salah faham terhadap konsep jihad

23
Salah Faham Terhadap Konsep Jihad Joanes, J. and Shafizza, A. *Corresponding author: Dr. Mifedwil, J. M. professor, research field: civilization, Islam. ABSTRAK: Di dalam dunia Islam pada masa kini, pelbagai himpitan pandangan dilontar kepada umat Islam daripada pelbagai sudut. Ini dapat dilihat pembentukkan kumpulan militan yang bersifat jihad tumbuh bagai cendawan. Perkara ini menjadi kebimbangan umat Islam dimana kesucian ajaran Islam telah tercalar di mata dunia. Hal ini juga menjadikan Islam dibenci oleh masyarakat dunia dimana dituduh sebagai agama yang mementingkan ajaran penyebaran melalui peperangan dan qiral. Di Malaysia, perjuangan ISIS telah merebak di rakyat yang penuh dengan nilai-nilai murni agama yang dididik dari bangku sekolah. Dilaporkan bahawa kira-kira 60-70 rakyat Malaysia berhijrah ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS. Artikel ini menghuraikan mengenai bagaimana perkembangan salah faham yang berlaku terhadap konsep jihad ini. Apakah punca-punca salah faham ini merebak kepada seluruh penganut Islam ? Maka, di dalam analisa dan penilaian yang dilakukan bagi artikel ini adalah membuat rujukan seperti surat khabar, laman web dan artikel berkaitan telah dijadikan sumber primer. Disamping itu, artikel ini turut menerangkan pengertian dan tujuan jihad seharusnya dilakukan mengikut kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Maka, diharapkan artikel ini mampu memenuhi apakah yang dikatakan salah faham terhadap konsep jihad. Kata kunci: Jihad, Konsep Jihad, Islam, IS. 1. PENGENALAN Konsep Jihad (bahasa Arab جهاد) merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam yang agak polemik dan kontroversi serta isu yang sensitif di kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Perkataan Jihad iaitu berbunyi ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). © 2015 Islamic and Asian Civilization. All rights reserved. Article

Upload: joanes-j

Post on 12-Feb-2017

4.279 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

1

Joanes, J. and Shafizza, A.

Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

Joanes, J. and Shafizza, A.

*Corresponding author: Dr. Mifedwil, J. M. professor,

research field: civilization, Islam.

ABSTRAK: Di dalam dunia Islam pada masa kini, pelbagai himpitan pandangan dilontar kepada

umat Islam daripada pelbagai sudut. Ini dapat dilihat pembentukkan kumpulan militan yang

bersifat jihad tumbuh bagai cendawan. Perkara ini menjadi kebimbangan umat Islam dimana

kesucian ajaran Islam telah tercalar di mata dunia. Hal ini juga menjadikan Islam dibenci oleh

masyarakat dunia dimana dituduh sebagai agama yang mementingkan ajaran penyebaran

melalui peperangan dan qiral. Di Malaysia, perjuangan ISIS telah merebak di rakyat yang

penuh dengan nilai-nilai murni agama yang dididik dari bangku sekolah. Dilaporkan bahawa

kira-kira 60-70 rakyat Malaysia berhijrah ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS. Artikel ini

menghuraikan mengenai bagaimana perkembangan salah faham yang berlaku terhadap konsep

jihad ini. Apakah punca-punca salah faham ini merebak kepada seluruh penganut Islam ?

Maka, di dalam analisa dan penilaian yang dilakukan bagi artikel ini adalah membuat rujukan

seperti surat khabar, laman web dan artikel berkaitan telah dijadikan sumber primer. Disamping

itu, artikel ini turut menerangkan pengertian dan tujuan jihad seharusnya dilakukan mengikut

kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Maka, diharapkan artikel ini mampu

memenuhi apakah yang dikatakan salah faham terhadap konsep jihad.

Kata kunci: Jihad, Konsep Jihad, Islam, IS.

1. PENGENALAN

Konsep Jihad (bahasa Arab جهاد) merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam

yang agak polemik dan kontroversi serta isu yang sensitif di kalangan masyarakat dunia pada

masa kini. Perkataan Jihad iaitu berbunyi ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh

jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah).

© 2015 Islamic and Asian Civilization. All rights reserved.

Article

Page 2: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

2

Joanes, J. and Shafizza, A.

Allah memerintahkan Muslim mengerjakan al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'ka

(mengamalkan serta menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian).

Untuk melaksanakan tugas ini dengan bersungguh-sungguh, maka Islam menampilkan konsep

jihad. Konsep jihad bersesuaian dengan firman Allah:

“ Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.”

Surah al-Haj: 78

Kronologi jihad telah bermula pada peringkat awal bermula perkembangan Islam di era

Makkah. Pada era tersebut, jihad digunakan untuk memerangi musuh masih belum disyariatkan

oleh Islam dan ia lebih kepada jihad ma’nawi. Semasa proses hijrah ke Madinah, kaum

Muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah S.W.T tetapi diakui

bahawa ia mewajibkannya.

Selepas hijrah ke Madinah, kaum Muslimin telah mengamalkan jihad dengan

memerangi golongan yang memusuhi Islam ekoran daripada kezaliman dan penyeksaan oleh

kaum Musyrikin (Muhammad Khayr Haikal, 1996). Ini dapat dibuktikan dalam 13 tahun

Rasullah SAW dan orang mukmin berjihad dalam keadaan berhujah, dalil dan kata nasihat bagi

membawa kembali orang-orang Arab ke pangkuan ajaran Allah. Maka, di dalam tempoh

tersebut mereka banyak ditindas, dizalimi dan dihujani dengan serangan yang banyak

membawa pertumpahan darah dan kematian nyawa. Akibat daripada perjuangan yang penuh

dengan halangan sehingga menyebabkan muslimin terpaksa menempuh keadaan tersebut,

maka Allah telah memberikan keizinan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk mempersiapkan

diri berjihad.

