asas faraidh dlm pembahagian pusaka

12
Page 0 of 12 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG, PAHANG DARUL MAKMUR "Ilmu al-Faraidh : Ilmu yang makin dilupai" Tarikh : 13 September 2014 / 18 Zulkaedah 1435 Jam : 8.00 pagi – 4.00 petang Bertempat : Dewan Mini Oxford, Kolej Matrikulasi Pahang Bersama: Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali [email protected] 013 9222670

Upload: mohd-ali

Post on 03-Jun-2015

347 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 0 of 12

KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG, PAHANG DARUL MAKMUR

"Ilmu al-Faraidh : Ilmu yang makin dilupai"

Tarikh : 13 September 2014 / 18 Zulkaedah 1435 Jam : 8.00 pagi – 4.00 petang

Bertempat : Dewan Mini Oxford, Kolej Matrikulasi Pahang

Bersama: Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali

[email protected] 013 9222670

Page 2: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 1 of 12

ASAS ILMU FARAIDH DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA

Oleh : Haji Mohd Shukri bin Haji Ali

1. MUKADDIMAH Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya. Sabda Rasulullah s.a.w;

عليه وسلهم قال العلم ثلثة وما سوى عن عبد الله بن عمرو بن العاص أنه رسول الله صلهى الله ذلك ف هو فضل آية مكمة أو سنهة قائمة أو فريضة عادلة

Maksudnya : "Ilmu itu ada tiga dan selain daripada itu hanyalah lebihan sahaja, iaitu ayat-ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), Sunnah yang sahih diriwayatkan

daripada Rasulullah s.a.w. dan ilmu untuk membahagikan pusaka yang adil" (Sunan Abu Daud : Bab Ma Ja a fi Taalim Al Faraidh : Juz 8 : hal. 86)

Oleh itu Islam disamping menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau meninggalkan sistem Ilahi ini dengan menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya. Dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan Darul Qutni:

عليه وسلهم، قال:"يا أب ، فه عن أب هري رة، أن النهبه صلهى الله رائ ه ف ا هري رة، علهموا اله ي نسى، وإهه أوهل ما ي ن زع من أمهت"العلم، وإه

Maksudnya : "Daripada Abi Hurairah r.a. berkata, Sabda Rasulullah saw : Pelajarilah ilmu Faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu,

ia adalah ilmu yang akan dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku."

(Sunan Ibn Majah : Bab Al Hassu 'Ala Taalim Al Faraidh : Juz 8 : hal. 691) Akibat pengabaian ilmu ini akan membawa kesan yang besar sehingga mengundang berbagai masalah dalam masyarakat kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda;

موا العلم وعلمو النها ، عله :» -وسلمصلى هللا عليه -قال ابن مسعود قال ل رسول الله وعلمو النها ، علهموا القرآن وعلمو النه رائ ، والعلم علهموا ال ا ، ف امر مقبو

ت حته يتل اث نان ف ن هما جدافريضة ل سي نت قص وظهر ال فل ب ي ن أحدا ي Maksudnya : "Berkata Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku : Pelajarilah ilmu dan ajarkanlah ia kepada manusia dan pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada

manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan

Page 3: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 2 of 12

sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta

pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-dua mereka." (Sunan Ad Darami : Bab al-Iqtidak Bil Ulama : Juz 1 : hal. 250)

2. PENGERTIAN ILMU AL FARAIDH ) الفرائض )

Perkataan faraidh (فرائض ) diambil daripada kalimah bahasa arab. Ia merupakan jama’

daripada perkataan faridhah( ةضفري ) . Manakala faridhah diambil daripada kata dasarnya

iaitu fardh ( ضفر ). Makna fardh dapat dibahagikan kepada 2 iaitu makna dari segi bahasa

dan makna dari segi istilah Syara’: i. Dari segi bahasa ialah takdir, bahagian, wajib atau halal, seperti maksud Firman Allah Ta’ala dalam Al Quran:

