pembangunan laman web berasaskan pendekatan … · muda sains dan komputer serta pendidikan...

22
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I (C++) SITI NUR’AIN BINTI MOHD.SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buingoc

Post on 10-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN

PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI SUBJEK

BAHASA PENGATURCARAAN I (C++)

SITI NUR’AIN BINTI MOHD.SAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sekali surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN SSTTAATTUUSS TTEESSIISS♦♦ JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I (C++)

SESI PENGAJIAN : 2 2007/2008

Saya SITI NUR’AIN BINTI MOHD.SAID (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO. 72, JALAN AU2A, TAMAN SRI KERAMAT, 54200 KUALA LUMPUR.

PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN Nama Penyelia

Tarikh: 29 April 2008 Tarikh: 28 April 2008

4

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3
Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN PEMIKIRAN

KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH BAGI SUBJEK BAHASA

PENGATURCARAAN I (C++)

SITI NUR’AIN BINTI MOHD.SAID

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI NUR’AIN BINTI MOHD.SAID

Tarikh : 29 April 2008

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

iii

Buat Ayahanda Bonda dan keluarga yang disayangi

Restu dan doa kalian mengiringi kejayaan

Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

Semangat dan dorongan kujadikan sandaran

Pensyarah pembimbing yang dihormati

Harapan dan sumbangan membantu kesempurnaan

Terima kasih Tidak Terhingga Diucapkan.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan para sahabat.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnia dan IzinNya

maka projek pembangunan laman web ini dapat disiapkan seperti yang dirancang.

Sekalung penghargaan untuk Puan Noor Azean Binti Atan selaku penyelia

projek ini di atas bimbingan, nasihat dan pandangan yang diberikan sepanjang proses

perlaksanaannya.

Terima kasih dirakamkan kepada rakan seperjuangan, khususnya pelajar-pelajar

4 SPT yang banyak memberi idea, galakan dan bantuan. Tidak lupa juga penghargaan

kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan

kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

v

ABSTRAK

Dalam menuju ke arah Malaysia sebagai sebuah negara maju seperti yang

dinyatakan dalam Wawasan 2020, salah satu matlamat yang perlu dicapai adalah dengan

membentuk sebuah negara yang diiktiraf sebagai peneraju ICT di dalam sistem

pendidikan. Bagi menyahut seruan tersebut, para pendidik terutamanya, digalak untuk

mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehingga kini,

pelbagai perisian dan laman web pembelajaran telah dibangunkan untuk membantu

proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh demikian, penyelidik mengambil inisiatif

untuk membangunkan laman web PBK bagi subtopik Struktur Kawalan Pengulangan

dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++. Ia dibangunkan berasaskan model

rekabentuk Hannafin and Peck dan menggunakan kaedah tutorial serta mengaplikasikan

dua strategi iaitu penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Hasil gabungan beberapa

elemen multimedia dalam laman web PBK ini menjadikannya lebih menarik dan

interaktif. Diharapkan hasil dari pembangunan laman web ini, proses pengajaran dan

pembelajaran bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ akan menjadi lebih efektif serta

dapat membantu dari segi mempertingkatkan lagi mutu P&P sejajar dengan

perkembangan teknologi masa kini.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

vi

ABSTRACT

Towards Malaysia as a progress country according to Wawasan 2020, one of

goal to achieve is being one of the leading countries for the ICT’s implementation in the

educational system. Therefore, the teachers especially, are encouraged to integrate ICT

in teaching and learning process. Many computer-assisted instructions have been

developed in order to help the teaching and learning process. Thus, this website entitle

Looping Structure for subject Programming Language C++ was developed. This website

was developed using Hannafin & Peck Model and using the tutorial method in order to

implement two learning strategies which are problem solving and critical thinking. The

combination of multimedia elements in this website will make it more attractive and

interactive. Last but not least, it is hope that this website will help to improve the quality

of the teaching and learning process which are parallel with the development of new

technologies these days.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

1

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Skop Kajian

1.6 Kepentingan Projek

1.6.1 Pelajar

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xii

xiii

1

3

5

6

7

8

8

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

viii

2

3

1.6.2 Guru

1.7 Definisi Operan

1.7.1 Pembangunan Laman Web

1.7.2 Bahasa Pengaturcaraan C++

1.7.3 Pemikiran Kritis

1.7.4 Penyelesaian Masalah

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer

2.3 Pembelajaran Menerusi Web

2.4 Pemikiran Kritis

2.4.1 Definisi dan Konsep

2.4.2 Ciri-ciri

2.4.3 Aspek Asas

2.4.4 Strategi Pengajaran

2.5 Penyelesaian Masalah

2.6 Multimedia

2.7 Model Hannafin dan Peck

2.7.1 Fasa Analisa Keperluan

2.7.2 Fasa Rekabentuk

2.7.3 Fasa Pembangunan dan

Perlaksanaan

2.7.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

2.8 Penutup

REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Rekabentuk Perisian yang Digunakan

