pekerja dipinggirkan, majikan diutamakan · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan...

12
ISU KE - 12 JUN - OGOS 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3 Pada 1 Mei lalu, Najib dalam ucapan hari pekerja anjuran kerajaan di Kuching, Sarawak, mengumumkan bahawa ‘gaji minimum tidak boleh ditingkatkan sekarang’. Ini merupakan satu tamparan kepada lebih 13 juta warga pekerja yang sedang mengharungi kos hidup yang tinggi dengan GST dan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Janji kerajaan tidak dikotakan apabila kadar gaji minimum yang sepatutnya disemak dua tahun sekali tidak dipatuhi. Gaji minimum menjadi undang-undang pada 16 Julai 2012, dan kini sudah hampir tiga tahun tetapi masih tidak disemak lagi. Kerajaan tunduk kepada majikan dan Persatuan Majikan Malaysia (MEF) yang melontarkan desakan demi desakan supaya ‘gaji minimum tidak ditingkatkan’ dengan alasan ‘ianya akan melonjakkan kos majikan’. Yang jelas pekerja terus dipinggirkan, majikan terus diutamakan. Gaji minimum RM900 sebulan (RM4.33 sejam) di Semenanjung, dan RM800 sebulan (RM3.85 sejam) di Sabah dan Sarawak, jauh daripada memenuhi keperluan pekerja, dan berdasarkan kepada kadar inflasi negara pada masa ini, kadar gaji minimum tersebut langsung tidak memadai dan mesti disemak. Setiap pekerja dan anak muda menyedari dan memahami dengan kesukaran hidup setiap hari yang sedang mereka harungi, tetapi kerajaan pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan menggambarkan Malaysia akan menjadi negara maju setanding dengan negara-negara seperti Amerika dan Jepun pada tahun 2020. Tetapi jika kerajaan tidak sanggup untuk meningkatkan gaji minimum yang berpatutan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja yang merupakan majoriti penduduk negara ini, kemajuan tersebut hanyalah untuk memihak kepada golongan minoriti iaitu kapitalis-kapitalis nasional dan internasional yang pada masa ini memiliki lebih separuh daripada kekayaan negara. Langkah kerajaan tidak meningkatkan gaji minimum ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan kaya dan miskin di Malaysia. Pendek kata, agenda negara maju tanpa meningkatkan taraf hidup rakyat adalah sebuah hipokrasi, dan hanyalah omong-omong kosong yang tidak mampu memajukan keperluan rakyat biasa. Pada masa kini, gerakan gaji minimum semakin merebak diseluruh dunia dengan kegawatan ekonomi yang semakin memiskinkan pekerja dan anak muda. Dari negara China hinggalah ke negara Amerika Syarikat, pekerja dan anak muda berganding bahu membina solidariti untuk memperjuangkan hak gaji minimum. Di Seattle, Amerika Syarikat, gerakan 15 dolar sejam mencapai kejayaan, dan tuntutan ini merebak ke seluruh negara. Di China, pekerja telah melancarkan mogok secara besar-besaran yang berjaya mendesak kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum di beberapa kawasan. Di Indonesia, kerajaan terpaksa meningkatkan gaji minimum berlandaskan kepada kos hidup di daerah- daerah tertentu hasil gerakan jutaan pekerja bersama kesatuan sekerja. Di Malaysia, dengan mengambil kira kesan perlaksanaan GST dan kenaikan kos hidup pada ketika ini, kadar gaji minimum sepatutnya dinaikkan kepada RM10 sejam atau RM80 sehari (8 jam kerja), atau RM 2000 sebulan (kerja 48 jam seminggu). Hanya dengan gaji minimum yang adil, taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, sekaligus memajukan rakyat yang juga akan menjadi asas kepada kemajuan negara. Kesatuan sekerja perlu berkempen dengan pekerja dan anak muda untuk membina sebuah gerakan. Dengan gerakan pekerja dan anak muda sahaja gaji minimum yang berpatutan dapat diperjuangkan untuk mengilhamkan keperluan dan hak pekerja dan rakyat biasa di negara ini. PEKERJA DIPINGGIRKAN, GERAKAN PEKERJA DAN ANAK MUDA UNTUK GAJI YANG ADIL MAJIKAN DIUTAMAKAN

Upload: trinhtu

Post on 09-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

ISU KE - 12 JUN - OGOS 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Pada 1 Mei lalu, Najib dalam ucapan hari pekerja anjuran kerajaan di Kuching, Sarawak, mengumumkan bahawa ‘gaji minimum tidak boleh ditingkatkan sekarang’. Ini merupakan satu tamparan kepada lebih 13 juta warga pekerja yang sedang mengharungi kos hidup yang tinggi dengan GST dan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Janji kerajaan tidak dikotakan apabila kadar gaji minimum yang sepatutnya disemak dua tahun sekali tidak dipatuhi. Gaji minimum menjadi undang-undang pada 16 Julai 2012, dan kini sudah hampir tiga tahun tetapi masih tidak disemak lagi. Kerajaan tunduk kepada majikan dan Persatuan Majikan Malaysia (MEF) yang melontarkan desakan demi desakan supaya ‘gaji minimum tidak ditingkatkan’ dengan

alasan ‘ianya akan melonjakkan kos majikan’. Yang jelas pekerja terus dipinggirkan, majikan terus diutamakan.Gaji minimum RM900 sebulan (RM4.33 sejam) di Semenanjung, dan RM800 sebulan (RM3.85 sejam) di Sabah dan Sarawak, jauh daripada memenuhi keperluan pekerja, dan berdasarkan kepada kadar inflasi negara pada masa ini, kadar gaji minimum tersebut langsung tidak memadai dan mesti disemak. Setiap pekerja dan anak muda menyedari dan memahami dengan kesukaran hidup setiap hari yang sedang mereka harungi, tetapi kerajaan pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis.Pada masa yang sama, kerajaan menggambarkan Malaysia akan menjadi negara maju setanding

dengan negara-negara seperti Amerika dan Jepun pada tahun 2020. Tetapi jika kerajaan tidak sanggup untuk meningkatkan gaji minimum yang berpatutan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja yang merupakan majoriti penduduk negara ini, kemajuan tersebut hanyalah untuk memihak kepada golongan minoriti iaitu kapitalis-kapitalis nasional dan internasional yang pada masa ini memiliki lebih separuh daripada kekayaan negara. Langkah kerajaan tidak meningkatkan gaji minimum ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan kaya dan miskin di Malaysia. Pendek kata, agenda negara maju tanpa meningkatkan taraf hidup rakyat adalah sebuah hipokrasi, dan hanyalah omong-omong kosong yang tidak mampu memajukan keperluan rakyat biasa.

Pada masa kini, gerakan gaji minimum semakin merebak diseluruh dunia dengan kegawatan ekonomi yang semakin memiskinkan pekerja dan anak muda. Dari negara China hinggalah ke negara Amerika Syarikat, pekerja dan anak muda berganding bahu membina solidariti untuk memperjuangkan hak gaji minimum. Di Seattle, Amerika Syarikat, gerakan 15 dolar sejam mencapai kejayaan, dan tuntutan ini merebak ke seluruh negara. Di China, pekerja telah melancarkan mogok secara besar-besaran yang berjaya mendesak kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum di beberapa kawasan. Di Indonesia, kerajaan terpaksa meningkatkan gaji minimum berlandaskan kepada kos hidup di daerah-daerah tertentu hasil gerakan jutaan pekerja bersama kesatuan

sekerja. Di Malaysia, dengan mengambil kira kesan perlaksanaan GST dan kenaikan kos hidup pada ketika ini, kadar gaji minimum sepatutnya dinaikkan kepada RM10 sejam atau RM80 sehari (8 jam kerja), atau RM 2000 sebulan (kerja 48 jam seminggu). Hanya dengan gaji minimum yang adil, taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, sekaligus memajukan rakyat yang juga akan menjadi asas kepada kemajuan negara. Kesatuan sekerja perlu berkempen dengan pekerja dan anak muda untuk membina sebuah gerakan. Dengan gerakan pekerja dan anak muda sahaja gaji minimum yang berpatutan dapat diperjuangkan untuk mengilhamkan keperluan dan hak pekerja dan rakyat biasa di negara ini.

PEKERJA DIPINGGIRKAN,

GERAKAN PEKERJA DAN ANAK MUDA UNTUK GAJI YANG ADIL

MAJIKAN

DIUTAMAKAN

Page 2: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE - 12 JUN - OGOS 2015

Satu persatu skandal yang melibatkan syarikat permodalan 1MDB terbongkar. Setelah dinyatakan mengalami kerugian RM42 bilion, kontroversi mengenai syarikat yang ditubuhkan atas inisiatif Najib ini tidak pernah berhenti membuat masyarakat marah. Belum lagi jelas jawapan ke mana wang sebanyak itu boleh hilang, apa peranan individu bernama Jo Lhow dalam syarikat tersebut, serta kontroversi lainnya, rakyat digemparkan lagi dengan isu Tabung Haji. Syarikat GLC tersebut diketahui telah membeli aset 1MDB berupa sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

Dokumen urus niaga pembelian yang dilakukan secara sulit tersebut telah didedahkan oleh sebuah blog awal bulan Mei lepas. Menurut dokumen tersebut, Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB jauh lebih mahal dari yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, urus niaga ini berjalan dengan lancar kerana beberapa penjawat eksekutif di 1MDB juga memegang jawatan eksekutif di Tabung Haji. Ada di antara mereka juga ahli UMNO dan memegang jawatan berpengaruh di dalam parti pemerintah itu. Ketua Pengarah Tabung Haji juga adalah ahli parlimen Baling dari UMNO. Terlalu banyak pihak UMNO yang terlibat dalam perjanjian itu. Oleh itu, banyak pihak yang curiga perjanjian jual beli itu adalah satu upaya “bail out” atau pemindahan kekayaan dari Tabung Haji untuk menutupi hutang 1MDB. Padahal wang yang digunakan oleh tabung haji untuk urus niaga itu adalah wang caruman para calon haji. Tentu sahaja mereka tidak rela wang yang dicarumkan untuk tujuan beribadah tersebut disalahgunakan

untuk satu perjanjian yang sama sekali bercanggah dengan hukum Islam.