Jihad merupakan amalan yang terpuji yang dituntut di dalam Islam berbanding dengan

amalan-amalan lain selain daripada solat wajib (Wahbah al-Zuhayli, 1996). Oleh itu, jihad

menjadi fardhu (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan sehingga ke hari kiamat.

Namun begitu, golongan yang menentang Islam kebanyakkan dari mata dunia cenderung

menggambarkan bahawa jihad dalam Islam merupakan satu bentuk keganasan pada zaman

silam, yang tidak relevan pada zaman sekarang. Mereka melihat jihad dalam aspek yang negatif

iaitu imej jihad yang kejam, ganas dan keras. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan aksi dan

tindakan terorisme atau pengganas Islam terutama selepas insiden 11 September 2001 di New

York, Amerika Syarikat (Ergun Capan et al. 2004).

Page 3: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

3

Joanes, J. and Shafizza, A.

1.1 Pernyataan Masalah

Menurut Presiden European Muslim Network, Prof. Dr. Tariq Ramadan “ istilah jihad

diselewengkan, ertinya oleh ramai penganut Islam di dunia sendiri akibat kurang faham tentang

konsepnya” semasa Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12, di Kuala Lumpur. Maka melihat

kepada konsep jihad itu sendiri, penganut Islam kebanyakkannya kurang memahami apa itu

jihad di dalam Islam.

Hal ini ditambah pula dengan pertubuhan yang berbentuk jihad seperti Al-Qaeda,

Hamas, Taliban dan yang terkini adalah ISIS (the Islamic State of Iraq and Syria). Al-Qaeda

adalah pertubuhan tentera Islam Sunni yang dikesan selepas serangan Afghanistan oleh Soviet

Union pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Osama Bin Laden. Kumpulan ini mula menjadi

perhatian tinggi oleh mata dunia apabila melancarkan serangan 11 September 2001 terhadap

bangunan WTC dan Pentagon di New York, Amerika Syarikat..

Rajah 1 Pandangan World Trade Center dari Statue of Liberty

Sehubungan dengan itu, mata dunia mula menuding jari terhadap agama Islam. Konsep

jihad dalam Islam telah menjadi hidangan oleh masyarakat dunia. Fahaman ekstremisme

kumpulan militan ini telah menggunakan alasan jihad untuk menghalalkan kegansan dilakuan

kerana jahil agama. Di dalam para ulama sendiri menyifatkan perjuangan ISIS bukanlah jihad

dimana keganasan dilakukan sehingga membunuh rakyat tidak berdosa, membunuh dan

menghalau Kritian dan Yahudi dengan penuh kezaliman (Berita Harian, 17 Mac 2015)

Dengan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan satu

Jawatankuasa Perjelasan Konsep Jihad yang akan mendekati golongan generasi Y yang

sentiasa peka menerusi media social supaya tidak terjebak dengan perjuangan IS. Di mana IS

cuba menawarkan ganjaran dan jaminan ditempatkan di syurga sekiranya mereka menyertai

kumpulan militant tersebut bagi memperjuangkan jihad yang kononnya dikatakan menentang

musuh-musuh Islam. (mStar 19 April 2015).

Page 4: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

4

Joanes, J. and Shafizza, A.

1.2 Soalan Artikel

Terdapat banyak aspek di dalam menilai berlakunya salah faham terhadap jihad ini di

mata masyarakat. Diantara aspek yang akan ditengahkan adalah bagaimana salah faham itu

sendiri berlaku di kalangan penganut agama Islam. Masalah di Malaysia khususnya adalah

mengapa perkara seperti kanak-kanak dan keluarga boleh terjebak untuk meyertai pergerakan

ISIS. Ini dapat dilihat melalui laporan berita menyatakan seramai 22 rakyat Malaysia yang

berada di Syria bagi menjalani latihan yang dikendalikan oleh ISIS (Majlis Ahli Parlimen

Barisan Nasional, 4 Oktober 2015)

Manakala, laporan The Malaysian Insider menyatakan ketika ini 61 rakyat Malaysia

dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan ISIS dan daripada jumlah itu seramai 10

orang adalah wanita manakala tangkapan terkini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan

ISIS di negara ini mencecah pada 71 orang (Malaysian Insider, 4 Mac 2015).

Maka, melihat kepada situasi yang berlaku khususnya di Malaysia, persoalan yang

timbul adalah :

a) Apa yang menyebabkan salah faham itu wujud bagi konsep jihad sehingga buta

menyertai ISIS?

b) Bagaimana perkembangan kefahaman terhadap konsep jihad bagi penganut agama

Islam sendiri?

c) Untuk apa jihad tersebut dilakukan di dalam agama Islam?

1.3 Objektif Artikel

a) Melihat bagaimana perkembangan salah faham berlaku di dalam konsep jihad agama

Islam.

b) Menumpukan kepada punca-punca yang berlaku apabila salah faham wujud mengenai

konsep jihad tersebut.

Page 5: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

5

Joanes, J. and Shafizza, A.

1.4 Skop Artikel

Artikel ini dijalankan bagi mengkaji perkembangan kefahaman konsep jihad dan

melihat kepada bagaimana berlakunya salah faham terhadap jihad selepas zaman Nabi

Muhammad S.A.W. Selain itu, turut juga mengenalpasti punca-punca salah faham mengenai

yang dimaksudkan jihad di dalam konteks masyarakat.

Disamping itu, artikel akan menumpukan dan melihat pada cadangan penyelesaian

yang boleh digunakan pada kefahaman yang salah terhadap perjuangan jihad tersebut di dalam

konteks masyarakat Islam.

