ds dan lain-lain lwn nl undang-undang keluarga islam ... 2019/ds dll v nl.pdf · ke atas harta...

28
1 DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH DS dan Lain-Lain lwn NL [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Permohonan No.: 10400-041- 348-2018 (YA Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS)] [09 Jamadilawwal 1440H bersamaan 15 Januari 2019] Undang-undang Keluarga Islam- Tuntutan Pengisytiharan Sebagai Harta Sepencarian - Seksyen 122 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-undang Tatacara Mal- Bantahan Awal Perintah Pembahagian Pusaka Telah di Keluarkan Oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Selangor Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Fakta Kes [1] Pemohon-Pemohon merupakan pihak Defendan di dalam kes Tuntutan Harta Sepencarian Saman No.: 10400-017-0063-2018 yang telah difailkan oleh Responden pada 15 Februari 2018. Responden di dalam kes Tuntutan Harta Sepencarian tersebut menuntut beberapa harta peninggalan Arwah BS yang telah meninggal dunia pada 22 Mac 2017 diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Responden merupakan isteri ketiga Arwah yang mana mereka telah bernikah pada 25 Julai 2011. Setelah arwah meninggal dunia, satu permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil arwah telah difailkan dan didengar dan diputuskan di Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut, Tingkat 1, Bangunan Koperasi Tanah, Jalan Semarak, Kuala Selangor 45000 Kuala Selangor dengan No. Fail: xx/2017 yang mana satu Perintah Pembahagian

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

1

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

DS dan Lain-Lain lwn NL

[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Permohonan No.: 10400-041-

348-2018 (YA Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS)]

[09 Jamadilawwal 1440H bersamaan 15 Januari 2019]

Undang-undang Keluarga Islam- Tuntutan Pengisytiharan Sebagai Harta

Sepencarian - Seksyen 122 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Selangor) 2003.

Undang-undang Tatacara Mal- Bantahan Awal – Perintah Pembahagian Pusaka

Telah di Keluarkan Oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Selangor – Akta

Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Fakta Kes

[1] Pemohon-Pemohon merupakan pihak Defendan di dalam kes Tuntutan Harta

Sepencarian Saman No.: 10400-017-0063-2018 yang telah difailkan oleh

Responden pada 15 Februari 2018. Responden di dalam kes Tuntutan Harta

Sepencarian tersebut menuntut beberapa harta peninggalan Arwah BS yang telah

meninggal dunia pada 22 Mac 2017 diisytiharkan sebagai harta sepencarian.

Responden merupakan isteri ketiga Arwah yang mana mereka telah bernikah

pada 25 Julai 2011. Setelah arwah meninggal dunia, satu permohonan untuk

pembahagian harta pusaka kecil arwah telah difailkan dan didengar dan

diputuskan di Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut, Tingkat 1,

Bangunan Koperasi Tanah, Jalan Semarak, Kuala Selangor 45000 Kuala

Selangor dengan No. Fail: xx/2017 yang mana satu Perintah Pembahagian

Page 2: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

2

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

bertarikh 22 November 2017 telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala

Selangor tersebut.

[2] Pemohon-Pemohon telah memfailkan ini untuk mengetepikan dan/atau menolak

dan/atau membatalkan kes Tuntutan Harta Sepencarian yang telah difailkan oleh

Responden. Responden di dalam Afidavit Jawapannya menyatakan bahawa

Responden dan arwah telah sama-sama berusaha dan memberikan sumbangan

secara langsung dan tidak langsung untuk memperolehi atau sama-sama

memajukan harta-harta dan/atau aset yang dituntut dalam Tuntutan Harta

Sepencarian tersebut. Perintah Pembahagian di Pejabat Pusaka Kecil belum

dilaksanakan. Bagi memastikan Perintah Pembahagian di Pejabat Pusaka Kecil

tersebut ditangguhkan perlaksanaannya, Responden telah memasukkan kaveat

persendirian di setiap pejabat tanah yang berkenaan bagi memastikan tidak

berlaku sebarang transaksi turunmilik atau pembahagian, sehingga tuntutan kes

harta sepencarian selesai diputuskan. Responden juga telah memperoleh Perintah

Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 25 April 2018 yang menghalang

Pemohon-Pemohon termasuk seorang anak Pemohon 1 Norfaizah binti Rosli

daripada mengganggui atau mencerobohi dengan apa-apa cara sekalipun ke atas

Responden, dan/atau terhadap mana-mana harta Responden dan/atau tempat

kediaman Responden dan/atau tempat kerja Responden dan/atau mana-mana

harta yang menjadi subjek Tuntutan Harta Sepencarian. Anak Pemohon 1 juga

ditegah dan dihalang daripada menggangui atau mencerobohi dengan apa-apa

cara sekalipun ke atas penyewa atau mana-mana orang yang diberikan

kebenaran atau diberikan hak akses olehnya ke atas mana-mana harta yang

menjadi subjek Tuntutan Harta Sepencarian.

Page 3: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

3

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Diputuskan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam

Syarienya, dan kehadiran Responden bersama Peguam Syarienya. SETELAH

MENELITI semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH

DIHAKIMKAN seperti berikut:

(1) Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 244 Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

(2) Mahkamah memerintahkan kes Saman No.: 10400-017-0063-2018

hendaklah dibatalkan.

(3) Mahkamah memerintahkan kes Injunksi Tegahan melalui Permohonan No.:

10400-032-0286-2018 hendaklah ditutup dan Perintah ex-parte bertarikh

25.04.2018 dibatalkan.

