modul pembelajaran premeire pro

38
i pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia 2006 pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia 2002 m o d u l p e m b e l a j a r a n PRODUKSI MULTIMEDIA

Upload: ruude90

Post on 27-Jun-2015

351 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Modul pembelajaran premeire pro

TRANSCRIPT

Page 1: Modul pembelajaran premeire pro

i

pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia

2006

pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia

2002

m o d u l p e m b e l a j a r a n

P R O D U K S I M U L T I M E D I A

Page 2: Modul pembelajaran premeire pro

PENDAHULUAN

Cetakan Kedua 2006Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pesiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur..

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Modul Adobe Premiere Pro 2. Aplikasi Perisian Multimedia dan Grafik 3. Judul

ii

Page 3: Modul pembelajaran premeire pro

iii

KANDUNGAN

muka suratUNIT 1 PENGENALAN DAN FUNGSI 1

UNIT 2MENGGABUNG DAN MENYEDIAKAN OBJEK 7

UNIT 3MEMASUKKAN KESAN BUNYI DAN TRIMMING VIDEO

14

UNIT 4TRANSITION 18

UNIT 5MEMCIPTA TITLE 21

UNIT 6EKSPORT MOVIE 30

Setiap murid berupaya untuk menguasai perkara yang dipelajari dan tahap penguasaan ini adalah bergantung kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu pendekatan yang memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri. Dengan ini, murid-murid akan dapat mempertingkatkan penguasaan pembelajaran ke tahap yang maksima.

Modul ini mengandungi penerangan dan tata cara melaksanakan sesuatu arahan dalam perisian Adobe Premiere Pro®. Adalah diharapkan ia dapat membimbing dan membantu guru dan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran aplikasi Adobe Premiere Pro®.

Penting:Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi Multimedia, guru-guru adalah diingatkan supaya merujuk kepada kompetensi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 4: Modul pembelajaran premeire pro

iv

Page 5: Modul pembelajaran premeire pro

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat : mengenali antara muka Adobe Premiere Pro menerangkan fungsi asas Adobe Premiere Pro

Pengenalan

Dengan Adobe Premiere Pro, anda boleh import, capture, , assemble, dan edit video, audio, dan imej. Adobe Premiere Pro menyediakan landasan untuk memahirkan diri dalam setiap aspek kreativiti bagi membangunkan projek video anda. Modul export yang baru membantu anda memilih untuk mengeksport projek video anda ke Web, CD-ROM atau pita video.

Objektif : Memulakan Perisian Adobe Premiere Pro dan menetapkan konfigurasi Mengenali fungsi-fungsi asas Premiere

A. Memulakan Perisian Adobe Premiere Pro

1. Klik Start >Adobe Premiere Pro

B. Memahami Project Setting

Paparan tetingkap : New Project

1. Paparan pertama muncul setelah memulakan Adobe Premiere ialah Tetingkap New Project. Tujuannya bagi menyelaraskan bentuk

UNIT 1 : PENGENALAN DAN FUNGSI

1

Page 6: Modul pembelajaran premeire pro

persekitaran video yang dikehendaki. Pilih Editing Mode Video For Windows pada Custom Settings, masukkan nama file “Projek1” dan klik butang OK untuk ke paparan tetingkap utama.

2. Ruang Kerja ataupun tetingkap utama akan dipapar.

3. Bagi mengubah Project Setting dalam tetingkap utama, klik menu Project >Project Settings bagi mengubah mana-mana konfigurasi yang dikehendaki.

Mengkonfigurasi Project Setting

a. General Setting – menentukan ciri-ciri asas sesuatu program video (cara memproses video, masa paparan video dan position edit)

b. Video Setting – Mengawal saiz frame, kualiti gambar, dan cara pemampatan video

c. Audio Setting – menentukan ciri-ciri audio yang dikehendakid. Keyframe dan Rendering – Mengawal ciri berkaitan dengan framee. Capture Setting – Menentukan capture video dan audio dari peranti

lain

Menentukan Ruang Kerja (Workspace)

Bagi menentukan ruang kerja yang sesuai, klik menu Window > Workspace > dan pilih salah satu pilihan sama ada Editing, Effects, Audio ataupun Color Correction

Tetingkap Ruang Kerja

2

Page 7: Modul pembelajaran premeire pro

Contoh : Editing

* Cuba pilihan Ruang Kerja (Workspace) yang lain.