وقد فرضتم لهن فريضة فنصف ما فرضتم

“…maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu…” (Surah al-Baqarah : 237)

ii. Manakala segi istilah ialah bahagian yang ditentukan oleh Syara’ kepada ahli waris atau ilmu tentang pembahagian harta pusaka kepada setiap ahli waris yang berhak dengan kaedah-kaedah pengiraan yang tertentu. Manakala Haji Ismail Ab Kadir dalam bukunya Sistem Pusaka Islam mendefinasikan ilmu ini sebagai 'suatu ilmu yang dengan dialah dapat kita ketahui orang yang menerima pusaka, orang yang tidak dapat menerima pusaka, kadar yang diterima oleh tiap-tiap waris dan cara membahaginya'.

3. SEJARAH SISTEM PUSAKA

Sistem Pusaka sebelum Islam (Zaman Jahiliyyah) sebab-sebab mewarisi pusaka pada ketika itu, berdasarkan kepada faktor-faktor;

a. Sebab keturunan lelaki yang mampu berperang pertahankan kabilah & dapatkan harta rampasan perang - maka lelaki yang lemah dan sakit, wanita serta kanak-kanak adalah tidak layak mewarisi pusaka.

b. Perjanjian sumpah setia antara dua orang atau lebih. Lafaz perjanjian itu yang masyhur adalah seperti “darahku darahmu, kuburku kuburmu, aku dapat mewarisimu dan kamu dapat mewarisiku’ dan sebagainya.

c. Pengangkatan, iaitu anak angkat yang dibinkan kepadanya.

Page 4: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 3 of 12

Kedatangan Islam telah memperbaiki sebab-sebab pewarisan ketika jahiliyyah ini;

a. Syarat mereka yang mampu mengangkat senjata sahaja dibatalkan dan ditambah kaum wanita dan kanak-kanak dalam kelayakan mewarisi pusaka- An Nisa’ : 7.

b. Sebab perjanjian sumpah setia dibatalkan dan digantikan sengan sistem persaudaraaan Islam iaitu di antara Muhajirin dan Ansar - Surah Al Anfal : 72. Mereka berhak mewarisi hingga hukum itu dinasakh - Al-Ahzab : ayat 6.

c. Sebab pengangkatan juga dibatalkan bersama pembatalan sistem anak angkat ber’bin’kan bapa angkat - An-Anfal : 75 & Al Ahzab : 4-5.

d. Kemudian sistem pewarisan, asas-asas serta sebab-sebabnya telah diperincikan di dalam Surah An-Nisa’ : ayat 11, 12 dan 176 dengan dibantu oleh ayat lain seperti an-Nisa :8, Al-Baqarah : 180, Hadith Rasulullah s.a.w serta .Ijtihad pada sahabat dan ulama.

(Prof Dr Ismail Abu Hassan, Nota Kuliah Undang-Undang DAIJ, UIA 2000)

4. KEPENTINGAN BELAJAR ILMU AL FARAIDH

a. Menjamin kelangsungan ilmu ini, menyelesaikan Fardhu Kifayah di dalam masyarakat.

b. Membersihkan masyarakat dari fahaman-fahaman yang bertentangan hukum syara’ seperti ‘tidak baik segerakan pembahagian pusaka kerana tanah kubur masih merah’ dan sebagainya.

c. Menghindarkan kita dari melanggar hukum secara tidak disedari dan terjebak dengan dosa yang berterusan.

d. Menghindarkan kita dari memakan atau menguasai harta secara batil (haram).

e. Menghindarkan kita dari termakan harta anak yatim.

f. Menghindarkan kita dari termakan hak-hak simati yang tidak ditunaikan sebelum pembahagian.

g. Menghindarkan diri dari salah faham dan pertingkahan di kalangan waris-waris yang boleh membawa putusnya silaturrahim dan merosakkan institusi keluarga.

h. Menyedarkan waris-waris agar menyelesaikan pembahagian pusaka dengan segera, sekaligus mengelakkan penangguhan pembahagian ini sehingga bertahun-tahun malahan puluhan tahun.

