pelancaran pusat tingkatan enam (17 jun 2015)

22
1 | Page TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN SEMPENA ‘MAJLIS PELANCARAN PUSAT TINGKATAN 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ DI SMK DESA MAHKOTA, KUALA LUMPUR PADA 17 JUN 2015 (RABU) JAM : 12.00 tgh.

Upload: dicksonhts

Post on 07-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Official launching of Form 6 Centres

TRANSCRIPT

Page 1: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

1 | P a g e

TEKS UCAPAN

YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN

SEMPENA

‘MAJLIS PELANCARAN PUSAT TINGKATAN 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’

DI

SMK DESA MAHKOTA, KUALA LUMPUR

PADA 17 JUN 2015 (RABU)

JAM : 12.00 tgh.

Page 2: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

2 | P a g e

Bismillahhirahmanirrahim, Assalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

1. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah

kurnia dan izinNya, kita dapat bersama-sama

berhimpun pada hari ini di SMK Desa Mahkota,

sempena ‘Majlis Pelancaran Pusat Tingkatan Enam

Kementerian Pendidikan Malaysia’.

2. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya

ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana,

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan kerana

sudi mengundang saya untuk hadir seterusnya

merasmikan majlis pelancaran pada hari ini.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Page 3: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

3 | P a g e

Latar Belakang Penjenamaan Semula Pusat

Tingkatan Enam

3. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif KPM untuk

memantapkan pendidikan Tingkatan Enam dengan

meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan ini

setanding dengan pendidikan prauniversiti yang lain

seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi

sains.

4. Salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang

mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi

yang perlu dilaksanakan adalah mewujudkan laluan

pendidikan yang pelbagai bagi murid lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 4: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

4 | P a g e

5. Justeru, dalam Gelombang 1, KPM berhasrat untuk

mengukuhkan laluan pendidikan termasuklah pelan

tindakan menjenamakan semula Tingkatan

Enam.

6. Dengan Penjenamaan ini, sekolah yang

menawarkan pelajaran tingkatan enam akan diberi

kuasa untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif agar

dapat mengupayakan pelajar sebelum memasuki

universiti.

7. Sesungguhnya, penyediaan infrastruktur pendidikan

yang lengkap merupakan perkara asas yang perlu

disediakan bagi memastikan setiap murid Tingkatan

Enam berpeluang belajar dalam keadaan selesa

dan kondusif.

Page 5: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

5 | P a g e

8. Selain itu, murid Tingkatan Enam juga perlu

mendapat peluang yang sama dengan pelajar

program persediaan prauniversiti yang lain untuk

mengembang bakat dan kreativiti mereka untuk

menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan

universal serta akhirnya membawa kesejahteraan

kepada negara.

9. Sehubungan dengan itu, inisiatif Kementerian

mewujudkan Pusat Tingkatan Enam adalah amat

wajar dan bertepatan dengan usaha menjenamakan

semula pendidikan ini.

10. Murid tingkatan enam ini akan dikumpulkan dan

ditempatkan secara berpusat, menggunakan

pakaian yang berbeza dengan pakaian sekolah

Page 6: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

6 | P a g e

harian biasa, menggunakan jadual waktu yang

berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan

dalam kategori yang berlainan berbanding dengan

sekolah arus perdana.

11. Persekitaran pembelajaran Tingkatan Enam yang

lebih kondusif, menarik dan berkesan akan dapat

membantu murid untuk menyiapkan diri bagi

memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil

Tinggi Agama Malaysia (STAM) seterusnya

melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di

universiti.

12. Seperti yang kita sedia maklum bahawa

peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge

Page 7: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

7 | P a g e

Assessment, United Kingdom. Ini bermakna, STPM

diiktiraf oleh badan antarabangsa dan murid

Tingkatan Enam adalah setaraf dengan lulusan

pendidikan prauniversiti yang lain.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam

13. Pelan tindakan penjenamaan semula Tingkatan

Enam dilaksanakan dengan melibatkan lima fokus

utama, iaitu imej dan anjakan minda, infra dan info

struktur, pengurusan pentadbiran, mod pengajaran

dan pembelajaran (PdP) dan kurikulum.

14. Saya percaya, dengan melaksanakan pembelajaran

Tingkatan Enam secara berpusat, imej dan minda

pelajar akan dapat dibentuk dan mempunyai identiti

Page 8: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

8 | P a g e

tersendiri, berkeyakinan tinggi dan berkebolehan. Ini

amat penting bagi persediaan awal sebelum

menempuh pembelajaran peringkat tinggi di

Universiti.