Memahami Tetingkap Timeline

Untuk memahirkan diri anda perlu meneroka tetingkap masa untuk mengenalpasti kesemua fungsinya. Kaedah yang paling sesuai meneroka timeline ialah dengan meletakkan kursor di atas butang-butang .

Paparan tetingkap Timeline : A. Current-time indicator B. Viewing area bar C. Work area bar D. Time ruler E. Zoom out F. Zoom slider G. Zoom in

Tetingkap Timeline

3

Page 8: Modul pembelajaran premeire pro

Bar “C” di atas dipanggil Work Area Bar yang memaparkan bahagian video yang dipersembahkan. Dengan mengklik dan seret marker kiri atau kanan, kita boleh mengubah kawasan/bahagian yang hendak dipersembahkan.

Bahagian kiri TimeLine terdapat pelbagai Tool untuk mengedit dan menyusun klip video.

Di bawah Toolbox terdapat Time Zoom Level dimana anda boleh melihat mengikut masa atau frame “increment”

Track Option ialah untuk menambah Track video atau audio pada Timeline.

Navigasi Pada Timeline

Adakalanya anda ingin membuat navigasi pada timeline. Untuk gerak pada bahagian-bahagian tertentu kita boleh guna Zoom atau Hand Tools.

Pilih Zoom pada Tools, klik pada klip untuk menambah frame dan sebaliknya tekan kekunci “ALT” dan klik tetikus untuk mengurangkan frame.

Dengan Hand tool anda boleh klik dan seret ke bahagian yang dikehendaki.

Memilih dan Menggerakkan Klip Pada Timeline.

Cara yang paling mudah menggerakkan klip ialah dengan Tool, iaitu dengan mengklik dan seret masuk ke Timeline. Untuk menggerakkan beberapa frame, Tools boleh digunakan.

Tools Shortcut

Selection tool V

Track select tool M

Ripple edit tool B

Rolling edit tool N

Rate stretch tool X

Razor tool C

Slide tool U

Slip tool Y

Pen tool P

Hand tool H

Zoom tool Z

4

Page 9: Modul pembelajaran premeire pro

Memilih klip menggunakan Selection Tool

Menggerakkan klip dengan Track Select Tool.

Penggunaan rolling edit dan ripple edit tool

Cuba dengan pilihan yang lain.

5

Page 10: Modul pembelajaran premeire pro

Paparan Project Window

A. List view B. Icon view

Project Window memaparkan maklumat berkaitan dengan klip video yang dipilih.

Organize clips - umumnya klip akan disusun mengikut aksara. Anda boleh mengubah

menurut heading dengan klik heading pada sebelah atas paparan klip.- untuk menyusun secara bebas, gunakan Icon View ( ), seret ikon-ikon yang

dikehendaki.

Paparan Project window A. Close Project B. Thumbnail viewer C. Set poster frame D. Play thumbnail E. Bins F. Clip G. Project window menu H. List view I. Icon view J. Automate to Sequence K. Find L. New Bin M. New Item N. Delete Selected Items

6

Page 11: Modul pembelajaran premeire pro

Tambah bin:

Click the New Bin button

Hapus satu atau lebih bin:

Pilih bins dan click Delete icon

Bins

- digunakan untuk menyusun klip dalam bentuk groups.- untuk melihat kandungan Bin, klik nama Bin. Kandungan akan kelihatan di

sebelah kanan Project Window.- untuk import pilih menu File > Import >File dan pilih fail yang dikehendaki.

Paparan Monitor window

A. Time ruler B. Current-time indicator C. Viewing area bar

Gunakan tetingkap Monitor untuk melihat klip, previu Timeline, Set In And Out Points, Set marker, Masuk atau keluarkan klip dari Timeline dan juga Trimming.

