sistem pusaka

45

Upload: nick-mimiey

Post on 28-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

credit to JAKIM.

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pusaka
Page 2: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

1

HAJI SAID HAJI IBRAHIM

Page 3: Sistem Pusaka
Page 4: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

3

Pendahuluan

Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya dapat dikemukakan risalah kecil ini kepada umat Islam sebagai panduan untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka dalam Islam yang dikenal dengan nama

atau

(Hukum-hukum waris menurut syariat Islam) atau lebih terkenal lagi dengan nama:

Risalah ini dinamakan:“Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam”Ilmu al-Mawaris atau ilmu faraidh adalah salah satu di antara ilmu-ilmu yang penting yang wajib dipelajari dan diajarkan. Sabda Rasulullah SAW dalam hadithnya yang sahih bermaksud,

Page 5: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

4

Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia, sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan sesungguhnya ia merupakan ilmu yang akan dilupakan serta ilmu mula-mula akan dicabut dari umatku.

(Riwayat Ahmad)

Dengan sebab pentingnya ilmu faraidh inilah, Rasulullah SAW mewajibkan kepada umatnya mempelajari ilmu faraidh dan mengajarkannya, di mana baginda telah menegaskan lagi dalam hadithnya.

Ertinya:Hendaklah kamu pelajari ilmu Faraid dan kamu ajarkan kepada manusia, maka sesungguhnya aku adalah orang yang di dalam genggaman Allah dan bahawa ilmu Faraid itu kelaknya akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih bertentangan dua orang mengenai dengan Faraid – pembahagian harta Pusaka, maka kedua-dua orang itu tidak memperolehi orang yang menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya.

(Riwayat Ibn Majah)

Page 6: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

5

Dalam hadith yang lain diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:v

Ertinya:Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia. Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkan manusia mengenainya, maka sesungguhnya aku seorang yang berada dalam genggaman (Allah) dan bahawasanya ilmu (faraid) akan digenggam (ditahan) lalu akan timbul fitnah sehingga dua orang berselisih dalam perkara faraid namun keduanya tidak mendapati ada yang dapat memutuskannya.

(Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan hadith tersebut jelas menunjukkan, bahawa ilmu faraidh merupakan ilmu yang penting yang wajib dipelajari dan diajarkan, di mana masyarakat Islam hari ini tidak seharusnya menganggap ilmu faraidh ini sebagai ilmu yang tidak berguna.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:v

Ertinya:Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia. Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkan manusia mengenainya, maka sesungguhnya aku seorang yang berada dalam genggaman (Allah) dan bahawasanya ilmu (faraid) akan digenggam (ditahan) lalu akan timbul fitnah sehingga dua orang berselisih dalam perkara faraid namun keduanya tidak mendapati ada yang dapat memutuskannya.

(Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan hadith tersebut jelas menunjukkan, bahawa ilmu faraidh merupakan ilmu yang penting yang wajib dipelajari dan diajarkan, di mana masyarakat Islam hari ini tidak seharusnya menganggap ilmu faraidh ini sebagai ilmu yang tidak berguna.

Page 7: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

6

ILMU FARAIDH

Pengertian

Ilmu faraidh ialah:

Ertinya:Sesuatu ilmu dengannya dapat diketahui orang yang menerima pusaka dan orang yang tidak dapat menerima pusaka dan kadar yang patut diterima oleh tiap-tiap waris dan cara pembahagiannya.

Atau dengan ibarat yang lain ilmu faraidh itu ialah:

Ertinya:Beberapa kaedah yang diambil dari ilmu fiqah dan hisab dengannya diketahui mengenai ketentuan bahagian orang yang mempunyai hak terhadap harta yang ditinggalkan jenazah dan bahagian masing-masing waris daripada waris itu.

Page 8: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

7

Faraidh

Faraidh adalah daripada dengan makna Perkataan ini diambil dari perkataan

Menurut ahli loghat adalah bermakna sesuatu yang ditetapkan atau yang ditentukan atau dalam bahasa Arabnya;

Makna ini berdasarkan firman Allah SWT:

Ertinya:Maka mereka berhak mendapat separuh daripada apa yang kamu telah tetapkan.

(al-Baqarah: 227)

Maka faraidh pada syarak (istilah) ialah:

Ertinya:Bahagian yang ditetapkan – ditentukan pada syarak bagi orang yang berhak menerimanya.

Page 9: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

8

Atau dengan ibarat yang lain faraidh itu ialah:

Ertinya:Bahagian yang ditetapkan – ditentukan bagi ahli waris.

