01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

31
TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN

Upload: sapina-rogayah

Post on 12-Jun-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARUSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012

PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 2: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 2

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

LATAR BELAKANG

7 Mac 2006

Mesyuarat Lembaga Pengelola Majlis Peperiksaan

Malaysia ke-105.(Bersetuju melaksanakan

sistem pentaksiran baharu)

23 Januari 2007Mesyuarat Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan KPM(YB Menteri ketika itu, bersetuju STPM baharu dilaksanakan dan

pelaksanaannya bermula dengan ujian rintis di sekolah ‘cluster’)

7 Mac 2007Perbincangan antara

YB Menteri dengan Ketua

Eksekutif

(YB Menteri bersetuju pelaksanaan tanpa

ujian rintis)

8 Mac 2011(YAB Menteri secara

rasmi telah bersetuju dengan rancangan untuk

melaksanakan sistem pentaksiran baharu

STPM mulai pengambilan sesi

2012/2013)

24 Mac 2011 (YAB memaklumkan Dewan

Rakyat tentang sistem pentaksiran baharu STPM akan dilaksanakan pada tahun 2012

menggantikan sistem peperiksaan sedia ada)

4 Januari 2012 Mesyuarat Jemaah

Menteri (MJM)(Bersetuju meluluskan

pelaksanaan sistem pentaksiran baharu

STPM mulai pengambilan sesi

2012/2013)

PUNCA KUASA

Page 3: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 3

a) dengan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada dalam peperiksaan STPM mulai sesi pengambilan 2012/2013;

b) supaya diluluskan peruntukan geran mengurus tahunan bagi pengendalian peperiksaan STPM sistem baharu untuk calon sekolah Kerajaan;

c) supaya Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam bagi calon sekolah Kerajaan dan sekolah Bantuan Kerajaan diteruskan bagi peperiksaan STPM sistem baharu.

MJM telah bersetuju:

LATAR BELAKANG

Page 4: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 4

d) memastikan bahawa sistem pentaksiran baharu ini diiktiraf sebanding dengan peperiksaan A-Level di luar negara; dan

e) Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) STPM dipantau oleh MPM bagi memastikan keseluruhan penilaian dan soalan yang disediakan adalah selaras dan seimbang.

LATAR BELAKANGMJM telah bersetuju:

Page 5: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 5

Tempoh pengajian tingkatan enam adalah 1½ tahun:

Pengukuran dan penilaian pencapaian pelajar dijalankan sepenuhnya melalui peperiksaan STPM pada bulan November-Disember.

Sistem Peperiksaan STPM Sedia Ada

Tingkatan 6 bawah Tingkatan 6 atas

penggal ke-2 tempoh persekolahan

penggal pertama dan ke-2 tempoh persekolahan

Page 6: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 6

Tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu ;8

waktu (period

) seminggu bagi

setiap mata

pelajaran

1 waktu pengaja

ran

40 minit

Page 7: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 7

Kandungan pengajian tingkatan enam dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal.

Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan pentaksiran juga akan dikeluarkan bagi setiap penggal.

Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 8: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 8

Pelajar diberi peluang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan (mengulang). Pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan pada hujung Penggal 3. Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3.

Keputusan peperiksaan yang terbaik akan diambil kira antara peperiksaan pertama

dengan peperiksaan ulangan

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 9: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 9

Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.

Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum – meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, dan etika serta moral profesional.

Penawaran bilangan mata pelajaran STPM tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 10: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 10

KOD MATA PELAJARAN

900 Pengajian Am

910 Bahasa Melayu

911 Bahasa Cina

912 Bahasa Tamil

913 Bahasa Arab

920 Literature in English

922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif

930 Syariah

931 Usuluddin

940 Sejarah

942 Geografi

944 Ekonomi

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

KOD MATA PELAJARAN

946 Pengajian Perniagaan

948 Perakaunan

950 Mathematics (M)

954 Mathematics (T)

956 Further Mathematics

958 Information and Communications Technology

960 Physics

962 Chemistry

964 Biology

966 Sains Sukan

970 Seni Visual

Page 11: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 11

Sistem penggredan STPM yang baharu adalah sama dengan sistem penggredan STPM sedia ada

Gred A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F

NGMP 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.00

Penarafan Lulus penuh(prinsipal)

Lulus sebahagian(subsidiari)

Gagal

NGMP = Nilai Gred Mata Pelajaran

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 12: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 12

Dua kaedah pentaksiran akan dijalankan:

KAEDAH WAJARAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 20 – 40%

Peperiksaan Akhir Berpusat 60 – 80%

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 13: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 13

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS ialah kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali mengikut keperluan mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM ke sekolah. Calon boleh memilih soalan/tugasan yang dikemukakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi sesuatu mata pelajaran.