Walaupun kerajaan Najib telah terlibat dalam pelbagai skandal seperti NFC dan kapal selam Scorpene sebelum ini, skandal terbaru 1MDB didapati memberikan kesan yang paling buruk bagi kedua-dua Najib dan kerajaan BN. Bukan sekadar ahli parti pembangkang dan anak muda aktivis, malah ahli-ahli parti pemerintah dan penyokong mereka seperti bekas perdana menteri Mahathir juga telah lantang mengkritik pengurusan syarikat 1MDB khususnya menteri kewangan di bawah Najib.

Isu ini sudah menjadi duri dalam daging bagi kerajaan UMNO/BN sendiri. Benih-benih perpecahan dalaman parti

itu sudah tidak boleh ditutupi lagi. Mahathir, Muhyidin Yasin sudah secara terbuka mengkritik Najib tentang bagaimana 1MDB diuruskan. Namun kritikan mereka bukan untuk membela nasib rakyat yang selalu menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa kerajaan, tetapi lebih didasari oleh kepentingan politik mereka sendiri.

Jumlah hutang 42 billion oleh 1MDB mungkin telah menyebabkan skandal ini terdedah dan tidak dapat dikawal tetapi kelemahan kerajaan pemerintah juga menjadi salah satu sebab utama. Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan harga minyak telah menyukarkan kroni-kroni BN untuk mengaut keuntungan, dan rakyat biasa pula dibebankan dengan pemotongan subsidi dan pengenalan cukai GST. Sokongan yang merosot bagi kerajaan BN

dalam kedua-dua pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh mencerminkan kemarahan rakyat terhadap polisi-polisi kerajaan yang menindas.

Segala tindakan Najib untuk memperbaiki imej sendiri dan imej parti seperti temuramah di televisyen tidak mebuahkan hasil, malah sokongan terhadapnya semakin merosot. Najib juga tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai 1MDB di pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 baru-baru ini walaupun 1MDB merupakan salah satu rancangan Malaysia sebelum ini. Bukti-bukti terbaru juga mendedahkan beberapa penipuan seperti wang yang dikatakan disimpan di Singapura telah dinafikan oleh bank-bank di sana. Pada masa ini, 1MDB telah dipaksa untuk disiasat di bawah Jawatankuasa

Perakaunan Awam (PAC) dan maklumat-maklumat baru semakin terdedah.

Walaupun kerajaan BN tidak asing dengan skandal-skandal kewangan sebegini, masalah 1MDB boleh dipergunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib. Pendukung-pendukung kapitalis di dalam BN nampak seakan-akan bergerak kearah penyelesaian dengan menukar kepimpinan parti untuk memulihkan populariti BN di kalangan rakyat. Kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri telah lama tergugat semenjak prestasi buruk BN di pilihan raya lepas. Walaupun pemerintahan

BN penuh dengan korupsi dan skandal, pembangkang PR juga mengalami krisis mereka sendiri. Sememangnya pendukung kapitalis dalam PR juga membawa budaya politik yang sama dengan BN dan dipenuhi dengan pertelingkahan dan perebutan kuasa antara mereka.

Sudah terlalu sering wang rakyat disalahgunakan. Pada masa yang sama rakyat terus dihimpit dengan dasar-dasar yang membebankan seperti GST. Sudah masanya rakyat berhenti percaya dan berlandaskan nasib mereka kepada elit politik yang hanya tahu membazirkan wang rakyat. Sebuah parti massa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kelas pekerja dan rakyat biasa adalah satu-satunya jalan keluar kepada politik kotor yang berleluasa di Malaysia.

1MDB SEMAKIN PARAH…Pertarungan kuasa dalam UMNO ? Kamal

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menyuarakan bantahan kepada pihak kerajaan yang turut mengenakan GST kepada mereka. Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Subromaniam Tholasy menyatakan bahawa peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka akan diberikan pelepasan GST.

Walaupun ada peruntukan untuk pengecualian GST, tetapi proses-proses yang rumit harus dilakukan bagi mendapatkan pelepasan. Mereka harus mengemukakan sijil perakuan yang ditandatangani oleh ketua organisasi pertubuhan amal swasta dan ia mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melayakkan mereka mendapat

pengecualian. Malah, meskipun mereka ada kad OKU yang sah, mereka tetap perlu mendapatkan sijil perakuan itu. Ia ternyata amat membebankan golongan OKU. Apatah lagi bila ada ramai OKU yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan berdaftar dengan JKM, khususnya di luar bandar.

Ramai golongan OKU tidak mempunyai pengangkutan sendiri, dan mereka terpaksa meminta bantuan orang lain sedangkan mereka kadangkala tidak akan dibantu. V. Murugeswaran, Presiden Persatuan OKU Malaysia, menyatakan bahawa adalah lebih baik jika mereka membayar GST daripada harus menghadapi proses yang sangat susah untuk mendapatkan pelepasan. Proses itu

juga membuatkan mereka terpaksa membayar lebih dari segi kos pengangkutan.

Antara barangan yang dikecualikan adalah anggota badan palsu, kerusi roda, katil elektrik atau mekanikal boleh laras untuk OKU. Bagaimana pula dengan barangan yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti barang runcit, makanan dan banyak lagi? Malah, peralatan dan kelengkapan yang dikecualikan GST adalah boleh digunakan pada jangka masa lama dan ia tidak banyak meringankan beban

golongan OKU yang berpendapatan rendah. Apatah lagi bila golongan OKU adalah pihak yang masih ditindas dari segi peluang pendidikan, pekerjaan, kemudahan

asas dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan harus mengecualikan terus golongan OKU dari GST, tidak hanya untuk barang-barang tertentu sahaja.

Golongan OKU bantah GST! Sharifah

Page 3: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015 ANALISA POLITIK 3

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Rompin dan Permatang Pauh di awal bulan Mei menggambarkan bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan semakin menurun akibat polisi seperti GST dan kenaikan harga barang yang semakin menekan. Manakala isu-isu penyelewengan wang dan penyalahgunaan kuasa seperti 1MDB semakin menaikkan kemarahan rakyat. Rakyat juga jijik melihat kehidupan mewah pemimpin-pemimpin BN ketika mereka dibebankan dengan pemotongan subsidi dan

perlaksanaan GST.

Walaupun hudud menjadi agenda politik PAS yang mana telah menimbulkan konflik dalam Pakatan, masalah pengurusan FELDA, GST dan kenaikan kos kehidupan telah menjadi agenda rakyat yang telah mengurangkan majoriti BN di Rompin. Walaupun wujud pertelingkahan dalam Pakatan, penduduk di Permatang Pauh sanggup mengekalkan PKR walaupun berbagai-bagai habuan dijanjikan oleh BN. Keputusan PRK ini juga menampakkan sokongan

pengundi anak muda semakin meningkat untuk pembangkang. Konflik dalaman UMNO antara Mahathir dan Najib juga mendedahkan skandal dan kelemahan dalam kerajaan yang memanfaatkan pembangkang.

Yang jelas adalah jika kondisi sosial ini berterusan atau semakin teruk, rakyat tidak akan teragak-agak untuk menuntut perubahan dan akan memilih alternatif kepada BN dalam PRU yang ke -14 nanti. Pakatan pula akan mengambil

kesempatan dengan kemerosotan BN untuk mengukuhkan kedudukannya untuk mengambil kuasa.

Tetapi, konflik dalaman Pakatan yang bermula dengan krisis Menteri Besar Selangor hingga ke isu hudud, telah meragukan kredibiliti Pakatan sebagai alternatif. Ramai membuat kesimpulan bahawa karenah politik dalam BN juga wujud dalam Pakatan, dan ini melesapkan harapan untuk satu perubahaan tulen. Tetapi hingga

kini sebilangan rakyat biasa dan anak muda sanggup menyokong Pakatan untuk memastikan BN dijatuhkan walaupun mereka sedar Pakatan juga bermasalah. Ini adalah akibat polisi-polisi sosial dan ekonomi, serta kongkongan hak demokrasi melalui undang-undang, yang dilaksanakan oleh BN lebih memihak kepada kapitalis dan menindas rakyat biasa. Ini memberikan kesan langsung dan mendalam dalam kehidupan rakyat biasa dan anak muda.

