09bahan bacaan edit_1-10

184
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Teknikal. Hasil Pembelajaran: Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat: 1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi; 2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan teknologi; 3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV; 4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan; Kerangka Konsep Tajuk 1 1 Pengenalan PTV Definisi dan ciri-ciri RBT Hubungan RBT dengan PTV Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik

Upload: invisible-people

Post on 18-Feb-2015

227 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PTV

TRANSCRIPT

Page 1: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL

Sinopsis

Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan

RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan

Prinsip Pendidikan Teknikal.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi;

2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan

pendidikan teknologi;

3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV;

4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;

Kerangka Konsep Tajuk 1

1

Pengenalan PTV

Definisi dan ciri-ciri RBTDefinisi dan ciri-ciri RBT

Hubungan RBT dengan PTVHubungan RBT dengan PTV

Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan

Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan

Prinsip dan rasional Pendidikan TeknikPrinsip dan rasional Pendidikan Teknik

Page 2: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1.1 Definisi dan Ciri-ciri RBT

Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti

maksud terminologi di bawah;

Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu…

Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud

untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;

Teknik bermaksud;

“pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industri atau

kaedah mencipta sesuatu hasil seni”. (Dewan Bahasa, 1993)

Teknikal ialah……..

“pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang

pengetahuan yang tertentu.” (Dewan Bahasa, 1993)

Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud

to call. Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New

World Dictionary pula;

2

Page 3: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Vokasional ialah …….

“pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan

tertentu.” (Webster’s New World Dictionary, 1991)

Vokasional bermaksud;

“pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus

pendidikan amali.” (Kamus Dewan, 1993)

Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu

technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat

barangan dan logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut.

Sila lihat maksud di bawah.

Teknologi ialah …….

“pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan

kehidupan.” (Webster’s New World Dictionary, 1991)

Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan

Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…

3

Page 4: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan

semasa. Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia,

dan institusi pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan.

Rentetan itu maka wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan

teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti berikut;

Pendidikan Ketukangan ialah ………

“program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan

pengajian teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah

penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan

sebagainya.”

Pendidikan Seni Perusahaan ialah ………

“pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri.”

Pendidikan Teknik ialah ………

“Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan

dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

4

Page 5: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pendidikan Vokasional ialah . . .

“Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk

sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah

sarjana muda.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . .

“satu program pendidikan yang dibentuk khusus

untuk mengajar teknologimasa

lalu, masa kini dan masa

hadapan, di peringkat sekolah

rendah, sekolah menengah

sehingga ke peringkat ijazah

sebagai persediaan untuk hidup

dalam dunia yang sentiasa

berubah.”

(Finch & Crunkilton, 1965)

Renung sejenak!

Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau

Vokasional di atas? Pada pandangan anda apakah keistimewaan program

berkenaan?

1.2 Hubungan RBT dengan PTV

5

Page 6: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan

sesuatu produk atau impak. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha

manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk

menguruskan kehidupan.

Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini.

”Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrow’s rapidly

changing technologies. They learn to think and intervene creatively to improve

quality of life. The subject calls for pupils to become creative and autonomous

problem solver, as individuals and members of a team. They must look for

needs, wants and opportunities and respond to them by developing a range of

ideas and making products and systems. They combine practical skills with an

understanding of aesthetics, social and environmental issues, function and

industrial practices. As they do so, they reflect on and evaluate present and past

design and technology, its uses and effect. Through design and technology, all

pupils can become discriminating and informed users of products, and become

innovators.”

( DfEE/QCA, 1999: 90)

(DfEE/QCA, 1999: 90)

Design and technology is about inventing practical solutions to problems through

imaginative thinking. Learners use a range of tools, materials, skills and

techniques to explore, design and make products and systems that meet human

needs. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of

personal development, learning to use today's technologies so they can

participate in developing tomorrow's.

(www.qca.org.uk, 2008)

6

Page 7: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Apakah hubungan RBT dengan PTV? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan

sejenak…Bincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah.

1.3 Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat Kebangsaan

Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan

Vokasional iaitu memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan individu dan

memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini, objektif ini telah menjadi

dasar pembentukan objektif PTV. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang

dibentuk oleh seorang guru? Adakah ia dapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya?

Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak

mengambilkira keperluan individu dan negara. Mari kita lihat pandangan dan cadangan

oleh pihak UNESCO dan ILO ini.

UNESCO and ILO Recommendations (2006), in terms of the needs and

aspirations of individuals, technical and vocational education should:

a. Permit the harmonious development of personality and character,

and foster spiritual and human values, the capacity for

understanding, judgement, critical thinking and self-expression;

b. Prepare the individual for lifelong learning by developing the

necessary mental tools, technical and entrepreneurial skills

and attitudes;

7

Page 8: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary

for active and intelligent participation, teamwork and leadership at

work and in the community as a whole;

d. Enable an individual to cope with the rapid advances in information

and communication technology.

Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya, seorang ayah

atau ibu akan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk

memenuhi keperluan survival keluarga.

Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga manusia

akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. Malaysia

memerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang.

Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara.

Maka proses pengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam

kurilukum perlu dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi

perhatian;

a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan;

b. Pelaksanaan program, guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar;

c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar.

d. Persekitaran pembelajaran yang kondusif; dan

e. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.

Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa;

8

Page 9: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara “

Menurut Isahak, (1992) menyatakan bahawa;

“Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri

tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran

terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta

dapat membuat penyesuaian dengan cepat”

(Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke – 4, UPM )

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentuk bagi

memantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar

berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga

manusia Negara. Jika kita lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi

seorang warganegara yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlu

bersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang pesat.

9

Page 10: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kita

lihat keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. PTV

seharusnya berupaya;

a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh

mendapat manafaat daripadanya;

b. Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam

pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;

c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan

semasa bekerja;

d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;

e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan,

melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan

kepimpinan;

f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang

bersan ; dan

g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.

Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas,fikirkan

bagaimana keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan?

1.4 Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik

Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV. Mengapakah prinsip ini

penting? Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara prinsip dengan

amalan dan tindakan dalam Pendidikan Teknik?

10

Page 11: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukan

Pendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan

landasan bagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. Prinsip berkait rapat dengan

amalan dan tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan

sokongan kukuh daripada amalan.

“Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan

amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan

kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.”

(Miller,

1985)

Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan

pendidikan teknik. Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan, serta diubah

mengikut kesesuaiannya. Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan

asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik.

Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yang kukuh.

Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan

sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan

sekadar sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai

persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:

a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan

tingkah laku;

b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan,

penampilan diri yang wajar; dan

c. Dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

11

Page 12: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara iaitu:-

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;

b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan

dan sejahtera;

c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan

negara; dan

d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Miller, M.D. (1985). Principles and A

Philosophy For Vocational Education. Columbus, Ohio: NCRVE.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu

http://www.unevoc.de/convention/con-e.htm

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:

a. Teknik

b. Teknikal

c. Vokasional

d. Reka bentuk dan teknologi

2. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian

pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum.

12

Page 13: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3. Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am.

Bincangkan.

TAJUK 2 EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN VOKASIONAL

Sinopsis

Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara

pondok zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan

yang berkaitan dengan PTV.

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran tajuk ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok, zaman

penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;

2. Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV;

13

Page 14: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;

4. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;

5. Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan;

6. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Kerangka Konsep Tajuk 2

2.1 Sejarah Perkembangan PTV

Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi

perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Pada ketika itu, kajian dijalankan

untuk menghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan. Seterusnya ia

berkembang ke seluruh dunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang

ke Negara Timur yang dibawa oleh penjajah.

PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan

separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. PTV

berkembang pesat dalam menaikkan taraf pembangunan dansosial negara. Negara

maju seperti Perancis dan German mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling

popular dan terlaris dalam pasaran kerja pada masa kini. Tanpa disedari ia telah

meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah

menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), kelayakan

kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan.

14

Sejarah Perkembangan PTV

Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Evolusi Perkembangan

PTV

Page 15: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga

era awal kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan

yang penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri

seperti pembinaan dan pengeluaran.

Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan

Melayu hanya terhad kepada membaca al-Quran

dan pembelajaran agama di pondok-pondok.

Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks al-

Quran. Aktiviti pembelajaran hanya terhad kepada

mengenal abjad-abjad Arab, mengingat dan

menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip

Islam. Bahasa Melayu akan diajar setelah mereka

menguasai al-Quran.

Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan

kurun ke 19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina

dan India oleh A.M. Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189

buah sekolah Vernakular Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia

terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah

Vernakular Melayu.

Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings

telah membuka Penang Free School dengan

menawarkan mata pelajaran PTV. Manakala

pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah

ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918,

Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala

Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris,

hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan

di Tanah Melayu. Pada tahun 1946, nama

sekolah tersebut telah ditukarkan kepada

15

Page 16: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969,

namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, tidak terdapat sebarang

rekod rasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Akan tetapi tahukah

anda bahawa kursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di

Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu.

Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan?

Apakah tujuan penubuhannya?

Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus berusaha menyusun satu

pendidikan kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina

satu kebangsaan mencapai integrasi nasional. Pendidikan jika dilihat, ia menjadi satu

yang berkesan serta berupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat

dengan kemunculan Laporan Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak

1956. Laporan ini julung kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu

memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.

Pada era kemerdekaan, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa

Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah

Sekolah Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Objektif

penubuhannya adalah seperti berikut:-

a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir

dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu.

b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran

teknik.

16

Page 17: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman

Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive

Education System)

Pada tahun 1960-an, Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan

tempat bagi pelajar yang gagal peperiksaan ‘Malayan Secondary School Entrance

Examination’. Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan

kelengkapan bengkel. Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem

Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965.

Pada Tahun 1965, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan

Sekolah Menengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan

yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan.

Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth, Alor Gajah

dan Pengkalan Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 – 1970? Sila layari

internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya.

Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;

a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah

rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam

kelas peralihan jika perlu.

b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan

diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan,

tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.

c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra

vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan

satu mata pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian

atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan)

atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki).

17

Page 18: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah

Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama

ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan

keputusan SRP.

Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu, ekonomi negara mula beralih daripada

berasaskan pertanian kepada perindustrian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan

taraf hidup rakyat dan objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua

sektor pertanian dan perindustrian. Maka pada tahun 1960-an, terdapat banyak

perkembangan menarik di sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Ia

disokong dengan suasana politik yang stabil dan harmoni, bahan mentah amat banyak

dan sumber tenaga muda yang sedia ada, negara kita menjadi tempat yang selamat

untuk pelaburan.

Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan

pendidikan teknik dan vokasional di semua peringkat. Bertitik tolak dari situlah

wujudnya struktur latihan bercorak serampang tiga mata iaitu;

a. Institusi Vokasional – melatih pekerja mahir dan separa mahir

b. Politeknik – melatih juruteknik

c. Universiti – melatih jurutera

Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968, pendidikan

menengah rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan

SRP dapat meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Para pelajar ini diserap

masuk ke dua jenis aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing

iaitu;

a. Pendidikan Am dan Teknikal

b. Pendidikan Vokasional

18

Page 19: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah

SMV sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Sedangkan pembinaan

sebuah politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda. Sudah

pasti pada jangka masa panjang, negara tidak sanggup melabur dalam dalam

pendidikan ini kalau masa depannya tidak cerah dan ia tidak akan memberi

apa-apa faedah kepada negara atau masyarakat. Pendidikan bercorak teknik dan

vokasional mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu, berkemahiran

serta berdaya maju dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020.

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat, (1996). Pendidikan

Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.; 2-96.

2.2 Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Tahukah anda, terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan

PTV dalam sistem pendidikan di Malaysia? Bagaimanakah kesan akta

pendidikan berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV di

Malaysia?

Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan

PTV di bawah.

a. Jawatankuasa LEMON (1918)

Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi

Kebangsaan > UTM

b. Jawatankuasa WINSTEDT (1925)

Sekolah Ketukangan

19

Page 20: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom ‘Kolar Biru’

Mari kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan

selepas kemerdekaan, iaitu:

1. Laporan Barnes (1950)

a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan

dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu

sebagai bahasa pengantar.

iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika

terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari

bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan

bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang

digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan

Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana

sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan,

iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn-Wu (1951)

a. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)

dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

20

Page 21: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak

masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan

menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

c. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas

kepada Ordinan Pelajaran (1952)

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:

i. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan

tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa

kebangsaan juga diadakan.

ii. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

iii. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk

menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan

untuk pembangunan negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952)

a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk

mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952).

Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu

Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem

persekolahan kebangsaan.

c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi

kenyataan disebabkan masalah kewangan.

4. Penyata Razak (1956)

a. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein

menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa

perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai

Penyata Razak (1956).

