1 kurikulum faktor yang mempengaruhi · pdf file4. komponen‐ ... pengaruh yang begitu kuat...
TRANSCRIPT
1. KURIKULUM: FAKTOR‐FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN, PERKEMBANGAN DAN
PERUBAHAN KURIKULUM.
2. PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR
dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah
haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
3. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia
memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang
dinamik serta selaras dengan cita‐cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )
4. KOMPONEN‐KOMPONEN UTAMA DALAM SEBUAH KURIKULUM Kandungan kurikulum
Komponen‐komponen Proses penilaian utama dalam sebuah Objektif kurikulum kurikulum
kurikulum Aktiviti P&P
5. FAKTOR‐FAKTOR YANG MEMPENGARUHIPEMBENTUKKAN, PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN
KURIKULUM 1. • FALSAFAH PENDIDIKAN 2 • FAKTOR POLITIK. 3 • FAKTOR PEMBANGUNAN
NEGARA DAN PERKEMBANGAN DUNIA. 4 • FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL. 5 • FAKTOR PERANCANG
DAN PELAKSANA KURIKULUM.6 • FAKTOR MURID , KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.7 •
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA.8 • PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
6. FAKTOR PERTAMA : FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum.
KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di
antara perubahan‐perubahan yang jelas terdapat dalam kedua‐dua kurilkulum tersebut ialah :
7. 1. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
keseimbangan.2. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai‐nilai murni.3. Melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.4. Pendidikan umum diperkenalkan.5. Pendidikan teknik dan
vokasional. 6. Bahasa merentasi kurikulum.7. Pemupukan budaya sains dan teknologi.8. Pemupukan
budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.9. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu
sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.10. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa
Inggeris.11. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.
8. FAKTOR KEDUA : FAKTOR POLITIK Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning
menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people
and their various power bases and their views of what makes for good education“π Wiles Bondi
(1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh
politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.
9. FAKTOR KETIGA : FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN DUNIA.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan
dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik.
Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut
Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
10. Perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan
dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran
teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi
dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
11. FAKTOR KEEMPAT : FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL Selain menjadi tempat menyalurkan
pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui
pendidikan di sekolah, nilai‐ nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.π Dengan
itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai‐ nilai murni dalam diri
individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin,
1994).
12. FAKTOR KELIMA : FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM Perubahan yang begitu
pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut
peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak
semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus
dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.
13. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah‐ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui,
sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah
pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak
dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari
bahawa murid‐murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat
yang cepat berubah, guru‐guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka
kemukakan kepada murid‐murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
14. FAKTOR KEENAM : FAKTOR MURID,KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT Pelajar sebagai
individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas
yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri.
Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum
yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang
perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan
sosial( Ee Ah Meng, 1995).
15. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam
bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.π
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu,
kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid‐murid dengan pendidikan yang berkaitan
dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi
kelak.
16. FAKTOR KETUJUH : FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA. Masa yang berlalu
turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima
pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang
bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada
masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak
masyarakat dan negara.π Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan
sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam
pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu ‐ilmu baru ini
dapat disalurkan kepada murid‐murid bagi mengimbangi keperluan zaman
17. FAKTOR KELAPAN : PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN Teori disiplin mental yang berlandaskan
konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran
aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti.
Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu
dipelajari oleh kanak‐kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai
pembinaan unit‐unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R‐G untuk menghasilkan tingkah laku.
Fahaman ini telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil
untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah
matematik diajar semata‐mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
18. Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik
sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan
memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan
aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap
matematik.π Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan
kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun
70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada
fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik Pa )
19. Kurikulum tersembunyi Kurikulum Kurikulum yang masa depan dialami/dipelajariKurikulum
JENIS‐JENIS Kurikulumsokongan yang diuji KURIKULUM Kurikulum Kurikulum bertulis/yang yang
dihasratkan diajarkan Cadangan kurikulum
20. JENIS‐JENIS KURIKULUM Kurikulum tersembunyi‐ Terletak di luar konteks pengajaran rasmi,
belajar secara implisit‐ Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya
yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur‐ Dibentuk
berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan muridπ
Cadangan kurikulum‐ Kurikulum dicadangkan oleh pakar‐pakar pendidik, pertubuhan profesional,
suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar
21. JENIS‐JENIS KURIKULUM Kurikulum bertulis/yang dihasratkan‐ Kurikulum yang dimuatkan dalam
panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah. Kurikulum sokongan‐ Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh
sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya.
22. JENIS‐JENIS KURIKULUM Kurikulum yang diajarkan‐ Kurikulum yang dapat dilihat ketika
memerhati pengajaran guru.π Kurikulum yang diuji‐ Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang
digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian.π Kurikulum yang
dialami/dipelajari‐ Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil
daripada pengalaman persekolahan.
23. JENIS‐JENIS KURIKULUM Kurikulum masa depan‐ Merangkumi pendekatan berpusatkan murid
yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing‐masing serta berupaya
belajar sepanjang hayat‐ Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan
pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat
induksi, deduksi dan menganalisis‐ Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk
menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan
untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian
Masa Depan.‐ 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini: 1. kandungan akan
dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunkana pelbagai strategi. 2. kurikulum
akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan. 3. bahan, pengalaman, dan
sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras
kurikulum.