10 salah tanggapan terhadap islam

Upload: naser-alqurawiyy

Post on 07-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    1/21

    10 SALAH TANGGAPAN MENGENAI KEDUDUKAN ISLAM DIMALAYSIA

    HAJI MAHAMAD NASER BIN DISA 1

    Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.

    Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar

    sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan

    Persekutuan Islam is the religion of Federation...

    Perkataan rasmi adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya

    telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang

    salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi

    Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islamsebagai agama resmi. Hakikatnya ketiga-tiga perkataan -

    demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam

    Perlembagaan.

    Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah

    digunapakai dan diterima oleh banyak pihak sejak Negara

    mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah keluhuran

    Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya

    seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan?

    Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37

    Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak

    mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk

    menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.

    Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu

    strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan

    berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yangtidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan

    Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan

    Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh

    ahli politik ketika itu. Namun begitu dalam suasana hari ini di mana

    agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip

    1 PETIKAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA KONVENSYEN PEMACUAN TRANSFORMASI SISTEMPERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA anjuran IKIM dan MAIS pada 5-6 April 2011.

    1

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    2/21

    demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era

    globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan?

    Berdasarkan fahaman yang tersasar ini pemikiran sekular terus

    menular dalam pemerintahan Negara. Prinsip dan ajaran Islam

    tidak mampu mengawal dan dan mengawasi aktiviti pemerintahanNegara sama ada dalam penggubalan dasar atau undang-undang.

    Prinsip ajaran Islam tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam

    penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, serta lain-

    lain dasar yang pernah digubal. Apabila sahaja disebut tentang

    Islam, para pentadbir dengan petah dan secepat kilat menolaknya

    dengan dalihan kita masyarakat majmuk, Islam tanggungjawab

    Negeri. Lebih dahsyat dari itu ada yang mengeluarkan kata-kata

    yang boleh menjerumuskan kepada kemurtadan kalau kita inginmaju, agama perlu ditinggalkan! Sedangkan Mahkamah

    Persekutuan, Mahkamah tertinggi Negara Dalam kes Lina Joy v

    Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi [2007] 4 MLJ 585

    telah memberikan tafsiran yang lebih luas kepada Islam yang

    terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual

    tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi

    semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan,politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.

    Jelas bahawa Mahkamah tertinggi Negara telah mengubah tafsiran

    Islam yang sempit yang diberikan oleh Tun Mohd Salleh Abas

    dalam kes Che Omar kepada tafsiran yang luas . Akan tetapi

    kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit

    itu dan tidak mempedulikan tafsiran yang luas dalam kes Lina Joy.

    Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular

    Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam

    sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada

    2

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    3/21

    kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor

    utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat

    bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya

    yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya

    seorang hakim beragama Islam dari Pakistan. i Namun begitu tidak

    ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yangpada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah

    Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White

    Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-

    pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras

    dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik,

    pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam

    proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu

    juga telah mengambil pendekatan menerima memorandumPerikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama

    Persekutuan tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara iniii.

    Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim

    Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper

    yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk

    memasukkan Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak

    menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama

    mereka; dan ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini. Dari

    tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama

    Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan

    dipersetujui iaitu - Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia

    tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis

    agama mereka; namun limb ketiga yang berbunyi tidak

    menafikan ciri-ciri sekular Negara ini telah ditolak dan tidak

    dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan.

    Dengan menggugurkan ayat ini perkataan sekular lenyap samasekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara

    Malaysia berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada

    sepatah pun perkataan sekular yang wujud di dalam

    Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya kenapa Malaysia masih

    dianggap sebagai negara sekular?

    3

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    4/21

    Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang

    berbunyi but other religion may be practiced in peace and

    harmony in any part of Malaysiatelah menukar pegangan negara

    dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri

    memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk

    mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaanuntuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam?

    Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan

    pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah

    Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada

    undang-undang tertinggi negara.

    Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran moden

    sekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah

    British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme. Ia

    ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian

    ulama dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan

    mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular

    bahawa pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British

    termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali. Lantas

    mereka mengambil kesimpulan simplistik Malaysia Negara

    sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.

    Kedua-dua pendekatan di atas - mengikat pemikiran dengan

    pengaruh sekular barat dan pendekatan simplistik Perlembagaan

    sekular - pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua

    Utama Negara YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi;

    Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua

    masa. Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara

    kerana ia diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37

    Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpahdengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat

    Perlembagaan Persekutuan. Persoalan yang perlu diberikan

    perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang

    kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; yang bukan suatu

    lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya

    ia adalah satu sumpah yang mengikat.

    4

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    5/21

    Ada pihak yang cuba memberikan hujah mengelirukan dengan

    mengemukakan kes Che Omar CheSoh yang sering digunakan

    oleh pengamal dan pelajar undang-undang dan sesetengah orang

    Islam kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia

    adalah negara sekular. Cerita ini amat mengelirukan sama sekali

    kerana Tun Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedangberkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya

    negara ini negara sekular. Bahkan Tun Salleh memberikan

    pendapatnya dalam kes berkaitan hukuman mati sama ada

    bercanggah dengan Islam dan bukan isu sama ada negara ini Islam

    atau Negara sekular.

    Dalam isu ini Prof Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat

    Apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalamperlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan

    sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa

    sebaliknya, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan

    bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada

    peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular

    yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu

    menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan

    untuk tujuan-tujuan agama.

    Salah tanggapan ke 3 Kedudukan Islam lebih rendah dari

    Perlembagaan.

    Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan

    kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan

    perkara 3(1) - Islam Agama Negara sebagai undang-undangtertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat

    yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai

    sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan

    peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu

    adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan

    oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak

    5

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    6/21

    dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap

    hipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam

    dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang

    amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah

    tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara

    mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undangyang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara

    dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan

    pemerintah.

    Kewajipan untuk memastikan segala aspek pemerintahan Negara

    perlu mematuhi prinsip agama Islam bukan sahaja berasaskan

    kepada kedudukan Islam sebagai agama negara, malah ia

    bertunjangkan kepada komitmen YDPA sebagai Ketua Utama

    Negara sebagaimana yang dilafazkan dalam sumpah baginda.

    Sumpah Agong yang perlu dilafazkan selaras dengan kehendak

    perkara 37 Perlembagaan Persekutuan adalah sepertimana yang

    dilakarkan dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Salah Tanggapan ke 4 - Hak Kesamarataan agama

    Equality of Religion

    Walaupun Perlembagaan melarang diskriminasi atas dasar agama

    semata-mata, namun terdapat pelbagai pengecualian dalam hal

    kedudukan agama-agama. Mahkamah tertinggi Negara dalam

    banyak kes telah memutuskan bahawa Islam sebagai agama bagi

    persekutuan tidak sama dengan agama agama lain.

    kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

    adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama

    lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang

    disebut dengan namanya dalam Perlembagaan

    Persekutuan, iaitu sebagai agama bagi Persekutuan

    Perkara 3 Fasal (1).

    Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy

    6

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    7/21

    Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah

    keamanan, namun jika amalannya sudah menampakkan tanda-

    tanda tidak harmoni dan boleh memecah keamanan, maka amalan

    berkaitan perlu dihalang. Hakikat ini perlu ditegaskan dan diterima

    oleh pemerintah dan semua rakyat Malaysia bahawa - Negara

    Malaysia beragama Islam, bukan sekadar agama resminyaIslam (sbgmana yang sering disalahtafsirkan) sebaliknya agama

    Negara adalah Islam - "Islam is the religion of Federation" art-3.

    Hanya Islam agama Negara, Malaysia bukanlah sebuah negara

    syirik yang menganuti berbagai agama. Malaysia bukan negara

    pluralisme yang mengiktiraf kebenaran agama-agama lain.

