slanga pelajar ipt media sosial

31
KURSUS: UVW 410 BAHASA MELAYU UNIVERSITI PENSYARAH: SITI NURUL JANNAH FITAL TAJUK: PENGGUNAAN SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL OLEH PELAJAR IPT PROGRAM: TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (SISTEM PERTANIAN) RY56 NAMA:

Upload: mohdtaufikhidayathamdan

Post on 29-Sep-2015

156 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KURSUS: UVW 410 BAHASA MELAYU UNIVERSITIPENSYARAH: SITI NURUL JANNAH FITALTAJUK: PENGGUNAAN SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL OLEH PELAJAR IPTPROGRAM: TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (SISTEM PERTANIAN) RY56NAMA:1- SIROJUL MUNIR BIN ROSLAN 1413229442- MOHD HAZIZIE BIN MD NOR 1413229153- HAFIZAN BIN MOHD 1413229074- SYAMEL ASRI BIN RAZMAN 141322950PENGENALANKertas kerja ini merupakan satu kajian mengenai pengunaan slanga dalam media sosial atas talian oleh pelajar di peringkat IPT. Dalam konteks kajian ini, media sosial merupakan platform dimana seseorang individu mampu berkomunikasi secara peribadi mahupun berkumpulan melalui penggunaan alatan elektronik seperti telefon pintar, komputer atau aplikasi atas talian. Melalui media sosial ini banyak perubahan bahasa dan antara yang paling ketara merupakan penggunaan slanga yang hanya difahami oleh kumpulan tertentu ataupun secara umum untuk menyampaikan mesej yang sering kali mengandungi perkataan lucah atau yang ditapis. Perkataan slanga makin banyak dilihat setelah berlakunya revolusi komunikasi ini kerana berlakunya pergaulan secara luas antara individu dan kumpulan-kumpulan lain.Definisi slanga mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kata-kata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku(biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1511.Mengikut definisi oleh Nik Safiah Karim pula slanga merupakan restricted language kerana hanya difahami dan digunakan oleh golongan tertentu yang membawa maksud yang tertentu.Dr, Norazlina Hj. Mohd Kiram pula menyatakan bahawa slanga merupakan satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Pelajar di peringkat IPT pula bermaksud pelajar yang sedang menuntut di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tidak kira samada dari pihak swasta mahupun kerajaan. Dari segi golongan umur mereka yang dipanggil pelajar IPT ini pula adalah antara 19 hingga 29 tahun sahaja Bagi memudahkan pemahaman esei ini, seterusnya akan diulas mengenai latar belakang, permasalahan kajian, tujuan, kajian terdahulu, metodologi kajian, batas kajian, isi kajian dan penutup disertakan rujukan.

LATAR BELAKANGMedia sosial atas talian makin mendapat sambutan ramai terutamanya oleh golongan remaja setelah berlakunya revolusi internet dan kini makin mudah untuk mendapatkan perkhidmatan internet seperti kafe siber dan perkhidmatan jalur lebar. . Kajian ini telah dijalankan melalui beberapa media sosial yang mendapat sambutan tinggi dari pengguna seperti Whatsapp, Twitter, Facebook dan juga dalam beberapa forum dan diskusi atas talian. Media sosial sebegini mampu menarik minat pelbagai golongan masyarakat terutamanya golongan muda seperti pelajar IPT kerana tersedianya satu platform sebegini yang mampu menyampaikan ekspresi diri sendiri dan pendapat secara meluas. Penggunaan slanga dalam media sosial ini dapat dilihat dalam perbualan kumpulan ataupun status update pengguna. Pemilihan pelajar IPT sebagai perhatian utama pengkaji kerana pengkaji sendiri merupakan pelajar IPT dan lebih mudah untuk memahami penggunaan slanga yang digunakan oleh generasi pengkaji sendiri dan mudah untuk mencari bahan kajian sosial iaitu pelajar IPT sendiri.

