1 perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan · pdf filepensyarah kedua-dua program...

26
1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN DAN HOSPITALITI DI POLITEKNIK SYAFAWATI BINTI AZUDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2012

Upload: dangdien

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

1

PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BAGI PROGRAM KEJURUTERAAN

DAN HOSPITALITI DI POLITEKNIK

SYAFAWATI BINTI AZUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2012

Page 2: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

4

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah

pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan hospitaliti di politeknik.

Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 36 orang yang terdiri daripada

pensyarah pendidikan khas di empat buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Ibrahim

(Johor Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam),

Politeknik Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis).

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada bahagian A

dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B

pula mengandungi 26 item berdasarkan kepada 3 persoalan kajian iaitu merangkumi

aspek perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penilaian

pengajaran dan hubungan interpersonal. Kesahan item-item diperolehi menerusi

perbincangan dengan pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

Windows Version 17.0. Hasil daripada analisis data, perbandingan telah dibuat di

antara program kejuruteraan dan program hospitaliti. Dapatan kajian menunjukkan

pensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki kemahiran yang tinggi

dalam pengajaran. Beberapa cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan

juga pendidik yang berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan

dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih

ramai generasi pendidik yang berkualiti.

Page 3: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

5

ABSTRACT

This research was conducted to identify teaching skills of special education lecturers

who teach engineering and hospitality programs in the polytechnics. This descriptive

study involved a sample of 36 persons consisting of special education lecturers at

four polytechnics that is Polytechnic Ibrahim Sultan (Johor Bahru), Polytechnic

Sultan Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Polytechnic Ungku Omar (Perak) and

Polytechnic Tunku Syed Sirajuddin (Perlis). The instrument used was a questionnaire

which is consist of parts A and B. Part A consists background of the respondents

while section B contains 26 items based on three research questions which is include

aspects of lesson planning, implementation of teaching and learning, assessment of

teaching and interpersonal relations. Validity of items obtained through discussion

with experts. Collected data then analyzed using Statistical Package for Social

Science (SPSS) for Windows Version 17.0 software. As a result of data analysis,

comparison was made between the engineering program and the hospitality program.

The findings showed that both lecturers of special education programs are highly

skilled in teaching. Several suggestions have been made to produce a lecturer and

also educator in terms of teaching quality. The study is expected to serve as a guide

to the parties which is concerned to create more generation of quality educators.

Page 4: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

6

KANDUNGAN

TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 5: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

7

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Masalah 31.3 Penyataan Masalah 51.4 Tujuan Kajian 51.5 Objektif Kajian 51.6 Persoalan Kajian 61.7 Hipotesis Kajian 61.8 Kepentingan Kajian 71.9 Skop Kajian 71.10 Batasan Kajian 71.11 Kerangka Teori 81.12 Definasi Istilah 91.13 Rumusan 10

BAB 2 KA.JIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Penubuhan Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia 11

2.3 Penubuhan Politeknik di Malaysia 12

2.4 Perkembangan Program Pendidikan

Khas di Malaysia 13

2.5 Program Pendidikan Masalah Pendengaran 15

2.6 Definisi Kemahiran 16

2.7 Kemahiran Guru Pendidikan Khas 18

2.8 Pengajaran Dan Pembelajaran 20

2.9 Peranan Pensyarah Dalam Pengajaran 21

2.10 Perancangan Pengajaran 22

2.11 Pelaksanaan Pengajaran 23

2.12 Penilaian Pengajaran 23

2.13 Hubungan Interpersonal 24

Page 6: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

8

2.14 Rumusan 25

BAB 3 METODOLOGl KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Populasi Kajian 27

