buku panduan - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan...

42
BUKU PANDUAN BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

BUKU PANDUAN

BAHAGIAN TANAM SEMULA DAN PERLADANGAN

Page 2: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

KATA ALUAN KETUA PENGARAH RISDA

Assalamualaikum… Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas penerbitan Buku Panduan Tanam Semula Tahun 2019 sebagai panduan umum kepada pekebun kecil untuk melaksanakan aktiviti pembangunan tanam semula. Program Tanam Semula merupakan program pembangunan utama sejak RISDA mula ditubuhkan dan menjadi teras kepada aktiviti RISDA sehingga kini. Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman lain yang diluluskan. Sektor pekebun kecil merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 95% kepada pengeluaran hasil getah negara.

Untuk menjamin kemampanan industri getah, kerajaan masih mengekalkan bantuan bagi penanaman semula getah sepertimana selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan keluasan getah negara pada kadar 1.2 juta hektar. Saya ingin merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan RISDA khususnya Bahagian Tanam Semula Dan Peladangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan buku ini. Sekian Terima Kasih. DATO' WAN AHMAD SHABRI ZAINUDDIN BIN WAN MOHAMAD Ketua Pengarah RISDA

Page 3: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Assalamualaikum… Buku Panduan Tanam Semula Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Bahagian Tanam Semula dan Perladangan merupakan satu panduan umum kepada pekebun kecil khusunya dan kakitangan amnya untuk digunakan sebagai maklumat asas pelaksanaan program tanam semula. Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Pekebun Kecil merupakan golongan sasar yang akan menerima manfaat daripada program ini yang mana pendapatan utama mereka adalah daripada aktiviti penghasilan getah.

Kadar bantuan tanam semula sehektar adalah sebanyak RM9,230.00 di Semenanjung, RM13,500.00 di Sarawak dan RM14,000.00 di Sabah. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat.

Pihak RISDA telah memperkenalkan kaedah permohonan bantuan tanam semula secara online melalui sistem TS Online bagi memudahkan pekebun kecil untuk membuat permohonan dimana sahaja mereka berada. Dengan penambahbaikan kepada sistem penyampaian ini, kelulusan permohonan akan diterima pada hari yang sama selaras dengan tagline ‘MOHON HARI INI, LULUS HARI INI’. Saya bagi pihak pengurusan RISDA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Tanam Semula Dan Peladangan dan juga kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Sekian Terima Kasih. DATO' NASARUDIN BIN MALEK Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA

PRAKATA TIMBALAN KETUA PENGARAH

RISDA (PEMBANGUNAN)

Page 4: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

KANDUNGAN BIL MUKA SURAT

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7

8

8.1 SYARAT KELAYAKAN AM BANTUAN TANAM SEMULA 9

8.2SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI PERTAMA

(TS1)10

8.3SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI KEDUA (TS2),

KETIGA (TS3) DAN KEEMPAT (TS4)11

8.4 KAEDAH PERMOHONAN 12

8.5 KADAR BANTUAN 13-17

8.6 JARAK TANAMAN 18

8.7 PENGESYORAN PEMBAJAAN 19

8.8 PENGESYORAN KOD WARNA KLON GETAH 2019-2021 20

PENGENALAN PROGRAM TANAM SEMULA

PERKARA

8

PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGG)

OVERVIEW PROGRAM TANAM SEMULA

TAKRIF

VISI, MISI, OBJEKTIF

TANGGUNGJAWAB RISDA

FUNGSI RISDA

PENUBUHAN RISDA

Page 5: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

KANDUNGAN

BIL MUKA SURAT

21

9.1 TANAM SEMULA INDIVIDU (TSI) 22

TANAM SEMULA BERKUMPULAN 23

9.2.1 TANAM SEMULA BERKELOMPOK (TSB) 24-28

9.2.2 TANAM SEMULA KOMERSIAL (TSK) 29-34

9.3 TANAM SEMULA DI BAWAH AGENSI 35

10 36

PERKARA

PENGHARGAAN

KAEDAH PENDEKATAN TANAM SEMULA

9.29

Page 6: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

1. PENGENALAN PROGRAM TANAM SEMULA

Program Tanam Semula merupakan program pembangunan utama RISDA yang menjadi teras kepada aktiviti RISDA. Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan atau tanaman lain yang diluluskan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan keluasan getah negara pada kadar 1.2 juta hektar. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat. 1

