web viewpersepsi pelajar terhadap alam sekitar melalui aktiviti 3r (tin aluminium) nur athirah...

27
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim & Nor Aini Suhaidan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk melihat kelestarian alam sekitar dilaksanakan melalui aktiviti kitar semula tin aluminium bagi mengenalpasti pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar terhadap aktiviti kitar semula (3R). Seramai 25 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Benta, Kuala Lipis, Pahang menjalankan aktiviti kitar semula tin aluminium dan soal selidik kitar semula ditadbir. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap. Setiap instrumen mengandungi soalan yang berbentuk soalan ya atau tidak. Dapatan kajian ini mendapati masih terdapat segelintir pelajar pada masa kini yang belum sedar akan kepentingan aktiviti 3R kerana tidak diamalkan di sekolah mahupun di rumah. Justeru, inisiatif yang berterusan diperlukan agar kesedaran dan pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar dapat dimanfaatkan melalui amalan dan sikap. Kata kunci: 3R, alam sekitar, tin aluminium ABSTRACT This article aims to look at environmental sustainability executed through recycling aluminum cans to identify the

Upload: vankhanh

Post on 30-Jan-2018

242 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM)

Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim & Nor Aini Suhaidan

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk melihat kelestarian alam sekitar dilaksanakan melalui aktiviti kitar

semula tin aluminium bagi mengenalpasti pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar

terhadap aktiviti kitar semula (3R). Seramai 25 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan

Benta, Kuala Lipis, Pahang menjalankan aktiviti kitar semula tin aluminium dan soal selidik

kitar semula ditadbir. Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu pengetahuan,

kesedaran, amalan dan sikap. Setiap instrumen mengandungi soalan yang berbentuk soalan

ya atau tidak. Dapatan kajian ini mendapati masih terdapat segelintir pelajar pada masa kini

yang belum sedar akan kepentingan aktiviti 3R kerana tidak diamalkan di sekolah mahupun

di rumah. Justeru, inisiatif yang berterusan diperlukan agar kesedaran dan pengetahuan yang

dipunyai oleh pelajar dapat dimanfaatkan melalui amalan dan sikap.

Kata kunci: 3R, alam sekitar, tin aluminium

ABSTRACT

This article aims to look at environmental sustainability executed through recycling

aluminum cans to identify the knowledge, awareness, practices and attitudes towards

recycling (3R) activity. A total of 25 Year 6 students of Sekolah Kebangsaan Benta, Kuala

Lipis, Pahang involved in recycling aluminum cans ativities and recycling questionnaire

administered to them. The questionnaire consists of four parts, namely knowledge,

awareness, practices and attitudes. Each instrument consists of questions in the form of yes or

no question. This study found that there were a handful of students nowadays are not yet

aware of the importance of the 3R activities because is not practiced at school or at home.

Hence, the ongoing initiative is necessary for awareness and knowledge of students can be

done through the practices and attitudes.

Keywords: 3R, environment sustainability, aluminium can

Page 2: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

1.0 PENGENALAN

Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu

kesan tersembunyi dalam senario masyarakat zaman sekarang iaitu penghasilan sampah sarap

domestik. Keadaan ini menyebabkan pihak berwajib menguruskan sistem pelupusan sisa

pepejal domestik yang efektif. Program kitar semula merupakan salah satu strategi untuk

menangani risiko peningkatan sampah sarap domestik di tapak-tapak pelupusan sisa di negara

ini. Sampah sarap atau sisa pepejal didefinisikan sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak

lagi dapat digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum melalui proses akhir.

Sisa domestik di Malaysia dianggarkan mencecah 10 juta tan pepejal sehari berbanding 7.34

juta tan sisa pepejal domestik pada tahun 2000. Jumlah ini dijangkakan meningkat sehingga

30000 tan sehari menjelang tahun 2020 (Abdul Yazid Alias, 2010).

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi

mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan di

seluruh negara yang dianggarkan kira-kira RM 1 billion setiap tahun di Malaysia.