8

9

9

9

10

10

11

12

13

15

16

17

18

20

24

26

27

28

28

29

29

30

31

32

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

ix

4

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Mengenalpasti Kumpulan

Sasaran

3.2.1.2 Kesukaran Dalam

Pembelajaran

3.2.1.3 Pembentukan Objektif

Pembelajaran

3.2.1.4 Perisian Yang Digunakan

3.2.1.5 Spesifkasi Perkakasan

Yang Digunakan

3.2.1.6 Penentuan Kandungan

Pelajaran

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi

3.2.2.2 Rekabentuk Interaktiviti

3.2.2.3 Rekabentuk Persembahan

3.2.2.4 Pembinaan Carta Alir

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

3.3 Penutup

PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan

4.2 Paparan Laman Web

4.2.1 Paparan Persembahan Montaj

4.2.2 Paparan Home

4.2.3 Paparan Tutorials

4.2.3.1 Pautan While & Do..while

4.2.3.2 Pautan For

4.2.3.3 Pautan C++ Projects

32

32

33

33

34

35

36

37

37

43

45

47

47

49

49

50

51

51

52

55

57

62

63

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

x

5

4.2.4 Paparan Quizzes

4.2.5 Paparan Resources

4.2.6 Paparan Conferences

4.2.7 Paparan Site Map

4.2.8 Paparan FAQ

4.2.9 Paparan About Us

4.3 Pempakejan dan Penyebaran Laman Web

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Strategi Pembelajaran

4.2.2 Model Pembangunan Laman Web

5.3 Kekuatan Laman Web

5.4 Kekangan dan Kelemahan Laman Web

5.4.1 Kekurangan Masa

5.4.2 Kekurangan Kepakaran

5.4.3 Kekurangan Isi Kandungan

5.5 Cadangan Penambahbaikan

5.5.1 Bilangan Soalan

5.5.2 Pengujian

5.5.3 Projek Pengaturcaraan Bersama

Pakar

5.5 Kesimpulan

RUJUKAN

Lampiran A

66

70

72

73

75

76

77

78

79

79

80

81

82

82

82

83

83

84

84

84

85

86

90

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

xi

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.14

4.15

4.16

4.17

Model Reka bentuk Instruksi bersistem Hanaffin dan Peck

Paparan Montaj

Paparan Home

Paparan Utama Tutorials

Paparan Isi Kandungan Keseluruhan Tutorials

Paparan Subtopik While & Do..while

Paparan Notes

Paparan Latihan While & Do..while

Paparan Tutorial While & Do..while

Paparan Programming Projects

Paparan Halaman Quizzes

Paparan Objective Quiz

Paparan Subjective Quiz

Paparan Contoh Tindak Balas Komputer

Paparan Halaman Resources

Paparan Halaman Conference

Paparan Halaman Site Map

Paparan Halaman FAQ

Paparan Halaman About Us

28

52

53

56

57

58

59

60

62

65

66

67

68

70

71

73

74

75

76

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A Carta alir 88

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

xiii

SENARAI SINGKATAN

HTML

ICT

KPM

URL

-

-

-

-

Hypertext Markup Language

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kementerian Pelajaran Malaysia

Universal Resource Locator

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam membincangkan isu-isu berkenaan pendidikan dan teknologi, ia seringkali

berhubung kait dengan pengaplikasian teknologi komunikasi moden seperti komunikasi

berperantaraan komputer, siaran rancangan pendidikan, persekitaran hypermedia,

pendidikan jarak jauh, pembelajaran berasaskan komputer, reliti maya dan sebagainya.

