08 (a) isi pelajaran -interaksi 4.doc

9
PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TAJUK 4 Tajuk 7: Program-Program ADHOC/PROSTAR SINOPSIS Dalam tajuk ini meliputi semua program yang dilaksanakan di sekolah sesuai dengan keperluan pelajar pada masa kini.Tajuk ini juga dapat membina pengetahuan ,sikap dan kebiasaan yang diingini untuk mencapai potensi yang seimbang dari segi kesihatan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berf dan berupaya mencapai kesejahteraandiriserta dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara. HASIL PEMELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat 1. Mengetahui jenis-jenis program adhoc/prostar . Mengenalpasti objektif program-program adhoc/prostar !. Mengetahui konsep dan matlamat adhoc/prostar ". Memahami pelaksanaan ahdoc/prostar K!ra"gka Program A#$o%/PROSTAR 7&' PENDIDIKAN PENCE(AHAN AIDS 45

Upload: khuzairi-atan

Post on 06-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK 4Tajuk 7: Program-Program ADHOC/PROSTAR

SINOPSIS

Dalam tajuk ini meliputi semua program yang dilaksanakan di sekolah sesuai dengan keperluan pelajar pada masa kini. Tajuk ini juga dapat membina pengetahuan ,sikap dan kebiasaan yang diingini untuk mencapai potensi yang seimbang dari segi kesihatan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat

1. Mengetahui jenis-jenis program adhoc/prostar

2. Mengenalpasti objektif program-program adhoc/prostar

3. Mengetahui konsep dan matlamat adhoc/prostar

4. Memahami pelaksanaan ahdoc/prostar

Kerangka Program Adhoc/PROSTAR

7.0 PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS

Modul ini menerangkan tentang teras pelaksanaan dasar Kelab PROSTAR Sekolah yang boleh digunapakai oleh sekolah-sekolah menengah bagi seluruh Malaysia. Modul ini menjelaskan dasar, definisi, matlamat, objektif, struktur organisasi dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah.

7.1.Rasional

Sekolah merupakan institusi sosial yang terdiri daripada golongan remaja sebaya yang mempunyai kriteria asasnya sebagai seorang remaja. Keadaan ini memudahkan pihak berkaitan untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat secara langsung dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat umur semasa pelajar dalam alam persekolahan merupakan masa yang sesuai untuk diberi pendedahan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit AIDS dan cara-cara mengelakkan diri dari jangkitan tersebut. Sebelum pelajar-pelajar meninggalkan alam persekolahan mereka wajar dibekalkan dengan pengetahuan tentang penyakit AIDS dan pentingnya mengamalkan cara hidup sihat. Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar akan dapat merangsang pembinaan daya tahan diri menghadapi ancaman dan pengaruh kepada aktiviti kurang sihat yang menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS. Pelajar adalah golongan yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus HIV. Di antara faktor yang menyokong andaian tersebut adalah perkembangan psikologikal remaja yang menonjolkan naluri percubaan seksual,peningkatan kepekaan terhadap aspek-aspek anatomi, percubaan menikmati dadah dan tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka boleh dijangkiti virus HIV. 7.2.Matlamat.

PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni. Disamping itu ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara, seterusnya memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya di dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.

7.3. Objektif

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar akan bahayanya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya dengan :-

7.3.1.Menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran agama dan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi pelajar-pelajar lain kearah amalan cara hidup sihat dan bermoral.

7.3.2.Melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental dan spiritual.

7.3.3.Membentuk generasi pelajar yang bermaruah, dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

7.3.4.Memupuk daya kepimpinan yang berkualiti, inovatif, kreatif, kritis dan berwawasan dikalangan pelajar

7.3.5.Membentuk golongan fasilitator berwibawa di kalangan pelajar bagi menggerakkan dan mempengaruhi pelajar lain agar turut serta dalam menentang ancaman AIDS

7.4.Kelab PROSTAR Sekolah

Kelab PROSTAR Sekolah (Program Sihat tanpa AIDS untuk Remaja) ialah sebuah kelab di sekolah- sekolah menengah yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS di samping menggalahkan amalan cara hidup yang sihat.

7.4.1.Penubuhan

Kelab PROSTAR Sekolah perlu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah berdasarkan kolaborasi dan persetujuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

7.4.2.Keahlian

Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas. Minima keahlian ialah 30 orang bagi sesebuah sekolah.

7.4.3.Pengiktirafan Kelab PROSTAR

Kelab PROSTAR Sekolah diiktiraf sebagai suatu aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah.