21

Page 22: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam

Ordinan Pelajaran 1957

c. Tujuan Penyata Razak adalah:-

i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,

bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India

sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan

antara kaum dapat dikurangkan

iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk

melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan

progresif.

v. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap

dan berkesan

vi. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih ,

lieral dan progresif

vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan

memperkembangkan sistem pendidikan

Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang

dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan

Razak:

A.     Sekolah Rendah

a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah

Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris,

Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

22

Page 23: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan

matapelajaran wajib.

c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris

diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15

orang atau lebih murid ingin belajar.

d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah

Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan

separuh masa 2 tahun.

B.     Sekolah Menengah

a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu

sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas

(2 tahun) dan pra-U (2 tahun).

b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang

sama.

d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan

memasuki sekolah menengah.

C.    Sistem peperiksaan

a.     Sekolah Menengah Rendah.

Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama)

dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi

memasuki sekolah menengah atas.

b.     Sekolah Menengah Atas.

Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil

Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan

Cambridge Overseas Certificate.

c.     Pra-U

23

Page 24: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil

Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

5. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi

mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi

mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai

oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:

A.    Bahasa kebangsaan

a.  Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah

rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

b.   Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

c.   Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah

menengah.

B.    Kelas peralihan

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang

ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

C.    Kenaikan automatik

a.  Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan

sekolah menengah bantuan kerajaan.

b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik

iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira

bahasa pengantarnya.

D.   Matapelajaran akhlak

24

Page 25: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

a.   Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.

b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

6. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)

a) Sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974

untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk

memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu

masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi

keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat

dicapai.

b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar

Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang 

utama;

ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia 

bagi semua jenis sekolah;

iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan

bersepadu;

vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan 

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas

kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar

bandar atau pendalaman;

viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca,

menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada

25

Page 26: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun

1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan

individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui 

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun

1978;

x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di 

peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan

sains gunaan;

xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai

mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi

peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain

seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti

pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri

Islam dan lain-lain.

Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan

Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang

terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-

kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan

Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan

Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat

Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional,

Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran

Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

26

Page 27: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek

Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;

http://pmr.penerangan.gov.my

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam

kelas.

Pengenalan

Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar

dalam Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam

bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini

dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta

pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid

dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat

keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk

27

Page 28: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara

produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak,

kreatif dan inventif.

Masalah

Apakah kesan pelaksanaan mata pelajaran KHSR dalam membantu murid

memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan

keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan

cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik?

Tugasan

Anda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang

kepada perkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR

dan mengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di

peringkat menengah rendah ataupun menengah atas. Bincangkan perkaitan di

antaranya. Kumpulkan tugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD.

28

Page 29: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 3FALSAFAH DAN DASAR PTV SERTA PERKAITANNYA

DENGAN RBT

Sinopsis

Memperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV, dasar PTV dan perkaitannya dengan

RBT; Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional.

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;

2. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;

3. Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan;

4. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

29

Page 30: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Kerangka Konsep Tajuk 3

3.1 Konsep dan Asas Falsafah PTV

Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan asas

falsafah PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda.

Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan

setiap program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan

sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya.

Pembentukan program PTV kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep

asasnya.

3.1.1 Konsep Asas PTV

Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV. Ketiga-tiga elemen tersebut harus

wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Tidak wajar untuk dikatakan

bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah

30

Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT

Konsep dan Asas Falsafah PTV

Falsafah Sekolah Ketukangan

Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT

Falsafah Pendidikan Vokasional

Page 31: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep

asas.

Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana ‘orang

teknikal/vokasional’dikenal sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai

pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori.

Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk

membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina

matlamat dan tujuan program.

Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi

dalam PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren

dan selari dengan prinsip serta polisi.

Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru.

Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun

digugurkan sebagai teorem atau prinsip.

Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan

amalan berbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak

diperlukan bagi membentuk program. Sementara polisi menjadi asas bagi membina

matlamat dan tujuan program. Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip,

falsafah dan polisi dalam PTV memainkan peranan yang penting bagi memastikan

kejayaan sesebuah program yang dirancang.

“Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk

mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas

membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV."

(Miller, 1985)

31

Page 32: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Istilah “falsafah” berasal dari perkataan Yunani,”phileosophic”. Phileo bermakna

“mencintai” dan sophic bermakna “hikmah”. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai

hikmah. Hikmah pula mempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan,

pandangan jauh dan basirah (insight). Peranan falsafah melihat manusia dan alam

sejagat secara bersepadu dan mewujudkan hubungan yang sempurna antaranya

melalui hikmah. Falsafah memberi arah manusia untuk memilih matlamat, tujuan dan

kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang

ahli falsafah iaitu:-

a) Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi.

b) Berfikir secara sistematik.

c) Menyusun sesuatu skema konsep; dan

d) Berfikir secara menyeluruh.

Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang

universal. pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek

jasmania, emosi, rohani dan intelektual. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu;

a. Ontologi

– teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa,

manusia dan alam.

b. Epistemologi

– teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu,

pembahagian ilmu, dan peranan ilmu.

c. Aksiologi

– teori nilai yang meliputi aspek nilai,sumber nilai, pembahagian nilai

dan peranan nilai.

3.1.2 Falsafah Pendidikan Vokasional

32

Page 33: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. Secara umum

”Pendidikan Vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang

cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-

bidang tertentu.

Dalam takrifan yang luas ini, mereka yang melengkapkan diri dengan profesion-

profesion seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan kursus-kursus pengajian

tinggi yang lain boleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional. Untuk kegunaan

harian, takrifan ini terlalu luas dan sememangnya yang muktahir.

Jelasnya pendidikan vokasional bererti “sebarang bentuk pendidikan yang dirancang

khas dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial

yang berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-

pekerja mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat

meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.

3.2 Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT

Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. Jika kita imbas

kembali era sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul

kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya

diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan

penjajah bagi memenuhi  kehendak negara. Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar

Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub

dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan

Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta

Pelajaran 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam

Tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk

memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat

yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang

33

Page 34: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah

diterbitkan dalam tahun 1979.

Jika diteliti, objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan

AKTA PELAJARAN 1961 adalah seperti berikut:

“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan

dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan

kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...”

Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan.

3.3 Falsafah Sekolah Ketukangan

Kita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti

manusia. Jika dilihat secara terperinci, falsafah berfokuskan realiti, kebenaran dan nilai.

Jika diimbas kembali sejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula

dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik

Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu,

Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telah melalui beberapa fasa perubahan dan

perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut. Pendidikan

Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah

Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan kemajuan teknologi

bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan status ekonomi

negara.

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian

Pelajaran Malaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk

34

Page 35: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

mempromosikan pendidikan Teknik dan Vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi

status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.

Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju

pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan

modenisasi negara.

Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan, apakah falsafah sekolah ketukangan?

Fikirkan sejenak…. Bincangkan bersama rakan anda.

3.4 Falsafah Pendidikan Vokasional

Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional

kerana ia boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untuk

membentuk tujuan, matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategi

pelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan

tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan

pertambahan kanak-kanak.

Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang

meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah

ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan

ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa

Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,

Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran

Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

3.4.1 Kepentingan Falsafah dalam PTV

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan

dunia. Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itu

35

Page 36: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian

asas mengenai realiti, kebenaran dan nilai.

Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita

mesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai

berkaitan realiti, kebenaran dan nilai.

Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafah

menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV.

Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan

mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum,

matlamat dan penggunaan sumber. Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti

falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.

Implikasi aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme dan

Eksistensialisme di dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Jika kita lihat,

Pragmatisme merupakan salah satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran

tradisional idealisme dan realisme. manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme

memperkembangkan ciri-ciri pendidikan Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum.

3.4.2 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV

Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud

kerja di mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus

dilakukan oleh seseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaan

kehidupan manusia dan mencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-

ahli Pragmatisme ini, mereka menganggap bahawa idea manusia mengenai alam

36

Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV

Page 37: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

adalah neutral. Manusia haruslah menerima perubahan, maka cara dan matlamat

pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan mempunyai matlamat untuk

memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk

mencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi

dengan alam sekeliling.

Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar

yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah

mereka pelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada

outcome tertentu. sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan.

Dalam konteks pragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat

menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru.

Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. Antara teknik

penyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based

Learning (PBL), sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkan

pelajar yang berkemahiran tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh.

Jika kita kaji secara keseluruhannya, terdapat empat elemen dalam PTV yang

mempunyai implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:-

a) Guru

Guru merupakan ketua projek penyelidikan

Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu

Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah

Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah

b) Sekolah

Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk

membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.

c) Pelajar

37

Page 38: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja.

Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan

akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapat

pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-

teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya.

d) Kurikulum

Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV

ini. sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan.

Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu

diselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat.

Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran

yang berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar.

Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak

menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan

manusia.

Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulum

mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV.

3.4.3 Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV

Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan.

Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman

moden. Fahaman ini berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivisme

bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk

berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Alat ini merupakan

kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar boleh menggunakannya untuk

38

Page 39: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran seperti

Matematik Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain lagi.

Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan

pengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawa

pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang

berkaitan dengan alam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangan secara am

atau terperinci terhadap sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk

penerangannya sendiri. Ini jelas kita lihat apabila pelajar membentangkan hasil

tugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakan tajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh

guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuai dilaksanakan bagi

memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak langsung, idea-idea

baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka.

Cuba kita perhatikan PTV, proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada

buku sahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang

kepadanya. Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi

internet. Penilaian guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya

bergantung kepada penilaian sumatif atau formatif semata. Guru boleh menilai

penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh

pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telah digunapakai di

peringkat sekolah rendah lagi.

Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk

kepada keperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawa

kurikulum PTV wujud hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan

masa lampau sahaja. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin

ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani,

emosil, rohani dan intelektual mereka. Guru berperanan sebagai fasiliatator atau

pemudahcara. Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif, inovatif serta bijak. Sekolah

sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar tetapi sebaliknya

39

Page 40: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan yang berubah.

3.4.4 Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV

Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi

pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van

Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan

masyarakat demokratik dan berfikiran kritis. Guru memainkan peranan yang penting

dalam mendidik masyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran

demokrasi. Kesan daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, guru

bukan sahaja bertindak sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab

untuk menyampaikan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk

masyarakat demokrasi.

Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampu

menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara

berterusan. Guru digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri

mereka. Ia berfokuskan ke arah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah.

Guru juga merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaan

dalam masyarakat. Implikasinya ia akan membentuk sebuah masyarakat berkemahiran

yang unggul.

Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan

di semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej

universiti, dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang

berkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspek

sistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat, outcome dalam menghadapi cabaran sains

dan teknologi secara global pada masa kini. Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai

40

Page 41: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

institusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Universiti yang bersifat teknikal.

Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Latihan Petronas

(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat latihan bertauliah di

Malaysia.

3.4.5 Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV

Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor

subjektif seperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu.

Falsafah ini berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada

kewujudan manusia berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individu

berkenaan akan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah

hidupnya. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati

kebebasan yang diberikan oleh guru.

Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan

yang penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi

keperluan tenaga kerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan

dapat membangunkan masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang

cemerlang. Ini dapat kita lihat dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secara

tidak langsung mampu menjana pembangunan ekonomi di negara tersebut.

Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu

menjadi indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan

telekomunikasi dunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah

melahirkan pelbagai rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut

menyumbang kepada pembangunan perhubungan, ekonomi, sosial, politik dan

keselamatan kepada masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran falsafah

Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

41

Page 42: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek

Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah

pragmatisme, progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme.

Aktiviti 3

Sila tandakan √ pada pernyataan yang benar dan tandakan X pada

pernyataan yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. Anda

diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang

dikemukakan.

1. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan

bagi membentuk sesuatu program.

2. Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan

sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan

fahaman mereka.

3. Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjaya-

kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

42

Page 43: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4. Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu

sahaja.

5. Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para

pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan

mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai

mengikut jenis masalahnya

6. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu

dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan

perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka dalam

falsafah eksistensialisme

7. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah

menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman

eksistensialisme.

8. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang

diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi

teknik mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme.

43

Page 44: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 4 FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis

Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam

konteks individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan

menilai keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri

kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam

RBT.

Hasil Pembelajaran:

1. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan

ekonomi;

2. Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai

keberkesanan kajian berkenaan;

3. Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT;

44

Page 45: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan

5. Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Kerangka konsep tajuk 4

4.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem

pendidikan di negara kita?

Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap,

berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif

dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki

ciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan

dapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku

disebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai

kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta

45

FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya

Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT

Page 46: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap

keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.

Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari

pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki

pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi

teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif

dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.

Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu:

Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual,

nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;

Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-

alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;

Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan

serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan

Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi.

Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial

dan ekonomi:

Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi,

budaya, sosial dan pendemokrasian;

Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan

saintifik;

Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan

alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;

Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh

disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi

yang meluas; dan

46

Page 47: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan

dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation

(2006).

4.2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya

Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya

dijalankan?

Sila fahami petikan di bawah.

“A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to

attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social

inclusivity. The ILO’s framework of decent work addresses both the quality and quantity of

employment and provides a basis for new education and training policies and strategies.

