week 6 -2

Upload: jason-ko

Post on 03-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

haha

TRANSCRIPT

KULIAH 4 TAMADUN ISLAM

WEEK 6

TAMADUN ISLAMSIFAT-SIFAT / KEISTIMEWAANTAMADUN ISLAMRabbaniyyah (Ketuhanan)Lengkap dan Menyeluruh (Holistik)Alamiyyah (Universal)Tabiiyyah (Natural) Waqiiyyah (Realistik)Tetap dan Anjal Toleransi dan Terbuka

3Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang terdapat dalam Tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt.

Justeru, setiap pembangunan dan ketamadunan yang dibina dalam Tamadun Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt.

CTH: Manusia perlu mencari ilmu dan tidak harus berhenti mencari ilmu dan mengharapkan keredhaan Allah

CTH: memastikan segala yang dilakukan untuk melakukan sesuatu yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang

Cth : Sahaja aku menuntut ilmu ini kerana Allah taala

[email protected] RabbaniyyahTamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu sama lain.

Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa cth : zakat, sedekah, hubungan sesama jiran, ahli keluarga, pemimpin, alam sekitar

Cth - zakat bantuan kewangan khas untuk orang Islam - sedekah = derma (donation) bantuan kewangan atau laing2 untuk orang Islam dan bukan Islam

Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ketaatan dan ibadah dalam konteks yang berbagai cth ibadah fardhu ain (khusus) dan fardhu kifayah (umum)

Cth : Sembahyang mayat (fardhu kifayah) & sembahyang Lima waktu sehari (farhdu ain)

5Bersifat Lengkap dan MenyeluruhKonsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat. Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi

Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan tamadun lain, malah mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.

Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam telah berjaya membina dan mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat.

Cth : agama Islam sendiri bersifat alamiyah dan konsep kewangan Islam

6Bersifat Alamiyyah (Universal)Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

CTH - memenuhi keperluan roh dan jasad manusia dengan peraturan yang telah ditetapkan

Cth makan, minum, hubungan lelaki dan perempuan, kejiranan, hiburan7Bersifat Tabiiyyah(Natural)Islam realistik dengan mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat.

Cth - Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka puasa.

Cth - Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang, malah mereka perlu diberi perlindungan.

Cth Kefardhuan (wajib) haji dan zakat hanya kepada orang-orang yang mempunyai harta dan berkemampuan sahaja.

8Bersifat WaqiiyyahTamadun Islam tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel dari segi cara dan teknik perlaksanaannya. Cth cara melaksanakan ibadah solat (sembahyang)

Islam memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing-masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid yang menjadi asas tamadun Islam Cth pakaian, cara hidup tertentu

9Bersifat Tetap dalam KeanjalanIslam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut

Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian masyarakat.

Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat terutamanya dalam dialog dan interaksi antara tamadun .

Cth Interaksi Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain di dunia ( dlm aspek teknologi, ilmu, budaya)

10Bersifat Toleransi dan TerbukaASAS TAMADUN ISLAM Intipati / Prinsip Asas Islam

- Akidah Tauhid Syariah Akhlak -

1214 DEFINISI TAUHID

BAHASA

Asal wahhada mengesakan

SYARA

Mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan ( Ilah ) padakenyakinan, ucapan dan pengamalan seharian dengan penuh kesedaran, kefahaman, keyakinan yang mendalam tanpa sebarang paksaan

Dalam membicarakan akidah tauhid terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu:-

Aspek kepercayaan

Beriman kepada AllahBeriman kepada MalaikatBeriman kepada RasulBeriman kepada KitabBeriman kepada Hari KiamatBeriman kepada Qadak dan Qadar

ii. Aspek kaedah

Kesatuan

Rasional

Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realitiMenolak pertentangan antara akal dan wahyuBersifat terbuka kepada penemuan baru

ToleransiTauhid sebagai asas keyakinan muslim

Ikatan yang menghubungkan dengan ajaran para nabi dan rasul terdahulu.

Prinsip yang membezakan Islam dengan ajaran agama yang lain

Menentukan setiap amal perbuatan diterima Allah SWT.

16Kedudukan Tauhid dalam IslamKONSEP KEHIDUPAN MANUSIA MUSLIM1718PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIAALAMRUHALAMJANINALAMDUNIAALAMBARZAKHALAMAKHIRATAlam Roh

Alam roh adalah merupakan alam yang tidak dapat dikaji dengan akal tetapi boleh diketahui menerusi wahyu. Hakikat alam roh: Menurut Islam, manusia telah mengakui keesaan Allah di alam roh.

19Alam Janin

Alam janin adalah merupakan proses pertemuan roh dan jasad selama empat bulan, dari setitis mani, segumpal darah, seketul daging, terbentuk tulang temulang, dibaluti daging dan ditiupkan roh.

Hakikat alam janin: Apabila roh ditiupkan ke dalam diri janin, ditentukan empat perkara apabila di dunia iaitu ajal, rezeki, jodoh, kesudahan hidupnya. Pembentukan dan pertumbuhan yang berlaku dalam alam ini akan mempengaruhi kehidupan di dunia.

20Kehidupan Dunia

Ujian sama ada kembali kepada fitrahnya sebagaimana di alam roh atau menolak fitrah asalnya.

Berusaha mencapai ketetapan yang terbaik dalam hidup atau berserah kepada taqdir dan menurut runtunan nafsu semata-mata.

