universiti tun hussein onn malaysia, johor mengejar...

7
1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar impian di pesisir pantai Port Dickson… Oleh: Dr. Chan Chee Ming (Bekas pelajar batch DKA pertama, Jun 1995, Politeknik Port Dickson.) Dr. C.M. Chan 14/05/2009

Upload: dinhkiet

Post on 12-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

1  

 

 

 

   

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR

Mengejar impian di pesisir pantai Port Dickson… Oleh: Dr. Chan Chee Ming (Bekas pelajar batch DKA pertama, Jun 1995, Politeknik Port Dickson.) 

Dr. C.M. Chan 14/05/2009  

Page 2: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

2  

Pada bulan Jun 1995, sewaktu saya menjejak buat kali pertama di ambang pintu

Politeknik Port Dickson, ia juga merupakan kali pertama saya meninggalkan kampung

halaman dan keluarga tersayang untuk suatu tempoh yang panjang. Bayu dari pantai Port

Dickson sesungguhnya bertiup sepoi-sepoi bahasa, namun fikiran saya agak berkecamuk

bercampur gusar apabila melambaikan selamat tinggal kepada mak ayah di anjung Asrama

Blok B… Inilah bermulanya detik anyaman memori indah saya di tempat pengajian yang

menjadi rumah kedua saya untuk 3 tahun yang akan datang!

Belajar, tapi tak lupa bermain…

Kelas Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) yang mana saya seorang ahlinya

memberikan gambaran masyarakat majmuk Malaysia yang ideal, dengan rakan-rakan dari

pelbagai suku kaum di negara ini. Kami bukan sahaja berdampingan sepanjang hari untuk

sesi kuliah, makmal dan bengkel, malah bersama-sama menjalani aktiviti riadah di luar

waktu belajar. Ikatan yang terjalin sesama rakan-rakan sememangnya mendalam dan

kukuh, sehinggakan hampir 15 tahun kemudian kami tetap saling menghubungi dan

bertanya khabar.

Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!), dan sebelah petang

kami ibarat burung dilepaskan dari sangkar dalam sesi bengkel dan makmal. Pelajar POLI

memang terkenal dengan kemahiran hands-onnya, dan sebagai pelajar Kejuruteraan Awam

yang banyak ‘bermain dengan benda kotor’, sesi-sesi ini telah membekalkan kami dengan

ilmu dan kemahiran yang berguna sehingga ke hari ini, tidak kira sama ada kami bertugas di

bidang perundingan, pembinaan ataupun pendidikan. Lagipun sesi sebelah petang ini penuh

dengan keseronokan, lebih-lebih lagi apabila terdapat ujikaji atau tugasan yang luarbiasa,

seperti membuat persampelan tanah di kawasan ladang getah, membina tembok bata

sebenar untuk kawasan beristirehat dan sebagainya.

Jadual waktu yang padat, bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, telah melatih

kami supaya fokus, berdisiplin dan tepati masa dalam proses pembelajaran. Jadual yang

padat ini juga memastikan yang kami tiada masa lapang untuk ‘tumbuh tanduk’ dan

bertindak ‘di luar batasan peraturan POLI PD’! Walau bagaimanapun, hakikatnya ialah,

jarang saya lepaskan peluang buat nakal dengan kawan-kawan di asrama…

Saya rasa warden asrama pasti tergamam mendengar ‘operasi rahsia’ yang

sebahagiannya didalangi saya ini… Contohnya, saya pernah panjat tembok di paras 2

asrama dan berjalan di pelantar di luar tingkap bilik kawan-kawan, semata-mata untuk

membuat mereka yang sedang rajin mentelaah pelajaran terperanjat dengan jelmaan di luar

Page 3: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

3  

tingkap. Pernah juga saya bersama rakan-rakan lain menggunakan ‘heater’ (yang

merupakan barang larangan di asrama) untuk memasak air di dalam bilik untuk… merebus

ikan buat bahan masakan asam laksa! ‘Jenayah’ yang paling serius pernah saya lakukan

adalah meniru Surat Amaran warden asrama untuk kenakan seorang senior yang ‘malang’,

sehinggakan senior tersebut berlari lintang pukang ke Pejabat Asrama untuk menjelaskan

kewujudan periuk nasi (yang juga merupakan barang larangan) di biliknya. Nasib baiklah

senior tu tak terjatuh tangga atau terpengsan sebelum saya menghalangnya daripada

mengadap warden!