3.4 Sample Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.5.1 Soal Selidik 28

3.6 Penilaian Instrument Kajian 29

3.7 Kerangka Operasi Kajian 29

3.8 Pembolehubah Kajian 31

3.9 Analisis Data 32

3.10 Jangkaan Dapatan Kajian 33

3.11 Rumusan 33

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Responden 34

4.3. Jantina 35

4.4. Umur 35

4.5 Kelayakan Ikhtisas Dalam Pendidikan 36

4.6 Pengalaman Sebagai Pensyarah Pendidikan

Khas Politeknik 37

4.7 Latihan Pendidikan Khas 37

4.8 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas

Dalam Bidang Kejuruteraan 38

4.8.1 Perancangan Pengajaran 40

4.8.2 Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran 39

4.8.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 41

4.8.4 Hubungan Interpersonal 42

4.9 Kemahiran Pensyarah Pendidikan Khas

Dalam Bidang Hospitaliti 43

4.9.1 Perancangan Pengajaran 43

4.9.2 Perlaksanaan Pengajaran dan

Page 7: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

9

Pembelajaran 45

4.9.3 Penilaian Pencapaian Pelajar 46

4.9.4 Hubungan Interpersonal 47

4.10 Perbezaan Kemahiran Pensyarah Pendidikan

Khas Dalam Bidang Kejuruteraan dan

Hospitaliti 48

4.11 Rumusan 49

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Kemahiran Yang Ada Pada Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan Dan Hospitaliti. 50

5.3 Kerangaka Kemahiran Pensyarah

Program Pendidikan Khas di Politeknik 53

5.4 Kesimpulan 54

5.5 Cadangan 55

5.6 Rumusan 56

RUJUKAN 57

LAMPIRAN 62

Page 8: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

10

SENARAI JADUAL

3.1 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 30

4.1 Jumlah Responden 35

4.2 Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 35

4.3 Bilangan Responden Berdasarkan Kategori Umur 36

4.4 Kelayakan Ikhtisas Responden 36

4.5 Pengalaman Responden Sebagai Pensyarah

Pendidikan Khas Politeknik 37

4.6 Latihan Pendidikan Khas 38

4.7 Interpertasi Min 38

4.8 Kemahiran Perancangan Pengajaran Yang Ada

Page 9: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

11

Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan 40

4.9 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan 41

4.10 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang

Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Kejuruteraan 42

4.11 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada

Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Kejuruteraan 43

4.12 Kemahiran Perancangan Pengajaran Yang Ada

Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam Bidang

Hospitaliti 44

4.13 Kemahiran Perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Yang Ada Pada Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang Hospitaliti 45

4.14 Kemahiran Penilaiaan Pencapaian Pelajar Yang

Ada Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Hospitaliti 46

4.15 Kemahiran Hubungan Interpersonal Yang Ada

Pada Pensyarah Pendidikan Khas Dalam

Bidang Hospitaliti 47

4.16 Perbezaan Kemahiran Pengajaran Pensyarah

Pendidikan Khas Dalam Bidang Kejuruteraan

dan Hospitaliti 48

Page 10: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

12

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Teori 8

3.1 Kerangka Operasi Kajian 30

3.2 Pembolehubah Kajian 31

5.1 Kerangka Kemahiran Pengajaran dan

Pembelajaran 53

Page 11: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

13

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

R&D Research and Design

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

JPIPT Jabatan Pengurusan IPT

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

PTPTN Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional

BPTV Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Page 12: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

14

JPTek Jabatan Pendidikan Teknikal

JPPKK Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 62

B Pengesahan Soal Selidik 67

C Analisis Data 70

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 74

E Carta Guntt Projek Sarjana 1 77

F Carta Guntt Projek Sarjana 2 78

Page 13: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan usaha penting sektor pendidikan

negara dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan

telah menggariskan teras bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi

negara serta memupuk minda kelas pertama sebagai satu dari lima teras utama dalam

usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dilancarkan pada 27 Ogos 2007 untuk

merealisasikan matlamat pembangunan modal insan dalam menghadapi cabaran

pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.

Menurut Md Din (2003) menjelaskan bahawa pendidikan tinggi memainkan

peranan penting di dalarn pembinaan negara. Tujuan utama pendidikan tinggi adalah

untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana sumber tenaga dalam sektor

kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan pendidikan tinggi bertujuan untuk

penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D),

pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti, pembelajaran sepanjang

hayat

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua

insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila

berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka

juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal.

Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain

supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam

Page 14: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

17

kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu

yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal

(Salleh, 2003; Mahmood, 2007; Tahir, 2009).

Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap dapat mengikuti

sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, autisme ringan, Attention

Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal minimum dan masalah

pembelajaran spesifik (Mapsiah dan Salleh, 1995). Dalam usaha mendidik dan

meningkatkan keupayaan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas, silibus

yang digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar normal iaitu penekanan kepada

perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara (Yusuf, 2007). Namun begitu, kaedah yang digunakan dalam

mendidik pelajar khas ini sememangnya berbeza dengan pelajar normal. Mereka

perlu diberikan lebih keutamaan dari aspek penyediaan dan latihan guru, silibus

mahupun kelengkapan yang disediakan di institusi pendidikan.

Pada tahun 2007 terdapat seramai 4,255 orang kurang upaya telah didaftar

sebagai pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia (Kementerian

Pengajian Tinggi, 2007). Walaupun terdapat hanya sebilangan kecil pelajar kurang

upaya yang belajar bersama pelajar tipikal lain, tetapi penerimaan mereka di

Politeknik masih lagi menjadi tanda tanya. Institusi pengajian tinggi (IPT) samada

awam atau swasta di negara ini, staf akademik lazimnya terdiri dari golongan

profesional dengan latarbelakang pendidikan dan disiplin yang berbagai-bagai. Oleh

itu keperluan golongan profesional ini dilatih untuk menjadi pendidik profesional

adalah merupakan hakikat yang perlu di terirna oleh semua pihak.

Masyarakat meletakkan pendidikan sebagai penentu kualiti pendidikan. Oleh

itu staf akademik di pertanggungjawab mendidik golongan pelajar atau mahasiswa

yang merupakan bakal graduan yang akan dilahirkan oleh sesebuah universiti.

Peranan dan tanggungjawab pensyarah sebagai pendidik adalah kompleks dan ini

bermakna pensyarah perlu memiliki keupayaan atau kemahiran bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan berkesan.

Kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna

tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan

penggunaan sumber yang berkesan (Sahaat, 2007). Dalam konteks ini, kemahiran

bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan dalam menyampaikan

kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas. Sebagai pendidik, guru-guru

Page 15: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

18

perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan cara-cara mendidik, mengasuh

malah membimbing pelajar berkeperluan khas ini supaya mereka mampu bangun dan

menjadi salah satu golongan penyumbang kepada pembangunan sumber manusia

negara.

Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik serta serasi dengan kemampuan

pelajar berkeperluan khas dijangka dapat mempertingkatkan minat mereka terhadap

mata pelajaran yang dipelajari (Sulaiman, 2003). Dalam usaha mendidik golongan

ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka

akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih

berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya memerlukan latihan

yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau mengajar pelajar yang

normal. Mereka bukan sahaja harus mempunyai kelayakan perguruan yang asas

untuk mengajar kanak-kanak normal, akan tetapi perlu memiliki pengalaman

mengajar sekurang-kurangnya lima tahun dalam pendidikan khas, bermotivasi tinggi

dan kreatif dalam membantu golongan berkeperluan khas malah perlu mempunyai

tahap kesabaran yang tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan tinggi memainkan peranan penting di dalam pembinaan negara. Tujuan

utama pendidikan tinggi adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan menjana

sumber tenaga dalam sektor kerajaan dan swasta. Secara khusus pembangunan

pendidikan tinggi bertujuan untuk penjanaan sumber tenaga untuk penyelidikan dan

pembangunan (R&D), pembangunan sahsiah pelajar, penerapan budaya kualiti,

pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut Md Din (2003) menjelaskan profesion akademik dan masyarakat

amnya menuntut pensyarah untuk mendokong pelbagai peranan. Sebagai seorang

pendidik yang berwibawa, pensyarah akan berikhtiar menjalankan peranan yang

pelbagai ini dengan bijaksana. Ini dilaksanakan demi kepuasan kendiri,

kecemerlangan kerjaya pendidikan dalam bidang ilmu yang diterajuinya, kepuasan

pelanggan pensyarah serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Perincian tugas (job

description) pensyarah dan kriteria penilaian pensyarah itu sendiri memerlukannya

berperanan sebagai pendidik yang mempunyai kepelbagaian bakat dalam erti kata

Page 16: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

19

yang luas. Peranan pendidik yang dipikul bukan sahaja terhad sebagai pengajar dan

penyelia, bahkan sebagai penyelidik dan pengarang yang berkesan.