Human resources development, education and training contribute significantly to

promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making

47

Page 48: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

individuals employable and informed citizens, human resources development and training

contribute to economic development and to achieving full employment and promoting

social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs,

and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less

unemployment and to more equity in employment.”

(UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)

Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang

telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan

pernyataan oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas?

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Unesco and ILO Recommendation (2002).

Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-

program di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program

yang dijalankan. Jenis-jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan,

dan penggunaan kemudahan, organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian

prestasi, jenis program, jenis masalah program, program persediaan guru, masalah

permintaan dan penawaran, sumber manusia dan sebagainya merupakan pelbagai

pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam penilaian PTV. Kajian dan

penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang, pembuat dasar dan

pentadbir berkaitan PTV.

Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai

kerangka kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu:

Falsafah Pendidikan

Sejarah Pendidikan

Pendidikan Perbandingan

48

Page 49: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Psikologi Pendidikan

Sosiologi Pendidikan

Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan

Pengajian Kurikulum

Pentadbiran dan Organisasi Sekolah

Pendidikan Tidak Formal

Penilaian

Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan

dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dan

keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan

lagi PTV. Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah

Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada

Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi

persekolahan 1995/96.

Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi

tempoh

1996 – 2020

Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-

pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.

4.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran

teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan

dengan menggunakan proses reka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan

kreativiti serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid

juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan

kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik dan

49

Page 50: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan

kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan

keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan.

Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif

murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi

Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk

dan teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid

mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh

terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak

bertindakbalas dengan cara yang sama terhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid

berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada sokongan (Scaffold)

maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan keluarga. Terdapat sedikit penyelidikan

dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam reka bentuk dan teknologi. Walau

bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan secara umum oleh

Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalam konteks

bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).

Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu:

penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan

berfikir; dan

penyelesaian masalah secara kreatif.

Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras

tinggi. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi

personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.

Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi

merangkumi:

50

Page 51: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir;

Penyelesaian masalah

Pembelajaran koperatif; dan

Perbincangan kumpulan.

Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar

dalam konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual

4.1

Jadual 4.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi

Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar

Merangka

tugas

Menarik perhatian

murid

Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan

membuat keputusan.

Menyatakan kepentingan tugasan

Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia

ada dan tugasan praktikal berfokus dapat

membantu mereka.

Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam

melaksanakan tugasan membuat keputusan.

Menentukan

tujuan

Memberikan

keyakinan

Menjelaskan

prosedur

Menjalankan Meningkatkan Memberikan taklimat ringkas secara terbuka

51

Page 52: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tugasan

Mencabar

cabaran

(Sebahagian dan

bukannya semua)

atau tertutup. Menyediakan pelbagai

maklumat yang berbeza. Mengurangkan

arahan dan meminta murid menangani

kesukaran mereka sendiri. Menggunakan

tugasan tambahan.

Perbincangan Mengimbas

kembali

Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk

dan pembuatan. Menggunakan produk yang

dihasilkan oleh murid bagi melihat

kelemahan dalam reka bentuk dan proses

pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang

ada. Menyediakan mereka bagi tugasan

membuat keputusan pada masa akan

datang.

Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya

imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh

kemahiran berfikir yang perlu diberi tumpuan ialah :

Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran

Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk

Menjana idea kreatif dan inovatif

Mentafsir lukisan kerja

Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan

projek

Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang

diperlukan

52

Page 53: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.

Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan

mengimbas kembali dalam melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara

aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan;

menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan

dalam reka bentuk dan proses pembuatan;

melihat alternatif-alternatif yang ada; dan

menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan

datang.

Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah dan reka

bentuk, pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi, pembelajaran scaffold dan

aktiviti refleksi.

4.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan

pembelajaran reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan

penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif.

Idea-idea baru boleh dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu

bahan atau produk yang telah sedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat

pengalaman dalam membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang

digunakan, serta bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk

kehidupan yang akan datang.

Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui

kaedah pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang berkesan

53

Page 54: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja

merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan

bagaimana beberapa masalah boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi.

Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir

semua masalah manusia. Murid dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan

kefahaman, banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikan masalah.

Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia.

Contohnya hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan

dengan jelas bahawa membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan.

Melalui sumber-sumber yang ada mereka cuba mencapai matlamat untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi kepuasan maksimum kepada keperluan

pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.

Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan

teknologi. Ini dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti

dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika

peralatan dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, dan

memastikan keselamatan pengguna-penggunanya. Contohnya seperti kerja bahan-

bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dan tepat serta kemahiran

yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses teknologi menyediakan satu alat

inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama seperti kehidupan

dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umum yang

luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagi

menjalani kehidupan semasa dewasa.

Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada

empat sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana

rekabentuk, merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya

boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang

untuk mereka bentuk dan aktiviti teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah

tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan dan industri. Kemudian melalui maklumat-

54

Page 55: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

maklumat yang diperolehi murid akan menjana spesifikasi reka bentuk, meneroka idea

bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan membangunkan sehingga menjadi

kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.

Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan

dan melakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber

yang sesuai termasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan,

berkomunikasi dan bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan

terhadap reka bentuk dan aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa

dan budaya.

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti

murid. Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan

perlu merentasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

Langkah ini akan dapat memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha

mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor

dan berhati-hati menggunakan sumber supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian

dan urusan hidup di kalangan murid.

Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh

direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru

apa saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Murid

membincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk

digunakan dalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan

peluang secara spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti

kolaborasi boleh dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi

dengan bidang lain seperti sains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002).

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd.

55

Page 56: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

4.5 Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ?

Definisi literasi ...

”able to recognize when information is needed and have the ability to locate,

evaluate and use effectively the needed information” (Ron, R., 1995)

• LITERASI – Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.

Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan

di sekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka

bentuk dan teknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi

mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau

cerita tentang reka bentuk dan teknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh

dilakukan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan ICT.

Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka

bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah

dan perkataan secara spesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan

tema seperti alat-alat dan kegunaannya, bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-

jenis pergerakan boleh digunakan. Manakala teks bukan fiksyen dengan isi

kandungan reka bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara. Teks

boleh digunakan untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan

kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang

untuk masa depan.

56

Page 57: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan

merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh

digunakan dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau

komponen. Antara contoh-contoh peranan ICT ialah:

Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi

internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer);

Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan,

berasaskan perisian.;

Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan

pangkalan data atau lembaran kerja;

Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja;

Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus;

Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi

menghasilkan carta alir;

Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan

perkataan, kamera digital, rakaman audio dan video;

Menghasilkan wallpaper, imej, dan clip art menggunakan perisian khusus; dan

lain-lain lagi.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Ritchie, R. (2001). Primary design and

technology: A process for learning (2nd ed). London: David Fulton

Publishers (m.s 60 – 62).

Tahukah anda, dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha

untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada

penguasaan kemahiran 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui

pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai

57

Page 58: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka

menguasai kemahiran 3M ini.

Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan

dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk

pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan

Information Communication Technology (ICT).

Ringkasnya, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Ini boleh dilakukan melalui

pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh

diperkembangkan seperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan

pengkalan data serta berkomunikasi secara elektronik.

Bagaimanakah mengaplikasikan literasi, 3M dan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran RBT di sekolah rendah?

Latihan

Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.

1. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi

penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.

Sehubungan itu, jelaskan peranan dan fungsi PTV dari segi berikut:

a) konteks individu

b) konteks sosial dan ekonomi

2. Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik

daripada pelbagai orientasi disiplin pendidikan. Di Malaysia, dapatan

58

Page 59: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

penyelidikan PTV telah membawa kepada beberapa perubahan dasar

pendidikan PTV. Sehubungan itu, bincangkan kepentingan penyelidikan PTV.

3. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada

kemahiran teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan

murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan

produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk.

Bincangkan bagaimana anda mengembangkan kreativiti pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

TAJUK 5SISTEM PTV: PERINGKAT SEKOLAH RENDAH,

INSTITUT FARMAL DAN TIDAK FORMAL

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan tentang Sistem PTV di peringkat Sekolah Rendah,

Institusi Formal dan Tidak Formal. Juga menjelaskan serba sedikit mengenai

latihan perantisan, Sekolah Aneka Jurusan, Sekolah Vokasional dan Teknik,

Institusi Awam serta Institusi Swasta.

Hasil Pembelajaran:

59

Page 60: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat menguasai hasil pembelajaran berikut iaitu:

1. Menerangkan mengenai latihan perantisan ;

2. Menjelaskan program-program PTV yang terdapat di bawah institusi formal;

3. Membezakan program-program yang terdapat di bawah Institusi Pendidikan

Tinggi Awam dengan Institusi Swasta;

4. Membezakan antara aktiviti yang dijalankan semasa latihan di tempat kerja

dengan pendidikan tidak formal;

Kerangka konsep tajuk 5

5.1 Latihan Perantisan

“ Apprenticeship is occupational training that combines on-the-job experience with

classroom instruction. Apprentices usually begin at half the salary of trained people

(journey workers) who have industry certification, and receive pay increases as they

learn to perform more complex tasks. When they become journey workers, they

increase their chances of finding a well-paying job in the industry and can become

supervisors or go into business for themselves. “

Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan

perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada lepasan

sekolah/belia-belia.

60

SISTEM PTV

Latihan Perantisan.

Latihan Di Tempat Kerja

Institusi Formal

Pendidikan Tidak Formal

Page 61: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajar-pelajar ditaja oleh majikan sektor

perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 2 1/2

bulan - 6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Para perantis akan

dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil

kerja (on-the-job)di tempat/premis majikan penaja.

Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan

majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Perantis

dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat

latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja).

Tahukah anda apakah bentuk latihan perantisan yang ada di Malaysia pada

masa kini? Cuba bandingkan bentuk latihan perantisan di Malaysia dengan

negara maju yang lain.

Dapatkan maklumat lanjut di internet. Kumpulkan maklumat dan buatkan peta

minda untuk menunjukkan kefahaman anda mengenainya.

5.2 Institusi Formal

5.2.1 Sekolah Aneka Jurusan (Komprehensif)

Tahukah anda bahawa Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubahsuai

Sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah

Rendah pada tahun 1965?

61

Page 62: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Dilaksanakan pada tahun 1965. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Komprehensif. Di

mana empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan daripada Tingakatan 1

hingga Tingkatan 3 yang dianggap sebagai mata pelajaran elektif iaitu Seni

Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ini

telah memansuhkan Sekolah Lanjutan Kampung.

Dalam mata pelajaran elektif, diadakan latihan amali dan teori mengikut kehendak

kursus. Corak mata pelajaran teknik dan vokasional diterapkan kepada murid-murid

dalam mata pelajaran elektif di bawah sistem aneka jurusan.

Fikirkan sejenak! Apakah ciri-ciri sistem pendidikan aneka jurusan ini?

5.2.2 Sekolah Vokasional dan Teknik

Tahukah anda bahawa Sekolah Menengah Vokasional telah ditubuhkan pada

tahun 1968. Pada tahun berapakah ia telah di naik taraf ke Sekolah

Menengah Teknik?

Tujuan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk memberi latihan dan

kemahiran kepada pelajar bersesuaian dengan pekerjaan di sektor perindustrian,

perusahaan, pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan. Sekolah ini menawarkan

empat bidang kursus vokasional iaitu Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains

Rumah Tangga.

62

Page 63: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Di samping mempelajari mata pelajaran vokasional, murid-murid juga diberi peluang

untuk mempelajari mata pelajaran am. Satu pertiga daripada seluruh masa

persekolahan ditumpukan kepada mata pelajaran am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa

Melayu, Ilmu Hisab, Ilmu Kemasyarakatan dan Pelajaran Agama Islam bagi pelajar

Islam.

Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional, murid-murid

akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang diakui

setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Selain menceburi bidang pekerjaan,

pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik boleh

melanjutkan pelajaran sehingga ke Politeknik dan Universiti.

Manakala Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical

Institute (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris. Tujuan Sekolah Menengah Teknik

adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada pelajar untuk

melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal. Terdapat tiga kursus utama yang

ditawarkan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian

Perdagangan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar perempuan bagi

memenuhi cadangan Rancangan Malaysia Kedua.

Fikirkan, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan

Sistem Pendidikan Vokasional dan Teknik di Malaysia?

Dapatkan maklumat lanjut dari internet.

5.2.3 Institusi Pendidikan Tinggi Awam

63

Page 64: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Tahukah anda bahawa dalam tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

mengkaji semula kurikulum PTV supaya ia memenuhi kehendak industri. Kajian telah

dibuat untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir selaras dengan matlamat Wawasan

2020.

Sehubungan dengan itu Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan lebih awal

berbanding institut lain di bawah MARA. UiTM memberi peluang kepada lepasan

SPM/MCE untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam

bidang pembangunan industri. Graduan lepasan UiTM dapat menarik minat sektor

perbankan, perdagangan, perindustrian, sektor awam dan sektor swasta. Selain itu

graduan ini juga boleh melanjutkan pelajarannya di dalam dan di luar negara yang

dibiayai oleh pihak JPA dan sebagainya.

