-tema kerja kursus rc 2016 untuk pelajar

3
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUGASAN TEMA KERJA KURSUS SPM 2016 REKA CIPTA KERTAS 2 1.0 PERLINDUNGAN 1.1 Bidang Keselamatan. 1.2 Pengenalan Perlindungan adalah proses kerja yang dilakukan untuk melindungi atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini. 1.3 Fokus Reka Ciptaan Menghasilkan alat yang dapat melindungi / mencegah / menghalang / memberi amaran / mengelak untuk menyelamatkan nyawa / harta benda daripada kerosakan / kemusnahan / kecurian / kebakaran / kehilangan apabila dilanda atau ditimpa bencana alam / musibah kemusnahan alam. (Rujuk Aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta) 1.4 Takrif Perlindungan merupakan cara untuk melindung, menghalang atau mengelak daripada kemusnahan atau kemudaratan disebabkan bencana alam. Kamus Dewan: (i) pelindung : sesuatu (atap, dinding, dll) yang melindungi. (ii) melindungi : memberi pertolongan (bantuan, dll). (iii) terlindung : dapat diselamatkan (daripada bahaya, dll), terselamat.

Upload: jack-purcell

Post on 11-Sep-2015

147 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kerja kursus rc 2016

TRANSCRIPT

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIATUGASAN TEMA KERJA KURSUSSPM 2016

REKA CIPTA

KERTAS 21.0 PERLINDUNGAN1.1 Bidang

Keselamatan.1.2 PengenalanPerlindungan adalah proses kerja yang dilakukan untuk melindungi atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini.1.3 Fokus Reka CiptaanMenghasilkan alat yang dapat melindungi / mencegah / menghalang / memberi amaran / mengelak untuk menyelamatkan nyawa / harta benda daripada kerosakan / kemusnahan / kecurian / kebakaran / kehilangan apabila dilanda atau ditimpa bencana alam / musibah kemusnahan alam.

(Rujuk Aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

1.4 Takrif

Perlindungan merupakan cara untuk melindung, menghalang atau mengelak daripada kemusnahan atau kemudaratan disebabkan bencana alam.

Kamus Dewan: (i) pelindung : sesuatu (atap, dinding, dll) yang melindungi.

(ii) melindungi : memberi pertolongan (bantuan, dll).

(iii) terlindung : dapat diselamatkan (daripada bahaya, dll), terselamat.

1.5 Kaedah PerlindunganMengesan / menyukat / mengukur / membanding / menyembur / menutup / mengunci / menyerkup / menyarung / membungkus / menghadang / menyekat / mengapung / menyalut / melitup / membalut.

(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)2.0PEMINDAHAN

2.1Bidang

Kepenggunaan.2.2PengenalanPemindahan merupakan proses kerja yang dilakukan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat lain.

2.3Fokus Reka Ciptaan

Menghasilkan alat atau peralatan yang dapat melakukan aktiviti memindahkan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat lain.(Rujuk Aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)2.4Takrif

Pemindahan merupakan perbuatan memindah atau mengalihkan sesuatu barang / benda.

Kamus Dewan:

(i) pindah : bertukar tempat.

(ii) memindah : meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalih ke tempat lain.(iii) pemindahan : perbuatan memindahkan atau mengalihkan.

2.5Kaedah pemindahan

Menyorong / menarik / menolak / mengangkat / menggelongsor / menyedut / menggolek / mencangkuk / mencengkam / menyepit.(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)3.0PELUPUSAN

3.1Bidang

Kepenggunaan.3.2PengenalanPelupusan merupakan proses kerja untuk melupuskan bahan sisa-sisa pepejal.

3.3Fokus Reka CiptaanMenghasilkan alat yang dapat melakukan aktiviti melupuskan bahan sisa-sisa pepejal supaya berubah bentuk / saiz / sifat.(Rujuk Aspek 1.1, 2.1 dan 2.3 kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)

3.4Takrif

Pelupusan merupakan proses kerja menghapus / meniadakan / menghilang sesuatu benda.

Kamus Dewan :(i) lupus : hapus, luput, hilang

(ii) melupuskan : menghapuskan / meniadakan

(iii) pelupusan: perbuatan melupuskan

3.5Kaedah pelupusan

Mengempar / merincih / melumat / mengisar / memutar / memotong / menumbuk / memanas / melebur / membakar.(Rujuk aspek 1.3, kriteria (i) pada Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta)(Kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja)