02 panduan kursus undang-undang dan pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf (pppg 3163)

Upload: mohd-asri-silahuddin

Post on 06-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 02 Panduan Kursus Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf (PPPG 3163)

    1/4

    JABATAN SYARIAHFAKULTI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    SEMESTER 1 SESI 2011/2012

    1. Tajuk Kursus Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf2. Kod Kursus PG31633. Status Kursus Wajib Jabatan (WJ)4. Jam Kredit 35. Prasyarat Tiada6. Penilaian Peperiksaan Pertengahan Semester/Kuiz 30%

    Tutorial (Keterlibatan & Kehadiran) 10%Peperiksaan Akhir Semester 60%JUMLAH 100%

    7. Pensyarah Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang

    8. Masa & Tempat Rabu 12 tgh 1.50pmDK102(II), ATMA, UKM

    9. Objektif Kursus Objektif kursus antara lain adalah untuk:

    Menjelaskan undang-undang yang berkaitan dengan pusaka,wasiat dan wakaf di Malaysia.

    Menghuraikan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri dalampentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf serta peranan MahkamahSyariah.

    Mengenalpasti perbezaan antara harta pusaka kecil, hartapusaka besar dan harta pusaka ringkas dan tuntutan ketiga-tigajenis harta berkenaan.

    Menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan harta diMalaysia serta mampu menyelesaikan kes-kes pembahagianpusaka orang Islam, penyediaan sijil faraid dan sebagainya.

    10. Sinopsis Kursus Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajarmengenai undang-undang dan pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf yang dilaksanakan di negara ini. Kursus ini menyentuh dua aspekutama, iaitu aspek undang-undang dan aspek pentadbiran dalampusaka, wasiat dan wakaf orang-orang Islam. Di antara undang-undangyang akan dibincangkan ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955, Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Akta Tanah (Kawasan-

    kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Enakmen Wasiat OrangIslam (Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan), Enakmen Wakaf(Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan), Enakmen Pentadbiran AgamaIslam Negeri-negeri, undang-undang pusaka Islam, wasiat dan wakaf.Dalam pentadbiran harta pusaka, tiga jenis harta pusaka akandibincangkan iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar dan hartapusaka ringkas. Di samping itu, pentadbiran wasiat dan wakaf dan kes-kes berkaitan akan diberi penekanan, serta peranan agensi-agensi yang berkaitan dalam pentadbiran harta seperti Amanah Raya Berhad,Seksyen Pusaka Kecil dan sebagainya. Kursus ini juga mengenalpastipembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dan negeri-negerimenurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta peranan

    Mahkamah Syariah dan Sivil dalam pentadbiran pusaka, wasiat danwakaf di Malaysia.

  • 8/3/2019 02 Panduan Kursus Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf (PPPG 3163)

    2/4

    11. Bacaan Asas

    Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad & Md. Yazid Ahmad. 2008. Pengantar Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan

    Wakaf Orang Islam di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian IslamUKM.

    Abdul Rashid Hj. Abdul Latiff. 1986. Wasiat dalam Islam. Bangi: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

    Ghazal, al-Shaykh Hussayn Yusuf. 1996. al-Mirath ala Madhahib al-ArbaahDirasatan wa Tadbiqan. Beirut: Dar al-Fikr.

    al-Sabuni. Muhammad Ali. 2002. al-Mawarith fi al-Shariah al-Islamiyyah fiDaw al-Kitab wa al-Sunnah. al-Qahirah: Dar al-Sabuni.

    al-Zuhayli, Wahbah. 1985. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damshiq: Dar al-Fikr.

    Statut-statut: Perlembagaan Persekutuan, Akta Harta Pusaka Kecil(Pembahagian) 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Enakmen WasiatOrang Islam (Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan) dan Enakmen Wakaf(Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan).

    12. Matrik Hasil Pembelajaran

    Bil.

    Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) Bloom

    HPP1

    HPP2

    HPP3

    HPP4

    HPP5

    HPP6

    HPP7

    HPP8

    HPP9

    1. Menjelaskan undang-undang yang berkaitan denganpusaka, wasiat dan wakaf di Malaysia

    K1K5P3

    A3A4

    2 2 2

    2. Menghuraikan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri dalampentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf serta perananMahkamah Syariah

    K2K5A2A3A4

    2 2 2

    3. Mengenalpasti perbezaan antara harta pusaka kecil, hartapusaka besar dan harta pusaka ringkas dan tuntutan ketiga-tiga jenis harta berkenaan

    K4K5A3

    2 2 2

    4. Menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan hartadi Malaysia serta mampu menyelesaikan kes-kespembahagian pusaka orang Islam, penyediaan sijil faraiddan sebagainya