Kerja

amali

Kerja lapangan

Projek Tugasan

PBS

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 14: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 14

• Pengenalan kepada PBS ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi.

• Bertepatan juga dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Page 15: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 15

• Sama seperti STPM sedia ada, wakil Cambridge Assessment (CA) United Kingdom turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM bagi penentuan keputusan STPM.

• Wakil CA akan memberikan pandangannya terhadap analisis keputusan peperiksaan STPM bagi setiap kertas dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan.

Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Pengiktirafan

Page 16: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 16

Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod.

Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012.

Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada.

Peperiksaan STPM 2012

Page 17: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 17

Mod kedua pula ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012.

Mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012.

Peperiksaan STPM 2012

Page 18: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 18

Beban bagi pelajar untuk belajar dalam sistem pentaksiran baharu adalah kurang kerana mereka hanya perlu mempelajari kandungan mata pelajaran bagi penggal berkenaan sahaja untuk dinilai pencapaian mereka bagi penggal itu.

Pelajar mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah terhad.

Rasional Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 19: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 19

Sistem ini dapat menyediakan pelajar untuk menempuh alam dan sistem pengajian di IPT baik di dalam mahupun di luar negara.

Sistem baharu ini dapat memperkasa dan mengangkat martabat pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam serta dapat menarik lebih banyak pelajar mengikuti pengajian prauniversiti ini.

Rasional Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM

Page 20: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 20

Kadar yuran STPM telah dinaikkan untuk menampung kos operasi yang meningkat dalam sistem pentaksiran baharu STPM.

Kadar Yuran

KOS PELAKSANAAN

Page 21: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 21

Yuran untuk ketiga-tiga penggal adalah seperti yang berikut:

Komponen Yuran RMYuran asas 120.00

Yuran setiap mata pelajaran 90.00

Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas 50.00

Jumlah yuran bagi setiap calon

4 mata pelajaran = RM480.00 5 mata pelajaran = RM570.00

KOS PELAKSANAAN

Page 22: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 22

KAEDAH BAYARAN

Calon Persendirian

Individu

J3

►Perlu membayar bayaran asas dan setiap mata pelajaran yang diambil

►Bagi bayaran menggunakan PIN MEC, Caj RM1.00 dikenakan bagi setiap pembelian PIN MEC

Kaunter BSN

Kiosk BSN

Internet Banking BSN Pembayaran Bayaran

Asas dan BayaranMata Pelajaran

Perbankan Internet Kad Kredit PIN MEC

►Bayaran mata pelajaran boleh dibuat secara ansuran

Page 23: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 23

Penggal Aktiviti Tarikh Mula – Tarikh Akhir Bilangan Hari

1

Kuliah 11 Jun – 17 Ogos 2012 50

Cuti pertengahan

penggal18 Ogos – 26 Ogos 2012 9

Kuliah 27 Ogos – 2 November 2012 51

Peperiksaan akhir

5, 6, 7, dan 8 November 2012 4

Cuti akhir penggal

10 November 2012 – 1 Januari 2013

53

Kalendar Akademik Sesi 2012/2013

Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan.

KALENDAR

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Page 24: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 24

Penggal Aktiviti Tarikh Mula – Tarikh Akhir Bilangan Hari

1

Kuliah 10 Jun – 16 Ogos 2012 50

Cuti pertengahan

penggal17 Ogos – 25 Ogos 2012 9

Kuliah 26 Ogos – 1 November 2012 51

Peperiksaan akhir

5, 6, 7, dan 8 November 2012 4

Cuti akhir penggal

9 November 2012 – 31 Januari 2013

53

Kalendar Akademik Sesi 2012/2013

Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan.

KALENDAR

Kedah, Kelantan, Terengganu

Page 25: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 25

Bil. Tarikh Perkara1. 29.1.2012

– 30.1.2012

Taklimat pengenalan tentang pentaksiran baharu STPM kepada semua Pengarah JPN, KSPA JPN, KSPP JPN, KSPS JPN, Pengarah BPSH, Pengarah BPG, dan Pengarah BPK, KPM serta Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Kemasukan pelajar, KPTM

2. 2.2.2012 Muat naik pemberitahuan MPM/1(AM)/2012: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Baharu

3. 2.2.2012 Muat naik Sukatan Pelajaran bagi semua mata pelajaran dalam sistem pentaksiran baharu STPM

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 26: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 26

Bil. Tarikh Perkara

4. 10.2.2012 Muat naik Peraturan dan Skema Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012/2013

5. 11.2.2012 –

29.2.2012

Rakaman penerangan tentang sukatan pelajaran STPM di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

6. 29.2.2012 Muat naik Garis Panduan PBS Umum STPM

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 27: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 27

Bil. Tarikh Perkara

7. 16.3.2012 –

18.3.2012

Taklimat sukatan pelajaran STPM dan latihan PBS kepada Jurulatih Utama (JU) Negeri peringkat Kebangsaan (Kumpulan 1 dan 2)

8. 23.3.2012 –

25.3.2012

Taklimat sukatan pelajaran STPM dan latihan PBS kepada JU Negeri peringkat Kebangsaan (Kumpulan 3 dan 4)

9. 28.3.2012 Muat naik Manual Guru dan Pelajar PBS STPM 2012/2013

10. 1.4.2012 –

6.5.2012

Taklimat sukatan pelajaran STPM dan latihan PBS oleh JU Negeri kepada semua guru tingkatan 6 peringkat negeri

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 28: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 28

Bil. Tarikh Perkara11. 2.5.2012

Muat naik Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon STPM 2012/2013

12. 8.5.2012 –

10.5.2012

Mesyuarat antara MPM dan JPN ke-58. Taklimat pengurusan peperiksaan dan pendaftaran calon STPM kepada JPN (peringkat pusat) oleh MPM

13. 21.5.2012 Taklimat pendaftaran calon STPM peringkat negeri oleh JPN

14. 11.6.2012 Kemasukan pelajar tingkatan 6 bawah bagi sesi pengambilan 2012/2013. Pendaftaran dibuka kepada semua jenis calon (Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3)

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 29: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 29

Bil. Tarikh Perkara15. 30.7.2012 Pendaftaran ditutup kepada semua jenis

calon (Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3)

16. 18.10.2012 Taklimat pengurusan peperiksaan bertulis peringkat negeri

17. 5.11.2012 –

8.11.2012

Peperiksaan STPM bagi Penggal 1

18. 19.11. 2012 –

13.12.2012

Peperiksaan STPM sedia ada Tahun 2012

19. 4.2.2013 –

7.2.2013

Mesyuarat Penetapan Standard STPM Penggal 1dan STPM sedia ada Tahun 2012 (4 hari)

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 30: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 30

Bil. Tarikh Perkara20. 7. 3.2013 Mesyuarat Majlis dan pengumuman

keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 dan STPM sedia ada Tahun 2012

21. 7. 3.2013 Pengumuman keputusan dan muat naik slip keputusan STPM Penggal 1 dan STPM sedia ada Tahun 2012 ke portal MPM

22. 7. 3.2013 Rayuan semakan semula keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 dan STPM sedia ada Tahun 2012 dibuka

23. 22.3.2013 Tarikh tutup rayuan semakan semula keputusan STPM Penggal 1 dan STPM sedia ada Tahun 2012

24. 12.4.2013 Keputusan rayuan semakan semula STPM Penggal 1 dan STPM sedia ada Tahun 2012

PERANCANGAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM BAGI SESI PENGAMBILAN 2012/2013

Page 31: 01 taklimat pengenalan sistem pentaksiran baharu

Page 31

TERIMA KASIHTHANK YOU