-pengawetan-makanan

Upload: r-rohaya-mukhtar

Post on 14-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    1/9

    1.0 Pengenalan.

    Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan.

    Kadangkala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus

    memproses makanan tersebut.Antara sebab kita memproses makanan itu ialah untuk

    menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. Selain itu ianya juga boleh

    memudahkan pencernaan dan memperbaiki rupa makanan serta mencegah jangkitan

    penyakit dari menular dalam diri kita.Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia

    menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh

    mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur

    dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas,

    gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi

    pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya

    bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara

    berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging

    dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

    Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti atau jumlah

    dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkandengan aktiviti pertanian dan pemprosesan

    makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan termasuklah penggunaan baka

    bermutu. Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yangbermutu tinggi

    sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti

    penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah

    betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu dengan

    baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan

    tahan cuaca panas.

    Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan

    teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani

    mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan

    produktiviti.Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam

    yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.Makanan "Gergasi" merupakan

    istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari tumbuhan yang telah diubah suai

    melalui kaedah genetik.Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh

    menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca danpenyakit. Usaha

    menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walaubagaimanapun telah menimbulkan masalah

    pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.Selain dari usaha diatas, pendidikan

    petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti serta

    kualiti makanan.

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    2/9

    2.0 Pengawetan makanan.

    Pengawetan makanan ialah proses yang menjadikan makanan tahan lebih lama (dari

    segi kualiti, rasa dan nilai zat).Pengawetan makanan juga dapat menangguh masa sesuatumakanan menjadi basi dan tidak sesuai untuk dimakan lagi.Pengawetan makanan adalah

    cara yang digunakan untuk membuat makanan memiliki daya simpan yang lama dan

    mempertahankan sifat-sifat fizik dan kimia makanan. Terdapat pelbagai cara pengawetan

    makanan. Antaranya termasuklah:

    1. PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN

    Sesetengah makanan boleh ditinkan dan dibotolkan. Pengetinan dan pembotolan

    makanan membolehkan makanan diismpan untuk tempoh yang sangat panjang. Kaedahpengawetan makanan ini melibatkan pemanasan makanan pada suhu yang tinggi untuk

    membunuh bakteria dan fungi. Kaedah kedua pula ialah penyimpanan dimana makan yang

    ditinkan atau dibotolkan dalam bekas yang kedap udara bagi memastikan kemasukan

    udara yang mengandungi bakteria dan fungi masuk ke dalam.Sebelum dimasukkan ke

    dalam tin, sesuatu makanan akan direbus atau dimasak dengan suhu yang tinggi untuk

    membunuh bakteria di dalamnya. Makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin,

    botol atau kotak seperti susu. Keburukan kaedah ini ialah pemanasan makanan pada suhu

    yng tinggi aan mengubah rasa, warna dan memusnahkan zat makanan. Selain itu,kebiasaannya bahana pengawet ditambah dalam makan yang diawet menggunakan kaedah

    ini.

    Gambarajah proses pembotolan dan pengetinan.

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    3/9

    2. PENJERUKKAN

    Makanan boleh diawet dengan merendamnya ke dalam larutan berasid ( cuka ) atau larutan

    gula pekat. Bakteria dan fungi tidak boleh membiak dalam keadaan berasid atau dalam

    larutan gula pekat. Oleh begitu makan akan menjadi tahan lama dan lambat menjadi rosak.

    Namun begitu, rasa makanan adalah berbeza dan makanan menjadi kurang berkhasiat

    Gambarajah proses penjerukan.

    3. PENGERINGAN

    Dalam proses pengeringan, air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati

    atau tidak aktif. Dalam kaedah ini terdapat dua cara untuk mengeringkan makanan iaitu

    dengan cara mengeringkan makanan di bawah cahaya matahari yang terik. Cara kedua

    ialah memanaskan makanan pada suhu yang tinggi. Keburukan kaedah ini ialah makanan

    menjadi kurang berkhasiat kerana setengah zat mungkin hilang semasa proses itu.

    Contohnya ikan kering, cili kering dan buah-buahan.

    Gambarajah proses pengeringan

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    4/9

    4. PENGASINAN

    Merupakan proses tradisional dimana menggunakan garam kasar. Dalam proses ini, garam

    akan mengeluarkan kelembapan dan menghalang pembiakan mikroorganisma. Contohnya

    ialah telur asin.

    Gambarajah proses pengasinan.

    5. PENYEJUKBEKUAN

    Penyejukbekuan ialah proses menyimpan bahan makanan pada suhu yang sangat rendah

    ( bawah 0C ) sehingga makanan membeku. Dalam proses ini, konsepnya adalah untuk

    menghentikan tindakan bakteria sekaligus. Bakteria yang dibekukan menjadi tidak aktif

    sama sekali. Kebaikan mengawet dengan cara ini ialah kesegaran makanan dikekalkan dan

    kebanyakan kandungan zat makanan tidak dimusnahkan.

