya, untuk mendapat gred A dalam subjek Matematik, kita perlu tentukan apakah aktiviti

yang perlu kita lakukan.

Contohnya, untuk dapat gred A, kita rasa kita perlu buat 20 latihan matematik setiap hari (tidak

termasuk kerja sekolah). Jadi, setiap hari fokus utama kita ialah menyiapkan 20 latihan tersebut

tidak kira berapa sibuk dan penat sekalipun.

Kalau boleh, tindakan itu mesti boleh dilakukan dalam masa 48 jam selepas kita menulis

matlamat. Mengapa? Jika ia mengambil masa terlalu lama untuk dilaksanakan, kita kan mula

hilang semangat. Jika ia dilaksanakan serta-merta, semangat yang masih membara itu akan

membantu menolak kita ke hadapan dan melakukan semua perkara yang patut dilakukan.

Saya lihat teknik ini digunakan oleh beberapa sahabat baik saya

yang cemerlang dalam subjek Matematik ketika di sekolah

menengah berasrama penuh dulu. Mereka sudah tetapkan berapa

soalan mereka perlu buat dalam sehari.

Jika mereka rasa hari mereka akan sibuk dengan aktiviti sukan atau

kelab, mereka akan curi mana-mana masa yang terluang untuk

menyiapkan latihan tersebut. Kadang-kadang mereka buat latihan

semasa menunggu guru masuk ke kelas. Kadang-kadang mereka

buat latihan semasa menunggu giliran ke bilik air (kerana bilik air

penuh) dan kadang-kadang mereka buat latihan semasa menunggu masuk waktu sembahyang

di surau.

Ini menunjukkan bahawa jika kita ingin berjaya, jangan hanya fikirkan tentang hendak mendapat

gred A tetapi fikirkan juga apa yang perlu dilakukan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Tindakan ini semua lebih mudah kita kawal dan ia boleh menjadi kayu pengukur sama ada kita

sedang bergerak menuju matlamat kita atau tidak.

Jadi, tugas kita hari ini, senaraikan aktiviti atau tindakan yang perlu kita ambil untuk memastikan

kita dapat apa yang kita inginkan. Minggu depan saya akan terangkan lebih lanjut mengenai

petua ketiga ini terutamanya bagaimana menguruskan masa untuk subjek yang kita lemah. 

Petua 3.1

Page 7: 7 Petua Skor A

Kita masih lagi dalam petua

ketiga – uruskan masa

mengikut matlamat. Hari ini

kita akan bincangkan

bagaimana hendak

menguruskan masa untuk

subjek yang kita lemah.

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan subjek yang kita lemah? Secara mudahnya begini. Kalau

satu subjek itu kita hendak dapat gred A tetapi sekarang kita dapat gred C ke bawah, kita

anggap ia subjek yang kita lemah. Ini kerana kita perlu lompat sekurang-kurang dua tangga gred

untuk sampai gred matlamat kita itu. Setuju? (Setuju je la ye untuk tujuan perbincangan petua

ini.     )

Baiklah. Mari kita bincangkan masalah pengurusan masa subjek lemah. Selalunya, jika kita

lemah sesuatu subjek, kita tidak akan suka untuk luangkan masa belajar atau ulangkaji subjek

tersebut. Betul kan? Maksudnya, kalau kita lemah subjek Bahasa Melayu, kita jarang mahu

belajar subjek ini apabila ada masa terluang. Kita lebih suka belajar subjek yang kita kuat

apabila ada masa terluang.

Ini adalah normal. Subjek yang kita lemah membuat kita rasa tidak selesa. Setiap kali mahu

belajar subjek itu, kita sudah mula rasa tekanan perasaan akibat kesusahan untuk memahami

subjek tersebut. Jadi, selagi ada peluang, kita akan tinggalkan subjek tersebut. Caranya begini.

Ada 3 perkara yang kita patut lakukan untuk uruskan masa

subjek yang kita lemah ini.

Pertama, buka buku subjek tersebut dan belajar topik

yang paling mudah dahulu. Belajar bersungguh-sungguh

hingga kita dapat kuasai topik tersebut. Biar kita rasa topik

itu sangat mudah bagi kita. Apabila ini berlaku, motivasi

dalam diri kita akan meningkat. Kita akan rasa lebih

bersemangat untuk belajar. Apabila motivasi diri ini timbul,

belajar beberapa topik lain yang paling mudah pula.

Akhirnya, tanpa kita sedari, kita sudah belajar hampir

semua topik. Lebih hebat lagi, semua topik kelihatan mudah sahaja.

Kedua, jika kita belajar subjek yang kita kuat 1 jam, kita perlu belajar subjek yang kita lemah 2

jam atau lebih. Secara lojiknya, subjek yang kita lemah perlukan lebih perhatian bukan? Satu

perkara yang hebat ialah apabila kita boleh kuasai subjek yang kita rasa susah selama ini,

subjek lain akan terasa semakin senang. Lama-kelamaan, kita akan rasa mendapat semua A

dalam peperiksaan adalah sesuatu yang kita boleh capai.

Mula berkawan dengan pelajar yang pandai dalam subjek kita lemah ini. Tiru cara mereka

berfikir tentang subjek ini. Lebih baik lagi, eratkan hubungan kita dengan guru yang mengajar

subjek ini. Guru selalunya sangat suka apabila ada anak muridnya yang menunjukkan

kesungguhan untuk belajar. Jadi luangkan lebih masa dengan kawan-kawan yang pandai subjek

ini dan guru subjek ini.