Sistem pengajian tinggi yang diamalkan sekarang banyak menumpu dan

menyediakan kemudahan serta perkhidmatan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai

perkembangan tipikal (tidak mempunyai kurang upaya) (Kementerian Pengajian

Tinggi, 2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyebut bahawa

golongan orang kurang upaya merupakan antara golongan yang masih rendah

enrolmennya jika dibandingkan dengan keseluruhan enrolmen di peringkat pengajian

tinggi. Di politeknik bilangan pelajar-pelajar kurang upaya adalah hanya 200 orang

dari jumlah keseluruhan pelajar-pelajar politeknik iaitu seramai 86,430 orang

(Transformasi Politeknik, 2010). Kejayaan pada peringkat pengajian tinggi

memberikan impak sepanjang hidup ke atas keupayaan berdikari bagi golongan

orang kurang upaya.

Manakala dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fuller et al., (2004) di

universiti mendapati pensyarah tidak memahami dan mesra dengan pelajar kurang

upaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tahir (2009) dalam kajianya

menyatakan pendidik golongan berkeperluan khas perlu menyesuaikan kaedah

pembelajaran mereka dengan pelbagai jenis ketidakupayaan yang dialami oleh

pelajar di bawah bimbingannya. Pendekatan dan kaedah yang digunakan juga

cenderung kepada kemampuan pelajar istimewa dalam jangka masa yang panjang,

bukan sahaja mampu memupuk sifat-sifat berdikari di kalangan mereka malah

mampu mempertingkatkan peranan mereka sebagai sebahagian komuniti

penyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

Justeru itu, satu kajian dianggap perlu untuk mengkaji apakah perbezaan

kemahiran pensyarah pendidikan khas yang mengajar program kejuruteraan dan

hospitaliti di politeknik.

1.3 Penyataan Masalah

Page 17: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

20

Kajian tinjauan ini telah dilaksanakan dengan matlamat untuk mengenal pasti

kemahiran pengajaran pensyarah pendidikan khas (masalah pendengaran) dalam

bidang kejuruteraan dan hospitaliti yang dijangka akan mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional khas untuk pelajar berkeperluan

khas di politeknik.

Menurut Tahir (2009) menjelaskan bahawa dalam usaha mendidik golongan

berkeperluan khas ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang

teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu

belajar dengan lebih berkesan. Tenaga pengajar untuk golongan ini juga sebenarnya

memerlukan latihan yang khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau

mengajar pelajar yang normal.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Toran et al, (2009) mendapati

pelajar-pelajar kurang upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

terutamanya pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan menghadapi halangan

yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan mengakses

maklumat. Ini sejajar dengan kehendak Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan

Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar menyeru

tenaga pengajar agar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Berita

Harian, 09 Jun 2011).

Justeru, pengkaji ingin melihat apakah kemahiran-kemahiran pengajaran

yang ada pada pensyarah pendidikan khas di politeknik dan setakat manakah mereka

memiliki kemahiran pengajaran tersebut.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperolehi maklumat mengenai kemahiran

pengajaran dan mengenalpasti perbezaan kemahiran pengajaran pensyarah

pendidikan khas (masalah pendengaran) yang mengajar program kejuruteraan dan

hospitaliti serta merangka ‘framework’ program pengajian pendidikan khas di

politeknik.

1.5 Objektif Kajian

Page 18: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

21

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif kajian telah dikenal pasti. Antara

objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah

pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik.2. Mengenalpasti kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah

pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik.3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara

pensyarah yang mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang

kejuruteraan dan hospitaliti di Politeknik.4. Merangka ‘Framework’ kemahiran pensyarah program pengajian untuk pelajar

masalah pendengaran di Politeknik.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

1. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah

pendengaran dalam bidang kejuruteraan di politeknik?2. Apakah kemahiran pengajaran pensyarah yang mengajar pelajar masalah

pendengaran dalam bidang hospitaliti di politeknik?3. Adakah terdapat perbezaan kemahiran pengajaran antara pensyarah yang

mengajar pelajar masalah pendengaran dalam bidang kejuruteraan dan

hospitaliti di politeknik?

