1 esei

7
Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang diprogramkam oleh manusia bagi melaksanakan tugas- tugas yang ditetapkan. Fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan. Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 3 komponen iaitu Hardware (Pekakasan), Operating System (Sistem Pengoperasian) dan Application Software (Perisian Aplikasi). Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard. Perisian ialah satu set arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan. Contohnya seperti, System BIOS, Windows operating system dan Microsoft Office. Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen asas perkakasan dalam sesebuah komputer bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan tetikus adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah monitor (paparan), CPU(system unit), key board, printer dan tetikus.

Upload: mac-hari

Post on 16-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mac

TRANSCRIPT

Page 1: 1 esei

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang

diprogramkam oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Fungsi utama

komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu

yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk

kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat

biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan.

Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 3 komponen iaitu Hardware

(Pekakasan), Operating System (Sistem Pengoperasian) dan Application Software (Perisian

Aplikasi). Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah

sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard. Perisian ialah satu set

arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan.

Contohnya seperti, System BIOS, Windows operating system dan Microsoft Office.

Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen asas perkakasan dalam

sesebuah komputer bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat

menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan tetikus adalah

lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan

berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam

penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja.

Lima kopenen utama komputer ialah monitor (paparan), CPU(system unit), key board,

printer dan tetikus.

Rajah 1 Menunjukkan bahagian-bahagian utama dalam sesebuah komputer

Page 2: 1 esei

Pertama sekali adalah komponen CPU. CPU merupakan unit yang mengawal semua

jenis proses yang akan di lakukan oleh sesuatu komputer. Dalam bahagian inilah terletaknya

segala perkakasan komputer seperti ingatan, CDROM, Mother Board, Pemproses dan

sebagainya.

Seterusnya adalah komponen monitor. Fungsi monitor adalah untuk memaparkan

maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin

monitor.Tanpa monitor kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taip.Komunikasi di antara

kita dengan komputer akan terhalang.

Selain daripada itu, papan kekunci (keyboard) juga salah satu komponen komputer.

Papan kekunci merupakan satu set kekunci yang mana di atasnya terletak pelbagai aksara

termasuklah huruf A-Z, angka 0-9, dan bermacam-macam kekunci yang lain lagi. Fungsinya

lebih kurang sama seperti sebuah mesin taip, di mana papan kekunci ini digunakan untuk

menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.

Seterusnya adalah komponen speaker. Fungsi speaker secara keseluruhan adalah

mengubah gelombang elektrik dari alat penguat audio menjadi gelombang suara atau

getaran. Proses pengubahan gelombang elektromagnet menjadi gelombang bunyi tersebut

boleh terjadi kerana aliran elektrik dari penguat audio dialirkan kedalam kumparan dan

terkena pengaruh gaya magnet pada speaker, sesuai dengan kuat lemahnya arus elektrik

yang diterima, maka getaran yang dihasilkan pada membran akan mengikuti dan jadilah

gelombang bunyi yang boleh kita dengar

Komponen utama yang terakhir dalam komputer adalah tetikus (mouse). Tetikus

mempunyai banyak kegunaan. Sebelum wujudnya tetikus, papan kekunci digunakan.

Namun setelah wujudnya tetikus, kerja dapat di jalankan dengan lebih cepat dan effektif.

Tetikus dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada disenaraikan beberapa

fungsi tetikus. Tetikus digunakan untuk mengerakkan kursor dan memberi arahan-arahan

tertentu pada skrin dengan cara mengklik pada ikon-ikon dan membolehkan pengguna

mengerakan kursor ke mana saja di atas skrin dengan mudah dan lancar.

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak

kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video

CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna

sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian

lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih

lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer

anda. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan

Page 3: 1 esei

sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer

yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan perisian(software).

Dalam perkakasan,

Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada

elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan

tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak

terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelabura dengan

mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC,

penguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada

pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Penguna juga digalakkan menggunakan

pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan

modem sewaktu hujan lebat.

Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada sistem dalam

pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula menggunakan bekalan tenaga

berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di

rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh

tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah

masa tenaga yang dibekalkan.

Memindah komputer

Seperti alat elektronik lain, PC agak manja, Jadi, jangan menghentak, menjatuhkan atau

menghumban sistem ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang

kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh

menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan komponen

tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia

disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan tiada

yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda bermagnet kepada

komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC.

Bersihkan PC

Pastikan PC sentiasa bersih dengan menyapu semua habuk yang terlekat pada papan

kekunci dan paparan skrin. Jika mahir, pastikan papan litar juga tidak berdebu dengan

Page 4: 1 esei

menggunakan vakum dan bukannya dengan air. Jangan meletakkan komputer anda terlalu

dekat dengan tingkap kerana mudah menangkap habuk, kotoran serta mungkin terkena

percikan air hujan. Bagaimanapun, pastikan sistem PC diletakkan di dalam bilik yang

mempunyai pengudaraan yang baik. Selain paparan, casis CPU dan papan kekunci,

pengguna juga boleh membersihkan pad tetikus daripada kesan minyak atau habuk yang

mungkin mengganggu pergerakan bola tetikus.

Scandisk dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali setiap

minggu kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada cakera keras berada di

dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Scandisk dan Disk

Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan dalam sistem PC.

Penggunaan Perisian Membuat Salinan (backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika pengguna

selalu melakukan operasi Backup bagi keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi

dan dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup, klik start ,

program, accessories, system tools dan pilih backup. Klik folder atau fail yang mahu disalin

serta tentukan destinasi salinan. Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB

atau CD-Writer

Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas , boleh dipercayai serta

menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak

murah adalah pemacu Zip. Pengguna PC juga digalakkan membuat disket but kerana ia

adalah penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi bagi

membina disket but dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga sistem dilengkapi dengan

perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian

sumber fail serta peningkatan jumlah virus.

Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC

dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan matikan

sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98.

Mematikan sistem terus tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan

Register atau fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga jauhi

makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan PC.

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan kehadiran

orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda memformat keseluruhan

Page 5: 1 esei

cakera keras anda. Mengikut kaedah yang dinyatakan di atas tidak menjamin seratus

peratus sistem PC tidak akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain,

ia juga mempunyai jangka hayat tertentu.

Dengan mengetahui apa itu pengertian komputer dan juga fungsinya dalam pelbagai

bidang kita akan lebih mengenalinya dan boleh tahu ternyata komputer boleh juga

dimanfaatkan untuk suatu bidang pekerjaan tertentu. Dan tentu saja membuka cakrawala

berfikir untuk mencari bidang pekerjaan yang mungkin boleh anda tekuni jika ahli di bidang

komputer.