03 - tajuk 7 - sintesis pendekatan 3 tokoh - copy

Upload: ernieyanti-bakri

Post on 03-Apr-2018

319 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    1/8

    TAJUK 7SINTESIS PENDEKATAN

    KODALY, ORFF DAN DALCROZE

    7.1 Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze

    Secara umum ketiga-tiga tokoh ini mengutarakan falsafah masing-masing

    dengan dan terdapat perbezaan antaranya. Namun apabila dilihat dari aspek

    muzikal itu sendiri, adalah ternyata ketiga-tiga mereka mempunyai hasrat yang

    sama dan seiring. Jelasnya elemen-elemen muzik diberikan fokus dan tumpuan

    dalam membina potensi muzikal dikalangan kanak-kanak. Nyatanya perbezaan

    ketara adalah dari aspek kaedah, teknik dan pendekatan oleh tokoh-tokoh

    berkenaan.

    7.2 Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze

    Berdasarkan pendekatan yang dijelaskan dan diaplikasikan oleh ketiga-

    tiga tokoh tersebut, terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat melalui

    pendekatan mereka.

    7.2.1 Falsafah tentang Pendidikan Muzik

    Pertama sekali, kita dapat lihat perbezaan daripada segi pandangan

    mereka dalam pendidikan Muzik terhadap kanak-kanak. Zoltan Kodaly seperti

    yang diketahui, beliau merupakan seorang yang berjiwa `patriotik dengan

    menerapkan muzik rakyat dalam pendidikan. Tegasnya, Kodaly berpandangan

    bahawa Muzik rakyat perlu menjadi asas muzik yang penting dalam pendidikan

    kanak-kanak. Carl Orff pula berpandangan bahawa dalam pendekatannya perlu

    ditekankan mengenai aplikasi kemahiran bermain alatmuzik dalam pendidikan

    Muzik kanak-kanak. Manakala Dalcroze pula berpandangan mengenai

    pendekatannya, pergerakan dalam aktiviti muzikal amat penting supaya unsur

    muzik mudah untuk diterapkan.

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    2/8

    PERBANDINGAN FALSAFAH, KAEDAH DAN PENDEKATAN TOKOH-TOKOH PEND

    Kodaly Orff

    Konsep irama asas kanak-kanakdisamakan dengan pergerakan sepertiberjalan, berlari dll.

    Muzik kepunyaan semua manusia.Ianya perlu diajar kepada semualapisan masyarakat.

    Nyanyian adalah asas kepadakemahiran muzik.

    Suara adalah alat muzik semulajadi.

    Alat muzik tidak diperlukan.

    Inner hearing sangat penting dalamkemahiran menyanyi, bermain alatmuzik

    Pengajaran muzik perlu berlaku diawal pra sekolah.

    Muzik perlu menjadi tunjang dan nadidalam kurikulum pendidikan muzik disekolah.

    Muzik rakyat sebagai bahanpengajaran dan pembelajaran.

    Nyanyian koir penting untukmenghasilkan keseronokkan yangboleh mewujudkan manusia yangberdisiplin, berperibadi tinggi danmulia.

    Eksplorasi yang menggalakkankanak-kanak meneroka danmelakukan eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal, merangkumi aspekruang bunyi dan bentuk.

    Kanak-kanak harus dibenarkanmengalami pengalaman muzikalsebelum diajar tentang elemen muzikdalam bentuk notasi.

    Kanak-kanak harus mengalamipergerakkan dan irama muziksebelum memahaminya secara teori.

    Memperkenalkan konsep `echoingpatternsmelalui inner hearing danmendemonstrasikan dihadapan murid.

    Irama adalah elemen paling pentingyang perlu diajar terlebih dahulusebelum elemen-elemen lain.

    Elemental muzik adalah merujukkepada muzik yang dihasilkan oleh

    kanak-kanak yang tidak mengikutilatihan khusus.

    Transisi daripada pertuturan kepadaaktiviti berirama dan kemudiannyakepada nyanyian.

    Eurythmmelibatkdengan

    Tubuh butama

    Kanak-kpembelabagaimakepada b

    badan. Emosi d

    melalui p

    Gaya atamengga

    Konsep dengan csecara mmuzik, akelebihakemahira

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    3/8

    7.2.2 Kaedah

    Dari jadual di atas dapat kita lihat dengan jelas perbezaan konsep dan

    falsafah yang dibawa oleh ketiga-tiga tokoh pendidik muzik ini.