PERMASALAHAN KAJIANPenggunaan media sosial atas talian merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi serta berkongsi secara langsung bersama rakan-rakan mereka atau di mata dunia global tidak kira masa mahupun tempat mengenai pengalaman, gambar, video dan juga rakaman audio. Perkara ini mungkin tidak merisaukan tetapi bila dipertimbang mengenai penggunaan slanga yang sangat meluas dalam kalangan pelajar IPT akan menimbulkan pelbagai isu bagi mereka yang seringkali dikaitkan dengan perkembangan akademik. Sebagai contoh, seorang pelajar IPT yang ingin menulis surat kepada dekan fakulti masing-masing mungkin akan terguna slanga dalam penulisan surat rasmi tersebut dan ini membawa imej kepada dekan bahawa pensyarah yang mengajar mereka Bahasa Melayu tidak menjalankan tugas secara sempurna. Benar bahawa para siswazah pastinya terdidik untuk tidak menggunakan slanga dalam kegunaan rasmi dan ilmiah tetapi media sosial merupakan tempat dimana mereka turut berkomunikasi yang boleh dilihat secara umum maka secara tidak langsung ini akan mencerminkan budaya pelajar IPT itu sendiri. Seterusnya, pengkaji turut mendapati sedikit kepayahan untuk mengenalpasti penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial dari segi konteks maksud dan ejaan slanga tersebut. Slanga yang digunakan oleh pelajar di IPT yang berlainan mungkin mempunyai sedikit perubahan dari segi ejaan ataupun sebutan tetapi dengan sedikit pemerhatian dan penyelidikan, pengkaji dapat membezakan sama ada slanga yang digunakan merupakan slanga yang sama ataupun satu slanga yang baru dan perlu di kaji secara lebih mendalam. Hal ini tertimbul kerana penggunaan slanga itu sendiri banyak berkait dengan keadaan demografi serta budaya tempat pelajar di IPT tersebut maka wujudlah pelbagai jenis slanga yang membawa maksud yang sama. Tidak dinafikan kemungkinan slanga ini dicipta secara sahaja oleh pelajar IPT tersebut tetapi susur asal perkataan itu boleh dikaitakan semula dengan slanga lain yang turut mempunyai persamaan dari segi ejaan dan makna.Seterusnya perbezaan antara kajian pengkaji dan terbitan oleh Hasuria Che Omar dan Noriah Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2 ini merupakan penggunaan yang telah dikaji ini merangkumi hanya slanga di kumpulan berita dan tidak melibatkan pelajar IPT sahaja maka, pengkaji tidak boleh mengambil kira kajian yang dilakukan oleh mereka sebagai satu hasil kajian yang serupa dengan kertas kerja ini.Selain itu, terdapat perbezaan kajian di repository UniMAP oleh Nasihah, Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah, Ahmad; Ainal Akmar, Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa') dimana kajian ini menitik beratkan isu pencamaran Bahasa Melayu oleh pihak yang mengudarakan rancangan yang tidak dipantau oleh pihak yang tertentu demi menjaga bahasa yang tercinta ini daripada tercemar secara meluas. Kekurangan kajian ini ialah tidak menyentuh mengenai pelajar IPT maka kami harus menjadikan ini sebagai bahan kajian dan tidak boleh digunakan sebagai dapatan kami.

Akhir sekali, pengkaji menghadapi masalah untuk memastikan penggunaan media sosial oleh pelajar yang dikaji tidak terjejas akibat pengetahuan mereka mengenai kajian ini. Beberapa pelajar yang telah dimaklumkan mengenai niat pengkaji untuk menggunakan akaun sosial mereka untuk dijadikan contoh mengambil tindakan untuk memadam status dan perbualan mereka. Hal ini mungkin menunjukkan keseganan mereka untuk menunjukkan penggunaan slanga mereka yang di media sosial tetapi kami di pihak pengkaji perlu menghormati privasi yang diminta oleh mereka. Disebabkan ini, contoh yang pengkaji gunakan telah mendapat persetujuan oleh mereka hanya setelah pengkaji mengambil gambar akaun sosial tersebut.