Kita sambung esok. 

Petua 3.2

Page 8: 7 Petua Skor A

Ini adalah bahagian terakhir petua

ketiga. Kita akan bincangkan

bagaimana cara hendak

menguruskan masa berpandukan

matlamat. Mudah sahaja topik hari

ini. Semasa kita merancang masa

untuk belajar atau buat

sesuatu, fikirkan tentang keberkesanan, bukan jumlah waktu. Maksudnya, jika kita mahu

merancang masa untuk belajar, jangan terlalu fikirkan berapa jam mahu belajar, tetapi fikirkan

berapa lama kita boleh luangkan masa untuk belajar sesuatu dengan berkesan.

Kita mungkin pernah dengar pelajar merungut yang mereka sudah belajar hampir 6 jam sehari

tetapi hasilnya masih tidak memuaskan. Ada dua sebab utama mengapa ia jadi begini.

Pertama, pelajar ini mungkin tidak gunakan teknik belajar yang betul. Mereka luangkan banyak

masa untuk belajar tetapi mereka lambat faham dan cepat pula lupa. Akibatnya, dalam

peperiksaan, mereka tidak dapat menghasilkan prestasi terbaik.

Kedua, walaupun masa terluang hampir 6 jam, hakikatnya masa yang digunakan secara

berkesan cuma 1 atau 2 jam sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku?

Ada pelajar yang tidak fokus semasa mereka belajar. Ada

yang leka dengan televisyen atau radio. Ada yang leka

dengan panggilan telefon dan sms. Ada yang leka dengan

makan dan minum. Akibatnya, walaupun sudah luangkan

masa 6 jam, masa yang betul-betul digunakan untuk belajar

ialah 2 jam atau kurang. Pernahkah anda melakukan

kesalahan begini? 

Jadi, mulai hari ini, apabila kita mahu merancang masa

untuk belajar, fikirkan berapa lama kita mahu benar-benar

fokus. Setelah luangkan masa untuk belajar selama 2-3 jam, fikirkan “berapa banyak aku dah

dapat dalam masa 2-3 jam tadi?”. Apabila kita selalu berfikir begini, kita akan habiskan masa

dengan berkesan dan walaupun kita luangkan sedikit masa untuk belajar, hasilnya akan jadi

lebih baik daripada yang kita jangkakan.

Selamat merancang untuk menguruskan masa. 

Petua 4

Petua yang keempat untuk skor A 2008 ialah gandakan ‘latih

tubi’. Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap

subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa

disoal dalam peperiksaan.

Saya kerap mendapat soalan mengenai situasi begini “saya

sudah belajar semua topik dan sudah hafal semua maklumat

penting dalam setiap topik. Tetapi, saya masih gagal jawab

dengan baik dalam peperiksaan. Akibatnya, saya hanya dapat

gred yang sederhana baik.”

Page 9: 7 Petua Skor A

Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred A ialah untuk pelajar

yang boleh jawab soalan mengikut skema jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita

mahu dapat gred A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan kita

perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai dengan melakukan latih tubi.

Saya fikirkan tentang petua ini apabila saya terkenang satu subjek yang dianggap sangat sukar

ketika saya mengambil A-Level pada tahun 1996 dulu. Subjek itu ialah Economics. Subjek ini

terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 50 soalan objektif dan lebih kurang 4 soalan subjektif. Entah

kenapa saya boleh jawab soalan subjektif tetapi soalan objektif begitu sukar buat saya.

Walaupun saya tahu banyak perkara dan sudah hafal banyak maklumat penting, saya

masih gagal mendapat 30 jawapan betul daripada 50 soalan. Paling tinggi markah yang saya

dapat pun mungkin 25 ke 29 markah.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan sebenar, saya mula mengumpul semua

soalan sebenar daripada 10 tahun lepas (past year questions). Terdapat 20 set kertas soalan

semuanya (setahun ada dua peperiksaan begini dijalankan jadi ada 20 set kertas soalan untuk

10 tahun). Apa yang saya lakukan ialah saya betul-betul habiskan masa membuat semua soalan

ini dengan niat untuk menghabiskannya sebelum peperiksaan sebenar. Alhamdulilah, saya

selesaikan semua soalan itu dalam masa seminggu.

Setelah selesai semua soalan, saya sedar satu perkara. Ada satu corak yang boleh dikenalpasti

dalam soalan-soalan tersebut. Malah, ada soalan yang lebih kurang sama cuma diubah cara

penyampaiannya. Ini membuat saya sangat yakin bahawa saya pasti boleh menjawabnya

dengan baik. Pada hari peperiksaan sebenar, keyakinan dan latih tubi saya itu benar-benar

membuahkan hasil. Setelah pensyarah saya periksa jawapan saya yang saya tanda di atas

kertas soalan (kertas jawapan sebenar dihantar ke UK untuk diperiksa), saya berjaya mendapat

50 markah per 50. Markah penuh! Saya juga dapat jawab dengan baik dalam soalan subjektif

(esei) yang akhirnya memberikan saya gred keseluruhan A untuk subjek Economics. Saya

percaya itulah salah satu kehebatan petua keempat ini.

Saya mahu cadangkan satu

cara belajar untuk dapat gred A.