    Setiap tokoh ini mempunyai kaedahnya yang tersendiri, Zoltan Kodaly

    menyatakan bahawa suara merupakan aspek utama dalam permulaan

    pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Manakala Carl Orff pula menyatakan

    bahawa sebelum memulakan pembelajaran muzik, kanak-kanak perlu mempunyai

    pengetahuan dan pengalaman bagi menghasilkan hasil pembelajaran yang

    berkesan. Bagi Dalcroze yang memberi fokus kepada emosi dan gaya perluahan

    perasaan kanak-kanak pula menggunakan kaedah pergerakan sebagai alat muzik

    yang asas dan utama dalam pembelajaran muzik kanak-kanak.

    Dengan bersandarkan konsep dan falsafah ketiga-tiga tokoh di atas,

    kaedah yang dinyatakan akan lebih berkesan sekiranya teknik-teknik tertentu

    dapat digunakan sewaktu mengaplikasinya dalam bilik darjah. Teknik-teknik

    pengajaran yang dicadangkan ialah tunjuk cara, berkumpulan, sumbang saran,melalui permainan, simulasi dan juga kuliah.

    Justeru itu, seseorang guru perlu memahami dan oleh itu seharusnya

    mematuhi prinsip-prinsip tertentu agar pelaja dapat memberikan respons yang

    diharapkan. Antaranya ialah ;

    i. Tahap kebolehan serta kemahiran muzikal pelajar mestilah bersesuaian

    dengan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru.

    ii. Isi kandungan pelajaran seharusnya disampaikan dalam urutan yang

    wajar dan logik serta mempunyai kaitan antara satu sama lain

    iii. Perkembangan pembelajaran pelajar tidak terlalu cepat dan drastik

    tetapi wajarlah bermula dari ansur mudah ke sukar

    iv. Bagi yang bersifat abstrak, pelajar memerlukan contoh yang bersifat

    konkrit agar mereka lebih mudah memahami

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    4/8

    v. Wujudkan kekerapan latihan bagi tujuan peneguhan serta melibatkan

    secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dicipta secara kreatif dan menarik

    oleh guru

    vi. Guru bertindak sebagai pemudahcara dan setiap pelajar wajar diberi

    bimbingan untuk mencapai tahap yang dikehendaki

    Berpaksikan kepada pematuhan kepada prisnsip-prinsip di atas, guru harus

    menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian pelajar masing-masing.

    Sebagai contoh, dengan mengambil kaedah oleh Orff, sebutan secara

    berirama amat digalakkan bagi seseorang kanak-kanak yang bertujuan

    sebagai latihan kepada sebutan vokal dan konsonan. menariknya Orff akan

    memeinta pelajar menyebut silibel seperti ma me mi mo mu atau la le li lo

    lu, walau pun ia tidak mempunyai sebarang makna. begitu juga untuk

    membimbing pelajar memahami nilai-nilai not lagu yang pendek seperti te

    dan yang panjang ta-a-a-a.

    Dalam bidang permainan alat misalnya, guru boleh menggunakan suarabagi menggantikan bunyi alat muzik sebenar contohnya seperti `Bum untuk

    drum dan `Cing untuk kerincing. Ajukan bunyi berkenaan akan membawa

    kepada pengaplikasian bermain alat yang sebenarnya.

    Kaedah imitasi merupakan satu kaedah yang signifikan dengan kemahiran

    asas muzikal kanak-kanak. Dengan kaedah tunjukcara (demo) dan ajuk,

    pelajar berpeluang untuk melatih diri dengan lebih yakin. Sebagai contoh,

    guru boleh menggunakan corak irama satu bar dan meminta pelajar

    menepuknya berulangkali setelah diberi tunjuk cara oleh guru.