1.7 Hipotesis Kajian

Kajian yang dijalankan ini terdapat hipotesis bagi membantu pengkaji menjelaskan

keputusan-keputusan kajian yang berkaitan dengan perbezaan antara pembolehubah

yang dikaji. Hipotesis yang tersebut adalah.

1. Hο: Tidak terdapat perbezaan kemahiran pengajaran yang signifikan

diantara pensyarah yang mengajar pelajar cacat pendengaran dalam bidang

kejuruteraan dengan hospitaliti di politeknik.

1.8 Kepentingan Kajian

Page 19: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

22

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada Program

Pendidikan Khas khususnya kepada:

1. Pensyarah politeknik yang mengajar pendidikan khas dapat melihat kekuatan

dan kelemahan kemahiran yang dikaji dan aspek yang kurang menonjol dalam

kajian ini perlu diberi perhatian sebagai salah satu kaedah membantu pensyarah

mempertingkatkan proses pengajaran.2. Pihak pengurusan politeknik dan Jabatan Pengurusan Politeknik dalam

memastikan penghasilan pensyarah pendidikan khas politeknik yang lebih

berkemahiran samada melalui program latihan atau pendidikan berterusan.3. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam penyediaan melahirkan tenaga

pengajar politeknik mengenai pendidikan khas sama ada dalam bentuk

pengetahuan atau kemahiran dimana UTHM merupakan institusi pendidikan

yang melahirkan sebahagian daripada tenaga pengajar untuk politeknik dan juga

institusi teknikal yang lain.

1.9 Skop Kajian

Kajian ini akan menumpukan kepada kemahiran pengajaran dan perbezaan

kemahiran pengajaran yang ada pada pensyarah pendidikan khas dalam bidang

kejuruteraan dan hospitaliti dalam di empat buah politeknik yang melaksanakan

Program Pendidikan Khas (Sijil Kemahiran Khas) iaitu Politeknik Sultan Ibrahim

(Johor Baharu), Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik Ungku

Omar (Perak) dan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (Perlis).

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada pensyarah pendidikan khas yang terlibat dengan

pengajaran dan pembelajaran pelajar pendidikan khas. Politeknik yang dikaji adalah

terbatas di Semenanjung Malaysia sahaja iaitu Politeknik Sultan Ibrahim (Johor

Baharu), Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Politeknik

Ungku Omar (Perak) dan Politeknik Syed Sirajuddin (Perlis).

1.11 Kerangka Teori

Page 20: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

23

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran pengajaran yang ada pada

pensyarah-pensyarah program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan

hospitaliti di politeknik. Pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah

1.1 sebagai panduan untuk menyelesaikan pernyataan masalah. Pengkaji telah

mengenalpasti beberapa aspek berkaitan tahap kemahiran iaitu dari aspek

perancangan pengajaran, perlaksanaan pengajaran, penilaian pencapaian dan

hubungan interpersonal .

Pensyarah Pendidikan Khas di PoliteknikPenilaian Pencapaian Pelajar

Perancangan PengajaranPerlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran PengajaranPembolehubah BersandarHubungan Interpersonal

Pembolehubah Tidak Bersandar

Rajah 1.1: Kerangka Teori

(Sumber: Diolah daripada penulisan Isa, et. al 2005).

Page 21: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

24

1.12 Definasi Istilah

Berikut adalah beberapa perkataan yang diberikan maksud berdasarkan kepada

kajian yang dilakukan:

1. Pelajar pendidikan khasMerujuk kepada golongan yang mengalami cacat pendengaran sahaja dan

mengikuti program pendidikan khas dalam bidang kejuruteraan dan hospitaliti di

Politeknik.2. Pendidikan khas

Pendidikan khas bermaksud pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi

keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan. Meliputi aspek-

aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang

berteraskan rumah, hospital dan institusi.3. Kemahiran

Kepakaran atau tahap kecekapan yang perlu untuk mernbolehkan seseorang

menjalankan sesuatu tugas dengan lebih efektif dan efisyen.

4. Pensyarah

Tenaga pengajar yang mengajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam

ataupun swasta

5. Pengajaran

Pengajaran adalah satu proses penyampaian, iaitu untuk menyampaikan

maklumat dan ilmu pengetahuan dengan menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran (Md Din, 2003)

6. Pembelajaran

Pernbelajaran ialah pertambahan pemikiran dan kebolehan bagi sesuatu

perbuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap dan nilai

seseorang. Proses pembelajaran memerlukan usaha dan ransangan daripada

pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar.