    K5P5

    A3A4

    2 2 2

    1 = Memenuhi HPP tanpa penilaian rasmi, 2 = Memenuhi sepenuh HHP dengan penilaian rasmi

    13. Rangka Kuliah

    Minggu Tajuk Catatan1 Undang-undang dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia

  • 8/3/2019 02 Panduan Kursus Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf (PPPG 3163)

    3/4

    -Undang-undang Pusaka Islam-Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955-Akta Probet dan Pentadbiran 1959-Akta Pembahagian 1958

    2 Undang-undang dan Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia(sambungan)

    -Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960-Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri-Undang-undang Penama-Customary Tenure Enactment

    3 Undang-undang dan Pentadbiran Wasiat di Malaysia-Undang-undang wasiat Islam-Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor, Negeri Sembilandan Melaka)

    -Akta Wasiat 1959-Kes-kes berkaitan

    4 Undang-undang dan Pentadbiran Wakaf di Malaysia-Wakaf menurut hukum syarak-Wakaf menurut Enakmen Negeri-negeri-Enakmen Wakaf (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka)-Enakmen Mengesahkan Wakaf Negeri Terengganu 1972-Prosedur Pewakafan Tanah di Malaysia

    5 Kuasa Persekutuan dan Negeri dalam Pentadbiran Pusaka, Wasiatdan Wakaf

    -Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Senarai I,II dan III-Perkara-perkara dalam Senarai I (Senarai Persekutuan)-Perkara-perkara dalam Senarai II (Senarai Negeri)-Perkara-perkara dalam Senarai III (Senarai Bersama)-Pertindihan Bidang Kuasa Mengenai Pusaka, Wasiat danWakaf-Kes-kes berkaitan

    6 Kuasa dan Peranan Mahkamah Syariah Negeri-negeri-Kuasa/peranan Mahkamah Syariah dalam pusaka, wasiatdan wakaf

    -Kesahtarafan anak, tuntutan harta sepencarian, kesahanakad perkahwinan-Hibah, wasiat dan wakaf-Sijil Faraid-Kes-kes berkaitan

    7 Pentadbiran Harta Pusaka Kecil-Tafsiran Harta Pusaka Kecil-Orang/Badan yang boleh menuntut harta pusaka kecil-Dokumen berkaitan dan proses tuntutan harta pusakakecil-Prosedur perbicaraan

    -Undang-undang pembahagian8 Pentadbiran Harta Pusaka Besar (Biasa) dan Ringkas

    -Tafsiran Harta Pusaka Besar dan Harta Pusaka Ringkas

  • 8/3/2019 02 Panduan Kursus Undang-undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf (PPPG 3163)

    4/4

    -Orang yang boleh menuntut dan dokumen berkaitan-Kuasa Mahkamah Tinggi Sivil di Bawah Akta Probet danPentadbiran 1959-Kuasa dan tanggungjawab pentadbir-Amanah Raya Berhad-Mahkamah Syariah di Malaysia (Sijil Faraid dan perintahMahkamah Syariah)

    9 Undang-undang Diri Orang Islam (Hukum Faraid)-Tafsiran harta pusaka-Liabiliti harta pusaka-Waris-waris dan bahagian masing-masing-Waris fardu, asabah dan dhawi al-arham-Dindingan dan halangan pewarisan-Penyediaan Sijil Faraid

    10 Undang-undang Wasiat Islam-Tafsiran wasiat ikhtiyariyyah dan wasiat wajibah sertahukum-Pembentukan wasiat dan syarat-syarat-Pembatalan wasiat dan kes-kes berkaitan

    11 Undang-undang Wasiat (Sambungan)-Jenis-jenis wasiat-Harta dan manfaat untuk diwasiatkan-Wasiat kepada waris-Wasiat melebihi 1/3 harta pusaka

    12 Undang-undang Hibah-Tafsiran hibah dan hukum-Pembentukan hibah dan syarat-syaratnya-Hibah pada masa sihat dan sakit marad al-mawt-Produk Amanah Hibah-Penarikan hibah dan pengecualiannya

    13 Undang-undang Wakaf -Tafsiran wakaf dan hukum-Pensyariatan wakaf dan jenis-jenisnya-Pembentukan wakaf dan syarat-syaratnya-Harta yang boleh diwakafkan

    -Hukum istibdal harta wakaf

    14 Undang-undang Wakaf (Pentadbiran)-Majlis Agama Islam Negeri-negeri-Kuasa pentadbir/mutawalli-Pembangunan harta wakaf negeri-negeri-Dana pembangunan harta wakaf saham wakaf-Perbelanjaan pengurusan harta wakaf-Pelantikan nazir/mutawalli oleh pewakaf