-nota tambahan- nasionalisme di filipina

3
Nota Tambahan Definisi nasionalisme Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Faktor kemunculan nasionalisme di Filipina 1) Dasar penjajahan Barat - Menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. - Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. - Menindas penduduk peribumi. - Sistem Polo- rakyat dipaksa menjadi buruh. 2) Pengaruh agama - Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian. - Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. 3) Kemunculan golongan intelektual

Upload: fieqaazri

Post on 14-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

faktor nasionalisme

TRANSCRIPT

Nota TambahanDefinisi nasionalismeNasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

Faktor kemunculan nasionalisme di Filipina1) Dasar penjajahan Barat - Menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. - Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.- Menindas penduduk peribumi.- Sistem Polo- rakyat dipaksa menjadi buruh.

2) Pengaruh agama- Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.- Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

3) Kemunculan golongan intelektual - Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat.-Pengalaman ketika berada di Barat telah menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri. Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhimya mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka. - Contoh: Jose Rizal berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat- menghabiskan masanya selama tujuh tahun di universiti-universiti di Madrid, Heidelberg, dan Berlin dalam bidang falsafah dan jurusan perubatan pengkhususan bidang oftalmologi. Rizal masa ini telah terbukti yang dia adalah seorang nasionalis tulen.4) Karya kesusasteraan - Merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhimya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Di Filipina, novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal yang bertujuan untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka ketinggalan jauh berbanding Sepanyol. Antara petikan daripada novel tersebut:Dan sekarang ini, kita di Filipina sekurangkurangnya telah ketinggalan tiga kuyun di belakangkenderaan kemajuan. Kita masih belum keluar dari Zaman Pertengahan. Itulah sebabnya,mengapa kaunt Jesuit di Eropah dianggap kolot itu, dilihat dari sudut pandangan kita merekamewakili kemajuan.

-Tak lama berselang, novel keduanya El Filibusterismo (Pemerintahan tamak) diterbitkan. Ia adalah merupakan sambungancerita dari novel beliau yang pertama. Ianya merupakan sebuah novel revolusi yang penuh dengan kepahitan dan pilihan perkataan yang penuh perasaan