1. bunyi2 segemental dan suprasegmental

18
1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia, malah bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, maka makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikianlah juga halnya dengan bahasa melayu yang menjadi salah satu bahasa yang banyak mempunyai sistem fonetik dan fonologi. Alat pertuturan sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah hj Omar (1986) mengatakan “bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Secara amnya, pemerolehan bunyi bahasa atau alat pertuturan oleh sesebuah masyarakat ini boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan-penjelasan yang melatarinya. Dalam bahasa melayu, ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai fonetik dan fonologi. Bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji bunyi bahasa manusia sejagat. Secara teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji dari segi sifat bunyi tersebut, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya. Termasuklah unsur segmental dan suprasegemntal di dalam kajian fonetik dan fonologi. Seseorang guru bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa melayu dengan baik. Justeru itu, Seorang guru hendaklah menguasai unsur-unsur segmental dan mahir menuturkannya kerana tiap-tiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada 1

Upload: amalyna-xuly

Post on 02-Oct-2015

478 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia, malah bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, maka makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikianlah juga halnya dengan bahasa melayu yang menjadi salah satu bahasa yang banyak mempunyai sistem fonetik dan fonologi. Alat pertuturan sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.

Secara amnya, pemerolehan bunyi bahasa atau alat pertuturan oleh sesebuah masyarakat ini boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan-penjelasan yang melatarinya. Dalam bahasa melayu, ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai fonetik dan fonologi. Bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji bunyi bahasa manusia sejagat. Secara teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji dari segi sifat bunyi tersebut, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya. Termasuklah unsur segmental dan suprasegemntal di dalam kajian fonetik dan fonologi. Seseorang guru bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa melayu dengan baik. Justeru itu, Seorang guru hendaklah menguasai unsur-unsur segmental dan mahir menuturkannya kerana tiap-tiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.

Berdasarkan tugasan ini, penekanan diberikan kepada penggunaan bunyi segmental dan suprasegmental dalam pengucapan dan bagaimana ianya dapat membantu dalam pengajaran guru. Seoang guru juga perlu mengetahui cara mentranskripsi lagu dengan menggunakan penulisan fonetik. Seterusnya, keupayaan meyampaikan maklumat , pendapat, perasaan serta idea secara lisan dengan sebutan baku dan intonasi yang betul.

2.0 Definisi Segmental Dan SuprasegmenatalFonologi dapat dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonologi segmental dan fonologi suprasegmental. Unsur segmental berkaitan dengan unsur kalimat yang bertulis misalnya ejaan, tanda baca, subjek, predikat dan objek. Bidang kedua, iaitu fonologi suprasegmental pula berkaitan dengan unit yang lebih besar daripada bunyi, seperti suku kata, perkataan dan intonasi frasa (Gut, Ulrike, 2009). Suprasegemental merupakan fenomena fonologi seperti tekanan perkataan, intonasi dan tona yang lebih tinggi daripada segmen asas(Carr, P, 2008). Suprasegmental juga adalah aspek bahasa yang ada kaitan dengan banyak segmen, seperti durasi, kelantangan, tempo, sifat nada dan kualiti suara (Ogden, R, 2009). Dr Ali Mahmood (2007) turut menyatakan unsur segmental adalah satu bunyi dalam satu segmen atau penggalan arus tuturan. Segmensegmen tersebut terdapat berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada. Empat lagi unsur bahasa iaitu tekanan, nada dan intonasi yang dikenali sebagai fonem suprasegmental. Abdullah Hassan (2006) turut menyokong bahawa terdapat empat bunyi suprasegmental yang bertaraf fonem, iaitu tekanan, panjang, tona dan persendian. Menurut Abdullah Hassan (2006), konsep kontras digunakan bagi menentukan taraf fonem bunyi suprasegmental. Dalam bahasa melayu bunyi suprasegmental tidak distingtif atau membezakan makna secara sistematik. Walau bagaimanapun dalam bahasa lain, bunyi suprasegmental dapat membezakan makna. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa segmentel berkaitan dengan bunyi-bunyi bahasa dan suprasegmental merupakan unit yang lebih besar iaitu tekanan, panjang, tona dan persendian.

3.0 cara bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya.

Perlambangan unsur segmental bunyi ujar tidak hanya bagaimana melambangkan bunyi-bunyi ujar dalam bentuk tulisan atau huruf, tetapi juga bagaimana menuliskan bunyi-bunyi ujar dalam bentuk kata, frasa, klausa, dan kalimat. Seseorang guru juga perlu memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaranyanya agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diaplikasikan dengan betul dalam penggunaan petuturan bahasa Melayu. Selain dapat memahami maksud yang hendak disampaikan, ia juga membolehkan pengajaran menjadi bertambah menarik dan seronok. Sesuatu maklumat yang cuba disampaikan haruslah melalui beberapa proses dan syarat untuk menjadikan ianya lebih berkesan. Oleh yang demikian suprasegmental menjelaskan satu persatu berkenaan dengan kepentingan tekanan, nada, panjang pendek dan jeda dalam penyampaian pengajaran guru.