Walaubagaimanapun, sehingga kini aktiviti kitar semula didapati bukanlah suatu tabiat yang

sering diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam menguruskan sampah sarap.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah pencemaran persekitaran sangat berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia, tetapi

juga di negara-negara membangun yang lain. Malaysia mengalami masalah pencemaran

persekitaran khususnya masalah sampah atau sisa pepejal. Bahan buangan pepejal domestik

merupakan masalah utama yang dihadapi oleh majlis perbandaran di kawasan jajahannnya.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg sampah setiap hari. Penghuni di

kawasan bandar pula dianggarkan menghasilkan sampah sebanyak 1.5kg setiap hari.

Penghasilan sisa pepejal atau sampah bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah

penduduk dan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk di sesebuah kawasan. Jenis sampah

yang dihasilkan juga berbeza mengikut kawasan, iaitu kawasan bandar menghasilkan lebih

banyak sampah berbanding kawasan luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk

kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa binaan, bahan-bahan plastik, bahan-bahan

aluminium dan sebagainya.

2

Page 3: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

Oleh itu, untuk mewujudkan alam sekitar yang mesra, pengurusan sisa pepejal yang

lebih berkesan difokuskan. Terdapat banyak cabaran bagi semua pihak terutamanya pihak

kerajaan dalam melaksanakan pengurusan sisa pepejal ke arah lebih berkesan. Cara untuk

mengurangkan jangka hayat sesebuah tapak pelupusan sampah merupakan cabaran utama

dalam pengurusan sisa pepejal berikutan peningkatan sisa buangan setiap tahun. Selain itu,

antara cabaran lain melibatkan rakyat Malaysia sendiri yang tidak peka dan kisah tentang

pengurusan sisa pepejal. Hal ini dapat dilihat melalui sikap mereka yang sesuka hati

membuang sampah di merata-rata tempat seperti dalam longkang, sungai dan tepi-tepi jalan

(Loh Seng Kok, 2008).

Selain itu, melalui pendidikan, pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam

sekitar dapat dibentuk dan dipupuk dalam diri pelajar. Pembentukan masyarakat yang lebih

peka dan prihatin terhadapa isu-isu alam sekitar merupakan matlamat pendidikan alam

sekitar. Matlamat ini juga membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai

dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama kearah

penyelesaian isu-isu alam sekitar. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998). Tambahan pula,

pendidikan alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai

kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang

lebih beretika (Jamaludin, 2001).

Masalah alam sekitar yang kian meningkat dan meruncing ini menyebabkan

keperluan untuk melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadapa alam sekitar.

Implementasi pendidikan alam sekitar diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan

kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya isu masalah alam sekitar ini. Dengan

berbekalkan pengetahuan, kesedaran dan keprihatinan mengenai alam sekitar, individu yang

mempunyai tingkah laku yang positif terhadap alam sekitar dapat dilahirkan (Kollmuss&

Agyeman, 2002). Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membincangkan tentang tahap

pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Benta

terhadap alam sekitar.

3

Page 4: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

3.0 KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan satu siri aktiviti yang melibatkan pungutan, pengasingan dan

penjualan bahan kitar semula ke kilang untuk diproses menjadi bahan produk yang baru.

Kitar semula merupakan perbuatan meletakkan sesuatu bahan sisa ke dalam penggunaan

yang lebih berfaedah setelah diasingkan. Ia adalah salah satu langkah yang paling berkesan

dalam meminimumkan sisa buangan. Aktiviti kitar semula memberi faedah antaranya

persekitaran yang bersih dan sihat, mengurangkan pencemaran dan penggunaan bahan

semulajadi. Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan

mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat

dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa

panjang kitar semula lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan

sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup

kita

Aktiviti 3R merupakan aktiviti kelestarian alam sekitar yang menjadi saranan kerajaan

bagi menjaga alam sekitar. 3R bermaksud (Reduce, Reuse, Recycle) dan pelaksanaannya

telah dilakukan di serata Malaysia. Tong 3 warna diperkenalkan pada tahun .... merupakan

pendekatan kepada aktiviti 3R. Sekolah-sekolah di Malaysia telah disediakan beberapa tong