(4) Mahkamah memutuskan kos diawardkan kepada Pemohon-Pemohon

sebanyak RM 2,500.00.

Peguam Syarie

Peguam Pemohon : diwakili oleh Encik Sahrudin bin Samsuddin daripada Tetuan

Din Samsuddin & Associates.

Peguam Responden: diwakili oleh Siti Khadijah binti Aminuddin daripada M.A &

Associates.

Surah al-Quran Yang Dirujuk

Surah al-Nisa : ayat 11.

Page 4: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

4

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Kitab- kitab Yang Dirujuk

1. Abu Abdillah Muhammad b. Idrīs al-Syafi'ī. 1393H. Al-Umm, jil. 5. Bayrūt: Dār al-

Ma‘rifah.

2. ‘Abd al-Karim Zaydan. 1989. Nizam al-Qada’ fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah. ‘Amman:

Maktabat al-Basha’ir.

3. Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Hussain ibn Umar. T.th. Bughyah al-

Murtarshidin. Beirut: Dar al-Fikr.

4. Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah.

5. Shamsh al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Sharbini. 2006. Mughni al-

Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Jil. 3. Qahirah: Dar al-Fikr.

6. Wahbah Al-Zuhayli. 1989. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Juz. 8, cetakan ketiga,

Damsyik: Dar al-Fikr.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 – s.13, s.14, s.19, s.29.

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 – s.61.

3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.222,

s.239.

4. Enakmen Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.4, s.122.

Kes Yang Dirujuk

Fauziah Binti Mohd Yusof lwn. Faizal Bin Abdullah @ Wong, Saman No: 10300-017-

0257-2011 (Tidak dilaporkan).

Page 5: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

5

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Penghakiman Y.A Tuan Abdul Shukor bin Abd Hamid, HMTS

Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidangkuasa

[3] Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar permohonan ini berdasarkan

subperenggan 61 (3) (b) (iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri

Selangor) 2003 Mahkamah ini boleh mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding berhubung dengan alang semasa hidup, atau

penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian

wang oleh seorang orang Islam. Dalam isu bantahan awal ini, Mahkamah boleh

mendengar dan memutuskan bantahan ini berdasarkan seksyen 61 (3) (b) (xiii)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang menyatakan “apa-apa

permohonan yang berbangkit ketika prosiding sedang berjalan”. Isu bantahan awal

ini timbul dari tuntutan Harta Sepencarian Responden di bawah Seksyen 122

Enakmen Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dengan nyata

menjelaskan bahawa Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar

memutuskan isu ini.

Isu Pertama: Bolehkah Harta Sepencarian dibuat Tuntutannya Ke Atas Harta Pusaka Si

Mati.

[4] Tuntutan Responden terhadap Pemohon-Pemohon adalah berkenaan sebahagian

harta dan aset yang tersenarai sebagai harta pusaka Arwah BS (arwah / si mati)

yang telah meninggal dunia pada 22 Mac 2017 yang dituntut sebagai harta

sepencarian antara Responden dengan arwah. Mahkamah merujuk kepada

pendapat –pendapat fuqaha bagi menyelesaikan persoalan ini sebagaimana

berikut:-

Page 6: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

6

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

4.1. Pandangan Imam Syafie di dalam kitab Al-Umm, Jil. 10, Cetakan Dar al-

Qutaibah, Lubnan, tahun 1996, hlm. 328 yang menyebut sebagaimana

berikut:

أخربنا الربيع بن سليمان قال ]قال الشافعي[ رمحه اهلل تعاىل: إذا اختلف الرجل واملرأة يف فرتقا أو ماتا أو مات أحدمها فاختلف متاع البيت الذي مها فيه ساكنان وقد افرتقا أو مل ي

ورثتهما أو ورثة أحدمها بعد موته فذلك كله سواء واملتاع إذا كانا ساكين البيت يف معا فالظاهر أنه يف أيديهما كما تكون الدار يف أيديهما أو يف يد رجلني أيديهما

فيحلف كل واحد منهما لصاحبه على دعواه فإن حلفا مجيعا فاملتاع بينهما نصفان ألن الرجل قد ميلك متاع النساء بالشراء واملرياث وغري ذلك واملرأة قد متلك متاع الرجال

كان هذا ممكنا وكان املتاع يف أيديهما مل جيز أن حيكم بالشراء واملرياث وغري ذلك فلما فيه إال هبذا لكينونة الشيء يف أيديهما

Bermaksud: diceritakan kepada kami oleh al-Rabia bin Sulaiman

katanya: "Syafi'ī (r.a) berkata: "Apabila berlaku pertelingkahan

antara seorang lelaki dengan seorang perempuan terhadap mata

benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami

rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai), atau sekali

pun tidak berpisah, atau kedua suami isteri itu meninggal dunia,

atau salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, yang

mana dalam keadaan kedua suami isteri meninggal dunia, atau

salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku

pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau

pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu.