1.5 Kepentingan Artikel

Adalah besar harapan sekiranya artikel mampu dijadikan bahan rujukan kepada para

ulama di dalam menilai bagaimana kefahaman jihad berlaku di dalam masyarakat. Suatu nilai

murni adalah dididik daripada keluarga yang mengamalkan nilai-nilai moral dan ajaran agama.

Artikel ini mampu menyerlahkan rujukan kepada keluarga di dalam melihat pada kefahaman

mahasiswa yang berada di peringkat universiti khususnya memahami konsep jihad.

Melalui artikel ini, diharap dapat menyumbang kepada rujukan pada Jawatankuasa

Perjelasan Konsep Jihad di dalam memberi panduan kepada orang ramai kenapa salah faham

mengenai konsep jihad berlaku. Selain itu, diharap JAKIM meneliti kesesuaian cadangan dan

penyelesaian yang diutarakan di dalam artikel ini. Dari segi ilmiah, mahasiswa sentiasa

mencari, merungkai dan menelaah segala maklumat bagi pencarian ilmu. Diharapkan artikel

ini dapat membantu mahasiswa di dalam rujukan kepada konsep jihad yang diputarbelitkan

sehingga membentuk keadaan Islam terhimpit disebabkan pandangan masyarakat dunia.

2. PENGERTIAN JIHAD

2.1 Terjemahan Jihad

Dalam kamus Islam, Jihad secara umumnya bermaksud perang pada jalan Allah. Jihad

berasal dari kata kerja ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga

mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). Allah memerintahkan Muslim

mengerjakan al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'ka (mengamalkan serta menyuruh kepada

Page 6: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

6

Joanes, J. and Shafizza, A.

kebaikan dan menjauhi serta mencegah kekejian). Ia ditegas didalam Al-Quran Surah At-

Taubah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman! Bagaimana keadaanmu bila dikatakan orang kepadamu :

berangkatlah ke medan perang jihad pada jalan Allah. Apakah kamu tinggal diam sahaja di

atas muka bumi?Apakah kiranya kamu lebih suka kehidupan di dunia daripada kehidupan di

akhirat? Tidaklah nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan diakhirat itu

kecuali sedikit. Sekiranya kamu tidak mahu berangkat, maka Allah akan mengazab kamu

dengan seksaan yang pedih, dan ia gantikan kamu dengan suatu kaum lain dari golongan

kamu, dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa; dan Allah atas segala sesuatu adalah kuasa.”

Pengertian jihad adalah mengerah separuh tenaga atau berjuang untuk menunaikan

perintah Allah Taala dengan mengerjakan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan

demi kebaikan seluruh alam. Jihad adalah sebahagian dari ajaran Islam yang menganjurkan

kepatuhan kepada Allah Taala dan hubungan damai dengan semua pihak. (Muhammad &

Mohamad, 2007). Manakala menurut Ibn Manzur, beliau mendifinisikan jihad dengan maksud

memerangi musuh termasuk menyediakan kemudahan dan senjata (Zulkiflee, et al. 2011).

Jihad melawan musuh yang memerangi hanyalah sebahagian dari pengertian dan

bentuk jihad. Disamping ianya melibatkan usaha luaran sehingga usaha dalaman (batin) dan

usaha itu mencakupi ruang yang luas termasuk untuk diri, keluarga, masyarakat, negara, agama

serta seluruh alam. Dan jihad yang sebenar adalah jihad yang mengarah kepada damai dan

selamat. Manakala, dikatakan jihad diulang 30 kali dalam Al-Quran. Ia berasal dari kata dasar

juhd atau jahd. Juhd bererti mengeluarkan tenaga, usaha atau kekuatan dan jahd (jahada)

bermakna kesungguhan dalam bekerja. Tetapi, kata al-jihad (jihad) dari Al-Quran itu

berkembang sesuai dengan tahap perkembangan masyarakat Islam menurut masa dan ruang.

Menurut Imam Ragib Al-Isfahani (ahli bahasa Al-Quran), kata jihad dalam Al-Quran

mempunyai 3 erti iaitu;

i) Berjuang melawan musuh yang nyata

ii) Berjuang melawan syaitan

iii) Berjuang melawan nafsu

Page 7: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

7

Joanes, J. and Shafizza, A.

Jihad dapat disimpulkan sebagai “menggunakan atau mengeluarkan tenaga, daya usaha

atau kekuatan untuk melawan suatu objek yang tercela yang boleh mengancam ketenteraman

hidup damai kaum Muslimin dalam rangka menegakkan agama Allah SWT”. Pengertian jihad

pada asalnya bukanlah bermaksud berjuang sebaliknya setelah dirumuskan intipatinya dari segi

lafaz dan bahasanya, maka jihad barulah dikatakan berjuang. Secara amnya, apabila diseru

“mari kita berjuang”, maka umat akan memahami maksudnya tetapi apabila diseru “mari kita

bersungguh-sungguh kumpulkan tenaga”, umat akan tertanya-tanya apakah yang ingin

disampaikan. Justeru itu, pelbagai makna jihad boleh disimpulkan tetapi sejauhmana ianya

difahami.

2.2 Jihad dalam Al-Quran dan Hadis

Al-Quran banyak menjelaskan konsep jihad dan peperangan (qital) dalam pelbagai

sudut perbincangan. Terdapat lebih daripada 170 ayat dalam al-Quran yang membincangkan

tentang perkara ini dalam berbagai-bagai tema. Antara tema yang dibincangkan berkaitan

dengan semangat dan hukum jihad, halangan untuk berjihad, kewaspadaan terhadp musuh,

peraturan semasa berperang, tawanan perang dan harta rampasanya, keenganan berperang, dan

kisah peperangan.