5.2.4 Institusi Swasta

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan konsep penswastaan institut

teknikal dan sekolah teknik kepada industri. Tahukah anda apakah tujuan penswastaan

ini? Mari kita bincangkan matlamat di bawah;

a. Memberikan latihan kepada pelajar vokasional menjalani latihan di industri-

industri pengeluaran;

b. Mendapatkan pengalaman yang lebih dalam bidang kursus yang dijalani; dan

c. Mengurangkan kos kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesa sektor swasta menawarkan kursus

teknikal kepada pelajar lepasan sekolah. Pada tahun 1993, sektor kerajaan dan sektor

swasta iaitu Pertubuhan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bergabung tenaga untuk

memainkan peranan yang sama bagi meningkatkan tahap kemahiran.

64

Page 65: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Dapatkan maklumat berkaitan apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh

pihak swasta ini dalam memperkembangkan sistem Pendidikan Teknik

dan Vokasional di Malaysia.

5.3.1 Sekolah Ke Kerjaya (SKK)

Kenapa agaknya Sekolah ke Kerjaya di berhentikan sedangkan ia mempunyai

banyak faedah kepada pelajar?

Konsep Program SKK

SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan

potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran boleh guna

melalui pengalaman tempat kerja. Program SKK mengandungi dua komponen iaitu:

i) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang

minimum, dan

ii) Latihan di tempat kerja untuk mendapat kemahiran boleh guna melalui

pengalaman tempat kerja.

Objektif program SKK adalah seperti berikut:

i) Untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan

pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi

akademik

ii) Untuk mengembangkan potensi dan kemahiran boleh guna pelajar dengan

melalui pengalaman tempat kerja, dan

iii) Untuk memanfaatkan masa di peringkat sekolah menengah terutama bagi

mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik.

65

Page 66: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sukatan Pelajaran Minimum

Tahukah anda bahawa sukatan pelajaran untuk SKK ini hanyalah sukatan minimum. Ia

mengandungi beberapa topik terpilih mata pelajaran teras dan elektif Tingkatan 4 dan 5.

Objektif sukatan pelajaran minimum ialah:

i) membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai topik yang dipilih,

dan

ii) membantu guru bagi membimbing pelajar untuk mencapai kelulusan dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut di atas, sukatan pelajaran yang minimum bagi

mata-mata pelajaran berikut telah disediakan untuk kegunaan sekolah. Sukatan

pelajaran minimum ini mengandungi topik-topik terpilih yang dijangka dapat membantu

pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM.

- Mata Pelajaran Teras

- Mata Pelajaran Elektif

- Bahasa Melayu Ekonomi Asas

- Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu

- Sains Geografi

- Matematik

- Sejarah

5.3.2 Latihan Tempat Kerja (LTK)

Latihan di tempat kerja bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba

pengalaman latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan.

66

Page 67: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Objektif latihan di tempat kerja adalah untuk:

i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat

latihan,

ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan

kebolehan, dan

iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.

Model-Model Latihan Di Tempat Kerja (LTK)

Terdapat 3 model LTK yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Mari kita teliti model-

model ini.

Model A: Latihan di Agensi Kerajaan dan Swasta

Dalam model A, pelajar dikehendaki menjalani latihan di pusat latihan agensi kerajaan

atau pun di tempat kerja swasta dalam tempoh masa tertentu. Proses pengajaran dan

pembelajaran dan LTK dilaksanakan secara berselang-seli atau berterusan untuk

beberapa minggu.

Model B: Latihan Berasaskan Sekolah

Di bawah model ini, pelajar diberi pendedahan kemahiran bekerja di sekolah dengan

ditempatkan seperti di koperasi sekolah, kantin atau pun menjalani latihan kemahiran di

bengkel sekolah. Latihan kemahiran diberikan dengan menggunakan kemudahan dan

tenaga yang ada di sekolah. Tunjuk ajar diberikan oleh guru, staf sokongan dan

komuniti yang berkemahiran tertentu seperti jahitan, pendawaian, memasak, gunting

rambut, semaian anak pokok dan lain-lain. Pengajaran dan pembelajaran serta latihan

kemahiran berjalan semasa waktu persekolahan.

Model C: Gabungan Latihan Berasaskan Sekolah dan Di Agensi

Dalam model C, sebahagian pelajar menjalani latihan kemahiran di sekolah dan pada

masa yang sama sebahagian pelajar yang lain menjalani latihan kemahiran di agensi

67

Page 68: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

luar. Proses pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran di laksanakan

secara berselang-seli atau berterusan untuk beberapa minggu.

Fikir sejenak! Adakah anda bersetuju sekiranya program ini dibatalkan? Berikan

pandangan anda.

5.4 Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan tidak formal telah lama wujud di Tanah Melayu, sebelum kedatangan

penjajah lagi. Ketika itu, kemahiran-kemahiran berkaitan sesuatu bidang

dipelajari daripada tukang-tukang yang mahir. Tiada kelas formal perlu dihadiri,

biasanya kemahiran diperolehi melalui penerangan dan penglibatan secara terus

terhadap pekerjaan tersebut.

Fikirkan, apaka maksud pendidikan tidak formal dan

bagaimanakah pendidikan tidak formal dapat membantu

perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia?

TAJUK 6 KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DAN KHSR

DI MALAYSIA

Sinopsis:

Tajuk ini akan membincangkan mengenai kurikulum dan pengajaran PTV dan KHSR di

Malaysia dari aspek model kurikulum dan pengajaran, model-model semasa dan

berpotensi serta perbandingan kurikulum PTV di dalam dan luar negara.

Hasil Pembelajaran:

68

Page 69: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Diakhir pembelajaran, pelajar pelatih dapat:

1. Membezakan antara model dan teori.

2. Menghuraikan berkaitan di antara kurikulum dengan

pengajaran.

3. Menjelaskan model-model kurikulum yang digunakan dalam

membentuk kurikulum PTV.

4. Membina model kurikulum berdasarkan model-model

kurikulum yang telah dipelajari.

Kerangka Konsep Tajuk 6:

6.1 Model Kurikulum dan Pengajaran

Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan model? Apakah perbezaan

antara model dan teori ?

Definisi Kurikulum:

69

Kurikulum Dan Pengajaran PTV

Model Kurikulum dan Pengajaran

Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara

Model Semasa dan Yang Berpotensi

Page 70: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

“The sum of the learning activities and experiences that a student has

under the auspices or direction of the School”

(Finch & Crunkilton, 1999)

“Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua kurikulum

mengandungi elemen pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan

dan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran

dan penilaian hasil pembelajaran.”

(Taba, 1962)

“Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis

yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati”

(Ornstein & Hunkins, 1998)

Perkaitan antara Kurikulum dan Pengajaran:

Cuba anda teliti Rajah 1 di bawah. Ia menunjukkan perkaitan antara kurikulum dan

pengajaran yang diutarakan oleh Finch dan Crunkilton (1999). Apakah yang boleh

anda kupas dari rajah 1 berkenaan?

70

Page 71: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 1: Perkaitan antara kurikulum dan pengajaran

Bincangkan apakah perbezaan dan perkaitan antara kurikulum dan

pengajaran?

Maklumat lanjut, sila baca buku ini…Hope, G. (2004). Teaching Design

and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great

Britain: Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology:

Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan

Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational

And Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn

and Bacon.

6.2 Model Semasa dan Yang Berpotensi

Terdapat beberapa model kurikulum dalam literasi. Model yang terserlah adalah Model

Hunkins (1980), Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model

Johnson yang dipelopori oleh Mauritz Johnson (1967). Model-model ini masih dominan

kerana elemem-elemennya konsisten dengan teori mengenai sekolah dan perancangan

71

Page 72: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

pendidikan. Selain dari model-model di atas terdapat beberapa model yang boleh

dijadikan sebagai rujukan iaitu Model Gay, Model Glasier, Model Sim dan Model Taba.

6.2.1 Model Hunkins (1980)

Rajah 2: Model Kurikulum Hunkins

6.2.2 Model Tyler (1949)

Tyler mengemukakan empat persoalan sebelum sesebuah kurikulum boleh dibentuk.

Pertama, apakah matlamat yang hendak dicapai? Matlamat dan objektif kurikulum

biasanya diperoleh dari kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri

serta subjek atau kursus yang akan ditawarkan. Kesemua elemen-elemen ini

disesuaikan dengan falsafah, visi dan misi institut yang berkenaan. Objektif-objektif ini

perlulah ditulis dengan tepat dan mestilah boleh diukur dan dicapai. Kedua , pembuat

kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak

disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. Ketiga, bagaimana

pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik supaya dapat dilaksanakan

72

Page 73: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

secara berkesan? Dan akhir sekali bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif

kurikulum tersebut tercapai?

Rajah 3 : Empat Persoalan Tyler

6.2.3 Model Johnson

Mauritzs Johnson (1967) pula mendefinisikan, kurikulum sebagai satu siri berstruktur

hasil pembelajaran yang dikehendaki (a structured series of intended learning

outcomes). Model beliau atau lebih dikenali sebagai Model Johnson mengandungi

empat komponen utama iaitu menentukan matlamat, memilih kurikulum, merancang

kurikulum dan menilai kurikulum.

73

4 persoalan Tyler

Bagaimana pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?

Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?

Apakah matlamat yang hendak dicapai?

Bagaimana menentukan sama ada matlamat ini tercapai atau tidak?

Page 74: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 4 : Empat Elemen Model Johnson

Rajah 4 : Carta Alir Empat Komponen Utama Pembentukan Kurikulum. Jika

diperhatikan secara teliti, terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson.

Rajah 5 di bawah menunjukkan carta aliran tentang Mosel Johnson. Johnson cuba

membezakan antara elemen proses dan produk dalam membina kurikulum. Bentuk

bujur menunjukkan proses manakala bentuk segi empat menggambarkan produk.

74

Empat Elemen Model Johnson

Merancang kurikulumMerancang kurikulum

Memilih kurikulumMemilih kurikulum

Menilai kurikulumMenilai kurikulum

Menentukan matlamat kurikulumMenentukan matlamat kurikulum

Matlamat pendidikan

Kurikulum

Tentukan matlamat

Merancang kurikulum

Merancang pengajaran

Pengajaran

Pembelajaran

Hasil pembelajaran

Rancangan pengajaran

Page 75: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 5 : Carta Alir Elemen Proses dan Produk Dalam Membina Kurikulum

Bujur – Proses

Segi empat - Produk

6.2.4 Model Gay

Gay mengutarakan empat model yang boleh digunakan dalam proses penghasilan

kurikulum; seperti berikut:

(a) Model Akademik.

75

Page 76: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Model ini menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat

keputusan mengenai kurikulum. Penekanan diberikan kepada penggunaan

struktur sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan

kurikulum.

(b) Model Experimental

Model ini lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana

aktiviti pelajar lebih diutamakan. Objektif pembelajaran lebih memfokus kepada

individu dan proses; dengan tujuan akan dapat dimanafaatkan oleh pelajar

sebagai anggota masyarakat.

(c) Model Pragmatic

Model ini memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan

persekitaran setempat atau sekolah. Ini bermakna, kurikulum dirancang supaya

memenuhi setting sekolah, bukannya setting daripada luar sekolah.

(d) Model teknikal

Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh

dibahagikan kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur

dan terancang. Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah:

Melaksanakan analisis keperluan.

Menyatakan objektif.

Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif.

Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.

6.2.5 Model Glasier

Merujuk Rajah 6, model ini dibina berlandaskan kepada konsep pengajaran sebagai

suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

76

Page 77: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 6: Model Glasier

Sumber : Ang Huat Bin (1999)

6.2.6 Model Sim

Merujuk Rajah 7, model ini dibina berdasarkan konsep pengajaran pelbagai bidang

komunikasi iaitu interaksi diantara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran

dalam sesuatu perselitaran tertentu.

Rajah 7: Model Sim

Sumber : Ang Huat Bin (1999)

6.2.7 Model Taba (1962)

Taba telah mengusulkan beberapa peringkat dalam pemilihan sesuatu konsep yang

melibatkan penyusunan bahan-bahan pengajaran iaitu peringkat:

Penyusunan data

Membentuk konsep

77

ObjektifPengajaran

PengetahuanSedia Ada

KaedaahMengajaran

Penilaian

Maklumat Balas

Objektif

Isi

MuridGuru

Page 78: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Membentuk hukuman

Aplikasi

6.2.8 Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999);

Rajah 8 : Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999)

Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial

In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Finch,

C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And

Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and

Bacon.

6.3 Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara

“Kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah

atau sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”

(Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

78

Page 79: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bandingkan kurikulum RBT yang dilaksanakan di dalam dan luar negara

kita (di antara Malaysia dan beberapa negara di Asia, Eropah

dan Amerika Syarikat)

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design

and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003).

Technology: Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies

Authority, dan Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum

Development In Vocational And Technical: Planning, Content And

Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

Aktiviti 6

Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.

