10 sikap bina kerjaya

20
ABDUL MUTALIB BIN OSMAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN JABATAN PENDIDIKAN MELAKA JABATAN PELAJARAN MELAKA 10 SIKAP BINA KERJAYA

Upload: mpsm-cawangan-melaka

Post on 29-Jun-2015

1.826 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 sikap bina kerjaya

ABDUL MUTALIB BIN OSMANTIMBALAN PENGARAH PELAJARAN

JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

JABATAN PELAJARAN MELAKA

10 SIKAP BINA KERJAYA

Page 2: 10 sikap bina kerjaya

JABATAN PELAJARAN MELAKA

Mengapa sebahagian individu mudah mencapai kedudukan teratas

dalam organisasi, sementara sebahagian lagi sukar mendapat

kenaikan pangkat ?

Apakah kecerdasan , bakat dan kekuasaan individu menjadi

faktornya ?

Tidak semestinya, sebenarnya sikap seseorang itu lebih

berperanan, apakah sikap tersebut...antaranya ialah 10 sikap

positif ini...

LAKUKAN YANG TERBAIK TONJOLKAN KEMAMPUAN.

JANGAN BERHENTI MENCARI PELUANG.

MEMILIKI NETWORKING YANG KUAT

JANGAN MENUNGGU TIDAK TERIKAT PADA LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

FIKIRKAN BOLEH MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING

KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN

BERSIKAP SUKARELA DALAM MELAKUKAN  TUGASAN

TAMBAHAN

Page 3: 10 sikap bina kerjaya

1. LAKUKAN YANG TERBAIK

Apapun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Kita tidak akan tahu

bila masanya kita diperhatikan atau dinilai oleh pihak atasan. Sentiasa

bersemangat untuk melakukan yang terbaik, semangat membawa

kesan terus pada kejayaan atau kegagalan, jangan sekali-kali

membiarkan semangat terus merosot hingga menjadi kosong yang

akan menyebabkan kita gagal dan terus membawa ke arah kegagalan.

Apabila kita terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar,

maka tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih

besar.

Jangan lupa, apa pun yang kita lakukan, pasti ia diperhatikan

pihak atasan.

Page 4: 10 sikap bina kerjaya
Page 5: 10 sikap bina kerjaya

2. JANGAN BERHENTI MENCARI PELUANG

Pekerja yang berjaya sering mencari peluang untuk terus maju

dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan

wawasan untuk maju ke hadapan .

Kita tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang

dapat mengubah karier kita menjadi lebih cemerlang.  Orang

yang suka melihat dan mengambil peluang akan memperolehi

pelbagai faedah yang boleh membantu kejayaan, sebaliknya

orang yang hanya memandang sekadar mendapat pandangan

sahaja.

Page 6: 10 sikap bina kerjaya

3. JANGAN MENUNGGU

Jangan berharap akan berlaku keajaiban .

Seseorang yang berjaya sering melakukan pelbagai cara untuk

berjaya dalam karier. Sebaiknya kita bergerak dan melakukan

sesuatu dengan mencari cara yang tepat untuk maju dalam

karier dan jangan menunggu.

Jangan terhegeh-hegeh melaksanakan sesuatu tugas atau

arahan. Bertangguh memang menyeronokkan, sekali

dimulakan kita akan ketagih seperti  seperti mengambil dadah.

Page 7: 10 sikap bina kerjaya

4. FIKIRKAN BOLEH

Apa saja boleh berlaku. Kita mungkin tidak pernah bermimpi

untuk menjadi pegawai atau ketua atau berjawatan paling

tinggi dalam organisasi.

Ingat, jika kita berfikir " tidak boleh" maka kita tidak akan

mencapai kejayaan. Namun bila kita berfikir boleh

melakukan, pasti kita  BOLEH!!!

Page 8: 10 sikap bina kerjaya
Page 9: 10 sikap bina kerjaya

5. KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN

Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan .

Perbezaan antara individu yang berjaya dan mereka yang gagal

adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami .

Individu yang berjaya selalu  belajar daripada kesalahan  yang

mereka lakukan dan berusaha untuk maju.