Ketiadaan alternatif selain Pakatan juga menyebabkan rakyat tiada pilihan lain. Tetapi, berdasarkan kepada polisi-polisi dan politik Pakatan, adalah jelas ia tidak mampu menggariskan penyelesaian alternatif terutamannya kepada masalah sosial dan ekonomi yang sedang melanda negara jika berjaya mengambil kuasa, selain menyalahkan pentadbiran dan pengurusan korup dan tidak telus kerajaan BN.

Rakyat mahukan satu kerajaan yang mampu memenuhi harapan, keperluan dan hasrat mereka, bukannya tunduk kepada desakan-desakan kapitalis yang mahu mengaut keuntungan maksimum dengan mengabaikan keperluan

rakyat. Mereka mahukan kerajaan pilihan mereka memberikan hak demokrasi yang sanggup melibatkan rakyat biasa dan anak muda dalam merancang keperluan-keperluan rakyat dan membina solidariti tanpa mengira perbezaan kaum, agama, budaya dan jantina. Tetapi, berdasarkan kepada pengalaman selama ini, BN dengan agenda ‘pecah-perintah’ melalui politik perkauman telah mempergiatkan keperluan kapitalis, dan merosotkan keperluan rakyat dengan polisi seperti GST. Pakatan yang tidak mempunyai alternatif kepada kapitalisme, juga tidak akan mampu memenuhi harapan, hasrat dan keperluan rakyat. Pendek kata, kedua-dua BN dan Pakatan bertindak berlandaskan kepada kongkongan kapitalisme.

Ini bermakna satu organisasi politik yang bebas daripada agenda kapitalisme patut dibina untuk memenuhi harapan rakyat yang mahukan satu perubahan tulen. Inisiatif ini perlu diambil oleh pekerja, anak muda dan masyarakat tertindas yang lain untuk membina alternatif kepada kapitalisme yang didukung oleh BN dan Pakatan.

PRK Rompin dan Permatang Pauh: Adakah ini Tanda kejatuhan BN ? Ravi

Keputusan pemilihan pemimpin PAS dalam muktamar bulan Jun ini nampaknya penting untuk melihat kelangsungan Pakatan Rakyat. Walaupun baru kali pertama dicabar selepas 13 tahun memimpin parti tersebut, nampaknya Hadi Awang akan terpilih kembali dan terus menerajui parti itu menghadapi pilihanraya yang akan datang. Ini bermakna, golongan ulama sekali lagi akan mendominasi parti itu. Saat ini, anggapan yang dominan di masyarakat adalah golongan ulama di dalam parti itu, termasuk Hadi Awang sendiri menjadi punca keretakan yang berlaku di dalam PR dengan agenda kerajaan perpaduan dengan UMNO. Walaupun UMNO penuh dengan skandal penyelewengan dan rasuah yang didedahkan oleh skandal seperti 1MDB, Hadi Awang dan beberapa ulama dalam PAS memberikan sokongan kepada Najib dan UMNO. Ini juga telah mewujudkan keretakan dalam PAS sendiri.Tetapi kalau kita lihat dari asal di mana keretakan PR bermula, iaitu ketika Langkah Kajang diisytiharkan, maka kita dapat lihat bahawa ketiga-tiga komponen parti di dalam PR punya peranan

dalam mengeruhkan keadaan gabungan yang dianggap dapat melawan hegemoni parti UMNO/BN. Perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa perbezaan itu semakin ketara. Dalam pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh dapat dilihat bahawa jentera mereka bergerak secara bersendirian tanpa sokongan penuh dari komponen yang lain. Dalam kempen di Permatang Pauh, penglibatan golongan ulama PAS, termasuk Hadi Awang tidak nampak sama sekali membantu jentera. Akankah sejarah keruntuhan Barisan Alternatif akan kembali berulang? PAS dan DAP terlalu banyak perbezaan di antara mereka yang tidak boleh didamaikan. Apalagi, pemimpin yang dianggap menjadi penengah kepada kedua-dua parti itu, iaitu Anwar Ibrahim tidak mampu memainkan peranannya selepas dipenjarakan. Inilah kelemahan jika gabungan politik dibentuk bukan berdasarkan persefahaman ideologi. Mereka hanya boleh bersatu jika terdapat musuh bersama menjelang

pilihanraya. Padahal saat ini musuh bersama mereka, iaitu BN juga sedang mengalami perpecahan dalaman yang teruk dan ditimpa pelbagai skandal. Situasi ini tidak dapat dipergunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat

untuk meningkatkan kesedaran penentangan terhadap rejim BN. Sebab itu, organisasi politik alternatif yang dilandasi oleh ideologi yang jelas untuk membela nasib rakyat perlu diwujudkan, supaya nasib mereka tidak

hanya dilandaskan kepada parti kapitalis seperti PR dan BN pada pilihanraya. Kerana mereka hanyalah dua sisi mata wang yang sama.

Pakatan Rakyat: Retak Menanti Belah ? Ian

Page 4: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

4 ANALISA SOSIAL SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015

Baru-baru ini, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan ataupun dikenali sebagai POTA sebagai langkah-langkah mengatasi ancaman kumpulan pengganas seperti ‘Islamic State’ (IS) yang kini sedang beroperasi di Syria dan Iraq, dan cuba mendapatkan sokongan luar termasuk dari rakyat Malaysia. Rang undang-undang itu diluluskan oleh kerajaan BN, dan pembangkang tidak dapat menghalangnya akibat 26 daripada wakil rakyat mereka gagal untuk hadir, dan tidak dapat menyertai proses pengundian. Akhirnya undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan 79 undi dan 60 membangkang. Walaupun pelbagai tuduhan seperti kerajaan tidak memberikan maklumat yang tepat tentang masa pengundian dan sebagainya, 10 orang wakil rakyat dari PAS, 9 dari PKR dan 7 dari DAP didapati gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ‘suara alternatif dan harapan rakyat’ dan sekali lagi terbukti tidak serius dalam memperjuangkan aspirasi rakyat mahupun di parlimen.Perkara ini hanya mengesahkan kepincangan demokrasi berparlimen yang sedia ada dan keperluan untuk sebuah alternatif anti-kapitalis yang jelas. Ramai di antara aktivis dan juga daripada pihak pembangkang melihat POTA sebagai langkah kerajaan Najib untuk membawa balik Akta Keselamatan Negara (ISA) yang telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA). Di bawah ISA, pihak polis boleh menahan sesiapa sahaja atas permintaan Menteri Dalam Negeri selama 60 hari tanpa sebarang perbicaraan.

Penahanan ini boleh diperbaharui untuk sebarang jangka masa mengikut kehendak kerajaan. Di bawah SOSMA pula penahanan dipendekkan ke 28 hari, tetapi kerajaan berjaya membawa balik penahanan 60 hari seperti ISA di bawah POTA kali ini. Langkah ini dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan untuk mencantas hak demokrasi dan hak bersuara rakyat dengan mempergunakan nama keganasan. Sama seperti sebelum ini, ISA yang diwujudkan di zaman darurat, lebih banyak dipergunakan bukan sahaja untuk menangkap aktivis politik malah digunakan juga untuk mencantas hak aktivis-aktivis buruh.Sebaliknya kewujudan ISA tidak mampu mencegah kemunculan aktiviti keganasan seperti tindakan kumpulan Al Maunah yang mencuri senjata tentera dan mengancam keselamatan negara pada tahun 2000. Selain itu, undang-undang ini juga boleh dilihat sebagai suatu pelanggaran kepada hak asasi manusia dan Amnesty International telah mengecam tindakan sedemikian oleh negara-negara lain sebelum ini.Tidak dinafikan bahawa ancaman keganasan oleh pihak-pihak tertentu semakin merebak. Perkembangan IS di Syria dan Iraq, Boko Haram dari Nigeria, kumpulan Al-Shabaab dari Somalia adalah antara yang merisaukan. Di serantau ini juga terdapat kumpulan Abu Sayaff dan sebagainya. Berikutan ancaman sebegini, negara-negara dunia lain juga memperkenalkan akta-akta yang serupa dengan POTA, termasuk Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti-Keganasan di Kanada dan Akta Pencegahan Keganasan di Britain.

Sehingga kini, akta-akta sebegini langsung tidak berkesan dalam mengurangkan perkembangan kumpulan pengganas. Semua akta tersebut juga dikritik dan menjadi kontroversi disebabkan ia menggantung hak, undang-undang dan demokrasi bagi memberikan kuasa mutlak kepada pihak pemerintah. Penyalahgunaan kuasa oleh pihak tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa dan aktivis di Malaysia sudah lama merasa keperitan itu di bawah akta ISA, EO, SOSMA dan sebagainya.Jelas bahawa undang-undang anti-pengganas baru ini tidak akan hanya digunakan terhadap pengganas yang disyaki. Ia boleh digunakan terhadap semua orang dilihat oleh kerajaan sebagai ancaman kepada kuasa dan “kestabilan”. Tidak kurangnya, ia akan menjadi senjata untuk

mencegah perkembangan organisasi-organisasi yang mencari atau mencadangkan alternatif kepada sistem yang ada. Pengenalan undang-undang ini mesti ditentang oleh kesatuan-kesatuan pekerja, kumpulan atau gerakan anti-kapitalisme dan oleh semua yang ingin mempertahankan hak demokrasi. Organisasi-organisasi anak muda harus mempersoalkan langkah kerajaan ini.Simpati dan tarikan terhadap kumpulan pengganas, terutamanya dari kalangan anak muda hanya muncul akibat ketidakupayaan sistem yang sedia ada untuk memenuhi keperluan asas mereka. Anak muda yang kecewa akan melihat kepada alternatif lain kepada sistem kapitalisme yang sedang menindas mereka. Sosialisme yang merupakan sebuah sistem di mana keperluan rakyat

diutamakan, adalah sistem yang jauh lebih progresif berbanding kapitalisme dan semestinya jauh lebih progresif berbanding pendekatan ektrimis kumpulan pengganas yang tiada penyelesaian kepada masalah ekonomi dan sosial rakyat biasa. Ruang kosong yang wujud akibat kekurangan organisasi-organisasi massa pekerja dan sosialis itu diisi oleh seruan kumpulan-kumpulan pengganas. Maka, anak muda perlu giat membina sebuah alternatif yang jelas untuk membawa masyarakat ke arah keamanan. Segala perjuangan menentang undang-undang tidak demokratik perlu dikaitkan dengan perjuangan untuk membina sebuah dunia sosialis bagi menghapuskan segala bentuk eksploitasi, peperangan dan keganasan.