Kalau sebut tentang main sudah pasti bekas pelajar POLI PD tidak lupa waktu-waktu

bersuka ria di kawasan pantai sepanjang Jalan Pantai di depan POLI PD. Saya masih ingat

lagi bagaimana kami cuba mengelak dari soal siasat oleh pengawal setelah basah kuyup

bermandi di laut: sarungkan baju kering di luar baju yang basah, menyorok di lantai kereta

apabila melintasi pondok pengawal, dan lebih serius lagi, terus bermalam di rumah sewa

kawan yang duduk di luar dan tidak kembali ke asrama buat malam tersebut. Penghuni

asrama mesti balik ke kampus tidak lewat dari pukul 7 malam dan untuk menyelamatkan diri

daripada dirampas kad metrik oleh pengawal kerana terlewat, kami kerap berkejaran ke

pintu masuk POLI PD dan berharap yang pengawal tidak perasan apabila kami menyelinap

masuk!

Saya bersama-sama rakan sekelas turut bergiat dalam Kelab HELWANI (Kelab Hal

Ehwal Wanita), yang menganjurkan pelbagai aktiviti di dalam dan luar kampus. Ini

termasuklah Malam Kebudayaan, Pertandingan Rekabentuk Tudung (di mana perekanya

pelajar muslim dan pemakainya pelajar bukan Islam), Pesta Pantai tahunan Port Dickson

dan sebagainya. Keterlibatan dalam kelab ini telah banyak mendedahkan saya kepada cara

operasi sesebuah kelab atau persatuan, teamwork di kalangan ahli jawatankuasa, interaksi

dengan orang luar serta bagaimana mengimbangi pelajaran dengan aktiviti luar kuliah. Di

bawah pimpinan Hjh. Hafizah, penasihat Kelab HELWANI pada masa itu, pelbagai aktiviti

telah dianjurkan, baik di dalam mahupun di luar kampus, dan semua ini bukan sahaja telah

membantu pembangunan sahsiah kami sebagai pelajar, tetapi juga telah meninggalkan

seribu satu memori yang masih menyentuh hati setiap kali disingkap tirainya.

Setelah 3 tahun “berhempas pulas” belajar dan bermain di POLI PD, akhirnya saya

berjaya menamatkan pengajian sebagai Pelajar Cemerlang Jabatan Kejuruteraan Awam

sesi tersebut. Mereka kata anugerah tersebut melambangkan seseorang pelajar yang

cemerlang pencapaiannya, baik dari segi pelajaran ataupun aktiviti ko-kurikulum. Akan tetapi

saya rasa pihak POLI PD mungkin tersilap pilih orangnya kerana saya memang cemerlang

Page 4: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

4  

pencapaiannya, cuma bidang yang dimaksudkan lebih bersifat ‘nakal’ dan ‘pencetus

masalah’! Macam manapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah JKA

yang telah memilih saya sebagai penerima anugerah tersebut, yang saya berbangga

sehingga ke hari ini meskipun POLI PD adalah tempat pengajian peringkat terawal saya,

iaitu peringkat diploma.

Bendera POLI PD berkibar megah…

Kini saya bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, Johor. Bidang pengajian khusus saya adalah Geoteknik atau sains kajidaya tanah.

Apa kaitannya pencapaian saya pada hari ini (yang masih jauh lagi perjalanannya) dengan

masa silam saya di POLI PD? Jawapannya ialah AMAT SIGNIFIKAN dan MENDALAM!

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tanpa POLI PD, saya tidak akan berada

di mana saya berada sekarang. Mana datangnya pokok kalau tidak disemaikan benihnya?

Mana ada pengajian di peringkat yang lebih tinggi kalau tiada bimbingan dan tunjuk ajar

yang baik di peringkat awal lagi?

Saya menyusun sepuluh jari dan meluahkan perasaan terhutang budi saya kepada

pensyarah-pensyarah POLI PD yang telah memberi tunjuk ajar yang begitu baik kepada

saya sepanjang pengajian saya di situ… Pn. Nor Azizah Ibrahim yang membuka mata saya

kepada bidang Geoteknik, dan menanamkan semangat ingin tahu yang mendalam dalam

bidang tersebut sehinggakan saya terus membuat kajian dalam bidang tanah untuk aplikasi

kejuruteraan di peringkat sarjana muda dan doktor falsafah. Tak akan saya lupa betapa

dedikasinya Pn. Azizah dalam mendidik pelajarnya, di mana pada suatu hari, saya telah

bertanyakan kepada beliau satu soalan yang agak rumit dan di luar skop silibus, tetapi

beliau telah berjanji mencarikan jawapan yang mudah saya fahami. Keesokan harinya,

seperti yang dijanjikan, jawapan Pn. Azizah ditinggalkan untuk saya di atas mejanya di

pejabat pensyarah. Komitmen dan kesungguhan pensyarah POLI PD memang terserlah,

dan saya amat bangga menggelar diri saya bekas anak didik pensyarah POLI PD, lebih-

lebih lagi bekas pelajar DKA batch pertama di POLI PD!