Katakan kita sedang belajar

subjek Sejarah. Selalunya

pelajar akan baca dulu satu

topik kemudian membuat latihan

yang disediakan di bahagian

akhir topik tersebut. Apa kata

kita mulakan dengan membuat

soalan-soalan itu semua dahulu.

Hmmm….pasti ada yang yang rasa pelik. Macam mana nak buat latihan kalau belum baca?

Begini.

Apabila kita baca soalan, kita akan mula berfikir tentang jawapannya. Apabila kita fikir tentang

jawapan, kita mula akan jadi peka kepada maklumat yang ada di dalam topik tersebut. Dua

perkara akan berlaku:

Page 10: 7 Petua Skor A

Melalui soalan itu, kita akan tahu bahawa maklumat itu adalah penting dalam topik tersebut.

Sebab itulah ia disoal dalam soalan di bahagian akhir. Jadi, bila kita mahu belajar dan baca topik

itu nanti, kita perlu cari maklumat-maklumat itu.

Setelah kita buat soalan di bahagian akhir dan tahu apa yang akan disoal di dalam topik itu, kita

akan jadi lebih peka. Apabila kita baca topik tersebut selepas buat soalan, kita akan terjumpa

fakta-fakta dalam soalan tadi. Contohnya, jika tadi kita ada buat soalan “pada tahun berapakah

Malaysia diisytiharkan merdeka?”, kita akan segera nampak jawapan ini apabila kita

membacanya. Bukan itu sahaja, kita akan lebih ingat apa yang kita baca ini.

Jadi, kita perlu ingat, untuk skor A, kita perlu banyak buat latihan terutamanya latihan soalan-

soalan lepas dan juga latihan di bahagian akhir topik yang kita pelajari. Esok kita akan sambung

lagi bagaimana kita boleh manfaatkan petua keempat ini.

Petua 4.1

Kita masih lagi dalam petua keempat iaitu gandakan latih tubi. Hari ini saya akan terangkan

tentang konsep latih sampai dapat. 

Dalam program-program SmartStudy yang biasa saya jalankan, ramai pelajar bertanya tentang

masalah di mana mereka sukar hendak memahami sesuatu. Bila saya tanya mereka berapa kali

mereka cuba untuk baca sesuatu atau belajar sesuatu, mereka kata hanya 1 atau 2 kali sahaja!

Hmmm…. apabila kita belajar sesuatu, adalah

normal jika kita sukar memahaminya terutamanya

apabila kita belajar sesuatu yang kita tidak biasa

gunakan. Contohnya, jika selama ini kita tidak

pernah memancing, tentu sukar dan janggal

apabila kita mahu belajar mengikat mata kail dan

memasang umpan. Bagaimana akhirnya kita

pandai memancing? Dengan melakukan aktiviti

memancing berulang-ulang kali bukan?

Sama seperti belajar. Jika kita rasa subjek Matematik, Sejarah, Sains, Geografi atau apa subjek

susah, itu adalah kerana kita belum cuba membuat latihan yang mencukupi. Jadi mulai hari ini,

untuk skor A tahun 2008, ada 3 perkara yang perlu kita lakukan.

Pertama, lebihkan membuat latihan daripada membaca. Apabila kita membuat latihan, secara

automatik kita juga perlu membaca. Namun apa yang lebih hebat, semasa kita membuat latihan,

kita akan membaca dan berfikir. Aktiviti berfikir ini mungkin memeningkan pada mulanya tetapi

Page 11: 7 Petua Skor A

lama-kelamaan kita akan rasa cergas dan cerdas. Kita juga akan lebih ingat apa yang telah kita

pelajari.

Kedua, dapatkan soalan-soalan lepas. Tidak kira kita berada di sekolah rendah atau menengah,

kolej atau universiti, soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu

dalam setiap subjek. Contohnya, apabila kita banyak membuat latihan soalan lepas subjek

Sejarah, kita akan tahu maklumat mana yang penting dalam setiap topik. Jadi, kita tidak perlu

terlalu membuang masa belajar topik kurang penting dan maklumat yang jarang ditanya dalam

peperiksaan.

Ketiga, buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan

nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti. Saya pernah lihat seorang kawan yang

begitu handal meneka apakah soalan yang bakal keluar semasa belajar di peringkat A-Level

dulu. Rupa-rupanya dia banyak membuat latihan soalan lepas dan dia sudah nampak dengan

jelas bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya. Apabila ini berlaku, proses pembelajaran jadi

ljauh lebih mudah.

Selamat membuat latih tubi. 

Petua 5

Petua kelima ini adalah sangat penting untuk kita skor A dalam

peperiksaan tahun 2008 ini. Saya ada terangkan dengan jelas dan

terperinci dalam buku kedua saya ‘Menjadi remaja SmartStudy –

Kemahiran Belajar’ iaitu tingkatkan kepantasan dan ketepatan.

Kebolehan kita untuk mendapat gred adalah bergantung kepada petua

ini. Ada pelajar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam

dalam sesuatu subjek. Tanya apa sahaja dia boleh jawab. Jadi, pelajar

ini ada ketepatan. Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa

yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan. Namun sayangnya,

kadangkala pelajar begini tidak ada kepantasan. Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat

selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan

peperiksaan.

Dalam subjek Matematik contohnya, kerapkali saya dengar

rungutan ibu bapa yang mengatakan anak mereka boleh

menjawab semua soalan dengan baik di rumah. Tetapi yang

peliknya bila tiba waktu peperiksaan, anak mereka ini cuma

mendapat keputusan sederhana sahaja, tidak cemerlang.

