fatihah94.files.wordpress.com · web viewsemakin dipinggirkan. jadi dengan adanya kajian ini,...

14
ISU KERJAYA GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS (CABARAN SERTA LANGKAH UNTUK MENGATASI) NURUL FATIHAH BINTI RAMLI 126551

Upload: others

Post on 16-Mar-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

ISU KERJAYA GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS

(CABARAN SERTA LANGKAH UNTUK MENGATASI)

NURUL FATIHAH BINTI RAMLI

126551

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran serta langkah bagi mengatasi

isu kerjaya golongan berkeperluan khas. Dalam kajian ini pengkaji akan fokuskan kepada

cabaran dan juga langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu kerjaya bagi golongan

berkeperluan khas di Malaysia. Seperti yang diketahui kerjaya golongan berkeperluan khas kini

Page 2: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

semakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi

atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu juga, dengan

adanya cabaran semestinya perlu ada langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah

tersebut. Kajian ini akan memberi fokus kepada golongan berkeperluan khas dalam bidang

pekerjaan. Daripada penulisan artikel ini, menunjukkan bahawasanya golongan berkeperluan

khas kini semakin kurang mendapat perhatian daripada golongan yang berwajib jadi pihak yang

berwajib perlulah peka dengan keadaan sekeliling khususnya golongan berkeperluan khas.

Kesimpulannya, usaha yang berterusan dan kompetitif dari pelbagai pihak pasti akan memberi

sinar baru kepada golongan yang kurang bernasib baik ini seterusnya dapat membantu

keluarga, masyarakat serta negara dengan adanya usaha yang membolehkan mereka

membantu diri mereka sendiri amnya dalam bidang pekerjaan.

Kata kunci:cabaran, langkah mengatasi,dipinggirkan,perhatian.

Abstract: The purpose of this study was to identify challenges as well as measures to address

the issue of career people with special needs. In this study, researchers will focus on the

challenges and steps that can be taken to address the issue of careers for people with special

needs at Malaysia. As we known career people with special needs are increasingly

marginalized. So with this study, the researchers will investigate why it happened or in other

words the challenges faced by them. In addition, with the challenges there should be steps to be

taken to address the problem. This study will focus on people with special needs in the field of

employment. Instead of writing this article, shows that people with special needs are increasingly

less attention from the authorities so that the authorities should be sensitive to the environment,

especially people with special needs. As a conclusion, continuous efforts and competitiveness of

the various parties will surely give new hope to the less fortunate in turn can help families,

communities and countries with their efforts to enable them to help themselves generally in the

field of employment.

Pendahuluan

Kerjaya membawa maksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu

lapangan kehidupan atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah(Kamus

Dewan Edisi Keempat). Manakala, maksud golongan berkeperluan khas memberi takrifan

Page 3: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

dari pelbagai sudut tetapi lebih kepada kecacatan fizikal(Encironics Research Group

Ltd,2004). Mengikut McDonnell et al(1995) mengklafikasikan pelajar-pelajar berkeperluan

khas kepada beberapa bahagian iaitu terencat akal, autisme, gangguan tingkah laku,

gangguan pembelajaran, kecacatan deria, kecatatan fizikal serta lain-lain lagi. Selain itu

juga, ada juga anak-anak syurga ini mempunyai masalah yang pelbagai. Sebagai contoh,

masalah autisme dengan gangguan tingkah laku atau masalah autisme dengan masalah

pembelajaran. Jadi jika kita lihat kanak-kanak ini mempunyai pelbagai masalah yang

disebabkan oleh masalah genetik salah satu punca terjadinya masalah ketidakupayaan

ini desebabkan oleh masalah genetik iaitu dari ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan Insan yang sangat istimewa dan hanya yang

terpilih sahaja akan terpilih. Tetapi adakah masih ada peluang untuk anak syurga ini

apabila besar kelak menapak nama di dalam bidang pekerjaan. Persoalannya apakah

cabaran yang mereka akan hadapi kelak dan kita sebagai rakyat Malaysia apakah cara

atau langkah yang boleh diambil bagi mengatai masalah ini.