Namun begitu, dalam dunia pendidikan, kajian terhadap aplikasi teknologi bukan

saja hanya terbatas pada perkakasan material, malah ia amat berhubung rapat dengan

penggunaan teori, pendekatan serta kaedah yang secocok dengan aliran pemikiran

menusia yang semakin berkembang seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh

teknologi. Tanggapan tentang bagaimana manusia belajar dan bagaimana seharusnya

mereka belajar, juga turut berubah. Daripada behaviorisme dan sains kognitif

sehinggalah kepada penekanan terhadap teori konstruktivisme dalam pelbagai bidang

pada hari ini.

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

2

Sehingga kini, terdapat pelbagai isu muncul seiring dengan peningkatan

penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara isu yang

berkaitan dengan pendidikan dan teknologi adalah sekolah kluster dan sekolah bestari.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan sebanyak 30 buah sekolah yang

dikategorikan sebagai sekolah cemerlang dan akan menjadi sekolah kluster dari

kumpulan pertama. Sekolah kluster merupakan sekolah yang diberi kuasa autonomi

untuk mentadbir sekolah.

Kemudiannya, Kementerian Pelajaran telah meneruskan langkah dalam usaha

membestarikan sekolah menerusi penggunaan ICT. Program pembestarian sekolah yang

telahpun bermula sejak tahun 1996 ini diteruskan bagi menjadikan kesemua sekolah

diseluruh Malaysia menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT yang disediakan. Ini

merupakan salah satu misi utama dari Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-

2010.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein,

sebagai permulaan, sebanyak 88 buah sekolah bestari diberi tumpuan bagi meningkatkan

keupayaan sedia ada untuk dijadikan contoh kepada kesemua sekolah-sekolah di

Malaysia. Ini adalah dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC).

Standard Kelayakan Sekolah Pintar (SSQS) telahpun di failkan untuk menjadi

penanda aras dalam mengklasifikasikan sesebuah sekolah sebagai bestari. Garis

panduan ini membolehkan semua sekolah dari pelbagai kategori bersaing untuk

cemerlang menerusi aplikasi ICT.

Dengan usaha dan kerjasama yang berterusan dari semua pihak, diharapkan

semua pelaburan yang dilaksanakan kepada pelajar generasi sekarang akan boleh dituai

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

3

pada masa akan datang dan seterusnya menjadi pemangkin dan penggerak kepada

wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam proses penyediaan bahan pengajaran atau rancangan pengajaran, seorang

guru akan berfikir dan bertanya kepada diri sendiri, apakah corak pengajaran yang

paling berkesan untuk pelajar-pelajarnya, apakah pendekatan yang sepatutnya digunakan

untuk topik tersebut, apakah kaedah yang paling efektif, apakah jenis pelajar yang sesuai

dengannya, dan sebagainya. Tetapi bagaimanakah kita dapat mengetahui apakah

jawapan yang terbaik untuk semua persoalan tersebut?

Bagi menjawab persoalan tersebut, Tiene dan Ingram (2001) menyatakan

bahawa, penggunaan medium perantara dalam proses pengajaran dan pembelajaran

terbukti lebih efektif berbanding pengajaran secara terus daripada guru. Ini merupakan

hasil kajian selama bertahun-tahun lamanya oleh para pengamal teknologi di dalam

pendidikan yang telah melakukan kajian untuk membuktikan akan keberkesanan

penggunaan teknologi sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat.

Sehingga kini, perkembangan pesat teknologi komputer dan multimedia dilihat

telah berjaya mempengaruhi dan membawa rentak baru dalam dunia pendidikan.

Gabungan kedua-dua teknologi ini telah merancakkan lagi penggunaan medium

perantaraan berteknologi dalam pendidikan.

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

4

Selain itu, teknologi moden lain yang turut berkembang pantas ialah teknologi

internet dan rangkaian. Pengaruhnya kuat dan penggunaannya sangat meluas

terutamanya dalam konteks penyebaran maklumat. Dalam sebuah laporan bertajuk The

Power of Internet for Learning yang ditulis kepada Presiden dan Kongres Amerika

Syarikat (2000) oleh Suruhanjaya Pendidikan Berasaskan Web, Senator Bob Kerrey dan

Perwakilan Johnny Isakon mengatakan bahawa, (dalam Jonassen et al. 2003):

“The Internet is a powerful new means of communication. It is

global, it is fast and it is growing rapidly. Reaching to the far

corners of the earth, the internet is making the world at once smaller

and more connected, transmitting information at nearly real-time

speed. An estimated 377 million people are currently using the

Internet, only half of whom are in the United States. The World Wide

Web is bringing rapid and radical change into our live.”

