sikap terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya oleh: noor hamizah binti abdul jalil

36
SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil PENGENALAN Kaunseling Kaunseling merupakan satu proses dinamik yang membentuk manusia ke arah mencapai kendiri yang positif. Kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang sangat luas dan ia berkembang mengikut kefahaman mazhab serta mengikut rentak kehidupan manusia sejajar dengan peredaran zaman. Penghuraian bagi istilah kaunseling telah didefinisikan dengan pelbagai maksud seiring dengan peredaran zaman. Jika disenaraikan kronologi definisi kaunseling, dapat dilihat ia bersesuaian mengikut keadaan, zaman dan budaya. Burks dan Stefflre (1979) mendefinisikan kaunseling sebagai hubungan profesional di antara kaunselor terlatih dan klien. Hubungan ini kebiasaannya merupakan hubungan bersemuka individu dengan individu, walaupun adakalanya lebih daripada dua orang individu yang terlibat dalam proses kaunseling tersebut.

Upload: noorhamizah

Post on 23-Jun-2015

1.684 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

1SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA Oleh: Noor Hamizah binti Abdul JalilPENGENALAN Kaunseling Kaunseling merupakan satu proses dinamik yang membentuk manusia ke arah mencapai kendiri yang positif. Kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang sangat luas dan ia berkembang mengikut kefahaman mazhab serta mengikut rentak kehidupan manusia sejajar dengan peredaran zaman. Penghuraian bagi istilah kaunseling telah didefinisikan dengan pelbagai maksud seiring dengan peredaran zaman. Jika

TRANSCRIPT

Page 1: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA

Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

PENGENALAN

Kaunseling

Kaunseling merupakan satu proses dinamik yang membentuk manusia ke arah mencapai kendiri

yang positif. Kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang sangat luas dan ia berkembang

mengikut kefahaman mazhab serta mengikut rentak kehidupan manusia sejajar dengan peredaran

zaman. Penghuraian bagi istilah kaunseling telah didefinisikan dengan pelbagai maksud seiring

dengan peredaran zaman.

Jika disenaraikan kronologi definisi kaunseling, dapat dilihat ia bersesuaian mengikut

keadaan, zaman dan budaya. Burks dan Stefflre (1979) mendefinisikan kaunseling sebagai

hubungan profesional di antara kaunselor terlatih dan klien. Hubungan ini kebiasaannya

merupakan hubungan bersemuka individu dengan individu, walaupun adakalanya lebih daripada

dua orang individu yang terlibat dalam proses kaunseling tersebut.

British Association for Counseling (1984) telah mengemukakan terma kaunseling adalah

mencakupi tugasan bersama individu-individu dan hubungan yang membentuk perkembangan,

sokongan krisis, psikoteraputik, bimbingan dan penyelesaian masalah. Diutarakan juga bahawa

tugas bidang kaunseling adalah untuk memberi peluang kepada klien untuk meneroka,

menjelajah dan menjelaskan arah atau laluan bagi kehidupan yang lebih bermakna dan

berpeluang.

Page 2: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1993) menyimpulkan bahawa

kaunseling sebagai satu proses membantu dan menolong seseorang itu melihat dan mengenali

dirinya sendiri, permasalahan yang dihadapinya serta kemahuan dan kehendaknya ketika itu.

Sekiranya kehendak dan keinginannya dapat diselaraskan dengan kemampuan yang ada pada

dirinya maka tidak timbul permasalahan lagi pada diri individu tersebut.

Selaras dengan peredaran zaman yang masih terikat dengan budaya, Othman Mohamed

(2005) telah melihat kaunseling sebagai suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua

hala orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana

yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.

Kaunseling Kerjaya

Engels, Minor, Simpson & Splete (1995) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu siri

intervensi umum dan khusus melalui kitaran hidup, yang berhubung dengan pemahaman kendiri;

merancang masa hadapan; pemilihan kerjaya, cabaran, kepuasan dan lain-lain fenomena

interpersonal; dan isu-isu gaya hidup seperti keseimbangan kerja, keluarga dan kekayaan.

Penjelasan mengenai kaunseling kerjaya ini telah disokong oleh Nystul (2003) yang

mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu bidang yang membantu individu dalam membina

perancangan kerjaya dan memperkembangkan kemahiran membuat keputusan untuk

memudahkan pemilihan kerjaya mereka.