    Bagi Orff pula, beliau cenderung kepada permainan alat muzik terutama

    alat muzik seperti glokenspil dan zailofon. Kedua-dua alat ini boleh diubah

    barnya mengikut kesesuaian skel muzik yang ingin dimainkan. Orff juga

    banyak menumpukan skel 5 not iaitu pentatonik dalam memenita pelajar

    berlatih memukul bar-bar alat muzik berkenaan. Perlakuan ini boleh

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    5/8

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    6/8

    ii. kurikulum berpusatkan pelajar

    iii. guru adalah penyampai ilmu

    iv. strategi dan kaedah pengajaran & pembelajaran

    v. motivasi dan pengurusan

    Maka setelah itu, guru mula merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid

    dalam mendengar, menyanyi, memainkan alat muzik serta muzik dan gerakan.

    Orff mengutamakan proses eksplorasi dalam pergerakan. Guru boleh

    melaksanakan aktiviti dengan menggunakan muzik yang bertempo perlahan pada

    mula, sederhana laju dan akhirnya laju. Berasaskan elemen muzik, pergerakan

    akan terbentuk secara spontan dan semula jadi seperti melompat, berjalan dan

    berlari.

    Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dalam aktiviti nyanyiannya.

    Pergerakan tangan tadi mampu memberikan koordinasi yang baik dan kesan

    ingatan solfa yang mendalam pada pelajar. Justeru itu Kodaly memberi garis

    panduan seperti berikut ;

    i. julat suara yang sesuai ( biasanya skel pentatonik )

    ii. postur badan yang baik

    iii. teknik pernafasan yang konsisten

    iv. pengeluaran suara ( ton) yang jelas

    Bagi Dalcroze pula yang lebih mengutamakan eurhythmic supaya pelajar

    lebih peka terhadap muzik melalui pergerakan. Perkara-perkara yang perlu

    diambil kira sekiranya melaksanakannya ialah kemahiran mendengar, merasai,

    berimiginasi, menginterpretasi bunyi dan bertindak kepada bunyi yang didengar.

    Penggabungjalinan di antara kaedah-kaedah yang digunakan mempunyai

    kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah pengajaran muzik yang berlaku

    disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Ia juga dapat melahirkan aktiviti

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    7/8

    pengajaran dan pembelajaran yang sangat menarik dan berkesan terutama dalam

    aktiviti nyanyian, pergerakan berirama dan permainan alat muzik.

    Contoh aktiviti penggabungjalinan kaedah

    1. Menggunakan teknik permainan iaitu `mesej rahsia. Diawal permainan,

    guru memberikan satu nota yang mengandungi mesej rahsia kepada

    seorang pelajar. Pelajar itu kemudiannya membaca mesej tersebut dengan

    cara menyanyikannya ke telinga guru. Atau pelajar itu boleh juga diminta

    menyanyi secara senyap dan meminta guru memberikan maksud mesejdengan menggunakan isyarat tangan.

    2. Dalam kaedah permainan, ia juga boleh digabungkan dengan kaedah

    penghafazan. Pelajar biasanya menjadi seronok apabila mempelajari

    sesuatu dengan cara menghafaz ( learning by heart ). Begitupun untuk

    lebih menarik jika dapat disesuaikan dalam bentuk permainan. Guru akan

    menggunakan isyarat tangan sementara pelajar diminta menghafaz sambil

    membunyikan melodi tersebut di dalam. Langkah selanjutnya, pelajar

    melakukan semula isyarat tangan yang sama sambil menyanyikan pula

    melodi secara solfa. Guru perlu menyedari bahawa pelajar harus

    mempelajarinya peringkat demi peringkat. Latih pelajar mengikut frasa-

    frasa yang pendek pada awalnya, dan beransur kepada latihan dalam

    frasa-frasa yang panjang.

    3. Seorang guru yang ingin mengadakan aktiviti nyanyian boleh memilih untuk

    mengikut konsep Dalcroze iaitu memberi fokus kepada solfej. Sekiranya dia

    memilih konsep Orff, akan lebih kepada sebutan berirama sementara

    Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dan solfa sahaja. Jelasnya

    ketiga-tiga kaedah ini dapat membantu pelajar dalam aktiviti-aktiviti

    nyanyian.

  • 7/28/2019 03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

    8/8

    Latihan

    Bina peta minda berdasarkan keseluruhan isikandungan dalam

    topik ini dalam bentuk grafik. Anda bebas menggunakan kaedah dan

    teknik anda sendiri di dalam menyediakan tugasan ini.

    dokumentasikan dan masukkan ia ke dalam folio tugasan.

    Tamat