TUJUAN DAN KEPENTINGANKajian ini telah dijalankan dengan beberapa tujuan yang telah dipersetujui oleh pengkaji. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai keadaan dan penggunaan slanga oleh pelajar IPT dalam media sosial sama ada masih berada di tahap yang ringan atau sudah pun berada di tahap yang sangat merisaukan seperti mana yang dilihat pada ketika dahulu terdapat kejadian kes dimana pelajar tidak boleh mengeja perkataan itu secara betul kerana hanya reti mengeja perkataan tersebut dalam bentuk slanga. Perkara ini dikira relevan kerana pengunaan media sosial oleh pelajar IPT boleh dikatakan suatu perkara yang dilakukan secara harian dan dengan kerap maka pentinglah untuk pengkaji mengkaji penggunaan slanga ini ada tidak menjadi satu pencemaran bahasa.Kertas kajian ini turut membawa kepentingan dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT tidak kira secara ilimiah ataupun dalam perbualan harian. Melalui perbualan harian ini para pelajar perlu memartabatkan keindahan Bahasa Melayu bukan mencemarkan dengan penggunaan slanga yang boleh dilihat oleh umum. Pengkaji percaya bahawa kajian yang dilakukan oleh ini mampu menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar IPT untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu kita.Ketiga, pihak pengkaji turut berharap untuk mendapat maklum balas dari pelajar IPT mengenai penggunaan slanga mereka di media sosial. Pelajar IPT dapat dikatakan sebagai sangat terbuka maka adalah sangat mudah bagi kami di pihak pengkaji untuk mengadakan temu ramah dan mengumpulkan pandangan oleh mereka mengenai penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial tanpa mereka berasa segan atau tidak menjawab persoalan yang dilontarkan.

KAJIAN TERDAHULUUntuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah meneliti serta melakukan carian di interenet serta rakan lain untuk mencari sebarang kajian yang telah dilakukan dahulu dan mendapati tiada lagi kajian yang dijalankan sebegini. Kebanyakkan kajian terdahulu berkisar mengenai pelajar IPT sahaja ataupun hanya menyentuh penggunaan media sosial oleh pelajar IPT. Namun, terdapat beberapa buku serta rencana yang telah pengkaji olah untuk memberikan gambaran mengenai penggunaan slanga dalam media sosial oleh pelajar IPT.Buku pertama yang pengkaji teliti merupakan hasil tulisan Hasuria Che Omar dan Noriah Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2. Dalam penulisan beliau, terdapat satu bahagian (Hasuria Che Omar dan Noriah Mohamed bertajuk Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2 2008 muka surat 8). Beliau mengolah mengenai perubahan bahasa di dalam kumpulan berita berlakunya perubahan bentuk secara leksikal bagi menyampaikan emosi serta memendekkan satu paparan. Penulis turut menyertakan beberapa contoh perkataan dan keratan penggunaan bahasa melayu di dalam kumpulan berita seperti penggunaan pastu sebagai kata singkatan untuk selepas itu. Penulisan ini banyak memberi gambaran bagaimana penggunaan Bahasa Melayu sebelum zaman media sosial menjadi sesuatu yang dikira sebagai norma kehidupan setiap orang.