Page 3: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Sikap

Sikap menurut Hawkinf (2000) diertikan sebagai suatu jalan pemikiran atau tingkah laku sifat

serta perlakuan seseorang. Dalam konteks ini sikap lebih jelas disefinisikan sebagai satu

penilaian umum yang tidak berubah dari segi masa dan berlaku pada diri sendiri, orang lain,

sesuatu objek atau perkara-perkara-perkara yang berkaitan. Sikap boleh mengungkapkan

keadaan seseorang melihat sesuatu, mempercayai, menghargai, memerihalkan bagaimana

sesuatu perkara itu menarik dan memberi kecenderungan kepada seseorang itu.

Stigma

Vogel, Wade & Haake (2006) mendefinisikan stigma sebagai tuduhan atau sebutan berkaitan

dengan karakter, moral atau sikap, atau individu yang cenderung bersifat negatif. Merujuk

kepada definisi yang diberikan, stigma disamakan dengan label negatif yang diberikan kepada

seseorang individu itu. Terdapat tiga tahap stigma iaitu stigma masyarakat (Corrigan, 2004),

stigma personal dan stigma kendiri (Vogel, Wade & Asheman, 2008).

Page 4: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

LATAR BELAKANG ISU

Pendahuluan

Perkhidmatan kaunseling kerjaya merupakan satu program dan kegiatan terancang yang

dijalankan di semua Institusi Pengajian Tinggi awam mahupun swasta di seluruh Negara.

Tujuannya ialah untuk membimbing mahasiswa/i mengatasi masalah yang dihadapi serta

membantu mereka memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi yang sedia ada

pada diri mereka. Perkhidmatan ini juga akan bertindak memberi maklumat di dalam bidang

akademik dan kerjaya mereka. Program kaunseling kerjaya dijalankan oleh kaunselor sepanjang

tahun di semua Institusi Pengajian Tinggi.

Akhir-akhir ini kajian dari luar Negara khususnya, daripada skop kaunseling kerjaya

banyak tertumpu pada tanggapan, sikap dan persepsi mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi

terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya. Mahasiswa/i sering dibelenggu dengan isu-isu

kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi, antaranya kesesuaian bidang akademik yang deceburi,

bidang kerjaya, peluang-peluang kerjaya dan pelbagai isu lagi. Seiring dengan keadaan itu,

perkhidmatan kaunseling kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi ditawarkan untuk membantu serta

membimbing para mahasiswa/i dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi berkaitan kerjaya.

Namun, tanpa disedari bilangan mahasiswa/i yang secara sukarela hadir untuk

mendapatkan bantuan kaunseling kerjaya adalah tidak seperti yang diharapkan (Cueso, 2005).

Mahasiswa/i lebih cenderung menyelesaikan sendiri konflik akademik dan kerjaya yang dihadapi

dan kesannya hasil yang diperolehi tidak memuaskan. Dapat dilihat perkhidmatan Kaunseling

Kerjaya yang ditawarkan tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh mahasiswa/i (Fouad, Guillen,

Harris, Henry, Novakovic, Terry & Kantamneni, 2006). Kajian yang dijalankan oleh beberapa

tokoh sebelum ini menerangkan berkenaan beberapa faktor yang mempengaruhi sikap

Page 5: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

mahasiswa/i untuk mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya dalam menyelesaikan

permasalahan kerjaya dan akademik yang dihadapi.

Permasalahan Isu

Terdapat bukti kukuh yang menyokong keberkesanan perkhidmatan kaunseling kerjaya di

kalangan mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi (Whiston & Rahardja, 2008) tetapi cabaran

yang sering dihadapi oleh kaunselor di setting kerjaya kini adalah bagaimana untuk menarik

minat mahasiswa/i yang memerlukan bantuan kaunseling kerjaya untuk datang mendapatkan

perkhidmatan kaunseling kerjaya. Situasi ini telah mendatangkan pelbagai masalah kepada pihak

mahasiswa/i itu sendiri dan secara langsung juga kepada pihak kaunselor bahagian Kerjaya dan

Kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi (Multon, Heppner, Gysbers, Zook & Ellis-Kalton,

2001).