Hasil dari mempelajari ilmu ini;

a. Mempastikan sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak. b. Mengetahui siapakah yang berhak menerima pusaka. c. Mengetahui bahagian masing-masing. d. Mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan.

Page 5: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 4 of 12

5. KOMBINASI ILMU AL FARAIDH

Ilmu Al Faraidh ini terdiri dari tiga kombinasi ilmu iaitu :

a. Ilmu Nasab iaitu ilmu yang berkaitan dengan nasab dan keturunan.

b. Ilmu Syariat yang berkaitan dengan hukum hakam, penentuan pembahagian waris-waris berhak, bahagian waris-waris dan sebagainya.

c. Ilmu Hisab iaitu yang berkaitan dengan kaedah pengiraan bagi penentuan bahagian waris-waris.

(Wan Abd Halim Wan Harun, Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka : DBP 2008 : hal. 6)

6. RUKUN PUSAKA Rukun pusaka ada 3 (tiga) perkara, iaitu;

a. Pewaris (si mati) b. Waris yang berhak c. Harta peninggalan

(Wan Abd Halim Wan Harun, Ibid :hal. 28)

A. RUKUN PERTAMA : Pewaris (Simati)

Syaratnya telah berlaku kematian Pewaris (Si mati). Mati terbahagi kepada 2 keadaan:

a. Mati Hakiki (benar-benar mati) - dapat dibuktikan dengan Surat Akuan Mati atau Permit Pengkebumian.

b. Mati Hukmi (seperti orang hilang dan tidak diketahui hidup atau mati). Ia hendaklah dibuktikan dengan’Anggapan Kematian’ yang dikeluarkan oleh Mahkamah mengikut seksyen 108 Akta Keterangan 1950 selepas 7 tahun dari tarikh kehilangannya.

B. RUKUN KEDUA PUSAKA : Waris yang berhak

i. Syarat waris yang berhak;

a. Hidup waris dengan yakin setelah kematian pewaris walaupun hanya sekejap.

b. Tidak terdinding atau terhijab oleh waris yang lain. Sila rujuk Jadual Hijab dalam Rajah 1.

c. Tidak ada hijab pewarisan seperti; i. Berlainan agama pewaris dan waris.

ii. Pembunuhan iaitu waris yang membunuh pewarisnya adalah tidak berhak mendapat pusaka.

iii. Perhambaan di mana hamba tidak boleh menjadi waris dan pewaris.

d. Mempunyai sebab untuk mewarisi seperti; i. Hubungan Kekeluarga/keturunan

ii. Ikatan Perkahwinan iii. Wala’ – Memerdeka Hamba iv. Islam (Baitulmal)

Page 6: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

Page 5 of 12

ii. Senarai Waris-Waris Yang Berhak

Waris-Waris Lelaki Waris Perempuan 1. Anak lelaki (AL) 2. Cucu lelaki dari anak lelaki (CL) dan kebawah. 3. Bapa. 4. Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke

atas. 5. Saudara seibu sebapa (SIBL) 6. Saudara sebapa (SBL) 7. Saudara seibu (SIL) 8. Anak saudara seibu sebapa (ASIBL) dan ke

bawah 9. Anak saudara sebapa (ASBL) dan ke bawah. 10. Bapa saudara seibu sebapa (BSIBL) 11. Bapa saudara sebapa (BSBL) 12. Anak bapa saudaa seibu sebapa sepupu SIBL)

dan ke bawah. 13. Anak bapa saudara sebapa (sepupu SBL) dan

ke bawah. 14. Suami. 15. Tuan yang membebaskan hamba

1. Anak perempuan (AP) 2. Cucu P (CP) dari Anak L & ke

bawah. 3. Ibu. 4. Nenek sebelah ibu dan ke atas. 5. Nenek sebelah bapa dan ke atas. 6. Saudara seibu sebapa (SIBP) 7. Saudara sebapa (SBP). 8. Saudara seibu (SIP) 9. Isteri. 10. Tuan yang membebaskan hamba

iii. Siapakah Waris Yang Paling Kuat Jika dihimpun ke semua waris-waris yang berhak menerima pusaka di atas, waris yang paling hampir dengan si mati (waris utama) ialah :