    Sumpah YDPA atas nama Allah jelas menunjukkan fahaman

    pluralisme tidak diterima dalam Perlembagaan. Agama-agama lain

    sekadar agama yang boleh diamalkan dan tiada kewajipan ataskerajaan untuk memelihara atau mempertahankan agama-agama

    lain.

    Justeru, perkara 12(2) Walaupun Perlembagaan Persekutuan

    membolehkan pertubuhan agama-agama menubuhkan institusi

    mereka sendiri, namun Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan

    hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau

    membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.

    Suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama

    (Inter-faith Commission-IFC) pernah dicadangkan penubuhannya

    sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-

    undang termasuk ke atas agama Islam.

    IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-

    kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan kebebasan

    beragama. Mereka beranggapan kedudukan agama Islam adalah

    sama dengan agama-agama lain di sisi perlembagaan negara

    Salah Tanggapan ke 5 Legasi Penjajah yang bercanggah

    dengan Islam dianggap sistem konventional manakala

    sistem Islam sekadar alternatif.

    7

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    8/21

    Sistem perundangan masih bersandarkan undang-undang common

    law Inggeris, sedangkan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan

    yang mewajibkan undang-undang sekular itu diteruskan. Bahkan

    undang-undang yang membolehkan ia terus bernafas di negara ini

    selepas Merdeka sebenarbya terletak dalam bahagian Temporary

    and Transition Sementara dan Peralihan. Civil Law Act 1956hanya membenarkan rujukan kepada Undang-undang Inggeris

    sekiranya keperluan setempat memerlukannya. Rujukan kepada

    prinsip undang-undang Islam dalam sistem perundangan langsung

    tidak dikembangkan. Hanya dalam aspek yang mendatangkan

    keuntungan ekonomi, rujukan kepada Islam diberikan seperti

    perbankan Islam.

    Sistem pendidikan Islam hanya sekadar alternatif sedangkan ia

    sewajarnya menjadi sistem pendidikan mainstream berdasarkan

    kepada kedudukan Islam sebagai agama Negara.

    Kolej Islam Malaya yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan

    Hishamuddin Alam Shah dan Raja-raja Melayu serta umat Islam di

    Tanah Melayu dan Brunei suatu ketika dahulu pernah muncul

    sebagai Kolej Universiti wakaf yang pertama di Tanah Melayu pada

    tahun 1955 dan berjaya melahirkan tokoh-tokoh Islam ternama

    berterusan pengsan hingga kini setelah Fakulti Pengajian IslamUKM ditubuhkan. Dalam hal ehwal pentadbiran pula hingga kini

    sebahagian besar jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-

    negeri masih tidak mahu diberikan kepada lulusan agama. Apakah

    jawapan kita kepada gejala sosial berlaku secara meluas di

    kalangan remaja Islam? Bukan kah ia berpunca dari sikap

    pentadbir dan pembuat dasar di kalangan umat Islam sendiri yang

    sentiasa memandang sinis kepada apa saja yang bersifat

    keagamaan sedangkan kita juga turut menanggung sumpah Agongatas nama suci allah untuk memelihara Islam.

    Salah tanggapan Ke- 6 Memperjuangkan Islam dianggap

    cenderung kepada pembangkang.

    8

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    9/21

    Pihak-pihak yang menyuarakan supaya negara ditadbir menurut

    prinsip dan dasar Islam dilabelkan dengan pelbagai gelaran

    negatif golongsan fanatik, pemecah perpaduan, extremist,

    fundamentalis, terrorist, talibanese dan disisihkan dari arus

    perdana. Suatu ketika dulu para pendakwah yang lantang

    menuntut Islam dimartabatkan dinyahkan sama ada dalamkurungan atau ditransfer jauh ke pendalaman dan tidak dinaikkan

    pangkat. Mereka dilabelkan sebagai anti-establishment. Malah

    terdapat agensi-agensi tertentu yang bersifat nasionalisme

    dianggap patriotik mendominasi pentadbiran kerajaan

    melemparkan pelbagai tohmahan kepada golongan pelajar yang

    cenderung kepada agama, disisihkan dari program-program

    tertentu. Ada juga sekolah-sekolah, bahkan sekolah-sekolah agama

    turut serta mengekang para pelajar dari mendalami agama Islammenerusi kegiatan dakwah.

