11. tajuk 4 - pentaksiran dan penilaian(1)

35
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM PISN2103 TAJUK 4 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN 79 Kursus ini membincangkan konsep Penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran serta bentuk penilaian. Ia juga membincangkan pembinaan JSU dan bentuk pentaksiran dan penilaian beserta pembinaan item.. Di akhir topik ini, pelajar dapat : . Mengenal pasti dan memahami tentang konsep pentaksiran dan penilaian Mengenal pasti dan membanding beza antara formatif dan sumatif Mengenal pasti dan membina Jadual Spesifikasi Ujian. Memahami cara pembinaan item objektif dan subjektif serta perbezaan keduanya.

Upload: sitifairus

Post on 30-Sep-2015

302 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM PISN2103

TAJUK 4 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

TAJUK 4PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Hasil Pembelajaran:

4.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian

dan pentaksiran Penilaian memainkan peranan yang penting dalam Kehidupan kita . Contohnya sebelum anda dianugerah Diploma Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian

Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu . Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan :

Mengesan pencapaian hasil pembelajaran

Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai

Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran

Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan pengukuran: Mengesan hasi-hasil pembelajaran

Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi

kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain

Mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Bagi mendapatkan maklumat untuk

Bimbingan

Kecekapan guru

Rekod prestasi dan profil murid

PenilaianPenilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan penilaianPenilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui penilaian, guru dapat : mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

mengetahui keberkesanan pengajarannya;

merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.Pentaksiran Pentaksiran merupakan Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.4.2 Penilaian Formatif dan SumatifTerdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif:

Penilaian FormatifPenilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.

Penilaian sumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

Merancang penilaian. Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:

mata pelajaran

tajuk-tajuk yang dinilai

peringkat kebolehan murid yang dinilai

wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar

Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.

Bidang dan Bentuk PenilaianBidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :

Penguasaan ilmu

Penguasaan kemahiran

Penghayatan dan amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:

Pemerhatian

Lisan

PenulisanPemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :Mengesan serta-merta

- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam

pengajaran harian

- tidak memerlukan instrumen yang khusus.

Mengesan kemajuan

- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran

- perlu dirancang secara individu atau kumpulan

- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulisMengesan pencapaian

- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program

- perlu dirancang secara individu

- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

Penilaian secara pemerhatian Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan

dan penulisan seperti:

sikap

perlakuan/amalan

amali

kemahiran manipulatif

kemahiran bersosial

kemahiran belajar

kemahiran kinestetik

kemahiran literasi komputer

kemahiran mereka ciptaPemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.

Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

- murid dengan guru

- murid dengan murid

- murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kefasihan menghafaz

- sebutan dalam berbahasa

- kecekapan mencongak

- gaya persembahan

- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian LisanKemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

- bacaan kuat

- syarahan

- perbahasan

- bercerita

- perbincangan

- hafazan

- temu bual

- soal jawab

- nyanyian

- deklamasi sajak

- mendengar dan memberi respon secara lisanPenilaian lisan membolehkan guru :- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur

secara gramatis.

- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

- mengesan kelancaran dalam sebutan.

- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk

merangsang murid berfikir.

- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian secara penulisan. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

- karangan

- laporan projek/kerja kursus/folio

- latihan dan ujian bertulis

- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian PenulisanDigunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

- kemahiran menulis

- menyusun idea

- penggunaan tanda baca

- perbendaharaan kata

- mengaplikasi

- mentafsir

- menilaiDalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:

- soalan menepati kemahiran yang akan diuji

- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami

- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

- aras kesukaran soalan dipelbagaikan

- skema pemarkahan disediakanSoalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

- soalan subjektif

- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.Contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaianAras Kemahiran Domain

Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan

Mengetahui

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip- Mengingati kembali

- Mentakrif

- Memerihal

- Mengenal pasti

- Melabel

- Menyenarai

- Melakar

- Memadan

- Menama

- Menyatakan

- Melukis

- Menulis

Memahami

Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip.

- Menterjemahkan bahan atau idea

daripada satu bentuk ke bentuk lain;

- mentafsir bahan atau idea;

- merangkakan trend masa depan

- mengubah

- menganggar

- menerangkan

- memberi contoh

- mengukur

- menyukat

- menentukan

- menukar

- membanding dan membeza

- menambah

- meramalkan

- membuat inferens

- menghubungkait

- mencirikan

- mengelas

Mengaplikasi

Menguji lebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

- menggunakan bahan atau idea dalam

situasi yang baru dan konkrit:

- mengira

- menunjuk cara

- mengubahsuai

- menghitung

- menjana idea

- menjelaskan dengan contoh

Menganalisis

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan. - mengasingkan maklumat kepada

komponen-komponennya untuk

memahami struktur organisasinya dan

perhubungan antara komponen.