Undang-Undang Anti-Keganasan Diluluskan Parlimen Yuva

Rakyat Malaysia Bantah Desakan Turunkan Salib Erick

21 April - Sekitar 40 orang mengadakan demonstrasi di hadapan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya menuntut lambang Salib diturunkan daripada digantung di hadapan gereja yang juga sebuah bangunan kedai. Pihak gereja terpaksa menurunkan lambang tersebut berikutan daripada ugutan daripada peserta yang berdemonstrasi, menurut saksi ketika memberi laporan kepada pihak berkuasa.

Pemimpin daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengutuk perbuatan ini tidak baik untuk perpaduan penduduk yang daripada pelbagai kaum serta latar belakang. Golongan artis tempatan dan rakyat

Malaysia secara keseluruhan juga tidak bersetuju dengan tindakan untuk menurunkan lambang itu kerana ia adalah simbolik khas untuk penganut kristian. Malah, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengarahkan supaya lambang salib tersebut dinaikkan semula dan membolehkan gereja beroperasi seperti biasa. Namun, pihak gereja masih belum berbuat demikian kerana khuatir perkara yang sama akan berulang. Pihak polis sudah menjalankan siasatan terhadap perkara ini selepas gesaan daripada Menteri Dalam Negeri , Zahid Hamidi.Sememangnya perhatian kita seharusnya diberikan kepada perkara yang lebih mustahak seperti

isu ekonomi, kebajikan sosial, pendidikan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, isu perkauman dan agama akan terus dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu utama. Anak muda , pekerja dan rakyat biasa yang lain harus bersatu berganding bahu menentang setiap percubaan untuk melaga-lagakan rakyat di atas nama perbezaan agama dan kaum.

Page 5: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015 ANALISA EKONOMI 5

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek mendakwa bahawa sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia adalah warga asing dan kerajaan tidak mahu subsidi diberikan kepada mereka. Padahal realitinya, kelas pekerja, pelajar dan rakyat biasa juga paling banyak menggunakan kemudahan itu. Ini kerana ia lebih mudah dan efisien berbanding pascabayar yang rata-rata digunakan oleh golongan kelas menengah dan ke atas.

Sejurus GST dilaksanakan tepat pada 1 April, sudah timbul banyak kekeliruan tentang GST dan kad prabayar. Pihak kerajaan

mendakwa syarikat-syarikat telekomunikasi mensabotaj usaha kerajaan dan telah memaklumkan mereka untuk tidak mengenakan GST pada kad prabayar. Syarikat-syarikat telekomunikasi pula menyatakan bahawa GST mesti dikenakan. Masing-masing saling menuduh. Akhirnya keputusan dimuktamadkan. Cukai bagi kad prabayar akan dilaksanakan melalui formula ‘Beli RM10, Dapat RM10’ berasaskan penggunaan atau usage-based. Ini bermakna GST dikenakan ke atas setiap transaksi apabila pengguna menggunakannya. Pada masa sama, banyak aduan di seluruh Malaysia bahawa masih ada lagi kad nilai tambahan prabayar yang

dijual lebih mahal dari harga yang sepatutnya.

Kekeliruan yang berkaitan dengan GST ini menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Kerajaan gagal menjamin kebolehpercayaan GST, dan

setiap keputusan juga telah menjejaskan kebajikan rakyat. Rakyat yang berada di tengah-tengah antara pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi jelas diperalatkan. Kerajaan pro-kapitalis ini pasti sentiasa menyebelahi syarikat-syarikat telekomunikasi, sementara syarikat-syarikat telekomunikasi pula akan sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan. Dengan kenaikan harga kad prabayar ini, sudah tentu pulangan yang lebih banyak akan diperoleh oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ini. Beberapa orang dari senarai individu paling kaya di Malaysia ialah pemilik syarikat-syarikat telekomunikasi, seperti Ananda Krishnan (Maxis) dan Syed Mokhtar Al-Bukhary (Altel) di mana sumber kekayaan mereka datang dari telekomunikasi. Rakyat sendiri belum jelas ke mana sebenarnya hasil dari segala kutipan GST ini akan disalurkan. Rakyat tetap menanggung beban kos hidup yang semakin meningkat.

Kekeliruan GST & Prabayar: Akhirnya Rakyat Tetap Terbeban!Sharifah

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem telah meluluskan projek empangan di Baram, Miri selepas pertemuan tertutup bersama pemimpin dan ketua komuniti dari kawasan tersebut. Ianya berbeza dengan ucapan beliau yang komited untuk memelihara hutan Sarawak di sebuah perjumpaan bersama masyarakat antarabangsa di London.

Empangan di Baram merupakan salah sebuah kawasan yang terlibat dalam perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan projek mega 12 empangan. Empangan Baram sahaja dijangka mengeluarkan 1,200 megawatts bekalan elektrik dan membabitkan kawasan seluas 400 kilometer per segi.

Adenan Satem, juga sempat berjumpa dengan beberapa wakil NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Orang Asal dan menyatakan komitmen yang sama untuk pemeliharaan hutan dan pemerintahan yang cekap serta telus untuk membela nasib rakyat

Sarawak terutamanya di kawasan pendalaman.

Pada masa yang sama, penduduk yang terjejas telah mengadakan sekatan jalan bagi mempertahankan hak mereka terhadap tanah yang diduduki sejak beratus tahun daripada dirampas dan dijadikan tapak empangan tersebut. Tambahan pula, para penduduk sekitar 20 ribu orang tidak dibawa dalam perundingan itu. Ianya jelas, anak muda di universiti dan pekerja harus bergabung bersama penduduk di Baram bagi menyokong dan terlibat bersama untuk perjuangan ini.

Luluskan Projek Empangan, Adenan Mungkir Janji Erick

Sudah 10 rancangan Malaysia dilaksanakan sejak 1956, dan rancangan Malaysia yang ke-11 (RM11) diumumkan oleh Najib pada 21 Mei yang lalu untuk jangkamasa 5 tahun iaitu dari 2015 hingga 2020. Manakala 2020 adalah tahun Malaysia menjadi negara maju mengikut wawasan Mahathir pada tahun 1991. Pendapatan negara yang dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun yang akan datang, dan pertumbuhan ekonomi 5 hingga 6 peratus adalah satu yang tidak realistik dengan keadaan ekonomi negara yang agak rapuh semenjak krisis kewangan 1997. Ekonomi negara amat bergantung kepada percaturan ekonomi global kerana ia terus berlandaskan kepada ekspot dan pelaburan luar negara. Pada bulan Disember 2014, kejatuhan nilai ringgit yang teruk semenjak krisis kewangan 1998 telah melesapkan hampir RM8 billion kekayaan negara dalam sehari daripada bursa saham KL akibat kejatuhan harga minyak dunia. Ini menunjukkan ketidakstabilan ekonomi negara yang berlandaskan kepada keanarkian sistem pasaran bebas kapitalisme.

Walaupun 10 rancangan Malaysia telah meningkatkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan yang setanding dengan negara-negara maju, pada masa yang sama ia telah mewujudkan berbagai konflik sosial dan polarisasi kelas akibat fokus kemajuan, pelaburan dan pembangunan yang mengutamakan keuntungan maksimum. Tanpa berkonfrantasi dengan kapitalisme, adalah mustahil untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Misalnya, pada tahun 2013, 26000 jutawan dan biliawan di Malaysia mempunyai kekayaan RM527 billion. Golongan ini hanya 0.001 peratus daripada seluruh penduduk Malaysia tetapi mampu menikmati 50 peratus kekayaan negara jika kita mengambilkira jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2013 iaitu RM 1089 billion. Kekayaan 0.001 peratus jutawan dan biliawan tersebut berkembang pada kadar yang melampau iaitu hampir 60 peratus di antara tahun 2009 hingga 2013 walaupun ekonomi dunia terumbang-ambing, dan sedang menghimpit sebilangan besar rakyat biasa. Kajian Institut Penyelidikan