1.13 Rumusan

pembelajaran pelajar berkeperluan khas dalam bidang pendidikan teknik dan

vokasional.

Page 22: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

70

RUJUKAN

Abu. M. S dan Tasir. Z (2001). “Pengenalan kepada analisis data berkomputer

SPSS 10.0 for Windows”. Kuala Lumpur:Venton Publishing

Adam. A. H. (2000). Menghala wawasan 2020 (Edisi-2). Kuala Lumpur: Arena Ilmu

Sdn.Bhd.

Adzmi. Y(2003). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran lukisan kejuruteraan bagi sub topik unjuran ortografik, pandangan

isometrik dan pandangan oblik di sekolah menengah teknik negeri Pantai

Timur. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad. R dan Manaf. Z, (1996). Towards developing a profile of effective and

effective school, Jurnal Pendidikan,17, ms 51-63.

Ahmad. N. (2002). “Tinjauan terhadap pengajaran dan embelajaran dikalangan

pensyarah program Pengajian Separuh Masa di Bawah Kendalian Sekolah

Pendidikan Profesioal Dan Pendidikan Berterusan (S.P.A.C.E"), UTM.”

Universiti Teknologi Malaysia.

Angelo, T.A (2002). Teaching goals, assessment, academic freedom and higher

learning: essay on teaching learning. Dalam Essays on teaching excellence:

Toward the best in the academy. http://www.ucet.ufl.edu/Program

Services/htm.

Barnes, C. (1991). Disabled people in Britain and Discrimination-a case for anti

discrimination legislation, London: Hurst & Co.

Chua Y. P (2006), Research Methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education

Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.

Kuala Lumpur, Dewan Bahan dan Pustaka.

com.my (dicapai pada 24 Oktober 2011).

Page 23: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

71

Crowl, T. K (1998). Fundamentals Of Education Research. 2nd ed. New York, Brown

& Benchmark.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan-Pengetahuan dan Ketrampilan Ikthisas

(semester1). Kuala Lumpur- Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ferguson, J.R & Wallen, N.E (1996). Training A School Team To Intergrate

Technology Meaningfully Into The Curriculum. New York: McGrawhill Inc.

Fong. C. O. (2003). “Majlis Perasmian Pelancaran Skim Latihan Graduan II”

(dicapai pada 20 Mei 2012).

Fuller. M, Healey. M, Bradley. A. & Hall. Y (2004) “ Barriers to learning, a

systematic study of the experience of disabled students in one university”.

Studies in Higher Education, 29, 3, 303-318.

Ghafar. M. N. A (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai. Universiti

Teknologi Malaysia.

Hassan, L (1995). Pendidikan islam dan peralihan paradigma. Shah Alam: Hizbi.

Hurst, A. (1996). Reflecting on researching disability and higher education, in: L.

Barton (Eds.) Disability and society: emerging issues and insights. London:

Longman.

Isa. N, Sapon. N, dan Othman. S (2005), Tahap Kecekapan Pensyarah Program

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Dalam Kerja Amali, Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau.

Ismail. K. (2005). Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran Dan

Pembelajaran Perakaunan. Petaling Jaya: Prentice Hall. 4-94.

Jahim. J, (2002). Matlamat pengajaran di kalangan tenaga pengajar di institusi

pengajian tinggi. Kertas projek yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya.

Kamarolzaman. N. Z dan Sepikun. M. (2011). “Keberkesanan Pengajaran

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik Yang Bukan Berlatar Belakangkan

Pendidikan Ikhtisas,” Politeknik Port Dickson,

http://www.polipd.edu.my/v3/content/penyelidikan-jabatan-kejuruteraan-

elektrik

Kementerian Pengajian Tinggi. (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

http://www.mohe.gov. my/webkpt_v2/transformasi.php [5 Oktober 2011].

Koh B. B. (1999). Strategi-Strategi Meningkatkan Kecekapan Mengajar. Johor:

Fakulti Pendidikan UKM.