Maka kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa,

iaitu; bagi perkakas rumah apabila kedua-duanya sama-sama

menduduki sebuah yang menjadi milik bersama mereka, maka

Page 7: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

7

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

pada zahirnya perkakas-perkakas di dalam rumah itu adalah

menjadi milik bersama suami isteri itu. Jika perkakasan rumah yang

dipertelingkahan itu berada di dalam pegangan dua orang lelaki

lain, andainya salah seorang daripada pemegang perkakasan itu

bersumpah mengatakan bahawa perkakasan itu adalah milik salah

satu daripada kedua pihak yang bertelingkah dan seorang

pemegang perkakasan yang lain pula bersumpah mengatakan

bahawa perkakasan itu adalah milik pihak yang satu lagi, maka

hendaklah diputuskan bahawa perkakasan itu dibahagi dua di

antara pihak-pihak yang bertelingkah. Haruslah diperhatikan

bahawa, kadangkala lelaki memiliki perkakasan perempuan dengan

cara membelinya, mewarisi dan sebagainya. Begitu juga

kadangkala perempuan memiliki perkakasan lelaki dengan cara

membelinya, mewarisi dan sebagainya. Oleh yang demikian

tidaklah boleh, di dalam pertikaian seperti ini, dihukum selain dari

cara ini.” (Abu Abdillah Muhammad b. Idrīs al-Syafi'ī (1393H), Al-

Umm, j. 5. Bayrūt: Dār al-Ma‘rifah, h. 95.)

4.2. Pandangan Syeikh Abdul Rahman Ibn Hussain Ibn Umar a ada menjelaskan

di dalam kitab “Bughyah al-Mustarshidin”, halaman 159 yang menyatakan

bahawa:

اختلط حال الزوجني ومل يعلم أليهما أكثر، وال قرينة متيز أحدمها، وحصلت بينهما فرقة أو موت، مل يصح ألحدمها وال وارثه تصرف يف شيء منه قبل التمييز أو الصلح إال مع

ا فيما لو اختلط محامهما، وحينئذ فإن أمكن معرفتهما صاحبه، إذ ال مرجح كما قالو وإال وقف األمر حىت يصطلح الزوجان أو ورثتهما بلفظ صلح أو تواهب بتساو أو تفاوت إن كانوا كاملني، وجيب أن ال ينقص عن النصف يف احملجور، نعم إن جرت

Page 8: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

8

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

على حنو ذلك، العادة املطردة بأن أحدمها يكسب أكثر من اآلخر كان الصلح والتواهب فإن مل يتفقوا على شيء من ذلك فمن بيده شيء من املال فالقول قوله بيمينه أنه ملكه،

فإن كان بيدمها فلكل حتليف اآلخر مث يقسم نصفني.

Bermaksud: Telah bercampur harta suami isteri dan tidak

diketahui sesiapa yang lebih banyak, tidak ada tanda-tanda yang

dapat membezakan harta salah seorangnya, kemudian berlaku

perceraian diantara keduanya atau meninggal dunia, maka tidak

sah salah seorang dari mereka (suami isteri atau warisnya)

memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum

dapat dibezakan atau sebelum dibuat perdamaian (al-Sulh)

kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada

murajih (tidaka ada tanda yang membezakan). Seperti mereka

berkata, “jika bercampur burung merpati keduanya (suami isteri) di

ketika itu jika boleh diketahui atau dibezakan keduanya tetapi jika

tidak diketahui dan tidak dapat dibezakan, perkara ini hendaklah

ditangguh sehingga suami atau waris kedua-duanya berdamai

atau menyerah (hibah) dengan sama banyak atau berlebih kurang

jika mereka (suami isteri) dan waris orang-orang yang sempurna

(bukan mahjur ‘alaihi) dan wajib supaya jangan berkurang (orang

yang tidak dibenarkan mentadbir harta). Tetapi jika berlaku

kebiasaan yang tetap bahawa salah seorang dari keduanya

(suami isteri) mendapat pendapatan yang lebih banyak dari yang

seorang lagi maka perdamaian (sulh) dan penyerahan (hibah)

adalah berdasarkan demikian (lebih kurang). Jika mereka tidak

menyetujui satu pun daripada yang demikian, maka pihak yang

memiliki sesuatu dari harta (memegang harta) akan diterima

cakapnya dengan sumpahnya, bahawa harta itu miliknya. Tetapi

Page 9: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

9

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

jika harta itu dimiliki oleh keduanya-duanya (masing-masing

memegang harta), maka masing-masing boleh meminta pihak

yang lain bersumpah, kemudia harta itu dibahagi dua”. (Abd al-

Rahman ibn Muhammad ibn Hussain ibn Umar. T.th. Bughyah al-

Murtarshidin. Beirut: Dar al-Fikr.)

[5] Berdasarkan kepada kedua-dua pendapat di atas, Mahkamah berpuashati

bahawa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat ke atas harta pusaka si mati.

Namun begitu, timbul persoalan, pada ketika manakah harta sepencarian boleh

dituntut dari harta pusaka si mati? Mahkamah berpendapat apabila timbul tuntutan

ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta

sepencarian ataupun tuntutan hibah atau seumpamanya, hendaklah kembali

merujuk kepada nas asal dalam hukum syarak, iaitu al-Quran dan Hadis

Rasulullah s.a.w. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Nisa ayat 11 yang

bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk)

anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua

orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka

bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan

jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua

(separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya:

seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai

anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya

hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si

mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian

ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat

yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa

kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih

dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan

Page 10: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

10

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan

dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[6] Jelas di dalam ayat di atas, Allah berfirman من ب عد وصية يوصي هبا أو دين yang

bermaksud; (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah

diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya…, Saidina Ali

sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Juz. 8,

cetakan ketiga, Damsyik: Dar al-Fikr, tahun 1989, hlm. 273 menjelaskan

sebagaimana berikut:

رأيت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم بدأ بالدين قبل الوصية

Bermaksud: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w (dalam

mentadbirkan pusaka) telah memulakan dengan melunaskan

hutang sebelum wasiat.