79

Page 80: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1. Model Tyler boleh digunakan dalam pembentukan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional kerana terdapat empat objektif iaitu melibatkan matlamat, bentuk dan penyusunan pengalaman dan penilaian.

Matlamat kurikulum yang hendak dicapai merujuk kepada

A) keperluan Kementerian Pendidikan B) keperluan pelajar, masyarakat dan industri C) keperluan mengikut aliran perkembangan teknikal semasaD) keperluan pelajar semata-mata yang mana selari dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan

2. Pernyataan di bawah adalah persamaan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional negara dengan negara Amerika kecuali

A) memberi peluang pekerjaan yang luas mengikut minat pelajar B) memberi kemahiran asas yang cukup dalam bidang perniagaan dan

pertukanganC) memenuhi keperluan dan kecenderungan pelajar dalam bidang kemahiran

yang diminatiD) memper luaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di sekolah

menengah akademik ke seluruh negara

3. Berdasarkan kepada pengetahuan anda huraikan beberapa model kurikulum yang telah pelajari :A) Model TylerB) Model JohnsonC) Model TabaD) Model Gay

TAJUK 7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PTV

80

Page 81: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sinopsis:

Tajuk ini akan membincangkan mengenai pentadbiran dan penguruan PTV dari aspeks

organisasi pendadbiran, pengambilan pelajar, penyeliaan dan pemantauan program,

artikulasi dan koordinasi serta perbandingan sistem pentadbiran dan pengurusan PTV

dalam dan luar negara.

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran tajuk ini pelajar dapat:

1. Membezakan maksud pengurusan dan pentadbiran.

2. Menghuraikan organisasi pentadbiran PTV di sekolah

rendah dan organisasi PTV formal yang terdapat di Malaysia.

3. Mengetahui mengenai penyeliaan dan pemantauan

PTV di Malaysia.

4. Menjelaskan perbandingan sistem pentadbiran dan

pengurusan PTV di dalam dan luar negara.

Kerangka Konsep Tajuk 7

7.1 Organisasi Pentadbiran

81

Pentadbiran dan Pengurusan PTV

Organisasi Pentadbiran

Penyeliaan dan Pemantauan Program

Pengambilan Pelajar

Artikulasi dan Koordinasi

Perbandingan Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Dalam dan Luar Negara.

Page 82: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

memerlukan organisasi yang jelas dan mantap bagi membolehkan

pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, cuba fikirkan

apakah yang dimaksudkan dengan organisasi pentadbiran?

Di sekolah rendah, struktur organisasi secara umumnya terdiri daripada Guru Besar,

Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran. Setiap bahagian mempunyai

fungsi dan tanggung jawab tertentu. Sebagai contoh, Ketua Panitia bertanggung jawab

mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah berjalan lancar.

Berdasarkan kepada pengalaman anda semasa di sekolah, bincangkan

organisasi pentadbiran KHSR/RBT di sekolah rendah.

Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan

secara menyeluruh, eloklah sekiranya anda memahami dengan lebih jelas tentang

organisasi dan ciri-cirinya.

Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan

dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya

sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam

memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.

Definisi Organisasi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia

yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai

matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang

perlu ada di dalam sesebuah organisasi merupakan satu unit sosial, penyatuan usaha

dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

82

Page 83: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Organisasi sebagai Unit Sosial

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai

beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu

tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi

menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa

memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang

dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa,

kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.

Penyatuan Usaha dan Hubungan Di Kalangan Pekerja

Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka

supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di

kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan

berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang

haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi

bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan

dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan

hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan

individu yang lain.

Ciri-Ciri Organisasi

83

Page 84: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk menghasilkan satu identitinya yang

tersendiri. Misalnya, sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana ia

melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebuah pusat penyelidikan dan juga

sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada

masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan

pengajaran dan pembelajaran lain.

Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang

diwujudkan contohnya di IPG. Pada dasarnya organisasi pengurusan dan

pentadbiran dimana bahagian ini terdapat beberapa unit lain seperti personel,

pemasaran, dan kewangan. Manakala organisasi pengurusan kurikulum akan

melibatkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan beroperasi

secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur ia

memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas

perjalanan aktiviti. Di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur,

dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan

nyata kerana ia merupakan kelengkapan pelaksanaandalam sesebuah

organisasi.

Pengurusan

1. Pengurusan merupakan pelaksanaan sesuatu proses melalui manusia.

2. Merupakan satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama,

penyertaan dan penglibatan ahli- ahli dalam sesebuah organisasi untuk

mencapai sesuatu objektif atau matlamat.

3. Pengurusan melibatkan proses kemanusiaan

Pentadbiran

84

Page 85: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Merupkan satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan,

pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga

manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai

objektif yang telah ditetapkan.

Kesimpulan yang boleh dibuat tentang pentadbiran dan pengurusan:

1. Tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran, Boles

dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu

fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan

menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2. Wilfird Brown juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu

peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepada pembantu-pembantu dan

pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.

Eleman Pengurusan

1. Membuat Keputusan Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat

keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul

di dalam semua peringkat proses pengurusan.

2. Menyelesai Masalah - Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih

alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu

pencapaian matlamat organisasi.

3. Hubungan Manusia - Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan

pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik. 

4. Komunikasi - Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang

dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah

pencapaian matlamat organisasi.

Proses Pengurusan

85

Page 86: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

1. Planning (merancang)

Terdiri daripada:

i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.

ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan

yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.

iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.

iv. mencari alternatif atau pilihan.

v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.

2. Organising (mengelola)

i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka

dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah

dirancangkan.

ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang

baik.

iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan

jentera pelaksanaan.

iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber

lain yang perlu.

3. Directing (mengarah)

i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.

ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan

dengan cara membuat keputusan.

iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.

iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

4. Controlling (mengawal)

86

Page 87: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

i. Menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.

ii. Melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat

dibetulkan.

iii. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara

membentuk matlamat dan taraf.

iv. Menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

7.2 Pengambilan Pelajar

Di negara kita, pengambilan pelajar ke aliran PTV adalah berdasarkan

kepada keputusan peperiksaan awam. Sehubungan itu, cuba fikirkan

apakah langkah terbaik bagi menentukan pengambilan pelajar ke dalam

aliran PTV ?

Mata pelajaran KHSR diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Manakala mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah diperkenalkan kepada

pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 sebagai mata pelajaran elektif.

Bincangkan bagaimana pengambilan pelajar Institut Pendidikan Guru dilakukan

bagi mengikuti program RBT dalam sistem pendidikan di negara ini.

Sebelum anda melihat nota di bawah mengenai proses pengambilan pelajar, anda perlu

menyenaraikan semua maklumat berdasarkan kepada penghasilan penta minda yang

telah dibincangkan terlebih dahulu berasaskan program RBT (latih tubi).

87

Page 88: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

7.2.1 Proses Pengambilan Pelajar (sumber BPG)

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau

SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti

program seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

Warganegara Malaysia.

Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau

selepas 20 Jun 1991.

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu

serta lulus Bahasa Inggeris.

SYARAT TAMBAHAN

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)

Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki

sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level

(UEC-SML).

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)

Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama

(SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat

SMA atau SMU.

88

Page 89: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Bahasa Cina Pendidikan Rendah

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan

Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan

selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG

yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas

dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu Komunikasi;

ii. Sejarah; dan

iii. Pendidikan Moral.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan

Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan

selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

89

Page 90: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG

yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas

dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;

ii. Sejarah; dan

iii. Pendidikan Syariah Islamiah.

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan

melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :

http://www.moe.gov.my mulai 04 April 2011.

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor

Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional

di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam

sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan

Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN

melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem

Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai

akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang :

http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang

pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum

membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

90

Page 91: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat

pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran

permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum

tarikh tutup permohonan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan

permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan

dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)

No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sabah

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Peti Surat 10491

88805 Kota Kinabalu, Sabah

No Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sarawak

Jalan College

93259 Kuching, Sarawak

No Telefon : 082 258045

91

Page 92: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

***Tarikh penting

Permohonan Ditutup : 13 April 2011

Semakan Temuduga : 25 April 2011

Temuduga : 02 – 05 Mei 2011

Semakan Tawaran : 21 Mei 2011

Pendaftaran : 20 Jun 2011

Admin: Maklumat disini hanya ringkas sahaja,sila rujuk lamanweb rasmi

KPLSPM disini untuk maklumat lebih terperinci.

7.3 Penyeliaan dan Pemantauan Program

Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan penyelian dan pemantauan

program?

Kenyataan Dasar dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010),

ialah;

Memberi penekanan kepada Sains dan Teknologi (S&T) serta membangunkan

kemahiran dalam teknologi berasaskan maklumat supaya pengetahuan dapat

diperoleh, disebar, ditafsir dan digunapakai;

Menambah jumlah tenaga manusia yang lebih ramai dalam bidang S&T bagi

mengambil peluang daripada kepesatan pengetahuan dan teknologi baru untuk

mencapai pertumbuhan mapan;

Mempercepatkan pencapaian nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera.

92

Page 93: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Malaysia sedang melaksanakan proses reformasi kepada PTV untuk menjadikannya

lebih fleksibel, berkualiti tinggi, berupaya menyahut dan bertindak balas terhadap

keperluan pasaran kerja yang dinamik dan mengurangkan kos terutama kepada pihak

kerajaan. Sehubungan itu, banyak program PTV diperkenalkan bagi menjayakan dasar

di atas. Namun, keberkesanan dan kejayaan program-program ini memerlukan

penyeliaan dan pemantauan yang berterusan.

Bincangkan bagaimana penyeliaan dan pemantauan program PTV

dilaksanakan di negara ini.

7.4 Artikulasi dan Koordinasi

Artikulasi

Boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu artikulasi mengufuk dan artikulasi menegak.

Artikulasi mengufuk merujuk kepada pemindahan kredit dari satu program kepada

program yang lain pada satu tahap sama ada dalam institusi yang sama atau institusi

yang lain. Manakala artikulasi menegak merujuk kepada pemindahan kredit dari satu

institusi kepada institusi yang lain pada tahap yang lebih tinggi

Koordinasi

Merupakan suatu usaha kerja sama antara jabatan, institusi, unit dalam pelaksanaan

tugas-tugas tertentu, sehingga terdapat saling mengisi, saling membantu dan saling

melengkapi.

Orang yang menggerakkan / mengkoordinasi terdapat unsur-unsur mengurus untuk

mencapai tujuan disebut koordinator

Bincangkan bagaimana artikulasi dan koordinasi PTV dilaksanakan di negara

ini.

93

Page 94: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999).

Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning,

Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

7.5 Perbandingan Sistem Pentadbiran

Cuba fikirkan bagaimanakah Sistem Pentadbiran PTV di Malaysia ?

PTV di peringkat sekolah ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala PTV

pada peringkat lepas sekolah menengah, ditadbir oleh agensi-agensi seperti

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian

Belia dan Sukan, dan Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, terdapat juga PTV

yang dilaksanakan oleh pihak-pihak swasta.

Bandingkan Sistem Pentadbiran PTV yang dilaksanakan di negara ini dan luar

negara.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial

In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-

Jackson, G. (2002)., ICT in design & technology, in Gwyneth Owen-Jackson

(ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On

Practice, New York: Routledge Falmer.

94

Page 95: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Aktiviti 7

Soalan Esei

Pengenalan

Bagi melonjakkan institusi pendidikan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006 – 2010 pada Fokus 9.02 : Memberikan lebih autonomi kepada sekolah. Ia telah

dirangka satu strategi pelaksanaannya bagi meningkatkan keupayaan dengan memberi

autonomi kepada sekolah menerusi perolehan bahan pengajaran dan pembelajaran

serta pengurusan kewangan di sekolah.

Pengurusan kewangan perlu memanfaatkan sumber kewangan dengan kaedah

pengurusan yang berkesan berdasarkan perancangan, penyelenggaraan dan analisis

yang cekap, amanah serta berhemah.

Masalah

Pihak guru sentiasa menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pesanan

perolehan barangan mahupun peralatan KHSR di sekolah kerana kekurangan atau

ketiadaan peruntukan. Setujukah anda bahawa masalah ini berpunca daripada

kelemahan sistem pengurusan kewangan sekolah di semua peringkat termasuklah

kelemahan merancang belanjawan panitia KHSR itu sendiri?

Tugas

Anda perlu jalankan satu tinjauan mengenai pengurusan kewangan berkesan di

sekolah anda. Tinjauan anda perlulah meliputi beberapa aspek berikut iaitu:

a. Enrolmen tahunan semasa

b. Peruntukan PCG bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

c. Pengagihan peruntukan kewangan mengikut rangka belanjawan tahunan

semasa

d. Perancangan Belanjawan Tahunan Semasa Panitia Kemahiran Hidup

95

Page 96: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 8 KEPIMPINAN DALAM PTV

Sinopsis:

Membincangkan mengenai kepimpinan PTV dari aspek perkembangan profesional,

penambahbaikan kualiti pengajaran PTV, peranan dan tanggung jawab panitia,

perancangan pembelajaran dan strategi dan teknik pengurusan.