Menurut Cueso (2005), mahasiswa/i yang tidak mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya

sering kali berhadapan dengan masalah kurang kefahaman yang jelas terhadap pilihan-pilihan

kerjaya. Majoriti mahasiswa/i yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi masih kurang jelas

dengan pilihan kerjaya mereka (Cueso, 2005) dan sebanyak 17 peratus hingga 22 peratus

daripada mahasiswa/i berkenaan dilaporkan mempunyai masalah vokasional (Benton, Robertson,

Tseng, Newton & Benton, 2003) hanya 6.3 peratus memanfaatkan perkhidmatan kaunseling

kerjaya (Fouad et al., 2006). Penemuan ini menekankan kepentingan memahami alasan kenapa

kebanyakkan mahasiswa/i yang menghadapi masalah kerjaya tidak menggunakan perkhidmatan

kaunseling kerjaya yang ditawarkan di institusi mereka.

Diketahui terdapat beberapa alasan yang menghalang majoriti mahasiswa/i di Institusi

Pengajian Tinggi yang berhadapan masalah kerjaya dan akademik daripada mengikuti rawatan

Page 6: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

atau sesi yang disediakan. Beberapa faktor seperti persepsi terhadap stigma adalah dibuktikan

sebagai halangan untuk mendapatkan bantuan kaunseling peribadi (Vogel, Wade & Hackler,

2007). Walau bagaimanapun, adalah masih kurang jelas samada proses itu dikenal pasti sebagai

halangan-halangan bagi mahasiswa/i membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat

kaunseling peribadi. Hakikatnya pada beberapa perbincangan dalam kajian-kajian lepas

memfokuskan kepada persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan antara kaunseling

peribadi dan kaunseling kerjaya.

Zeig dan Munion (1990) mendefinisikan kaunseling personal/peribadi sebagai “Proses

orientasi perubahan yang sering kali terjadi dalam konteks perjanjian, penguasaan dan hubungan

empati profesional” (p.14). Dalam peralihan, Spokane (1992) mendefinisikan kaunseling kerjaya

sebagai “Mana-mana usaha untuk membantu individu dalam meningkatkan proses membuat

keputusan kerjaya melalui beberapa intervensi seperti bengkel, kelas, konsultasi, pencegahan dan

beberapa aktiviti lagi” (p. 44). Definisi-definisi seperti ini mendorong Blustein dan Spengler

(1995) untuk menolak tanggapan bahawa kaunseling kerjaya dan personal adalah berbeza antara

satu sama lain, seterusnya mencadangkan bahawa dua bidang kaunseling ini berkongsi beberapa

proses yang sama. Sebagai contohnya kedua-dua bidang memerlukan hubungan yang rapat

antara kaunselor dan klien serta turut memerlukan pendedahan kendiri bagi konflik yang

dihadapi klien bagi melihat berlakunya perubahan.

Kajian lain yang turut membuktikan terdapat hubungan antara dua jenis terapi ini adalah

seperti keprihatinan kerjaya dan bukan kerjaya selalunya menjalin hubungan dan mendapat

kesan daripada perasaan tekanan, keyakinan kendiri, kebebasan dan ketegasan diri atau asertif

(Anderson & Niles, 1995). Meskipun terdapat pelbagai persamaan antara kaunseling kerjaya dan

kaunseling personal, mahasiswa/i boleh mempunyai tanggapan yang berbeza tentang kaunseling

Page 7: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

kerjaya berbanding tanggapan mereka terhadap kaunseling personal (Betz & Corning, 1993).

Dalam hal-hal tertentu, kemungkinan terdapat tanggapan bahawa kaunseling kerjaya adalah lebih

berfokus kepada jalan penyelesaian dan berusaha untuk menyelesaikan isu dalam jangka masa

yang pendek dan sebagai hasilnya mahasiswa/i berkemungkinan merasakan jenis perkhidmatan

kaunseling ini adalah kurang mengancam dan kerana itu, perkhidmatan ini menjadi lebih mudah

untuk diikuti dan diteruskan berbanding dengan kaunseling personal (Rochlen, Mohr &

Hargrove, 1999).

Namun kajian kebelakangan ini (Ludwikowski, Vogel & Amstrong, 2009) yang

menyokong situasi kurangnya minat mahasiswa/i yang berhadapan dengan konflik kerjaya dan

akademik untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya mendorong pengkaji untuk

menjalankan kajian yang lebih mendalam bagi mengetahui hubungan antara sikap mahasiswa/i

terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya dengan stigma masyarakat dan personal.

Page 8: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan

Perkhidmatan kaunseling kerjaya telah berjalan kira-kira 46 tahun di Institusi Pengajian Tinggi

di seluruh Negara. Kajian kebelakangan ini di luar Negara banyak memfokuskan kepada sikap

mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya berbeza bagi

Negara Malaysia sendiri, kajian berkenaan sikap dan tanggapan pelajar sekolah menengah

banyak dijalankan sekitar tahun 80-an hingga 90-an. Namun terdapat satu kajian yang dijalankan

oleh Mohd. Tajudin Ninggal (2006) yang memfokuskan kepada sikap mahasiswa/i iaitu

kelompok Institusi Pengajian Tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya di 17 buah

universiti awam di Malaysia. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah

dijalankan terhadap perkhidmatan tersebut.

Kajian-kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Tajudin Ninggal (2006) di bawah Kementerian Pengajian

Tinggi terhadap perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di 17 buah universiti awam di Malaysia

mendapati bahawa penggunaan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya di kalangan graduan adalah

masih rendah dan konsisten merentasi semua 17 universiti awam. Walau bagaimanapun, dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling dan kerjaya amatlah perlu dan penting

dalam perkhidmatan pelajar dan perlu diberikan sokongan oleh pihak universiti.

Wan Mohd Khair (1986) dalam kajiannya terhadap sikap pelajar di sebuah sekolah

menengah di Kota Bharu, Kelantan mendapati bahawa terdapatnya tanggapan positif terhadap

perkhidmatan Kuanseling Kerjaya di sekolah mereka. Walau bagaimanapun didapati sambutan

Page 9: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya itu kurang menggalakkan. Ramai di kalangan

pelajar tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan serta bagi kelompok

pelajar yang memerlukan khidmat tersebut, mereka mengelakkan diri untuk secara sukarela hadir

bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan tersebut. Kebanyakkan mereka lebih

cenderung berkongsi masalah dengan rakan-rakan. Hasil kajian juga mendapati terdapat

hubungan di antara pengalaman dan sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya dan

seterusnya membawa implikasi bahawa kaunselor perlu meningkatkan aktiviti dan

mempromosikan perkhidmatan tersebut supaya lebih ramai pelajar dapat melibatkan diri dan

hadir untuk mendapatkan rawatan. Dengan ini mereka yang selama ini tidak pasti mengenai

perkhidmatan itu akan dapat membetulkan tanggapannya dan dapat bertindak ke arah yang lebih

positif terhadap perkara-perkara yang berhubung dengan perkhidmatan itu.

Untuk meninjau samada pelajar mengikuti kegiatan yang dijalankan oleh perkhidmatan

kaunseling kerjaya di sekolah, Zain Kadir (1983) telah membuat satu kajian terhadap

mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam tinjauannya berdasarkan tindak balas

responden yang dikajinya, beliau mendapati 90 peratus daripada mereka menyatakan tidak

pernah mendapat faedah daripada perkhidmatan tersebut ketika berada dibangku sekolah. Tidak

dapat dinafikan bahawa sikap mahasiswa/i terhadap perkhidmatan tersebut memainkan peranan

yang penting bagi menentukan kejayaannya kerana merekalah golongan yang akan dibantu dan

dibimbing. Sekiranya sikap mahasiswa/i ini negatif, maka adalah sukar bagi perkhidmatan

kaunseling kerjaya ini untuk memainkan peranannya.

Wang Chong Peng (1985) dalam kajiannya berkenaan penerimaan kaunselor oleh pelajar

mendapati ada kecenderungan pelajar meminati kaunselor yang sebangsa dengannya dan yang

memiliki ijazah. Sementara itu Azhari Tauhid (1985) dalam kajiannya telah menyenaraikan ciri-

Page 10: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

ciri kaunselor yang dipilih oleh pelajar. Di antara cirri-ciri kaunselor itu ialah jantina yang

serupa, bersikap ramah, bertimbang rasa, aktif dan berpakaian kemas.

