1 program-program sosio-ekonomik, jabatan perikanan sabah

Download 1 Program-program Sosio-ekonomik, Jabatan Perikanan Sabah

Post on 02-Feb-2017

218 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    Program-program Sosio-ekonomik, Jabatan Perikanan Sabah Menurut rekod penduduk negeri Sabah sehingga tahun 2002, seramai 20,843 orang adalah nelayan. Nelayan-nelayan di seluruh negeri Sabah ini adalah terdiri daripada golongan yang berbeza-beza. Bermula daripada nelayan peringkat bawahan yang daif sehinggalah kepada nelayan kapal-kapal besar. Seramai 19,328 orang daripada jumlah nelayan di Sabah adalah nelayan tradisional yang tergolong dalam kategori miskin/termiskin. Nelayan-nelayan peringkat bawahan ini tidak mampu memiliki peralatan perikanan yang lengkap. Namun mereka tetap terus mengusahakan bidang perikanan walau hanya dengan berdayung sahaja. Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar bagi membela nasib nelayan-nelayan ini serta menyokong mereka agar terus maju dan berdaya saing. Dalam usaha kerajaan ke arah mensifarkan kadar kemiskinan di negara ini pada tahun 2010, Jabatan Perikanan Sabah sedang giat merancang dan melaksanakan beberapa program bagi membantu para nelayan dan penternak dalam golongan miskin dan termiskin. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, beberapa program telah dirangka dan sedang giat diijalankan khusus untuk para nelayan dan penternak di seluruh Negeri Sabah. Program-program tersebut ialah seperti berikut: 1. SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR)

    Objektif program: Untuk membantu golongan Rakyat Termiskin bagi meningkatkan pendapatan mereka kepada RM520 sebulan atau lebih bagi 5.4 orang tanggungan.

    Sasaran program: Nelayan sepenuh masa yang telah dikategorikan

    dalam golongan termiskin dan telah berdaftar dalam Profail Rakyat Termiskin.

    Keutamaan pemilihan: Nelayan sepenuh masa yang telah

    disahkan sebagai golongan termiskin dan mempunyai tanggungan yang ramai.

    Pakej bantuan: Pakej peralatan menangkap ikan yang lengkap

    terdiri daripada Enjin Sangkut, Bot Fiber, Pukat, Kotak Ikan Berinsulasi dan lain-lain kelengkapan sampingan.

    Syarat tambahan: Setiap penerima pakej bantuan wajib menghadiri

    Kursus Bina Insan yang telah diprogramkan dengan aktiviti-aktiviti seperti taklimat dan seminar motivasi oleh penceramah jemputan serta dilengkapi dengan kelas penyelenggaraan dan pengendalian enjin sangkut yang dikendalikan oleh pakar baikpulih enjin sangkut dari dalam mahupun luar negari.

  • 2

    Kursus ini memberi peluang kepada peserta bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang perikanan

    Kursus ini memberi peluang kepada peserta mengenali dengan lebih terperinci bahagian-bahagian terpenting enjin sangkut yang bakal mereka

    terima dan kendalikan

  • 3

    Kursus ini memberi peluang keemasan kepada peserta untuk belajar membuka dan memasang bahagian dalaman enjin sangkut dan mengenali setiap butir komponen utama enjin sangkut yang perlu dijaga dengan rapi

    untuk memastikan enjin sangkut dapat digunakan dengan lebih lama

    Kursus ini memberi peluang kepada peserta belajar cara pengendalian enjin sangkut yang betul

  • 4

    Peserta akan menerima pakej bantuan mereka setelah menghadiri kursus dengan jayanya

    2. PROGRAM SOKONGAN PENINGKATAN PENDAPATAN NELAYAN

    (PSPPN) Objektif program: Untuk menyokong para nelayan tradisional agar

    terus maju dan dapat mempertingkatkan taraf hidup serta sosio-ekonomi mereka melalui bantuan peralatan dan perkakasan perikanan sekaligus membantu mereka meningkatkan pendapatan kepada RM808 sebulan atau lebih.

    Sasaran program: Nelayan sepenuh masa yang telah dikategorikan

    dalam golongan miskin dan berpendapatan dibawah RM808 sebulan bagi 5 orang tanggungan.

    Keutamaan pemilihan: Nelayan sepenuh masa yang memiliki lesen

    perikanan dan mempunyai tanggungan yang ramai.

    Pakej bantuan: Pakej Pemberian/Penggantian Perkakasan Dan

    Peralatan perikanan dengan kos tidak melebihi RM 5,000/individu ; seperti i) Enjin sangkut atau ii) Bot gentian kaca/ fibreglass iii) Lain lain perkakasan perikanan

  • 5

    Syarat tambahan: Setiap penerima bantuan perlu membayar

    sebanyak 15% daripada kos peralatan bantuan mengikut harga semasa.

    3. PEMODENAN DAN PENINGKATAN KEMUDAHAN DAN

    PRASARANA KAMPUNG NELAYAN Objektif program: Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan prasarana di sektor perikanan terutama di perkampungan-perkampungan nelayan yang ada di seluruh negeri Sabah. Objektif lain yang ingin dicapai ialah seperti berikut: 1. Memberi perkhidmatan lepas tuai dalam sektor perikanan. 2. Menyediakan kemudahan-kemudahan asas guna sama yang boleh

    menyumbang kepada pembangunan kampung nelayan serta penambahbaikan dan peningkatan kualiti hasil-hasil perikanan.

    3. Pembangunan komprehensif perkampungan nelayan dengan menaik taraf dan meningkatkan kehidupan dan persekitaran perkampungan nelayan kepada yang lebih baik.

    4. Melengkapkan dan mewujudkan perkampungan nelayan yang bersih, selesa dan cantik lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas, khususnya yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk.

    5. Mewujudkan dan memastikan perkampungan nelayan sesuai serta boleh melaksanakan program-program penjanaan pendapatan contohnya homestay sebagai salah satu sumber pendapatan.

  • 6

    6. Membantu dam membaiki, membina semula dan menggantikan rumah-rumah nelayan yang usang.

    Keutamaan pemilihan: Perkampungan nelayan yang tidak ada

    kemudahan jeti yang sempurna. Pakej bantuan: Jeti yang lengkap dengan pelantar beratap dengan

    saiz mengikut keperluan tapak pembinaan yang telah ditentukan oleh Jabatan.

  • 7

    4. PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN NELAYAN (PPUN) Objektif program: 1. Melahirkan usahawan baru di kalangan nelayan

    dan pengusaha kecil-kecilan industri perikanan di Sabah. 2. Membantu meningkatkan tahap penyertaan

    nelayan atau pengusaha kecil perikanan bumiputera di dalam semua bidang perikanan yang berdaya maju.

    3. Membantu meningkatkan dan memperkukuhkan perniagaan, kecekapan dan daya tanding nelayan atau pengusaha kecil bumiputera.

    4. Mewujudkan Industri Kecil Huluan dan Hiliran sebagai Industri sokongan dalam sektor Perikanan.

    5. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dengan menggalakkan aktiviti pengeluaran hasil selain daripada menangkap ikan.

    6. Membantu membangunkan sektor perikanan. Pakej bantuan: 1. Pembuatan bot gentian kaca

    2. Mini kilang ais 3. Peralatan memproses makanan berasaskan

    ikan seperti keropok lekor, amplang dan lain-lain.

  • 8

  • 9

  • 10