Page 7: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

2. PENUBUHAN RISDA

Sebelum 1973 Selepas 1973

Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) -

1952

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah (RISDA) - 1972 Dan mengambil alih Unit

Khidmat Nasihat Pekebun Kecil (RRI)

Rancangan Pengeluaran Benih Bermutu Tinggi (Skim

1956/1959)

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah Akta 85 Tahun 1972

2. Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

2

Page 8: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

3. FUNGSI RISDA

• Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;

• Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;

• Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil;

• Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;

• Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh meningkatkan taraf kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;

• Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;

• Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

3

Page 9: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

4. TANGGUNGJAWAB RISDA • Melaksanakan segala pembaharuan pertanian yang terdapat daripada

penyelidikan; • Bekerjasama dan berhubung dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab

dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepatkan proses permodenan sektor pekebun kecil;

• Melaksanakan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor Pekebun

Kecil dengan benih benih moden yang mengeluarkan hasil yang banyak mengikut cara yang lengkap dan sistematik.

• Memastikan supaya sektor pekebun ke dimodenkan dari segala segi bagi

memperbaiki keadaan ekonomi pekebun kecil; • Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung

dengan pembangunan sektor pekebun kecil; dan • Mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang

bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil.

4

Page 10: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

5. VISI, MISI, OBJEKTIF

• Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil

VISI

• Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Keusahawanan

MISI

• Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan RM4,000 Sebulan Sekeluarga Pada Tahun 2020

OBJEKTIF

5

Page 11: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

6. TAKRIF

Pekebun Kecil (Smallholder) “Pekebun Kecil” bermaksud pemilik atau penduduk sah mana-mana tanah yang jumlah luasnya kurang daripada 40 hektar, wakil sah pemilik atau wakil sah penduduk sah itu; atau seseorang yang diisytiharkan secara bertulis oleh Menteri sebagai pekebun kecil

Estet “Estet” bermaksud mana-mana tanah yang jumlah

luasnya tidak kurang daripada 40 hektar yang menyertai Skim;

Menteri boleh mengisytiharkan secara bertulis seseorang atau sekumpulan orang sebagai tuan

punya estet 6

Page 12: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Getah Tua

Bahan Tanaman

Penyenggaraan

Penyediaan kawasan/ Penanaman

Penorehan

PENOREHAN > 25 TAHUN

GAP Getah Muda & Matang

Pembajaan Rangsangan

Penyenggaraan Penorehan

7. OVERVIEW PROGRAM TANAM SEMULA

7

Page 13: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

8. PROGRAM TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGG)

1. Program Tanam Semula Getah merupakan program pembangunan utama RISDA yang menjadi teras kepada aktiviti RISDA.

2. Program Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85) Tahun 1972.

3. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan.

8

Page 14: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

1. Pemohon warganegara Malaysia. 2. Pekebun kecil (waris/pemegang amanah) iaitu

pemilik tanah yang memiliki tanah dengan jumlah keluasannya kurang daripada 40.0000 hektar.

3. Tanah yang dipohon bantuan tanam semula memiliki hakmilik tanah (geran) yang sah.

4. Tanah yang tidak memiliki hakmilik yang sah mesti mendapat pengesahan pemilikan daripada Pejabat Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan

5. Luas minimun 0.1000 hektar dan luas maksimun kurang daripada 40.0000 hektar.

8.1. SYARAT KELAYAKAN AM BANTUAN TANAM SEMULA

9

Page 15: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

1. Kebun mengandungi getah bertoreh, atau; 2. Kebun mengandungi pokok getah yang tidak ekonomik,atau; 3. Kebun mengandungi tunggul getah tua, atau; 4. Mempunyai lain-lain bukti atau dokumen rasmi yang

mengesahkan ada pokok getah atau kawasan tumpuan tanaman getah:- i. Buku lesen getah lama. ii. Gambar Satelit iii. Lesen Getah atau Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil. iv. Surat pengesahan daripada mana-mana Agensi

Kerajaan. v. Rekod yang membuktikan lot tersebut pernah menyertai

tanam semula. vi. Rekod membuktikan lot yang dipohon tanam semula

mengandungi pokok getah berdasarkan lot bersebelahan yang menyertai tanam semula.