- mencerakin

- menjelaskan melalui contoh

- memilih

- mengasingkan

- membuat andaian

- menghuraikan

- mengawal pembolehubah

- membuat urutan

- menyusun mengikut keutamaan

- menggunakan perhubungan ruang dan

masa

- membuat kesimpulan

- menyelesaikan masalah

Mensintesis

Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

- menggabungkan

komponen-komponennya untuk

menghasilkan keseluruhan idea atau

struktur yang baru dan kreatif.

- menggabungkan

- merancang

- meringkaskan

- membina

- merangkakan

- berkomunikasi

- mengeksperimen

- menganologi

- mereka cipta

- mengkonsepsikan

- membuat gambaran mental

- mendefinisikan secara operasi

- membuat hipotesis- mereka bentuk

Menilai

Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.- menilai idea/bahan maklumat/kaedah

berdasarkan criteria yang spesifik untuk

tujuan yang tertentu.

- menaksir

- mengkritik

- mentafsir

- mewajarkan

- mengesan kecondongan

- membuat keputusan

- menyokong

4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test Specification. JSU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran ( paksi melintang ). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JSU adalah seperti berikut:

i. Kandungan ujian : topik-topik

ii. Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan

iii. Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran: panjang masa mengajar dan kepentingan.

iv. Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja kursus dan lain-lain.

v. Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras kemahiran.

vi. Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)i. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian.

iv. Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).

v. Menjadi panduan membentuk format ujian.

vi. Menjadi panduan membentuk soalan.

vii. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.

viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.

ix. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.

x. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

Komponen Utama Dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

i. Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topik demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

ii. Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

iii. Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.

Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.

Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

iv. Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleha menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

Langkah Menyediakan JSU

Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan peruntukan masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.

Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan FormatMata Pelajaran:Pendidikan Islam

Panjang Masa

:2 jam

Bentuk

:Objektif dan esei

Markah

:100

PerkaraObjektifEsei

Masa1 jam1 jam

Markah4060

Bilangan soalan403

Markah 1 soalan120

Masa bagi setiap soalan1.5 minit20 minit

Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.

Carta aliran proses menyediakan JSU:

Contoh JSU

Mata Pelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Solat Lima WaktuKandunganAras Kemahiran

Jumlah

%

PengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

MSdSMSdSMSdSMSdSMSdSMSdS

Pengertian

Bilangan Waktu

Rukun

Hikmah

Jumlah

%

( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar )

Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran

Mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran boleh

diubahsuai kepada mudah dan sukar.Pembinaan Item

Objektif:

Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan soalan yang hendak digubal.

Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:

Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran , format dan JPU bagi mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Kata kerja:

Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.

Bahasa:

a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi kehendak soalan.

b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.

c. Tinggalkan perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan

d. Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan.

Contoh: inferens.

e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan penutup kata .:

Contoh: Idgham.

4.4Bentuk Pentaksiran dan Penilaian

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

SHAPE \* MERGEFORMAT

Komponen PBS

PP Dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir,diperiksa dan direkod oleh pihak sekolah

PS Dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif dan sumatif.

PAJSK Dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan, kokurikulum yang di kawal dan kokurikulum

Ppsi Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untukmmengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir,kemahiran menyelesaikan masalah, minat , kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Ciri PBS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT)

PENGENALAN Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy).

MODEL/KERANGKA KBAT

1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran

2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat

3) Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat.

4) Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.

5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea, memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusanMODEL TAKSONOMI BLOOM (1956) menerangkan penggunaan soalan mempunyai kaitan secara langsung dengan KBAT. Bertepatan dengan pendapat Postman (1979:140) all our knowledge results from questions, which is another way of saying that question-asking is our most important intellestual tool. Corak penyoalan menggunakan soalan aras rendah adalah merbahaya kepada penjaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi (Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai level of thought processes.Tiga jenis KBAT yang penting:

a) Menjana menjanakan alternatif, dan kombinasi idea

b) Menjelaskan idea menjelaskan idea dan menganalisis alasan

c) Menilai kemusabahan idea Menilai maklumat asas, menilai inferensi (kegunaan bukti), dan menilai inferensi ( deduksi)

Pendekatakan mengajar KBAT ialah 1) Mengajar KBAT dalam konteks secara langsung di luar kurikulum. 2) Mengajar berfikir menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum 3) Penyebatian menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit

Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti: 1) Soalan terbuka 2) Teknik Penyoalan 3) Perbincangan 4) Metakognisi 5) Pengurusan Grafik 6) Kaedah Penyelesaian masalah

KESIMPULAN Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar berfikiran KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka

4.5 Pembinaan Item

a. Item Objektif.Item ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Jawapan bagi ujian berbentuk objektif adalah pendek. Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pemarkahan adalah objektif ,cepat, mudah dan jitu. Sebaliknya ujian berbentuk item objektif gagal menguji kebolehan calon untuk memilih, menyusun dan menyatukan idea. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika item objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi. Contoh-contoh item objektif adalah seperti berikut:

i. Item jawapan pendek.

Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ?

____________________________________

ii. Item melengkapkan.

Rukun Iman mempunyai __________ perkara.

iii. Item benar-salah.

Tandakan ( ) bagi kenyataan yang benar dan (X) bagi kenyataan yang salah.

(a) Rukun Islam empat perkara ( )

(b) Rukun Iman enam perkara ( )

iv. Item padanan.

Nabi Muhammad Taurat

Nabi Musa Al-Quran

v. Item Aneka pilihan.

Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun ______

(a) Rusa

(b) Harimau

(c) Kuda(d) Gajah

Kelebihan Item Objektif

1. Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas.

2. Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan, kefahaman dan aplikasi dengan berkesan.

3. Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas.

4. Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriks yang berlainan.

5. Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah.

6. Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.

7. Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan.Kelemahan Item Objektif1. Pembinaannya memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan.

2. Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.

3. Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan idea-idea.

4. Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan.

5. Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi tahun-tahun lalu boleh meningkatkan taraf pencapaian.

b. Item Subjektif.

Item subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiranya terhad ia mungkin merupakan satu ayat sahaja (struktur). Bertujuan menguji kebolehan pelajar pada aras kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh menguji aras yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada jawapan calon, item subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i. Jawapan terhad (struktur).

Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu frasa sahaja.

Contoh:

Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.

1. __________________________________________

2. __________________________________________

3. __________________________________________

4. __________________________________________

5. __________________________________________

ii. Jawapan tidak terhad (esei).

Jenis soalan ini membenarkan calon memilih, mengatur, dan membentangkan jawapan yang difikirkan sesuai.

Contoh:

Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.

Kelebihan Item Subjektif1. Mudah untuk dibina dan ditadbir

2. Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran

3. Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon dapat menerangkan idea-ideanya.

4. Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn, menganalisis dan membuat sintesis idea-idea meraka.

5. Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.

6. Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan meneka kepada kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi jawapan.

7. Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan.

8. Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.

Kelemahan Item Subjektif1. Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

2. Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas.

3. Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.

4. Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor yang kurang relevan yang panjang atau pendek.

5. Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

6. Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.

1. Jelaskan jenis-jenis penilaian beserta dengan contoh yang sesuai.

2. Huraikan kepentingan Jadual Penentuan Ujian (JPU).

3. Mengapakah penilaian penting?4. Bina item soalan objektif dan soalan subjektif meliputi bidang al-Quran,

Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah.

5. Nyatakan perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif.6. Bandingbeza antara Item Objektif dan Subjektif.

Kursus ini membincangkan konsep Penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran serta bentuk penilaian. Ia juga membincangkan pembinaan JSU dan bentuk pentaksiran dan penilaian beserta pembinaan item..

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .

Mengenal pasti dan memahami tentang konsep pentaksiran dan penilaian

Mengenal pasti dan membanding beza antara formatif dan sumatif

Mengenal pasti dan membina Jadual Spesifikasi Ujian.

Memahami cara pembinaan item objektif dan subjektif serta perbezaan keduanya.

KANDUNGAN TAJUK 4:

4.1 Definisi konsep:

Pengujian.

Pengukuran.

Penilaian.

Pentaksiran

4.2 Penilaian Formatif dan Sumatif

4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU)

4.4 Bentuk pentaksiran dan

penilaian:

PBS

KEBAT

4.5 Pembinaan Item:

Item objektif

Item subjektif

Pilih tajuk yang hendak dinilai.

Tentukan Hasil Pembelajaran.

Tentukan bilangan soalan mengikut aras.

Tulis bilangan soalan dalam petak berkenaan.

Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak dan mendatar.

Pentaksiran

Berasaskan Sekolah

Akademik

Bukan Akademik

Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Sekolah (PS)

Holistik

Fleksibel

Sepadu

CIRI PBS

Sebahagian daripada proses P&P

Merujuk Standard

Seimbang

JENIS ITEM

OBJEKTIF

SUBJEKTIF

Selepas membaca nota , selesaikan tugasan di bawah !

EMBED Unknown

Tahniah !

Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.

SELAMAT MAJU JAYA !

PAGE 79