Strong dan Sheet (1967) pula mendapati tanggapan pelajar sekolah terhadap kaunselor

bagi membantu mereka dalam bidang akademik dan kerjaya adalah kecil dibandingkan dengan

pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi. Mereka berpendapat hanya pensyarah di pusat-pusat

pengajian tinggi sahaja yang lebih sesuai untuk membincangkan perkara-perkara akademik dan

kerjaya berbanding kaunselor di sekolah mereka.

Pelajar bukan sahaja mempunyai satu sikap yang negatif terhadap perkhidmatan

kaunseling kerjaya malah juga perkhidmatan kaunseling personal. Synder, Hill dan Derksen

(1972) misalnya dalam kajiannya mendapati kebanyakkan pelajar lebih suka merujuk kepada

pihak-pihak lain berbanding kaunselor bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka

berpendapat untuk menyelesaikan masalah peribadi dan sosial merujuk kepada rakan-rakan

adalah sebagai pilihan utama. Sekiranya rakan-rakan tidak dapat membantu, mereka akan

merujuk kepada saudara mara yang rapat. Berjumpa dengan kaunselor hanyalah sebagai pilihan

yang terakhir.

Hasil kajian Kuan Ah Kan (1985) mendapati kebanyakkan pelajar kurang yakin terhadap

kaunselor mereka. Pelajar masih kurang memahami peranan perkhidmatan kaunseling kerjaya di

sekolah mereka. Kebanyakkan pelajar risau dan takut jika dilabel sebagai “individu bermasalah”

jika mereka menemui kaunselor. Didapati masih terdapat pelajar yang tidak bersifat terbuka dan

beranggapan bahawa sukar untuk membincangkan masalah dengan kaunselor. Kelompok pelajar

ini juga beranggapan bahawa hanya mereka yang bermasalah sahaja yang patut berjumpa

kaunselor.

Khamis (1970) misalnya telah membuat kajian di beberapa sekolah menengah untuk

Page 11: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

melihat minat vokasional atau pemilihan jenis pekerjaan masa depan di kalangan pelajar. Beliau

mendapati faktor-faktor utama yang mendorong pemilihan pekerjaan di kalangan pelajar

berdasarkan status, berkhidmat untuk masyarakat, dan mempertahankan Negara. Beliau juga

mendapati pelajar kurang mendapat bimbingan dan penerangan yang sewajarnya daripada

perkhidmatan kaunseling kerjaya yang ditawarkan oleh kaunselor tentang pelbagai bidang

kerjaya yang terdapat di Negara kita. Akibat daripada kurang pendedahan ini ramai daripada

pelajar yang membuat pilihan pekerjaan yang tidak realistik dan tidak bersesuain dengan mereka.

Berdasarkan kupasan tentang beberapa kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh

terdahulu berkenaan sikap mahasiswa/i dan pelajar sekolah menengah terhadap perkhidmatan

kaunseling kerjaya, dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat pelbagai pandangan yang

umumnya dilihat agak negatif dan pelajar melihat perkhidmatan kaunseling kerjaya sebagai satu

langkah atau pilihan terakhir dalam menyelesaikan konflik kerjaya mahupun akademik yang

dihadapi.

Merujuk kepada kajian yang elah dijalankan oleh beberapa pengkaji dari luar Negarayang

telah menjalankan kajian berkenaan sikap mahasiswa/i terhadap perkhidmatan kaunseling

kerjaya, didapati terdapat beberapa punca yang mendorong kurang mahasiswa/i hadir secara

sukarela untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini,

tahap-tahap stigma merupakan punca kepada kurang minat dan dorongan mahasiswa/i terhadap

perkhidmatan kaunseling kerjaya yang ditawarkan kepada mereka di Institusi Pengajian Tinggi.

Justeru bagi subtopik seterusnya dihuraikan serba sedikit berkenaan tahap-tahap stigma.

Page 12: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Tahap-tahap Stigma

Stigma mendapatkan bantuan kaunseling didefinisikan sebagai “Persepsi bahawa individu

mencari . . . rawatan yang tidak dinginkan dan tidak dapat diterima secara sosial” (Vogel, Wade

& Haake, 2006, p. 325). Stigma boleh memberi kesan sosialiti, personal dan internal kepada

mahasiswa/i yang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya.