8.2. SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI PERTAMA (TS1)

10

Page 16: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

8.3. SYARAT KELAYAKAN KEBUN BANTUAN TANAM SEMULA KALI KEDUA (TS2), KETIGA (TS3) DAN

KEEMPAT (TS4)

Aktiviti Tanam Semula

Luas Kebun Getah Dimiliki

Kaedah Pendekatan Tanam

Semula

Umur Pokok Getah Dari Tarikh Tanam

Hingga Tarikh Permohonan

Dibuat

TS2/ TS3/ TS4

0.1000 Hek Hingga 40.0000

Hek

Individu atau Berkumpulan

Minimum 20 Tahun (Kecuali Pokok

Getah Sudah Tidak ekonomik)

Definisi Pokok Getah Sudah Tidak ekonomik: 1. Hasil kurang daripada 500 kg/hek/tahun, atau: 2. Habis kulit tapak torehan, atau; 3. Diserang penyakit/ musuh/ bencana alam, atau; 4. Lain-lain sebab yang perlu dinyatakan dan pada

pendapat Pegawai Penilai adalah munasabah

11

Page 17: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 8.4. KAEDAH PERMOHONAN

1.Semua permohonan tanam semula hendaklah dipohon melalui Sistem TS Online

2.Permohonan Bantuan Tanam Semula secara atas

talian boleh dibuat melalui pautan di portal RISDA www.risda.gov.my/tsonline atau di alamat http://tsonline.risda.gov.my

12

Page 18: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 8.5. KADAR BANTUAN

1.Kadar bantuan tanam semula sehektar adalah sebanyak RM9,230.00 di Semenanjung, RM13,500.00 di Sarawak dan RM14,000.00 di Sabah. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai bagi kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan kebun, bekalan input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat nasihat.

2.Pecahan kadar ansuran adalah dengan bayaran secara 5 kali ansuran sepertimana Jadual berikut:

13

Page 19: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 5. KADAR BANTUAN

Ansuran Tempoh

Bayaran

Semenanjung

(RM/Hek)

Sarawak

(RM/Hek)

Sabah

(RM/Hek)

1

Benih siap

ditanam

sepenuhnya

4,930.00 8,060.00 8,660.00

2 1 tahun selepas

Ansuran 1 1,000.00 1,350.00 1,350.00

3 1 tahun selepas

Ansuran 2 1,000.00 1,250.00 1,200.00

4 1 tahun selepas

Ansuran 3 1,100.00 1,400.00 1,300.00

5 1 tahun selepas

Ansuran 4 1,200.00 1,440.00 1,490.00

Jumlah 9,230.00 13,500.00 14,000.00

14

Page 20: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan iaitu Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Semenanjung

ANS.

KADAR

BANTUAN

SEHEKTAR

(RM)

JENIS

INPUT

PERTANIAN

KUANTITI

DIBEKAL

(POKOK/

BEG)

KOS/UNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

BAKI

TUNAI

(RM)

1 4,930

BCMP 509 3.20 1,628.80

2,823.05 RP 5 9.95 49.75

R1 24 17.85 428.40

2 1,000 R1 30 17.85 535.50 464.50

3 1,000 R1 34 17.85 606.90 393.10

4 1,100 R1 19 17.85 339.15

291.85 R4 28 16.75 469.00

5 1,200 R4 66 16.75 1,105.50 94.50

JUM. 9,230 5,163.00 4,067.00

15

Page 21: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan iaitu Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Sabah

ANS.