Seterusnya, pengkaji mengambil satu artikel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa yang bertajuk Bahasa Melayu Dalam Media Baharu. Dalam artikel Bicara bahasa Dewan Bahasa (Zaidi Ismail, 1 Jun 2012) ini telah dibincangkan mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang makin meluntur akibat penggunaan bahasa gaul, singkatan dan slanga digunakan tanpa segan silu di dalam media sosial. Penulis telah menyenaraikan beberapa punca dan penggunaan slanga di media sosial seperti Facebook, Myspace dan Twitter. Penulis artikel tersebut turut mengutarakan kerisauan apabila penggunaan bahasa gaul ini tidak dipantau di media sosial hingga Bahasa Melayu ini dari hilang identitinya ditelan arus revolusi elektronik. Maka boleh disimpulkan oleh pengkaji bahawa penulisan ini mempunyai hasrat dan tujuan yang sama dengan kertas kajian ini tetapi penulis Zaidi Ibrahim tidak menghadkan isu ini kepada pelajar di IPT maka pengkaji hanya boleh menjadikan ini sebagai bahan rujukan dan tidak boleh diguna pakai.Rujukan ketiga pengkaji merupakan buku rujukan yang digunakan untuk pembelajaran Bahasa Melayu Universiti di UniMAP ini sendiri iaitu Bahasa Melayu Universiti UZW410 hasil tulisan Siti Nurul Jannah Fital dan Mohamad Zaki Abdul Halim. Penggunaan buku ini memberikan serba sedikit pemahaman bagi pengkaji untuk menjalankan kajian ini dengan pemberian contoh slanga dan juga rangka untuk penulisan kertas kerja ini. Dalam buku ini telah memberikan definisi slanga dan beberapa contoh yang diguna pakai oleh pelajar di institusi IPT tetapi tidak menyatakan sama ada penggunaan tersebut di laman media sosial ataupun hanya dalam perbicaraan harian pelajar IPT. Tidak dilupakan bahawa buku ini turut memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai keindahan Bahasa Melayu maka wajarlah penyelidik menjalankan kajian ini demi menjaga keindahan bahasa tercinta ini.Seterusnya, pengkaji turut mengadakan kajian bahasa di repository UniMAP oleh Nasihah, Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah, Ahmad; Ainal Akmar, Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'). Satu pembentangan kertas kerja yang telah dilakukan ini menyentuh mengenai isu rancangan televisyen yang diudarakan membawa imej dan impak yang negatif terhadap golongan muda. Kajian yang dilakukan ini menyatakan bahawa kebanyakkan program yang diudarakan mempunyai pelbagai masalah dari segi tatabahasa, pengajaran serta penggunaan. Rujukan terakhir pengkaji merupakan keratan akhbar atas talian yang menerbitkan artikel atau penulisan mengenai kajian ini. Rencana yang mempunyai sedikit keserupaan dengan kajian ini merupakan hasil penulisan Muhd Daud, 2014(Remaja dan Bahasa Slanga) terbitan majalan utusan harian. Penulis rencana ini telah memberikan pandangan beliau mengenai trend remaja kini untuk menggunakan slanga dalam bahasa harian mereka dan turut mencipta slanga sendiri demi memberikan perasaan kelainan antara kelompok mereka dan kelompok lain. Kerana kajian pengkaji tidak mempunyai sebarang rujukan dari hasil kajian pengkaji lain, pengkaji perlu mengolah semula terbitan surat khabar tersebut demi memudahkan pemahaman serta mecapai kaitan antara rencana itu dan kajian ini.

METODOLOGIDalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa cara mendapatkan bahan dan isi untuk dijadikan bahan kajian serta contoh.Cara pertama yang pengkaji lakukan ialah dengan memantau beberapa akaun laman sosial pelajar IPT di beberapa laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan Tumblr. Pengkaji mengambil kira status update, bahan yang di kongsi serta komen mereka dalam masa seminggu dan melihat cara penggunaan bahasa mereka. Dalam kajian ini, pengkaji tidak mengambil kira perbualan peribadi mereka di media sosial kerana pengkaji perlu menghormati hak privasi mereka sendiri. Para pelajar yang diteliti tidak mengetahui mengenai kajian yang dijalankan oleh pengkaji agar memastikan tidak berlaku sebarang kompromi dalam cara penggunaan dan tabiat mereka ketika menggunakan platform media sosial atas talian demi menjaga ketulenan maklumat yang pengkaji perolehi.Seterusnya, pengkaji telah mengadakan kutipan pandangan secara online dan telah dijawab oleh lebih 80 pelajar IPT dari serata Malaysia. Melalui kutipan pandagan ini, pengkaji telah mendapat pandangan mereka mengenai penggunaan slanga, contoh slanga dan juga pendapat tentang adakah slanga ini merosakkan Bahasa Melayu. Pengkaji tidak mengambil kira negeri asal peserta kerana slanga merupakan bahasa yang diwujudkan oleh satu kelompok dan jarang berkait dengan negeri asal pelajar tersebut.Ketiga, pengkaji melakukan kajian penulisan yang berkait dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam media sosial. Beberapa rencana serta buku telah dijadikan bahan rujukan untuk kajian ini iaitu Bahasa Verbal dan Bukan Verbal 2 terbitan Hasuria Che Omar, Dewan Bahasa dan Pustaka serta laman web akhbar harian. Kebanyakkan bahan rujukan pengkaji bersumber daripada internet kerana kemudahan untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk menjalankan kajian sebegini adalah lebih mudah daripada membelek buku yang mungkin tiada langsung maklumat mengenai sebarang penggunaan slanga dalam media sosial oleh pelajar IPT.Akhir sekali, pengkaji telah mengadakan sesi soal jawab secara berhadapan dengan 5 orang pelajar dari IPT berlainan dan disoal soalan yang sama. Identiti mereka telah dirahsiakan demi menjaga maruah dan keterbukaan mereka untuk memberikan pandangan yang tidak berat sebelah. Soalan yang disoal ialah mengapa mereka menggunakan slanga, kerap manakah mereka menggunakan slanga dan pendapat mereka mengenai penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial.