15. KPM juga komited dalam memastikan

pembangunan infra dan infostruktur pusat

pendidikan Tingkatan Enam sentiasa diberikan

perhatian. Seperti dimaklumkan, Pusat Tingkatan

Enam ialah pusat pendidikan yang mengabungkan

kelas-kelas Tingkatan Enam dari sekolah arus

perdana. Pada masa ini, terdapat beberapa kategori

pusat Tingkatan Enam, iaitu Pusat Tingkatan Enam

Mod 1, Mod 2 dan Mod 3 yang terdapat di seluruh

negara.

Page 9: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

9 | P a g e

16. Pusat Tingkatan Enam Mod 1 ialah premis

berasingan daripada arus perdana yang hanya

menempatkan murid Tingkatan Enam sahaja.

Pusat ini juga mempunyai bangunan dan

pentadbiran tersendiri dan beroperasi dengan

sekurang- kurangnya 12 kelas.

17. Seperti yang telah dinyatakan terdapat 6 buah Pusat

Tingkatan Enam mod 1 telah beroperasi

termasuklah SMK Desa Mahkota ini yang

merupakan pusat mod 1 bagi Wilayah

Persekutuan.

18. Pusat Tingkatan Enam Mod 2 pula ialah pusat

Tingkatan Enam yang berkongsi premis dengan

sekolah arus perdana. Walau bagaimanapun,

Page 10: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

10 | P a g e

penempatan murid Tingkatan Enam adalah di

bangunan berasingan, dan beroperasi dengan

sekurang- kurangnya 12 kelas.

19. Seterusnya, pusat Tingkatan Enam Mod 3 yang

merupakan pusat Tingkatan Enam di luar bandar.

Pusat ini berkongsi premis dengan sekolah arus

perdana. Penempatan murid Tingkatan Enam

adalah secara berkongsi bangunan dengan arus

perdana.

20. Pusat ini beroperasi kurang 12 kelas dan

diwujudkan jika pusat Tingkatan Enam yang

berhampiran tidak mempunyai kemudahan asrama

dan kemudahan pengangkutan awam.

Page 11: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

11 | P a g e

21. Bagi pengoperasian Pusat Tingkatan Enam Mod 2

pula, bilangan pusat yang beroperasi adalah

sebanyak 10 pada tahun 2014 dan bilangan tersebut

semakin bertambah pada tahun 2015, menjadikan

bilangan Pusat Tingkatan Enam Mod 2 yang

beroperasi kepada 47 buah.

22. Berdasarkan perancangan, bilangan Pusat

Tingkatan Enam Mod 3 akan beransur-ansur

berkurangan dan pada akhirnya, hanya Pusat

Tingkatan Enam Mod 1 sahaja yang beroperasi

di seluruh negara dengan setiap Pejabat

Pendidikan Daerah mempunyai sekurang-

kurangnya satu Pusat Tingkatan Enam Mod 1.

Page 12: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

12 | P a g e

23. Oleh itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-11, KPM

merancang menyediakan prasarana dan

infrastruktur yang lebih lengkap bagi menyokong

inisiatif ini khususnya bagi pelaksanaan Pusat

Tingkatan Enam Mod 1 dan Mod 2.

24. Projek- projek pembangunan yang dirancang

termasuklah pembinaan bangunan baharu pusat

Tingkatan Enam, bangunan tambahan di sekolah-

sekolah sedia ada yang melaksanakan Tingkatan

Enam, bangunan gantian untuk blok- blok yang daif

dan tidak selamat digunakan serta kerja- kerja ubah

suai naik taraf kemudahan sekolah.

Page 13: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

13 | P a g e

25. Skop projek pula meliputi kemudahan pentadbiran,

kemudahan akademik seperti bilik darjah, makmal

sains, pusat sumber, kemudahan asrama murid,

serta kemudahan lain seperti kantin, dewan dan

sebagainya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

26. Pembangunan infostruktur juga dirancang dengan

teliti, terutamanya bagi peralatan ICT dan capaian

Internet di pusat Tingkatan Enam. Perkara ini akan

disegerakan supaya sesuai dengan kaedah

pembelajaran berpusatkan murid dan perubahan

dalam struktur pentaksiran STPM, daripada sistem

terminal kepada sistem modular.

Page 14: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

14 | P a g e

27. Tahun ini merupakan kohort ketiga sistem ini

dilaksanakan. Tambahan pula, sistem pentaksiran

baharu ini juga memperkenalkan kerja kursus,

iaitu dalam bentuk Kertas Projek atau Kerja

Lapangan atau Amali Sains yang dinilai oleh

guru sekolah dengan wajaran 20% hingga 40%.

28. Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam PdP

Tingkatan Enam adalah selari dengan kaedah

pembelajaran di universiti yang berteraskan

pendidikan alaf ke-21. Murid Tingkatan Enam lebih

berpeluang untuk meneroka ilmu dan pelbagai

maklumat dengan pantas dan lebih luas, hanya di

hujung jari.