KADAR

BANTUAN

SEHEKTAR

(RM)

JENIS

INPUT

PERTANIAN

KUANTITI

DIBEKAL

(POKOK/

BEG)

KOS/UNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

BAKI

TUNAI

(RM)

1 8,660.00

BCMP 509 5.10 2,595.90

5,511.75 RP 5 12.55 62.75

R1 24 20.40 489.60

2 1,350.00 R1 30 20.40 612.00 738.00

3 1,200.00 R1 34 20.40 693.60 506.40

4 1,300.00 R1 19 20.40 387.60

369.20 R4 28 19.40 543.20

5 1,490.00 R4 66 19.40 1,280.40 209.60

JUM. 14,000.00 6,665.05 7,334.95

16

Page 22: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Pecahan Kadar Ansuran Mengikut Komponen Bantuan iaitu Benih, Baja dan Tunai Program TSGG Bagi Sarawak

ANS.

KADAR

BANTUAN

SEHEKTAR

(RM)

JENIS

INPUT

PERTANIAN

KUANTITI

DIBEKAL

(POKOK/

BEG)

KOS/UNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

BAKI

TUNAI

(RM)

1 8,060.00

BCMP 509 5.10 2,595.90

4,911.75 RP 5 12.55 62.75

R1 24 20.40 489.60

2 1,350.00 R1 30 20.40 612.00 738.00

3 1,250.00 R1 34 20.40 693.60 556.40

4 1,400.00 R1 19 20.40 387.60

469.20 R4 28 19.40 543.20

5 1,440.00 R4 66 19.40 1,280.40 159.60

JUM. 13,500.00 6,665.05 6,834.95

17

Page 23: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 8.6. JARAK TANAMAN

Topografi

Jumlah

Pokok

Sehektar

Bekalan Benih

oleh RISDA

(Pokok/Hektar)

Tanah

Pamah/Beralun

(Meter)

Tanah

Berbukit

(Meter)

6.10 x 3.05 538

509

5.00 x 4.00 500

5.25 x 3.75 509

7.25 x 2.75 502

8.00 x 2.50 500

8.75 x 2.25 508 18

Page 24: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 8.7. PENGESYORAN PEMBAJAAN

Ansuran Jenis Baja (Beg/

Hek)

Bulan Selepas

Menanam

Kadar Baja/ Pokok

Gram Pot

1

Debu Fosfat

(5 beg)

0

(lubang

tanaman)

113 1/3

RISDA 1

(24 beg)

2 75 1/5

5 116 1/3

8 136 2/5

11 156 1/2

2 RISDA 1

(30 beg)

15 156 1/2

19 231 2/3

23 231 2/3

3 RISDA 1

(34 beg)

28 306 7/8

33 354 1

4

RISDA 1

(19 beg) 39 389 1 1/9

RISDA 4

(28 beg) 45 700 2

5 RISDA 4

(66 beg)

52 800 2 2/7

56 800 2 2/7 19

Page 25: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

PENERIMAAN PERMOHOHAN TANAM SEMULA 8.8. PENGESYORAN KOD WARNA KLON GETAH 2019-

2021

KUMP I KUMP II

PB 260 KUNING RRIM 2007 MERAH JAMBU

PB 350 HIJAU RRIM 2023 OREN

RRIM 928 COKLAT

RRIM 2024

BIRU

RRIM 2001 PUTIH MERAH

RRIM 2002 MERAH

20

Page 26: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9. KAEDAH PENDEKATAN TANAM SEMULA

1.Tanam Semula Individu (TSI)

2.Tanam Semula Berkumpulan

2.1 Tanam Semula Berkelompok (TSB)

2.2 Tanam Semula Komersial (TSK)

3.Tanam Semula Di Bawah Agensi

FELDA/ FELCRA/ KESEDAR/ JAKO/

LKPP DLL

21

Page 27: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.1. Tanam Semula Individu (TSI)

TAKRIF:

Satu kaedah menanam semula tanah

pekebun kecil yang dimiliki dan dilaksana

secara individu (perseorangan) iaitu

sebagai pemilik pengusaha atau

warisnya jika pemilik telah meninggal

dunia atau oleh pihak lain yang dilantik

bagi mewakili pemilik tanah melalui Surat

Wakil Kuasa (SWK).