7

Page 12: Modul pembelajaran premeire pro

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat:

mengimport Klip Video

menggunakan TimeLine

menggunakan Trim Klip dalam Monitor Window

Memilih Sumber Bahan

Video, audio dan klip imej yang digunakan dalam Premiere boleh didapati dari

pelbagai sumber. Anda boleh capture DV video dan audio terus dari Camcoder DV

atau capture video analog dengan mengunakan peranti video capture card. Anda

juga boleh import imej dari aplikasi-aplikasi seperti Adobe Photoshop atau Adobe

Illustrator, audio dari CD atau lain-lain sumber.

Mengimport Klip dan Projek Ke Dalam Project Window

1. Pilih menu File > Import > File dan pada Look in

2. Klik Folder Premiere Pro> Fail Sumber > Sample Folder > Cyclers.avi.

3. Pilih klip Cyclers.avi, dan klik butang Open.

4. Seterusnya paparan video dipaparkan pada tetingkap Project Window.

klip Des

Saiz frame serta jangkamasa

Movie Thumbnail

UNIT 2: MENGGABUNG DAN MENYEDIAKAN PROJEK

Nama klip

8

Page 13: Modul pembelajaran premeire pro

5. Memeriksa klip dengan memainkan klip video dalam tetingkap Project

Window selepas proses import dilakukan dan hapuskan klip dengan klip icon

Delete Selected Items jika klik tidak diperlukan.

6. Import satu lagi klip Boys.avi dari tempat yang sama. Ulangi langkah seperti

di atas.

7. Sekarang anda telah mengimport dua klip ke dalam projek anda.

Mengguna Timeline Window

Anda boleh menggunakan Timeline untuk menyusun klip-klip menjadi Movie.

1. Import 4 klip video (Boys.mov, Cyclers.mov, Fastslow.mov dan Finale.Mov)

ke dalam Project Window.

2. Dalam Project Window, pilih klip Boys.mov dan seret ke Video 1Track. Klip

tersebut akan masuk dalam Track 1.

3. Pilih Cyclers.mov dan seret ke Video 1, sebelah dengan klip Boys.mov.

4. Pilih dan seret Fastslow.mov ke Video 1, sebelah dengan klip Cyclers.mov.

5. Pilih dan seret Finale.mov ke Video 1, sebelah dengan klip Fastslow.mov.

6. Sekarang terdapat 4 klip dalam Video track 1 yang perlu diedit, dipotong dan

diubah suai. Sebelum itu sedikit konfigurasi dilakukan pada timeline.

7. Klik timeline window title bar untuk memastikan tetingkap itu aktif, klik ikon set

display style untuk memilih jenis paparan dan pilih show head only.

9

Page 14: Modul pembelajaran premeire pro

Previu dalam Monitor Window

Untuk melihat perkembangan kerja, anda boleh melihat klip dalam Monitor

Window.

1. Jika Monitor window masih belum dibuka, pilih Window, Monitor.

Dalam Source View anda boleh previu, potong dan memasukkan klip

ke dalam Timeline.

Dalam Program View, anda boleh preview keseluruhan Video yang

terdapat dalam Timeline. Anda juga boleh edit program video.

2. Dalam Monitor Window, klik butang Play.

3. Untuk replay, klik butang Play sekali lagi atau butang untuk Loop.

Trim Klips Dalam Tetingkap Monitor Window

Adakalanya anda perlu memotong bahagian klip yang tidak diperlukan. Untuk

berbuat demikian ia boleh dilakukan dalam tetingkap Monitor window. Anda akan

mengedit klip boys.mov.

1. Pastikan Timeline dan Monitor window dapat dilihat dan tidak bertindih.

2. Dari Video 1 Timeline window, klik dua kali pada Boys.mov

Frame pertama Boys.mov akan kelihatan pada Source view di Monitor

window.

Anda dapat lihat video yang sedang

dimainkan

10

Page 15: Modul pembelajaran premeire pro

3. Sebelum anda trim, mainkan video tersebut.

Klip tersebut agak panjang, oleh itu akan dipotong dengan

menetapkan titik In point , Out Point atau kedua-dua. In Point ialah titik

mula frame dan Out point ialah titik hujung Frame.