BATAS KAJIANDalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian hanya terhadap pelajar yang berada di peringkat IPT sahaja maka pelajar sekolah atau golongan yang sudah bekerja tidak diambil kira. Tujuan pengkaji memilih pelajar IPT kerana golongan ini merupakan harapan bangsa dan negara kita maka haruslah dititik-beratkan terhadap mereka agar kita dapat membendung gejala penyalahgunaan bahasa di media sosial secara kritikal sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam dewasa. Hal ini penting kerana apabila mereka sudah ke alam dewasa, mereka akan menjadi contoh kepada masyarakat serta anak mereka dan kita tidak mahu penyalahgunaan bahasa di media sosial ini melarat hingga ke generasi akan datang.Disini juga pengkaji ingin mendalami penggunaan media sosial oleh pelajar IPT. Media sosial seperti yang telah dinyatakan merupakan satu platfor dimana seseorang itu mampu berkongsi pelbagai jenis pendapat, gambar, video dan juga minat mereka secara tanpa batasan kerana wujudnya internet. Naluri manusia untuk mendapat pengiktirafan oleh masyarakat dan rakan mereka maka platform media sosial menjadi salah satu tempat yang menjadi pilihan ramai pelajar IPT untuk menonjolkan diri mereka. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis slanga bagi membezakan diri mereka dan orang lain dari segi taraf sosial, golongan yang mereka bergaul dan juga ideologi mereka.

Dalam konteks kajian ini juga pengkaji tidak membataskan hanya kepada pelajar IPT di UniMAP sahaja kerana pengkaji percaya bahawa slanga yang digunakan oleh sesuatu institusi pastinya berbeza dan hanya melalui kepelbagaian sumber kita boleh melihat variasi penggunaan Bahasa Melayu terutamanya dari segi penggunaan slanga.

HASIL KAJIANLangkah pertama pengkaji iaitu pemerhatian, pengumpulan dan akhirnya menganalisis penggunaan slanga oleh pelajar IPT di media sosial.

Borang soal selidik onlinehttps://docs.google.com/forms/d/1v8vIHbMUwPoHuZgrvbIVfa5hdFfFo7lhjLFMVcehgLI/viewform

Tambahan lagi, hasil kajian ini turut mengumpulkan beberapa slanga yang boleh diguna pakai oleh pengkaji lain bagi menjalankan kajian bahasa yang berkaitan dengan slanga dan juga pelajar IPT. Pengkaji turut menyertakan senarai slanga yang digunakan oleh pelajar IPT dalam kertas kerja ini bagi memudahkan dan menggalakkan kajian lanjutan oleh pakar bahasa kerana golongan IPT ini merupakan khazanah negar. Sering kali pelajar IPT dipinggirkan kerana mereka dikira sebagai fasa awal dewasa dimana mereka masih belum berjasa untuk negara dan jarak umur antara generasi yang cerdik pandai dan generasi yang pantas bertenaga ini menjadi punca kurangnya pemahaman kita terhadap golongan IPT ini. Oleh sebab inilah wujudnya beberapa isu dimana pelajar IPT digolongkan sebagai jiwa memberontak bukan kerana kurangnya kawalan diri, tetapi kurangnya pemahaman terhadap mereka oleh golongan lain.SLANGAMAKSUD

