13 penilaian berasaskan sekolah

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 06-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm 3101

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH1LatarDalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, kerajaan mula mengorak langkah ke arah Pentaksiran Sekolah.Hal ini bertitik tolak daripada saranan Tun Hussein Onn, mantan Menteri Pelajaran Malaysia, yang menyatakan bahawa sistem pendidikan tidak sepatutnya terlalu berorentasikan peperiksaan berpusat dan beliau mencadangkan LPM untuk mengambil tindakan mengatasinya melalui sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).(Utusan Malaysia , 22 Mac 2006)2Sebahagian daripada peperiksaan secara berpusat mungkin perlahan-lahan digantikan dengan PBS seperti yang telah dipraktikkan dalam komponen beberapa mata pelajaran seperti Kajian Geografi Tempatan (KGT) di peringkat PMR. (Haslina, 2004)3Terdapat pelbagai istilah yang merujuk pentaksiran jenis ini. Antaranya;

1.Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS)Iaitu satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di sekolah rendah. (Mok Soon Sang, 1995,p. 146)

42.Pentaksiran SekolahPentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. (KPM)53. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PBS merupakan suatu konsep tentang perkaitan antara pentaksiran di peringkat sekolah dengan pentaksiran di peringkat luar sekolah, khususnya oleh Lembaga PeperiksaanMalaysia (LPM) (Mohtar Ismail,2009,p.371)64. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)Iaitu ujian yang dibina dan ditadir oleh guru disekolah rendah.7KESIMPULANNYAPBS ialah satu proses untuk memantau pertumbuhan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara keseluruhan berdasarkan objektif kurikulum baru yang bersepadu dan juga berdasarkan falsafah pendidikkan negara. Pentaksiran ini dirancang dan diatur oleh guru untuk semua mata pelajaran yang alat ujinya dibina dan dikendalikan oleh mereka. (Ibid,p.383)8RASIONAL PBSMengurangkan tekanan terhadap pelajar yang selama ini belajar semata-mata untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan di peringkat pusat.Sesuai dengan amalan pendidikan bahawa peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran.Murid boleh melakukan inovasi dan kreativiti yang maksimum.Boleh membina bakat, kebolehan dan potensi mereka dalam jurusan yang diminati.Mengurangkan tumpuan mengajar untuk peperiksaan9CIRI-CIRI PBSPentaksiran dibuat dan diamil kira berdasarkan prestasi sepanjang proses pembelajaran.Pelajar dinilai dalam konteks sebenar atau disebut penilaian autentik.Pelajar memberi respon melalui penghasilan laporan,demonstrasi kemahiran atau penghasilan barangan .Paling sukar diselaraskan seluruh negara.Guru akan memikul tugas yang berat lagi percuma. (Mohtar Ismail,2009,p.373)

10Dari segi penekanan PBS memperlihatkan ciri-ciri berikut;Menekankan penilaian secara tak formal daripada secara formal. Ini bermakna guru menjalankan penilaian dengan menggunakan alat pengukuran yang sesuai seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.11Menekankan penilaian formatif daripada sumatif. Ini bermakna maklumat yang diperoleh daripada PBS digunakan untuk membantu perkembangan murid dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.

12Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan. Tindakan susulan ini akan membantu murid membaiki pembelajaran seterusnya.13Menekankan penilaian secara berterusan daripada penilaian bulanan, penggal atau akhir tahun. Ini bermakana PBS dijalankan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian secara berterusan akan membolehkan guru mengubah suai strategi dan teknik pengajarannya mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari masa ke masa.14Menekankan penilaian secara menyeluruh daripada aspek kognitif sahaja. Ini bermakna segala potensi murid seperti intelek, rohani, jasmani, sosial dan emosi juga dinilai di bawah PBS.15Menekankan penilaian dalaman daripada penilaian luar. Ini bermakana PBS dijalankan oleh guru yang mengajar murid itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat. (Mok Soon Sang, 1995,p. 148)16AMALI 1Setakat ini anda diharapkan sudah mengenali apa itu PBS dan mungkin anda sendiri pernah mengendalikan PBS ini di sekolah semasa praktikum.Bincangkan dalam kumpulan anda apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam pengendalian PBS ini secara realitinya.17PRINSIP PBSSeharusnya dijalankan mengikut matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Maklumat yang diperoleh daripada aktiviti pentaksiran hendaklah digunakan untuk mengesan punca kelemahan peguasaan kemahiran yang telah diajarkan dan seterusnya membantu murid mengatasi kelemahan mereka.Membina sikap positif terhadap pembelajaran dan menggalakkan mereka berusaha mendapat pencapaian yang cemerlang dalam kalangan pelajar. 18KAEDAH MENGURUS PBSUJIAN PENCAPAIANMengukur pencapaian murid dalam aspek pengetahuan dan kefahaman bagi mata pelajaran BahasaMelayu, Sains, Matematik, dan Kajian Tempatan.19UJIAN PRESTASIMenilai kebolehan murid dalam aspek lisan, bacaan,kegiatan amali, Pendididkan Jasmani , Muzik, Kokurikulum dan Kemahiran Manipulatif.20UJIAN SITUASIMengenalpasti sikap dan nilai murid melalui situasi tertentu.