Apabila ini berlaku, saya selalu rasa hampir pasti ia disebabkan

anak ibu bapa tadi tidak mempunyai kepantasan.

Untuk membuktikannya, saya uji pelajar tersebut dengan satu

atau dua soalan dan saya beri satu tempoh masa. Ternyata

pelajar itu gagal menyiapkan soalan tu dalam masa yang diberikan. Jika diberi lebih masa, dia

akan berjaya lakukannya. Ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kita tahu banyak perkara

tentang sesuatu subjek, kita tidak akan dapat gred A sekiranya kita tidak mempunyai

kepantasan.

Page 12: 7 Petua Skor A

Dalam masa yang sama, ada pelajar yang mempunyai

kepantasan tetapi tidak mempunyai ketepatan. Pelajar ini cepat

dapat selesaikan soalan-soalan peperiksaan tetapi mereka terlalu

lalai hingga boleh salah soalan yang paling senang

sekalipun. Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita

lalai dan sukar mendapat markah yang baik.Ketepatan tanpa

kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan

dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga

mendapat gred yang kita mahukan.

Kita akan bincangkan lagi bagaimana kita boleh tingkatkan

kepantasan dan ketepatan kita sekaligus. 

Petua 5.1

Saya telah terangkan tentang peranan

kepantasan dan ketepatan dalam posting saya

semalam. Kini saya akan terangkan bagaimana

kita boleh tingkatkan tahapketepatan kita dalam

usaha skor A 2008.

Untuk meningkatkan tahap ketepatan, kita

memerlukan 3 kemahiran belajar. Kemahiran

belajar itu ialah

Kemahiran untuk fokus semasa belajar

Kemahiran menghafal

Kemahiran menulis nota kreatif

Kemahiran fokus semasa belajar - ialah kemahiran untuk kita tumpukan sepenuh perhatian

kepada apa yang sedang diajarkan. Ini adalah langkah pertama terpenting dalam skor A. Walau

kita hebat bagaimana pun, tanpa fokus, kita tidak akan mampu memahami apa yang sedang

diajarkan.

Saya selalu lihat cara pelajar cemerlang belajar semasa saya di zaman persekolahan dan

semasa saya menjadi guru. Jelas kelihatan bahawa pelajar cemerlang sangat fokus semasa

belajar. Bagaimana? Mereka lupakan semua perkara lain sewaktu belajar.

Mereka tidak peduli tentang orang yang sedang lalu-

lalang di tepi kelas mereka dan mereka tidak peduli

sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Mereka kelihatan begitu khusyuk dalam usaha memahami

apa yang sedang diajarkan. Ia seperti seorang budak

yang sedang khusyuk menonton cerita kartun

kegemarannya. Bolehkah anda bayangkan bagaimana

rupa orang yang sedang khusyuk ini?

Jadi, untuk fokus seperti mereka, kita perlu lakukan

beberapa perkara:

Page 13: 7 Petua Skor A

Pertama, apabila cikgu mula mengajar, lupakan semua perkara lain dan tumpukan sepenuh

perhatian kepada apa yang guru sedang katakan.

Lebih baik, ringankan mulut untuk bertanya. Apabila guru menerangkan sesuatu, fikir betul-betul

apa yang guru sedang terangkan. Kemudian apabila ada soalan timbul dalam kepala, buka

mulut untuk bertanya. Jangan risau jika kita kelihatan tidak pandai kerana tidak faham kerana

selalunya separuh daripada murid di dalam kelas kita itu juga tidak faham sebenarnya. Cuma

mereka malu hendak bertanya.

Duduk seperti seorang budak yang sedang menonton cerita kartun kegemarannya. Kalau tidak

pernah lihat bagaimana cara duduk begini, cuba kita fikirkan bagaimana cara kita duduk apabila

kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Duduk dengan cara begini semasa belajar di

dalam kelas atau di mana-mana sahaja.

Petua 5.2

Cara kedua untuk meningkatkan ketepatan ialah

dengan menguasai kemahiran menghafal atau teknik

memori. Teknik memori ialah teknik yang boleh

membuat kita lebih mudah ingat apa yang sedang

dan telah kita pelajari.

Teknik ini bukanlah seperti satu ubat yang boleh

dimakan agar semua masalah ‘LUPA‘ hilang. Teknik

ini memerlukan latihan dan kesungguhan.

Namun apa yang bagusnya, setelah kita memahami

dan menguasai teknik ini, mengingati sesuatu akan

jadi lebih mudah.

Apa kaitan teknik memori dengan ketepatan? Apabila

kita menjawab soalan peperiksaan, kita perlu

mengetahui jawapannya dengan tepat untuk

memperolehi markah yang baik. Jawapan yang tepat

selalu perlu diingat dengan betul.

Contohnya, berapakah suhu takat didih air? Kalau kita tidak ingat, mungkin kita boleh jawab

lebih kurang 90 hingga 110 darjah celsius. Tetapi, itu tidak tepat. Kita perlu ingat dengan tepat

bahawa takat didih air ialah 100 darjah celsius.

Bagaimana caranya agar kita boleh kuasai teknik memori atau kemahiran menghafal ini?