Page 10: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

9

SISTEM PEMBAHAGIAN HARTAPUSAKA DALAM ISLAM

Rukun-rukun WarisRukun-rukun waris ada tiga perkara:• Orang yang diwarisi (si mati)• Orang yang mewarisi• Harta yang diwarisi

Misalnya:Bila seseorang Islam mati meninggalkan anak lelaki dan rumah, maka orang yang mati tadi adalah orang yang diwarisi dan anak lelaki si mati itu ialah waris, iaitu orang yang mewarisi dan rumah yang ditinggal itu pula adalah harta yang diwarisi.

Syarat-syarat WarisSyarat-syarat waris ada empat perkara:• Pasti dan tahkik mati orang yang diwarisi.• Pasti dan tahkik hidup orang yang mewarisi selepas mati

orang yang diwarisi.• Mengetahui perhubungan atau per talian mereka

yang mewarisi dengan orang yang diwarisi sama ada perhubungan atau pertaliannya dengan secara keluarga atau nikah atau menjadi Petuan (pemilik) kepada hamba sahaya.

• Mengetahui ‘jenis’ pihak waris, sama ada dari pihak waris lelaki atau waris perempuan.

Page 11: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

10

Sebab mendapat warisSebab-sebab mendapat waris ada tiga perkara:-• Dengan sebab nikah• Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan)• Dengan sebab menjadi petuan hamba sahaya

Menurut mazhab Syafie selain daripada sebab-sebab yang tiga ini terdapat pula perkara yang keempat iaitu “Baitulmal”. Sekiranya seseorang itu mati tanpa meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka atau ada waris, tetapi tidak habis har tanya diwarisi maka harta si mati yang tidak ada waris itu atau baki hartanya yang tidak habis oleh ahli waris tadi hendaklah diberikan kepada Baitulmal, sebagai penjaga dan memegang amanah. Baitulmal di Negara kita adalah di bawah jagaan dan tadbir Majlis Agama Islam Negeri. Tegasnya setiap harta yang tidak ada waris yang berhak menerima atau ada waris, tetapi tidak habis harta itu diwarisi maka harta tersebut mestilah dikembalikan ke Majlis Agama Islam Negeri iaitu BAITULMAL.

Sebab yang menghalang pewarisanPewarisan menjadi terhalang dan tertegah dengan tiga perkara:• Hamba sahaya• Membunuh (orang yang diwarisi sengaja dibunuh)• Berlainan agama

Page 12: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

11

Waris-waris daripada pihak lelakiWaris-waris daripada pihak lelaki ada 15 orang iaitu:1. Anak lelaki2. Cucu lelaki3. Bapa4. Datuk hingga ke atas, iaitu bapa kepada bapa5. Saudara lelaki seibu sebapa6. Saudara lelaki sebapa7. Saudara lelaki seibu8. Anak saudara lelaki seibu sebapa9. Anak saudara lelaki sebapa10. Bapa saudara seibu sebapa11. Bapa saudara sebapa12. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa13. Anak lelaki bapa saudara sebapa14. Suami15. Petuan hamba sahaya

Bila waris-waris tersebut kesemuanya masih hidup belaka, maka orang yang berhak menerima pusaka dan yang mendapat waris ialah tiga orang sahaja, iaitu:-1. Bapa2. Anak lelaki, dan3. Suami

Selain daripada mereka yang tersebut ini kesemuanya adalah mahjub (terdinding). Dengan erti kata yang lain

Page 13: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

12

mereka itu tidak mendapat pusaka, atau tidak menerima bahagian sebagai ahli waris kerana datuk telah terdinding disebabkan bapa dan cucu lelaki terdinding disebabkan anak lelaki dan waris-waris yang lain kesemuanya terdinding disebabkan mereka itu.

Masalah ini sebagaimana di bawah:-

12

Bapa 1/6 2

Suami 1/4 3

Anak lelaki ‘Asabah (Menghabiskan Pembahagian Harta)

7

Jumlah 12

Waris dari pihak perempuanWaris dari pihak perempuan 10 orang iaitu:-1. Anak perempuan2. Cucu perempuan dari anak lelaki3. Ibu4. Nenek sebelah bapa hingga ke atas5. Nenek sebelah ibu hingga ke atas6. Saudara perempuan seibu sebapa7. Saudara perempuan sebapa8. Saudara perempuan seibu9. Isteri atau beberapa orang isteri10. Petuan perempuan hamba sahaya

Page 14: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

13

Bila waris-waris tersebut kesemuanya masih hidup, maka orang yang berhak menerima pusaka dan yang mendapat waris ialah lima orang sahaja, iaitu:-1. Anak perempuan2. Cucu perempuan daripada anak lelaki3. Ibu4. Isteri5. Saudara perempuan seibu sebapa

Selain daripada mereka yang tersebut ini kesemuanya adalah mahjub (terdinding). Dengan perkataan yang lain mereka itu tidak mendapat pusaka atau tidak menerima bahagian sebagai ahli waris, kerana nenek sebelah bapa dan nenek sebelah ibu kedua-duanya telah terdinding disebabkan ibu. Saudara seibu terdinding disebabkan anak perempuan dan saudara perempuan sebapa begitu juga saudara-saudara perempuan seibu kedua-duanya telah terdinding disebabkan saudara perempuan seibu sebapa yang telah menjadi ‘asabah (menghabisi pembahagian harta) berserta anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.