Page 24: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

72

Konting. M. M. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Konur, O. (2000). Creating Enforceable Civil Rights for Disabled Students in Higher

Education: an institutional theory perspective. Disability & Society, 15 (7),

1041–1063.

Leicester, M. & Lovell, T. (1994) Race, gender and disability: a comparative

perspective. Journal of Further and Higher Education, 18, 52-56.

Mahmood. A (2007). OKU perlu terus diberi peluang. Utusan Malaysia.

http://utusan.com.my (dicapai pada 24 Oktober 2011).

Malaysia.

Mapsiah. S dan Salleh. N. A (1995). Pendidikan Vokasional: Formal dan nonformal

ke arah Wawasan 2020. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan

Negara Abad Ke-21, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Martella, R.C. Nelson, R & Marchand-Martella N.E (1999). Research Methode

Learning To Become A Critical Research Consumer. Needham Heights: Allyn

& Bacon

McMillian J.H (1996). Fundamental For The. 2nd ed. Virgina, Harpercolline Collage

Ltd.

Md. Din. A.G, (2003). “Prinsip dan Amalan Pengajaran”. Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

Md. Zhahir. K. (2006). Pentadbiran dan Pengurusan Awam. Kuala Lumpur: PTS

Distributor & Publisher.

Mok S. S, (2002). Pedagogi untuk kursus perguruan. Edisi kedua : Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

Netty Ah Hiyer. (2003). Golongan istimewa dan globalisasi. Utusan Malaysia.

http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).

Nor. M. N (2000). Kualliti pengajaran dan pembelajaran dari persepsi pelajar di

sebuah institusi pengajian tinggi awam, Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya.

Ornstein, A.C. (1995). Beyond effective teaching. Dalam Ornstein. A. (Ed.). Theory

into Practice. US: Allyn & Bacon.

Percival & Ellington (1994), Buku Panduan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 159-160.

Page 25: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

73

Razali. M. (2002). Peluang Pendidikan Khas Dipertingkatkan. Utusan Malaysia.

http://utusan.com.my (dicapai pada 20 Oktober 2011).

Saedah, S (2000). Perkembangan kurikulum. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Alam

Pintar Enterprise

Sahaat. Z (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar khas

(cacat pendengaran) dalam mata pelajaran vokasional–Satu tinjauan kes di

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam.

Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Salleh. A. (2003). Orang cacat masih terpinggir. Utusan Malaysia.

Shahadan. N. H. (2006). Kualiti Pengajaran Pensyarah Kejuruteraan Yang Bukan

Berlatarbelakangkan Pendidikan Ikhtisas Terhadap Pengalaman

Pembelajaran Pelajar. Satu Tinjuan di KUiTTHO. KUiTTHO

Sidin. R. (2002). Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang di Institusi

Pengajian Tinggi Pusat Pembangunan Akademik. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Soelaiman. I. N (2009). Bentuk Penilaian. Panduan Amalan Pengajaran &

Pembelajaran Berkesan, ms 201-214. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman. E (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi

Sharma. J. R. (2002). Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. 23-34. Kajian Di KUiTTHO. KUiTTHO.

Tahir. L.M (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan

Khas, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, ms 73–87,

Toran. H, Mohd Yasin. M. H, Tahar. M. M & Sujak. N (2009)“ Sokongan dan

halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi

pengajian di Malaysia” ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher

Education Vol 1, No 2: 18-29.

Uma Sekaran (2000). Research Method In Education : An Introduction, Boston:

Allyn & Bacon.

Wilkinson, D. (2000). “The Researcher’s Toolkit: The Complete Guide To

Practitioner Research” London Routledge Falmer

Yaakub. N. F. (2002). Faktor personaliti dalam pemilihan guru. Dibentang di

Seminar kebangsaan pendidikan guru, Universiti Utara Malaysia, Alor Star,

Kedah Darul Aman pada 19-20 Mei 2002.

Page 26: 1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN · PDF filepensyarah kedua-dua program pendidikan khas ini memiliki ... JPIPT Jabatan Pengurusan IPT ... kesejahteraan diri serta

74

Yusof. M. D (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof

http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 20 Oktober 2011).

Zuriani. I (2002). “Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)”.KUiTTHO. Tesis:

Sarjana.