kemahiran penyoalan

Upload: foo-way-nee

Post on 10-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN PENYOALAN 1.0. OBJEKTIF. Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : 1.1. Prinsip panduan penggunaan kemahiran penyoalan. 1.2. Objektif penyoalan. 1.3. Kesan kemahiran penyoalan ke atas pengajaran- pembelajaran. 1.4. Komponan kemahiran penyoalan. 1.5. Cara pengendalian pengajaran mikro. 2.0. KEMAHIRAN PENYOALAN. 2.1. Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. 2.2. Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal. 2.3. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan untuk membantu pelajar mengingat kembali pengetahuan lepas. 2.4. Dalam peringkat perkembangan kemahiran penyoalan adalah untuk mencungkil fikiran pelajar. 2.5. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. 2.6. Kaedah socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan. 3.0. PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN. Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut: 3.1. Pembentukan soalan.

Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah. Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya. Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi. Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah? Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas. 3.2. Teknik mengemukakan soalan Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab. Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas. Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain Mengulang jawapan pelajar itu. Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru

3.3. Penerimaan Jawapan Pelajar. Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik. Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar. Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu. Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya. Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru. 4.0. OBJEKTIF OBJEKTIF PENYOALAN. 4.1. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar. Penilaian terhadap P&P pada hari tersebut dan juga untuk mendapatkan pengalaman sedia ada mereka. 4.2. Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar. Mewujudkan intraksi dua hala dan menggalakkan mereka terlibat secara langsung dalam P&P. 4.3. Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri- penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah kompleks. Guru sebagai pembimbing bukan memberi jawapan.

4.4. Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Kerana mereka akan ditanya selepas sesuatu aktiviti. 4.5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Guru akan dapat membuat refleksi terhadap proses P&P pada hari itu. 4.6. Membantu kanak-kanak untuk lebih fokus memahami pelajaran dan bersedia untuk setiap latihan yang akan diberikan. 4.7. Menjalin hubungan baik di antara guru dengan pelajar melalu aktiviti soal jawab. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing. 4.8. Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran. 4.9. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan soalan yang mencabar. Mengembangkan perkembangan kognitif mereka. 4.10. Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang. 4.11. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.12. Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham. 5.0. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN PEMBELAJARAN

5.1. Melalui aktiviti soal jawab, pelajar- pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. 5.2. Minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah pelajar dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan. 5.3. Daya pemikiran pelajar dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi. 5.4. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. 5.5. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. 5.6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. 5.7. Menggunakan soalan- soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan. 5.8. Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep- konsep yang baru yang dipelajari. 6.0. KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN.

6.1. Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu: pembentuk soalan , fokus (tunggal), fokus (pelbagai) sebaran, hentian, melayani jawapan, memberi petunjuk dan mencungkil fikiran. 7.0. PENYOALAN MENCUNGKIL FIKIRAN. 7.1. Kemahiran ini digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar sehingga mereka memberi satu jawapan yang tepat dan sempurna. Tujuan menggunakan kemahiran ini ialah untuk menolong pelajar- pelajar berfikir secara mendalam supaya memahami sesuatu fakta, konsep, hukum atau dengan lebih jelas lagi. 7.2. Kemahiran mengunakan soalan untuk mencungkil fikiran pelajar boleh dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta berkaitan, kemudian mengemukakan soalan- soalan itu mengikut susunan yang sesuai. 7.3. Misalnya, untuk menolong pelajar memahami Konsep pecahan tak wajar dengan tepat dan lengkap, guru boleh mengemukakan beberapa soalan seperti yang berikut untuk mencungkil fikiran pelajarnya :

Guru : Apa dia pecahan tak wajar? Pelajar : Pecahan tak wajar adalah pecahan yang empunya pengangka yang lebih besar daripada penyebutnya. Guru : Sila berikan beberapa contoh pecahan tak wajar. Pelajar : 4 , 5 , 14 , a , a>b. 3 2 9 b Guru : Bagaimana 4 , 8 , 11, a ? 4 8 11 a Pelajar : Itu juga disebut pecahan tak wajar Guru : Jadi, apa dia pecahan tak wajar ? Pelajar : Pecahan tak wajar ialah pecahan yang mempunyai pengangka yang sama atau lebih besar daripada penyebutnya. 8.0. ARAS- ARAS PENYOALAN. 8.1. Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras- arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya taxonomy of education objectives . Peringkat- peringkat itu ialah : 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian 8.2. CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM 8.2.1. PENGETAHUAN

Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. Contoh : a) Beri definisi tingkah laku responden b) Senaraikan 3 langkah mengajar pelajar yang membaca c) Siapakah mencipta lampu elektrik yang pertama? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Siapakah nama kawan baik awak? b) Apakah pekerjaan bapa awak? c) Di manakah letaknya rumah awak? d) Apakah nama hari selepas hari ahad? 8.2.2. KEFAHAMAN Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya. Contoh : (a) Mengapa 3 x 8 = 24? (b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom (c) Huraikan maksud pancaindera. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita potong kuku? b) Mengapakah burung boleh terbang? c) Tuliskan huruf A hingga Z menggunakan huruf besar. 8.2.3. APLIKASI Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya. Contoh : (a) Bagaimana kita mengajar pelajar supaya mereka boleh membuat ayat dengan menggunakan perkataan berdikari ? (b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm. (c) Dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan, terangkan bagaimana anda membimbing pelajar- pelajar anda memahami ciri- ciri tanah. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah? b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa. c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2. 8.2.4 PERINGKAT ANALISIS Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.

Contoh : (a) Bezakan maksud bersama dengan bersama- sama (b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa? (c) Bandingkan kelebihan bekerja di bandar dengan luar bandar Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus. b) Bezakan malam dengan siang. Warnakan suasana siang sahaja. c) Bezakan daun dengan bunga. Warnakan bunga sahaja. 8.2.5 PERINGKAT SINTESIS Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya. Contoh a) Gubahkan satu puisi bertajuk Nelayan,. b) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab. c) Bincangkan unsur-unsur kebudayaan yang boleh dipertimbangkan untuk mengintegrasikannya dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut. b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning. c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan. 8.2.6 PERINGKAT PENILAIAN Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya. Contoh : (a) Kritikan puisi nelayan yang ditulis oleh Usman Awang (b) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain. (c) pendidikan kemajuan asas negara nilaikan Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Beri pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi. b) Beri pendapat awak tentang lukisan yang dilukis oleh kawan awak ini. c) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini. 8.3. Di dalam aktivti pengajaran mikro, aras- aras kemahiran penyoalan biasanaya digunakan sampai ke peringkat analisi sahaja. Peringkat sintesis dan penilaian tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang memberi jawapan secara lisan, memandangkan, kebanyakan soalannya berbentuk divergen, kecuali untuk kemahiran membincang.

8.4. Lazimnya penyoalan konvergen, iaitu fokus soalan yang menumpukan kepada satu idea, digunakan bersama- sama dengan aras- aras kemahiran penyoalan. Misalnya, dari segi kemahiran menggunakan soalan konvergen untuk pengajaran matematik, guru dapat menggunakan beragai-bagai jenis soalan untuk menguji pengetahuan, kefahaman penggunaan serta kemahiran menganalisis yang diperolehi oleh pelajar tentang penguasaan matematik mengikut Taksonomi Bloom. Contoh- contoh soalan konvergen mengikut peringkat- peringkat yang disebutkan adalah diberikan seperti berikut : 8.5 Peringkat pengetahuan (a) Sebutkan rumus luas sfera (b) Apakah maksud senti dalam sentimeter? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Tuliskan simbol hasil tambah. b) Tuliskan simbol hasil tolak. 8.6. Peringkat kefahaman (a) Terangkan maksud 3 x 5 = 15 (b) Apakah hukum tukar tertib bagi operasi 2 = 8? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Apakah hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang. b) Apakah hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang. 8.7. Peringkat penggunaan (a) Gunakan hukum sekutuan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi 213 + 75 + 25 denagn lebih cepat

(b) Kirakan perimeter sebuah segiempat sama sisi apabila luasnya ialah 16cm2. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Dengan menggunakan hasil tambah, jumlahkan 2 guli dengan 3 guli supaya akan menjadikan jumlah guli semakin banyak? b) Berapakah guli yang diperlukan untuk ditambah dengan 2 supaya jawapannya menjadi 8? 8.8. Peringkat analisis. (a) Apakah perbezaan di antara segitiga sama sisi dan segitiga sama kaki? (b) Apakah ciri- ciri persamaan yang didapati di antara prisma dengan kubus? Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan konvergen seperti berikut: a) Apakah perbezaan dari segi jumlah kaki di antara 4 kaki gajah dengan 2 kaki manusia? b) Apakah persamaan dari segi jumlah diantara kaki gajah dan kaki harimau? 9.0. CARA PENGENDALIAN MIKRO 9.1 Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasakan kepada kemahiran penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagai- bagai jenis soalan seperti konvergen dan soalan divergen mengikut beberapa aras kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil fikiran pelajar. 9.2. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang terlibat harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsip- prinsip panduan dan merujuk kepada komponen- komponen kemahiran penyoalan yang disarankan dalam rajah 6.2. 9.3 Pensyarah dan guru- guru pelatih yang dipilih unuk menilai boleh menggunakan borang bimbingan kemahiran penyoalan berikut. (untuk