4. Anda akan trim pada titik dimana penunggang pertama berhenti. ( iaitu kira-

kira pada titik 4 saat). Di sinilah titik Out Point akan dimasukkan.

anda boleh menggunakan Shuttle Slider untuk gerakkan secara

manual.

5. Pada Source View, seret Shuttle Slider sehingga point penunggang basikal

berhenti. (4:09 saat)

6. Klik butang Mark Out

11

Page 16: Modul pembelajaran premeire pro

Klip tadi dipotong (Peringatan: Premiere hanya menyembunyikan

bahagian yang dipotong untuk memudahkan Restore)

Oleh kerana Out Point baru telah ditetapkan, terdapat ruang kosong di

antara klip pertama dan kedua.

Untuk tutup ruang kosong ini tool ( ) digunakan untuk memilih

semua klip ke kanan.

7. Dalam Timeline Window, pilih Track Selection Tool.

8. Klik Cycler.avi dalam track 1, semua klip ke kanan akan dipilih. Seret dan

rapatkan dengan Boys.avi.

9. Klik butang

10. Preview dan simpan projek anda.

12

Page 17: Modul pembelajaran premeire pro

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat: mengimport Audio ke dalam Project Window trimming Klip Video ke dalam TimeLine Window

Memasukkan Audio

Dalam modul ini anda akan memasukkan audio ke dalam projek yang telah anda buat dalam modul 2. Muzik yang akan digunakan telah dirakam dan digitized.

Buka fail Projek Unit 2

1. Pilih menu File > Import > File > dan pada Look in

2. Klik Program Files > Adobe > Premiere 6.0 > Sample Folder > Music.aif

8. Pilih klip Music.aif, dan klik Open.

9. Seret fail Music.aif dari Project Window ke Audio Track 1 pada Timeline.

10. Klik anak panah ke bawah untuk expand track audio seperti dalam rajah di bawah.

11. View expanded akan menunjukkan volume audio. Puncak yang tinggi akan menunjukkan suara yang tinggi . Dalam bahagian yang seterusnya anda akan menyeragamkan video dan muzik.

UNIT 3 : MEMASUKKAN KESAN BUNYI DAN TRIMMING VIDEO

13

Page 18: Modul pembelajaran premeire pro

12. Klik kotak sebelah ikon speaker untuk kunci trek audio.

Trimming Klip Dalam Timeline Window

Selain dari melakukan trimming klip dalam Monitor Window, anda juga dapat lakukannya dalam Timeline Window. Sebelum itu adalah lebih sesuai jika frame dipanjangkan kerana Timeline Window memaparkan setiap frame sesaat.

1. Dari Time Zoom Level, pilih saiz yang sesuai

Boys.avi hendaklah diedit agar Out point adalah synchronized dengan spike pertama audio.

2. Pilih Ripple Edit Tool ( ) dalam Timeline Window.

Ripple Edit akan trim klip tersebut tetapi akan mengekalkan tempoh klip yang lain. Ia akan memanjang atau memendekkan Klip yang lain.

3. Gerakkan pointer ke titik di mana dua klip pertama bertemu. Perhatikan bagaimana pointer berubah kepada ikon ripple edit.

14

Page 19: Modul pembelajaran premeire pro

4. Seret ripple edit tool sehingga spike pertama dalam audio track. Lepaskan butang tetikus.

Sekarang anda akan trim Cyclers.avi supaya End point selari dengan hujung Timeline. Untuk berbuat demikian anda perlu gunakan Info palette.

5. Pilih Cyclers.mov klip dan pilih menu Window > Show Info. Info palette akan memaparkan nama, tempoh dan point mula dan tamat

klip yang dipilih. Juga memaparkan lokasi pointer. Anda akan gunakan pointer information untuk membantu trim klip.

6. Pilih ripple edit tool, gerakkan ke titik di mana Cyclers.avi dan Fastslow.avi klip bertemu.

7. Seret ripple edit tool ke kiri sehingga posisi pointer dalam Info palette mencatatkan 0:00:08:01. Lepaskan butang tetikus.