Antara ayat al-Quran yang menyeru kepada berjihad dan kebaikannya di sisi Allah

S.W.T adalah dalam firmannya yang bermaksud:

“berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan

berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah yang terbaik

bagimu jika kamu mengetahuinya”

Begitu juga dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami

tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta

orang yang berbuat baik”.

Penganut Islam harus mengetahui bahawa jihad dengan jiwa atau harta yang

disyaratkan dalam Al-Quran haruslah di jalan Allah dan dengan tujuan untuk meninggikan

kalimah Allah dan juga untuk menyebarkan agama Islam. Allah SWT.berfirman:

Page 8: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

8

Joanes, J. and Shafizza, A.

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk

memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."

(As- Sabak:28) Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah

adalah asas dasar luar negeri bagi umat Islam semenjak Rasulullah SAW mendirikan daulah di

Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad.

2.3 Pensyiaratan Jihad dalam Islam

Allah sentiasa mengingatkan rasul-Nya dan orang mukmin agar bersikap sabar, lembah

lembut, tidak berputus asa, cekal, tabah, sopan dan berusaha bersungguh-sungguh (Jihad)

semasa mengajak manusia kepada Islam. Usaha jihad pada peringkat ini masih dalam erti kata

berjihad dengan al-Quran, hujah, dalil dan kata nasihat.

Dipercayai ayat pertama yang diturunkan oleh Allah melalui malakat bagi tujuan ini

adalah melalui firman Nya bermaksud:

“Telah diizinkan (Berperang) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah

dianiaya, Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. Orang

yang telah diusir dari kampong halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana

mereka berkata:” TUHAN kami hanyalah Allah. Dan sekiranya Allah tiada menolak

sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara

Kristian, Gereja, rumah ibadat Yahudi dan masjid yang di dalamnya banyak disebut nama

Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agama. Orang jika kami

teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescya meraka mendirikan sembahyang,

menunaikan zakat, menyuruh berbuat dan makruf dan mencegah dari perbuatan yang

mungkar, dan kepada Allah lah kembali segala urusan. “

Ayat seperti ini adalah rasional keizinan berperang yang diberikan kepada orang Islam iaitu

bagi mereka yang telah dianiayai dan kepada dizalimi oleh pihak musuh dengan mengusir dari

tanah air mereka sendiri tanpa apa-apa yang relevan, bahkan hanya kerana mereka beriman

dengan agama yang benar.

Page 9: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

9

Joanes, J. and Shafizza, A.

Kalaulah keizinan untuk berperang tidak diberikan, nescaya segala rumah ibadat

termasuk masjid yang digunakan sebagai tempat bersemahyang kepada Alllah akan dirobohkan

oleh pihak musuh. Matlamatnya adalah sebagai pertolongan kepada orang yang mendirikan

solat, mengeluarkan zakat, dan mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan

kemungkaran.

Melaui intipati daripada ayat tersbut, dapatlah dirumuskan bahawa antara tujuan utama jihad

dalam Islam adalah : -

i. Untuk mempertahankan Islam dan ajarannya

ii. Membela kepentingan orang Islam daripada kezaliman pihak musuh

iii. Meluaskan syiar Islam di atas muka bumi

2.4 Tujuan Jihad dalam Islam

2.4.1 Mencari Keredhaan Allah

Jihad adalah menunaikan kewajipan yang difardhukan Allah sehingga seseorang itu

bebas daripada tanggungan yang mesti dipikul, dan untuk mendapat pahala yang besar serta

kebahagiaan di akhirat yang telah dijanjikan Allah kepada orang yaang berjihad seperti firman

Allah yang bermaksud;

“Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan

kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barang siapa yang berperang di

jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami

berikan kepadanya pahala yang besar. ”

2.4.2 Untuk Menyebarkan Dakwah Islam

Jihad juga bertujuan untuk menyebar risalah Islam ke seluruh permukaan bumi tanpa

ada rintangan atau penghalang da’I (pendakwah) dan mad’u (objek dakwah), sama ada

Page 10: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

10

Joanes, J. and Shafizza, A.

rintangan itu berupa ideologi, politik atau militan dan untuk melindungi kaum Muslimin.. Allah

berfirman yang bermaksud;

“Dan Kami tidak mengutuskan kamu, melainkan kepada umat manusia

seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi

peringatan, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya. ”

Allah juga memberitahu dalam kitabNya yang mulia tentang sikap orang-orang kafir

dan niat-niat mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin dan menerangkan bahawa sikap

mereka adalah menolak dan berpaling, takabur, dan menentang serta bersekongkol jahat,

memusuhi dan memerangi Islam. Oleh itu, jihad dilaksanakan untuk menyebarkan agama

Islam.

2.4.3 Jihad Terhadap Syaitan

Setiap muslim juga harus memerangi syaitan kerana dia merupakan musuh utama

sejak kehadiran manusia di alam ini yang telah menggelincirkan nenek moyang pertama

Adam.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Bahawasanya syaitan itu adalah bagi manusia musuh yang nyata. ”

2.4.4 Jihad Terhadap Kaum Kafir dan Munkarat.

Jihad ini juga menjadi wajib kepada umat Islam apabila perang diperlukan bagi

menentang kaum kafir melakukan kezaliman (penganiayaan, penyeksaan, penahanan,

hukuman). Firman Allah yang bermaksud;

“ Perang di bulan haram, maka dibalas pula di bulan haram dan kehormatan

itu diimbal balik, maka sesiapa yang menyerangmu (menganiayamu,

menggangumu, menyiksamu), maka serang pulalah seperti bentuk yang mereka

lakukan kepadamu. ”

Page 11: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

11

Joanes, J. and Shafizza, A.