Page 15: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

14

Masalah ini sebagaimana di bawah:

24

Anak perempuan 1/2 12

Cucu perempuan 1/6 4

Ibu 1/6 4

Isteri 1/8 3

Saudara perempuan seibu sebapa

‘Asabah 1

Jumlah 24

Bercampur WarisBila seseorang meninggal dunia, yang ia meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan, maka waris yang mendapat pusaka dan yang menerima bahagian sebagai ahli waris adalah lima orang sahaja, iaitu:1. Bapa2. Ibu3. Anak lelaki4. Anak perempuan, dan5. Suami atau isteri

Jika yang meninggal dunia itu isteri maka yang menerima pusaka adalah suaminya;

Page 16: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

15

Masalah ini sebagaimana di bawah:

12 36

Bapa 1/6 2 6

Ibu 1/6 2 6

Suami 1/4 3 9

Anak lelaki 2 5 10

Anak perempuan 1 5

Jumlah 12 36

Bercampur semua waris lelaki dan waris perempuan

Bila seseorang meninggal dunia, yang ia meninggalkan semua waris lelaki dan waris perempuan, maka datuk dan nenek sebelah bapa kedua-duanya terdinding disebabkan bapa; nenek sebelah ibu terdinding juga disebabkan ibu. Begitu juga cucu lelaki dan cucu perempuan dari anak lelaki,kedua-duanya terdinding disebabkan anak lelaki. Selain daripada mereka itu adalah terdinding disebabkan bapa dan anak lelaki.

Putus waris dan harta yang tidak habis dibahagi

Bila seseorang Islam meninggal dunia, yang tidak meninggalkan seorang pun daripada ahli waris yang berhak menerima pusaka, sama ada dari pihak waris lelaki atau dari pihak waris perempuan, maka menurut mazhab Syafie, harta jenazah tersebut tidak boleh diwarisi oleh

Page 17: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

16

keluarga yang tidak termasuk tidak boleh diwarisi oleh keluarga yang tidak temasuk dalam senarai waris-waris yang berhak menerima pusaka. Mereka ini dalam istilah faraidh dinamakan “Zul-Arham”, er tinya orang yang mempunyai kasih sayang yang tidak menerima pusaka, seperti cucu lelaki daripada anak perempuan dan cucu perempuan dari anak perempuan.

Begitu juga baki harta yang tidak habis dipusakai oleh ahli-ahli waris tidak boleh dikembalikan kepada ahli-ahli fardhu (orang yang berhak menghabisi) yang lain. Tetapi hendaklah dikembali dan diberikan kepada Baitulmal, iaitu Majlis Agama Islam Negeri selaku pemegang amanah untuk kebajikan dan perkembangan agama Islam.

Bahagian-bahagian Waris

Waris terbahagi kepada dua macam:1. Waris fardhu2. Waris ‘asabah, iaitu waris yang menghabisi semua

harta

Perhubungan fardhu-fardhu (Nisbah)

Waris terbahagi kepada dua macam:1. Waris fardhu2. Waris ‘asabah, iaitu waris yang menghabisi semua

harta

Page 18: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

17

Perhubungan fardhu-fardhu (Nisbah)

Dalam pembahagian pusaka tiap-tiap fardhu yang didapati nasnya dalam al-Quran mempunyai perhubungan dan pertalian di antara satu fardhu dengan fardhu yang lain, di mana perhubungan tersebut terbahagi kepada empat bahagian:-1. Tamathul - Iaitu dua fardhu yang bersamaan pecahannya seperti dua dengan dua, atau tiga dengan tiga, atau empat dengan empat atau enam dengan enam.2. Tadakhul - Iaitu pecahan yang besar boleh habis jika ditolak dengan pecahan yang kecil seperti pecahan enam dengan pecahan tiga atau pecahan lapan dengan pecahan empat.2. Tawafuk - Iaitu bersamaan dua pecahan pada satu bahagian daripada beberapa bahagian dan tidak habis pecahan yang besar tadi jika ditolak dengan pecahan yang kecil, seperti pecahan enam dengan pecahan empat.4. Tabayun - Iaitu dua pecahan yang tidak bersamaan seperti pecahan dua dengan pecahan tiga.