Kerjaya merupakan aspek yang sangat penting kepada setiap individu tidak kira yang

normal atau yang tergolong dalam kalangan berkeperluan khas sekalipun. Setiap individu

mempunyai impian serta kerjaya yang ingin dikecapi. Sebagai contoh guru, tukang

masak, jurutera dan sebagainya. Dengan pemilihan kerjaya yang tepat ditambah dengan

kelulusan yang ada pada diri individu itu sendiri secara tidak langsung dapat menentukan

corak kehidupan atau masa depan individu itu sendiri kelak. Hal ini kerana, mereka juga

berhak mempunyai kerjaya dalam hidup bagi memenuhi keperluan serta kehendak hidup

mereka. Namun, terdapat pandangan masyarakat terhadap golongan berkeperluan khas

sehingga mereka dilayan seperti golongan kelas kedua(Sarkees dan Scott 1986).

Seperti yang sedia maklum banyak isu yang telah dibangkitkkan mengenai golongan

berkeperluan khas kini. isu yang telah dibangkitkan adalah secara tidak langsung

keberlangsungan kehidupan golongan ini serta kelancaran dalam kehidupan dapat

dipertingkatkan. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah salah satunya ialah isu

kemudahan infrastruktur, kewangan golongan berkeperluan khas dan banyak lagi. Tapi

fokus penulisan ini adalah kepada isu kerjaya golongan berkeperluan khas. Jadi, isu

yang saya akan saya fokuskan ialah berkaitan dengan cabaran serta langkah untuk

mengatasi isu kerjaya golongan berkeperluan khas.

Page 4: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

CABARAN DALAM KERJAYA BAGI GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS

Bagi golongan berkeperluan khas sememangnya banyak cabaran yang dihadapi oleh

mereka dalam bidang kerjaya khususnya. Cabaran yang dihadapi oleh mereka

membuatkan mereka terasa disisihkan oleh sesetengah masyarakat. Jadi, terdapat

beberapa cabaran yang dihadapi oleh golongan berkeperluan khas dalam bidang kerjaya:

1.Kesukaran Mendapatkan Pekerjaan

Di Malaysia, bagi golongan berkeperluan khas sememangnya banyak cabarannya. Salah

satu cabaran yang dihadapi oleh golongan ini ialah kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakkan masyarakat di Malaysia mempertikaikan pengambilan pekerja di Malaysia

khususnya bagi golongan berkeperluan khas. Hal ini jelas dilihat, apabila seseorang yang

merupakan golongan berkeperluan khas datang untuk ditemuduga bagi mendapatkan

pekerjaan, dalam pemikiran penemuduga pasti mempunyai 1001 persoalan negatif yang

menyelubungi pemikiran penemuduga. Sebagai contoh, “bolehkah mereka melakukan

pekerjaan ini kelak”, “bagaimanakah mereka dapat menerima arahan nanti” dan

sebagainya. Kesannya yang dapat dilihat golongan berkeperluan khas ini tidak dapat

diterima dalam pekerjaan yang dipohon. Selain itu juga, berdasarkan kajian yang

dijalankan oleh Haward (2000) telah mendapati terdapat 50% hingga 70% golongan

berkeperluan khas tidak mempunyai pekerjaan dan ada dalam kelangan mereka

mempunyai pendapatan yang minimum. Jadi jelaslah sikap segelintir masyarakat yang

menunjukkan sikap negatif serta memandang rendah terhadap keupayaan golongan

berkeperluan khas dalam mendapatkan pekerjaan menyukarkan mereka lagi dalam

usaha mengecapi peluang kerjaya yang telah diimpikan.

2.Ketidaksediaan Majikan

Cabaran kedua yang dihadapi oleh golongan berkeperluan khas dalam bidang kerjaya

ialah ketidasediaan majikan. Dalam bidang pekerjaan khususnya ketika pengambilan

pekerja baru, golongan majikan seharusnya sedia untuk menerima pekerja baru. Hal ini

kerana, apabila golongan majikan bersedia menerima pekerjan baru ia akan

memudahkan golongan penggangur mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, di Malaysia khususnya sesetengah majikan masih belum menerima atau

belum terbuka di dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan berkeperluan khas

Page 5: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

di Malaysia amnya. Banyak faktor mengapa ia terjadi dan mengapa pihak majikan tidak

bersedia untuk mengambil golongan berkeperluan diterima masuk ke dalam bidang

pekerjaan yang dipohon.