Kazanah menunjukkan, peningkatan gaji di Malaysia secara konsisten tidak setara dengan pertumbuhan produktiviti. Gaji hanya 33.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2013 dan hampir tidak berubah semenjak 1971. Sebaliknya bahagian KDNK dibawa pulang oleh sektor korporat telah meningkat daripada 51.7 peratus pada tahun 1971 kepada 64.2 peratus pada tahun 2013. Ini jelas menunjukkan rancangan-rancangan Malaysia telah menjadikan yang kaya sangat kaya dengan ekonomi yang berorientasikan kapitalisme.Pendapatan median isirumah di Malaysia ialah RM3626 sebulan, dan untuk golongan berpendapatan rendah yang merupakan 40 peratus penduduk, pendapatan median isirumah hanya RM1852 sebulan. Purata isirumah di Malaysia membelanjakan 44 peratus daripada gaji mereka hanya untuk membayar pinjaman. Manakala hutang isirumah yang ditanggung oleh rakyat di akhir tahun 2013 sudah meningkat kepada 86.8 peratus daripada KDNK, dari 60.4 peratus pada 2008. Kos perubatan telah meningkat pada tahun ini dalam kadar 10 hingga 15 peratus. Harga

rumah di Malaysia 5.5 kali ganda lebih daripada pendapatan median isirumah. Fakta-fakta ini pula menunjukkan yang miskin semakin miskin, dan rancangan-rancangan Malaysia tidak dapat menangani keperluan ekonomi dan sosial rakyat. Jadi, bagaimana polisi-polisi yang menjadikan yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin selama ini, mampu 1)meningkatkan pendapatan isirumah kepada RM 10500 pada 2020 daripada RM 3626 pada masa ini, 2)menggandakan pendapatan isirumah 40 peratus penduduk berpendapatan rendah, 3)meningkatkan gaji kepada 40 peratus daripada KDNK pada 2020 daripada 33.6 peratus daripada KDNK pada 2013, jikalau masih dikongkong oleh ekonomi yang berorientasikan kepada kapitalisme ?Di bawah keadaan ekonomi yang

tidak stabil dan kerajaan yang berorientasikan kapitalisme, pencapaian yang digariskan dalam RM11 hanyalah satu lagi ilusi untuk menutup pekung di dada kerajaan sekarang. Hanya dengan ekonomi terancang sebagai alternatif kepada ekonomi pasaran bebas, dan sosialisme yang mementingkan keperluan rakyat biasa sebagai ganti kepada kapitalisme yang mementingkan keuntungan maksimum segelintir kaya, konflik sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa boleh diatasi.

RANCANGAN MALAYSIA KE-11: Satu Lagi Ilusi Kapitalisme Ravi

Page 6: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

Pekerja ABNXcess Dibuang Kerja Tanpa Pampasan Erick

6 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015

Protes anti GST pada Hari Pekerja (1 Mei) pada tahun ini telah menghimpunkan lebih dari 15 ribu orang di KLCC. Perhimpunan tersebut menggambarkan penglibatan golongan pekerja dan anak muda yang telah mula merasai bebanan akibat dari perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasakan oleh

kerajaan bermula 1 April pada tahun ini.

Umum mengetahui, perlaksanaan GST ini merupakan sebuah langkah kerajaan yang dilihat bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari ramai kalangan ahli bawahan dan penyokong parti pemerintah sendiri, malah turut

juga mendapat tentangan dari pelbagai pihak, khususnya daripada rakyat kelas menengah, kelas pekerja dan golongan miskin di luar bandar. Cukai 6% yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan dan perkhidmatan ini ternyata telah membangkitkan rasa tidak puas hati majoriti rakyat yang telah pun dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup semenjak beberapa tahun lepas.

GST, tujuan akhirnya hanyalah untuk mengekalkan kepentingan golongan pemerintah elit dan perniagaan besar (kapitalis) dan juga dalam masa yang sama bertujuan untuk mengurangkan hutang negara yang dilihat meningkat dengan mendadak semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, terdapat analisa yang mengatakan bahawa hasil perlaksanaan cukai ini secara berterusan, hanya mampu digunakan untuk membayar sebahagian faedah dari keseluruhan hutang negara, dan hutang ini dikatakan akan terus meningkat.

Walaupun di dalam protes anti GST tersebut terdapat ramai daripada kalangan anak muda dan mahasiswa yang cuba membawa agenda politik tanpa parti atau pun ‘non-partisan’, namun ahli politik daripada parti-parti pembangkang terus menggunakan perhimpunan Hari Pekerja tersebut dan isu GST ini sebagai peluang untuk membawa agenda politik oportunis mereka dan cuba mendapatkan sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

Persoalan yang mungkin perlu ditimbulkan dari sini adalah, adakah parti-parti yang berlandaskan kepada sistem pasaran bebas dan politik kapitalisme seperti PR mahu pun BN ini mampu untuk menghentikan polisi-polisi pro kapitalis yang sedang menindas rakyat pada hari ini? Ternyata, jawapannya adalah tidak. Dengan peningkatan rasa marah rakyat terhadap ketidakmampuan ahli-ahli politik, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk menyelesaikan masalah mereka, rakyat kini berhadapan

dengan situasi di mana sebuah alternatif politik yang baru dan jelas perlu dibina untuk membawa aspirasi sebenar mereka kehadapan.

Solidariti Pekerja dan Sosialis Alternatif (Malaysia), bersama sekumpulan pekerja muda dan pelajar telah menyertai protes anti GST pada hari tersebut dengan slogan “ Lawan Kapitalisme, Bina Alternatif! ”. Kami turut memaparkan slogan-slogan kelas pekerja dengan kain rentang, plakad dan bendera. Kami telah melakukan kempen solidariti pekerja dan melakukan perbincangan politik dengan orang ramai.

Di dalam kempen tersebut, kami turut menekankan mengenai keperluan bagi golongan pekerja, kesatuan sekerja dan anak muda untuk bersatu dan mula berjuang untuk pembinaan sebuah gerakan massa yang bebas dari pengaruh kapitalisme, sebagai sebuah alternatif yang mampu mencabar polisi-polisi elit kapitalis di Malaysia, dan juga di peringkat antarabangsa.

Perhimpunan Hari Pekerja: Lawan Kapitalisme, Bina Alternatif ! Ishtiraki

2 Hari Bulan April (Khamis). Syarikat ABNXcess, stesen televisyen yang menyediakan perkhidmatan saluran televisyen digital dan membekalkan Internet berkelajuan tinggi. Pada petang Rabu , pihak pengurusan telah memberi notis sebulan, ketika bermesyuarat, kepada kira-kira 50 kakitangan daripada Jabatan Televisyen dan Studio akan ditamatkan perkhimatan berikutan dengan penutupan jabatan berkenaan. Menurut kakitangan yang terlibat , mereka terpaksa menerima kata putus pengurusan dengan berat hati kerana tidak diberi pampasan yang sewajarnya. Tambahnya , mereka juga tidak diberikan sebarang pilihan yang lain seperti diserapkan ke jabatan lain atau ditawarkan bekerja di anak syarikat milik ABNXcess. Kejadian yang seumpama ini , sudah biasa kedengaran dan ianya sentiasa berulang. Kongres Kesatuan Sekerja

Malaysia (MTUC) dan aktivis pekerja lain telah sekian lama membawa isu penubuhan dana kecemasan pekerja bagi langkah untuk membantu pekerja tanpa pendapatan selepas diberhentikan daripada perkerjaan. Sehingga hari , para pekerja terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar kerana hilang punca pendapatan tanpa sebarang pampasan yang wajar. Kesatuan Sekerja, pertubuhan pekerja harus juga memainkan peranan lebih aktif dalam perkara ini dan cuba membawa para pekerja yang terbabit ke meja perundingan bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

PENIPUAN MAJIKAN: Pekerja Atlas Menuntut Hak KWSP! Ravi

Seorang pekerja di kilang ais ATLAS cawangan Nilai yang mengunjungi pejabat KWSP Seremban dikejutkan, apabila pegawai KWSP memberitahu ada penipuan dalam pemotongan KWSP oleh majikan. Ini kerana lebih 15 tahun kilang ini beroperasi, majikan tidak pernah membuat pemotongan KWSP yang melibatkan elaun, komisen dan lain-lain berdasarkan kepada akta KWSP. Malahan ini disahkan oleh pengurus syarikat sendiri yang majikan ATLAS hanya memotong KWSP berdasarkan kepada jumlah gaji pokok dan tidak mengambilkira elaun dan komisen seolah-olah itulah amalan yang sepatutnya. Pekerja yang sedar bahawa hak mereka telah dipermainkan marah dengan penipuan KWSP selama ini. Jawatankuasa Pekerja yang mewakili pekerja mengarahkan majikan untuk memanggil satu rundingan untuk menyelesaikan isu tersebut. Pada 10hb. April satu rundingan antara Jawatankuasa Pekerja dan majikan yang diwakili oleh pengarah dan pengurus

diadakan atas desakan pekerja. Majikan tidak dapat menjawap bukti-bukti kukuh yang dibawa oleh Jawatankuasa dan akhirnya akur untuk mengambilkira bayaran elaun dan komisen untuk mencarum ke dalam KWSP mulai bulai Mei 2015. Tetapi terbukti satu penipuan sudah dilakukan oleh pihak majikan, dan majikan perlu mengambil tanggungjawap untuk memperbetulkannya. Justeru itu berdasarkan kepada arahan KWSP, pekerja menuntut pembayaran 24

peratus caruman ke atas bayaran elaun dan komisen oleh pihak majikan untuk bulan-bulan sebelum ini berdasarkan tarikh kemasukan kerja setiap pekerja. Penindasan dan penipuan sebegini masih berleluasa di banyak kilang terutamanya di kilang-kilang yang tidak mempunyai kesatuan. Ini menunjukkan betapa pentingnya pekerja perlu berorganisasi bukan sahaja di kilang tetapi juga di kawasan tempatan, negeri dan kebangsaan untuk mengukuhkan hak dan kebajikan mereka.