Terus mengejar impian…

Seperti ombak yang sampai memukul pesisir pantai, ia meninggalkan bekas dan

tanda yang ketara. Begitu juga dengan kami yang dididik di POLI PD, diletakkan harapan

agar menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Tunjuk ajar dan nasihat yang saya terima di POLI PD telah membina batu asas yang kukuh

Page 5: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

5  

kepada pengajian saya yang selanjutnya, dan pada hari ini setelah tamat pengajian di

peringkat doktor falsafah, nasihat dan kata-kata peringatan itu masih terngiang-ngiang di

telinga saya…

Dalam usaha penyelidikan saya tentang ‘kejuruteraan geoteknik yang mampan’

(sustainable geotechnics), saya cuba menerapkan konsep mesra alam dan mampan,

supaya aktiviti pembangunan mengenakan impak minima terhadap keadaan alam

semulajadi. Contohnya, dalam pembinaan di kawasan tanah lembut, kaedah pengukuhan

tanah lembut dengan penambahan bahan kimia hendaklah tidak menjejaskan flora dan

fauna di kawasan sekeliling, ataupun mengancam keselamatan masyarakat setempat dari

segi pencemaran sumber air dan tanah pertanian.

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah pula, saya

berpegang kepada prinsip mencungkil dan memupuk minat pelajar terhadap sesuatu topik,

daripada hafal mati tanpa pemahaman. Umpamanya, saya cuba menerangkan sesuatu teori

berkenaan sifat tanah dengan ilustrasi contoh kegiatan harian pelajar. Kaedah ini sedikit

sebanyak mengurangkan perasaan takut pelajar terhadap subjek Geoteknik (yang dikatakan

killer subject dalam pengajian kejuruteraan awam), seterusnya menarik minat mereka untuk

menerokai bidang ini dengan lebih lanjut lagi.

Pendek kata, seandainya saya renung sejenak, tidak sukar bagi saya nampak

bahawa cara saya bekerja pada hari ini banyak dipengaruhi cara saya dididik, khasnya

peringkat awalan pengajian saya dalam bidang ini, dan tempat pengajian saya tak lain dan

tak bukan, Politeknik Port Dickson.

Saya berharap teras semangat POLI PD dapat disebar dan diteruskan ke mana-

mana sahaja. Saya yakin bahawa graduan POLI PD, tidak kira di mana kami berada, di situ

bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, dengan semangat POLI PD yang semakin marak.

Dan saya juga berharap dapat memberi sumbangan kepada IPT ibunda saya ini, baik dari

segi penglibatan dalam pembangunan program pengajian, kandungan silibus ataupun

projek penyelidikan, dan sebagainya. Saya yakin bahawa POLI PD akan terus mara ke

depan, dan terus menghasilkan graduan yang berkaliber, bagai fajar yang menyingsing

menggantikan kegelapan malam, penuh dengan semangat perjuangan yang kental dan tak

berganjak.

Hidup POLI PD!

Page 6: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

Emulasi  semPD:  beruspensyarah y

mangat pendsaha  menjayang ‘baik’.  

Ch

didik di POLI di  seorang 

eeMing- 03

BedaDip

345- 14Mei2

ersama Pn. Aalam  sesi ploma, 13 No

Bersama  pInnovation menggalakberkecimpu

2009- Batu

Azizah dan Pnpembentangov 2008. 

pelajar  dalamFestival  2

kan  pelajar ung dalam pe

Pahat, Joho

n. Norshilan gan  Projek 

m  Research 2008,  UTHMsarjana mudenyelidikan. 

6

or

& M: da 

Page 7: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, JOHOR Mengejar …api.ning.com/files/WCEQgCZ8A6mXqEiEFFAnQC8OXjcFOJh1Kf*xf42nQsU... · Sesi pagi lazimnya dipenuhi kuliah (macam ulat terkulat-kulat!),

Kerja bersammemuppenyelidan be

penyiasatanma  pelajar  papuk  minat  didikan  secaretika. 

n  tapak  dasca  ijazah, dan  komitmera  bertangg

i  Melaka Mei  2009: en  kepada gungjawab 

Kerja‐kerja merangkummasyarakatprojek  kajiorganik lem

penyemi  sumbt  setempat ian  pembinambut. 

elidikan angan  k(Melaka, 

aan  di  atas 

yang kepada 2009): tanah 

7