Pengaruh stigma pada tahap sosialiti kebiasaannya dirujuk kepada stigma masyarakat yang mana

banyak dibuat kajian sebelum ini. Menurut kajian yang dilakukan oleh Corrigan (2004),

pandangan masyarakat cenderung negatif kepada individu yang mendapatkan khidmat

kaunseling dan individu umumnya cuba mengelak daripada mendapatkan khidmat kaunseling

bagi mengelak daripada dilabel negatif oleh masyarakat.

Dalam isu kerjaya, individu yang mengalami kesulitan dalam menyelesaikan masalah

kerjaya mereka cenderung menjadi ragu-ragu, tidak bermotivasi, kurang cerdas dan kurang

berjaya. Namun mereka masih kekal untuk tidak secara sukarela mendapatkan khidmat

kaunseling kerjaya bagi mengelakkan dilabel sesuatu yang negatif. Tambahan pula selain kesan

sosial ini, stigma juga mempengaruhi secara langsung kepada reaksi personal terhadap dengan

siapa mahasiswa/i itu berinteraksi dan ditermakan sebagai stigma personal (Vogel, Wade &

Wester, 2008). Sekiranya kawan-kawan atau ahli keluarga mahasiswa/i tersebut mempunyai

pandangan yang positif terhadap khidmat kaunseling ini, maka mahasiswa/i itu cenderung untuk

meneruskan perkhidmatan kaunseling kerjaya (Vogel, Wade, Wester, Larson & Hackler, 2007).

Menurut Vogel et al. (2008) lagi, stigma personal ini bertindak balas secara berasingan dengan

stigma masyarakat terhadap individu yang secara sukarela mengikuti perkhidmatan kaunseling

ini.

Page 13: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Keadaan ini dilihat terjadi pada isu kerjaya yang mana mahasiswa/i yang dikelilingi oleh

rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan ahli keluarga yang mempunyai tanggapan tentang apa

yang mahasiswa/i ini boleh lakukan dalam kehidupannya. Mahasiswa/i yang mempunyai

masalah berkaitan isu akademik dan kerjaya seterusnya akan mengelakkan diri daripada

mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya semata-mata bagi mengelakkan diri daripada

dipandang negatif oleh individu di sekelilingnya. Stigma personal dan stigma masyarakat yang

telah diterangkan di atas merupakan tahap stigma external (luaran). Manakala bagi tahap stigma

internal (dalaman) pula dikenali sebagai stigma kendiri. Stigma kendiri adalah persepsi pada diri

individu itu sendiri bahawa dia tidak dapat menerima bantuan khidmat kaunseling (Vogel et al.,

2006). Membuat keputusan kerjaya adalah satu keperluan bagi setiap mahasiswa/i dan

mahasiswa/i tersebut akan cuba membuat keputusan yang dirasakan terbaik kepada dirinya tanpa

mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak profesional dan sekiranya mahasiswa/i itu

gagal, mereka akan merasakan keadaan itu sebagai sesuatu yang sangat negatif berlaku pada

dirinya.

Vogel et al. (2006) menjelaskan bahawa persepsi negatif kendiri ini boleh memberi kesan

negatif kepada sikap individu yang mengelakkan diri daripada mendapatkan khidmat kaunseling

selain daripada kesan daripada stigma masyarakat dan personal. Hasil kajian Vogel, Wade &

Hackler (2007) mendapati bahawa stigma kendiri merupakan perantara hubungan antara stigma

masyarakat dan sikap terhadap mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya. Hasil daripada

kajian (Ludwikowski, 2009) mencadangkan bahawa stigma external (masyarakat dan personal)

cenderung membentuk stigma kendiri dan seterusnya stigma kendiri berhubung secara langsung

dengan sikap terhadap mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya. Stigma kendiri dikatakan

penting dalam membuat keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya kerana

Page 14: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

mahasiswa/i beranggapan bahawa kerjaya mereka adalah aspek penting yang melambangkan

identiti.

PENUTUP

Sikap terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya menjadi fokus bagi mengetahui sejauh mana

penerimaan mahasiswa/i di Institusi Pengajian Tinggi terhadap perkhidmatan ini. Di sini telah

dikupas satu isu yang dilihat penting dalam skop kaunseling iaitu berkenaan sikap mahasiswa/i

terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya yang dilihat banyak memberi impak kepada

keupayaan mahasiswa/i dalam membuat keputusan kerjaya mereka mahupun dalam mengatasi

konflik yang melibatkan akademik yang seterusnya turut memnganggu-gugat keupayaan Negara

dalam melahirkan pelapis yang berkaliber seiring dengan keupayaan sebenar mahasiswa/i ini.