Pertama, ikuti kursus, seminar atau bengkel kemahiran belajar yang dianjurkan di tempat kita

belajar atau mana-mana tempat yang kita boleh hadiri. Selalunya sekolah atau mana-mana

pusat pengajian ada menganjurkan program begini untuk pelajar. Saya juga kadangkala agak

sibuk memenuhi undangan menjalankan program berbentuk kemahiran belajar dan teknik

menghafal ini di sekolah-sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk

mengikuti program sebegini.

Kuasai teknik ini melalui pembacaan. Kini terdapat banyak buku yang mengajar teknik-teknik

memori dan kemahiran menghafal. Ada yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan ada yang ditulis

dalam Bahasa Melayu (contohnya buku menjadi remaja SmartStudy – Kemahiran Belajar). Saya

lihat kebanyakan pelajar cemerlang pasti ada melaburkan wang mereka membeli buku-buku

Page 14: 7 Petua Skor A

berfaedah begini berbanding pelajar lain yang lebih suka membeli komik, majalah hiburan dan

bahan bacaan yang tidak menyumbang ke arah pembangunan diri.

Latih teknik ini setiap hari hingga kita rasa selesa menggunakannya. Salah satu tanda rasa

selesa ialah kita tidak perlu berfikir lagi untuk melakukannya. Contohnya, apabila kita membaca

buku, dengan secara automatik kita akan praktikkan teknik memori hingga kita tidak sedar rupa-

rupanya banyak maklumat yang kita telah ingat melalui pembacaan itu.

Mulakan usaha kita untuk menguasai teknik memori ini sekarang!

Petua 5.3

Teknik ketiga untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai teknik menulis nota

kreatif. Nota adalah sangat penting buat pelajar. Apa yang dipelajari dalam Januari pasti akan

hilang dalam ingatan sebelum tiba bulan Mei atau Jun. Lebih buruk lagi, ada pelajar yang lupa

walaupun baru sahaja beberapa minggu lepas mempelajarinya. Walaupun ini perkara biasa,

sesuatu mesti dilakukan agar kita dapat ingat lebih lama apa yang telah dipelajari.

Jadi satu cara mudah untuk mengingat apa yang kita sudah pelajari (selain teknik menghafal)

ialah dengan menguasai teknik menulis nota kreatif. Nota kreatif berbeza dengan nota-nota

biasa. Biasanya nota pelajar hanya dipenuhi dengan tulisan dan juga warna terang daripada

‘highlighter’. Nota begini tidak banyak dapat membantu pelajar sebenarnya. Mengapa?

Pertama, minda kita berfikir secara bergambar. Minda kita

sukar untuk mengingat tulisan. Jadi, nota yang hanya

dipenuhi tulisan akan membuatnya sukar diingat. Kedua,

nota begini selalunya panjang dan sukar difahami.

Bayangkan peperiksaan akan tiba dalam masa 2 minggu

dan kita perlu baca nota yang begitu tebal. Apa

rasanya? 

Jadi, mulai hari ini,

Tukarkan nota ke dalam bentuk gambar. Anda boleh rujuk

kompilasi tips dan petua tentang teknik memori supaya

faham bagaimana cara menulis nota bergambar.

Tukarkan nota ke dalam bentuk cerita. Dalam kompilasi

petua, topik 7 petua mudah ingat apa dipelajari ada saya berikan

contoh bagaimana mahu melakukan perkara ini.

Sentiasa gambarkan nota yang telah kita tulis dalam minda kita. Cerita bergambar memang lebih

mudah untuk dibayangkan.

Selamat mencuba. 

Petua 5.4

Kita sudah berada dalam tips terakhir petua kelima ini. Dalam beberapa posting lepas, saya ada

terangkan tentang cara meningkatkan ketepatan. Hari ini, saya akan kongsikan satu tips

bagaimana kita boleh tingkatkan tahap kepantasan kita pula.

Page 15: 7 Petua Skor A

Diringkaskan cerita, cara paling mudah untuk

kita meningkatkan kepantasan ialah

dengan membuat latihan dalam masa yang

ditetapkan. Apa maksud saya? Bagini.

Katakan kita sedang membuat latihan

matematik. Cuba buat satu soalan dan lihat

berapa banyak masa yang kita ambil untuk

menyiapkannya. Katakan masa yang diambil

ialah 7 minit. Kemudian, ambil satu kertas lain,

cuba buat lagi sekali soalan yang sama itu.

Bolehkah ia disiapkan dalam jangka masa kurang 7 minit? Kalau boleh, bagus. Tetapi, berapa

cepat? 5 minit? 4 minit? Atau 2 minit? Latihan berterusan dengan mengejar masa begini akan

membuat otak kita lebih peka, cerdas dan cekap dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Satu cara lagi, setiap kali kita buat latihan daripada buku teks atau buku latihan, catatkan masa

yang kita ambil untuk menyiapkannya. Kemudian, cuba tambahkan kepantasan kita dari masa ke

semasa. Satu contoh yang biasa saya lakukan semasa saya mengajar Matematik untuk pelajar

UPSR, saya berikan mereka 100 soalan sifir mudah. Mereka perlu hafal sifir untuk menyiapkan

latihan ini dengan pantas.

Saya cuma beri masa 4 minit untuk menyiapkan 100 soalan itu. Selalunya, buat kali pertama,

jarang pelajar saya dapat selesailkan. Namun, setelah dilatih beberapa kali, mereka jadi semakin

cepat.