3 warna untuk diletakkan di sekolah bagi menjayakan program kelestarian alam sekitar pada

peringkat awal lagi. Pengurangan (Reduce) sisa adalah kaedah yang baik kerana sampah

dapat dikurangkan di puncanya. Environmental Protection Agency (EPA, 2007)

mendefinisikan pengurangan sisa sebagai reka bentuk, pembuatan bahan bagi mengurangkan

kuantiti atau keracunan sebelum mereka membeli atau menggunakan. Ini termasuk

meminimumkan pengeluaran sisa pada setiap langkah dalam proses pembuatan atau

penggunaan suatu produk.

Guna semula (Reuse)pula melibatkan produk yang biasanya dibuang sebagai sisa

seperti peralatan, perabot, botol kaca dan tin aluminium yang boleh digunakan semula

sebagai produk baru. Mengguna semula item dengan memperbaiki produk tersebut boleh

memberikan manfaat kepada masyarakat dengan cara menjual bahan guna semula dan ini

boleh mengurangkan sisa dan melindungi persekitaran.Terdapat beberapa kelebihan dan

kekurangan dalam kaedah guna semula. Misalnya penggunaan semula botol kaca semula ini

sememangnya dapat mengurangkan kapasiti pembuangan sisa pepejal. Namun kajian

mendapati bahawa banyak tenaga diperlukan sebelum botol kaca tersebut boleh diguna

4

Page 5: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

semula berbanding tenaga yang digunakan bagi membuat botol kaca. Tenaga banyak

digunakan dalam proses pembasuhan, pembersihan dan pensterilan botol kaca sebelum boleh

diguna semula.

Kitar semula (Recycle) iaitu bahan-bahan sisa yang boleh diproses dan dihasilkan

semula menjadi bahan yang berguna seperti surat khabar, kaca, tin, besi, plastik, bateri dan

lain-lain, boleh memberi banyak manfaat ekonomi kepada pengguna. Di Amerika Syarikat

misalnya, Akta Mercury-Containing and Rechargeable Battery Management telah

dikuatkuasakan pada tahun 1996. Akta ini merupakan langkah yang dilaksanakan untuk

mengitar semula bateri nikel kadmium (Ni-Cd) yang boleh dicas semula dan juga bagi

meminimumkan penggunaan bateri merkuri yang banyak menggunakan bahan raksa. Bagitu

juga di Taiwan, 18 barangan boleh kitar semula (termasuk botol, tayar, tin aluminium, bateri

merkuri, bekas racun perosak, bateri plumbum, bekas ubat-ubatan, bekas plastik dan lain-

lain) disenaraikan dalam Regulatory Plan for General Waste Recycling.

Bagaimanapun dari segi ekonomi, ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah

kitar semula bukanlah semestinya pilihan yang terbaik. Hal ini kerana harga pasaran untuk

barangan kitar semula lazimnya tidak menentu dan produk cenderung untuk tidak memenuhi

kehendak pasaran. Di United Kingdom hanya 19 peratus bahan sisa pepejal domestik telah

dikitar semula. Peratusan ini sangat rendah berbanding negara Kesatuan Eropah lainnya. Di

Malaysia, kajian mendapati bahawa tahap pendidikan orang awam banyak mempengaruhi

pandangan terhadap isu kitar semula. Oleh itu faktor pendidikan banyak mempengaruhi

kejayaan program kitar semula sebagai suatu kaedah pengurusan sisa pepejal di Malaysia

(Seow, 2009). Persepsi awal masyarakat memainkan peranan dalam kejayaan sesuatu

program. Strategi promosi yang efektif di antara firma pemungut sampah dengan penduduk

setempat merupakan salah satu kunci kejayaan yang boleh meningkatkan kadar bahan yang

boleh dikitar semula di kawasan tersebut.