Pisang/pishang/pishengKebosanan/ kebuntuan

NgamElok

Dan/lepasMampu/sempat

Jahat/asyukBerbaloi

BaraiLetih/hancur

BastengKaki lepak

Kelam/acah/bajetBerlagak

Bakar/cucukMencabar

Jigol/gigoloBapuk

LahanadSial

Bedal/taram/sebat/tibiaMelulu

Kos/cosProgram pengajian

Jalan/onJadi

IlekTenang

Kuda putihPolis/pihak berkuasa

Dek/papan/litarTempat pertemuan

Hasil kajian pengkaji yang pertama mendapati bahawa pengunaan bahasa slanga dalam media sosial mempengaruhi semua pelajar IPT yang telah pengkaji teliti di media sosial. Semua akaun akan menggunakan slanga secara langsung atau tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu. Penggunaan slanga ini berbeza dari satu individu ke individu lain yang dipengaruhi oleh golongan mereka berkomunikasi, mesej yang ingin disampaikan oleh mereka dan juga sebagai tanda menunjukkan status diri mereka dalam golongan tertentu. Sebagai contoh, penggunaan isitilah bakar sering dirujuk oleh golongan yang sering bersaing antara satu sama lain seperti mereka yang menceburi sukan ataupun aktiviti lasak untuk merujuk seseorang itu mencabar rakan mereka untuk melakukan perkara yang sama ataupun lebih. Seperti yang dilihat, penggunaan slanga seperti ini merupakan satu istilah yang membawa maksud baru bagi menyampaikan mesej tertentu.

Selain itu, terdapat juga penggunaan slanga secara tidak langsung dimana pengguna itu sendiri tidak memahami maksud slanga itu sendiri. Apabila di tanya kepada mereka yang menggunakan slanga tersebut, terdapat beberapa dari mereka yang tidak tahu maksud di sebalik slanga itu. Ini menunjukkan bahawa slanga menjadi salah satu pencemaran bahasa kerana terdapat individu yang menggunakan slanga tersebut secara melulu tanpa mengadakan sebarang kajian atau mengetahui maksud slanga tersebut. Berlakunya satu situasi dimana pengguna akaun di laman media sosial telah menggunakan slanga pishang yang seringkali dikaitkan sebagai kebosanan tetapi dikaitkan sebagai satu kata tambahan yang bukan membawa maksud tersebut. Ini menunjukkan slanga itu satu bahasa yang sangat bercampur aduk sehingga tiada pemahaman mengenai slanga tertentu.

Seterusnya, kajian pengkaji mendapati terdapat beberapa slanga yang digunakan sebagai satu rujukan untuk satu ayat yang penuh. Penggunaan slanga ini hampir dengan penggunaan kata singkatan atau akronim tetapi slanga tersebut mungkin membawa maksud yang cukup berlainan daripada perkataan yang digunakan. Seringkali dapat dilihat penggunaan slanga ini dalam perbualan harian ataupun semasa perbincangan dalam kalangan pelajar IPT kerana penggunaan slanga seperti ini boleh dikatakan sebagai satu trend yang dimulakan oleh pelajar IPT sendiri dan semestinya akan dipakai oleh pelajar IPT juga. Untuk melihat dengan lebih jelas, kita teliti satu perbualan dalam aplikasi Whatsapp dimana ramai pelajar IPT membuat kumpulan chat. Dalam chat ini terdapat penggunaan istilah lahanad yang digunakan untuk menyampaikan maksud celakalah ke atas kamu tetapi perkataan asalnya tidak membawa apa-apa maksud di dalam Bahasa Melayu tetapi telah dicipta untuk menyampaikan maksud tersebut. Ini menunjukkan bahawa slanga mampu mencipta satu perkataan yang langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Bahasa Melayu sendiri.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji turut mendapati penggunaan slanga dalam kalangan pelajar IPT sebagai cara pembelajaran di media sosial. Slanga sebegini berbentuk informatif kerana membawa maklumat yang sering kali dipakai dalam perbincangan untuk memudahkan pemahaman sesuatu perkara itu. Penggunaan sebegini dikira sebagai tidak langsung kerana maksud slanga yang digunakan mudah difahami dan diterima ramai tidak kira institusi pengajian mereka. Untuk dijadikan contoh, kita menggunakan istilah jalan bagi menunjukkan bahawa persetujuan orang ramai dan slanga ini diubah daripada perkataan asalnya yang merujuk satu laluan. Penggunaan slanga sebegini bukan sahaja memudahkan komunikasi, malah mampu merapatkan ikatan sesama rakan mereka.