Lama kelamaan, ada pelajar saya yang apabila lihat sahaja soalan, mereka sudah tahu

jawapannya. Rekod terpantas yang dapat dicatatkan oleh pelajar saya ialah 2 minit untuk 100

soalan. Betul 100%. Alhamdulillah, pelajar ini mendapat gred A dengan mudah dalam subjek

Matematik pada peperiksaan UPSR.

Jadi, mulai hari, latih kepantasan untuk skor A tahun ini. Selamat mencuba. 

Petua 6

Sudah beberapa minggu tergendala perbincangan kita mengenai petua skor A 2008 kan?

Hmm… agak sibuk sedikit kebelakangan ini tetapi tidak mengapa, saya akan habiskan tulisan

saya mengenai 7 petua ini.

Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah ‘jaga kesihatan fizikal dan mental’. Mudah

sahaja bunyi petua ini tetapi tahukah kita bagaimana menjaga kesihatan fizikal dan mental. Mari

kita mulakan dengan kesihatan fizikal dahulu.

Selalunya, apabila sudah terlalu bersemangat untuk skor A, pelajar lupa menjaga

kesihatan tubuh badan mereka. Mereka terperap dalam rumah atau bilik untuk

membaca buku. Mereka enggan keluar berjalan-jalan atau bersenam.  Mereka

juga mula tidak menjaga makan minum mereka di mana mereka tidak makan

dengan cukup, makan berlebihan atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

Page 16: 7 Petua Skor A

Saya percaya tidak perlu diterangkan mengapa kesihatan fizikal itu penting untuk skor A. Kita

kena ingat, minda tidak boleh berfungsi dengan baik jika fizikal kita tidak berada dalam keadaan

yang baik.

Sama seperti kereta, ia tidak berfungsi dengan baik jika ada sebarang kerosakan pada enjinnya.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga kesihatan fizikal dalam usaha skor A 2008 ini?

Pertama, banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Ia boleh dilakukan dengan memakan

buah-buahan segar atau sayur-sayur segar.  Kebanyakan zat-zat yang kita perlukan boleh

didapati di dalam makanan-makanan ini. Jika sukar mendapat makanan berkhasiat, penggunaan

’supplement’ atau zat tambahan yang boleh dibeli di pusat kesihatan atau farmasi juga boleh

membantu.

Kedua, banyakkan minum air yang bersih. Sukar untuk saya terangkan lebih lanjut mengenai air

bersih ini. Namun, air yang dicadangkan oleh Dr Bruce Miller (penulis buku-buku kesihatan

termasuk buku mengenai penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya) mencadangkan

air reverse osmosis atau air yang sudah disuling. Kalau kita pergi ke kedai, kita boleh lihat

banyak air minuman yang dijual dalam botol bukan? Selalunya kita hanya panggil air minuman

itu dengan nama air mineral. Tetapi bukan semua air itu air mineral. Ada diantaranya ialah air

reverse osmosis. Ia selalunya juga ditulis sebagai ‘drinking water’. Dapatkan nasihat seseorang

yang lebih pakar daripada saya mengenai perkara ini supaya tidak ada keraguan. 

Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh. Mudah

sahaja bunyinya kan? Kalau kita berjalan kaki ke kedai pun kadang-

kadang sudah ambil masa 30 minit dan kita akan berpeluh.  Itu pun

sudah lebih baik daripada asyik terperap di dalam rumah.

Lakukan senaman regangan otot 5 – 10 minit sehari. Apabila kita asyik

belajar dan duduk di atas kerusi sepanjang masa, otot kita boleh jadi

kejang dan tidak selesa.  Perjalanan darah juga akan jadi tidak lancar. 

Jadi dengan membuat senaman regangan otot, kita akan rasa lebih

segar dan selesa. Mudahlah nanti untuk kita sambung belajar.

Lebih menarik lagi, luangkan masa bermain sukan dengan kawan-

kawan 30 hingga 60 minit sehari. 

Petua 6.1

Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah ‘jaga kesihatan fizikal dan mental’. Saya

telah terangkan mengenai tips menjaga kesihatan fizikal. Kali ini, kita bincangkan tips menjaga

kesihatan mental pula.

Kita perlu faham, kadangkala tekanan perasaan

yang kita rasa sebagai pelajar boleh menjadi

terlalu hebat hingga ia memusnahkan

kebolehan kita untuk berfikiran rasional. Ada

ketikanya, pelajar boleh jatuh sakit secara

fizikal (demam, letih badan, pening kepala atau

kerengsaan kulit) atau secara mental (separuh

gila, gila atau hilang akal). Berat juga perkara

ini kerana saya sendiri pernah menyaksikan

sahabat saya sendiri jatuh sakit secara mental akibat tekanan perasaan semasa belajar dan

masih tidak pulih sepenuhnya hingga ke hari ini.

Page 17: 7 Petua Skor A

Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menjaga kesihatan mental kita ini.

Pertama, kekalkan imej positif di dalam minda kita. Tekanan perasaan selalunya disebabkan kita

terlalu memikirkan perkara-perkara yang menakutkan seperti gagal peperiksaan atau tidak

mampu menjawab dengan baik dalam dewan peperiksaan. Hari ini, senaraikan perkara-perkara

yang boleh buat kita gembira setiap kali memikirkannya. Apabila kita rasa tertekan, terus lihat

pada senarai ini dan fikirkan tentang perkara tersebut. Saya pasti ia boleh membantu

mengurangkan tekanan yang kita rasakan.