Page 7: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015 BERITA PEKERJA 7

Mengikut sumber daripada The Malaysian Insider pada 29 April lalu, dilaporkan bahawa syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia Sdn Bhd merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM 242 juta didalam masa tiga bulan, sehingga Mac tahun ini, meningkat sebanyak 7.7% berbanding keuntungan pada tahun lalu. Peningkatan kadar keuntungan ini dikatakan hasil daripada peningkatan harga rokok di pasaran yang berkuatkuasa bermula November tahun lalu di seluruh negara.

Namun, disebalik peningkatan harga rokok di pasaran, perlu dilihat juga terdapat ribuan pekerja yang telah bertungkus lumus menghasilkan produk tersebut. Keuntungan sebesar itu tidak akan dicapai oleh pihak syarikat tanpa proses pengeluaran yang melibatkan sejumlah besar tenaga pekerja. Seperti mana syarikat-syarikat kapitalis lain, BAT juga tidak terkecuali dari menjadikan keuntungan maksima sebagai matlamat utama, dan secara tidak langsung kebajikan dan hak pekerja semakin diabaikan oleh syarikat.

Perkara ini disahkan di dalam peristiwa di mana pekerja dan ahli kesatuan pekerja industri tembakau di cawangan BAT Malaysia di Petaling Jaya melakukan

piket bagi membantah penarikan faedah oleh syarikat pada 21 April lalu. Dilaporkan bahawa faedah “cigarette ration” (catuan bulanan untuk pekerja) tersebut telah pun dipersetujui oleh majikan dan diberikan kepada pekerja mengikut perjanjian bersama semenjak beberapa tahun lalu. Namun, pada Januari tahun ini, pihak syarikat telah memberhentikan pemberian faedah tersebut.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa faedah lain yang masih tidak ditunaikan mengikut persetujuan majikan–pekerja di dalam perjanjian bersama yang lama. Pekerja dan kesatuan yang berpiket turut menuntut supaya hak-hak mereka ditunai dan dikekalkan oleh majikan. Pekerja dan ahli kesatuan juga telah membantah tawaran pemberhentian kerja secara sukarela (skim VSS) dan juga tindakan majikan ‘memaksa’ pekerja untuk berhenti secara sukarela melalui skim tersebut.

Pekerja-pekerja di salah sebuah jabatan didalam syarikat tersebut yang kebanyakannya merupakan ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Industri Tembakau (NUTIW) telah dipaksa untuk memilih sama ada menerima jawatan ‘production specialist’ dan berhenti melibatkan diri didalam kesatuan pekerja,

ataupun berhenti kerja secara sukarela. Ini merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa kegiatan ‘Union Busting’ oleh pihak syarikat kapitalis di seluruh Malaysia terus berleluasa sehingga ke hari ini.

Piket pekerja tersebut turut disertai oleh wakil dari beberapa kesatuan pekerja seperti MTUC dan lain-lain bermula jam 12 tengah hari. Apa yang mengejutkan adalah, pada jam 1.50 petang, 11 orang peserta piket tersebut, yang juga merupakan ahli NUTIW telah ditangkap oleh pihak polis. Dilaporkan bahawa, kesemua 11 orang peserta piket tersebut telah ditahan semalaman didalam lokap Balai Polis Seapark, PJ.

Hak untuk berpiket merupakan salah satu hak yang diiktiraf untuk golongan pekerja di Malaysia. Ini jelas dinyatakan di dalam Akta Perhubungan Perindustrian 1967. Penangkapan peserta piket ini wajar dipersoalkan kembali kepada pihak berkuasa yang selama ini dikatakan betindak berlandaskan undang-undang dan akta.

Daripada kejadian seperti ini, mungkin mampu memberi gambaran kepada kita bahawa penindasan keatas pekerja tidak hanya berlaku secara langsung oleh majikan, tetapi turut berlaku secara tidak langsung melalui manipulasi

kuasa kapitalis keatas pihak berkuasa dan undang-undang yang sentiasa menyebelahi kepentingan mereka.

Tindakan pihak polis menangkap peserta piket ini sewajarnya dikecam oleh seluruh kepimpinan kesatuan pekerja. Tetapi tidak sekadar itu, Solidariti Pekerja turut menggesa seluruh ahli dan kepimpinan kesatuan pekerja dari pelbagai sektor dan MTUC supaya bersatu dan merangka langkah seterusnya dengan program yang tepat untuk membendung kegiatan union busting seperti ini dari terus berlaku dan mendesak syarikat BAT dan pihak kerajaan untuk menunaikan segala tuntutan pekerja dan hormati hak demokratik mereka untuk berpiket dan

berkesatuan.

Malaysia telah lama melalui era di mana bukan sahaja hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman disekat, malah hak pekerja untuk berpiket juga turut mula diserang oleh syarikat dan kerajaan kapitalis yang sangat jelas anti-pekerja. Kepimpinan MTUC dan kesatuan-kesatuan lain perlu berbuat sesuatu mengenai hal ini. Kelas pekerja memerlukan sebuah kepimpinan baru, bersama sebuah organisasi pekerja untuk membawa program-program yang mampu membawa perjuangan pekerja kehadapan untuk mencabar kepentingan syarikat-syarikat kapitalis dan kuasa politik pemerintah elit.

Berpiket Hak Pekerja Zulhadzrin

PEKERJA DIANAKTIRIKAN KEUNTUNGAN DIUTAMAKANPada minggu lalu, CEO MAS (Sistem Penerbangan Malaysia), Christoph Mueller (gambar)mengumumkan seramai 20000 pekerja MAS akan diberhentikan, yang mana 6000 pekerja dihentikan sama sekali, 2000 pekerja akan diberikan kontrak sementara, dan 14000 pekerja akan ditawarkan sebagai pekerja baru dalam syarikat MAB (Syarikat Penerbangan Malaysia) yang ditubuhkan sebagai ganti kepada MAS. Mueller ditugaskan oleh kerajaan untuk memulihkan sistem penerbangan negara yang telah dilanda kerugian demi kerugian mahupun sebelum

trajedi penerbangan pada tahun lalu. Yang pasti pekerja telah dijadikan mangsa akibat kerugian dan trajedi tersebut.Dengan nama penstrukturan semula dengan keuntungan sebagai matlamat utama, pekerja MAS yang telah berkerja bertahun-tahun telah dipinggirkan. Pampasan yang diberikan hanyalah manfaat yang minimum, dan tidak mampu menjamin kebajikan pekerja dan keluarga mereka yang selama ini telah mengharapkan MAS sebagai periuk nasi mereka. Rata-rata pekerja MAS adalah pekerja mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam menerajui posisi-posisi penting dalam mengendalikan

syarikat penerbangan, tetapi ini semua tidak diendahkan apabila agenda pasaran bebas kapitalisme digunakan sebagai agenda muktamad dalam membuat keputusan.Manakala tawaran kerja kontrak sementara kepada 2000

pekerja adalah satu penganiyaan kepada hak dan kebajikan pekerja memandangkan ketidaktentuan kerja, dan dalam kebanyakan situasi pekerja kontrak akan menjadi mangsa penindasan majikan akibat tiada jaminan hak yang saksama dengan pekerja tetap. Menurut pekerja yang ditawarkan kerja dalam MAB pula, beberapa manfaat kerja yang diperoleh ketika MAS telah dihakis, dan pendapatan pekerja dikurangkan daripada sebelum ini.Bukan sahaja pekerja dimangsakan, kesatuan dalaman MASEU (Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia) juga dikuburkan. Taktik anti-kesatuan

yang menjadi amalan Penerbangan Air Asia pula hendak diikuti oleh MAB untuk memastikan pekerja dikawal tanpa diorganisasi melalui kesatuan. Taktik ‘union busting’ ini bukan perkara baru, misalnya pada 1980an syarikat bernama Harris Advanced Technology Sdn Bhd menukar namanya sebanyak enam kali yang mana langkah tersebut adalah untuk menggagalkan pekerja untuk menubuhkan kesatuan dalaman. Ini bermakna tanpa berjuang, hak pekerja dan kesatuan yang semakin hari semakin merosot tidak dapat ditegakkan. Dalam isu MAS, kesatuan yang hanya mengharapkan meja rundingan tidak dapat mengalahkan agenda majikan. Pengalaman pekerja dalam perjuangan-perjuangan sebelum ini menunjukkan bahawa hanya melalui pembinaan solidariti dan perjuangan dari bawah, pekerja mampu menumpaskan penindasan majikan dan mencapai kejayaan.Di manakah pendirian ‘Rakyat Didahulukan’ kerajaan Najib apabila 20000 pekerja MAS diberhentikan? Semua ini berlaku di bawah perhatian Khazanah iaitu agen pelaburan di bawah Kementerian Kewangan di mana Najib adalah menterinya, dan seharusnya kesilapan-kesilapan pengurusan MAS yang menjurus kepada kerugian demi kerugian sepatutnya

diambil tanggungjawap oleh kerajaan, tetapi dengan kerugian yang dicetuskan oleh majikan dan kerajaan, pekerja dijadikan mangsa. Sekalipun MAS adalah syarikat yang terikat kepada kerajaan (GLC), pekerja tidak didahulukan tetapi keuntungan bagi pihak kapitalis diutamakan..Sebuah kerajaan yang berlandaskan kepada hasrat rakyat akan memastikan syarikat seperti MAS distrukturkan dan dikendalikan berlandaskan kepada keperluan dan kebajikan rakyat bukannya semata-mata memfokuskan kepada keuntungan di pasaran bebas. Walaupun MAS adalah GLC, birokrasi pengurusan yang dilantik oleh kerajaan diarahkan untuk memaksimumkan keuntungan, dan dengan itu syarikat seperti MAS tidak akan membuat keputusan secara demokratik yang melibatkan pekerja dan rakyat biasa, tetapi hanya berdasarkan pemerintahan kuku besi sistem pasaran bebas.Agenda kapitalisme semakin menghakis hak dan kebajikan pekerja, dan pembinaan kesatuan sekerja dan kepimpinan yang mantap yang berlandaskan hak dan kebajikan pekerja amat perlu untuk melawan penindasan terhadap pekerja dan kesatuan.