    Sekarang apabila kita berhadapan dengan pelbagai tekanan dan

    cabaran sekularisme hingga menghasilkan gejala sosial yang tidak

    terkawal dan jurang perbezaan ekonomi yang amat lebar,

    kelompok nasionalisme ini terus-menerus menyalahkan golongan

    agama kerana kononnya tidak pro-aktif dalam menyebarkan ajaran

    agama untuk menyekat gejalan sosial.

    Sedangkan hakikatnya pihak-pihak yang berusaha untuk

    mendaulatkan Islam adalah golongan mainstream yang menepati

    kehendak Perlembagaan.

    Salah tanggapan ke 7 Islam T anggung jawab Negeri

    Oleh kerana hal ehwal pentadbiran agama Islam secara tradisinya

    berada di bawah kuasa Sultan/Raja sebagai ketua agama, tuntutan

    supaya ajaran Islam dipatuhi dalam sebarang

    penggubalan/pelaksanaan dasar atau undang-undang di peringkat

    persekutuan sering kali diketepikan atas alasan tanggungjawab

    memelihara Islam adalah terletak di bawah urusan Negeri.

    Sedangkan sebahagian besar urusan pemerintahan dan

    pentadbiran Negara berada dalam senarai Persekutuan. Justeru

    9

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    10/21

    adalah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk meastikan

    penggubalan atau pelaksanaan dasar bagi perkara berkenaan

    mematuhi agama Negara atau tidak menjejaskan agama Negara.

    Prof Muhammad Imam ketika mengupas kewajipan mengenai Islam

    di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan berpendapat

    iii

    This provision worded as it is, lends itself to a persuasive interpretation

    that it casts upon the Federation a positive obligation to protect,

    defend and promote the religion of Islam and to assist, enable and

    facilitate Muslims, individually or collectively, to order their lives in

    accordance with the Injunctions of Islam.

    Said Maulana S. Abdul Ala Maududi:

    A very large part of the Islamic system of law, however, needs for its

    enforcement, in all its details, the coercive powers and authority of thestate. Political power is essential for protecting the Islamic system of life

    from deterioration and perversion, for the eradication of vice and the

    establishment of virtue and, finally, for the enforcement of all these laws

    that require the sanction of the state and the Judiciary for their

    operation.

    Dalam banyak keadaan sesetengah pihak di Persekutuan ataupun

    Negeri tidak begitu selesa untuk merangka atau melaksanakan

    dasar atas semangat dan roh bagi bagi tujuan memelihara agamaNegara tetapi lebih memberikan penekanan kepada prinsip-prinsip

    lain seperti toleransi perpaduan, kemajuan material,

    kecemerlangan duniawi, pengiktirafan antarabangsa, hak asasi dan

    sebagainya. Dalam memerangi rasuah sebagai contohnya,

    penekangan lebih diberikan kepada undang-undang dan moraliti

    tetapi aspek pematuhan kepada ajaran agama amat kurang

    diberikan. Justeru berleluasalah politik wang, politik projek dan

    sebagainya yang amat bercanggah dengan prinsip Islam. Dalam

    hal ini Prof.Ulung Negara menyimpulkan

    Tetapi sekiranya set minda pembuat dasar masih bersifat

    fragmented dan dualistik, dan keutamaan pertumbuhan

    ekonomi tidak digabungkan dengan keutuhan etika, integriti

    dan nilai-nilai kerohanian secara serius, masyarakat Melayu

    10

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    11/21

    Islam akan terus berenang dalam arus perdana yang tidak

    semuanya menepati tuntutan agama Islam.