Mula berkawan rapat dengan kawan-kawan yang

ceria, cemerlang dan yang suka memberi dorongan

dan sokongan. Tujuan ini bukan untuk kita pergi

kepada mereka dan luahkan masalah kita kerana

masalah yang kita bawa akan melemahkan mereka

juga. Pergi kepada mereka untuk tiru cara mereka

hadapi tekanan perasaan mereka. Pelajar

cemerlang selalunya berfikiran positif dan

menganggap tekanan perasaan sebagai satu

cabaran yang seronok untuk ditempuhi. Ia sama

seperti kita bermain sukan. Semakin sukar

permainan itu, semakin seronok untuk kita cuba

memenanginya.

Jaga ibadah harian. Selain daripada menunaikan

sembahyang wajib, luangkan juga masa untuk

melakukan ibadah sunat yang digalakkan dalam agama kita. Saya selalu percaya bahawa air

sembahyang adalah satu senjata hebat pelajar cemerlang untuk mengurangkan tekanan

perasaan mereka. Disamping itu, membaca Al-Quran selepas Subuh dan Asar benar-benar

boleh menenangkan fikiran dan menambahkan keselesaan dan kelapangan di dalam hati kita.

Selamat mencuba. 

Petua 7

Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah ‘dapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru dan

rakan-rakan’. Sekali lagi ringkas sahaja bunyi petua ini tetapi adakah kita tahu mengapa

sokongan mereka ini semua sangat penting dalam usaha mencapai gred A dalam tahun ini?

Begini. Semasa kita berusaha untuk mencapai

matlamat, kita akan menghadapi pelbagai rintangan

dan cabaran. Rintangan dan cabaran ini mungkin

datang dalam bentuk kegagalan, kekecewaan dan

rasa sakit hati akibat macam-macam perkara.

Contohnya, kalau kita nak skor A dalam subjek

Bahasa Inggeris, mungkin kita tidak akan selalu

mendapat gred tersebut. Ada kalanya kita dapat gred

B, C, D atau gagal. Cabaran ini boleh menggugat

keyakinan dan semangat kita untuk berjaya.

Jadi, dalam keadaan begini, ibu bapa, guru dan rakan-rakanlah yang boleh membantu

menaikkan semula semangat dan keyakinan diri yang semakin jatuh itu. Namun, tidak semudah

Page 18: 7 Petua Skor A

itu untuk mendapat sokongan mereka. Di sini saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk

mendapat sokongan mereka. Mari kita mulakan dengan bagaimana mendapat sokongan

daripada ibu bapa.

Secara umumnya, ibu bapalah yang paling mudah untuk menyokong dan memberi semangat

kepada kita. Ini adalah kerana kejayaan kita mencerminkan kejayaan buat diri mereka juga.

Malah, banyak ketikanya, ibu bapalah yang lebih risau berbanding pelajar apabila menjelang

peperiksaan (pernah lihat situasi begini?).

Walaupun mereka mudah menyokong, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan agar

mereka lebih mudah memahami cabaran yang sedang kita tempuhi.

Pertama, belajar untuk meluahkan apa yang

terbuku di hati kepada ibu bapa. Masalah biasa

dikalangan pelajar dan ibu bapa ialah hilangnya

kebolehan untuk mereka berkomunikasi dengan

baik. Perkara ini selalu saya lihat dalam sesi

kaunseling yang saya jalankan terutamanya

apabila anak-anak meningkat dewasa (dari

umur 12 hingga 17 tahun). Jika anda ada

masalah atau kerisauan, cuba bincangkan

dengan ibu bapa. Saya faham ini bukan perkara

mudah. Namun setelah anda buka mulut dan

berkongsi masalah dengan ibu bapa, fikiran mereka akan jadi lebih terbuka untuk menyokong

kita. Contohnya, jika kita sedang risau dan tertekan, jangan hanya berdiam diri dan mula

menunjukkan perangai-perangai yang tidak menyenangkan. Perasaan tertekan tidak akan hilang

dengan cara begitu. Apa kata jumpa ibu bapa, beritahu mereka yang kita sedang rasa tertekan

dan minta nasihat mereka untuk membantu diri kita. Saya percaya mereka akan bantu.

Kedua, ceritakan kepada ibu bapa tentang matlamat kita untuk mencapai kejayaan. Ceritakan

kepada mereka mengapa kita mahu capai kejayaan.  Kemudian, berterus-terang dengan mereka

yang kita perlukan sokongan dan restu mereka untuk merasa lebih bersemangat. Ibu bapa mana

yang tidak akan gembira dan menyokong jika anak-anak mereka sudah bertekad untuk berjaya.

Ketiga, dalam masa yang sama, walaupun sedang berusaha untuk berjaya, jangan lupa untuk

membantu ibu bapa di rumah.  Kerja-kerja rumah selalunya tidak terlalu membebankan untuk

kita. Setelah kita bantu meringankan beban ibu bapa di rumah, hati kita akan jadi lebih tenang.

Ibu bapa kita juga akan rasa tenang. Jadi, lebih mudahlah untuk mereka membantu kita nanti.

Selamat mencuba. 