Penerapan Unsur segmental dalam pengajaran guru dapat membantu murid membezakan makna. Hal ini dapat dilihat apabila murid diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan rendang merujuk kepada makanan yang dimasak iaitu ayam masak rendang, manakala dengan ejaan yang sama rendang juga membawa makna pokok yang daunnya rendah. Unsur yang membezakan makna adalah penggunaan e taling dan pepet. Dengan pengetahuan guru tentang kelainan unsur segmental yang dilihat dari struktur kata tersebut penyampaian makna dapat disampaikan dengan baik kepada murid.

Manakala, antara unsur suprasegemental yang dapat membantu guru dalam pengajarannya ialah tekanan. Menurut Dr Ali Mahmood (2007) turut disokong oleh Abdullah Hassan (2007), Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Unsur tekanan menunjukkan cara bagaimana guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengucapkan dan menyebut suku kata, perkataan atau rangkai kata sama ada diucapkan untuk membezakan unsur menegaskan atau lembut. Guru yang memahami penggunaan tekanan yang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan murid dapat menyampaikan pengajarannya mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Ketika mengucapkan satu-satu perkataan yang didalamnya terdapat maksud yang penting, biasanya guru akan menekan suku kata atau perkataan tersebut agar murid dapat memahaminya dengan tepat. Contohnya rumah dan kampung. Guru juga perlu memperlihatkan ekspresi atau memek muka yang sesuai mengikut tekanan suku kata yang disebutkan. Hal ini dapat menambahkan lagi keberkesanan atau menghidupkan situasi komunikasi antara guru dengan murid.

Seterusnya unsur suprasegmental yang dapat membantu guru dalam pengajarannya adalah nada, menurut Dr Ali Mahmood (2007), Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor 1,2,3,4. Sehubungan itu, Pengajaran guru yang menggunakan nada yang sesuai akan membolehkan murid memahami cara melafazkan puisi seperi pantun, syair dan sajak sesuai dengan bahan yang dilafazkan secara lisan dengan penuh perasaan dan berkesan. Misalnya, guru membimbing murid cara berpantun dengan baik kemudian murid mengajuk apa yang guru sampaikan. Dengan bimbingan guru, murid dapat membina kefahaman dan melafazkan puisi dengan baik. Selain itu, nada juga membolehkan guru menjelaskan tentang perbezaan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang, ayat pasif dan seumpamanya. Contohnya Tuan, boleh saya tolong? dan Wah, besarnya rumah awak!. Jelas bahawa kedua-dua ayat mempunyai nada yang berbeza. Selain itu, nada juga sebagai alat menyatakan perasaan seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Hal ini dapat dilihat apabila Nada suara yang berubah-ubah menunjukkan maksud isi pertuturan dan emosi kita semasa bertutur.

Menurut Dr Ali Mahmood (2007) dan Abdullah Hassan (2007),Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] beerti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Turut disokong oleh Mokhtar Bin Nordin dalam kajiannya menyatakan dalam bahasa melayu kepanjangan tidak membezakan makna sesuatu perkataan. Unsur panjang-pendek dalam pengajaran guru dapat dilihat apabila guru menerangkan murid tentang bunyi perkataan dan ayat yang panjang dan ada bunyi yang pendek . Contohnya dalam pengajaran ayat seru dan kata seru, contohnya, wah, cantiknya rumah awak!, dan kata seru, amboi, cis, wah dan lain-lain boleh disebut panjang atau pendek namun ianya tidak membawa apa-apa kepentingan fonemis. Ianya membolehkan murid mengetahui sebutan panjang atau pendek perkataan atau ayat mengikut lambang-lambang unsur. Panjang-pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.

Menurut Dr Ali Mahmood (2007) dan Mokhtar Bin Nordin dalam kajiannya,Jeda disebut sebagai hentian atau persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Dengan jeda yang tepat, pendengar dapat memahami dan bertindakbalas terhadap apa juga perkara yang diungkapkan oleh penutur dengan tepat. Pengajaran guru mengenai jeda dapat membantu murid membaca dan membunyikan sesuatu ayat dan perkataan mengikut intonasi dan nada yang sesuai. Hal ini membolehkan murid mengetahui hentian sementara ketika membaca petikan atau ayat serta dapat membezakan jenis dan makna ayat yang dibaca atau diucapkan. Dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza rangkai kata dan juga ayat. Contohnya:#Adik minum susu lembu#( Maksudnya, adik minum susu lembu )#Adik minum susu// lembu#(Maksudnya, adik memberitahu lembu adik minum susu)

REFLEKSISyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan tugasan Projek bagi subjek Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 4 dengan sempurna. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing bagi matapelajaran ini iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pelaksanaan tugasan ini.Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal, saya semakin teruja untuk mendalami lagi ilmu berkaitan Fonetik dan Fonologi ini. Banyak input baharu yang saya perolehi daripada tugasan ini. Pada kali ini kami diminta untuk menyiapkan 3 tugasan dan setiap tugasan telah memberi saya input baharu yang akan saya aplikasi apabila saya menjadi guru pada masa hadapan kelak. Saya telah diberi peluang untuk mengenali fonetik dan fonologi dengan lebih dekat dan memahami kepentingannya dalam pengajaran. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada tugasan ini. Antaranya ialah memberi saya peluang untuk belajar tentang kepentingan bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental kepada pengajaran guru. Saya juga berpeluang untuk mengaplikasikan bunyi-bunyi suprasegmental di dalam syarahan saya. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang segmental dan suprasegemental. Saya sedar bahawa seorang bakal guru harus mempunyai pengetahuan tentang segmental dan suprasegmenatal untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan membina pengetahuan murid.Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya bahawa pentingnya penulisan fonetik. Hal ini kerana seorang bakal guru harus mengetahui simbol-simbol fonetik untuk memudahkan seseorang guru tersebut membunyikan huruf dengan baik dan tepat. Seseorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang simbol fonetik ini akan dapat membantu murid meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya dibantu oleh pensyarah pembimbing saya dan keadaan ini membuatkan saya lebih memahami fungsinya. Justeru itu, seorang Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang simbol fonetik kerana pengetahuan tersebut akan sangat berguna apabila berada d sekolah nanti sekaligus melengkapkan diri dengan ilmu sebelum mendidik anak bangsa.

Di samping itu, tugasan ini memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya sebutan baku dan intonasi yang betul. Sebutan baku mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk merakamkan teks dengan menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul. Tugasan ini memberi saya input bahawa seorang bakal guru perlu mengetahui dan menghayati sebutan baku untuk meningkatkan kecekapan berbahasa melayu. Sebutan baku dengan menggunakan intonasi yang betul juga penting untuk meyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah nanti. Oleh itu, seorang guru wajar belajar menyebut sebutan baku menggunakan intonasi yang betul agar dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Bak kata orang Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, tak lengkap malam tanpa purnama, tak lengkap pantai tanpa ombak badainya, dan tak lengkap hidup tanpa cabaran. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah untuk melaksanakannya kerana saya kurang memahami tentang segmental dan suprasegmental. Saya juga tidak mengetahui cara mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Oleh hal demikian, saya telah menelaah beberapa buku dan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing iaitu Puan Rodzita untuk mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut lagi.Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa dalam melaksanakan penulisan tugasan ini, Saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan dengan lebih teratur dan sistematik. Oleh hal demikian, saya telah membuat jadual sebagai petunjuk dan memudahkan saya lagi untuk melaksanakan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Akhir kata, dari apa yang telah saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan projek ini ianya telah memberi saya satu pengalaman yang baharu disamping mengajar saya erti berdikari, bersosial, membahagikan masa, bertanggungjawab, menghayati erti hidup yang sebenar amat berguna bagi saya untuk dijadikan panduan dimasa hadapan kelak. Sekian, terima kasih

Bibliografi

BukuDr. Faridah Binti Nazir, D. h. (2013). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Hassan, A. (2006). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional.Hassan, A. (2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS professional Publishing Sdn Bhd.Indirawati Zahid, M. S. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.Mahmood, D. A. (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.Ogden, R. (2009). An Introduction To English Phonetics. Edinburg: Edinburg University press.Peter, C. (2008). A Glossary of Phonology. Edinburg: Edinburg University Press.

JurnalNordin, M. B. (2010). Ciri-ciri Suprasegmental dan Kepentingannya. Fonetik Dan Fonologi, 15.

Internet http://bahasageografi.blogspot.com/2013/09/bab-8-fonem-suprasegmental-dalam-bahasa.htmlhttp://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/unsur-unsur-suprasegmental.htmlhttp://karanganwb.blogspot.com/2010/08/karangan-syarahan.htmlhttp://cetusanmindaku.blogspot.com/2006/07/bab-2-sebutan-dan-intonasi.htmlhttps://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/http://umihawanajwa.blogspot.com/2012/11/artikel-kedudukan-bahasa-melayu-dalam.html

Transkripsi Lagu Dalam Bentuk Penulisan FonetikTajuk : Puteri Sentubung, Puteri Sejinjang [lagu rakyat]

Lampiran

Isi Kandungan Muka Surat Halaman PengakuanISenarai KandunganIi1.0 Pengenalan12.0 Definisi Segmental Dan Suprasegmental23.0 Cara Bunyi-Bunyi Segmental Dan Suprasegmental Membantu Guru Dalam Menyampaikan Pengajarannya.3-44.0 Transkripsi Lagu Tajuk : Puteri Setubong, Puteri Sejinjang5Refleksi7Bibliografi9Lampirani. Teks Syarahan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduanii. Teks Cerita Pendekiii. Soalan Tugasan

Fonetik dan fonologiBMM3083Amalina Binti JopreePISMP BM Sem 414