20000 Pekerja MAS Dimangsakan… Ravi

Page 8: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

8 BERITA PEKERJA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015

Lawan ‘Union Busting’ dengan Kekuatan Pekerja! Ravi

Akhir akhir ini, serangan atau ‘Union Busting’ ke atas kesatuan sekerja semakin meningkat. Pelbagai taktik digunakan oleh majikan untuk melemahkan kesatuan. Pada tahun lalu KTMB telah memecat 41 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM), termasuk presidennya kerana berpiket memprotes dasar majikan. Maybank cuba melemahkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dengan menubuhkan kesatuan dalaman untuk melemahkan Perjanjian Kolektif. Pada tahun 2013,

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) dibuang kerja kerana mengeluarkan kenyataan media mendesak campurtangan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan Ketua Eksekutif MAS. 18 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu (NUTEAIW) di Pekan kawasan di mana Najib menjadi ahli Parlimen, dipecat oleh DRB HICOM kerana berkempen dalam pilihanraya umum yang lalu. Presiden dan beberapa pemimpin Kesatuan

Kebangsaan Wartawan (NUJ) dibuang kerja kerana mengeluarkan kenyataan media. Syarikat Ansell NP Melaka memecat Timbalan Pengerusi dan 9 ahli kesatuan kerana mengambil bahagian dalam piket.Syarikat elektronik Renesas memecat Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Elektronik kerana membangkitkan hak pekerja dalam Facebook. Presiden dan 17 pemimpin kesatuan dipecat kerana melibatkan diri dalam aktiviti kesatuan. Kilang perkayuan Dahlia Industries di Nilai memecat lima pemimpin kesatuan kerana mengorganisasi kesatuan. Ini hanya beberapa contoh, dan banyak lagi kes-kes ‘Union Busting’ yang semakin berleluasa. Contoh-contoh tersebut menunjukkan, hak pekerja untuk mengorganisasi kesatuan di tempat kerja ditindas dengan pemecatan pemimpin-pemimpin kesatuan atau dikenakan tindakan disiplin ke atas ahli-ahli kesatuan. Pada bulan Oktober 2014, 120 wakil daripada 20 kesatuan sekerja yang mewakili MTUC telah menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM dan Persatuan Peguam

untuk membantah ‘union busting’. Sebelum ini pun banyak tuntutan dan memorandum sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan, untuk mendesak campurtangan kerajaan tetapi ‘union busting’ terus menjadi agenda majikan. Malahan, di antara syarikat-syarikat yang terlibat dalam ‘union busting’ seperti MAS, DRB HICOM dan KTMB adalah GLC (Syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan). Ini menunjukkan kerajaan sanggup mempertahankan majikan walaupun dengan jelas ada pencabulan hak ke atas pekerja. Manakala akta penubuhan kesatuan dan hak mengorganisasi kesatuan termasuk piket, perjanjian kolektif dan lain-lain dianiaya sewenang-wenangnya oleh majikan tetapi kerajaan gagal untuk campurtangan untuk menegakkkan keadilan. Hanya bergantung terhadap memorandum dan surat kepada kerajaan atau majikan, isu “union busting” dan pencabulan hak pekerja tidak dapat dihentikan. Pengalaman perjuangan pekerja dan kesatuan selama ini memberi pengajaran bahawa hanya melalui penglibatan pekerja secara

langsung tindakan ganas terhadap hak pekerja oleh majikan boleh dilawan. Kekuatan warga pekerja yang merupakan nadi utama pembangunan negara mampu mendesak kerajaan yang tunduk kepada majikan.

Untuk memperkuatkan gerakan pekerja, pemimpin kesatuan sekerja harus berpihak kepada hasrat dan tuntutan pekerja, dan membina gerakan daripada bawah. Ini memerlukan komitmen perjuangan dan pengorbanan yang tinggi sepertimana yang pernah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kesatuan era 1940an. Pemimpin kesatuan juga sanggup untuk meneroka alternatif-alternatif lain selain dalam rangkuman undang-undang sebagai taktik atau alat untuk memperkukuhkan gerakan dan perjuangan pekerja. Negara sedang melalui ketidaktentuan keadaan ekonomi dan sosial yang akan terus menekan hak dan kebajikan pekerja. Gerakan pekerja dan kepimpinan kesatuan yang kukuh harus dibina untuk menegakkan martabat pekerja.

Realiti Pekerja Hotel Mewah Kamal

Kunjungan saya baru-baru ini ke hotel Marriott Putrajaya atas jemputan majlis makan malam daripada seorang kawan mendorong saya untuk menulis catatan ini. Saya pernah bekerja separuh masa sebagai pelayan di hotel ini sepuluh tahun yang lalu. Sebagai pekerja dengan gaji yang hanya cukup makan tentu sahaja saya tidak pernah berangan hendak datang ke hotel ini kalau tidak atas jemputan, apalagi untuk menginap. Dengan harga sewa bilik di situ paling murah mencecah RM400 semalam, saya mesti berfikir seribu kali kalaupun terpaksa. Jumlah itu sama dengan gaji seminggu kerja saya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat swasta saat ini.

Bukan hanya saya sahaja, bahkan pekerja hotel-hotel mewah majoritinya tidak akan mampu membayar sewa penginapan di tempat mereka bekerja. Walaupun jika kita datang ke hotel mewah seperti itu, pekerja hotel tersebut di lobby selalu berpakaian kemas seperti seorang eksekutif, tetapi sebenarnya itu hanya penampilan luar sahaja. Gaji mereka sebenarnya tidaklah sebesar mana.

Inilah sebenarnya yang hendak saya ceritakan, berkenaan gaji dan situasi kerja di hotel-hotel mewah. Ketika menjamu selera di café hotel tempat saya pernah menjadi pelayan dahulu, saya masih ingat lagi wajah beberapa pekerja yang sama bekerja dengan saya di tempat

itu. Sudah sepuluh tahun, mereka masih menjadi pelayan. Bukankah sepatutnya mereka sudah mendapat jawatan yang lebih tinggi? Saya pun bertanya kepada salah seorang yang melayani kami. Ia adalah seorang pelajar IPT yang bekerja separuh masa, sama seperti saya dahulu. Saya bertanya berapa gaji yang hotel bayar selama sejam? “5 Ringgit bang.” Jawabnya. Saya terkejut, itu jumlah yang sama saya dapatkan sepuluh tahun dahulu.

Selain pernah bekerja di hotel Marriot Putrajaya, saya pun pernah bekerja di hotel Bangi-Putrajaya, dahulu namanya hotel Equatorial Bangi. Bekerja dalam masa yang cukup lama di kedua-dua hotel tersebut banyaklah juga mendengar cerita dari pekerja-pekerja lain. Banyak dari mereka pun yang berpindah kerja dari satu hotel ke hotel yang lain. Dari pengalaman mereka saya boleh menyimpulkan bahawa di mana-mana keadaannya pekerja dalam sektor perhotelan lebih kurang sama sahaja keadaannya. Bahkan salah seorang penyelia saya ketika bekerja di hotel Marriott Putrajaya pun pernah bekerja separuh masa di hotel Equatorial.

Sedikit nak cerita mengenai pengawas saya ini, jika di hotel Marriott tampilan rambut dan pakaiannya selalu kemas dengan kasut berkilat, pakai kot dan tali leher, kerjanya cuma menunjuk suruh kami pekerja separuh masa

ni buat itu ini, arahkan kami pergi sana sini, tetapi di Equatorial, status kami sama-sama pelayan. Sehabis kerja di hotel pertama dia akan bergegas ke hotel lainnya untuk buat kerja separuh masa. Boleh dikatakan sehari ia boleh bekerja 16 jam di dua hotel yang berbeza. Saya sendiri pun pernah bekerja 16 jam selama tiga hari berturut-turut tanpa disediakan tempat untuk berehat. Maka hanya suraulah tempat kami berehat.