    Hakikatnya semua pihak yang ada kaitan dengan pemerintahan

    Negara adalah terikat dengan Sumpah YDPA bagi memelihara

    Islam sebagai agama Negara ini, Perkara 37(1) PerlembagaanPersekutuan menjadikan kewajipan kepada Yang di-Pertuan Agong

    untuk melafazkan sumpah untuk memelihara agama Islam pada

    setiap masa. Lafaz sumpah yang dimulakan dengan Wallahi;

    Wabillahi; Watallahi; itu pada hakikatnya adalah juga mengikat

    semua pihak yang terlibat dengan urusan pemerintahan Negara ini

    kerana Baginda adalah Ketua Utama Negara di bawah Perkara

    32(1) Perlembagaan Persekutuan.

    Menurut Perkara 39 pula kuasa eksekutif Persekutuan juga terletakhak pada YDPA. Oleh kerana Kabinet dan pekhidmat awam

    menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA, semua anggota

    kabinet dan pekhidmat awam terikat dengan sumpah YDPA tanpa

    mengira kedudukan agama mereka. Sebarang nasihat yang

    diberikan kepada YDPA di bawah perkara 40 Perlembagaan juga

    mestilah tidak boleh menjejaskan kedudukan agama Islam.

    Salah Tanggapan ke 8 Pihak Berkuasa Agama Negeri

    Berada di bawah Kawalan Kerajaan Negeri.

    Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri

    memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam

    Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh

    Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa

    agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau

    bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering

    dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal

    agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual

    Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    11

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    12/21

    Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan

    Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam

    sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah

    kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yan tertakluk kepada

    prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru,

    walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negerimenyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk

    berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab

    (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN

    bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para

    pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal

    berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah

    adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada

    Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan

    pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk

    kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar

    bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal

    berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan

    untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak.

    Salah Tanggapan ke 9 - Sejarah Islam Negara Bermula pada

    1957

    Kegemilangan sejarah Negara bukanlah hanya bermula selepas

    kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 atau semasa

    pembentukan Malaysia pada September 1963, malah kedaulatan

    kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-

    abad lamanya. Jika disandarkan pada Batu Bersurat Terengganu,kedaulatan Kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran Islam telah

    bertapak kukuh sejak kurun ke-13 lagi. Fakta ini diteguhkan lagi

    melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri

    Melayu (Malay Digest) yang berlandaskan hukum Syarak. Fakta

    sejarah juga membuktikan bahawa semasa Sistem Residen berkuat

    kuasa di Negeri-negeri Melayu, Raja-raja Melayu tetap berdaulat

    12

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    13/21

    The Resident System did not change the status of the Malay States to be

    part of British Colony. In 1878 The Colonial secretary has written a letter

    to the Resident of Pahang

    The Residents have been placed in the native states as advisers, not as

    rulers, if they upon themselves to disregard this principle, they will most

    assuredly be held responsible if trouble springs out of their neglect ofit.iv

    Percubaan British untuk menjajah Tanah Melayu melalui gagasan

    Malayan Union pada tahun 1946 telah gagal apabila dibantah keras

    oleh orang Melayu ketika itu. Justeru, Negeri-Negeri Melayu terus

    bernaung di bawah perlindungan dan nasihat Residen British yang

    kemudiannya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun1948. Perlu disebut bahawa pada waktu itu, Raja-Raja Melayu terus

    berdaulat, manakala Residen dan Residen Jeneral British hanya

    berperanan sebagai penasihat.

    Menurut Prof.Dr Abdul Aziz Bari, meskipun perlembagaan yang ada

    sekarang mula beroperasi pada 31 Ogos, 1957, bukan bererti

    bahawa segala bermula di situ. Sebagai contohnya, selepas

    Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dalam tahun 1948, negeri

    Melayu mula mempunyai perlembagaan sendiri. Apabila negaramencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar

    daripada peruntukan dalam perlembagaan tersebut dikekalkan.

    Antara perubahan penting yang diperkenalkan ialah peruntukan

    supaya raja Melayu menjadi raja berperlembagaan.

    Terdapat beberapa ciri tempatan yang kesemuanya menekankan

    bahawa Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang asing.

    Kedudukan raja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan

    Islam serta Bahasa Melayu adalah lanjutan sistem dan unsur-unsur

    tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan British lagi.