Page 15: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

15 | P a g e

29. Sistem semester dan penggunaan jadual waktu

fleksibel antara fokus perubahan dalam pengajaran

dan pembelajaran. PdP di Tingkatan Enam juga

menggunakan pendekatan ala universiti, kuliah,

tutorial dan praktikal. Murid juga perlu

melengkapkan kerja kursus bagi melengkapkan

pemarkahan STPM.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

IMPAK PENJENAMAAN SEMULA

30. Pelaksanaan penjenamaan semula Tingkatan

Enam boleh memberi impak positif terhadap

pendidikan Tingkatan Enam terutama dalam

Page 16: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

16 | P a g e

aspek pencapaian kelulusan peperiksaan STPM

dan STAM.

31. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah

memperkenalkan pendekatan yang berbeza

dalam struktur pentaksiran STPM dan STAM, iaitu

pendekatan secara modular berbanding secara

terminal sebelum ini.

32. Pendekatan baharu yang diperkenalkan memberi

kesan kepada pencapaian murid Tingkatan Enam

dalam STPM. Ini ditunjukkan melalui peningkatan

pencapaian STPM pada tahun 2014 berbanding

pada tahun sebelum.

Page 17: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

17 | P a g e

33. PNGK kebangsaan dalam peperiksaan STPM

2014 telah meningkat kepada 2.62 daripada 2.57

pada STPM 2013. Min PNGK sekolah kerajaan

telah meningkat daripada 2.55 pada tahun 2013

kepada 2.62 pada peperiksaan STPM 2014.

34. Secara keseluruhannya, dalam peperiksaan

STPM 2014, peratusan calon yang mendapat

kelulusan peringkat lulus penuh dalam 5 hingga 1

mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan

sebanyak 0.96% berbanding STPM 2013.

35. Begitu juga dengan pencapaian calon Sijil Tinggi

Agama Malaysia (STAM). Saya dimaklumkan,

terdapat peningkatan pencapaian calon STAM pada

tahun 2014 berbanding tahun 2013. Bilangan calon

STAM yang mendapat Pangkat Maqbul (Lulus)

Page 18: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

18 | P a g e

hingga Mumtaz (Cemerlang) bagi tahun 2014

meningkat seramai 310 calon (2.9%), iaitu daripada

3,153 calon (60.4%) pada tahun 2013 kepada 3,823

calon (63.3%) pada tahun 2014.

36. Peningkatan pencapaian ini adalah kerana dalam

sistem petaksiran baharu STPM, calon diuji

pencapaiannya mengikut perkara yang dipelajari

pada penggal yang berkenaan sahaja. Calon juga

boleh memperbaiki pencapaian melalui

peperiksaan ulangan pada setiap penggal. Kerja

Kursus juga membantu calon meningkatkan

pemahaman tentang perkara yang dipelajari dan

sekaligus dapat menyumbang ke arah

peningkatan pencapaian keseluruhan calon.

Page 19: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

19 | P a g e

Harapan

37. Menjelang tahun 2020, permintaan terhadap tenaga

mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang

amatlah tinggi di negara kita. Sejajar dengan

perkembangan tersebut, kerajaan sangat

mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan

murid lepasan Tingkatan Enam.

38. Oleh itu, kementerian amat berharap agar murid yang

tamat pengajian di Tingkatan Enam boleh meneruskan

pengajian di mana- mana institusi pengajian tinggi

sama ada di dalam dan luar negara. Selain itu, murid

lepasan STPM dan STAM juga diharapkan mampu

bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat

mencabar jika memilih untuk terus bekerja.

Page 20: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

20 | P a g e

Penutup

39. Semoga majlis Pelancaran Pusat Tingkatan Enam

pada hari ini menjadi suntikan semangat kepada

semua pihak untuk berusaha dengan bersungguh-

sungguh bagi memastikan penjenamaan semula

Tingkatan Enam dapat direalisasikan. Kejayaan

pendidikan Tingkatan Enam amat bergantung

kepada tuan- tuan dan puan- puan sebagai

pelaksana.

40. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua pihak terutama kepada

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan

Page 21: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

21 | P a g e

Pengetua SMK Desa Mahkota selaku tuan rumah

dan semua ahli jawatankuasa pelaksana yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi

menjayakan majlis pada hari ini.

41. Saya percaya dengan komitmen semua pihak,

usaha ini akan membuahkan hasil dan kejayaan

yang diharapkan. Semoga momentum ini terus

dipertingkat dan diperkasakan demi pencapaian

pendidikan yang gemilang.

42. Bersempena dengan kedatangan bulan ramadan al-

mubarak esok, saya mengucapkan Selamat

menjalani ibadah puasa dan tingkatkanlah amal

soleh di bulan yang mulia ini.

Page 22: Pelancaran Pusat Tingkatan Enam (17 Jun 2015)

22 | P a g e

43. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,

saya dengan sukacitanya, melancarkan Pusat

Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.