7.4.4.Naungan Kelab PROSTAR

Kelab PROSTAR Sekolah diletakkan di bawah naungan Pengetua sekolah. Pengetua sekolah melantik seorang guru sebagai penasihat kelab. Ahli-ahli jawatankuasa dianggotai sepenuhnya oleh pelajar sekolah.

7.4.5.Taraf Ahli Kelab PROSTAR

Semua ahli kelab PROSTAR sekolah adalah ahli kelab PROSTAR sekolah dengan mengisi borang keahlian dan pengurusan kelab di peringkat sekolah adalah di bawah bidang kuasa penaung, penasihat dan ahli jawatankuasa kelab PROSTAR sekolah sepenuhnya.

7.4.6.Yuran Kelab PROSTAR

Yuran bulanan (jumlah yuran bulanan bergantung kepada Kelab Sekolah) boleh diwujudkan untuk menjalankan aktiviti kelab diperingkat sekolah dan duit tersebut hendaklah di simpan oleh Bendahari Kelab Sekolah dan dibentangkan penyata kewangannya kepada ahli-ahli kelab.

7.4.7.Kebenaran Aktiviti

Setiap aktiviti kelab PROSTAR yang melibatkan pelajar yang diadakan di luar sekolah perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah dan penjaga.

7.4.8.Sumber Kewangan

Kelab PROSTAR boleh mendapat sumber kewangan daripada;

a. Peruntukan aktiviti ko-kurikulum sekolah

b. Yuran bulanan dari ahli kelab

c. Peruntukan dari Kelab PROSTAR daerah dan negeri

d. Sumber daripada aktiviti pungutan derma (fund raising activities) serta lain-lain

sumber.

7.4.9Laporan Aktiviti

Laporan pemantauan bulanan hendaklah dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Laporan ini disediakan oleh Pengerusi Kelab Sekolah dan disemak oleh guru penasihat.

7.5.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pegawai Kesihatan AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan(AIDS) bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat negeri.

Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab memberi nasihat dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan.

Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua sekolah berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli kelab dalam melaksana/menyertai aktiviti kelab PROSTAR.

Guru Penasihat bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah & Pegawai Pendidikan Daerah.

Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah bertanggungjawab melaksana serta menjalankan aktiviti kelab dan memberi maklumbalas kepada guru penasihat.

7.6.PEMANTAUAN

Pemantauan aktiviti kelab akan dibuat dengan menggunakan format KPS-01/01.

Laporan ini disediakan oleh guru penasihat dan dihantar kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah pada setiap bulan.

Laporan bulanan ini dikompail oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri sebelum 15 hb.

Laporan daripada daerah dikompail oleh Pegawai Kesihatan AIDS dan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan.

7.7.Penyakit Denggi

Penyakit yang berjangkit yg merbahaya dan boleh membawa maut. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti .

2. Aedes albopictus

7.7.1Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.

Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.

Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.

Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.

Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

7.8.Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah Filipina.Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS). 7.8.1.Rawatan demam denggi :

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

7.8.2.Tanda-tanda atau gejala:

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.

Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas.

Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat.

Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

RUMUSAN

1. Program PROSTAR merupakan suatu program mengerakkan golongan remaja kepada satu penghayatan cara hidup sihat yang berteraskan nilai-nilai murni.Ia juga melambangkan keprihatinan kerajaan akan masalah yang sedang melanda golongan remaja.

2. Program anti denggi juga menyumbang ke arah merealisasikan cabaran wawasan 2020 mewujudkan suatu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika di mana rakyatnya berpegang teguh kepada agama dan nilai spritual. Mewujudkan budaya masyarakat penyayang melalui institusi keluarga yang kuat dan harmoni. Memberi pengetahuan kepada pelajar di samping mengamalkan cara pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan menjadi agen perubahan kepada masyarakat.

3. Adalah diharapkan dengan penglibatan sepenuhnya sekolah-sekolah di seluruh negara dalam melaksanakan Program Bebas Denggi di sekolah. Oleh yang demikian seluruh masyarakat akan terlibat dalam pencegahan dan pengawalan deman denggi.

4. Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat. Asas kepada rangka kerja ini adalah keperluan pihak yang terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan.

5. Ibu bapa menginginkan anak mereka menjadi individu yang mempunyai sifat terpuji seperti pandai dan menghormati orang tua dan juga masyarakat, yang mengharapkan pelajar menjadi insan yang berguna. Semantara itu meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak ksihatan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

PAGE 53