15

Page 20: Modul pembelajaran premeire pro

Anda telah trim Out point bagi Cyclers.avi klip. Oleh kerana anda memotong klip menggunakan ripple edit, maka semua klip bergerak ke sebelah kiri Timeline.

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat: Menggunakan Effects Window terutamanya Video dan Audio Transition Creating Video dan Audio Transition Preview Video dan Audio Transition

Menggunakan Effects window

Effects window dalam Premiere Pro terbahagi kepada dua iaitu audio dan video. Unit ini hanya menerangkan effects jenis transitions. Terdapat 73 jenis video transition dan 2 jenis audio transition yang anda boleh pilih dari bins dalam Effects window. Dalam bins audio dan video, transition disusun menurut jenis dalam setiap bins. Setiap transition diwakili dengan ikon yang menggambarkan bentuk transition.

Untuk Memaparkan Effects windowPilih menu Window > Effects.

Untuk Melihat Deskripsi Video Atau Audio Transition

UNIT 4 : TRANSITION

16

Page 21: Modul pembelajaran premeire pro

1. Paparkan Effect window .

2. Pilih Video atau Audio Transition pada Effect Palette. Klik pada segitiga sebelah kiri ( dalam bulatan ) dan folder akan dipaparkan ,klik segitiga sehingga ikon dan deskripsi bagi setiap transition dipaparkan.

Creating Transitions

Terdapat dua cara bagaimana transition dapat dilaksanakan sama ada pada track yang sama atau pada dua track yang berasingan. Kedua-dua langkah akan diterangkan dan kedua-duanya saling memerlukan klip video bertindihan.

Untuk menghasilkan transition, import dua klip video ke dalam Project window. Anda perlu merujuk unit 2 untuk melihat kembali bagaimana melaksanakan proses mengimport dua video klip tersebut ke dalam Project window.

Track yang sama

o 11. Klik dan seret fail Boys.avi dari Project window ke dalam timeline pada track

Video 1( rajah atas). Lakukan langkah yang sama untuk fail Cyclers.avi pada track Video 1 dan pastikan bahawa bahagian hadapan fail Cyclers.avi mesti bertindihan dengan fail Boys.avi (rajah bawah).

17

Page 22: Modul pembelajaran premeire pro

2. Seterusnya paparkan Effects Window dengan cara klik pada menu bar Window>Effects

3. Untuk memilih transition, klik Video Transitions>Dissolve>Cross Dissolve

4. Untuk melihat transition yang lengkap anda boleh menggerakkan marker dari arah kiri ke arah kanan dan melihat Sequence 01 monitor atau menggunakan controller pada Sequence 01 monitor

Track yang berlainan

marker

controller

18

Page 23: Modul pembelajaran premeire pro

1. Klik dan seret fail Boys.avi dari Project window ke dalam timeline pada track Video 1( rajah atas). Lakukan langkah yang sama untuk fail Cyclers.avi pada track Video 2 dan pastikan bahawa bahagian hadapan fail Cyclers.avi mesti di atas dengan hujung fail Boys.avi (rajah bawah).

2. Seterusnya paparkan Effects Window dengan cara klik pada menu bar Window>Effects

3. Untuk memilih transition, klik Video Transitions>Dissolve>Cross Dissolve. Klik dan seret transition tersebut ke timeline dan letakkan dihujung fail Boys.avi (rajah bawah)

4. Untuk melihat transition yang lengkap anda boleh menggerakkan marker ke arah kanan dan melihat Sequence 01 monitor atau menggunakan controller pada Sequence 01 monitor

19

Page 24: Modul pembelajaran premeire pro

Render Work Area

Untuk melihat hasil kerja yang telah lengkap keseluruhannya ada perlu menekan kekunci Enter atau menggunakan menu bar klik Sequence>Render Work Area.

marker

controller

20

Page 25: Modul pembelajaran premeire pro

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat: memasukkan Title ke dalam projek memasukkan Objek Teks dan menyuntingkannya mengubah Orientasi teks mencipta Roll/Crawl teks membina Objek Grafik menambah Bayang menggunakan Warna dan Gradient

Pengenalan

Anda boleh menambah text dan grafik ke dalam persembahan Premiere Pro. Title boleh terdiri daripada garisan, bentuk, dan penghargaan bergerak. Apabila anda mencipta title, anda boleh menggunakannya sama seperti klip-klip lain dengan mengeditnya sama ada dengan memotong, memasukkan transition ataupun melakukan superimpose ke atas klip yang lain. Antara muka Adobe Title Designer.