5

Page 6: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

4.0 METODOLOGI

Pengkaji telah menjalankan aktiviti 3R di sebuah sekolah bagi memupuk kesedaran tentang

kepentingan mengitar semula tin aluminium. Aktiviti ini melibatkan pelajar lepasan UPSR.

Melalui aktiviti ini, 3 produk berasaskan tin aluminium telah direka bersama pelajar dan guru

sekolah tersebut iaitu 1) hanging lantern 2) stationery organiser 3) planters.

Satu set soal selidik telah dibentuk bagi meninjau tingkah laku pelajar terhadap program kitar

semula di kawasan kajian. Set soal selidik ini mengandungi 1) maklumat demografi pelajar

2)pengetahuan tentang kitar semula, 3)kesedaran, 4)sikap dan 5)amalan yang berkaitan kiitar

semula. Seramai 25 responden telah dipilih melalui persampelan bertujuan di Sekolah

Kebangsaan Benta, Kuala Lipis, Pahang. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada

tingkah laku masyarakat dalam pelaksanaan program kitar semula ini. Secara umum, ia

terbahagi kepada empat iaitu pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan masyarakat dalam

aktiviti kitar semula.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian mengetengahkan latar belakang responden, pengetahuan awal tentang kitar

semula, kesedaran akan kepentingan kitar semula, sikap mereka terhadap program kitar

semula dan amalan yang dilakukan mereka bagi aktiviti kitar semula.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFI RESPONDEN

Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 25 orang pelajar Tahun 6 di

Sekolah Kebangsaan Benta iaitu 40 % pelajar perempuan 60% pelajar lelaki. Kesemua

responden adalah berbangsa Melayu yang menetap di Daerah Kuala Lipis, Pahang.

6

Page 7: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN MENGENAI PROGRAM KITAR SEMULA

96%

4%

SOALAN 1 : A DA KAH A NDA TAHU APA ITU 3R?

YA TIDAK

7

60%

40%

JANTINA

LELAKIPEREMPUAN

Page 8: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

88%

12%

SOALAN 2: ADAKAH ANDA PERNAH TERLIBAT DALAM PROGRAM 3R?

YA TIDAK

84%

16%

SOALAN 3: ADAKAH ANDA PERN AH MELIHAT/ MENG -GUN AKAN TONG SAMPAH 3R?

YA TIDAK

8

Page 9: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

96%

4%

SOALAN 4: ADAKAH ANDA TAHU APA ITU TIN?

YA TIDAK

92%

8%

SOALAN 5: ADAKAH TIN ALUMINIUM BOLEH DIK -ITAR SEMULA?

YA TIDAK

80%

20%

SOALAN 6: ADAKAH ANDA TAHU BARANG YANG DIPERBUAT DARIPADA ALUMINIUM?

YATIDAK

Berdasarkan analisis data yang diperolehi, responden mengetahui tentang program kitar

semula melalui televisyen, sekolah, rakan-rakan, papan tanda, internet dan surat khabar.

Melalui sumber pembacaan mereka, pelajar mengetahui akan kepentingan melaksanakan

aktiviti 3R. Mereka mengetahui tentang kesan yang akan berlaku jika mereka tidak

melaksanakan aktiviti 3R dan tidak menjaga alam sekitar dengan baik. Kajian mendapati

responden mengetahui tin aluminium boleh dikitar semula. Lazimnya, responden di kawasan

9

Page 10: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

kajian akan menjual tin aluminium kepada pihak industri yang datang membeli ataupun

membuangnya ke dalam tong sampah 3 warna yang disediakan. Akan tetapi, kekurangan

tong kitar semula menyebabkan sebahagian responden tidak melaksanakan kitar semula di

kawasan tempat tinggal mereka.

BAHAGIAN C: KESEDARAN MENGENAI KITAR SEMULA DAN TIN ALUMINIUM

72%

28%

SOALAN 1: ADAKAH AHLI KELUARGA MENGGALAKKAN ANDA MEN-JALANKAN AKTIVITI KITAR SEMULA

YATIDAK

84%

16%

SOALAN 2: ADAKAH TONG SAMPAH KITAR SEMULA LEBIH MUDAH DAN SISTEMATIK?