    Perkara ini boleh dianggap istimewa kerana peruntukan berkenaan

    tidak boleh dipinda melalui suara majoriti dua pertiga dalam

    Dewan Rakyat dan Negara.v

    13

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    14/21

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    15/21

    kecenderungan sesetengah pihak untuk menggadai kepentingan

    agama Islam demi meraih sokongan politik. Nama suci Allah

    tergamak dibiarkan untuk digunakan secara sewenang-wenangnya

    oleh agama lain atas nama hak asasi manusia. Sedangkan

    hakikatnya ia sebahagian dari usaha untuk mengelirukan umat

    Islam dengan merendahkan nama suci Allah yang termaktubdalam al-Quran kepada hanya sebagai terjemahan kepada

    perkataan god dalam bahasa Inggeris. Justeru, mana-mana pihak

    berhak menggunakan nama Allah kepada makhluk-makhluk yang

    mereka anggap sebagai tuhan mereka. Adakah wajar demi

    kepentingan politik kita membiarkan orang-orang bukan Islam

    mengallahkan apa saja yang mereka anggap tuhan. Tentulah

    amalan sedemikian boleh mengakibatkan redha kepada syirik.

    Memang kita amat gembira jika penganut agama lain mahumenganggap Allah sebagai tuhan yang maha tinggi, tetapi

    perbuatan menyifatkan nama Allah hanya sekadar nama am yang

    bermaksud tuhan amatlah merbahaya dan satu penghinaan

    kepada ajaran Islam dan umat Islam yang beriman Allah adalah

    nama khas yang suci bagi Tuhan pencipta sekalian alam lafzul

    jalaalah bukan sekadar a mere word! ALLAH is the one and only

    god, other gods are not ALLAH!

    Begitu juga keadaannya apabila pertimbangan politik memainkan

    pengaruh yang penting dalam isu Bible Bahasa Melayu, amatlah

    tidak wajar isu agama dijadikan bahan political bargaining.

    Berbagai perkataan bersumberkan ajaran Islam diselewengkan

    maksudnya dalam bible Bahasa Melayu itu, namun oleh kerana

    suara umat Islam sudah tidak lagi begitu penting, maka pelbagai

    pihak cuba menangguk di air keruh dalam situasi politk semasa.

    Kesimpulan dan Cadangan

    Adalah dijangkakan sekiranya semua salah tanggapan ini tidak

    diperbetulkan secara menyeluruh dan berkesan, agama Islam akan

    menjadi amalan ritual yang berpusat di masjid-masjid dan tanah

    perkuburan sahaja. Pada hari ini fahaman sebegini sudah menular

    15

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    16/21

    dengan luas di kalangan umat Islam sendiri. Malah tanggapan

    negative terhadap institusi agama semakin meluas di kalangan

    generasi muda negara.

    Kalau ditafsir secara betul, perlembagaan memberi laluan untuk

    negara ini menjadi Islam secara total. Sebaliknya jika ditafsirsecara liberal, liberal lah jadinya negara ini. Sepatutnya semua

    dasar, polisi dan undang negara ini perlu digubal atas roh dan

    semangat artikel 3 - iaitu selaras dengan pegangan agama negara

    Islam

    Bersandarkan kepada kewajipan Pemerintah untuk memelihara

    Islam sebagai Agama Negara, kewujudan badan pemantau khusus

    untuk memastikan semua pihak termasuk pemerintah dan agensi-

    agensi kerajaan mematuhi prinsip Islam adalah satu keperluanmendesak. Prinsip kedaulatan undang-undang yang diamalkan

    dalam negara ini sejak merdeka masih berteraskan prinsip

    Common Law yang terus mengenepikan prinsip agama sekalipun

    Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan meletakkan undang-

    undang Inggeris yang diwarisi sebelum Merdeka boleh dipinda dan

    diselaraskan dengan keperluan semasa. Sex bebas masih

    dianggap sebagai hak kebebasan asasi sedangkan ia bercanggah

    dengan akhlak dan moral. Arak masih dijadikan sumber hasilnegara dan menjadi hidangan berprestij sedangkan ia menimbilkan

    pelbagai masalah kepada negara.