Salah satu faktor ialah bagi pekerja golongan yang berkeperluan khas mereka

memerlukan:

a) cuti sakit

b) kadar insurans yang tinggi

c) keselamatan di tempat kerja terganggu

d) memerlukan kemudahan khas disediakan

serta mungkin perlu membuat beberapa perubahan di tempat kerja bagi menjamin

keselamatan golongan berkeperluan khas ini bekerja di tempat tersebut bagi

mengelakkan kecederaan. Secara tidak langsung ia akan melibatkan perbelanjaan yang

tinggi jika majikan mengambil golongan berkeperluan khas ini berkerja di tempat kerja

mereka(Zinida Ariffin (2009)).

3.Pandangan Masyarakat

Masyarakat yang mempunyai pandangan yang sterotaip(tanggapan yang tidak elok) akan

menyebabkan golongan kurang upaya akan didiskriminasikan. Oleh itu, masyarakat

harus diberikan pendedahan yang sewajarnya dalam memberi peluang kerjaya kepada

golongan berkeperluan khas. Berfikiran terbuka dan berfikir diluar kotak harus disemaikan

dalam diri masyarakat supaya mereka dapat mengetahui manfaatnya jika mengambil

pekerja golongan berkeperluan khas.

4.Kurang Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial yang perlu dikuasai seperti kemahiran mengikut arahan, menerima

kritikan, meminta bantuan, kemahiran bekerjasama, kemahiran memahami perasaan

orang lain, dan kemahiran berinteraksi. Oleh itu, jika kemahiran ini dapat dikuasai maka

senang bagi seseorang berkeperluan khas dapat bersosial dengan masyarakat secara

mudah. Golongan berkeperluan khas juga, perlu berusaha supaya sentiasa produktif,

berdisiplin, mengikis dan mengubah sikap supaya tidak menyerah kepada takdir dan

Page 6: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

menunjukkan kemahiran dalam sesuatu bidang yang dikuasai seperti orang lain (Zinaida

Ariffin 2009). Menurut Clark dan Klostoe (1995) golongan berkeperluan khas perlu

bersedia menerima sebarang cabaran dan menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu

bidang kerjaya yang ingin diceburi.

5.Berani

Zainida Ariffin (2009) mengatakan bahawa golongan berkeperluan khas perlu bersikap

lebih berani dan terbuka dalam pemikiran bagi menerima cabaran baru jika mereka ingin

meraih kejayaan. Bidang kerjaya yang diceburi lebih luas iaitu melibatkan semua

golongan masyarakat dan tidak tertumpu kepada sesuatu kumpulan minoriti sahaja.

Sikap ingin bersama-sama dengan rakan senasib perlu dikikis. Mereka perlu berfikiran

terbuka dan tidak takut menghadapi cabaran. Keupayaan dan kebolehan fizikal serta

intelek perlu difikirkan bagi menjamin individu mampu menguasai bidang yang diceburi.

6.Ketidakterbukaan Masyarakat

Ketidakterbukaan masyarakat yang ada dalam diri masyarakat sememangnya akan

mengganggu keharmonian serta pertumbuhan ekonomi negara khususnya di Malaysia.

Masyakat khususnya perlu berfikiran terbuka untuk menerima golongan berkeperluan

khas serta menerima dengan hati terbuka jika ada golongan ini ingin memohon atau

berkerja. Hal ini kerana mereka juga seperti masyarakat yang lain. Dimana ada yang

mahu berumah tangga atau hidup bekeluarga, menyara serta membantu ibu bapa

mereka sendiri. Mereka ada hak untuk hidup seperti orang normal. Jadi sebagai

masyarakat seharusnya menerima golongan berkeperluan khas ini bekerja dan memberi

peluang kepada mereka bagi menyerlahkan bakat yang mereka ada kerana setiap

manusia ada kelebihan yang tersendiri. Mereka juga seperti orang normal yang

membezakan hanyalah nikmat yang diberikan oleh maha Pencipta.