3. PEMBENTUKAN KUMPULAN ‘BERSIFAT’ JIHAD

3.1 Pembentukan ISIS

Abu Musab Al-Zarqawi

ISIS adalah kumpulan militan yang terkini menganggap diri mereka memperjuangkan

Islam dan ia tidak muncul secara tiba-tiba. Penubuhan dan kekuatannya pada hari ini boleh

dikenalpasti sewaktu krisis di Iraq pada tahun 2003 lagi. Cuma yang membezakan adalah

situasi, pemimpin dan juga namanya. Jika lapisan demi lapisan IS terbentuk hari ini dikupas

dan diselidiki, imej IS yang paling awal adalah Jemaah al-Tauhid wal-Jihad (JTJ) diketuai

oleh Abu Musab al-Zarqawi berideologikanSalafisme yang berjuang sebagai pemberontak di

Jordan. Semasa krisis di Iraq Zarqawi berbai’ah kepada Al-Qaeda dan diterima sebagai

pasukan penggempur hadapan Al-Qaeda (Lt Kol Abd Razak Sipit, 2015)

Selepas kejatuhan rejim Saddam Hussein, timbul beberapa puak yang ingin menguasai

Iraq dan bercita-cita membentuk kekhilafahan Islam, dan dari beberapa orang tersebut yang

paling menonjol adalah Abu Mus’ab Az Zarqawi atau nama sebenarnya Ahmad Fadhil Nazzal

Al-Khalaylah. Beliau mendapat kepercayaan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden untuk

mengelola sebuah kem latihan di Herat (Afghanistan Barat). Pada tahun 2004, disebabkan

perjuangan Zarqawi sepenuhnya di Iraq beliau telah menukar nama JTJ kepada Al-Qaeda In

Iraq (AQI).

Pada bulan Januari 2006, Zarqawi berjaya menggabungkan AQI dan lima kumpulan

lagi iaitu:

i. Jaish at-Taifha al-Mansoura,

ii. Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah,

iii. Faksi Saray Al-Ji- had, Brigade Al-Ghuraba, dan

iv. Al-Ahwal Brigade

Page 12: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

12

Joanes, J. and Shafizza, A.

Ayyub al Masri

Namun disebabkan keganasan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh AQI jauh

daripada ajaran Islam sebenar menyebabkan Al-Qaeda tidak bersetuju dan keluar daripada

pakatan MSC. Seterusnya, pada 7 Jun 2006 Zarqawi terbunuh dalam serangan udara AS di

daerah Hibib berhampiran Tikrit.

Abu Ayyub al-Masri kemudiannya mengumumkan pembentukan “Ad-Dawlat Al-

Islamiyya Fil-Iraq” atau Islamic State in Iraq (ISI) dan pada Oktober 2006 melantik Abu Omar

al-Shashni sebagai pemimpinnya. Abu Omar atau nama sebenarnya Hamed Dawood Al-Zawy

merupakan mantan anggota pasukan keamanan Iraq yang dipecat kerana sifat ekstrimismenya.

Abu Omar al-Shashni Abu Bakr al-Baghdadi

Pembentukan ISI bagi mendirikan sebuah negara Islam di Iraq dan menguasai Iraq yang

pada masa itu diperintah oleh puak Syiah yang berpusat di Baghdad. ISI tidak mengakui

kedaulatan dan kepimpinan Syiah kerana puak Sunni dizalimi, ditindas, dinafikan hak mereka

tanpa berperikemanusiaaan. Kekejaman ini membuatkan ahli kumpulan dan puak Sunni yang

lain bangkit dan menyokong perjuangan IS.

Page 13: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

13

Joanes, J. and Shafizza, A.

Pada tahun 2010, peperangan telah meragut nyawa Abu Omar , Abu Bakr Al-Baghdadi

calon yang paling menonjol dan layak memimpin ISI berdasarkan pengalaman dan dia

merupakan ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq. Maka secara

rasminya beliau diangkat menjadi pemimpin serta membina semula keupayaan ISI. Menjelang

2013, Abu Bakr melancarkan puluhan serangan dalam tempoh sebulan di Iraq. Abu Bakr juga

menyertai pemberontakan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dengan menubuhkan

Barisan AL-Nusra (al-Nusra Front) (Sinar Harian 24 Jun 2014).

Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai

Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syria – ISIS) pada April

2013. Abu Bakr melancarkan serangan demi serangan dan berjaya menawan kubu pertahanan

terkuat tentera Syria di Raqa. Tentera Syria yang ditawan telah ditembak beramai-ramai dan

disembelih seterusnya dipertontonkan ke seluruh dunia melalui jaringan sosial Youtube.

Rajah 2 Tentera Syria dipenggal beramai-ramai oleh IS

Sumber: Youtube

Page 14: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

14

Joanes, J. and Shafizza, A.

Rajah 3 Peta Penaklukan IS

Sumber: Lt. Kol Abd Razak Sipit (2015)

Bagi menggambarkan penubuhan negara Islam berkhalifah yang merangkumi wilayah

Iraq, Syria, Jordan, Lubnan, Palestin, Israel, Cyprus, Hatay di Selatan Turki dan Semenanjung

Sinai di Mesir Abu Bakr telah menukar nama IS. Pada tahun 2014, IS berjaya menakluki bandar

Mosul di Iraq dan menuju ke arah Baghdad. Abu Bakr kemudiannya melantik dirinya sebagai

khalifah serta menyeru seluruh umat islam di dunia berbai’ah kepadanya.

