1 · web viewindustri berasaskan logam industri berasaskan sumber a i dan ii b i dan iv c ii dan...

24
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 3755/1 PERDAGANGAN Kertas 1 Ogos/Sept. 1 jam ¼ Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan. 4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan. 5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. 6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. SULIT

Upload: doanthuan

Post on 30-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 3755/1PERDAGANGANKertas 1Ogos/Sept.1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

SULIT

SULIT 3755/1

1 Gambar yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi?

A C

B D

2 Pernyataan berikut berkaitan faktor pengeluaran.

Apakah faktor pengeluaran tersebut?

A Tanah

B Modal

C Buruh

D Usahawan

3 Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran.

Rajah 1

Pernyataan yang manakah menerangkan X ?

A Aktiviti mengeluarkan bahan mentah dari alam semulajadi

B Aktiviti mengagih barang dari pengeluar kepada pengguna

C Aktiviti menghasilkan perkhidmatan secara terus kepada pengguna

D Aktiviti menggunakan bahan mentah dan menukarkan kepada barang siap

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

Perusahaan X Khidmat langsung

Pengeluaran

2

Mengguna dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.

SULIT 3755/1

4 Gambar 2 menunjukkan perbualan antara dua pihak.

Gambar 2

Apakah masalah yang wujud?

A Kesukaran menentukan nilai pertukaran

B Kesukaran untuk membahagi barang

C Kesukaran kemahuan serentak

D Kesukaran membawa barang

5 Apakah faedah pengeluaran secara besar-besaran kepada pengeluar?

A Mengurangkan kos seunit pengeluaran

B Mengurangkan kos simpanan stok

C Mengurangkan harga barang

D Mengurangkan kos buruh

6 Gambar 3 menunjukkan agihan sejenis keluaran.

Gambar 3

Apakah jenis saluran agihan yang sesuai digunakan dalam perniagaan tersebut?

A Pengeluar → Ejen → Pengguna

B Pengeluar → Pemborong → Pengguna

C Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna

D Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

3

Saya ingin menukar seekor ayam dengan ikan

Saya tak tahu berapa ekor ikan yang hendak diberi

KILANG KERETA BWM PENGEDAR KERETA BWM

SULIT 3755/1

7 Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk lain peruncitan.

Perniagaan yang manakah mempunyai ciri-ciri tersebut?

A Francais

B E-dagang

C Kedai katalog

D Televisyen interaktif

8 Antara berikut, peruncit yang manakah menjual sekumpulan barang yang sama jenisnya?

A Koperasi runcit

B Kedai khusus

C Kedai sejaras

D Kedai am

9 Pernyataan manakah benar tentang fungsi pemborong kepada pengguna?I memastikan bekalan tidak terputus

II melakukan kerja akhirIII membeli secara pukal IV menstabilkan harga

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

4

Mempromosikan barangan berjenama, berprestij dan mahal melalui media bercetak atau elektronik

Setiap jenis barang disenaraikan mengikut susunan kod, kategori, gambar yang jelas

Maklumat tentang alamat premis, nombor telefon dan tempoh promosi dinyatakan

SULIT 3755/1

10 Berikut adalah butiran pembelian barangan oleh Koperasi SMK Petaling.

Syarikat Pemborong Alat TulisPutra Jaya

INVOIS

Tuan Pengurus Koperasi SMK Petaling NO INVOIS : IN2380Kuala Lumpur Tarikh : 31 Mei 2009

No Rujukan

Butir Kuantiti Harga seunit(RM)

Jumlah(RM)

11 Kapur 200 1.20 240.0013 Buku 150 2.30 345.0017 Pemadam 50 0.80 40.0023 Pembaris 60 2.50 150.00

775.00Tolak: diskaun niaga 20% T

JUMLAH BERSIH W

Serahan : Angkutan dibayarSyarat : 5% 10 hari, 2% 30 hariK&K diK

...................................(FAUZIAH AHMAD)Pengurus

Berapakah nilai W?

A RM620.00

B RM736.25

C RM795.50

D RM930.00

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

5

SULIT 3755/1

11 Encik Ali membeli sebuah kereta yang berharga RM100 000 dengan bayaran

pendahuluan sebanyak RM10 000. Pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh 7 tahun.

Berapakah jumlah ansuran bulanan jika kadar faedah sewa beli yang dikenakan adalah

3% setahun?

A RM1 440.48

B RM1 321.43

C RM1 296.43

D RM1 226.19

12 Apakah kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengeluar?

A Taraf hidup dapat ditingkatkan

B Pertukaran asing dapat ditambah

C Peluang pekerjaan dapat diwujudkan

D Pengetahuan dan teknologi dapat dikongsi

13 Antara yang berikut, yang manakah dokumen pembayaran dalam perniagaan

antarabangsa?

I Resit Nakhoda

II Surat Cagaran

III Kredit Berdokumen

IV Invois Konsular

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

6

SULIT 3755/1

14 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Antara yang berikut, yang manakah kegiatan IKS yang boleh dijalankan oleh penduduk

kampung tersebut?