[7] Berdasarkan nas-nas di atas, para fuqaha telah membuat kaedah bahawa

mengikut hukum syarak, apabila mati seseorang muslim harta peninggalannya

ditadbirkan menurut sebagaimana pendapat Shamsh al-Din Muhammad bin

Muhammad al-Khatib al-Sharbini di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah

Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Jil. 3. Qahirah: Dar al-Fikr, hlm: 3-4 sebagaimana berikut:

يبدأ من تركة امليت مبؤنة جتهيزه مث تقضى ديونه مث وصاياه من ثلث الباقى مث يقسم قى بني الورثة قلت فإن تعلق بعني الربكة حق كالزكاة واجلاين واملرهون واملبيع إذا مات البا

املشرتى مفلسا قدم على مؤنة جتهيزه.

Page 11: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

11

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Bermaksud: Daripada harta peninggalan si mati mengikut

tertibnya hendaklah dicabut kerana urusan pengkebumian

mayatnya, kemudian dicabut bagi melunaskan hutangnya, dan

kemudian dicabut untuk menyempurnakan wasiatnya sekadar

satu pertiga daripada bakinya itu, seterusnya barulah bakinya

dibahagi-bahagikan kepada waris-warisnya. Kemudian sekiranya

harta si mati itu ada bergantung dengan hak-hak Allah dan hak-

hak manusia lain, seperti zakat, hak jenayah (pembayaran diyat

atau denda hamba bagi orang yang dibunuh oleh si mati semasa

hidupnya), gadaian (barang-barang gadaian si mati masih ada

yang belum ditebus), pembelian si mati (semasa hidupnya) secara

hutang dan belum dijelaskan sedangkan penjualnya telah muflis,

maka hak-hak Allah dan hak-hak manusia seperti ini hendaklah

terlebih dahulu dicabut daripada harta yang ditinggalkan oleh si

mati dari cabutan kerana urusan pengkebumian mayatnya.

[8] Daripada penjelasan di atas, sekiranya terdapat sesuatu tuntutan ke atas harta

pusaka orang Islam, dan sekiranya tuntutan itu dikendalikan mengikut Hukum

Syarak, fakta persoalan zakat yang belum ditunaikan oleh si mati sedangkan

syarat-syaratnya telah dipenuhi, diyat atau hamba bagi orang yang dibunuh oleh si

mati semasa hayatnya, barang-barang gadaiannya yang belum ditebus, hutang si

mati ke atas harta yang ditinggalkan itu, harta sepencarian, wakaf, hibah atau

nazar yang dibuat oleh si mati dan telah sempurna rukunnya tetapi belum dibuat

pemindahan hak milik, pengurusan jenazah si mati, segala hutang si mati yang

belum dilunaskan dan wasiat hendaklah didahulukan. Setelah itu barulah harta-

harta si mati yang berbaki lagi dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum

faraid. Kadar penentuan saham tiap-tiap ahli waris adalah mengikut yang

ditentukan oleh ayat al-Mawarith. Jika tidak tuntutan tersebut dikemukakan

Page 12: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

12

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

sehingga pembahagian faraid telah diputuskan maka tuntutan tersebut hendaklah

dianggap tidak ada atau tidak mahu dituntut oleh pihak-pihak.

Isu Kedua: Sama ada Perintah Pembahagian Yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah

Daerah Kuala Selangor Berkuatkuasa

[9] Setelah arwah meninggal dunia, satu permohonan untuk pembahagian harta

pusaka kecil arwah telah difailkan dan didengar dan diputuskan di Pejabat Tanah

Daerah Kuala Selangor yang mana satu Perintah Pembahagian bertarikh

22.11.2017 telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor tersebut

sebagaimana yang dikemukakan oleh setiap Pemohon di dalam Afidavit

Sokongan masing-masing. Mahkamah merujuk peruntukan yang digunakan oleh

Pejabat tersebut bagi lebih memahami keadaan yang berlaku kepada pihak-pihak

iaitu Seksyen 13 (3) dan Seksyen 14 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)

1955 (Akta 98) sebagaimana berikut:-

13. (3). Pada penentuan pendengaran Pemungut (Pentadbir

Tanah) hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukan bagi

pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan

perbelanjaan pengkebumian dan hutang-hutang si mati, di

manamana timbul, dan bagi pembayaran kepada mana mana

orang apa-apa fi yang dibayar oleh orang itudi bawah Akta ini dan

boleh, jika perlu, mengarahkan keseluruhan atau sebahagian

daripada harta pusaka sebagaimana yang dia boleh nyatakan

dijual dan perbelanjaan-perbelanjaan, hutang-hutang, fi-fi dan duti

dibayar daripada hasil jualan-jualan dan tertakluk kepadanya dan

peruntukan-peruntukan yang berikut Seksyen ini dan hendaklah

membahagikan baki harta pusaka mengikut bahagian dan

Page 13: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

13

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

kepentingan masing-masing di kalangan benefisiari-benefisiari

tetapi tertakluk kepada Seksyen 18.

Dengan syarat jika ada undang-undang bertulis yang

berkuatkuasa berhubungan dengan Baitulmal, Pemungut

(Pentadbir Tanah) hendaklah sebelum membahagikan apa-apa

bahagian harta pusaka seorang si mati beragama Islam

memuaskan dirinya bahawa apa-apa bahagian harta pusaka yang

kena dibayar kepada Baitulmal telah dibayar sewajarnya atau

peruntukan sesuai telah dibuat bagi pembayarannya.