3.2 Ideologi IS

Matlamat utama perjuangan IS ini adalah untuk mendirikan Daullah Islamiyah dengan

menggunakan pendekatan manhaj Dakwah Wal Jihad manakala pegangan akidah mereka

adalah alafi JihadiS, (Said, 2012). Golongan ini mempunyai matlamat dakwah untuk

menegakkan daulah Islam dengan menggunakan kaedah jihad qital (perang) serta tidak ragu-

ragu mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum syariah di dalam sesebuah

negara.

Sasaran utama ISIS adalah Amerika Syarikat, Rusia, Britain dan Australia serta sekutu-

sekutunya yang terlibat dengan penaklukan Afganistan dan Iraq serta penindasan di Palestin

adalah layak untuk diperangi walau dimana mereka berada. Ini termasuklah apa jua bentuk

aset, prasarana dan juga kepentingan yang dimiliki oleh mereka baik di dalam negara Islam

yang sedang diserang mahupun di luar dari negara-negara Islam yang tidak diserang.

Page 15: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

15

Joanes, J. and Shafizza, A.

Kumpulan IS yang terdiri daripada kelompok Sunni menolak Syiah dan menyatakan

mereka kafir dan perlu dihapuskan. Mereka memerangi Syiah habis-habisan dengan

melakukan pembunuhan kejam tanpa pengadilan serta tiada belas kasihan. Taktik serangan

berani mati, penyembelihan dan pelbagai aksi kekejaman dilakukan oleh kumpulan ini.

Keganasan ini menyebabkan IS disisihkan dan tidak diakui oleh pasukan jihad Islam yang lain.

Betapa kejam IS sanggup membunuh saudara Islam hanya kerana berlainan fahaman

dan tindakan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam hanya

membenarkan memerangi puak kafir kerana puak ini memusuhi Islam dan memudaratkan

penganut Islam. Serangan dilakukan juga hendaklah demi menegakkan kalimah Allah.

Firman Allah dalam Al-Quran:

” dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu

semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah bersama orang-orang yang bertakwa”

Surah At-Taubah:36

Disamping itu, IS menyatakan adalah diharuskan untuk melawan pemerintah yang

zalim dan tidak menggunakan hukum Allah S.W.T sebagai undang-undang negara. Ini

merupakan rangka jihad terhadap penguasa yang taghut menyebabkan IS menolak sepenuhnya

kuasa politik ke atas pemerintah Bassir Al-Assad walaupun ianya pemerintah yang sah.

Sehubungan dengan itu IS mengeluarkan ‘fatwa’ meminta semua keluarga

menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota IS untuk memberi khidmat seks dan

menyeru para gadis menyertai IS bagi jihad seks atau dikenali jihad Al-Nikah. Arahan ini

didapati di dalam risalah-risalah yang ditemui di Mosul dan Tikrit. Agama Islam tidak pernah

mempunyai jihad sedemikian. Malahan ianya lebih menyerupai menjadi hamba seks kepada

mujahidin IS. Islam mengangkat martabat dan menjaga maruah seorang perempuan. Wanita

seharusnya dijaga dan dihormati bukannya diperlaku sedemikian. Akidah terpesong bawaan IS

ini akan menghancurkan kesucian Islam.

Page 16: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

16

Joanes, J. and Shafizza, A.

Rajah 4 ISIS jual 42 Wanita Yazidi sebagai hamba seks

Sumber: Beirut 26 Jun 2015

4. PUNCA-PUNCA SALAH FAHAM TERHADAP JIHAD

4.1 Jahil Agama

Menurut JAKIM, perkara yang utama kenapa penganut Islam salah tafsiran terhadap

jihad adalah kerana jahil jihad. Ini kerana semua perkara kesederhanaan dalam Islam adalah

bermatlamatkan kebenaran dan tidak mungkin dicapai melainkan dengan kembali kepada

ajaran Sunnah Rasullah SAW dan Al-Quran. Umat Islam harus menghayati dengan jelas

tentang fiqh keutamaan untuk mebuat pertimbangan hidup.

Selain itu, umat Islam perlu sentiasa berpegang kepada prinsip keserderhanan. Ini bagi

mengelakkan umat Islam akan mendatangkan fitnah pada Islam sendiri. JAKIM dipetik berkata

“ Dalam memperkatakan tentang isu ini, bahawa umat Islam semestinya berpikiran matang

dan jihad ISIS bukan jihad dan jelas menyimpang daripada prinsip Islam (Malaysian Insider,

31 Oktober 2014)

Jahil jihad juga menunjukkan ISIS melantik khalifah sendiri dan ini melanggar undang-

undang syariah. Ini disokong oleh Prof. Ahmad al-Raysuni yang mendakwa Khalifah Islamiah

yang dilaungkan oleh ISIS adalah tidak lebih dari angan-angan semata-mata. Ini juga dilihat

oleh institusi fatwa tersohor iaitu Darul Ifta yang membuat keputusan bahawa ISIS adalah

haram pada hukum syarak.

Page 17: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

17

Joanes, J. and Shafizza, A.

4.2 Maksud Firman dipesongkan

Memang sukar untuk menuding jari dengan pasti ulama atau cendekiawan Islam yang

telah menyalahertikan tafsiran salah mengenai jihad. Namun yang jelas ayat Quran dan Sunnah

telah ditafsirkan untuk membolehkan pengganasan dibuat atas nama jihad. Hayati contoh

berikut:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orangmmukmin, diri dan

harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang

pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi)

janjinyang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.Dan siapakah

yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah

dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang

besar.”4

Surah at-taubah: 111

Surat at-Taubah yang satu-satunya tanpa kalimat Bismillah, diturunkan di Madinah. Jadi ia

digolongkan dalam Surah Madaniyyah. Bagaimanakah keadaan atau senario waktu itu?

