06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

12
MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN BAGI GURU TINGKATAN 6 2014 PEMANTAPAN PEDAGOGI PENGAJARAN :TEKNIK PENYOALAN 1

Upload: nor-afida-ghazani

Post on 28-Jul-2015

247 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN BAGI GURU TINGKATAN 6

2014

PEMANTAPAN PEDAGOGI PENGAJARAN :TEKNIK PENYOALAN

1

Page 2: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Kandungan

Panel Penulis

isi Kandungan

Pengenalan 4

Objektif 4

Konsep KBAT 4

Teknik / strategi penyoalan 4

Aras Taksonomi Bloom dan Anderson 6 Huraian Ringkas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Anderson 8

Tiga jenis pemikiran aras tinggi 8

Faedah pelaksanaan 9

Penutup 9

Lampiran Powerpoint

Lampiran Soalan perbengkelan

2

Page 3: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

PENYELARAS

En.Shaharizan bin ShamsuddinBahagian Pendidikan guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

PANEL PENGGUBAL MODUL

Dr.Hjh. Fatimah binti Mohd Dahalan(Ketua)

Pensyarah KananJabatan Sains Sosial

Institut Pendidikan Guru Kampus TeknikKompleks Pendidikan Nilai

Bandar Enstek 71760 Negeri [email protected]

Dr.Hj. Ismail Bin SaidPensyarah Kanan

Jabatan Sains SosialInstitut Pendidikan Guru Kampus Perlis

01000 KangarPerlis

[email protected]

3

Page 4: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN GURU TINGKATAN 6 BAGI TAHUN 2014 ( TEKNIK PENYOALAN)

Pengenalan

Penyoalan merupakan sebahagian kemahiran pedagogi yang perlu ada pada setiap guru. Teknik penyoalan yang berkesan mendorong dan merangsang pemikiran pelajar. Guru Tingkatan 6 mempunyai kemahiran menyoal bukan sahaja berupaya mendorong dan merangsang pemikiran murid malah mampu meningkatkan keyakinan diri murid-muridnya dan menggerakkan murid yang segan atau pendiam.

Objektif

Objektif Modul Pemantapan Pedagogi Pengajaran :Teknik Penyoalan,

1. Menjelaskan konsep penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran2. Mendedahkan teknik penyoalan yang efektif3. Mengaplikasikan teknik penyoalan dalam pembelajaran dan pengajaran4. Menggabungjalinkan kemahiran penyoalan dan kemahiran berfikiran aras tinggi5. Mengintegrasikan kemahiran penyoalan dan i-Think

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

(Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Konsep penyoalan

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas murid. selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.

soalan —-> maklumbalas —-> reaksi selepas maklum balas

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental

Nabi Muhammad (SAW) kerap menggunakan pendekatan dialog dan bersoal jawab sebagai kaedah berinteraksi secara dua hala dalam sesi pengajaran Beliau. Ini adalah

4

Page 5: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

bertujuan untuk menarik perhatian pendengar dan mengajak mereka agar memberikan respon atau maklum balas terhadap soalan yang dikemukakan. Dengan cara ini idea yang bernas dapat digunakan dalam menjawab soalan. Sekiranya para sahabat Beliau tidak dapat menjawab, Beliau sendiri akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada orang yang mendengar. Soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW adalah menguji minda dan membawa pengertian yang begitu jauh serta mendalam, disamping mengandungi unsur-unsur analogi atau perumpamaan. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (menyoal):

”Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah masing-masing, dan kalian mandi di dalamnya sebanyak lima kali setiap hari, apakah akan ada kekotoran yang masih tinggal?”

Jawapan daripada pengikut beliau:

”Tidak akan ada kekotoran sedikit pun” Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: ”Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya”

Baginda juga sering menyoal para sahabat mengenai perkara yang sudah baginda sendiri ketahui untuk mencungkil kebijaksanaan, mengasah kecerdikan dan menyalurkan ilmu kepada mereka melalui teknik mengemukakan hujah agar dapat menguji ilmu yang ada dalam minda masing-masing. Contohnya (menurut riwayat oleh Sayyidina Abdullah bin Umar) semasa Baginda lalu di bawah sepohon kurma, Baginda mengambil buah dan memakannya dan berkata:

”Sesungguhnya ada sejenis pokok yang berwarna hijau, keberkatannya umpama keberkatan seorang muslim, daunnya tidak gugur, dan tidak pula bertaburan, dan ia mengeluarkan buah sepanjang musim dengan izin Allah SWT, dan sesungguhnya ia seumpama seorang muslim, maka khabarkan padaku apakah pohon tersebut?”