1. Anak lelaki. 2. Anak perempuan. 3. Ibu. 4. Bapa. 5. Suami atau Isteri.

Mereka ini tidak terdinding (terhijab) oleh sesiapa pun, bahkan merekalah yang

mendindingkan waris-waris yang lain. Waris yang paling kuat di kalangan waris-waris ini

ialah anak lelaki dan bapa.

Ibu

SI MATI

Anak L Anak P

Suami/Isteri

Bapa

Page 7: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

6

iv. Cara Menerima Pusaka

Waris-waris menerima pusaka dengan dua cara, iaitu : 1. Secara Fardhu. ( فرض )

2. Secara Asabah. ( عصبة )

1. Secara Fardhu FARDHU bermakna ‘kadar bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak kepada seseorang waris’. Bahagian secara fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran ialah sebanyak 6 bahagian yang dinyatakan di dalam pecahan iaitu : 1/2., 1/3, 2/3, ¼, 1/6, 1/8. satu lagi ialah ‘1/3 baki’ berdasarkan ijtihad Saidina Omar r.a. iaitu. 1. Satu Perdua (1/2)

BIL. WARIS SYARATNYA 1 Suami Tidak ada keturunan ke bawah (anak, cucu, cicit… ke

bawah) 2. 1 Anak Perempuan Tidak ada anak lelaki. 3. 1 Cucu Perempuan Tidak ada anak lelaki/perempuan dan cucu lelaki 4 1 Saudara Seibu

Sebapa Perempuan (SIBP)

Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah dan saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)

5 1 Saudara Sebapa Perempuan (SBP)

Tidak ada Bapa, Datuk, Keturunan ke bawah, sSaudara Seibu Sebapa lelaki/perempuan (SIBP/L) dan saudara sebapa lelaki (SBL)

2. Satu Pertiga (1/3)

BIL. WARIS SYARATNYA 1

Ibu Tidak ada keturunan ke bawah dan 2 atau lebih saudata samada SIB/SB/SI lelaki/perempuan.

2. Dua atau lebih saudara seibu (SI) L/P

Tidak ada keturunan ke bawah dan keturunan lelaki ke atas.

3. Satu Pertiga (1/3) baki

BIL. WARIS SYARATNYA

1 Ibu Si mati hanya meninggalkan : Ibu, bapa dan suami atau ibu, bapa dan isteri

4. Satu Perempat (1/4)

BIL. WARIS SYARATNYA 1 Suami Ada keturunan ke bawah 2 Isteri Tidak ada keturunan ke bawah

Page 8: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

7

5. Satu Perenam (1/6)

BIL. WARIS SYARATNYA 1 Bapa Tidak ada keturunan ke bawah 2 Ibu Tidak ada keturunan ke bawah dan 2 atau lebih

saudara samada SIB, SB, SI lelaki/perempuan. 3 Datuk Tidak ada keturunan ke bawah dan bapa 4 Nenek Sebelah Ibu – tidak ada ibu

Sebelah bapa – tidak ada bapa dan ibu 5 Cucu Perempuan Ada bersama 1 anak perempuan

Tidak ada anak/cucu lelaki 6 Saudara sebapa

perempuan Ada bersama 1 SIBP, Tidak ada keturunan ke bawah, Tidak ada bapa/datuk dan tidak ada SIB dan SB lelaki

7. 1 saudara seibu (SI) lelaki/perempuan

Tidak ada keturunan ke bawah dan keturunan lelaki ke atas.

