ybhg dato’ mohamad zabidi zainal, ketua … ucapan/teks_ucapan...4 pelan strategik ict yang ketiga...

8
1 Teks Ucapan YBhg Dato’ Ketua Pengarah JPBDSM YBhg Dato’ Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU YBrs Encik Kamalruddin bin Shamsudin TKP Perancangan JPBDSM YBrs Dr. Dahlia bt Rosly TKP Pembangunan JPBDSM (CIO) YBhg Dato’ Dr Zahari bin Othman Perunding MAMPU Pengarah-Pengarah Bahagian/ Pejabat Projek, Pengarah-Pengarah JPBD Negeri Ketua-ketua Unit dan Seksyen Ketua-Ketua pasukan dan Ahli Pasukan Projek Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-2015 YBhg. Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Assalamualaikum wr, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Bersyukur ke hadrat Allah kerana petang yang berbahagia ini dapat kita menjayakan Majlis Exit Conference Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012- 2015 di mana pelancaran dan penyerahan dokumen PSICT JPBDSM secara rasmi dan penyampaian sijil-sjil penghargaan kepada ahli-ahli pasukan Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-2015. Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

Upload: doannga

Post on 28-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Teks Ucapan YBhg Dato’ Ketua Pengarah JPBDSM

YBhg Dato’ Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU

YBrs Encik Kamalruddin bin Shamsudin TKP Perancangan JPBDSM

YBrs Dr. Dahlia bt Rosly TKP Pembangunan JPBDSM (CIO)

YBhg Dato’ Dr Zahari bin Othman Perunding MAMPU

Pengarah-Pengarah Bahagian/ Pejabat Projek, Pengarah-Pengarah

JPBD Negeri

Ketua-ketua Unit dan Seksyen

Ketua-Ketua pasukan dan Ahli Pasukan Projek Pelan Strategik ICT

JPBDSM 2012-2015

YBhg. Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Assalamualaikum wr, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Bersyukur ke hadrat Allah kerana petang yang berbahagia ini dapat kita

menjayakan Majlis Exit Conference Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-

2015 di mana pelancaran dan penyerahan dokumen PSICT JPBDSM

secara rasmi dan penyampaian sijil-sjil penghargaan kepada ahli-ahli

pasukan Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-2015.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

2

Saya ucapkan terima kasih diatas kesudian YBhg Dato’ Mohamad Zabidi

Zainal, Ketua Pengarah MAMPU dan pegawai MAMPU untuk hadir ke

Majlis kami ini.

Dato’-Dato’/ Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Pelan Strategik ICT adalah pelan atau blueprint yang mengandungi garis

panduan pelaksanaan projek ICT yang kos efektif dan selaras dengan

keutamaan keperluan pengurusan dan operasi untuk tempoh masa

tertentu.

PSICT berperanan dalam mengenalpasti inisiatif-inisiatif strategik, yang

disokong oleh sistem aplikasi, teknologi, pembangunan sumber manusia

dan tadbir urus ICT.

Dalam konteks Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia, Pelan Strategik ICT JPBDSM yang pertama telah dihasilkan

pada tahun 1997, diikuti pula bilangan kedua iaitu ISP JPBDSM 2007-

2011 pada tahun 2007 dan seterusnya Pelan Strategik ICT (PSICT)

JPBDSM 2012-2015 adalah merupakan Pelan Strategik ICT yang ketiga.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

3

Jabatan juga telah menghasilkan ISP JPBD Negeri 2010-2015 pada

tahun 2010 khusus untuk pembangunan Teknologi ICT di JPBD-JPBD

Negeri.

PSICT JPBDSM 2012-2015 ini dibangunkan bagi menggantikan Pelan

Strategik ICT JPBDSM 2007-2011 yang telah tamat tempohnya. Jabatan

telah berjaya mencapai 83% dengan pelaksanaan 26 program berbanding

30 program pada keseluruhannya manakala 4 Program yang belum

dilaksanakan dimasukan kedalam program PSICT JPBD 2012-2015 ini.

Antara program ICT yang belum dapat dilaksanakan kerana kekangan

peruntukan ialah

i. I-Plan

ii. Knowledge Management

iii. Enterprise Portal

iv. Analytics and Decision Support System

I-Plan telah dimasukkan semula dalam pelan kali ini di mana Knowledge

Management adalah terkandung di dalamnya. Manakala Enterprise Portal

dan Analytics and Decision Support System di bawah Program Kajian

Capacity Planning.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

4

Pelan Strategik ICT yang ketiga ini telah dibangunkan secara dalaman

iaitu kolaberasi dengan khidmat perundingan MAMPU yang diketuai oleh

YBhg Dato’ Dr. Zahari bin Othman, warga Jabatan dan Bahagian

Teknologi Maklumat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengarah Projek ini diketuai oleh YBrs. Dr. Dahlia binti Rosly , Timbalan

Ketua Pengarah (Pembangunan) merangkap sebagai CIO Jabatan.