A. Sync To Timeline Timecode button B. Send Frame To External Monitor button C. Selection tool (left), rotation tool (right) D. Type tool (left), vertical type tool (right) E. Horizontal area type tool (left), vertical area type tool (right) F. Path type tools G. Pen tool (left), add anchor point tool (right) H. Delete anchor point tool (left), convert anchor point tool (right)

I. Rectangle tool (left), clipped-corner rectangle tool (right) J. Rounded-corner rectangle tool (left), round rectangle tool (right)

K. Wedge tool (left), arc tool (right) L. Ellipse tool (left), line tool (right) M. New Style button N. Delete Style button

UNIT 5 : MENCIPTA TITLE

Page 26: Modul pembelajaran premeire pro

Membina Title

Walaupun anda boleh mencipta title dalam projek anda, ia adalah satu fail yang berasingan dari projek anda. Ia tidak akan menjadi sebahagian projek sehingga dimasukkan ke dalam Timeline.

1. Pilih menu File > New >Title

2. Pilih menu File > Save As title tersebut.

3. Tetapkan lokasi dan nama fail, simpan fail title tersebut.

Membuka fail yang telah disimpan

1. Pilih menu File > Import

2. Pilih fail dan klik open

Menyunting Title semasa fail sedang diproses

1. Klik dua kali pada title dalam Project window atau Timeline window.

Mencipta Objek Teks

Anda boleh menggunakan tools dan arahan dalam title window untuk mencipta objek yang mempunyai teks yang dikenali text objects. Premiere Pro membekalkan beberapa pilihan format dan memberi anda pelbagai prasarana.

1. Klik dan seret fail Boys.avi dari Project window ke dalam timeline pada track Video 1( rajah bawah).

2. Pilih File>New>Title atau tekan shortcut key F9. Satu tetingkap baru seperti rajah di bawah akan muncul iaitu Adobe Title Designer

Page 27: Modul pembelajaran premeire pro

3. Pilih type tool dan klik pada ruang kerja untuk meletakkan posisi text objek pada Title Window, taip teks yang dikehendaki.

4. Apabila selesai menaip, klik Selection tool dan atur kedudukan teks ditengah-tengah seperti rajah di atas.

Mengedit Teks

1. Untuk mengubah teks ikuti langkah-langkah berikut.

Guna selection Tool ( ) untuk klik teks pada text object. Untuk mengubah teks, pilih type tool dan klik pada teks, dan seret

teks yang hendak diubah.

2. Untuk format teks, Guna selection tool dan klik pada Text Object, Pada menu klik Title dan buat pilihan Font, Size,Type Alignment dan sebagainya.

Type tool

Selection tool

Page 28: Modul pembelajaran premeire pro

Mengubah Oreintasi Teks

Secara dasarnya teks dipaparkan secara mendatar tetapi anda juga boleh mengubah orientasi secara menegak.

Guna selection tool dan klik pada Text Object, Pilih menu Title > Orientation >Vertical

Mencipta Roll/Crawl Text

1. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk mencipta objek teks, pilih Title type berpandukan rajah di bawah

Roll/Crawl Option

VERTICAL

Page 29: Modul pembelajaran premeire pro

2. Klik Roll/Crawl Option dan masukkan maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan pergerakan teks

Berikut ialah maklumat yang perlu diketahui sebelum menetapkan pergerakan teks yang diperlukan.