Dalam kupasan ini juga ada dibincangkan berkenaan punca kepada kurangnya mahasiswa/i yang

secara sukarela hadir untuk mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya apabila berhadapan dengan

konflik yang berkaitan dengannya. Iaitu berdasarkan kajian lepas yang telah dilakukan di luar

Negara mendapati tahap stigma merupakan punca kepada kurang mahasiswa/i yang hadir

mendapatkan khidmat kaunseling kerjaya yang ditawarkan tersebut.

Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan dan kupasan berkenaan isu yang dipilih dapat

dilihat memenuhi beberapa tujuan penulisan artikel iaitu:

i) Memberikan maklumat dan kefahaman berkenaan isu sikap mahasiswa/i terhadap

perkhidmatan kaunseling kerjaya

ii) Mendedahkan kepada kaunselor dan pelajar berkenaan isu yang sedang berlegar di

sekeliling pada masa kini, seterusnya dapat menjadi satu ilham kepada pengkaji untuk

menjalankan kajian yang mendalam dan lebih menyeluruh terhadap sikap

Page 15: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

mahasiswa/i di Malaysia terhadap perkhidmatan kaunseling kerjaya di Institusi

Pengajian Tinggi.

Secara keseluruhannya isu berkenaan sikap terhadap kaunseling kerjaya perlu diberikan

perhatian dan kupasan yang lebih mendalam. Walaupun isu ini mungkin dilihat agak kecil

namun sekiranya diabaikan tidak mustahil lebih ramai mahasiswa/i yang membuat keputusan

yang kurang tepat dalam konflik yang berkaitan dengan isu kerjaya dan akademik seterusnya

memberi kesan kepada diri mahasiswa/i itu sendiri yang mana secara tidak langsung turut

menjejaskan matlamat asal Kementerian Pengajian Tinggi yang ingin melahirkan graduan-

graduan yang berkaliber dan mampu menjadi pelapis Negara yang berjaya kelak.

Page 16: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

RUJUKAN

Alimuddin bin haji Mohd Dom. (1988). Tanggapan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling di enam buah sekolah menengah di perak. Satu kajian Kes. Kajian Ilmiah

yang tidak diterbitkan. Universiti Pertanian Malaysia

Anderson, J. C., & Gerbing, D. W. (1988). Structural equation modeling in practice: A review

and recommended two-step approach. Buletin Psikologi, 103, 411-423.

Anderson, W. P., Jr., & Niles, S. G. (1995). Career and personal concerns expressed by career

counseling clients. Majalah Perkembangan Kerjaya, 43, 240-245.

Azhari bin Tauhid. (1985). Ciri-ciri kaunselor dan penggunaan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling oleh pelajar. Satu kajian Kes. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan.

Universiti Pertanian Malaysia

Benton, S. A., Robertson, J. M., Tseng, W., Newton, F. B., & Benton, S. L. (2003).

Changes in counseling center client problems across 13 years. Psikologi Profesional:

Praktis dan Kajian, 34, 66–72.

Betz, N. E., & Corning, A. F. (1993). The inseparability of ‘career’ and ‘personal’ counseling.

Majalah Perkembangan Kerjaya, 42(2), 137–142.

Blustein, D. I., & Spengler, P. M. (1995). Personal adjustment: Career counseling and

psychotherapy. Dalam W. Walsh & S. Osipow (Eds.), Handbook of vocational

psychology: Theory, research, and practice (2nd ed., pp. 295–329). Hillsdale, NJ:

Erlbaum.

Bosley, S., Arnold, J., & Cohen, L. (2006). The anatomy of credibility: A conceptual

framework of valued career helper attributes. Jurnal Tingkahlaku Vokasional, 70, 116-

134.

Page 17: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Corrigan, P. (2004). How stigma interferes with health care. American Psychologist, 59, 614–

625.

Cueso, J. (2005). “Decided,” “undecided,” and “in transition”: Implications for academic

advisement, career counseling, and student retention. Dalam R. S. Feldman (Ed.).