22

Page 28: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2. Tanam Semula Berkumpulan

Pelaksanaan program tanam semula secara

berkumpulan dapat meningkatkan daya maju dan

daya saing sektor pekebun kecil kerana ianya

dapat mewujudkan ekonomi bidangan melalui

penyatuan kebun-kebun kecil sebagai satu unit

pengeluaran, memudah dan mempercepatkan

pemindahan teknologi serta meningkatkan

kecekapan pemasaran. Projek berkumpulan akan

menjadi nukleus pembangunan dalam sebuah

kampung di mana segala aktiviti diurus secara

bersepadu. 23

Page 29: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1 Tanam Semula Berkelompok (TSB)

TSB adalah satu kaedah pengurusan tanam

semula dimana kebun-kebun berdekatan

digabung untuk ditanam semula secara bersama

dan serentak yang diuruskan oleh satu

Jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-

pemilik kebun yang terlibat.

24

Page 30: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1.1 Syarat Penubuhan TSB

Pekebun kecil yang bersetuju untuk menubuhkan TSB

hendaklah memenuhi syarat-syarat penubuhan TSB

seperti berikut:

i. Sekurang-kurangnya 8 peserta yang sanggup memberi

kuasa kepada Pengerusi Jawatankuasa TSB sebagai

wakil kuasa.

ii. Luas kawasan sekurang-kurangnya 10 hektar.

iii. Kawasan lot tanah getah tua terletak dalam satu blok

yang berhampiran.

iv. Wujud sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk

mengurus kawasan tersebut dikalangan peserta.

v. RISDA bersetuju untuk membangunkan kawasan itu

sebagai TSB. 25

Page 31: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1.2 Struktur Organisasi TSB

Sesebuah TSB hendaklah mempunyai struktur organisasi Jawatankuasa sepertimana berikut: i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Bendahari iv. Ahli Jawatankuasa Biasa (Sekurang-kurangnya 2 orang)

26

Page 32: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1.3 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSB

• Merancang penubuhan, mengelola, mentadbir dan mengurus perlaksanaan kerja-kerja pembangunan ladang, penyelenggaraan, pengeluaran dan pemasaran hasil TSB.

• Membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan TSB dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung, dan dasar dan peraturan-peraturan RISDA.

• Memberi perintah kepada setiausaha dan Jawatankuasa lain untuk menjalankan urusan-urusan TSB.

• Menyediakan laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.

27

Page 33: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1.3 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSB

• Jawatankuasa hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengurus tender/ sebutharga TSB.

• Melantik jawatankuasa kecil yang difikirkannya mustahak dan menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pegawai atau jawatankuasa kecil kerana cuai di dalam pekerjaan,curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa, atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan TSB.

• Bersama peserta-peserta melaksanakan pemindahan dan penggunaan teknologi terkini mengikut amalan pertanian yang betul (GAP).

• Jawatankuasa boleh memberi kebenaran kepada pengerusi untuk menandatangani apa-apa perjanjian dengan pihak-pihak yang berkenaan bersabit dengan perkara-perkara yang boleh memajukan TSB ini. 28

Page 34: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.2 Tanam Semula Komersial (TSK)

TSK adalah satu kaedah menanam semula

melalui penyatuan kebun-kebun kecil yang

diuruskan oleh Agen Mengurus (Syarikat Milikan

RISDA – RISDA Plantation Sdn. Bhd.) dari

peringkat pembangunan sehingga pengeluaran

dan pemasaran hasil secara cekap dan

menguntungkan.

29

Page 35: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.2.1 Syarat Penubuhan TSK

Untuk menubuhkan TSK, peserta perlu memenuhi

syarat seperti berikut:

i. Keluasan TSK tidak boleh kurang daripada 40 hektar.

ii. Pekebun kecil hendaklah bersetuju menandatangani

perjanjian dengan RPSB dalam tempoh minimum

selama 18 tahun.

iii. Tuan tanah hendaklah bersetuju melantik RPSB

sebagai wakil kuasa untuk menerima bantuan

Tanam Semula bagi membiayai kos pembangunan

TSK.

iv. Kaedah Pengurusan (pengagihan pulangan/ bayaran

dividen) mengikut persetujuan didalam surat

perjanjian. 30

Page 36: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.2.1 Syarat Penubuhan TSK

v. Jawatankuasa di peringkat tuan tanah perlu

diwujudkan.