6. Satu Perlapan (1/8)

BIL. WARIS SYARATNYA 1. Isteri Ada keturunan ke bawah

7. Dua Pertiga (2/3)

BIL. WARIS SYARATNYA

1. 2 atau lebih anak perempuan (AP)

Tidak ada Anak lelaki (AL)

2. 2 atau lebih cucu perempuan (AP)

Tidak ada Anak lelaki/Perempuan dan Cucu lelaki

3 2 atau lebih saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)

Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah, saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)

4 2 atau lebih saudara sebapa perempuan (SBP)

Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah, saudara seibu sebapa (SIBL) L/P dan saudara sebapa lelaki (SBL)

2. Menerima Pusaka Secara Asabah

ASABAH ( عصبة ) bermakna ‘kadar bahagian yang tidak ditetapkan secara tepat oleh syara’.

Asabah terbahagi kepada 3 jenis :

(a) Asabah Binafsih عصبة بنفسه : Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua

harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

Page 9: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

8

(b) Asabah Bil Ghoir عصبة بالغير : Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan. (c) Asabah Maal Ghoir عصبة مع الغير : Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

v. Hijab dalam mewarisi pusaka

Hijab ( جابــــــح ) ini juga disebut sebagai penghadang, penghalang atau pendinding, iaitu hijab

ke atas seorang dari mendapat harta perwarisan sepenuhnya atau dari mendapat bahagian yang lebih banyak.

Hijab ini ada dua jenis iaitu;

1. Hijab an-Nuqsan حجاب النقصان (Hijab sebahagian)

Terhijab dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

2. Hijab al-Hirman الحرمانحجاب (Hijab penuh)

Terhijab dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhijab kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhijab sebab adanya bapa. Siapakah yang terlibat dengan Hijab Nuqsan (Hijab sebahagian)? Hijab sebahagian berlaku kepada lima orang ahli waris (semuanya terdiri dari ashabil-furudh), iaitu;

Bil Waris hijab Syarat 1 Ibu dihijab dari

bahagian (1/3)

kepada bahagian (1/6)

1. Wujud cabang waris si mati (yakni anak atau cucu) 2. Wujud saudara-saudara lelaki dan perempuan yang ramai (yakni dua atau lebih) sama ada saudara seibu-sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.

2 a) Ibu b) Suami

dihijab dari bahagian (1/2)

kepada bahagian (1/4)

Wujud cabang waris isterinya sama ada hasil perkongsian hidup dengannya atau dengan lelaki lain

Page 10: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

9

Bil Waris hijab Syarat 3 Isteri dihijab dari

bahagian (1/4) kepada bahagian (1/8)

Wujud cabang waris suaminya sama ada hasil perkongsian hidup dengannya atau dengan wanita lain.

4 Cucu perempuan

dihijab dari bahagian (1/2)

kepada bahagian (1/6)

Wujud seorang anak perempuan si mati atau seorang cucu perempuan si mati yang lebih tinggi (yakni lebih hampir dengan si mati darinya)

5 Saudara perempuan sebapa

dihijab dari bahagian (1/2)

kepada bahagian (1/6)

Wujud seorang saudara perempuan seibu-sebapa.

Siapakah yang terlibat dalam Hijab al-Hirman (Hijab penuh)? Ahli-ahli waris dilihat dari sudut hijaban penuh ini terbahagi kepada dua kategori; a. Ahli-ahli waris yang tidak terdedah kepada hijab penuh selama-lamanya. Mereka terdiri dari enam orang ahli waris (waris utama) iaitu;

1. Suami 2. Isteri 3. Bapa 4. Ibu 5. Anak perempuan 6. Anak lelaki

Enam ahli waris di atas akan tetap mewarisi harta dari si mati di mana tidak ada sesiapapun dapat menghijab mereka. b. Ahli-ahli waris yang terdedah kepada hijab penuh (yakni ada kemungkinan akan dihijab oleh orang lain dari mendapat harta pusaka) Mereka ini di kalangan ashabil-furudh ada tujuh orang, iaitu;

1. Cucu perempuan 2. Saudara perempuan seibu-sebapa 3. Saudara perempuan sebapa 4. Saudara perempuan seibu 5. Saudara lelaki seibu 6. Datuk 7. Nenek

Adapun ahli-ahli waris dalam kelompok ‘ashabah, semua mereka berkemungkinan menghadapi hijab penuh kecuali seorang sahaja iaitu anak lelaki.