Start Off Screen - menetapkan pergerakan keluar daripada skrin atau masuk ke dalam skrin

End Off Screen - menetapkan pergerakan berterusan sehingga objek keluar dariapada skrin

Preroll – menetapkan bilangan frame yang statik Ease-In – menetapkan bilangan frame yang akan bergerak

pada kelajuan biasa Ease-Out. – menetapkan bilangan frame yang diperlukan untuk

memperlahan klip sehingga berhenti. Postroll – menetapkan bilangan frame yang statik untuk title. Left to Right/ – menetapkan arah pergerakan crawl

Right to Left

Preview Rolling Text

1. Untuk melihat pergerakan teks, tutup dan save Window Adobe Title Designer dan berikan nama fail yang sesuai *.prtl

2. Dalam Project window anda boleh melihat pergerakan dengan memilih fail *.prtl dan klik ikon play dalam Project window

3. Klik dan seret fail *.prtl dari Project window ke dalam timeline pada track Video 2( rajah bawah).

Page 30: Modul pembelajaran premeire pro

Membina Objek Grafik

Title window mengandungi tools untuk membina objek grafik seperti garis lurus, segi empat, ellipse dan poligon. Dalam Title Window, setiap grafik yang dihasilkan apabila dipilih akan menyediakan Object Style masing-masing

Melukis garisan lurus

1. Pilih line tool dari toolbox ( )2. Seret untuk melukis garisan.

Melukis segi empat (bucu melengkung atau bucu tajam) dan Elipse

1. Klik salah satu bentuk toolbox.2. Seret dan lukis satu bentuk.3. Tekan kekunci Shift serta seret tetikus untuk melukis bentuk segiempat

berbucu tajam atau melengkung atau satu bulatan.

Mengubah ketebalan garisan

1. Dengan selection tool, pilih garisan2. Seret Line Width menurut ketebalan yang dikehendaki. Objek berisi tidak boleh diubah ketebalan

Page 31: Modul pembelajaran premeire pro

Menambah Bayang

Untuk objek atau teks anda boleh menambah bayang. Bayang dapat membantu membezakan teks dari latar. Anda juga boleh menambah warna, lutsinar atau gradient pada bayang teks atau objek.

1. Klik objek yang hendak ditambah bayang.2. Klik Check Button untuk aktifkan setting shadow dan lengkapkan maklumat

yang diperlukan. Untuk mengehadkan gerakkan 45 darjah, tekan Shift apabila menyeret.

Menggunakan Warna, Transparency dan Gradient

Anda boleh menambah warna, transparency dan gradient transparency kepada teks, objek grafik atau bayang. Anda juga boleh menggunakan eyedropper untuk mendapatkan warna yang sama dengan objek atau title window.

Mewarna Padat / Gradient

1. Guna selection tool untuk memilih objek atau teks yang sedia ada atau guna tools lain untuk menghasil objek atau teks

2. Klik Check box Fill3. Pilih Fill Type yang bersesuaian dan klik OK

Page 32: Modul pembelajaran premeire pro

Menetapkan Opacity

1. Guna selection tool untuk memilih objek atau teks.2. Klik segi tiga ke kiri Transparency permulaan atau ke kanan Transparency

akhir menu, kemudian klik atau seret ke dalam menu yang timbul untuk menambah atau mengurangkan opacity.

Sebelum effect opacity

Selepas effect opacity

Page 33: Modul pembelajaran premeire pro

Menyusun Atur Teks

Pada dasarnya, teks dan grafik dipapar pada tetingkap dalam susun atur asal lukis, dari lapisan bawah ke lapisan atas. Tetingkap Title menyediakan pilihan untuk menyusun atur teks dan objek grafik.

1. Susunan tindihan teks dan grafik, gunakan selection tool, pilih teks atau grafik.

• Pilih Title >Arrange> Bring to Front.• Pilih Title >Arrange> Bring Foward• Pilih Title >Arrang> Send to Back• Pilih Title >Arrange> Send Backward

2. Ulang langkah-langkah di atas sehingga susunan yang dikehendaki.3. Untuk ketengahkan teks atau objek dalam ruangan lukisan, gunakan

selection tool, pilih teks atau grafik berikut :• Pilih Title > Position > Horizontal Center.• Pilih Title > Position > Vertical Center.• Pilih Title > Position > Lower Third.

Menambah Title Pada Projek

Apabila anda telah menyiapkan dan menyimpan Title, Title akan menjadi klip dalam projek dan menggunakan title asal sebagai sumbernya.

1. Simpan title.2. Untuk superimpose title ke atas klip lain, letakkan pada superimpose track

(Video 2 atau lebih tinggi).

Mengubah tempoh masa Title dalam timeline

Klik fail atau aktifkan fail pada track timeline Seret Trim-in icon / Trim-out icon atau Pilih menu title , Pilih Clip > Speed/ Duration, taipkan tempoh masa baru.

Page 34: Modul pembelajaran premeire pro

Objektif

Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, pelajar dapat: Mengeksport dan Menyimpan Movie

Mengeksport Movie

Untuk menyiapkam projek, anda perlu menjadikan projek anda dalam format Quick Time,MPEG, MPEG1,AVI dan banyak lagi.

1. Untuk eksport ke format AVI pilih File > Export > Movie dan untuk lain format pilih File > Export > Adobe Media Encoder

2. Pilih lokasi untuk save masukkan Nama fail dan Klik butang Setting

UNIT 6 : EKSPORT MOVIE

Page 35: Modul pembelajaran premeire pro

3. Pastikan Microsoft AVI dipilih untuk File Type

4. Klik OK untuk export

5. Klik Save

Premiere akan membina movie Apabila movie selesai dibina, anda boleh mainkan movie tersebut di

dalam Windows Media Player

Page 36: Modul pembelajaran premeire pro

Ahli Panel Penulis Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)

Penaung: Pengarah PPKTimbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)

Ketua Panel: En. Mazlan b. Haji TalibPenolong Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum KPM

Panel Penulis (2002-2003)En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan DarulamanEn. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan DarulamanEn. Shukri b. Mansor Institut Perguruan DarulamanEn. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan DarulamanEn. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan IpohEn. M. Nadarajan Maktab Perguruan IpohEn. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, KedahEn. Abdul Jasheer b. Abdullah Maktab Perguruan Persekutuan, P.PinangPn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor SetarPn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Jitra, KedahEn. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. PetaniEn. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala BatasEn. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala BatasEn. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, KelantanCik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor BaharuPn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, IpohEn. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, KelantanEn. Arman bin Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, PerakPn. Siti Rohana bt. Abu Bakar SMK Convent, PerakEn. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River PerakPn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor SMK Putra, Perlis

Panel Penulis (2005-2006)Pn. Suraya bt. Hashim SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurEn. Abdul Karim b. Hamid SMK Kg. Jawa, KelangY.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman SMK Merchang, K. TerengganuEn. Ramlee b. Mat Rani SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.TrengganuPn. Samsuriyani bt. Ismail SMK Taman Tun Dr Ismail, K.LumpurPn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad SMK Segambut Jaya, Kuala LumpurEn. Abd. Majid b. Yusoff SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, SelangorEn. Abdul Halim b. Awang SMK Bkt.Gambir, MuarPn. Haidaturayani bt. Md. Noor SMK Khir Johari, BeranangPn. Suhaila bt. Abd. Rahman SMK Bukit Baru, MelakaPn. Sarina bt. Zainuddin PPD Kota Setar, Alor Setar, KedahEn. Ramesh a/l Kanapathy SMK Alam Megah, Shah Alam SelangorPn. Wong Siew Fong SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurCik Siti Nurhasni bt. Nordin SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, KangarCik Siti Amrah bt. Zakaria SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, SerembanPn. Noor Azrina Jasmi SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP LabuanPn. Khairul Azlina Khairi SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, PerakEn. Mohamad Nazri b. Zuhir SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, PerakEn. Haizul Faried Iskandar A.Halim SMK Khir Johari, Sg. Petani, KedahEn. Haziq b. Ruslan SMK Jeram, Selangor

Penyunting(2003)En. Rozairi bin Taib Jabatan Pelajaran MelakaEn. Razali bin Suman SMK Anjung Batu , MersingEn. Azhar bin Kamarudin SMK Gombak Setia, SelangorEn. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani EPRD, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Disember 2006