memudahkan kerja menilai, seorang dipilih menilai teknik menyoal, dan seorang yang lain menilai aras- aras kemahiran penyoalan). Lihat rajah10.0 dibawah: 10.0. BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENYOALAN. Komponen kemahiran (teknik menyoal)

Nombor soalan 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15 Pembentukan soalan : Jelas ringkasn tepat

Fokus kepada setiap satu idea

Fokus lebih daripada satu idea

Sebaran ke seluruh kelas

Hentian yang sepatut

Melayan jawapan dengan baik

Memberi petunjuk atau petua

Mencungkil fikiran

Aras- aras kemahiran

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkaitan denagn ciri- ciri yang dapat dilihat bagi tiap- tiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro.

, ,,, a8289143bef303 , ,

h16tE

Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Anda perlu berkemahiran dalam penyoalan. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis soalan dan setiap soalan akan memberikan respons yang berlainan. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Dalam modul ini, kami memilih penyoalan berdasarkan Taksonomi Bloom. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Anda perlu berupaya membina soalan pada setiap tahap supaya dapat menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai proses kognitif. Sebelum guru membina soalan pada setiap tahap, mereka perlu memahami keenam-enam kategori. langkah 1 :pengetahuan Pengetahuan memerlukan pelajar mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Pelajar tidak dikehendaki memanipulasi maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk menjawab soalan ini, pelajar mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisi apa yang telah dipelajari. Contoh: 1. Definisikan fotosintesis. 2. Bilakah pokok getah mula ditanam di Malaysia? langkah 2 :pemahaman Peringkat pemahaman memerlukan pelajar menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Pelajar perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman, pelajar perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat kembali. Pelajar perlu menunjukkan mereka memahami apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya dengan perkataan sendiri atau membuat perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan pelajar menterjemah atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual dan kartun. Perlu diingat bahawa pelajar perlu ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman. Contoh: 1. Terangkan apa yang anda lihat semasa lawatan kita di Pameran Sains.

2. Apakah idea utama yang anda boleh dapati daripada sajak itu? 3. Bagaimanakah fotosintesis berbeza daripada transpirasi? langkah 3:aplikasi Soalan tahap ini mengkehendaki pelajar mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan aplikasi memerlukan pelajar menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki. Contoh: 1. Dengan menggunakan kaedah saintifik, selesaikan masalah ini. 2. Klasifikasikan spesimen haiwan yang diberikan kepada serangga dan bukan serangga. langkah 4 :analisis Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan pelajar memikirkan dengan kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, pelajar perlu mengenal pasti sebab sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens dan generalisasi berdasarkan maklumat tersebut. Selain itu, pelajar menganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyangkal hipotesis. Contoh: 1. Apakah kesannya kepada pengeluaran hasil makanan, jika keadaan berjerebu berterusan? 2. Bagaimanakah keadaan ekonomi negara maju boleh mempengaruhi keadaan ekonomi negara ini? langkah 5 :sintesis Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Pelajar dikehendaki menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. Pelajar perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan hanya satu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai jawapan atau pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Pelajar tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis. Contoh: 1. Bagaimanakah kita boleh dapatkan sumber kewangan untuk membuat projek

ini? 2. Apakah yang anda jangka jika bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains berkurangan? langkah 6 :penilaian Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahap yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan peringkat sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan pelajar membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ianya juga memerlukan pelajar memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk melakukannya, pelajar perlu mempunyai kriteria. Contoh: 1. Bagaimana pandangan anda tentang disiplin bioteknologi membantu manusia menghasilkan makan dengan efisien? 2. Bincangkan bagaimana bidang kejuruteraan genetik boleh membantu dan merosakkan kesejahteraan kehidupan di dunia. , ,,, a8289143bef303 , , h16tE