Sila rujuk Jadual Hijab dalam Rajah 1.

Page 11: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

10

C. RUKUN KETIGA : HARTA PENINGGALAN SI MATI (TARIKAH تركة ).

Iaitu apa yang dimiliki oleh seseorang semasa hidupnya dan berkekalan miliknya itu sehingga kematiannya.

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Harta Alih - pakaian, barang kemas, kenderaan, peralatan rumah, wang tunai, simpanan, saham dan lain-lain.

2. Harta Tak Alih - tanah termasuk apa yang ada di atas tanah, permukaan tanah dan dalam tanah serta bangunan yang didirikan di atasnya.

Dikira harta Pusaka; 1. Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara

halal melalui jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah atau sedekah dsb. 2. Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati. 3. Hutang kepada si mati yanf dijelaskan selepas kematiannya. 4. Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati. 5. KWSP / KWSG. 6. Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh si mati semasa hayatnya. 7. Barang yang terbit selepas mati seorang dari usaha si mati semasa hayatnya 8. Harta penama.

Tidak dikira Harta Pusaka: 1. Harta yang telah diberikan oleh si mati kepada seorang semasa hayatnya. 2. Harta yang telah dijual oleh si mati. 3. Harta yang telah diwakafkan. 4. Harta yang dipegang amanah 5. Khairat kematian. 6. Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian 7. Faedah Kematian / Amaun Tambahan KWSP. 8. Imbuhan, pampasan dan saguhati. 9. Pencen terbitan 10. Ganjaran terbitan. 11. Bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO). 12. Harta yang dipinjam. 13. Harta yang dipinjam nama.

Hak berhubung Harta Pusaka Bukan semua harta yang ditinggal oleh si mati itu dikira harta pusaka yang terus boleh dibahagikan tetapi para waris hendaklah menyelesaikan 4 perkara terlebih dahulu sebelum peninggalan harta itu dilaksanakan,iaitu;

1. Belanja menguruskan pengkebumian (perbelanjaan wajib) 2. Menjelaskan hutang si mati. Hutang si mati ada dua :

a. Hutang kepada Allah – Haji, Fidyah, Zakat, Kifarah dan Nazar. b. Hutang kepada manusia.

3. Wasiat (jika ada) dengan syarat wasiat itu sah mengikut syariat :

Page 12: Asas faraidh dlm pembahagian pusaka

11

a. Tidak bercanggah dengan syariat. b. Tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. c. Tidak diwasiatkan kepada mana-mana waris yang berhak menerima pusaka.

4. Harta sepencarian. Cara untuk menuntut harta sepencarian ini ada dua cara. a. Secara pakat dengan waris yang lain. b. Tuntutan di Mahkamah Syariah

Ia dapat diringkaskan begini:

1 Belanja Urusan Pengkebumian (Belanja yang wajib sahaja)

Dit

ola

k t

erle

bih

dah

ulu

2

Hutang Si Mati Hutang dengan Allah (Haji, Zakat, Fidyah, Nazar, Kifarat) Hutang dengan manusia.

3 Wasiat yang sah (jika ada)

4 Harta sepencarian

5 Baki harta pusaka yang boleh dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut perkiraan faraid.

Haji Mohd Shukri Bin Haji Ali Istana Badariah, Kuala Terengganu

Email : [email protected] FB : Ahli Nujum Negeri

Tel : 013 9222670