14. (1) Jika dalam perjalanan perbicaraan adalah diperakui oleh

Pemungut adalah perlu atau dikehendaki bagi kepentingan

keadilan bahawa apa-apa pertikaian kolateral diputuskan sebelum

suatu perintah pembahagian dibuat, Pemungut boleh

menangguhkan membuat apa-apa perintah pembahagian

berkenaan dengan harta pusaka atau bahagian harta pusaka yang

pada pendapatnya adalah atau mungkin terjejas secara langsung

atau tidak langsung oleh penentuan pertikaian dan hendaklah

sesudah itu menyebabkan pertikaian ditentukan mengikut seksyen

ini.

(2) Bagi maksud seksyen ini suatu pertikaian kolateral ertinya

suatu pertikaian samada- (a) mana-mana harta alih atau tak alih

atau apa-apa hak atau kepentingan dalam mana-mana harta

sedemikian membentuk bahagian harta pusaka si mati. (b) mana-

mana orang yang berhak menerima faedah kepada mana-mana

harta alih atau tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam

Page 14: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

14

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

apa-apa harta sedemikian yang si mati pada masa kematiannya

memegang atau berhak untuk memegang sebagai seorang

pemegang amanah dan tidak menerima faedah. (c) apa-apa

hutang atau jumlah wang tertentu kena dibayar kepada mana-

mana orang yang menuntut jumlah itu daripada aset si mati atau

apa-apa hutang atau jumlah wang tertentu kena dibayar oleh

mana-mana orang dalam harta pusaka si mati. (d) mana-mana

bahagian atau apa-apa hak atau kepentingan dalam mana-mana

bahagian seseorang benifisiari dalam harta pusaka si mati telah

diserahhak atau terletakhak dalam mana-mana orang lain, sama

ada seorang benefisiari atau tidak.

[10] Di dalam perintah itu menyatakan:

HARTA TAK ALIH YANG KENA DIBAHAGIKAN

No.

Hakmilik

dan Lot

Mukim Daerah Nama benefisiari dan No

K/P

Bahagian yang

kena

didaftarkan

PM 488

LOT 2832

1/1 bhg

MUKIM

IJUK

KUALA

SELANGOR

1. DS

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

2. NL

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

3. RJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. AJ

8/16 bhg

4/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

Page 15: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

15

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

No.

Hakmilik

dan Lot

Mukim Daerah Nama benefisiari dan No

K/P

Bahagian yang

kena

didaftarkan

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

5. MJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

1/16 bhg

1/16 bhg

HSD

16678

PT 138

1/1 bhg

PEKAN

ASAM

JAWA

KUALA

SELANGOR

1. RJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

2. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

3. MJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

5. DS

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. NL

No K/P: 680307-10-5766

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

8/16 bhg

4/16 bhg

Page 16: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

16

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

No.

Hakmilik

dan Lot

Mukim Daerah Nama benefisiari dan No

K/P

Bahagian yang

kena

didaftarkan

Warganegara: Malaysia

HSD

16699

PT 159

1/1 bhg

PEKAN

ASAM

JAWA

KUALA

SELANGOR

1. DS

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

2. NL

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

3. MJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

5. RJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

8/16 bhg

4/16 bhg

HSD

16664

PT 124

1/1 bhg

PEKAN

ASAM

JAWA

KUALA

SELANGOR

1. MJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

2. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

1/16 bhg

1/16 bhg

Page 17: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

17

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

No.

Hakmilik

dan Lot

Mukim Daerah Nama benefisiari dan No

K/P

Bahagian yang

kena

didaftarkan

3. RJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

5. DS

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. NL

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

1/16 bhg

1/16 bhg

8/16 bhg

4/16 bhg

HSD

16712

PT 173

1/1 bhg

PEKAN

ASAM

JAWA

KUALA

SELANGOR

1. RJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

2. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

3. MJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. AJ

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

1/16 bhg

Page 18: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

18

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

No.

Hakmilik

dan Lot

Mukim Daerah Nama benefisiari dan No

K/P

Bahagian yang

kena

didaftarkan

5. DS

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. NL

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

8/16 bhg

4/16 bhg

HARTA ALIH YANG KENA DIBAHAGIKAN

Perihalan Nama Benefisiari dan No K/P

SAHAM-AMANAH SAHAM

BUMIPUTERA

No. Ahli: XYZ

No. Sijil: -

Bil. Unit: -

RM 49,266.38

1/1 bhg

1. NL 4/16 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

Warganegara: Malaysia

2. DS 8/16 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

3. AJ 1/16 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

4. MJ 1/16 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

5. RJ 1/16 bhg

Page 19: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

19

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Perihalan Nama Benefisiari dan No K/P

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

6. AJ 1/16 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

KENDERAAN-MOTOSIKAL-

HONDA AFP125MCS

No. Pendaftaran: BLC 9216

RM 4,000.00

1/1 bhg

1. NL 1/1 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

Catatan:

Penama dikehendaki membuat bayaran duit kepada

semua waris seperti di bawah dengan nilaian

kenderaan yang dipersetujui sebanyak RM 4,000.00.