Hasil dapatan kajian ini turut menunjukkan penggunaan slanga sebagai salah satu cara untuk mengutuk atau mengeji seseorang individu. Mungkin penggunaan slanga ini dikira sebagai satu cara yang sinis untuk menyindir seseorang tetapi penggunaan slanga merupakan satu lagi langkah oleh mereka untuk memastikan orang yang ditujukan percakapan tersesbut langsung tidak sedar bahawa mereka sedang dikutuk secara depan. Hal ini sangat menyedihkan kerana bahasa kita yang cukup indah ini bukan sahaja telah dicemarkan melalui penggunaan slanga tetapi ditambah lagi dengan perkataan kesat yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah individu tersebut. Contoh slanga yang digunakan untuk mengutuk seseorang ialah jigol. Slanga jigol ini membawa maksud tidak berguna ataupun bapuk. Slanga ini dapat dijejak kepada slanga asal iaitu gigolo yang membawa maksud yang sama tetapi telah diubah bagi mengelakkan pemahaman seseorang individu mengenai kutukkan tersebut.

Kajian pengkaji turut mendapati terdapat juga slanga yang dikira sebagai unik untuk sesuatu kumpulan sahaja. Slanga sebegini digunakan sebagai tanda menunjukkan bahawa mereka turut tergolong dalam kumpulan yang hanya memahami slanga tersebut maka memudahkan urusan daripada perlu mendapat kepastian dari orang lain bahawa mereka tergolong sebahagian daripada mereka juga. Kumpulan yang biasa menggunakan slanga ini biasanya kumpulan yang tertutup daripada capaian orang awam dan juga kumpulan yang ingin merahsiakan kewujudan mereka. Contoh yang boleh ditunjuk merupakan penggunaan slanga jahat ini dikaitkan sebagai sesuatu yang hebat tetapi sering dipandang serong oleh masyarakat. Maka komunikasi sebegini susah diperhatikan kerana kumpulan yang menggunakan slanga sebegini susah untuk dicapai.

Seterusnya, pengkaji dapat menyimpulkan sesuatu mengenai kesedaran pelajar IPT tentang penggunaan slanga. Amat mengejutkan bahawa ramai antara pelajar IPT yang menjawab kutipan suara pengkaji tidak mengetahui bahawa mereka menggunkana slanga dalam penggunaan media sosial mereka. Hampir 30 peratus daripada pelajar menjawab bahawa perkataan awek itu merupakan slanga tetapi ramai sudah menerima perkataan itu sebagai slanga walaupun belum diterima dalam kamus Bahasa Melayu. Mungkin kerana slanga ini telah digunakan secara meluas dari karya penulisan hinggalah ke layar perak namun fakta bahawa perkataan itu masih dikira slanga maka tidak layak untuk dikategorikan sebagai salah satu perkataan dalam Bahasa Melayu.Tambahan lagi, hasil kajian para pengkaji mendapati bahawa majoriti pelajar IPT yang menggunakan media sosial mengetahui pelbagai contoh slanga yang diberikan oleh pengkaji. Slanga yang diketahui oleh mereka bukan sahaja lebih unik, tetapi mereka turut mengetahui dari mana asalnya sesetengah slanga tersebut. Mungkin cerita yang disampaikan oleh mereka itu dikira sebagai cerita rekaan semata mata tetapi ini menunjukkan bahawa banyak slanga yang telah dicipta mempunyai sejarah yang mendalam mengenai cara wujudnya perkataan itu digunakan sebagai slanga. Kesimpulan ini dibuat melalui kutipan suara pelajar IPT secara atas talian. bagi mendapatkan pandangan serta pengalaman mereka dalam penggunaan slanga di media sosial oleh mereka sendiri. Hasilnya, 83 peratus pelajar di IPT mengaku bahawa mereka menggunakan slanga didalam media sosial dan kehidupan seharian mereka.