Dengan adanya sikap keterbukaan antara masyarakat serta golongan berkeperluan khas

ini secara tidak langsung hubungan dapat dieratkkan dan sekali gus pembangunan

ekonomi negara juga akan semakin meningkat.

LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU KERJAYA GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS

Page 7: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

1.PERANAN KERAJAAN

Menyediakan Khidmat Latihan Dan Bimbingan

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah menyediakan

perkhidmatan untuk membimbing dan membantu golongan berkeperluan khas supaya

mampu berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang turut

serta menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara serta bangsa. Melalui

agensi kerajaan ini iaitu JKM turut memberikan bantuan kepada kanak-kanak, golongan

bermasalah, warga tua, bangsa bencana, fakir miskin dan banyak lagi. Pihak JKM telah

cuba sedaya upaya membuat pengesanan awal bagi mereka untuk menerima rawatan,

pemulihan, pendidikan dan latihan agar mereka dapat diintegrasikan atau dimasukkan ke

dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2004). JKM juga menyediakan

pelbagai pusat latihan dan kemahiran agar golongan ini benar-banar bersedia untuk

menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yang disediakan untuk mereka

termasuklah Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal, kemahiran

berkaitan dalam bidang keusahawanan juga didedahkan bagi tujuan memudahkan

golongan berkeperluan khas ini mendapat pekerjaan di sektor perkilangan, sektor swasta,

kerajaan, bengkel terlindung atau bekerja sendiri. Selain itu, peraturan dan akta juga

telah disediakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk melindungi mereka. Antara akta

yang telah dikuatkuasakan ialah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988, Polisi Kerajaan

Kebangsaan 1990.

2)MENGUATKUASAKAN AKTA

Akta yang digubal adalah sangat penting untuk golongan berkeperluan khas serta

masyarakat khususnya di Malaysia. Dengan adanya akta yang digubalkan kehidupan

serta hak golongan ini akan lebih terjamin. Antara akta serta peraturan yang

dikuatkuasakan ialah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 dan Polisi Kerajaan

Kebangsaan 1990.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1% peluang

pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta dikhaskan bagi golongan berkeperluan

khas. Di samping itu juga, Insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji

atau mengambil pekerja golongan berkeperluan khas tidak kurang daripada 5 peratus

pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta

Page 8: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya

bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Seterusnya, Insentif cukai bagi

majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja berkeperluan khas yang bekerja di

tempat mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Di

samping itu juga, pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim bagi menggalakkan

keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan berkeperluan khas seperti bantuan

kewangan untuk perniagaan kecil, pinjaman modal, tapak perniagaan yang sesuai,

kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan dan agensi yang khas untuk memasarkan

hasil keluaran mereka

Selain itu, Polisi Kebajikan Kebangsaan 1990 telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian

OKU di sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan,

pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan golongan berkeperluan

khas serta individu berkeperluan khas itu sendiri untuk pendaftaran dan penempatan

berkerja di sektor swasta.

3)Kaunseling Kerjaya

Langkah lain yang boleh dilakukan bagi kerjaya golongan berkeperluan khas ialah

Kaunseling kerjaya. Kaunseling kerjaya merupakan satu bidang kaunseling yang khusus

bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya amnya.

Selain itu, kaunseling kerjaya juga bertindak sebagai proses yang mudah dalam

membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang ingin dipilih

oleh mereka. Oleh itu, golongan berkeperluan khas seharusnya perlu berjumpa golongan

ini yang menjalankan kaunseling kerjaya supaya golongan berkeperluan khas khususnya

tidak buntu berkaitan kerjaya apa yang ingin diceburi berbekalkan kemahiran serta

kelayakan yang dimiliki.