Penama-penama adalah:

a. DS - 8/16 bhg

b. NL - 4/16 bhg

c. MJ - 1/16 bhg

d. RJ - 1/16 bhg

e. AJ - 1/16 bhg

f. AJ - 1/16 bhg

KENDERAAN-KERETA-HONDA

CITY 1.5L I-VTEC

No. Pendaftaran: BKY3686

RM 85,000.00

1/1 bhg

2. NL 1/1 bhg

No K/P: XXX

Warganegara: Malaysia

Catatan:

Penama dikehendaki membuat bayaran duit kepada

semua waris seperti di bawah dengan nilaian

Page 20: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

20

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

Perihalan Nama Benefisiari dan No K/P

kenderaan yang dipersetujui sebanyak RM 4,000.00.

Penama-penama adalah:

a. DS - 8/16 bhg

b. NL - 4/16 bhg

c. MJ - 1/16 bhg

d. RJ - 1/16 bhg

e. AJ - 1/16 bhg

f. AJ - 1/16 bhg

[11] Berpandukan kepada Perintah Pembahagian di atas, Responden menyatakan

bahawa semasa Responden membuat permohonan di Pejabat Pusaka Kecil,

Responden belum mengetahui tentang hak Responden untuk membuat

pembahagian harta sepencarian. Bagi memastikan Perintah Pembahagian di

Pejabat Pusaka Kecil tersebut ditangguhkan perlaksanaannya, Responden telah

memasukkan kaveat persendirian di setiap pejabat tanah yang berkenaan bagi

memastikan tidak berlaku sebarang transaksi turunmilik atau pembahagian,

sehingga tuntutan kes harta sepencarian selesai diputuskan. Pemohon-Pemohon

menyatakan bahawa semasa perbicaraan tiada sebarang bantahan daripada

waris-waris yang berhak ke atas pusaka seperti yang telah dicatatkan dalam nota

perbicaraan dan tidak dinyatakan wujudnya pembahagian harta sepencarian

antara Responden dan arwah. Nota Perbicaraan telah diekshibitkan sebagai DS-8.

Selain itu, kesemua waris mengetahui harta-harta tersebut telah lama diperolehi

oleh arwah serta telah dimajukan sebelum arwah belum berkahwin dengan

Responden lagi.

[12] Di dalam isu ini, Mahkamah melihat prosedur semasa perbicaraan di Pejabat

Tanah tersebut yang mana Pentadbir Tanah akan meminta pemohon, waris-waris

Page 21: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

21

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

dan pihak-pihak yang ada kepentingan dikehendaki memberi kenyataan secara

bersumpah untuk memastikan kenyataan yang diberikan adalah benar dan

sekiranya ada kenyataan palsu tindakan akan diambil mengikut Seksyen 174 dan

Seksyen 175 Kanun Keseksaan. Sementara waris-waris yang tidak dapat hadir

pula dikehendaki mengemukakan persetujuan/surat penolakan mengikut borang

yang disediakan dan ditanda tangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Pentadbir

Tanah atau Majistret. Oleh yang demikian, Perintah Pembahagian ini hendaklah

diterima oleh Mahkamah ini sebagai dokumen yang boleh diterima bersesuaian

dengan statusnya sebagai dokumen awam berdasarkan Seksyen 57 Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan kaedah fiqh

sebagaimana berikut:-

امينة اي - هبا معمول التزوير من امينة لكوهنا اخلاقانية الدفاتر وقيود السلطانية الرباءات .(1737 )والتصنيع التزوير شبهة من وساملة

Bermaksud: Perintah sultan, daftar-daftar dan surat-surat

kerajaan, oleh kerana selamat daripada penipuan dan peniruan, ia

boleh digunakan

الوجه على والفساد احليلة من ساملة ضبطت قد آانت اذا احملاآم بسجالت ايضا يعمل (1738).القضاء آتاب يف يذآر الذي

Bermaksud: Buku-buku yang disimpan oleh Mahkamah, jika

disimpan dengan cara yang terselamat daripada penyelewengan

dan penipuan, dipakai.

[13] Oleh itu, yang demikian, Mahkamah berpendapat tuntutan Responden terhadap

tuntutan harta sepencarian ini adalah merupakan suatu tuntutan atau dakwaan

Page 22: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

22

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

yang batal mengikut hukum syarak. Pendapat ini disokong dengan pandangan

ulama bahawa dakwaan atau tuntutan itu dikategorikan kepada empat, iaitu;

dakwaan/tuntutan yang sah, dakwaan/tuntutan yang fasid atau yang tidak

sempurna atau dakwaan/tuntutan cacat, dakwaan/tuntutan yang tidak sah atau

batal dan dakwaan hisbah. Ulama juga telah menerangkan berkaitan erti

dakwaan/tuntutan yang tidak sah atau dakwaan/tuntutan yang batal

sebagaimana berikut:

Bermaksud: Jenis dakwaan/tuntutan ketiga ialah

dakwaan/tuntutan yang batal. Dakwaan/tuntutan jenis ini ialah

dakwaan/tuntutan yang tidak sah pada asalnya dan tiada

hukuman yang boleh dikeluarkan kerana

dakwaan/tuntutansedemikian tidak ada peluang untuk

membaikinya lagi. Contoh dakwaan/tuntutan jenis ini ialah; Zaid

mendakwa seseorang yang mendiami di kampung tertentu

sebagai seorang yang kaya, manakala Zaid pula mendakwa

dirinya fakir dan dengan itu memohon kepada hakim supaya

membuat hukuman memerintahkan orang kaya itu memberi

sedekah kepada Zaid. (Abd al-Karim Zaydan, 1989, Kitab Nizam

al-Qada’ fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah, Maktabat al-Basha’ir,