Improving the first year of college: Research and practice (pp. 27–48). Mahwah, NJ:

Erlbaum.

Fischer, E. H., & Farina, A. (1995). Attitudes toward seeking professional psychological help: A

shortened form and considerations for research. Journal of College Student Development,

36, 368–373.

Fouad, N. A., Guillen, A., Harris-Hodge, E., Henry, C., Novakovic, A., Terry, S., & Kantamneni,

N. (2006). Need, awareness, and use of career services for college students. Journal of

Career Assessment, 14, 407–420.

Komiya, N., Good, G. E., & Sherrod, N. B. (2000). Emotional openness as a predictor of college

students’ attitudes toward seeking psychological help. Journal of Counseling

Psychology, 47, 138–143.

Kuan Ah Kon. (1985). Persepsi murid-murid terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

di sekolah menengah. Satu kajian Kes. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti

Pertanian Malaysia

Mohd. Tajudin Ninggal. (2006). Malaysian graduates’ attitude toward counseling and career

services in public universities: Are they the same?. Jurnal Perkama, 14, 55-69.

Multon, K. D., Heppner, M. J., Gysbers, N. C., Zook, C., & Ellis-Kalton, C. A. (2001). Client

psychological distress: An important factor in career counseling. Career Development

Quarterly, 49, 324–335.

Page 18: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

Nystul, M. S. (2003). Introduction to counseling: An art and science perspective (2nd ed.). United

States: New Mexico State University.

O’Neil, J. M. (1981). Patterns of gender role conflict and strain: Sexism and fear of

femininity in men’s lives. Personnel and Guidance Journal, 60, 203–210.

Rochlen, A. B., Blazina, C., & Raghunathan, R. (2002). Gender role conflict, attitudes toward

career counseling, career decision-making, and perceptions of career counseling

advertising brochures. Psychology of Men and Masculinity, 3(2), 127–137.

Rochlen, A. B., Mohr, J. J., & Hargrove, B. K. (1999). Development of the attitudes toward

career counseling scale. Journal of Counseling Psychology, 46, 196–206.

Rochlen, A. B., & O’Brien, K. M. (2002). The relation of male gender role conflict and

attitudes toward career counseling to interest in and preferences for different career

counseling styles. Psychology of Men & Masculinity, 3, 9–21.

Spokane, A. R. (1992). Career intervention and counseling theory for adults: Toward a

consensus model. Dalam H. D. Lea & Z. B. Beibowitz (Eds.), Adult career

development (pp. 42–54). Alexandria, VA: National Career Development Association.

Synder, J. R., Hill, C. E. & Derksen, T. P. (1972). Why some students do not use university

counseling facilities. Jurnal Psikologi Kaunseling, 19, 23-30

Vogel, D. L., Wade, N. G., & Ascheman, P. (2008). Measuring the public stigma associated

with seeking psychological help. Manuskrip yang tidak diterbitkan.

Vogel, D. L., Wade, N. G., & Haake, S. (2006). Measuring the self-stigma associated with

seeking psychological help. Journal of Counseling Psychology, 53, 325–337.

Vogel, D. L., Wade, N. G., & Hackler, A. H. (2007). Perceived public stigma and the

willingness to seek counseling: The mediating roles of self-stigma and attitudes toward

Page 19: SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING KERJAYA  Oleh: Noor Hamizah binti Abdul Jalil

counseling, Journal of Counseling Psychology, 54, 40–50.

Vogel, D. L., Wade, N. G., Wester, S. R., Larson, L. M., & Hackler, A. H. (2007).

Seeking help from a counselor: The influence of one’s social network. Journal of Clinical

Psychology, 63, 233–245.

Wan Mohd Khair bin wan Chik. (1986). Persepsi pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah

puteri, kota bharu, Kelantan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

sekolah. Satu kajian Kes. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti Pertanian

Malaysia.

Whiston, S., & Rahardja, D. (2008). Vocational counseling process and outcome. Dalam S.

Brown & R. Lent (Eds.), Handbook of counseling psychology (4th ed., pp. 444–461).

Hoboken, NJ: Wiley.

Wong Chong Peng. (1985). Ciri-ciri kaunselor dan penggunaan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling oleh pelajar. Satu kajian Kes. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti

Pertanian Malaysia.