vi Jawatankuasa antara RISDA dan RISDA Plantation

diperingkat daerah/ jajahan perlu ditubuhkan.

vii. Penyaluran maklumat antara RISDA Plantation,

tuan tanah dan sebaliknya dilakukan melalui

penyelia RISDA Plantation secara peribadi atau

surat/laporan

viii. Tuan tanah boleh membenarkan RISDA Plantation

menggunakan duit daripada jualan kayu getah

sebagai sebahagian daripada pembiayaan

sekiranya perlu. 31

Page 37: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.2.2 Struktur Organisasi TSK (Peringkat Tuan Tanah)

i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Bendahari iv. Ahli Jawatankuasa Biasa

(Peserta TSK)

32

Page 38: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.2.3 Struktur Organisasi TSK (Peringkat Kemajuan Projek)

i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Ahli Jawatankuasa Biasa (4

Peserta TSK)

33

Page 39: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.2.1.4 Peranan Dan Tanggungjawab AJK TSK

• AJK TSK bertanggungjawab untuk merancang penubuhan dan memantau kemajuan projek TSK dari peringkat awal mengenalpasti kawasan, pembangunan sehingga peringkat pengeluaran hasil.

• Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurangkurangnya 1 kali dalam tempoh 3 bulan sepanjang tempoh perjanjian berkuatkuasa.

• Memberi pandangan bagi meningkatkan pengurusan projek • Pengerusi yang mewakili pengurusan RISDA hendaklah

membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan serta laporan kemajuan fizikal Projek semasa yang perlu diedarkan 7 hari sebelum Jawatankuasa bermesyuarat.

• Menyelaras perkara-perkara berkaitan hal ehwal sosial peserta projek.

• Membincangkan dan menyelesaikan sebarang pertikaian dan/atau perselisihan yang timbul berkaitan dengan Projek berkenaan. 34

Page 40: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

9.3. Tanam Semula Di Bawah Agensi

• Tanah-tanah di dalam rancangan FELDA, FELCRA, JAKOA

dan Rancangan Tanah-tanah Kerajaan lain yang ditanam

dengan getah sahaja dan pemilikannya oleh seseorang

peneroka telah diiktiraf dan dishkan oleh Pihak Berkuasa

berkenaan

• RISDA berperanan sebagai agensi yang meyalurkan

bantuan Tanam Semula kepada agensi pelaksana dalam

membangunkan program Tanam Semula.

• Bagi tanah dusun dan tanah kosong di dalam rancangan

adalah tidak layak

• Bagi tanah yang telah dikeluarkan surat hak milik, pemilik-

pemiliknya adalah dikehendaki membuat Surat Wakil Kuasa

(SWK) kepada agensi yang mengusahakan penanaman

semula 35

Page 41: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

10. PENGHARGAAN

Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pekebun kecil untuk

melaksanakan program pembangunan tanam semula.

Bahagian Tanam Semula dan Perladangan telah mengambil inisiatif

untuk membantu pekebun kecil serta kakitangan RISDA memahami

secara umum perlaksanaan program tanam semula.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada :

1. Dato' Nasarudin Bin Malek

2. En. Mohammad Zakaria Bin Alang Zahari

3. En. M. Azmi Bin Mohd (Mohid)

4. Pn. Laili Husna Binti Othman

5. En. Shaharuddin Bin Saberi

6. Pn. Wan Kamariah Binti Wan Muhammad

7. En. Mohd Kamil Bin Abdul Rahman

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara

langsung dansecara tidak langsung dalam menjayakan penerbitan

buku panduan ini. 36

Page 42: BUKU PANDUAN - risda.gov.my...program menanam semula pokok getah tua atau yang tidak ekonomik dengan tanaman getah dengan menggunakan klon berpenghasilan tinggi yang telah disyorkan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat-Pejabat RISDA yang berhampiran atau sila

layari laman web RISDA di alamat www.risda.gov.my

Diterbitkan oleh :

Bahagian Tanam Semula & Perladangan, Ibu Pejabat RISDA, Tingkat 5, Bangunan RISDA,

KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.