YATIDAK

92%

8%

SOALAN 3: WAJARKAH TONG SAMPAH INI DITERUSKAN?

YATIDAK

10

Page 11: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

24%

76%

SOALAN 4: ADAKAH ANDA MEMBUANG TIN ALUMINIUM DI MERATA TEMPAT?

YATIDAK

80%

20%

SOALAN 5: SAYA PERNAH MELIHAT IKLAN TENTANG CARA-CARA UNTUK KITAR SEMULA TIN ALUMINIUM

YATIDAK

Berdasarkan analisis data yang diperolehi, majoriti pelajar mempunyai kesedaran mengenai

aktiviti kitar semula terutamanya aktiviti kitar semula tin. Akan tetapi melalui soalan 4,

didapati majoriti pelajar tidak mempraktikkan aktiviti kitar semula tin, namun mereka sedar

tentang kepentingan mengitar semula tin aluminium. Kesedaran mengenai pelaksanaan

aktiviti kitar semula harus diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

Penerapan nilai sayangkan alam sekitar ini akan membantu menyelamatkan alam sekitar dan

bumi daripada tercemar. Selain itu, pembuangan tin aluminium dan sampah di merata-rata

tempat terutamanya dalam sungai atau longkang akan menyebabkan berlakunya bencana

banjir kilat selain daripada mencemarkan sungai. Bukan sahaja tin aluminium tetapi sampah-

sampah sarap akan menyebabkan sistem pengaliran dan perparitan terjejas dan seterusnya

menyebabkan berlakunya banjir kilat.

11

Page 12: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

BAHAGIAN D: SIKAP MENGENAI KITAR SEMULA DAN TIN ALUMINIUM

YA84%

TIDAK16%

SOALAN 1: SAYA SUKA AKTIVITI KITAR SEMULA

YA TIDAK

YA84%

TIDAK16%

SOALAN 2: AKTIVITI KITAR SEMULA MENYUSAHKAN SAYA

YA TIDAK

YA44%TIDAK

56%

SOALAN 3: SAYA MEMPENGARUHI KAWAN-KAWAN UNTUK MENGITAR SEMULA

YA TIDAK

12

Page 13: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

YA48%TIDAK

52%

SOALAN 4: SAYA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI KITAR SEMULA

YA TIDAK

YA92%

TIDAK8%

SOALAN 5: TIN ALUMINIUM PERLU DIKITAR SEMULA

YA TIDAK

Analisis data yang didapati melalui Bahagian D mendapati bahawa sikap pelajar mengenai

aktiviti kitar semula adalah positif. Mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula

dan merasakan bahawa aktiviti kitar semula sedikit pun tidak menyusahkan diri mereka.

Dapatan juga menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada mereka menasihati dan

mempengaruhi rakan-rakan untuk melakasanakan aktiviti kitar semula. Seperti yang kita

tahu, pelajar lebih senang dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Oleh itu, melalui nasihat

dan pengaruh daripada rakan rakan yang menlaksanakan aktiviti kitar semula, mungkin

sebahagian daripada mereka yang tidak melaksanakan aktiviti kitar semuala akan terkesan

dan sama-sama malaksanakan aktiviti kitar semula. Hanya sebahagian daripada mereka

berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai kitar semula.

13

Page 14: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

BAHAGIAN E: AMALAN MENGENAI KITAR SEMULA TIN ALUMINIUM

88%

12%

SOALAN 1: SAYA AKAN MENERUSKAN AKTIVITI KITAR SEMULA

YATIDAK

64%

36%

SOALAN 2: KELUARGA SAYA MENJALANKAN AKTIVITI KITAR SEMULA

YATIDAK

68%

32%

SOALAN 3: SAYA PERNAH MENGITAR SEMULA TIN ALUMINIUM

YATIDAK

14

Page 15: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

96%

4%

SOALAN 4: SAYA MENGURANGKAN PENG-GUNAAN TIN ALUMINIUM UNTUK MENJAGA

ALAM SEKITAR

YATIDAK

84%

16%

SOALAN 5: PROSES KITAR SEMULA MEN-GELAKKAN PERLAKUNYA PENCEMARAN

SUNGAI/LONGKANG

YATIDAK

Bahagian E merangkumi soalan mengenai amalan pelajar mengenai aktiviti kitar semula.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti pelajar sentiasa mengamalkan aktiviti kitar