    Kedaulatan Agama Islam diwarisi oleh Kesultanan Melayu sejak

    kedatangan Islam ke alam Melayu. Negara Malaysia terbentuk hasil

    dari permuafakan Raja-Raja Melayu yang mewarisi kedaulatan

    kesultanan Islam dan bukan atas ihsan penjajah Inggeris. Undang-

    undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu berpaksikan

    kepada ajaran Islam (syariah). Mahkamah Rayuan di Negeri-negeri

    Melayu Bersekutu juga pernah memutuskan bahawa Syariah

    adalah lex loci (law of the land) bagi negara ini. Hakikatnya apabila

    Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara ini wajib

    mendaulatkan Agama Islam dan bukan mengamalkan prinsip

    pluralisme agama. Agama-agama lain bebas untuk diamalkan

    sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Namun

    16

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    17/21

    pemerintah tiada berkewajipan untuk memelihara atau memajukan

    agama-agama lain.

    Jika prinsip Hak Asasi Manusia yang tidak dimartabatkan secara

    nyata dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi sehingga

    Kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah suruhanjaya, kenapaprinsip Agama Negara (Islam) tiada mekanisme pengawasan

    khusus bagi memastikan prinsip Islam dihormati dan kedaulatan

    agama Islam terus dijunjung. Adakah hari ini pemerintah dan

    rakyat lebih gerun dan akur kepada prinsip HAM yang pada

    hakikatnya tiada sepatah perkataan pun yang disebutkan dalam

    perlembagaan? Malah prinsip kemanusiaan berlandaskan ajaran

    Islam yang dipraktiskan oleh Raja-Raja Melayu dan umat Islam di

    Tanah Melayu jauh lebih berkesan dan memberikan manfaat

    kepada semua manusia tanpa mengira Agama.

    Prinsip HAM akhir-akhir ini telah melampaui batas agama Negara.

    Hak kebebasan secara melampau telah dipromosikan hingga

    menjejaskan hak umat Islam untuk mengamal dan mematuhi

    ajaran Islam. Tuntutan untuk membolehkan umat Islam murtad,

    hak kepada LGBT, hak persamaan Gender secara melampau, hak

    kebebasan dari kawalan ajaran agama, hak kesamarataan agama,

    dan berbagai tuntutan lagi dikemukakan dalam suasana politikNegara yang dirasakan dapat memberi peluang keemasan untuk

    menggasak Islam.

    Pelbagai tindakan dan kenyataan yang bersifat menghina agama

    Negara tidak dapat dikuatkuasakan oleh pihak berkuaasa agama

    Negeri kerana undang-undang mengenai agama Islam yang

    berkuatkuasa di Negeri-negeri hanya boleh dikuatkuasakan ke atas

    orang Islam sahaja. Malah kebanyakan warga negara bukan Islam

    merasakan mereka tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang

    berkaitan agama Islam. Justeru pelbagai perbuatan dan kenyataan

    yang bersifat menghina agama Negara tidak dapat diambil

    tindakan.

    Negara perlu mempunyai sebuah Majlis Negara atau Suruhanjaya

    di bawah naugan MRR dan YDPA bagi memastikan ikrar dan

    17

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    18/21

    sumpah YDPA atas nama Allah untuk memelihara agama Negara

    Islam benar-benar dilaksanakan. Islam tidak sewajarnya dijadikan

    bahan pertimbangan politik (political bargain). Pendakwaan

    seharusnya boleh dilakukan bagi mengenakan tuduhan kepada

    mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Dalam isu

    penyalahgunaan nama suci Allah, lafaz Allah telah diisytiharkansekadar terjemahan kepada God dalam bahasa Melayu dan pihak

    yang menuntut berhak untuk menggunakannya. Sedangkan

    terjemahan sebenar dalam bahasa melayu adalah tuhan. Dalam

    kes ini, perhatian kepada kewajipan untuk memelihara agama

    Islam sebagai mana yang disumpah oleh YDPA langsung tidak

    diberikan perhatian. Sebaiknya prinsip HAM yang dijunjung tinggi.