Fasa kehidupan manusia diberi pilihan untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya dan alam ini akan menjadi penentu kehidupan di alam Barzakh dan alam Akhirat.

Menjelaskan kedudukan Manusia sebagai hamba Allah swt. di samping peranan manusia sebagai Khalifah.

21Alam Barzakh

Peringkat terpisahnya roh dari jasad manusia.

Menjelaskan hakikat sebuah kematian seseorang manusia dimana Kebahagiaan atau kesengsaraan bergantung kepada amalan yang ditinggalkan semasa di dunia. Alam roh tidak akan mempengaruhi alam dunia seperti penjelmaan semula, berinteraksi dengan alam dunia, berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di dunia.

22Alam Akhirat

Kehidupan setelah kehancuran dunia. Manusia dihidupkan semula apabila bertemu roh dan jasad untuk diberikan ganjaran atau balasan terhadap amalan di dunia.

Kehidupan alam akhirat adalah merupakan penghujung kehidupan manusia yang kekal abadi.

Seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar, dihisab, diberi syafaat, melalui titian, dan akhirnya ditempatkan sama ada di syurga yang penuh kenikmatan atau di neraka yang penuh kesengsaraan.

23

Berkuatkuasa setelah penghijrahan RasululLah ke Madinah

Berbentuk fleksible berdasarkan kesesuaian dan keperluan masa, tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam

Perkembangan sistem-sistem Islam seperti sistem politik, ekonomi, sosial Islam25Kedudukan Syariah dalam Tamadun Islam26MANIFESTASI / MATLAMAT SYARIAH TAMADUN ISLAMMemelihara Nyawa(hak hidup)Memelihara hak &kebebasanMemeliharaKehormatan &keturunanMemeliharaHarta bendaMemelihara Akal fikiranMelakukan makruf segala nilai luhur dan sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik

Meninggalkan mungkar segala dosa dan kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat

Memelihara Nyawa (hak hidup)

Allah s.w.t. mengurniakan manusia kehidupan (al-Hijr :23)

Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain telah melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya (an-Nisa: 30)

Seseorang itu adalah diwajibkan memelihara kesihatan dan diharamkan melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan. Hakikat ini menjelaskan bahawa syariat - mewujudkan peraturan untuk memelihara nyawa setiap manusia.

27Memelihara akal fikiran

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi had masa, tempat dan bangsa.

Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.).

Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (al-Ankabut: 43)

28Memelihara kehormatan & keturunan

Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik kejadian telah tetap kehormatannya sebagai bani Adam tanpa mengira agama, keturunan, bahasa dan keadaannya.

Setiap manusia menerima balasan mengikut apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).

Islam juga menyediakan peraturan perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan kemuliaan keturunan.

29Memelihara harta benda

Islam menyediakan garis panduan mengenai hak memiliki harta benda dan sejajar dengan fitrah manusia.

Mempertahankan harta benda yang diperolehi dengan cara yang halal adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam30Memelihara hak & kebebasan Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan.

Setiap muslim hendaklah membebaskan dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (al-Furqaan : 43).

Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya adalah kebebasan beragama ( al-Baqarah : 256)

31

Kedudukan Akhlak dalam Tamadun Islam

Sangat penting Tidak boleh berpisah dengan keimanan, tanda keimanan seseorang, Berbeza dengan moral

Kemuliaan akhlak matlamat utama ajaran Islam dan misi diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul.

Membezakan kemuncak perkembangan tamadun Islam dengan tamadun lain

Melahirkan sifat-sifat yang terpuji dan mengikis sifat-sifat keji dalam kehidupan yang bertamadun

33Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sbg sifat yg tertanam di dlm jiwa seseorang & drpdnya terbentuk perbuatan dgn mudah

Akhlak dari sudut perspektif Islam berbeza dgn konsep etika yg dibawa oleh Barat

Akhlak dlm islam ialah sikap rohaniah yg memuliakan tingkah lakumanusia terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri &makhluk lain Prinsip2 akhlak Islam adalah bersifat universal, terperinci & tidak boleh diubahsuai lagi bagi memenuhi kehendak manusia yg sentiasa berubah & tidak sempurna

Akhlak terbahagi kpd 2;

1) Mahmudah-perbuatan yg baik & terpuji menurut akal & syariah terbit drpd jiwa 2)Mazmumah-perbuatan yg buruk yg bercanggah dgn ajaran Islam

Islam amat menekankan persoalan akhlak, kerana;

i) akhlak merupakan ciri yg membezakan manusia dgn haiwan

ii) seseorng yg mempunyai ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman & keimanan yg tinggi

iii)banyak tamadun yg telah runtuh & menjadi sejarah disebabkan oleh kepincangan & kerosakan akhlak manusia

iv) tujuan nabi Muhammad S.A.W. diutuskan adalah utk menyempurankan akhlak yg mulia

Terdapat keistimewaan Tamadun Islam yang asasnya adalah berdasarkan ajaran agama Islam

Kepentingan tamadun Islam dimanifestasi keyakinan terhadap tuhan tidak sahaja dilihat menerusi upacara pengibadatan ritual semata-mata tetapi memandu seluruh kehidupan manusia ke jalan kebenaran.

Ini menyokong agama Islam sebagai manhaj al hayah

37KESIMPULANTAMAT SUDAH