semula dalam kehidupan seharian mereka. Mereka berminat untuk meneruskan aktiviti kitar

semula dan didapati bahawa keluarga mereka juga turut mengamalkan aktiviti kitar semula.

Selain itu, para pelajar juga mengitar tin aluminium dan megurangkan penggunaan tin

aluminium untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar. Di samping itu, didapati bahawa

pelajar mengetahui bahawa pembuangan tin aluminium di merata tempat terutamanya di

dalam sungai dan longkang akan menjejaskan alam sekitar.

15

Page 16: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

6.0 KESIMPULAN

Dengan kepesatan peningkatan populasi penduduk dunia, sisa domestik yang dibuang setiap

hari menjangkau jutaan tan sehari. Penerapan kempen kelestarian alam sekitar haruslah

dilakukan dengan lebih intensif dan komprehensif agar generasi akan datang dapat menikmati

udara segar dan bersih. Amalan 3R sepatutnya diamalkan oleh setiap individu dibantu oleh

pihak yang berkenaan. Dapatan kajian ini mendapati masih terdapat segelintir pelajar pada

masa kini yang belum sedar akan kepentingan aktiviti 3R kerana tidak diamalkan di sekolah

mahupun di rumah. Justeru, inisiatif yang berterusan diperlukan agar kesedaran dan

pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar dapat dimanfaatkan melalui amalan dan sikap. Usaha

ini tidak seharusnya berhenti di sini. Pihak sekolah seharusnya meneruskan usaha penerapan

amalan 3R di sekolah merentas kurikulum. Hal ini penting kerana pelajar sekarang bakal

menjadi tonggak negara pada masa akan datang. Jika kesedaran dan amalan dapat ditanam

dalam diri mereka pada hari ini, ia diharapkan dapat memberi kesan positif terhadap alam

sekitar pada masa akan datang.

16

Page 17: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

7.0 RUJUKAN

Abdul Yazid Alias. 2010. Amal Kitar Semula dalam Utusan Malaysia 27 Januari 2010.

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob.2012.

Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi

rumah wanita di Bandar Baru Bangi, GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of

Society and Space 8 issue 5:64 – 75

Jamaludin, M.J. 2001. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia

Kollmuss, A & Agyeman, J. 2002. Mind the gap: why do people act environmentally and

what are barriers to pro-environmental behaviour? Environmental Education

Research, 8(3) : 239-260.

Loh Seng Kok. 2008. Diakses pada 17 Nov 2016 dari laman web

http://www.kelanajaya.com.my/im%20parliament/Q&A/070700%20

20kesedaran%20alam%20sekitar.html

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar

Merentas Kurikul KBSM. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seow Ta Wee. 2009. Masalah pengurusan sisa pepejal di Daerah Batu Pahat, Johor (Phd

Disertation). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi.

17

Page 18: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 pelajar melukis corak

yang dikehendaki ke atas tin aluminium

Gambar 2 pelajar menebuk

lubang mengikut corak yang dilukis

18

Page 19: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

Gambar 3 pelajar mengecat tin yang

telah mereka lubangkan

Gambar 4 proses memasang

dawai penyangkut

19

Page 20: Web viewPERSEPSI PELAJAR TERHADAP ALAM SEKITAR MELALUI AKTIVITI 3R (TIN ALUMINIUM) Nur Athirah Amran, Nur Syazana Shahrim, Nor Aishah Bakar, Amni Safiah Ab Halim &

Gambar 5 hasil projek setelah dipasang lilin.

20