Tempoh pelaksanaan pelan ini adalah selama 6 bulan iaitu bermula Kick-

Off projek pada 27 Januari 2012 sehingga Sign-Off projek pada

15 Jun 2012.

Pelan ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam yang

dikeluarkan oleh MAMPU. Pelan ini juga menyokong Pelan Strategik

Jabatan 2012-2020 ke arah mencapai sasaran tertinggi dalam bidang

perancangan bandar dan desa serta persekitaran yang berkualiti dan

mampan bagi mencapai kesejahteraan hidup selaras dengan Wawasan

2020.

Dalam membangunkan pelan ini, beberapa siri mesyuarat dan dua

bengkel telah diadakan iaitu Bengkel Pelan Tindakan dan Anggaran Kos

serta Bengkel Penulisan Dokumen.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

5

Dalam pelan ini telah digariskan Visi ICT iaitu “Peneraju Perkhidmatan

Perancangan Bandar dan Desa Melalui ICT yang Bersepadu dan

Inovatif”.

Dua Misi ICT telah dirumuskan iaitu:

i. Memantapkan integrasi aplikasi dan infrastruktur ICT ke arah

penyampaianperkhidmatan yang efisien dan efektif; dan

ii. Memantapkan pembudayaan dan tadbir urus ICT bagi

meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

Empat Teras ICT telah digubal yang merangkumi Infrastruktur dan

Keselamatan ICT, Aplikasi dan Pangkalan Data, Integrasi dan Tadbir

Urus ICT serta Pembudayaan dan Pengurusan Perubahan.

Teras ICT tersebut iaitu:

Teras 1 - Pengukuhan Infrastruktur dan Keselamatan ICT yang Selamat,

Pantas dan Stabil;

Teras 2 - Pembangunan dan Pemantapan Aplikasi Secara Bersepadu

dan Berkesan;

Teras 3 - Pemantapan Tadbir Urus ICT yang Komprehensif ; dan

Teras 4 - Peningkatan Kompetensi dan Pembudayaan ICT.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

6

Seterusnya bagi memastikan Pelan Strategik ICT JPBDSM ini dapat

dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan

sebanyak 12 strategi telah dirangka dan 32 program ICT telah

dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam tempoh 2012 hingga tahun 2015.

Antara program-program ICT ini yang dirancang ialah:-

1. Migrasi rangkaian JPBD*Net kepada 1Gov*Net untuk JPBDSM dengan

kerjasama MAMPU dan sambungan rangkaian ke JPBD Negeri;

2. Pensijilan Information Security Management System (ISMS);

3, Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat;

4. Security Posture Assessment (SPA) dan Persediaan Perpindahan

Pusat Data ke Putrajaya pada penghujung 2015;

5. Pembangunan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) Fasa 3

dan Perluasan aplikasi SPBS ke Balai-Balai Polis dan PBT-PBT seluruh

Negara;

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

7

6. Pembangunan Pangkalan Data Gunatanah yang komprehensif melalui

Sistem I-Plan;

7. Kajian Semula Standard Operating Procedure (SOP) dan Pemantauan

Pelaksanaan Dasar ICT Jabatan;

8. Penyediaan Pelan Latihan ICT untuk warga Jabatan;

9. Mengadakan Hari ICT dan pengiktirafan ICT kepada warga Jabatan.

Dalam melaksanakan strategi dan program-program ICT tersebut adalah

dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM35.12 juta.

Dato’-Dato, Datin-Datin. Tuan-Tuan dan Puan-Puan;

Pembangunan Pelan Strategik ICT yang dijalankan secara koleborasi

bersama khidmat perundingan MAMPU telah dapat menjimatkan

kewangan jabatan yang dianggarkan sebanyak RM150,000.00

berbanding sekiranyanya dilaksanakan secara outsource.

Di samping itu, ahli pasukan telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan

dan kemahiran (soft skills) berkaitan teknik-teknik bagi formulasi visi dan

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)

8

misi ICT, penyediaan pelan tindakan, penyediaan anggaran kos serta

penulisan dokumen Pelan Strategik ICT oleh perunding MAMPU.

Jabatan ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg.

Dato’ Ketua Pengarah MAMPU dan Pasukan Perunding MAMPU.

Adalah menjadi harapan saya dengan penglibatan dan pembangunan

Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-2015 secara in-house, pemahaman

warga JPBD terhadap hala tuju ICT jabatan dapat dipertingkatkan.

Semoga dengan ini, inisiatif-inisiatif dan program ICT yang dirancang

akan memperkukuhkan sistem penyampaian dan menyokong

perkhidmatan Jabatan.

Akhir kata, saya berharap Pelan Strategik ICT JPBDSM 2012-2015 ini

dijadikan panduan dalam melaksanakan projek-projek ICT Jabatan

secara efisien dan efektif bagi menyokong visi, misi dan teras strategik

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)