Umat Islam yang kecil jumlahnya baru saja dibentuk di Madinah. Namun mereka tidak

putus-putus menghadapi serangan musyrikin Makkah, yang dibantu oleh kaum Yahudi dan

Nasrani pada ketika itu. Lantaran itu, turunlah ayat ini yang menyuruh Nabi Muhammad S.A.W

agar berperang dengan tujuan membela diri atau defensif.

Namun terdapat segelintir ahli agama yang sudah tersilap lalu mendorong beberapa

gerakan pembangkit Islam menyifatkan ayat ini sebagai ‘lesen’ untuk membolehkan serangan

ke atas orang awam, termasuk dengan cara meledakkan bom.

4.3 Mengelirukan Konsep fardu

Urusan Muslim di dunia dapat dibahagikan dua iaitu - Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.

Fardu ‘Ain itu adalah sesuatu yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang sudah

baligh seperti solat, zakat, puasa dan menunaikan haji. Manakala Fardu Kifayah ialah

perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam,

tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang

Page 18: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

18

Joanes, J. and Shafizza, A.

melakukannya fardu ini, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah

sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya.

Dengan perkataan lain, fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan oleh

seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri

ataupun negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut menjadi

gugur bagi seluruh anggota masyarakat yang terlibat. Manakala jihad fi sabilillah merupakan

Fardu Kifayah sebagaimana maksud ayat berikut:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke

medan perang). Mengapa tidak berangkat dari tiap-tiap golongan antara

mereka beberapa orang untuk mendalami pengetahuan mereka tentang agama

dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali

kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”6

4.4 Salah Faham Mati Syahid

“...dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan

Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab)

yang benar....”13

Surah Al Baqarah: 190-193

Islam menegah membunuh diri atau merosakkan diri sendiri dan membunuh orang lain.

Larangan ini amat jelas dalam Al-Quran dan pertegas dalam Sunnah. Tetapi lain halnya dalam

soal terkorban dalam menegakkan kebenaran agama. Yang terkorban itu akan mendapat

makam syahid atau bertaraf ‘syuhada’ . Syahid kerana berperang demi membela Islam diberi

pahala khusus dan ini dipanggil syahid dunia dan akhirat.

Selain daripada itu terdapat juga syahid yang lain iaitu, syahid akhirat sahaja dan

syahid dunia sahaja. Oleh itu syahid terbahagi kepada tiga:

Page 19: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

19

Joanes, J. and Shafizza, A.

1. Syahid dari segi hukum dunia dan akhirat, iatu syahid dalam perang khusus dengan

niat membela Islam. Hukum dunia terhadap syahid ini ialah tidak dimandikan dan

tidak disolatkan, demikian menurut pendapat majoriti ulama. Yang terkorban itu

mendapat pahala khas kerana mati syahidnya yang sempurna.

2. Syahid dari segi hukum dunia saja, menurut mazhab Syafi’i, ialah orang yang

terbunuh dalam peperangan menentang orang kafir (bukan khusus membela Islam).

Atau, seseorang itu menyembunyikan harta rampasan perang, dan dibunuh sewaktu

sedang melarikan diri dari medan peperangan atau dia memasuki peperangan untuk

mendapat nama atau sebagainya.

3. Syahid dari segi hukum akhirat meliputi orang yang terbunuh kerana dizalimi atau

menderita wabak seperti kolera, mati lemas, mati ketika merantau mencari

kehidupan yang lebih baik, mati semasa menuntut ilmu, mati kerana percintaan atau

ditindas oleh pihak yang kejam.

4.5 Hebahan Jihad sebagai Perang Agama

Punca utama kekeliruan mengenai jihad, menurut satu tinjauan Council of Islam-

American Relations (CAIR yang berpangkalan di Washington, DC Amerika Syarikat) ialah

Dunia Barat sudah mengistilah dan menghebahkan jihad sebagai ‘holy war’ (perang suci) yang

senantiasa terdapat dalam minda orang Islam di mana jua mereka berada.

Tanggapan Barat dapat disusur sejak zaman Perang Salib, lebih 1,000 tahun lalu,

dimana perebutan untuk menawan Jerusalem (Baitulmakdis). Tentera pelbagai kerajaan

Eropah dan juga askar upahan telah dikerahkan oleh Vatican agar merampas kembali Jerusalem

dari tangan umat Islam, setelah kejatuhan empayar Rom ketika itu. Sejak itulah, kebencian

terhadap Islam terjadi.

Rajah 5 Gambaran Perang Salib

Page 20: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

20

Joanes, J. and Shafizza, A.

Rajah 6 Menunjukkan South Tower (WTC) selepas hentaman United Airlines

Flight 175 dan bangunan WTC pada 17 September 2001

Sumber : Ground Zero (2001)

Selepas itu, peristiwa paling bersejarah moden melihat kepada 9 September 2001,

menyebabkan kebencian terhadap Islam sangat berat di Amerika Syarikat. Perkara ini telah

mendapat perhatian umum sepertimana Islam yang cuba mencetuskan kembali kebencian

serupa Perang Salib. Manakala, Jerry Falwell pengasas kepada Liberty University of Law yang

menyatakan Al-Quran mengizinkan perang dan keganasan.

Jadi, erti ‘jihad’ menjadi semacam fobia (ketakutan) kepada orang bukan Islam.

Malangnya, apabila berlaku peristiwa 9/11, maka fobia tadi seolah-olah mengesahkan apa yang

sekian lama digeruni oleh Barat. Mentelah kalangan umat Islam sendiri, yang walaupun

segelintir, menganggap mereka perlu memerangi Barat yang telah merampas hak mereka.

Maka, wujudlah kumpulan militan yang lebih berat seperti ISIS pada masa kini.

Page 21: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

21

Joanes, J. and Shafizza, A.