Petua 7.1

Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah‘dapatkan sokongan

daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan’. Semalam saya sudah

terangkan bagaimana untuk mendapat sokongan ibu bapa. Kali ini,

mari kita bincangkan bagaimana untuk mendapat sokongan guru

dan rakan-rakan.

Page 19: 7 Petua Skor A

Para pembaca yang saya hormati sekalian, sokongan guru adalah antara perkara terpenting

dalam mencapai matlamat kejayaan kita. Untuk skor A, saluran paling utama untuk mencapainya

ialah melalui guru kita.

Apabila guru kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan membawa kita ke arah kejayaan,

lebih mudah untuk kita ke sana. Banyak ketikanya pelajar dan ibu bapa merungut mengatakan

guru tidak bersungguh-sungguh dan tidak peduli dengan kejayaan muridnya.

Malah ada yang menuduh guru hanya menganggap sekolah sebagai tempat mencari duit dan

tempat untuk mempunyai kerjaya sahaja. Saya percaya tanggapan ini salah.

Mengapa? Sepanjang pengalaman saya berkenalan dengan

guru sama ada di zaman persekolahan atau dewasa, saya lihat

semua guru mahu anak muridnya berjaya. Satu sebabnya

tentulah kerana itu tanggungjawab mereka.

Namun satu sebab yang boleh kita percayai ialah kejayaan

anak murid melambangkan kejayaan guru itu juga. Guru yang

hebat pasti boleh melahirkan anak murid yang hebat. Jadi,

persoalan guru tidak serius atau tidak bersungguh-sungguh

harus diketepikan.

Apa yang perlu kita fikirkan ialah mengapa guru lebih

bersungguh-sungguh mengajar murid lain berbanding kita?

Hmm… sekali lagi, jangan buruk sangka. Lihat semula kepada

diri kita.

Adakah kita selalu melawan cakap cikgu, degil, tidak beri tumpuan dalam kelas, terlalu ‘loyar

buruk’, tidak hormat, tidak pernah siapkan kerja sekolah dan mengutuk guru itu dibelakangnya?

Jika kita pernah atau biasa lakukan ini semua, adakah guru akan serius untuk membantu kita?

Tentu tidak bukan?

Jadi, mulai hari ini, cari jalan untuk mendekati dan mendapat sokongan guru kita. Saya ada

tulis 7 petua untuk memikat hati guru di dalam blog ini. Untuk membaca kompilasinya, klik

disini. Dengan 7 petua ini, saya percaya kita akan lebih mudah mendapat perhatian dan

sokongan guru meskipun guru itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hariannya.

Selamat mendapat sokongan guru dan selamat memikat hati mereka. 

Petua 7.2

Kita sudah sampai ke tips terakhir dalam 7 petua skor

A 2008 ini. Dalam petua ketujuh yang lepas, saya

sudah terangkan kepentingan menjaga hubungan baik

dengan ibu bapa dan guru. Kali ini saya akan

terangkan kepentingan dan juga teknik untuk menjaga

hubungan baik dengan rakan sebaya.

Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya adalah

orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita

Page 20: 7 Petua Skor A

mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap fikiran

yang sama dengan kita. Jadi jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita

dengan lebih mudah.

Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Ada

banyak ketikanya kita tidak dapat luahkan masalah atau kerisauan hati kita kepada guru atau ibu

bapa tetapi rakan-rakan rapat kita akan sentiasa bersedia mendengar dan menyokong kita.

Namun kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita. Ada yang akan

cuba menarik kita kearah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Contohnya jika kita

berkawan dengan pelajar yang malas, walaupun dia baik dan rapat dengan kita, dia akan

membuat kita terikut-ikut dengan perangai malas atau nakalnya.

Untuk skor A 2008 ini, ada beberapa tips yang perlu kita praktikkan.

Pertama, dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan

bersemangat untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan

masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas,

bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini

akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.

Belajar bagaimana mahu menambahkan jumlah kawan. Kemahiran

berkawan adalah satu kemahiran yang sangat penting kerana

tanpanya, tidak ramai pelajar yang mahu berkawan dengan kita.

Jadi, baca tips kemahiran berkawan (Klik disini) dan 7 petua memikat hati rakan sebaya ( klik

disini)

Selamat mencuba. 

Petua 7.2

Alhamdulillah. Saya telah berjaya menulis 7 petua skor A untuk

tahun 2008 ini. Petua-petua ini sebenarnya adalah hasil bacaan

saya selama ini dan juga hasil pemerhatian saya terhadap

pelajar-pelajar cemerlang yang saya kenali. Saya selalu percaya

bahawa skor A dalam peperiksaan adalah umpama kita sedang

belajar memasak daripada seorang Chef yang handal. Jika kita

ikut satu-persatu apa yang dilakukan termasuk menggunakan

sukatan yang 100% sama, kita pasti akan dapat hasil yang

sama.

Seperti pelajar cemerlang yang mampu skor A juga, kita boleh jadi seperti mereka jika kita

amalkan apa yang mereka amalkan. Antara apa yang mereka amalkan ialah 7 petua yang saya

kongsikan di sini. Mari kita ulang semula ketujuh-tujuh petua ini.

1. Tulis gred yang kita mahu capai.

2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.

3. Uruskan masa berpandukan matlamat.

4. Latih tubi.

5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan.

6. Jaga kesihatan fizikal dan mental.

Page 21: 7 Petua Skor A

7. Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

Saya ucapkan selamat mencuba petua-petua ini dan selamat berjaya!