Page 19: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

18

Cara-cara mengambil asal masalah

Tamathul - Hendaklah diambil salah satu daripada fardhu yang bersamaan seperti (1/2, 1/2) maka asal masalahnya 2.

Tadakhul - Hendaklah diambil pecahan yang besar, seperti (1/3, 1/6) maka asal masalahnya 6.

Tawafuk - Hendaklah didarabkan sebahagian daripada fardhu-fardhu kepada semua pecahan yang lain, seperti (1/4, 1/6) maka asal masalahnya 12.

Tabayun - Hendaklah didarabkan semua pecahan salah satu daripada fardhu-fardhu kepada semua pecahan yang lain, seperti (1/3, 1/4) maka asal masalahnya 12.

Misal Tamathul Asal Masalah 2

Suami 1/2 1

Saudara perempuan seibu sebapa

1/2 1

Jumlah 2

Page 20: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

19

Misal Tawafuk Asal Masalah 12

Isteri 1/4 3

Saudara lelaki seibu 1/6 2

Baitulmal ‘Asabah 7

Jumlah 12

Misal Tabayun Asal Masalah 12

Ibu 1/3 4

Isteri 1/4 3

Baitulmal ‘Asabah 5

Jumlah 12

Menentukan asal masalahJika ahli-ahli fardhu itu tiga orang atau lebih, maka hendaklah dinisbahkan fardhu yang pertama dengan fardhu yang kedua dan fardhu yang kedua dinisbahkan dengan fardhu yang ketiga dan fardhu yang ketiga dinisbahkan dengan fardhu yang keempat. Jadi apa-apa hasil dari nisbah-nisbah tersebut, maka itulah yang menjadi asal masalah.

Page 21: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

20

Misalnya:-1. Asal Masalah

24

Anak perempuan 1/2 12

Ibu 1/6 4

Isteri 1/8 3

Baitulmal ‘Asabah 5

Jumlah 24

2. Asal Masalah

24

Anak perempuan 1/2 12

Cucu perempuan daripada anak lelaki

1/6 4

Ibu 1/6 4

Isteri 1/8 3

Baitulmal ‘Asabah 1

Jumlah 24

Mereka yang dapat satu perdua (1/2)

Waris-waris yang mendapat satu perdua (1/2) ialah 5 orang iaitu:-1. Suami2. Anak perempuan3. Cucu perempuan dari anak lelaki

Page 22: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

21

4. Saudara perempuan seibu sebapa5. Saudara perempuan sebapa

Suami mendapat (1/2)

Suami berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan isterinya dengan syarat isteri itu tidak meninggalkan waris yang berikut:-1. Tidak meninggalkan anak lelaki2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki3. Tidak meninggalkan anak perempuan dan4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki

Anak perempuan mendapat (1/2)

Anak perempuan berhak mendapat satu perdua (1/2) dari harta peninggalan bapa atau ibunya dengan syarat bapa atau ibunya tadi tidak meninggalkan waris yang berikut:-1. Tidak meninggalkan anak perempuan yang lain lagi

sama ada seorang atau lebih2. Tidak meninggalkan anak lelaki

Cucu perempuan mendapat (1/2)

Cucu perempuan dari anak lelaki berhak mendapat satu perdua (1/2) dari har ta peninggalan datuk atau neneknya dengan syarat datuk atau neneknya tadi tidak meninggalkan waris-waris yang disebut di bawah ini:-1. Tidak meninggalkan anak perempuan yang lain lagi,

sama ada seorang atau lebih

Page 23: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

22

2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki selain daripadanya.

3. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.4. Tidak meninggalkan anak lelaki yang mendindinginya.

Saudara perempuan seibu sebapa mendapat (1/2)Saudara perempuan seibu sebapa berhak menerima pusaka satu perdua (1/2) dari har ta peninggalan saudaranya dengan syarat-syarat berikut:1. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu

sebapa yang lain, sama ada seorang atau lebih.2. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa.3. Tidak meninggalkan datuk, iaitu bapa kepada bapa.4. Tidak meninggalkan bapa.5. Tidak meninggalkan anak lelaki.6. Tidak meninggalkan anak perempuan.7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.

Saudara perempuan sebapa mendapat (1/2)Saudara perempuan sebapa berhak menerima pusaka satu perdua (1/2) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan salah satu daripada yang berikut:-1. Tidak meninggalkan saudara perempuan sebapa yang

lain, sama ada seorang atau lebih.2. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.3. Tidak meninggalkan datuk iaitu bapa kepada bapa.