Melalui kajian ini, pengkaji turut mendapat pandangan dari ramai pelajar IPT mengenai penggunaan slanga oleh mereka di media sosial. Pengkaji sebelum ini telah menyatakan bahawa slanga ini merupakan salah satu bahasa pelesit yang mencemarkan keindahan Bahasa Melayu tetapi hasil kutipan suara pelajar IPT menunjukkan perkara yang lain. Ramai pelajar dimana 64 peratus menyatakan bahawa mereka memandang bahasa slanga sebagai sesuatu yang menambahkan keunikan Bahasa Melayu itu sendiri kerana kita mampu menyampaikan pelbagai maksud kepada golongan mereka tersendiri tanpa mendedahkan golongan mereka sendiri dan bukannya sebagai sesuatu perkara yang patut dimalukan tetapi perlu diambil kita sebagai bahasa gaul. Pihak pengkaji perlu lebih mendalami hasil ini kerana terdapat beberapa faktor yang masih belum dikenal pasti bagi pelajar IPT untuk memberikan pandangan yang sebegini. Bagi masa kini, pengkaji hanya mampu membuat kesimpulan secara luaran dan tidak mampu mengadakan kajian lanjutan.

PENUTUP DAN KESIMPULANSetelah menjalankan kajian penggunaan slanga dalam media sosial oleh pelajar IPT ini, pengkaji dapat melakukan beberapa kesimpulan melalui contoh dan huraian yang diberikan.Pertama, penggunaan slanga dalam kalangan pelajar IPT dalam media sosial merupakan satu kajian yang memerlukan banyak masa dan dedikasi kerana slanga yang digunakan sangat banyak serta penggunaan tersebut tidak mempunyai sebarang garis panduan. Hal ini menyebabkan susah untuk membezakan sama ada perkataan tersebut merupakan slanga ataupun perkataan Bahasa Melayu.Seterusnya, tahap penggunaan slanga dalam kalangan pelajar di IPT masih berada di paras yang kurang menghiraukan. Kebanyakkan pelajar IPT hanya menggunakan bahasa slanga ini dalam perbualan harian mereka di media sosial dan bahan bualan maka kecenderungan untuk menggunakan slanga dalam urusan rasmi tidak begitu tinggi.Akhir kata, pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pengkaji, Puan Siti Nurul Jannah kerana memberi bimbingan kepada pengkaji serta meluluskan kertas kajian pengkaji yang pertama ini. Tidak lupa kepada mereka yang terlibat dan rela disoal selidik serta memberi kebenaran untuk pengkaji menggunakan akaun sosial serta perbualan mereka bagi menjayakan kajian ini. Sekian terima kasih.

BIBILIOGRAFISiti Nurul Jannah Fital, Mohamad Zaki Abdul Halim, 2014. (Modul Pengajaran UVW410 Bahasa Melayu Universiti) Kangar, Percetakan Perlis (1990) Sdn Bhd.Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff, 2010. (Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II) ITBM.Zaidi Ismail, 2012. (Bahasa Melayu Dalam Media Baharu: Sejauh Manakah Diutamakan?) Dewan Bahasa dan Pustaka online https://www.dwnbahasa.dbp.my/?p=722Nasihah, Hashim; Nuraini, Yusoff; Marzalina, Mansor; Faizah, Ahmad; Ainal Akmar, Ahmad. 2010. (Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa')PPIK USM , 2006. (Teori dan kaedah penyelidikan linguistik) http://eprints.usm.my/5440/1/HMT_503_%E2%80%93_TEORI_DAN_KAEDAH_PENYELIDIKAN_LINGUISTIK_OKT-NOV_06.pdf

Rujukan