Page 10: 10 sikap bina kerjaya

6. TONJOLKAN KEMAMPUAN

Apakah kita hanya menunggu sehingga majikan kita melihat bakat

dan kemampuan kita?

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memperlihatkan

kemampuan luar biasa kita kepada pihak majikan . Pekerja yang

berjaya sebenarnya tahu cara memperlihatkan keupayaan mereka.

Page 11: 10 sikap bina kerjaya

7. MEMILIKI NETWORKING YANG KUAT

Individu yang sukses memahami dengan baik kepentingan networking,

baik di dalam mahupun di luar pejabat. Tiada jaring, tiadalah ikan.

Kita perlu jaringan, rangkaian sahabat samada untuk perniagaan dan

 kehidupan seharian. Membina rangkaian bukan mudah, mengambil

masa, malahan setiap hubungan baik mesti dikekalkan.

Kita perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan

professional. Jemput dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan

tengah hari di luar. Sesekali, pergilah ke cafe selepas tamat waktu

kerja. Aktifkan diri kita dan sertai pertubuhan professional untuk

mengembangkan networking professional demi masa depan kita.

Page 12: 10 sikap bina kerjaya
Page 13: 10 sikap bina kerjaya

8. TIDAK TERIKAT PADA LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Apabila kita merasakan bahawa pekerjaan yang kita lakukan

tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan kita, maka kita

secara tidak langsung akan mempamerkan prestasi yang buruk. 

Mungkin pekerjaan yang kita lakukan tidak sesuai bagi kita

tetapi pekerja yang berjaya biasanya akan tetap melakukan

tugas yang di amanahkan dengan baik.

Page 14: 10 sikap bina kerjaya

9. MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING

Kita perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang yang

berada di sekeliling.

Kita perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atau

 sesiapa sahaja bawah kita .

Bersikap sopan dan ramah terhadap orang sekeliling kita. Ia

akan menjamin masa hadapan kita kelak.

Page 15: 10 sikap bina kerjaya

10. BERSIKAP SUKARELA DALAM MELAKUKAN  TUGASAN TAMBAHAN

Kita bertanggungjawab atas nasib kita, maka sudah menjadi

kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki

professionalisme kita. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan

tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan

bersedia  pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja. 

Semua manusia benci kepada manusia yang berkira ,tak boleh

bertolak ansur, tak boleh lebih kurang, jangan amalkan sikap

negatif ini kerana ia salah satu punca gagal. Rezeki semakin

sempit dan kehilangan ramai kawan.

Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi

juga bersedia pada sebarang masa. Hidup ini semestinya penuh

dengan tolak ansur, barulah tercipta kejayaan.

Page 16: 10 sikap bina kerjaya
Page 17: 10 sikap bina kerjaya

NASIHAT SAIDINA ALI

" Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan.

Janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran. Janganlah berduka

dengan bencana. Janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan

kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan

bala " 

 

" Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan

kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan "

 

" Engkau tak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar

menanggung apa yang tidak engkau sukai " 

 

" Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan "

Page 18: 10 sikap bina kerjaya

PENGAJARAN AYAT 

Untuk mencapai apa yang kita impikan, untuk meraih sesuatu yang lebih

baik dan lebih besar kita terpaksa menanggung apa yang tidak

menyenangkan dan tidak kita suka, iaitu: 

i. Kesulitan pertama ialah dugaan yang sama sekali bukan pilihan kita,

tetapi kita tak boleh elak 

ii. Kesulitan kedua ialah pengorbanan demi mencapai cita-cita

merupakan pilihan yang kita buat sendiri dalam perancangan untuk

meraih sesuatu yang lebih baik. 

Jangan terlalu bersedih dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Dan

jangan terlalu gembira dengan kekayaan dan kesenangan kerana semua

itu akan datang dan pergi. 

Kedua-duanya memenuhi agenda seharian dalam hidup kita. Fokuskan

perhatian pada apa yang menjadi kewajipan kita. Kerahkan segenap

kemampuan untuk memelihara yang difardukan.

Page 19: 10 sikap bina kerjaya
Page 20: 10 sikap bina kerjaya