Page 24: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

23

4. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa.

5. Tidak meninggalkan anak lelaki.6. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.7. Tidak meninggalkan anak perempuan.8. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PEREMPAT (1/4)

Mereka yang mendapat satu perempat (1/4) ialah dua orang iaitu:1. Suami2. Isteri, atau beberapa orang isteri

Suami mendapat satu perempat (1/4)

Suami berhak mendapat satu perempat (1/4) dari harta peninggalan isterinya bila isterinya itu ada meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,

atau3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki

Isteri mendapat satu perempat (1/4)Isteri atau beberapa orang isteri adalah berhak mendapat

Page 25: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

24

satu perempat (1/4) dari harta peninggalan suaminya dengan syarat-syarat berikut:1. Tidak meninggalkan anak lelaki.2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.3. Tidak meninggalkan anak perempuan.4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERLAPAN (1/8)

Mereka yang mendapat satu perlapan (1/8) seorang sahaja iaitu:1. Isteri, atau beberapa orang isteri.

Isteri mendapat satu perlapan (1/8)

Isteri berhak mendapat satu perlapan (1/8) dari harta peninggalan suami bila suami itu meninggalkan salah seorang daripada waris-waris berikut:-1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,

atau3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki

MEREKA YANG MENDAPAT DUA PERTIGA (2/3)

Mereka yang mendapat dua pertiga (2/3) ialah 4 orang, iaitu:-

Page 26: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

25

1. Dua orang anak perempuan atau lebih.2. Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki

atau lebih.3. Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau

lebih.4. Dua orang saudara perempuan sebapa atau lebih.

Dua orang anak perempuan mendapat dua pertiga (2/3)

Dua orang anak perempuan atau lebih adalah berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan bapa atau ibunya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah:-1. Tidak meninggalkan anak lelaki.

Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat dua pertiga (2/3)

Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) daripada harta peninggalan datuk atau neneknya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-1. Tidak meninggalkan anak lelaki.2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.

3. Tidak meninggalkan dua orang anak perempuan.

Dua orang saudara perempuan seibu sebapa mendapat dua pertiga (2/3)Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari harta peninggalan

Page 27: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

26

saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-1. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa2. Tidak meninggalkan datuk3. Tidak meninggalkan bapa4. Tidak meninggalkan anak lelaki5. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki6. Tidak meninggalkan anak perempuan7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki

Dua orang saudara perempuan sebapa mendapat dua pertiga (2/3)

Dua orang saudara sebapa atau lebih berhak mendapat dua pertiga (2/3) dari har ta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-1. Tidak meninggalkan saudara lelaki sebapa.2. Tidak meninggalkan datuk.3. Tidak meninggalkan bapa.4. Tidak meninggalkan anak lelaki.5. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.6. Tidak meninggalkan anak perempuan.7. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki.8. Tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa, sama

ada seorang atau lebih.9. Tidak meninggalkan saudara perempuan seibu

sebapa, sama ada seorang atau lebih.

Page 28: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

27

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERTIGA (1/3)

Mereka yang mendapat satu per tiga (1/3) ialah dua orang, iaitu:-1. Ibu2. Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu, sama

ada seorang atau lebih

Ibu mendapat satu pertiga (1/3)Ibu adalah berhak mendapat satu pertiga (1/3) dari harta peninggalan anaknya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah iaitu:-1. Tidak meninggalkan anak lelaki.2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.3. Tidak meninggalkan anak perempuan.4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.5. Tidak meninggalkan beberapa orang saudara, sama

ada lelaki atau perempuan dan sama ada saudara seibu sebapa atau saudara sebapa ataupun saudara seibu.

Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu mendapat satu pertiga (1/3)

Saudara lelaki atau saudara perempuan seibu berhak mendapat satu per tiga (1/3) dari har ta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang dibawah, iaitu:-1. Tidak meninggalkan anak lelaki.

Page 29: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

28

2. Tidak meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.3. Tidak meninggalkan anak perempuan.4. Tidak meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.5. Tidak meninggalkan bapa.6. Tidak meninggalkan datuk.

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas fardhu suami

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas diambil bahagian suami. Misalnya isteri mati meninggalkan suami, ibu dan bapa, maka suaminya mendapat satu perdua (1/2), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebihnya daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.

Asal masalah 6

Suami 1/2 3

Ibu 1/3 dari yang tinggal 1

Bapa, selebih daripada suami dan ibu 2

Jumlah 6

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas fardhu isteri

Ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki selepas diambil bahagian isteri. Misalnya suami mati meninggalkan

Page 30: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

29

isteri, ibu dan bapa, maka isterinya mendapat satu perempat (1/4), ibu mendapat satu pertiga (1/3) selepas diambil bahagian isteri dan bapa mendapat selebih daripada bahagian kedua-dua waris tersebut.