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan

Rumusan pada artikel adalah melihat kembali kepada objektif yang telah dicapai

dimana perkembangan salah fahaman itu berlaku kepada penganut Islam sendiri sehingga

membentuk kumpulan militan yang menjadi penganas di mata dunia. Ini dapat dilihat bahawa

kumpulan militan seperti ini tidak putus-putus muncul sehingga ke hari ini.

Selain itu, punca-punca yang wujud telah menyebabkan tafsiran firman menjadi lessen

bagi melaksanakan matlamat yang melanggar hokum syarak dan Islam sendiri. Sekiranya

diteliti perkara seperti ini adalah harus tidak berlaku kepada umat Islam pada hari ini kerana

kebijaksanaan dalam pertimbangan kehidupan adalah lebih baik didorong oleh agama.

Sehubungan dengan itu, diharap artikel mampu dijadikan rujukan kepada mahasiswa-

mahasiswa di dalam memahami secar ringkas apakah itu konsep jihad. Ini kerana dapat juga

mengelakkan mahasiswa university daripada terjebak ke dalam perjuangan militan seperti ISIS

pada masa kini.

5.2 Cadangan

a) Pendidikan Agama

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran harus melihat kembali silibus pelajaran

agama di sekolah-sekolah agama supaya pelajar tidak menjadi jahil agama. Ini dapat dilihat

sehingga pelajar tahun 2 ditangkap oleh PDRM di Lapagan Terbang KLIA kerana terpengaruh

terhadap perjuangan jihad ISIS.

b) Ulama berbincang

Ulama atau Ustaz dari pelbagai latar belakang sehingga Mufti harus berbincang di

dalam memahami konsep jihad dengan jelas supaya penerangan dan khutbah yang diterangkan

kepada penganut Islam tidak bercanggah diantara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan melalui

kenyataan dikeluarkan Ustaz Fathul Bari “Ustaz-utsaz dan ulama juga takut sebut jihad bahkan

membincangkannya” (Kuliah Talbis, 2011)

Page 22: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

22

Joanes, J. and Shafizza, A.

c) Keluarga

Adalah menjadi tanggungjawab keluarga di dalam membincangkan konsep-konsep

Islam khususnya kepada kanak-kanak. Ini juga merupakan tanggungjawab keluarga yang lebih

besar yang terdiri daripada datuk, nenek dan saudara-mara untuk duduk bersama melihat

kepada Islam dan isu semasa. Hal ini dapat dibincangkan melalui perayaan seperti perayaan

Hari Raya dan juga kenduri-kenduri dimana semua ahli keluarga bersama-sama.

d) Peribahasa Menjaga Tepi Kain Orang

Peribahasa ini dapat diterap oleh jiran-jiran dimana digunakan apabila melihat

landsan jiran di dalam pertimbangan ajaran Islam. Idea ini pernah diterapkan di dalam

Wawasan 2020 dimana masyarakat menyayangi diantara satu sama lain.

RUJUKAN

Abul Hanzalah (2013). Salah Faham Tentang Jihad. Kuala Lumpur. Yayasan Pondok

Malaysia

Berita Harian (2015). Tangani salah faham jihad elak generasi muda tersesat. Retrieved at

http://www.bharian.com.my/node/61848

Beirut (2015) ISIS Jual 42 Wanita Yazidi sebagai Budak Seks di Suriah. Retrieved at

www.ruajurai.com

Council on American –Islamic Raltions (2015). CAIR-NJ Asks School Officials to Address

Bullying after IS Accidents. (28 Oktober 2015) Retrieved at www.cair.com

Ergun Capan et.al, (2004). Terror and Suicide Attacks: Federation of American Scientists. An

Islamic Perspective. Light Inc.

Ground Zero (2001). U.S. Navy : New York City (Sept. 17). U.S. federal government. United

States of America

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (2015) Doktor wanita antara 22 rakyat Malaysia

terlibat dengan ISIS di Syria. Retrieved at http://www. bnbbc.my

Malaysian Insider (2015) Jumlah keluarga rakyat Malaysia sertai ISIS meningkat, kata polis.

Rietreved at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/

Page 23: Salah Faham Terhadap Konsep Jihad

23

Joanes, J. and Shafizza, A.

Muhammad Khayr Haikal (1996). al-jihad wa al-Qital fi al Siyasa al-Shar’iyyah. Beirut: Dar

al-Bairq, 3 vols.

Muhammad Haniff Hassan & Mohamed bin Ali (2008). Soalan dan Jawab dalam Jihad

The Islamic Religious Council of Singpore (MUIS) FERDAUS

mStar (2015). IS: Jakim Perang Habis-Habisan Tangani Salah. Faham Jihad. Star Media

Group Berhad. Kuala Lumpur. (17 Mac 2015)

Sinar Harian (2014). Kerajaan Iraq lancar serangan balas IS. Rietrevved at

www.sinarharian.com.my/nasional/

Jihad Menurut Al-Quran. Retrieved from Website : http://www.islam

online.net/fatwa/english/searchFatwa.asp

Lt. Kol Abd Razak Sipit (2015) IS: Perjuangan Jihad Yang Salah. Berita Tentera Darat

Malaysia.Retrieved at btdmonline.net/2015/06/

Said (2013) Memahami Perjuangan Gerakan Islam. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PS

Malaysia (27 March 2013)

Shaik Abdullah Hassan Mydin.Pengajian Islam.Johor Bahru. Wawasan Open University

Wahbah al-Zuhaily (1996) . al-figh al –lslami wa adillatuhu. Jld 6. Beirut Dar al-Fikri

Zulkiflee et al (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Universiti Teknologi Malaysia.

Penerbit Press UTM

© 2015 Islamic and Asian Civilization. All Rights reserved.