Hasil Pembelajaran:

1. mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang kepimpinan dalam

PTV

2. menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan

3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tentang strategi dan teknik

pengurusan.

4. meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan melalui perkembangan

profesional.

5. menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang

diberikan

Kerangka Konsep Tajuk 8

96

KEPIMPINAN DALAM PTV

Perkembangan Profesional

Peranan dan Tanggungjawab

Penambahbaikan Kualiti

Perancangan Pembelajaran

Strategi dan Teknik Pengurusan

Page 97: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

8.1 Perkembangan Profesional

Cuba fikirkan bagaimanakah aktiviti perkembangan professional di sekolah anda

membantu anda meningkatkan kualiti kepimpinan anda dalam pengurusan KHSR

di sekolah?

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk sektor pendidikan

bagi tahun 2009 hingga 2011. Kesanggupan kerajaan membuat pelaburan yang

banyak membuktikan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang amat penting

bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai Pusat

Kecemerlangan Pendidikan Serantau di samping melahirkan insan yang seimbang

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Justeru itu, tanggungjawab yang amat berat ini terletak di bahu semua guru di sekolah,

kerana sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal seseorang

individu itu. Oleh itu, untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang

betul, sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan

pendidikan. Berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983,

Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika

Syarikat dan kajian-kajian (Edmonds, 1979; Hussien Mahmood, 1993) didapati bahawa

kepemimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan

sesebuah sekolah.

Sebelum mempelajari dengan lebih lanjut, kita perlu tahu tentang definisi dan maksud

kepimpinan. Menurut Koontz And O’Donnei (1972) kepimpinan adalah kemahiran untuk

mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat

dan berkeyakinan serta proses mempengaruhi orang lain. Hodgets (1975) kepimpinan

sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai

matlamat organisasi, memimpin bermaksud membimbing daya tenaga kakitangan

97

Page 98: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

kearah penyempurnaan matlamat organisasi manakala pimpinan bermaksud orang

yang bertanggungjawab untuk memberitahu kakitangan tentang rancangan yang akan

dilaksanakan dan strategi untuk mencapainya.

Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan seperti:

a. Kepuasan kerja

b. Menyelesaikan masalah

c. Memuji dan mengkritik

d. Memberi bimbingan dan tunjukajar

e. Menentukan kriteria dan piawai prestasi

f. Memberi sokongan moral

g. Mendorong kearah pencapaian matlamat

Ciri-Ciri Pemimpinan

a. Kecerdasan

b. Bermotivasi – motivasi dalaman dan dorongan pencapaian

c. Sikap – sikap dan hubungan yang baik

d. Matang – matang dalam bersosial

Cuba anda bincangkan diantara rakan sekerja secara ringkas mengenai jenis

kepimpinan yang ada sekarang.

98

Laiissez Faire- banyak Autonomi- Keputusan sendiri- Tidak ada penyeliaan

Autokratik- Membuat semua keputusan

Demokratik- Secara perbincangan- Keputusan secara bersama

JENIS KEPIMPINAN

Page 99: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 9 : Jenis Kepimpinan

Jenis-Jenis Tingkahlaku Pengetua

Demokrat

a. Mengambil kira pandangan kumpulan

b. Perlaksanaan perancangan selaras dengan polisi yang ditentukan secar

perbincangan

c. Mempertingkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan

d. Menghormati individu & Kumpulan pengikut

e. Menunjukan minat untuk diterima ahli

f. Komunikasi terbuka

Birokrat

a. Mengambil keputusan secara sendirian / berpusat sebagai ketua

b. Perlaksanaan perancangan tidak selaras dengan polisi yang ditetapkan

atau diperbincangkan

c. Bertindak tanpa mengambil kira individu

d. Objektif dicapai secara paksaan

e. Tidak mahu mencampuri atau melibatkan diri

f. Tidak menggalakkan komunikasi secara terbuka

Gaya kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin (Smith, 1989) atau cara pengetua

mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi. Kita

boleh menggunakan teori Laluan-Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell

(1974). Dalam teori ini House dan Mitchell memperkenalkan empat gaya

kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua/guru besar. Gaya-gaya tersebut adalah

seperti berikut:

a. Gaya kepemimpinan mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada

tingkah laku pemimpin yang menjelaskan kehendak, memberikan arahan,

tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur.

99

Page 100: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Gaya kepemimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement Oriented

Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan

matlamat yang mencari kemajuan pencapaian, mengutamakan

kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan akan

mencapai tahap yang tinggi dalam tugas.

c. Gaya kepemimpinan menyokong (Supportive Leadership) iaitu merujuk

kepada tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa, menunjukkan prihatin

terhadap kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan

dalam kumpulan kerja.

d. Gaya kepemimpinan penyertaan (Participative leadership) iaitu merujuk

kepada tingkah laku pemimpin yang meminta pandangan orang bawahan

dan menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu

keputusan.

Fikirkan sejenak! Bagaimanakah pihak pengurusan anda membuat

penambahbaikan terhadap perkembangan profesionalisme anda di sekolah?

8.2 Penambahbaikan Kualiti Pengajaran PTV

Sebagai seorang guru kita perlu memikirkan bagaimana caranya untuk

membuat penambahbaikan kualiti pengajaran PTV di sekolah.

Di sini terdapat beberapa faktor yang perlu anda ketahui dalam penambahbaikan kualiti

pengajaran PTV iaitu:

a. Faktor Kurikulum

- Perubahan dari silibus

- Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa

100

Page 101: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Faktor Infrastruktur

- Bangunan

- Peralatan dan kemudahan

c. Faktor Latihan Perguruan

- Berasaskan kopentensi

- Kurikulum yang releven

- Pendedahan kepada kemahiran ICT

d. Faktor Kaedah Pengajaran

- kaedah secara konteksual, kolabrotif

- penggunaan ICT

- Simulasi

e. Faktor Perkembangan Staf bagi pengajar

- peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus peningkatan diluar negara

Dan dalam)

f. Faktor Penilaian

- secara formatif dan summatif

- berasaskan ketrampilan

Untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat mengenai kualiti pengajaran anda

boleh melayari laman web www.pkukmweb.ukm.my dan www.eprints.uum.edu.my

101

Page 102: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

8.3 Peranan dan Tanggungjawab Panitia

Cuba fikirkan bagaimanakah Panitia KHSR di sekolah anda membantu anda

dalam pengurusan bilik darjah di sekolah?

Sebagaimana yang anda ketahui, anda pasti akan terlibat dengan satu atau lebih

panitia mata pelajaran di sekolah anda. Panitia merupakan sekumpulan guru yang

mengajar mata pelajaran yang sama khususnya Panitia KHSR. Ketua panitia

memainkan peranan yang penting di samping bertanggungjawab mengurus,

merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah berjalan lancar.

Antara peranan dan tanggungjawab ketua panitia KHSR ialah;

a. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran tahunan, semester dan

bulanan;

b. Membuat anggaran belanjawan tahunan;

c. Membuat pesanan bahan dan alatan;

d. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan,

penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KHSR;

e. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang

kemaskini;

f. Menjalankan mesyuarat panitia;

g. Menguruskan sesi perkembangan professional staf.

h. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai

oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah

sekolah. (Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran.)          

i. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan

yang dilantik  sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua

Sekolah 

102

Page 103: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

j. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata

pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi

penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua

Sekolah. 

k. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam

perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-

masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia

kepada Guru Besar atau Pengetua

atau Penolong Kanannya, sama ada  untuk untuk mendapat

penyelesaian atau untuk makluman     

l. Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum

ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk

berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan

masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan

segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan

keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Fikirkan sejenak! Adakah ketua panitia KHSR anda menjalankan tugas di

atas?

Antara peranan dan tanggungjawab panitia KHSR yang dianggap perlu dilaksanakan

oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.    

a. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk

kegunaan ahli-ahli panitia;         

b. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun

persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam

sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada

kaitan;     

103

Page 104: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

c. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk

digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi

kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.          

d. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan

yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan

guru untuk dibekalkan di pusat  sumber sekolah;  

e. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan

sekolah) yang   disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah.

f. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap

peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir

tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan pengajaran dan pembelajaran;       

g. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya

sekali sepenggal dan  mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan

jika perlu

h. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara

formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-

masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang

berhubung denga kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada

masalah atau isu tersebut;  

i. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah

mengikuti kursus  atau seminar dengan ahli-ahli lain;   

j. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah

dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai

matlamat pengajaran dan pembelajaran;  

k. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran

dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan

104

Page 105: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

l. Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke

arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran

tertentu;        

m. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit

mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;        

n. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan

mesyuarat, surat menyurat  dan rekod-rekod yang berkenaan.

Sumber : SPI Bil: 4/1986

8.4 Perancangan Pembelajaran

Perancangan pembelajaran adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan

penbelajaran mengikut keperluan kurikulum KHSR. Rancangan pengajaran dan

pembelajaran perlu disediakan lebih awal supaya ia dapat digabungkan unsur

pengetahuan, kemahiran dan nilai selaras dengan perkembangan jasmani, emosi,

rohani dan intelektual pelajar. Perancangan pembelajaran ini boleh dibahagikan

kepada dua aspek iaitu rancangan tahunan/ rancangan semester dan rancangan

pengajaran harian (RPH).

Apakah yang akan anda titikberatkan semasa menyediakan rancangan

tahunan/rancangan semester dan rancangan pengajaran harian?

105

Page 106: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

8.5 Strategi dan Teknik Pengurusan

Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam satu-satu

pengurusan pengajaran. Manakala teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang

terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan

kemahiran guru. Selaku guru, anda biasanya sering mengamalkan pelbagai strategi

dan teknik pengurusan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sekolah

seterusnya pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa kepimpinan merupakan

satu proses mempengaruhi dan mengarahkan ahli-ahli dalam panitia supaya mereka

turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat panitia dan seterusnya sekolah.

Terutamanya kepada ketua panitia, mereka boleh memilih samada menggunakan

strategi pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran ataupun pengurusan birokrasi.

Di mana ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan antara satu sama lain dan ia boleh

digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian persekitaran budaya kerja di sekolah.

Kenalpasti ketiga-tiga jenis strategi berkenaan dan sila buat rujukan dari mana-

mana bahan bercetak mahupun media elektronik.

106

Page 107: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Aktiviti 8

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas

PEMBELAJARAN KENDIRI 3:

1. Antara pernyataan di bawah yang manakah bukan matlamat perkembangan

profesional dalam pendidikan teknik dan profesional?

(A) Mencungkil potensi guru

(B) Meningkatkan keyakinan diri guru

(C) Menyambut seruan pendidikan sepanjang hayat

(D) Mengemaskini kemahiran seiring perkembangan terkini

2. Antara yang berikut , pernyataan manakah menjelaskan konsep pengelolaan

dalam proses pengurusan

I. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

II. membentuk struktur kuasa dan menyelaraskan jentera

pelaksanaan.

III. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu

struktur yang mantap

IV. memimpin dalam proses perancangan dengan cara

membuat keputusan yang tegas.

V mengenal pasti matlamat dan objek serta menetapkan

kaedah pencapaian yang paling berkesan.

(A) I , II, dan III sahaja

(B) I , II dan IV sahaja

(C) II , IV dan V sahaja

(D) III , IV dan V sahaja

107

Page 108: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3. Soalan Esei

Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan

gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi

yang mustahil bagi setiap orang yang  mahu  menjadi  seorang pemimpin yang

berjaya. Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya

sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota

dalam organisasi itu.

Sungguhpun begitu, keberkesanan, keunggulan dan kecemerlangan bergantung

kepada kepimpinan sebuah organisasi. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan

oleh Oliver Wendell Holmes, “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang

berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang

ada di dalam diri kita.” Jadi, diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam

dirinya adalah penting dalam manifestasikannya menjadi sebuah realiti.

Terdapat juga dikalangan pemimpin yang memerlukan suntikan semangat dan

wawasan bagi menterjemahkan bentuk kepimpinannya yang tidak terlalu

autokratik atau terlalu lembut kepada satu bentuk kepimpinan yang berkualiti dan

berkesan.

Dalam hubungan ini,  pepatah Arab berikut  adalah relevan dan dapat dijadikan

panduan dalam kepimpinan,

“Jika engkau terlalu keras, nanti engkau dipatahkan.  Jika engkau terlalu

lembut, nanti engkau diramaskan. Justeru, bertindaklah secara sederhana

kerana sederhana itu adalah bijaksana.”

108

Page 109: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Masalah

Adakah anda mengetahui serta dapat mengenalpasti gaya kepimpinan jenis

manakah yang menjadi amalan pihak pengurusan di sekolah anda?