    Majlis atau Suruhanjaya ini bertanggungjawab terus kepada Majlis

    Raja-Raja melalui Yang Di Pertuan Agong dan bebas dari pengaruh

    politik. Justeru, ia berhak memberikan teguran dan nasihat

    berasaskan prinsip Islam kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

    Negeri dan agensi-agensi nya sama ada secara terus atau melalui

    laporan tahunan kepada MRR. Ia juga bertanggungjawab

    mendengar aduan dari mana-mana pihak mengenai apa-

    apaperkara yang menyentuh prinsip agama Islam secara langsung

    atau tidak langsung.

    Antara objektif yang dapat dikenal pasti bagi penubuhan majlis

    sebegini adalah seperti yang berikut

    o menjadikan kewajipan kepada semua pihak sama adakerajaan atau rakyat jelata tanpa mengira agama danbangsa untuk menghormati kedaulatan Islam sebagaiagama Persekutuan

    o meletakkan kewajipan kepada Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri-negeri untuk mengambil kira kedudukanIslam sebagai agama Persekutuan dan Agama Negeri-negeri dalam merangka dasar dan polisi Kerajaan bagimengelakkan sebarang bentuk percanggahan danpenghinaan kepada agama Islam.

    18

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    19/21

    o Memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara

    dan sistem hidup yang sempurna yang perludilaksanakan dalam semua urusan kehidupan dan bukansekadar agama rasmi atau agama ritual sahaja.

    o Memelihara keluhuran dan kesucian agama Islamselama-lamanya dari sebarang bentuk penyelewengan,fahaman moden yang tersasar atau ajaran sesat yangboleh mengelirukan umat Islam.

    o Mengembalikan keutuhan Islam sebagai agama bagiNegeri-negeri Melayu yang tidak pernah dijajah ataudicemari oleh nasihat-nasihat penjajah dan prinsip-

    prinsip moden Barat

    o Menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan kewajipanKerajaan Persekutuan untuk memartabatkan kedaulatanIslam dari berbagai-bagai aspek termasuk ekonomi,politik, perundangan, pendidikan budaya dan lain-lainlagi.

    Semoga Allah merahmati usaha kecil umat Islam untuk

    mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

    19

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    20/21

    20

  • 8/6/2019 10 Salah Tanggapan Terhadap Islam

    21/21

    i Menurut Suruhanjaya Reid (Report of the Federation of Malaya Constitutional Comission, London,

    Her Majestys Statitonery Office, 1957 No. 330 or the Reid Commission Report) mengenai agama

    Islam:

    The observation of this principle shall not impose any liability on non-Muslim natives professing

    and practising their religions and shall not imply that the State is not a secular State

    Begitu juga dengan kenyataan daripada Hakim Abdul Hamid, salah seorang ahli Suruhanjaya Reidmengenai Islam as a State Religion, di mana kata beliau, pada perenggan 11:

    It has been recommended by the Alliance that the Commission should contain a provision

    declaring Islam to be the religion of the State. It was also recommended that it should be made

    clear in that provision that a declaration to the above effect will not prevent the State from

    being a secular State

    ii saranan Kertas Putih (White Paper) iaitu:

    There has been included in the Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the

    Federation. This will not in no way affect the present position of the Federation as a secular

    state

    iii FREEDOM OF RELIGION UNDER FEDERAL CONSTITUTION OF MALAYSIA - A REAPPRAISAL,

    Mohammed Imam ; [1994] 2 CLJ lvii (June)

    iv Colonial Secretary to Residents, May 17, 1878; E.Sadka, The Malay States 1874-1895, p.102.vPERLEMBAGAAN SEBAGAI SEBUAH PERNYATAAN SEJARAH DAN TRADISI NEGARA, Dr.

    ABDUL AZIZ BARI

    Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia