08 tajuk 1 fungsi bahasa

Upload: aran92

Post on 14-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    1/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU

    SINOPSIS

    Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu

    sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,

    bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan;2. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu;

    3. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    KANDUNGAN ISI

    Pengenalan

    Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak

    zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau

    Melayu. Setelah merdeka, bahasa Melayu telah diangkat sebagai

    bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Perkara ini

    termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    2/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa

    Melayu. Kemudian pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diangkat

    menjadi bahasa rasmi tunggal Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu

    telah menjalankan dua tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di

    Malaysia, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

    Fungsi Bahasa Melayu

    o Bahasa Kebangsaan

    Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk

    menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara. Asmah

    Hj. Omar (1993), mentakrifkan bahasa kebangsaan sebagai

    bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara.

    Bahasa kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa tempatan

    atau bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas

    penggunaannya. Selain itu, bahasa yang dipilih juga haruslah

    mempunyai ciri-ciri kebangsaan negara berkenaan di samping

    berpotensi besar untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang

    tinggal dalam negara tersebut. Contohnya di Malaysia, bahasa

    Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan disebabkan

    bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan

    sebagai alat perhubungan dalam kalangan penduduknya.

    Walaupun bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa

    Tamil dituturkan oleh sebahagian rakyat Malaysia, namun bahasa

    tersebut tidak memperlihatkan identiti kebangsaan bagi negara

    Malaysia kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa

    pendatang.

    o Bahasa Rasmi

    Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi

    dan pentadbiran kerajaan bagi sesebuah negara. Asmah Hj. Omar

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    3/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    (1993) berpendapat, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan

    dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan

    pentadbiran, sisitem pendidikan negara, urusan perdagangan dan

    perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak

    semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini

    penggunaannya semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak

    perlu dikaitkan dengan nasionalisme. Pemilihan bahasa rasmi tidak

    semestinya bahasa tempatan atau peribumi tetapi boleh dipilih

    daripada bahasa asing. Contohnya, di Malaysia sebelum negara

    mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa

    rasmi. Walau bagaimanapun, selepas negara merdeka fungsi

    bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh

    bahasa Melayu.

    Layari laman web yang berkaitan. Dengan sokongan bahangrafik, banding bezakan antara bahasa rasmi denganbahasa kebangsaan.

    o Bahasa Perpaduan

    Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah

    negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

    (majmuk). Ini bermakna bahasa Melayu adalah merupakan agen

    penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan

    kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat

    menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Saat Md Yasin

    (2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai

    bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di

    Malaysia adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep

    bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan

    masyarakat Malaysia.

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    4/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan seringdilaungkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakahperkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ?

    o Bahasa Pengantar

    Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat

    sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Pada

    tahun 1981 iaitu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa

    Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua

    peringkat persekolahan. Manakala pada tahun 1983 pula, semua

    kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa Melayu

    sebagai bahasa penghantar. Penubuhan Universiti Kebangsaan

    Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana

    universiti ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar tunggalnya. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), segala

    usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

    pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia

    yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi

    rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

    o Bahasa Ilmu

    Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan

    institusi pengajian tinggi. Peranannya seiring dengan penekanan

    terhadap budaya ilmu yang dilaungkan kerajaan. Ini bermakna

    bahasa Melayu telah berada pada tahap yang tinggi dan seiring

    dengan bahasa-bahasa utama lain. Sebagai bahasa ilmu, bahasa

    Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa

    yang sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak.

    Bagi mencapai tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri

    utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa.

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    5/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008), keintelektualan bahasa dicapai

    melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur

    tatabahasa. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan,

    kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

    o Bahasa Perdagangan

    Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan

    perdagangan melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya.

    Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan

    bergantung pada sejauh mana penutur-penutur bahasa ini

    menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Sekiranya

    banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini, maka

    bahasa yang digunakan akan berkembang dan menjadi alat

    komunikasi utama. Contohnya, bahasa Inggeris telah menjadi

    pilihan utama para perdagang pada masa kini kerana besarnya

    jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan negara-

    negara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika

    Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain.

    Latihan 1 Dengan merujuk bahan multimedia dansokongan pengurusan grafik, huraikan pelbagai fungsibahasa Melayu di negara kita.

    Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakansekuliah. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihanseterusnya.

    Latihan 2 Jelaskan bagaimana anda boleh memainkanperanan anda sebagai pelajar, untuk merealisasikan fungsibahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.

  • 7/30/2019 08 Tajuk 1 Fungsi Bahasa

    6/6

    (WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

    Hilangkan stres, minum-minum sambil hayati pantun.

    Bagaimana tidak diikat,Kain batik sama sujinya;

    Bagaimana tidak diingat,Orang baik bahasa budinya.

    Apa dijual apa dibeli,

    Mari sukat gantang Ali;Bahasa tak boleh dijual beli,

    Dari hidup sampai mati.

    TAMAT

    Rujukan:

    Asmah Hj. Omar, (1993).Perancangan bahasa dengan rujukan

    khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nuraini Yusoffet al., (2005).Bahasa Melayu untuk Pengurusan.

    Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

    Saat Md. Yasin, (2007).Bahasa Kebangsaan A. Kuala Lumpur:

    Pearson Prentice Hall.

    Siti Hajar Abdul Aziz, (2008).Bahasa Melayu 1. Shah Alam:

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.