PEMERHATIAN

Mengenalpasti dan mencatat perkembangan murid mengenai ciri-ciri afektif seperti dalam Agama Islam, Pendidikan Moral dan Kokurikulum.21PENTAKSIRAN HASIL KERJAMenentukan mutu hasil kerja yang dicapai dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif.22KAEDAH PENILAIAN DAN JENIS REKODUTK. BAHASA MELAYU SRBIDANG PENILAIANJENIS PENGUKURANREKODLisanUjian LisanGredBacaanUjian BacaanGredTulisanKarangan / KefahamanGred23PROSEDUR PELAKSANAANPentaksiran ini dilaksanakan dalam bentuk formatif (Dilaksanakan seiring dengan proses P&P) dan boleh juga dalam bentuk sumatif (Dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun).24PBS berfokus pada pendekatan rujukan kriteria. Pendekatan ini membawa kepada pentaksiran autentik seperti melalui penggunaan pentaksiran portfolio, tugasan, atau kerja kursus berjadual, kerja lapangan, pemerhatian terus, dan pemerhatian melalui senarai semak.25TERDAPAT DUA MOD PELAKSANAAN PBS;

PBS yang dilaksanakan oleh guru tanpa kawalan standard oleh pihak KPM. Lebih bercorak konvensional yang biasa dilaksanakan oleh guru sebagai tugas hariannya.26PBS yang dilaksanakan oleh guru berdasarkan arahan standard daripada pihak KPM. Pihak kementerian Pelajaran mengedarkan peraturan melaksanakan pentaksiran dan skema pemarkahan kepada sekolah dengan harapan guru di sekolah dapat melaksanakannya secara tekal untuk menjamain kebolehpercayaan dan seterusnya kesahan ujian. Contoh ujian lisan Bahasa Melayu PMR, Penilaian Kemahiran Amali (PEKA) untuk Sains dan komponen kerja kursus bagi Geografi dan Sejarah.

27AMALI 2Berdasarkan mod 1, secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan Set Instrumen PBS untuk kemahiran-kemahiran bahasa Melayu.Instrumen anda perlu dibina secara digital dan harus dipersembahkan kepada kelas.28MACAM MANA NAK BUAT???????

29Pilih satu kemahiran bahasa yang pernah diajar.Tentukan Kaedah mengurus PBS.Tentukan teknik pengesanan yang akan digunakanUjian Kertas Pensel (Mengukur prestasi dan kemajuan)- Objektif - Betul / Salah - Melengkapkan Ayat - Padanan - Aneka Pilihan- Subjektif - Respon Terhad30Ujian Lisan- Perbincangan- Temubual

- Tajuk dan tema hendaklah sesuai dengan kebolehan , jantina dan latar murid dsn bebas daripada isu-isu sensitif dari segai agama, budaya dan sosial.- Boleh menggunakan ilistrasi utuk merangsangkan pemikiran murid- Dicadangkan penumpuan kepada; Apa Bagaimana dan Mengapa31Ujian Bacaan- Sediakan satu petikan bacaan yang sesuai dari segi isi dan jumlah perkataan.- Aras kesukaran bahasa sepadan dengan peringkat kefahaman murid- Tema dan isinya berkaitan dengan persekitaran.- Tentukan aspek yang hendak dinilai (makanis / kefahaman)- Tentukan tumpuan setiap aspek yang hendak dinilai (kelancaran, sebutan,dan intonasi)- Tentukan prosedur ujian membaca.- Tentukan skim pemarkahan bagi setiap aspek.32Ujian Mendengar- Sediakan satu rakaman yang sesuai dari segi isi dan kepanjangannya.- Aras kesukaran bahasa sepadan dengan peringkat kefahaman murid- Tema dan isinya berkaitan dengan persekitaran.- Tentukan aspek yang hendak dinilai( kefahaman)- Tentukan tumpuan setiap aspek yang hendak dinilai (boleh menjawab soalan kefahaman, boleh menulis perkataan seerti, mengisi tempat kosong dsb.)- Tentukan prosedur ujian mendengar.- Tentukan skim pemarkahan bagi setiap aspek.33Ujian Menulis- Sediakan satu tajuk / tema yang sesuai dengan peringkat murid.- Tajuk / tema berkaitan dengan persekitaran murid. - Tentukan tumpuan setiap aspek yang hendak dinilai (tulisan berangkai, pengunaan tanda bacaan, pengunaan penanda wacana, pemerengganan, penggunaan ayat dsb. )- Tentukan prosedur ujian menulis.- Tentukan skim pemarkahan bagi setiap aspek.34CONTOH SKIM PEMARKAHAN UJIAN MEMBACAKONSTRUKKRITERIACemerlang (23 - 30)Sederhana (16 - 22)Memuaskan(9 - 15)Pencapaian Tahap minimum(1 - 8)Kelancaran -Bacaan sangat lancar-Tidak melakukan sebarang kesilapan-Sederhana lancar-Melakukan beberapa sekatan-Bacaan merangkak-Mengeja sebelum membatangSebutan -Sebutan sangat jelas-Terdapat beberapa sebutan yang tidak jelas.-Sebuatan tidak jelas pada kebanyakan huruf.Intonasi35Sekian, untuk interaksi kali ini dan jumpa lagi Jun nanti. Salah silap harap dimaafi.36REFELEKSI KULIAH 18.3.10Peserta kursus tidak dapat menghasilkan instrumen penilaian seperti diharapkan, kecuali satu kumpulan (kumpulan 4) yang menampakkan instrumen penilaian.Mereka lebih kepada penyediakan nota penilaian (PBS).Dalam persembahan mereka lebih kepada mengajar kemahiran bahasa bukan membuat aktiviti penilaian.Penambahbaikan yang perlu;Penerangan perlu lebih jelas.Pemantauan perlu dibuat ketika peserta mejalankan persediaan.Contoh lengkap perlu ditunjukan.37