Tugasan

Jalankan pemerhatian terhadap guru besar/penolong kanan dan ketua panitia

KHSR dengan menggunakan senarai semak di Lampiran 3. Kenalpasti gaya

kepimpinan manakah yang menjadi amalan mereka. Edarkan senarai semak

seperti di Lampiran 3 kepada responden yang telah anda pilih. Kumpulkan

semula senarai semak berkenaan dan buatkan analisis dengan menggunakan

borang skor yang disediakan seperti di Lampiran 4. Panduan analisis skor pada

Lampiran 5 telah dilampirkan sebagai rujukan anda.

109

Page 110: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 9PROSES PERANCANGAN, PERLAKSANAAN DAN

PENILAIAN PTV

Sinopsis:

Membincangkan mengenai proses perancangan, perlaksanaan dan penilaian PTV dari

aspek Pengajaran dan pembelajaran PTV, Pembinaan kit pembelajaran dan Kaedah

menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi Sekolah Rendah.

Hasil Pembelajaran:

1. menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran

2. mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan konteks perancangan,

pelaksanaan dan penilaian PTV.

3. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea

baru dalam konteks PTV.

4. mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir dalam

pembinaan kit pembelajaran.

5. menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan

kaedah menilai dan mentaksir dalam PTV

Kerangka konsep tajuk 9

110

PROSES PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PTV

Pengajaran dan pembelajaran PTV

Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Pembinaan kit pembelajaran

Page 111: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

9.1 Pengajaran dan Pembelajaran PTV

Fikirkan seketika, apakah maksud pengajaran dan bincangkan apakah

perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran?

Sememangnya telah kita ketahui bahawa pengajaran merupakan satu proses memberi

maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar secara langsung. Tujuan anda

mengajar adalah untuk menukarkan tingkahlaku hasil daripada pengetahuan dan

kepercayaan baru oleh pelajar. Pengajaran ini melibatkan hubungan satu hala ataupun

dua hala. Di mana berlaku komunikasi secara lisan ataupun bukan lisan bagi

membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan maklumat kepada pelajar khususnya

dalam bidang PTV.

Menurut Vernon (1980), pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala

perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat daripada pengalaman yang berulang,

latihan atau interaksi dengan persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam

jangka masa yang agak lama, tekal dan kekal. Ia boleh jadi baik atau buruk.

9.1.1 Proses perancangan PTV

Cuba anda fikirkan seketika, tentang perlunya proses perancangan PTV yang

dilaksanakan di Malaysia

Sebelum mendalami lagi mengenai tajuk ini, anda perlu faham tentang perkara-perkara

yang menjadi panduan sebelum menyediakan sesuatu program. Perkara-perkara

tersebut adalah seperti berikut :

111

Page 112: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

a. Menentukan rasional

Sebab kenapa perlunya program diadakan.

Contoh:

Mewujudkan modal insan yang berkebolehan dan berketrampilan

b. Visi

Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang

program mengikut perspektif yang lebih luas

c. Misi

Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh tertentu

selaras dengan visi yang telah ditetapkan.

d. Matlamat

Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis

berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya

mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung

berurusniaga dan mereka cipta

e. Objektif

Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan & pentadbiran untuk mencapai

matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan – di mana hasil yang

dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai

asas program tersebut

f. Isi pelajaran

Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat

selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan

g. Kaedah penyampaian

112

Page 113: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan

bermakna. Contoh:

tunjukcara, bercerita, kajian,simulasi, sumbang saran,maian peranan,

permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan

h. Keperluan Fizikal /Infrastruktur

Penyediaan infastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bangunan,

bengkel, kemudahan-kemudahan bengkel , kemudahan P&P, buku

rujukan dsb.

i. Tenaga Kerja

Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, penilai

j. Rancangan pelaksanaan

Selaras dengan penekanan MP KHSR kepada penguasaan kemahiran,

pencapaiannya hendaklah dibuat melalui aktiviti. Pelaksanaan aktiviti

mengikut peringkat

i. Peracangan (merancang aktiviti projek, merancang bahan

dan alatan, merancang kaedah penyampaian)

ii. Penyampaian ( Motivasi, tunjuk cara kemahiran, arahan

aktiviti, pelaksanaan, penyeliaan & bimbingan)

iii. Penilaian

k. Penilaian

Dapatan dari segi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta hasil kerja

9.1.2 Penjanaan Idea Dalam Konteks PTV

Penghasilan idea yang kreatif dalam mereka bentuk produk. Ini dilakukan dalam kerja

amali. Ini dilakukan dalam subjek reka cipta. Bagi KHSR elemen ini merangkumi aspek

113

Page 114: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

pendedahan kepada asas reka cipta, mengenal idea berdasarkan gambar atau objek,

Kajian reka bentuk dan kefungsian produk.

9.1.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Amalan Reflektif Kritis

Pengajaran dan Pembelajaran melalui amalan refleksi kritis dimana ia mengaitkan

masa silam pengalaman pelajar dengan membuat releksi secara kritis seperti

kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea.

Terdapat beberapa pendekatan yang perlu diketahui oleh setiap orang pendidik.

Adakah anda tahu tentang pendekatan tersebut ?. Untuk mengetahui dengan lebih

lanjut sila rujuk perenggan berikutnya:

9.1.3.1 Pendekatan Masteri

Bagaimanakah pendekatan masteri memberi kesan kepada pencapaian prestasi

pelajar? Berikan pandangan anda.

Pendekatan Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu

unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini

memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

Cuba perhatikan Rajah 10 dan Rajah 11 di bawah. Ia menunjukkan prinsip asas

pendekatan masteri yang diperlukan bagi melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

114

Page 115: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Rajah 10: Prinsip Asas Pendekatan Masteri

Mari kita teliti model pendekatan masteri berikut;

Rajah 11: Model Pembelajaran Masteri

115

Page 116: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

9.1.3.2 Pendekatan Konstektual

Tahukah anda bahawa konstektual berasal dari bahasa Latin (con = with + textum =

woven). Adakah pendekatan konstektual ini melibatkan aktiviti hands-on

sahaja ataupun aktiviti minds-on sahaja? Berikan pandangan anda

mengenainya.

Pendekatan konstektual merupakan satu pendekatan membolehkan murid memproses

maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna. Kita ketahui bahawa

minda individu akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait

yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya.

Kaedah pembelajaran konstektual adalah merupakan :

a. Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan

b. Pembelajaran yang dirancang mengikut konteks yang berasaskan kepada

kurikulum dan objektif pembelajaran

c. Pembelajaran secara kontekstual menyediakan secara konkrit yang

melibatkan hands-on dan minds-on

d. Hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat dan

pengetahuan baru dengan cara bermakna kepada mereka

e. Melibatkan pelbagai aspek seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan

kehidupan seharian

Konsep pembelajaran secara konstektual adalah seperti berikut;

a. Guru sebagai fasilitator dan pengajaran berpusatkan murid

b. Menerapkan konsep ‘Competency Based Education’

c. Tayangan video berkaitan dengan tajuk dan situasi tempat kerja

d. Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit menerusi interaksi murid

dengan murid, murid dengan guru

116

Page 117: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

e. Menggunakan pendekatan ‘Cooperative learning’

f. Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara ‘hands-on’ berkaitan

situasi tempat kerja

Teori pembelajaran secara kontekstual merupakan satu proses pembelajaran hanya

berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara

yang bermakna dalam rangka minda mereka dimana pengetahuan sedia ada

digabungkan dengan pengetahuan baru.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks

yang pelbagai dan bermakna kepada murid merujuk rajah 12.

Rajah 12 : Konteks Yang Pelbagai

Pendekatan kontekstual merentasi pelbagai disiplin ilmu yang merangkumi Matematik,

sains komunikasi, teknik dan vokasional, dan kemanusiaan.

Kaedah pembelajaran konstektual juga boleh disimpulkan dalam satu model yang

dinamakan REACT (Relating, Experiencing, Applying, Cooperating dan Transfering)

117

Konteks yang pelbagai

Budaya

Psikologi

SosialFazikal

Page 118: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

dan semasa proses pembelajaran secara konstektual, murid akan melalui satu ataupun

lebih proses berikut:

a. R (Relating) – menghubung kait

b. E (Experiencing) - mengalami

c. A (Applying) - mengaplikasi

d. C (Cooperating) - bekerjasama

e. T (Trasfering) – memindahkan

Relating (Menghubung kait)

- Pelajar belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan atau konsep

baru dengan pengalaman hidup mereka.

Contoh: Memahami konsep baru tentang aliran elektrik, guru membawa

pelajar melawat ke stesyen penjana elektrik atau tempat air terjun di

kawasan sekolah

Experiencing (Mengalami)

- Belajar dengan cara meneroka, penemuan dan reka cipta.

Contoh: Mengesan pengaliran arus elektrik dengan membuat

penyambungan litar mudah menggunakan mentol, bateri.

Applying (Mengaplikasikan)

- Konsep yang dipelajari boleh digunakan dalam situasi lain. Membuat

projek atau demonstrasi dimana konsep ini dapat diaplikasikan dalam

kehidupan harian.

118

Page 119: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Cooperating (Bekerjasama)

- Bekerjasama, memberi maklumbalas, berinteraksi dan berkomunikasi.

Contoh: Melakukan kerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan

masalah

Transferring (Memindahkan)

- Pemindahan pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan baru.

Contoh: Telah mempelajari teori elekronik dan memindahkan dalam

mereka bentuk projek elektronik

Fikirkan sejenak!

Bagaimanakah aplikasi pendekatan konstektual ini dalam mata pelajaran

KHSR?

9.1.1.3 Pendekatan Konstruktivisme

Tahukah anda bahawa terdapat dua corak pemikiran utama dalam

konstruktivisme. Apakah perbezaan di antara pendekatan konstruktivisme

dengan pendekatan konstektual?

Jika kita teliti maksud konstruktivisme, ia memberi penekanan kepada proses pelajar

membina pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan di bina

ke dalam struktur kognitif murid hasil pengalaman mereka dengan alam sekitar.

Tahukah anda bahawa struktur pengetahuan ini kadangkala menjadi penghalang yang

kuat kepada pembelajaran dan perubahan konseptual murid-murid.

119

Page 120: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru yang wujud

dalam struktur kognitif murid-murid. Pengalaman pembelajaran dibilik darjah akan

mempengaruhi schemata struktur kognitif mereka (Osborne & Wittrock, 1983).

Penstrukturan semula idea mesti dilakukan untuk mengasingkan atau mengukuhkan

pengalaman lalu dengan pengalaman baru.

Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta sebenar perlu ditinggalkan. Secara tidak

langsung pendekatan konstruktivisme ini akan mengubah kaedah pengajaran guru

yang biasa kepada kaedah yang menjurus kepada membina dan menyusun skema

konsep yang lebih mantap ke arah kecemerlangan dalam akademik.

9.1.1.4 Perkembangan kemahiran

Perkembangan kemahiran individu dilakukan melalui proses latihan yang merangkumi

kemahiran berfikir, komunikasi, melakukan aktiviti & tugasan mengikut spesifikasi,

bersosial, penulisan, merancang, analisa, menilai, belajar, urus diri dsb.

9.1.1.5 Kemahiran perkembangan idea melalui lukisan

Kemahiran mengeluarkan idea dan berkongsi pandangan melalui gambar atau lukisan.

Ini boleh dilakukan dalam aktiviti Prekaan Projek contohnya dengan;

a. Menghasilkan rupa dan bentuk projek secara lakaran.

b. Melakar dari berbagai-bagai sudut pandangan.

c. Menghasilkan lakaran awal reka bentuk idea yang telah di pilih.

d. Menghasilkan lakaran-lakaran perkembangan idea selanjutnya.

e. Menganalisis lakaran-lakaran reka bentuk yang telah disediakan.

f. Menghubung kait lakaran-lakaran idea yang telah dibuat, bersesuaian

dengan idea asal.

120

Page 121: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Implikasi daripada pengeritan konstruktivisme iaitu:

a. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid

b. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut bukan pengajaran yang diterima secara

pasif.

c. Guru beperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina

pengetahuan dan menyelesaikan masalah

d. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

e. Guru beperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang

menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

(PPK 2001)

Ciri-ciri Pembelajaran secara konstruktivisme iaitu:

a. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan

menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran

b. Menggalakkan murid bertanya dan berdailog dengan murid dan guru

c. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting

dengan hasil pembelajaran

d. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

e. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu

idea

f. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

g. Menyokong pembelajaran secara koperatif

h. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

i. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

dangan situasi dunia yang sebenar

(PPK 2001)

121

Page 122: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme iaitu:

a. Lebih berfikir

b. Lebih seronok

c. Lebih berkemahiran sosial

d. Lebih yakin

e. Lebih ingat

f. Lebih faham

(PPK 2001)

9.2 Pembinaan Kit Pembelajaran

Tahukah anda apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa

memilih kit pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran bidang

PTV?. Sila senaraikan jenis-jenis kit pembelajaran yang sesuai untuk

mengajar mata pelajaran bidang PTV.