I Industri pemprosesan makanan

II Industri pemprosesan plastik

III Industri berasaskan logam

IV Industri berasaskan sumber

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

15 Jadual 1 menerangkan ciri-ciri pemilikan perniagaan.

Ciri milikan X Ciri milikan Y

Menanggung liabiliti tidak terhad. Menanggung liabiliti terhad.

Mudah ditubuhkan. Penubuhannya rumit.

Jadual 1

Nyatakan jenis pemilikan perniagaan bagi X dan Y.

X Y

A Koperasi Milikan tunggal

B Milikan tunggal Perkongsian

C Syarikat sendirian berhad Perkongsian

D Milikan tunggal Syarikat awam berhad

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

7

Penduduk Kampung Pendas Laut kebanyakannya petani yang menanam ubi kayu, pisang, buluh, kelapa dan sebagainya. Terdapat juga penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan.

SULIT 3755/1

16 Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan untuk memulakan

perniagaan?

I Strategi perniagaan yang terancang

II Lokasi yang strategik

III Sumber bekalan mudah diperoleh

IV Perniagaan yang diwarisi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

17` Gambar 4 menunjukkan cara pengendalian perniagaan.

Pengurusan Stok Pengurusan Kewangan

Pengurusan Risiko

Gambar 4

Namakan Y?

A Pengurusan pelaburan

B Pengurusan pelanggan

C Pengurusan perniagaan

D Pengurusan etika dan undang-undang

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

8

SULIT 3755/1

18 Antara yang berikut, yang manakah merupakan pelaburan berisiko rendah?

I Saham

II Harta Tanah

III Unit Amanah

IV Simpanan Tetap

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

19 Gambar 5 menerangkan aktiviti Encik Zaki.

Gambar 5Siapakah Encik Zaki?

A Stag

B Pelabur

C Penelah naik

D Penelah turun

20 Maklumat berikut mengenai sebuah bank.

Namakan bank tersebut?

A Bank Pertanian Malaysia

B Bank Simpanan Nasional

C Bank Muamalat Malaysia Berhad

D Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

9

Saya hanya membeli syer terbitan baru syarikat berhad dan hanya menjualnya bila harga syer naik melebihi nilai tara.

Modal diperolehi melalui penjualan syer dan caruman daripada anggotanya.Tidak menyediakan kemudahan akaun semasa.

SULIT 3755/1

21 Gambar 6 menunjukkan sekeping cek.

Gambar 6Antara berikut, yang manakah penyuruh bayar?

A I

B II

C III

D IV

22 Antara institusi kewangan berikut, yang manakah dapat membantu seorang pengguna

membeli sebuah kereta Proton Exora?

A Syarikat pajakan

B Syarikat kewangan

C Syarikat pemfaktoran

D Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

23 Antara berikut, prinsip insurans yang manakah bertujuan untuk mengelakkan sesuatu

pihak mengambil kesempatan ke atas harta orang lain?

A Kepentingan boleh insurans

B Penuh percaya mutlak

C Sumbangan

D Indemniti

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

10

(I)BANK JAYA BERHAD

Cawangan Kluang 28 Ogos 2009 (II) Bayar : Sulaiman bin Seman Ringgit Malaysia : Lima ribu sahaja RM5 000.00

(IV)Atau Pembawa

(III)Mohd Ali

231245 03 121554 1300000912 03

SULIT 3755/1

24 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Mazlan.

Apakah prinsip insurans yang digunakan oleh syarikat insurans tersebut?

A Indemniti

B Sumbangan

C Subrograsi

D Doktrin sebab hampiran

25 Gambar 7 menunjukkan dialog antara Puan Kartika dengan Encik Lee.

Gambar 7

Apakah jenis insurans yang sesuai dibeli oleh Puan Kartika untuk perniagaannya?

I Insurans hayat

II Insurans jaminan setia

III Insurans kecurian dan rompakan

IV Insurans gadaian

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

11

Saya Puan Kartika, pengusaha kedai emas. Insurans apakah yang perlu saya beli.

Puan dinasihati membeli beberapa jenis insurans

Encik Mazlan menginsuranskan stoknya dengan nilai RM50 000 daripada risiko

kebakaran tetapi stoknya telah hilang semasa kebakaran berlaku. Apabila tuntutan

ganti rugi dibuat ke atas stoknya yang hilang, syarikat insurans tidak mahu

membayar ganti rugi.

SULIT 3755/1

26 Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangkutan.

Jenis pengangkutan yang manakah mempunyai ciri-ciri tersebut?

A Jalan raya

B Udara

C Laut

D Rel

27 Pernyataan berikut merujuk kepada satu ciri kontena.

Apakah kelebihan menggunakan kontena berdasarkan ciri tersebut?

A Memudahkan dokumentasi kastam

B Mengurangkan kerosakan dan kecurian

C Mengurangkan kos insurans dan bayaran pelabuhan

D Memudahkan kendalian dengan menggunakan mesin

28 Situasi berikut berkaitan dengan pemilihan jenis pengangkutan.

Mengapakah syarikat memilih jenis pengangkutan tersebut?