Asal masalah 12

Isteri 1/4 3

Ibu 1/3 dari yang tinggal 3

Bapa, selebih daripada suami dan ibu 6

Jumlah 12

MEREKA YANG MENDAPAT SATU PERENAM (1/6)

Mereka yang mendapat satu perenam (1/6) ialah tujuh orang, iaitu:-1. Bapa2. Ibu3. Datuk4. Nenek5. Cucu perempuan daripada anak lelaki, seorang atau lebih6. Saudara perempuan sebapa, seorang atau lebih7. Saudara lelaki seibu, atau saudara perempuan seibu.

Bapa mendapat satu perenam (1/6)

Bapa berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan anaknya, bila anak itu meninggalkan salah seorang waris-waris di bawah, iaitu:-

Page 31: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

30

1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,

atau3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki

Ibu mendapat satu perenam (1/6)

Ibu berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan anaknya, bila anak itu meninggalkan salah seorang daripada waris-waris di bawah, iaitu:-1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,

atau3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki atau5. Ada meninggalkan beberapa orang saudara, sama

ada saudara lelaki atau saudara perempuan dan sama ada saudara perempuan dan sama ada saudara seibu sebapa, atau saudara sebapa ataupun saudara seibu sahaja.

Datuk mendapat satu perenam (1/6)

Datuk berhak mendapat satu perenam (1/6) daripada harta peninggalan cucunya, bila cucu itu meninggalkan salah seorang daripada waris-waris di bawah, iaitu:-

Page 32: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

31

1. Ada meninggalkan anak lelaki, atau2. Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki,

atau3. Ada meninggalkan anak perempuan, atau4. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki.5. Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak

lelaki selain daripada syarat-syarat tersebut ini, maka hendaklah juga cucu tadi tidak ada meninggalkan bapa.

Nenek mendapat satu perenam (1/6)

Nenek berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta cucunya sama ada cucunya yang meninggal dunia itu mempunyai anak atau tidak. Sama ada nenek tadi sebelah ibu ataupun sebelah bapa. Nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa dan ibu kepada nenek-nenek tadi akan mendapat satu perenam(1/6) bahagian daripada harta pusaka cucunya bila nenek itu seorang diri sahaja. Sebaliknya, jika nenek-nenek itu ramai, umpamanya ada nenek sebelah ibu dan ada juga nenek sebelah bapa, maka mereka itu akan mendapat satu perenam (1/6) dari harta cucunya dengan berkongsi. Tegasnya kalau nenek itu lebih daripada seorang, maka mereka itu akan berkongsi dalam bahagian yang satu perenam tadi.

Page 33: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

32

Cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat satu perenam (1/6)

Cucu perempuan daripada anak lelaki, sama ada seorang atau lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan datuk dan neneknya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu;-1. Tidak ada meningalkan cucu lelaki daripada anak

lelaki;2. Tidak ada meninggalkan anak lelaki3. Tidak ada meninggalkan anak perempuan lebih

daripada seorang.

Jika datuk atau nenek yang meninggal dunia tadi ada meninggalkan anak perempuan seorang sahaja, maka cucu perempuan dari anak lelaki tadi mendapat satu perenam (1/6) dan anak perempuan yang seorang itu mendapat satu perdua (1/2). Jadi kalau dicampurkan bahagian cucu perempuan (1/6) dengan bahagian anak perempuan (1/2) maka jumlahnya adalah dua pertiga (2/3), inilah yang dikatakan oleh ulama faraidh “Takmilah assulusain” iaitu menyempurnakan dua pertiga (2/3).

Saudara perempuan sebapa mendapat satu perenam (1/6)Saudara perempuan sebapa, sama ada seorang atau lebih berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-

Page 34: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

33

1. Tidak ada meninggalkan saudara lelaki sebapa;2. Tidak ada meninggalkan anak lelaki;3. Tidak ada meninggalkan dua orang saudara

perempuan seibu sebapa atau lebih. Jika saudara yang meninggal dunia tadi ada meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa, maka saudara perempuan sebapa sama ada seorang atau lebih mendapat satu perenam (1/6) dan saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu perdua (1/2). Kalau dicampurkan bahagian saudara perempuan sebapa (1/6) dengan bahagian saudara perempuan seibu sebapa (1/2) maka jumlahnya adalah dua per tiga (2/3). Inilah yang dikatakan oleh ulama faraidh “Takmilah assulusain” iaitu menyempurnakan dua pertiga (2/3).

Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu mendapat satu perenam (1/6)

Saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu berhak mendapat satu perenam (1/6) dari harta peninggalan saudaranya dengan ketiadaan waris-waris yang di bawah, iaitu:-1. Tidak ada meninggalkan anak lelaki.2. Tidak ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki.3. Tidak ada meninggalkan anak perempuan.4. Tidak ada meninggalkan cucu perempuan daripada

anak lelaki.

Page 35: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

34

5. Tidak ada meninggalkan bapa. 6. Tidak ada meninggalkan datuk.

‘Asabah

‘Asabah ialah waris yang menghabisi semua har ta peninggalan si mati atau menghabisi yang lebih selepas Ahli Fardhu.

Bahagian ‘Asabah‘Asabah terbahagi kepada tiga bahagian:-1. ‘Asabah binafsihi ( ), iaitu menghabisi harta

dengan sendirinya.2. ‘Asabah bighairihi ( ), iaitu menghabisi harta

dengan sebab waris yang lain.3. ‘Asabah ma’a ghairihi ( ), iaitu menghabisi

harta beserta waris-waris yang lain.

Mereka yang mendapat ‘asabah binafsihi ( )

Waris-waris yang mendapat ‘asabah binafsihi ialah lima belas orang:-1. Anak lelaki;2. Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga ke bawah;3. Bapa;4. Datuk hingga ke atas;5. Saudara lelaki seibu sebapa;6. Saudara lelaki sebapa;

Page 36: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

35

7. Anak saudara lelaki seibu sebapa;8. Anak saudara lelaki sebapa;9. Bapa saudara seibu sebapa;10. Bapa saudara sebapa;11. Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa;12. Anak lelaki bapa saudara sebapa;13. Petuan lelaki yang memerdekakan;14. Petuan perempuan yang memerdekakan;15. Anak lelaki petuan lelaki yang memerdekakan.

Waris-waris yang tersebut di atas ini kesemuanya mendapat ‘asabah binafsihi, jika tidak ada meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa. Dan bapa saudara perempuan seibu sebapa mendapat satu perdua (1/2) dan bapa saudara mendapat ‘asabah binafsihi’.

Asal masalah 2

Saudara perempuan seibu sebapa 1/2 1

Bapa saudara ‘Asabah 1

Jumlah 2

Begitulah juga dalam masalah-masalah yang lain daripada waris-waris yang mendapat ‘asabah binafsihi, berhak mendapat bahagian selepas daripada ahli-ahli waris yang menerima fardhu.

Page 37: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

36

‘Asabah bighairihi ( )

Waris yang mendapat ‘asabah bighairihi ialah empat orang:1. Anak perempuan;2. Cucu perempuan daripada anak lelaki;3. Saudara perempuan seibu sebapa;4. Saudara perempuan sebapa.

Anak perempuan mendapat ‘asabah bighairihi bila si mati itu ada meninggalkan anak lelaki. Cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat "asabah bighairihi" bila si mati ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki. Saudara perempuan seibu sebapa mendapat ‘asabah bighairihi bila si mati ada meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa. Begitu juga saudara perempuan sebapa mendapat ‘asabah bighairihi bila si mati ada meninggalkan saudara lelaki sebapa. Dalam masalah ini (‘asabah bighairihi) maka waris lelaki, seperti anak lelaki, cucu lelaki dan saudara lelaki mendapat dua bahagian, sedangkan waris perempuan hanya mendapat satu bahagian sahaja, seperti anak perempuan, cucu perempuan dan saudara perempuan.

Ini adalah berdasarkan firman Allah Taala:

Ertinya:“Lelaki itu mendapat dua bahagian daripada perempuan.”

Page 38: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

37

Misalnya seorang bapa atau ibu meninggal dunia, ada meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan maka anak lelaki dan anak perempuannya itu mendapat “Asabah bighairihi”.

Masalahnya sebagaimana di bawah:-

Asal masalah 3

Anak lelaki (2) 2

Anak perempuan (1) ‘Asabah 1

Jumlah 3

Begitulah juga dalam masalah-masalah yang lain daripada waris-waris yang mendapat “asabah bighairihi”, seperti cucu lelaki dengan cucu perempuan dan saudara lelaki dengan saudara perempuan.

‘Asabah ma’a ghairihi ( )

Waris-waris yang mendapat 'asabah ma’a ghairihi ialah dua orang:-1. Saudara perempuan seibu sebapa, sama ada seorang

atau lebih;2. Saudara perempuan sebapa, sama ada seorang atau

lebih.

Saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa sama ada seorang atau lebih menjadi

Page 39: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

38

“‘asabah ma’a ghairihi” beserta anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki. Umpamanya seorang meninggal dunia meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa dan ada pula meninggalkan anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki, maka anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki tadi mendapat satu perdua (1/2). Saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa mendapat “’asabah ma’a ghairihi” iaitu mereka menghabisi harta setelah diambil bahagian-bahagian ahli-ahli fardhu.

Asal masalah 2

Anak perempuan 1/2 1

Saudara perempuan seibu sebapa ‘Asabah 1

Jumlah 2

Asal masalah 2

Cucu perempuan daripada anak lelaki

1/2 1

Saudara perempuan sebapa ‘Asabah 1

Jumlah 2

Begitulah juga saudara perempuan seibu sebapa akan mendapat ‘asabah ma’a ghairihi bersama dengan cucu perempuan daripada anak lelaki dan saudara perempuan

Page 40: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

39

sebapa akan mendapat ‘asabah ma’a ghairihi juga beserta dengan anak perempuan.

Saudara perempuan seibu sebapa adalah seper ti saudara lelaki seibu sebapa, dia telah mendindingi saudara-saudara sebapa sama ada mereka itu lelaki atau perempuan. Saudara perempuan sebapa itu pula adalah seperti saudara lelaki sebapa, yang mana dia juga telah mendindingi semua anak-anak saudara mereka, sama ada lelaki ataupun perempuan.

Mahjub (terdinding)

Mahjub, ialah waris-waris yang terdinding daripada menerima pusaka, dengan ertikata yang lain mereka itu tidak mendapat bahagian dari pusaka yang ditinggalkan oleh si mati, sama ada mereka itu tidak mendapat langsung atau hanya mendapat sedikit sahaja.

Bahagian-bahagian mahjub

Mahjub terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:-1. Mahjub nuqsan;2. Mahjub hirman.

Mahjub nuqsanMahjub nuqsan, ialah waris yang hanya mendapat sedikit bahagian sahaja, di mana bahagian mereka itu berpindah dan bertukar dari bahagian fardhu yang banyak kepada

Page 41: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

40

fardhu yang sedikit, seperti berpindah dan bertukarnya bahagian suami daripada satu perdua (1/2) kepada satu perempat (1/4) dan lain-lainnya.

Mahjub hirmanMahjub hirman ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:-1. Mahjub di pihak waris lelaki;2. Mahjub di pihak waris perempuan.

Majhub di pihak waris lelakiOrang-orang yang mahjub di pihak waris lelaki ialah sebelas orang termasuk Baitulmal, iaitu:-1. Datuk, mahjub disebabkan:- (a) Bapa2. Cucu lelaki daripada anak lelaki, mahjub disebabkan:- (a) Anak lelaki3. Saudara seibu sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Anak lelaki (c) Cucu lelaki daripada anak lelaki4. Saudara lelaki sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Anak lelaki (c) Cucu lelaki daripada anak lelaki (d) Saudara lelaki seibu sebapa5. Anak saudara lelaki seibu sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk

Page 42: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

41

(c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa (f) Saudara lelaki sebapa6. Anak saudara sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk (c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa (f) Saudara lelaki sebapa (g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa7. Bapa saudara seibu sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk (c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa (f) Saudara lelaki sebapa (g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa (h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa8. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk (c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa

Page 43: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka dalam Islam

42

(f) Saudara lelaki sebapa (g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa (h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa (i) Bapa saudara seibu sebapa9. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk (c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa (f) Saudara lelaki sebapa (g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa (h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa (i) Bapa saudara seibu sebapa (j) Bapa saudara sebapa10. Bapa saudara sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Datuk (c) Anak lelaki (d) Cucu lelaki daripada anak lelaki (e) Saudara lelaki seibu sebapa (f) Saudara lelaki sebapa (g) Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa (h) Anak lelaki saudara lelaki sebapa (i) Bapa saudara seibu sebapa (j) Bapa saudara sebapa (k) Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa

Page 44: Sistem Pusaka

Sistem Pembahagian Pusaka Dalam Islam

43

Mahjub di pihak waris perempuanOrang yang mahjub di pihak waris-waris perempuan ialah enam orang iaitu:-1. Nenek sebelah ibu mahjub disebabkan:- (a) Ibu2. Nenek sebelah bapa, mahjub disebabkan:- (a) Ibu (b) Bapa3. Anak perempuan daripada anak lelaki, mahjub disebabkan:- (a) Anak lelaki (b) Dua orang anak perempuan4. Saudara perempuan seibu sebapa, mahjub disebabkan:- (a) Bapa (b) Anak lelaki

Page 45: Sistem Pusaka