Ramai para sahabat telah meneka pohon yang dimaksudkan oleh baginda, dan akhirnya Rasulullah SAW telah memberikan jawapan:

”Ia adalah pohon kurma”

Walau pun Sayyidina Abdullah bin Umar yang mendengar soalan tersebut mengetahui jawapannya, namun beliau merasa malu untuk menjawab kerana beliau adalah paling muda dalam kalangan mereka sedangkan orang lain diam membisu.

Oleh itu, seseorang guru yang memiliki nilai-nilai profesionalisme yang tinggi sewajarnya mengajukan persoalan kepada murid bagi menguji kefahaman, menggalakkan agar mereka sentiasa berfikir serta menjelaskan jawapan yang sebenar kepada mereka sekiranya mereka tidak mengetahuinya. Guru juga perlu menggunakan perumpamaan, metafora, analogi yang bersesuaian untuk menambahkan kefahaman

5

Page 6: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

dan menggambarkan maknanya agar ia kukuh menetap dalam fikiran atau minda murid.

Teknik / strategi penyoalan (Tujuan penyoalan)

Berikut adalah antara beberapa tujuan guru menggunakan teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Merangsang penglibatan murid Mengulangkaji Merangsang murid untuk berbincang Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif Menguji kebolehan murid Menilai kemajuan murid Menentukasn sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai Menarik minat murid Mengawal tingkah laku murid Menyokong sumbangan idea murid Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid

Aras Taksonomi Bloom dan Anderson

1. Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.

Terdapat tiga kategori kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar dalam taksonomi ini iaitu kognitif(pemikiran), afektif(rohani) dan psikomotor(jasmani).

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 Peringkat Taksonomi Bloom dalam domain kognitif ialah:

1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. Penilaian

6

Page 7: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

2. Taksonomi Anderson

Namun pada tahun 2001, Anderson pula telah menambah baik taksonomi di mana aras paling rendah ialah mengingat diikuti memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan pada hirarki paling tinggi ialah mencipta.

7

Page 8: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

Huraian Ringkas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Anderson

Tiga jenis pemikiran aras tinggi

i. Pemikiran kritisMenginterpretasi, menguji, menilai, memberi justifikasi, mengkritik, merumus,

membuat spekulasi, mempertikaikan, membuat keputusan.

ii. Pemikiran kreatifmembuat hipotesis, mereka bentuk, membina semula, mencipta, membuat

modifikasi, memperkembangkan, mengimaginasi, bercambah fikirian, menyelesaikan masalah

iii. Pemikiran Analitikalmembanding, membeza, mengaitkan, memilih, menentukan, menemu bual,

mengenal pasti, menggabung, mengkategorikan, enyelidik, membuat ujikaji, dan membuat inferens.

Pemikiran aras tinggi adalah melibatkan pemikiran yang lebih tinggi daripada hafazan atau menyatakan semula , malah melibatkan pemikiran kritis, kreatif dan analitikal.

8

Page 9: 06) penulisan modul kbat dan teknik penyoalan t6 2014

Pemikiran aras tinggi memerlukan kita melakukan sesuatu dengan fakta yang ada. Kita perlu:

o memahami fakta tersebut, o membuat perkaitan antara fakta, o mengkategorikan fakta , o memanipulasinya, o menggabungkannya dalam cara baharu o mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah

Faedah Pelaksanaan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diasimilasikan dengan kurikulum sedia ada melalui pelbagai strategi pengajaran membolehkan;

o Pelajar yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding, menganalisis dan membuat inferens berupaya meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran.

o Jika aspek KBAT dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat yang berguna untuk membantu pelajar belajar. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan memperbaiki kelemahan diri.

o menentukan apa yang perlu dilakukan, meramal, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat keputusan dengan tepat, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.

Penutup

Dengan berfikir secara tersusun, manusia dapat mengurus kehidupan dengan lebih baik dan berani menghadapi cabaran yang mendatang kerana mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

9