Page 9: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

Gambar 1:golongan berkeperluan khas belajar kemahiran menjahit

4)MENYEDIAKAN KEMAHIRAN SERTA PELUANG KERJAYA

Seperti yang telah sedia maklum, Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) telah membantu

golongan berkeperluan khas dalam usaha mendapatkan peluang pekerjaan bagi

golongan berkeperluan khas di sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan dan

kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan

berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan seperti

Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani, Bengkel Tendong, Bengkel Seri

Sembilan, Bengkel Ipoh, Bengkel Alor Setar, Bengkel Bayam atau di 13 buah bengkel

terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Di antara pekerjaan yang dijalankan

oleh golongan berkeperluan khas adalah seperti kerja melipat sampul surat, menjahit beg

dan juga mengenai percetakan. Dalam bidang percetakan bengkel terlindung(disediakan

oleh pertubuhan sukarela) yang menyediakan latihan kepada golongan berkeperluan

khas yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

Dengan adanya peranan serta tindakan wajar yang diambil oleh pihak kerajaan mahupun

swasta secara tidk langsung nasib golongan berkeperluan khas turut terbela.

Page 10: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

Gambar 2:bengkel Daya Klang

Gambar 3:golongan berkeperluan khas yang menyertai bengkel daya Sg Petani

PEKERJAAN-PEKERJAAN YANG BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KATEGORI MASALAH YANG DIHADAPI

Kategori Masalah Pendengaran1. Kerja-kerja pembersihan

2. Pelayan

3. Pekerja stor

4. Juruwang

5. Tukang masak

Page 11: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

Kategori Masalah Penglihatan1. Menganyam / membuat perabot

2. Pensyarah

3. Tenaga pengajar

4. Pegawai tadbir

5. Guru

Kategori Masalah Fizikal1. Juruwang

2. Kerja-kerja pembersihan

3. Pelayan

4. Pekerja stor

5. Operator telefon

KESIMPULAN

Kerjaya golongan berkeperluan khas di malaysia kini semakin diabaikan, jadi sebagai

masyarakat kita perlulah mengambil berat akan hal sebegini. hal ini kerana mereka juga

perlu dan mahu menjalani kehidupan seperti orang yang normal serta ingin berkeluarga

dan membantu keluarga.

Di samping itu juga, dengan adanya insentif yang diberi oleh pihak kerajaan mahupun

pihak swasta secara tidak langsung akan membantu golongan berkeperluan khas

menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Jadi dengan adanya peluang yang diberi

golongan berkeperluan khas khususnya haruslah bijak mengambil peluang yang diberi.

Selain itu juga, dengan adanya peranan masyarakat dalam membantu golongan

berkeperluan khas secara tidak langsung pembangunan negara dapat dimajukan dan

golongan berkeperluan khas pula tidak akan rasa disisihkan oleh golongan masyarakat.

Isu kerjaya bagi golongan berkeperluan khas perlu dipandang serius untuk memberikan

hak serta peluang yang sama rata untuk masyarakat di Malaysia. Jadi seharusnya

golongan berkeperluan khas perlu untuk mengambil bahagian dalam apa bidang yang

sesuai dengan kemampuan serta minat yang ada dalam diri masing-masing agar

kemampuan serta minat yang ada dapat diasah serta digilap supaya dapat digunakan

Page 12: fatihah94.files.wordpress.com · Web viewsemakin dipinggirkan. Jadi dengan adanya kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengapa ia terjadi atau dalam erti kata lain cabaran yang dihadapi

pada masa hadapan yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada

masyarakat serta bangsa di Malaysia.

RUJUKAN

Ariffin, Z. (2006). Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. In Z. Ariffin. PTS Professional

Publishing SDN BHD.

KPM, b. p. (1989). Kursus Binaan Bangunan Kerja Kayu & Bata. Selangor: IBS BUKU

SDN. BHS.

Sufean Hsussin, H. M. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing SDN BHD.

insani, p. k. (2012, MEI 9). SAHABAT INSANI MALAYSIA. Retrieved 4 2016, from

http://pusatpendidikansahabatinsani.blogspot.my/2012/05/cabaran-kerjaya-golongan-kelainan-

upaya.html