A Lebih murah untuk jarak jauh

B Barang yang dihantar banyak

C Risiko kerosakan rendah

D Kos insurans murah

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

12

Tambang murah untuk jarak dekat.Jadual perjalanan yang fleksibel.Serahan pintu ke pintu.

Kontena diperbuat daripada logam yang boleh dikunci atau dipateri.

Situasi 1Syarikat Flora Jaya telah menggunakan kapal terbang untuk menghantar 15 000 kuntum bunga orkid dari Ipoh ke Johor Bahru

Situasi IISyarikat yang sama telah menggunakan lori untuk menghantar 100 kuntum bunga orkid dari Ipoh ke Pulau Pinang

SULIT 3755/1

29 Pengurus Syarikat Seni Bina di Kuala Lumpur hendak menghantar beberapa dokumen

bergambar kepada pengurus cawangan syarikatnya di Johor Bahru, Kuching dan Ipoh

dengan segera.

Apakah perkhidmatan yang sesuai untuk menghantar dokumen tersebut?

A MAYPAC

B Telefaks

C Teleks

D Telegram

30 Apakah perkhidmatan pos yang boleh digunakan oleh pelancong yang tidak mempunyai

alamat tetap di Malaysia?

A Frangki

B Poste Restante

C Tiket serahan tingkap

D Khidmat beg berkunci

31 Gambar 8 berkaitan barang permintaan bermusim.

Gambar 8

Apakah peranan gudang yang sesuai dengan barang tersebut?

A Menjamin keselamatan barang

B Mengelak kerosakan dan pembaziran

C Menyelaras permintaan dan penawaran barang

D Menjamin pengeluaran dan bekalan berterusan

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

13

Baju sekolah Kasut sekolah Limau Mandarin

SULIT 3755/1

32 Seorang pemborong produk elektrik sedang mencari sebuah bangunan untuk dijadikan

gudang.

Apakah ciri bangunan yang menjadi pilihan utama pemborong tersebut?

A Terletak di pusat bandar

B Lengkap dengan lif dan eskalator

C Lengkap dengan alat keselamatan

D Mempunyai kawasan letak kereta yang luas

33 Berikut adalah maklumat daripada keratan akhber tempatan.

Apakah jenis promosi tersebut?A PublisitiB PengiklananC Jualan terusD Promosi jualan

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

14

MENARIK DI PASARANOleh : Muhammad Kamil

Jam Pelbagai Gaya

Jam bukan lagi setakat mencatat perjalanan waktu tetapi turut menjadi perhiasan dengan reka bentuk dan gaya yang sesuai.

Berilhamkan ciri masa kini, BOSS memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru yang boleh dijadikan sebahagian daripada aksesori menarik dan anggun.

Akhbar Harian Nasional : Selasa 28 April 2009

BOSS BOSS

Lelaki Wanita

SULIT 3755/1

34 Gambar 9 berkaitan dengan media pengiklanan.

Gambar 9

Apakah kelebihan media A berbanding media B?A Kesan audiovisual B Kos pengiklanan yang murahC Memberi kesan yang berpanjanganD Dapat disampaikan kepada pengguna sasaran

35 Kerajaan berhasrat menarik pelabur asing dan menambah bilangan peniaga bumiputera

di kawasan bandar.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menjayakan hasrat tersebut?

A Menambah kemudahan pembiayaan

B Mengadakan promosi dan pemasaran

C Menyediakan infrastruktur dan ruang niaga

D Mengemaskinikan perundangan perniagaan

36 Apakah maksud konsumerisme?

A Usaha pengguna terhadap manipulasi harga

B Pergerakan untuk melindungi hak-hak pengguna

C Pergerakan untuk menentang pengeluar yang mengeksploitasi pengguna

D Usaha untuk membela kebajikan pengguna dalam pelbagai aspek kehidupan

37 Antara berikut, yang manakah tanggungjawab sosial seorang peniaga?

A Membuat tuntutan palsu dalam iklan

B Memberi derma kepada pelajar miskin

C Memberi tumpuan kepada aspek kebajikan pekerja

D Menggunakan bahan mentah tempatan dalam proses pengeluaran

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

15

Media A Media B

SULIT 3755/1

38 Antara berikut, pengeluar yang manakah mematuhi kod etika amalan perniagaan?

A Sedia menerima aduan dan rungutan daripada pengguna

B Melabel halal semua barang untuk meyakinkan pengguna

C Menjual barang yang kurang bermutu pada harga berpatutan

D Menyimpan banyak stok barang kawalan untuk mengawal bekalan

Bagi soalan 39 dan 40, anda dikehendaki memilih jawapan seperti di dalam jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah

B Salah Betul

C Salah Salah

D Betul Betul

39 I Kadar dividen yang tetap akan dibayar kepada pemegang syer keutamaan setiap tahun.

II Pemegang syer keutamaan berhak mengundi dan memilih ahli lembaga pengarah.

40 I Wang di dalam akaun simpanan tetap hanya boleh dikeluarkan selepas tempoh matang.

II Sijil simpanan tetap boleh dicagar untuk pinjaman bank.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah3755/1 © 2009 Hak Cipta JPNJ SULIT

16