Kit pembelajaran ialah alat yang membantu proses P&P supaya lebih berkesan. Ia

boleh dalam bentuk perisian, CD ROM model, simulasi atau kit ujikaji.

Menurut Clack dan Sun (1996), sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna

dalam pembelajaran direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model

transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai

penerima dimana perisian pendidikan seperti ini mudah diadaptasi oleh guru.

122

Page 123: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Bagaimana ICT digunakan untuk pembelajaran

Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran ialah komputer dan perisian pendidikan

sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

Secara umum setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada

komponen berikut:

a. mempersembahkan maklumat

b. membimbing

c. menyediakan/memberi latihan

d. menilai pencapaian

Rujuk http://www.uwf.edu/cie/tutorials/technolo/coursew/crsware.htm

Kelebihan Mengguna ICT

a. Dapat mengindividukan pembelajaran

b. Murid belajar mengikut kemampuan sendiri

c. Meningkatkan motivasi murid untuk belajar

d. Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang

minimum

9.3 Kaedah Menilai dan mentaksir Pengetahuan dan Kemahiran bagi Mata

Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah

Setiap guru perlu tahu mengenai maksud kaedah penilaian dan mentaksir pengetahuan

dan kemahiran iaitu

a. Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu proses pengumpulan

maklumat tentang perkembangan dan kemajuan pelajar dengan

menggunakan pelbagai kaedah.

123

Page 124: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

b. Penilaian bukan sahaja terhad kepada ujian dan peperiksaan malah

penilaian juga merupakan sebahagaian daripada proses pengajaran dan

pemelajaran.

c. Proses ini hendaklah dijalankan secara berterusan. hasil daripada

penilaian ini maka kekuatan dan kelemahan para pelajar  dapat dikenal

pasti.

d. Ini membolehkan para guru mengambil tindakan   susulan yang berkesan,

terancang dan lebih strategik.  Memastikan murid bertambah maju    

e. Penilaian dan pentaksiran dijalankan di peringkat sekolah dan peringkat

pusat. Kedua-dua peringkat penilaian ini saling melengkapi dan bertujuan

untuk memastikan matlamat pendidikan negara tercapai.

f. Sebaliknya penilaian menekankan kepada murid dapat menguasai semua

aspek.

g. Penilaian juga dilakukan terhadap tahap penguasaan dan pencapaian

kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid.

h. Ia dilakukan secara pemerhatian aktiviti dan juga projek yang dijalankan.

i. Penilaian perlu dicatatkan.

j. Senarai semak adalah satu kaedah merekod maklumat penilaian.

k. Semua penilaian hendaklah direkodkan kedalam rekod profil dan buku rekod

mengajar.

9.3.1 Penilaian Secara Ujian Bertulis

a. Ia merupakan penilaian yang melibatkan aktiviti penyemakan,

pemeriksaan atau pentaksiran terhadap hasil kerja bertulis dan karya

pelajar

b. Aspek yang dinilai secara ujian bertulis ialah:-

i. Penguasaan pengetahuan

ii. Penguasaan kemahiran belajar

iii. Pemahaman konsep

iv. Kemahiran bahasa

124

Page 125: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

v. Kemahiran berfikir

vi. Pewujudan emosi dan perasaan

vii. Perkembangan minat

viii. Perkembangan bakat

ix. Amalan nilai positif

x. Perkembangan daya kreatif

xi. Perubahan sikap.

Fikirkan sejenak! Bagaimanakah bentuk penilaian berasaskan rubrik?

Bagaimanakah ia dilaksanakan dalam bidang PTV? Dapatkan maklumat lanjut

mengenainya.

9.3.2 Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu

yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek

kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan

persekitaran.

Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti

senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. Dapatan dari

proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi

masing-masing.

Jenis Pemerhatian

125

Page 126: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

 Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:-

a. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan

tanggapan (judgement)

b. Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”

c. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

9.3.3 Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria

tertentu. Antaranya ialah

a. dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang

b. menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik

yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan

persekitaran

c. dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian

d. tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan

e. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan

keperluan

9.3.4 Fungsi Pendekatan Masteri

Penilaian melalui pemerhatian :

digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan

dalam sesuatu proses pembelajaran

dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian

sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran

dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

126

Page 127: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindakan

susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

meningkatkan motivasi pelajar

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan

minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

 

Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap

keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara,

pendidik dan mentor.

 

Pemerhatian yang terancang membantu guru :

a. Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan

apakah yang mendorong/menolak minat tersebut

b. Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan

yang positif

c. Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

d. Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

e. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

f. Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap

pelajaran, rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

Anda boleh gunakan contoh senarai semak seperti di Lampiran 6 untuk menilai

kerjasama antara ahli dalam kumpulan semasa membuat aktiviti pemerhatian di dalam

kelas anda semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

9.3.5 Penilaian Portfolio

127

Page 128: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod

bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Tahukah anda

bahawa portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan

perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan

secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran

secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga

ke akhir.

Jika diteliti kandungan portfolio, kita dapati ia boleh ditentukan oleh pelajar atau guru

atau secara kolaborasi oleh kedua-dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada;

a. Bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan

dihasilkan oleh pelajar sendiri - seperti esei, laporan, latihan, lembaran

kerja,  grafik organizer, (cetakan, disket, CD, rakaman audio/video)

b. Bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian

rakan sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru

c. Bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa

berkaitan tugasan, aktiviti/pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama

ada dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain

yang releven.

128

Page 129: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio iaitu;

1.Penilaian Awal

  

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf

pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas

bertulis mengikut  kriteria dengan

skala

        Contoh:

                   Sangat Tinggi (5)

                   Tinggi (4)

                   Sederhana (3)

                   Rendah (2)

                   Sangat Rendah (1) 

 Kriteria penilaian:

1. Pemikiran dan isi

2. Struktur dan organisasi

3. Strategi pengurusan

4. Variasi isi yang sesuai

- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan

dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah portfolio 

4. Penentuan gred  Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-

tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota

anekdot dan refleksi pelajar.

Anda boleh menggunakan contoh senarai semak portfolio di lampiran 7 sebagai

panduan semasa membuat penilaian ke atas portfolio murid anda.

Bincangkan apakah perbezaan di antara penilaian berasaskan kompetensi,

dengan penilaian berasaskan projek?

129

Page 130: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Dapatkan maklumat lanjut mengenai penilaian berasaskan kompetensi dalam website

berikut:

http://agtraining.tamu.edu/handouts/Competency-Based-Performance-Ag.pdf

http://www.ncver.edu.au/teaching/publications/2022.html

http://www.ncver.edu.au/research/proj/nr9035.pdf

Aktiviti 9

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Antara yang berikut ciri manakah tidak terdapat dalam proses perancangan

PTV.

(A) Menentukan misi

(B) Menentukan ideologi

(C) Menentukan rasional

(D) Menentukan matlamat

2. Antara yang berikut , aktiviti manakah yang menjadi utama sekiranya pengajaran

dan pembelajaran berasaskan refleksi kritis digunakan ?

(A) menambahkan bilangan idea

(B) menyusun idea dalam susunan baru

(C) membuat keputusan yang muktamad

(D) menyenarai pendek saranan kepada beberapa pilihan

130

Page 131: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

3. Dalam pembinaan kit pembelajaran , ciri manakah yang sepatutnya dijadikan

perkiraan utama ?

(A) mengintegrasikan pelbagai idea

(B) memupuk pembelajaran secara bestari

(C) menarik perhatian murid – murid secara berpanjangan

(D) menggalakkan pembelajaran secara kolaborasi sahaja

4. Apakah bentuk pentaksiran jika murid sendiri , dari masa ke masa ;

membandingkan hasil kerja pertukangan mereka dengan model yang

ditinggalkan oleh guru ?

(A) kendiri

(B) berasaskan projek

(C) pendekatan masteri

(D) berasaskan kompetensi

5. Terdapat pelbagai kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran

dalam mata pelajaran RBT di sekolah rendah selain daripada ujian bertulis .

(a) Huraikan secara ringkas dua butiran yang perlu ada pada rubrik

penilaian

(b) Senaraikan tiga ciri portfolio yang layak dipertimbangkan untuk

markah ‘baik’ .

131

Page 132: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

6. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai dan mentaksir

pengetahuan serta kemahiran dalam RBT

(a) Terangkan apa yang anda faham tentang pendekatan kontekstual dalam

penilaian mata pelajaran RBT di sekolah rendah .

Berikan contoh – contoh yang berkaitan

(b) Pendekatan penilaian berasaskan kompetensi menawarkan kelebihan

kepada para pelajar RBT .

Jelaskan sekurang – kurangnya lima kelebihan tersebut .

132

Page 133: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

TAJUK 10 PROSPEK PTV DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

NEGARA DAN LUAR NEGARA

Sinopsis:

Membincangkan mengenai prospek PTV dalam pembangunan pendidikan negara dari

aspek peluang kerjaya dan masa depan PTV, prospek PTV, perbandingan prospek

PTV dalam dan luar negara.

Hasil Pembelajaran:

1. pelajar mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan peluang kerjaya

dan masa depan RBT.

2. mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang prospek RBT

dalam dan luar negara.

3. membina dan mempertahankan hujahan yang berasas tentang isu

pendidikan RBT dalam dan luar negara

Kerangka Konsep Tajuk 10

133

Peluang kerjaya dan masa depan PTV

Perbandingan prospek PTV dalam dan luar negeri

Prospek PTV

Prospek PTV Dalam Pembangunan Pendidikan Negara

Page 134: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

10.1 Peluang Kerjaya Dan Masa Depan RBT

Pendidikan Teknik dan Vokasional terus berkembang dan kekal relevan dalam

memacu pembangunan negara. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah

cabaran yang dihadapi dalam mengembangkan PTV dalam pembangunan

pendidikan negara?

Dalam Laporan Kabinet mengenai Pelaksanaan Polisi Pendidikan Negara (1979), telah

mencadangkan agar pendidikan teknik dan vokasional dikembangkan bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja. Pendidikan teknik dan vokasional diperluaskan melalui

penambahan bilangan institusi-institusi pendidikan teknik dan vokasional. Manakala

RBT diperkenalkan bagi menyediakan murid untuk terlibat dalam bidang teknologi yang

sentiasa berubah-ubah dengan pantas. Murid akan dilatih dalam bentuk “working

technologically” yang menyediakan peluang kepada pelajar belajar dalam konteks

sebenar.

Bincangkan peluang kerjaya dan masa depan RBT di negara kita.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony

Rowe Ltd., dan Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-

Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority

134

Page 135: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

10.2 Prospek RBT

Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020, pembangunan modal insan dalam bidang teknik dan

vokasional perlu dilakukan secara serius dan berterusan. Sehubungan itu,

cuba fikirkan prospek pendidikan teknik dan vokasional di negara kita?

“By ‘working technologically’ students develop knowledge, practices and dispositions

that enable them to identify and capitalise on opportunities in innovative, creative or

practical ways. They create products in response to needs, wants or opportunities, and

evaluate their products and those of others. They also consider the impacts or

consequences of such products on individuals, communities and environments.’

(Queensland Studies Authority, 2003: page 4)

“As an area in the curriculum which always causes pupils to look into the future and

produce answer to needs by practical application, Design and Technology is uniquely

placed both to consider the issues of sustainability and to deliver understanding via

practical project-work. The critical thing in all of this is that pupils are aware of their

ability to choose, or design, a certain course of action; and, having done it, are made

aware of the consequences of their decisions and endeavours. We are suggesting that

this fundamental aspect of the subject has the ability that no other curriculum area has,

to equip pupils for their futures.”

(Googin, P. & Lawler, T., 2002; in Owen-Jackson, G (ed).)

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, bincangkan prospek RBT di dalam

sistem pendidikan di negara kita.

135

Page 136: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and

Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony

Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial In-Service

materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-Jackson, G.

(2002)., ICT In Design & Technology, in Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects

of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On Practice, New

York: Routledge Falmer.

10.3 Perbandingan Prospek RBT Dalam dan Luar Negara

Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan dalam sistem pendidikan di

negara kita. Sehubungan itu, cuba fikirkan apakah kepentingan mata pelajaran

kemahiran didedahkan kepada murid ?

Bagaimanakah RBT dilaksanakan di negara kita? Bandingkan prospek RBT di

dalam dan luar negara kita.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design

and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:

Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology:

Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority,

dan Owen-Jackson, G. (2002), ICT In Design & Technology, in Gwyneth Owen-

Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and Technology:

Perspectives On Practice, New York: Routledge Falmer.

136

Page 137: 09Bahan Bacaan Edit_1-10

RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL

Aktiviti 10

Jawab Soalan Berikut.

1. Program apakah yang dilaksanakan bagi memantapkan kepakaran dan

pengetahuan guru sekolah teknik?

(A) Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK )

(B) National Occupational Skills Standards ( NOSS )

(C) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK )

(D) Competency- Based Education and Training ( CBET )

2 Apakah peranan Jabatan Pembangunan Manusia ( JPK ) dalam membantu

perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia?

137