    Gambarajah proses penyejukbekuan.

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    5/9

    6. PEMPASTEURAN

    Pempasteuran ialah proses pemanasan susu pada suhu 63C selama 30 minit atau

    pemanasan pada suhu 72C selama 15 saat dan diikuti oleh pendinginan pada suhu bawah

    10C. Susu yang dipasteur kan boleh disejukbeku supaya tahan sehingga beberapa hari.

    Kaedah ini mengekalkan rasa semulajadi susu dan nutrient seperti vitamin tidak

    dimusnahkan. Contohnya susu segar, yougurt dan jus.

    Gambarajah proses pempasteuran.

    7. PEMBUNGKUSAN VAKUM

    Pembungkusan Vakum melibatkan penyimpanan makanan dalam persekitaran vakum atau

    tanpa udara biasanya dalam beg atau botol kedap udara. Bakteria dan fungi tidak boleh

    membiak dalam keadaan vakum kerana tidak terdapat udara dan air. Makanan akan lebih

    tahan lama selama satu bulan. Kaedah ini biasanya digunakan untuk menyimpan makanan

    kering seperti bijirin, kekacang, keju dan ikan salai. Walau bagaimanapun, keadah ini

    digunakan juga untuk menyimpan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Gambarajah proses pembungkusan vakum

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    6/9

    8. PENGASAPAN

    Pengasapan ialah proses menyalaikan makanan di atas api. Bakteria dan fungi tidak boleh

    membiak kerana tiada air pada makanan. Rasa makanan akan berubah dala proses ini.

    Gambarajah proses pengasapan.

    9. LILIN

    Lilin adalah sesuai untuk pengawetan buah-buahan dan sayur-sayuran. Melalui kaedah ini,

    buah-buahan dan sayur-sayuran boleh tahan lama iaitu lebih dua minggu. Lilin akan

    memperlahankan pengecutan buah semasa penyimpanan.

    Gambarajah proses lilin.

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    7/9

    3.0 Proses Penyejukbekuan.

    Jika berbelanja di pasaraya, tentulah kita akan mendapati beberapa produk dalam

    keadaan beku (frozen) yang dijual disana. Kebaikan menggunakan produk beku selain

    dalam pembuatannya lebih sederhana kerana produk sudah bersih dan harganya yangmurah sehinggakan harganya lebih murah berbanding produk segar. Kualiti produk beku

    lebih konsisten dan rasa makanan juga lebih terjamin karena produk ini dibekukan dalam

    keadaan segar. Di luar negeri, produk seperti ini disebut dengan frozen food.

    Pembekuan makanan adalah proses mengawetkan produk makanan dengan cara

    mengubah hampir seluruh kandungan air dalam produk menjadi ais. Keadaan beku

    menyebabkan aktiviti mikrobiologi dan enzim terhenti.

    Industri food frozen mula dikenali berkat jasa Clarence Birdeye. Awalnya Clarence

    mendapat inspirasi oleh suku Indian Inuit yang selalu melakukan proses pembekuan ikan.

    Setelah lama mempelajarinya, akhirnya Clarence berhasil meniru proses pembekuan

    tersebut. Beliau telah mencubanya dengan makanan lain, seperti daging dan ayam.

    Penemuan Clarence disambut luar biasa oleh masyarakat Amerika kerana hasil usaha

    beliau, mereka tidak perlu lagi memasak dalam kedaan terkejar-kejar. Selain itu, penemuan

    Clarence selangkah lebih maju dibandingkan pembekuan tradisional yang sudah ada pada

    waktu itu kerana pembekuan yang dilakukan Clarence hanya menghasilkan lapisan ais yang

    sedikit.Sedar penemuannya dapat sambutan positif, Clarence terus berusaha membuat hasil

    usahanya itu jadi hak paten. Setelah mendapatkan hak paten, ia kemudian menjualnya

    kepada perusahaan makanan General Food Corporation.Atas prestasinya ini, Clarence

    dianugerahi Babcock Hart Award pada 1949 oleh Institute of Food Technologies. Pada

    tahun 2003, namanya diabadikan pada Food Engineering Hall of Fame.

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    8/9

  • 7/30/2019 -Pengawetan-makanan

    9/9

    5.0 Kesimpulan

    Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita

    hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat

    dan berzat.Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan AktaMakanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan.

    Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum

    membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus

    yang cantik dan maklumat yangmengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin

    Tinggi"dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk

    menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan

    boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Akhirnya kita

    hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak

    boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari

    segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula.

    Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat

    banyak pilihan makanan.