‘Amman, hlm. 111 dan 112)

Page 23: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

23

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[14] Selain itu, Mahkamah ini juga tidak boleh mengubah sebarang keputusan yang

telah diputuskan melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 kerana

berada di luar bidangkuasa Mahkamah ini. Apatah lagi keputusan pembahagian

tersebut dibuat berdasarkan persetujuan keseluruhan waris dan melalui prosedur

yang telah ditetapkan di dalam Akta tersebut. Jika Responden tidak berpuashati

di atas keputusan Pegawai Pembahagi Pusaka Kecil atau Pemungut iaitu

Pentadbir Tanah tersebut, Responden mempunyai hak untuk membuat rayuan

ke atas keputusan tersebut kepada Mahkamah Tinggi Sivil sebagaimana

Seksyen 29 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang

memperuntukkan:

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain Akta ini dan kepada

sub-seksyen (5) mana-mana orang yang terkilan oleh apa-apa

perintah, keputusan atau tindakan yang dibuat atau dilakuikan oleh

seorang Pemungut di bawah Akta ini boleh merayu di Mahkamah

Tinggi.

Oleh yang demikian, Mahkamah berpuashati bahawa permohonan ini hendaklah

dipertimbangan sewajarnya berdasarkan alasan-alasan di atas.

[15] Selain itu, terdapat juga satu permohonan Injunksi Tegahan melalui Permohonan

No: 10400-032-0286-2018 yang telah dimohon oleh Responden di Mahkamah

ini. Pada 25.04.2018, Mahkamah telah meluluskan permohonan Responden

secara ex-parte bagi menegah sebarang transaksi terhadap harta-harta tersebut.

Oleh kerana Mahkamah melihat isu utama tidak wajar untuk diputuskan maka

segala perkara yang berbangkit dengannya tidaklah juga wajar untuk dilihat dan

diteruskan oleh Mahkamah. Ia bersesuaian dengan kaedah fiqh اذا سقط األصل

Page 24: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

24

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

"سقط الفرع “ (Apabila gugur yang asal maka perkara yang menjadi cabangkan turut

akan gugur). Isu kausa tindakan adalah isu pokok terlebih dahulu sebelum

meneliti isu yang menjadi cabangnya iaitu sumbangan dan tegahan transaksi ke

atas harta-harta tersebut Walaubagaimanapun, isu yang menjadi cabang akan

dilihat sekiranya isu pokok didapati wujud iaitu sekiranya Responden wajar untuk

memfailkan tuntutan kes harta sepencarian, Mahkamah perlu memutuskan isu

sumbangan Responden dan kewajaran Responden melakukan apa-apa

permohonan sampingan ke atas harta-harta tersebut (Injunksi Tegahan). Oleh

kerana tuntutan Responden adalah tidak wajar maka segala isu sampingan

terhadap perkara pokok perlu diketepikan bersekali dengan isu pokoknya.

Isu Ketiga: Sama ada kos wajar diawardkan kepada Pemohon-Pemohon

[16] Mahkamah berpendapat bahawa isu berkaitan kos ini adalah menurut budi

bicara Mahkamah untuk mengawardkan kos bagi prosiding yang difailkan. Tiada

garis panduan yang jelas bagaimana sesuatu kes itu boleh diawardkan kos

ataupun sebaliknya. Peruntukan tentang kos ini hanya dinyatakan secara umum

dalam peruntukan Seksyen 222 ETMMS 2003 iaitu;

“Tertakluk kepada Enakmen ini, Mahkamah hendaklah, mengikut budi

bicaranya, mengawardkan kos bagi prosiding yang difailkan di

Mahkamah itu walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa

mengenai prosiding itu”

[17] Selain itu, Bahagian IX Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi,

Elaun Dan Kos) 2006 juga menyatakan bahawa kos ditentukan melalui budi

bicara dan kehadiran di kamar.

“Kos menurut budibicara

Page 25: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

25

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

(1) Jika dalam peruntukan yang tersebut di atas dalam Jadual ini ada

dicatatkan perkataan“Menurut budibicara”, maka amaunkos yang

hendak dibenarkan berkenaan dengan butiran tersebut hendaklah,

tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang menentukan kos

yang hendak dibenarkan, mengikut budibicara Hakim atau Pendaftar;

(2) Dalam menjalankan budi bicaranya di bawah perenggan ini, Hakim

atau Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada semua hal

keadaan yang relevan, dan khususnya kepada—

(a) Kerumitan butiran itu atau kausa atau perkara yang di dalamnya

ia berbangkit dan kesulitan atau kebaharuan isu-isu yang

terlibat;

(b) kemahiran, pengetahuan khusus dan tanggungjawab yang

dikehendaki daripada, masa dan usaha yang dihabiskan oleh,

peguam syarie;

(c) bilangan dan kepentingan dokumen (tidak kira bagaimanapun

ringkasnya) yang disediakan atau diteliti;

(d) tempat dan hal keadaan yang di dalamnya urusan yang terlibat

itu dilakukan;

(e) kepentingan kausa atau perkara itu kepada anakguam;

(f) jika wang atau harta terlibat, amaun atau nilainya; dan

(g) apa-apa fi dan elaun lain yang kena dibayar kepada peguam

syarie berkenaan dengan butiran lain dalam kausa atau perkara

yang sama, tetapi hanya jika kerja yang dilakukan berhubungan

dengan butiran itu telah mengurangkan kerja yang kalau tidak

kerananya itu diperlukan berhubungan dengan butiran yang

berkenaan.”

Page 26: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

26

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

[18] Terdapat beberapa jenis kos yang boleh diputuskan oleh Mahkamah berhubungan

dengan prosiding interlokutori iaitu ;

i. Kos Dalam Kausa Plaintif / Defenden (Plantiff’s / Defendant’s

Costs In The Cause) - iaitu Plaintif atau Defenden berhak ke atas

kos di dalam permohonan mana-mana prosiding interlokutari. Kos

prosiding interlokutari tersebut dapat jika pihak yang memohon

menang diakhir kes (kes induk).

ii. Kos Tanpa Mengira Peristiwa (Costs In Any Event) - iaitu kos

yang diberikan kepada pihak dalam sesuatu permohonan

interlokutari tanpa mengira siapa menang atau kalah diakhir

prosiding (kes induk).

iii. Kos Mengikut Peristiwa (Costs Follow the Event) - iaitu lazimnya

kos ini diberikan kepada pihak yang menang atau berjaya diakhir

prosiding (kes induk).

iv. Kos Dibayar Serta Merta (Costs Be Paid Forthwith) – iaitu kos

yang perlu dibayar serta merta ekoran daripada prosiding

interlokutari apabila pihak tersebut bersalah atas sesuatu perlakuan

yang bersifat menindas atau tidak munasabah atau tindakan yang

tidak wajar.

v. Kos Rizab (Reserved Costs) – iaitu kos yang dirizabkan sehingga

akhir kes. Prinsipnya apabila Mahkamah tidak pasti atau jelas

kepada siapa kos harus diberikan ketika itu. Mahkamah akan buat

keputusan siapa yang tanggung kos tersebut diakhir kes dan jika

tiada keputusan, kos tersebut tidak boleh ditaksirkan.

[19] Melihat kepada jenis-jenis kos yang boleh Mahkamah awardkan terhadap

permohonan Interlokutori, Mahkamah berpendirian bahawa suatu kos wajar

Page 27: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

27

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

diawardkan kepada mana-mana pihak sama ada kepada Pemohon atau

Responden bagi permohonan Interlokutori secara bertulis yang melibatkan apa-

apa bantahan yang ditimbul oleh mana-mana pihak dalam prosiding kes induk

tersebut. Asas pemberian kos ini adalah disebabkan :

i. Kes induk itu terpaksa diberhenti bagi memberi laluan atau pendengaran

prosiding Permohonan Interlokutori tersebut. Perkara ini menjejaskan

tumpuan terhadap kes induk serta melambat-lambat kes induk diselesaikan ;

ii. Pihak-pihak terpaksa memberi penumpuan kepada prosiding Permohonan

Interlokutori tersebut terutamanya pengurusan pliding di mana Notis

Permohonan, Affidavit Sokongan, Affidavit Jawapan, Affidavit Balasan dan

Hujahan yang perlu disediakan; dan

iii. Masa yang diperuntukkan untuk prosiding Permohonan Interlokutori di mana

sekurang-kurangnya ia melalui 2 kali sebutan atau lebih sebelum

Permohonan Interlokutori tersebut dapat diputuskan.

[20] Kewajaran sesuatu kos diawardkan adalah bergantung kepada keputusan

terhadap Permohonan Interlokutori tersebut. Jika permohonan Permohonan

Interlokutori Pemohon diterima maka Pemohon layak untuk diawardkan kos,

tetapi jika permohonan Permohonan Interlokutori Pemohon ditolak, maka

Responden wajar diawardkan kos sebagaimana bantahan awal yang diputuskan

oleh YA Tuan Mawardi bin Che Man dalam kes Saman No: 10300-017-0257-

2011. Fauziah Binti Mohd Yusof lwn. Faizal Bin Abdullah @ Wong .

[21] Berdasarkan alasan yang dikemukakan oleh Pemohon dalam kes ini, Mahkamah

menerima Permohonan Interlokutori yang dikemukakan oleh Pemohon. Tindakan

Responden memfailkan Tuntutan Harta Sepencarian melalui kes Saman No.:

10400-017-0063-2018 adalah merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan

Page 28: DS dan Lain-Lain lwn NL Undang-undang Keluarga Islam ... 2019/DS DLL v NL.pdf · ke atas harta pusaka si mati, sama ada tuntutan itu merupakan tuntutan harta sepencarian ataupun tuntutan

28

DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH

telah menyalahi prosedur yang ditetapkan undang-undang. Mahkamah

berpendapat bahawa kos wajar diawardkan kepada Pemohon-Pemohon di atas

alasan tersebut.

Keputusan

SETELAH MAHKAMAH meneliti Permohonan Bantahan Awal, Afidavit Pemohon,

Afidavit Jawapan Responden serta Afidavit Balasan Pemohon DAN SETELAH meneliti

SERTA Penghujahan Bertulis Pihak-Pihak MAKA Mahkamah memutuskan dan

memerintahkan seperti berikut:

(1) Mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan Seksyen 244 Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

(2) Mahkamah memerintahkan kes Saman No.: 10400-017-0063-2018

hendaklah dibatalkan.

(3) Mahkamah memerintahkan kes Injunksi Tegahan melalui Permohonan No.:

10400-032-0286-2018 hendaklah ditutup dan Perintah ex-parte bertarikh

25.04.2018 dibatalkan.

(4) Mahkamah memutuskan kos diawardkan kepada Pemohon-Pemohon

sebanyak RM 2,500.00.