Namunpun begitu, ketika internet dikenali sebagai sumber utama dalam

pencarian maklumat dan menghubungkan manusia dari seluruh dunia, potensinya

sebagai suatu persekitaran pembelajaran untuk menyokong pembelajaran konstruktif,

seringkali dipandang remeh. Hasil kajian yang dilakukan oleh Tiene dan Ingram (2001)

mendapati bahawa, kebanyakkan para pendidik menggunakan teknologi ini untuk

menyampaikan pengajaran sama seperti proses pengajaran tradisi. Iaitu fungsinya hanya

terbatas kepada menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Manakala para pelajar pula

berperanan untuk belajar melalui teknologi, iaitu sama seperti mereka menerima

pelajaran yang dipersembahkan oleh guru secara terus. Menurut Jonassen et al. (2003),

situasi ini kelihatan seolah-olah informasi atau isi kandungan tentang sesuatu pelajaran

itu terperangkap (embedded) di dalam teknologi, dan teknologi itu berfungsi sebagai

penyampai sahaja kepada pelajar.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

5

Akibatnya, internet akan menjadi tidak lebih daripada kertas elektronik jika

model preskriptif pembelajaran yang terdahulu diaplikasikan kepada teknologi baru ini.

Ia sepatutnya digunakan sebagai suatu alat yang berkuasa untuk memandu pelajar

kepada pembelajaran yang berasaskan inkuiri. Ini kerana internet mampu untuk

memaksimumkan peluang pembelajaran melalui bilangan sumber informasi yang

banyak dan tiada had. Ia termasuklah dari perspektif yang merentas budaya dan juga

kepakaran (Jonassen et al., 2003).

Justeru, sebagai seorang pendidik, di samping mengukuhkan diri dengan ilmu-

ilmu yang berkaitan dengan pelajaran atau pendidikan, kita haruslah mempunyai usaha

yang tinggi serta minat yang mendalam untuk memperkayakan diri dengan ilmu-ilmu

teknologi moden seperti yang telah dibincangkan di atas. Kemahiran psikologi yang ada

pada seorang pendidik haruslah diadun dengan kemahiran menggunakan teknologi

moden agar kita dan anak didik kita bergerak seiring dengan kemajuan yang dikecapi

oleh dunia masa kini dan yang akan datang.

1.3 Pernyataan Masalah

Projek ini dijalankan untuk mengatasi beberapa masalah yang berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ .

Mengikut kajian dan pengalaman pengkaji, tiada pembelajaran dan penilaian secara

online yang khusus disediakan untuk pelajar yang mempelajari subjek Bahasa

Pengaturcaraan C++. Sehingga kini, pembelajaran bagi subjek ini masih menggunakan

kaedah syarahan di dalam kelas serta amali di dalam makmal. Manakala proses

penilaian yang dilakukan pula adalah berasaskan kertas (paper-base assessment). Oleh

yang demikian, penilaian adalah tidak setara dikalangan pelajar yang berlainan seksyen.

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PENDEKATAN … · Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ... 2.4.2 Ciri-ciri 2.4.3

6

Ini disebabkan oleh kriteria penilaian bagi setiap pensyarah yang mengajar subjek

tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Melalui proses penilaian yang berbentuk

penyelesaian masalah yang dilakukan di laman web ini, pelajar akan diuji melalui soalan

yang menguji dari aspek pemikiran kritikal. Ini adalah penting agar keputusan bagi

penilaian yang telah dilakukan dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengapa

seseorang pelajar itu cemerlang ataupun gagal, dan seterusnya memberi garis panduan

kepada pensyarah untuk merancang dan memperbaiki pengajaran yang lebih berkesan

serta membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian mereka bagi subjek Bahasa

Pengaturcaraan C++.

1.4 Objektif Projek

Terdapat tiga objektif yang akan diketengahkan dalam projek ini. Iaitu;

(i) Membangunkan sebuah laman web berasaskan tutorial bagi subtopik Struktur

Kawalan Pengulangan dalam subjek Bahasa Pengaturcaraan C++.

(ii) Membangunkan sebuah laman web yang mengaplikasikan strategi pemikiran

kritikal dan penyelesaian masalah dalam membina kefahaman pelajar.

(iii) Membangunkan laman web yang mengimplimentasikan elemen multimedia.