Keadaan ini adalah perkara biasa bagi pekerja hotel, terutama hotel yang berbintang. Sebab hotel mewah biasanya tidak hanya menyediakan bilik menginap sahaja, tetapi banyak pakej lain seperti pakej makan tengah hari, makan malam, mesyuarat, majlis perkahwinan dan macam-macam majlis perayaan. Mereka memiliki semua kemudahan daripada café sehingga dewan-dewan besar yang sentiasa penuh ditempah untuk pelbagai aktiviti. Selalu yang biasa menempah kemudahan itu adalah institusi kerajaan, syarikat-syarikat korporat yang memiliki banyak wang kerana tarif sewa bukannya murah.

Bagi majikan, sesiapa sahaja yang datang ke hotel itu adalah wang, jadi mereka mesti dilayan sebaik-baiknya. Mereka tidak akan bertimbang rasa terhadap pekerja jika ia mendapat rungutan daripada tetamu. Pernah satu kali, seorang Tan Sri pemilik syarikat IOI yang

juga pemilik hotel tersebut yang katanya merupakan orang ketiga terkaya di Malaysia datang untuk sebuah majlis makan malam, semua pelayan diminta memberikan layanan yang terbaik. Tetapi bagaimana pula layanan majikan terhadap pekerja bawahan dan sambilan seperti saya? Pengalaman dimarah, ditengking, dimaki, dihukum oleh penyelia dan dipotong gaji oleh majikan adalah risiko kerja yang harus ditanggung oleh pekerja sendiri. Banyak pekerja wanita yang terpaksa pulang lewat tengah malam, dikacau oleh pekerja yang lain tanpa ada perlindungan yang jelas dari majikan. Seolah-olah semua perkara buruk yang dialami merupakan risiko kerja, padahal sesungguhnya tidak demikian. Majikan bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesejahteraan, dan memenuhi semua hak-hak pekerjanya.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan adalah ketika saya melawan seorang penyelia kerana menengking saya kerana kesalahan kecil sahaja. Itulah hari terakhir saya bekerja sebagai pekerja hotel. Penyelia itu juga pernah memaki seorang pelajar wanita yang sedang praktikal sehingga pelajar tersebut tidak

pernah lagi datang ke sana.

Baru kemudian baru saya sedari bahawa sikap begini nampaknya sudah menjadi perkara biasa dalam dunia pekerjaan yang penuh tekanan ini. Para pekerja dituntut untuk memberikan pelayanan terbaik sehingga menimbulkan suasana tertekan. Masalahnya pekerja akan melepaskan masalah tekanan kerja kepada pekerja di bawahannya, terutama pekerja separuh masa seperti saya. Banyak pelajar praktikal yang bekerja di hotel-hotel mewah dibayar gaji jauh lebih kecil dari pekerja sambilan, bahkan ada yang tidak dibayar gaji sama sekali. Dan jika keadaan ini berlaku di hotel berbintang lima, dengan kadar sewa bilik setara dengan seminggu gaji pekerja biasa, yang dimiliki oleh seorang Tan Sri yang juga orang ketiga terkaya di Malaysia, bagaimana dengan nasib pekerja hotel lainnya?

Page 9: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015 BERITA LUAR NEGARA 9

Mogok selama seminggu yang telah melibatkan beribu-ribu pekerja kilang kasut telah berakhir pada Khamis lalu selepas kerajaan bersetuju untuk mengimbang semula penggubalan undang-undang insurans sosial yang telah dirancang sebelum ini.Undang-undang sosial insurans baru yang akan mengehadkan pembayaran pampasan kepada pekerja oleh majikan telah dicadangkan untuk dilaksana pada tahun hadapan.Di bawah undang-undang semasa, pekerja yang meninggalkan majikan sebelum umur persaraan mereka boleh menerima bayaran dari dana pencen mereka, yang disumbang oleh pekerja dan majikan. Ini menyediakan pekerja dengan jaminan kewangan sementara

mencari pekerjaan baru.Di bawah undang-undang baru, pekerja tidak boleh menyentuh wang mereka sehingga mencapai umur persaraan, iaitu 60 untuk lelaki dan 55 untuk wanita. Kerajaan juga mencadangkan pada tahun lepas untuk meningkatkan umur persaraan kepada 62 untuk lelaki dan 60 untuk wanita.Aksi mogok daripada pekerja ini merupakan sebuah tindakan yang penting kerana tuntutan pekerja di Vietnam kini menjangkau tuntutan harian dan mengambil bentuk menentang polisi kerajaan.Seramai 90,000 pekerja turun mogok di sebuah kompleks yang dimiliki oleh syarikat Taiwan (Pou Yuen) yang menghasilkan kasut untuk syarikat-syarikat gergasi seperti Nike, Adidas, Converse

dan Reebok. Mogok itu berlaku di ‘Tan Tao’, sebuah zon Perindustrian Bandar Raya Ho Chi Minh. Sebuah lagi kilang yang terletak di wilayah Tien Giang turut melancarkan mogok pada 1 April bagi mendorong kerajaan untuk campur tangan dan meredakan

kemarahan pekerja.Semasa mogok, pekerja mengadakan demonstrasi secara aman walaupun terdapat provokasi daripada pengawal keselamatan syarikat. Beribu-ribu pekerja mementaskan ‘duduk bantah’ (sit-in), dengan menduduki kilang dan enggan untuk menjalankan kerja mereka. Mereka juga menyekat lebuh raya yang berdekatan untuk beberapa jam, menyebabkan kerajaan terpaksa menghantar pasukan polis dan tentera untuk mengawal keadaan.Beberapa tindakan keganasan oleh pihak anggota keselamatan telah dilaporkan oleh para pekerja mogok. 4 orang pekerja tercedera akibat dipukul dengan cota elektrik oleh anggota keselamatan

di salah sebuah kilang tersebut. Ramai pekerja telah menyuarakan kemarahan terhadap syarikat dan juga kerajaan.Selepas kilang kedua menyertai mogok itu, kerajaan berusaha untuk menamatkan mogok ini secepat mungkin dengan bersetuju untuk menyampaikan permintaan kepada Dewan Negara pada 20 Mei untuk mengimbang semula undang-undang insurans sosial.Pada realitinya kerajaan Vietnam sudah gentar dengan aksi pekerja dan sedang membeli masa untuk memaksa undang-undang tersebut dengan senyap-senyap. Kelas pekerja harus berwaspada dengan janji-janji manis kerajaan atau pihak majikan yang hanya berniat untuk memotong kos buruh bagi menjadikan Vietnam lebih kompetitif dengan negara-negara pengeluar pakaian lain seperti Cambodia dan Bangladesh.Vietnam menawarkan upah yang rendah kepada syarikat transnasional dan multinasional dengan menindas pekerja bagi menjana keuntungan yang lumayan untuk kapitalis. Gaji purata bulanan di Vietnam adalah jauh lebih rendah berbanding Thailand dan China. Itu adalah di antara sebab utama mengapa Vietnam menjadi pengeksport terbesar ke Amerika Syarikat dari kalangan 10 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun lepas.Walaupun syarikat seperti Nike

dan Adidas membuat keuntungan berlimpah-limpah hasil titik peluh kelas pekerja Vietnam, pekerja diberitahu bahawa sistem pencen mereka akan mengalami defisit menjelang 2021.Gabungan Buruh-buruh Vietnam (VGCL) telah mengambil langkah menyokong kerajaan dan menyeru kepada pekerja untuk balik ke tempat kerja masing-masing apabila mogok tercetus pada 26 Mac lalu. VGCL yang merupakan gabungan kesatuan terbesar di Vietnam terus memainkan peranan untuk bersuhabat dengan pihak kapitalis dan mengenakan segala agenda kerajaan ke atas kelas pekerja. Mereka juga berkerjasama dengan kerajaan untuk membawa undang-undang baru yang menindas ini.Maka, kelas pekerja di Vietnam tidak boleh bergantung dengan VGCL dan harus membina federasi kesatuan baru yang mampu menentang polisi-polisi kerajaan yang mengancam kondisi kelas pekerja. Pertubuhan yang baru ini harus membawa demokrasi dan kawalan oleh kelas pekerja dengan sepenuhnya di dalam organisasi dan memastikan tiada kemunculan sebarang unsur-unsur birokrasi. Sebuah pertubuhan atau federasi pekerja yang sanggup berjuang akan membawa manfaat yang besar dalam menyusun segala gerakan dan tuntutan pekerja yang akan membawa kepada kemenangan.

Pekerja Vietnam Mogok! Yuva

Pilihan Raya umum United Kingdom (UK) telah diadakan pada 7 Mei 2015 bagi kali ke-56. Pengundian berlangsung di seluruh 650 kawasan parlimen di UK yang meliputi 4 negeri iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. Pilihan raya tempatan juga diadakan di sebahagian besar England pada hari yang sama.

Keputusan pilihan raya ini menyaksikan Parti Konservatif menang 331 kerusi daripada 650 kerusi yang dipertandingkan. Parti Buruh yang dijangka memberi saingan kepada Parti Konservatif hanya memenangi 232 kerusi. Perdana Menteri, David Cameron kembali menerajui United Kingdom untuk penggal kedua.

Parti Buruh kalah kerana ia gagal untuk memberikan sebarang alternatif serius bagi program pemotongan atau penjimatan ke atas keperluan rakyat dan perkhidmatan awam. Ed Miliband, Ketua Parti Buruh juga tidak konsisten dalam mempertahankan nasib kelas pekerja. Dia telah menghampakan harapan ramai

orang yang menentang program pemotongan. Dia menunjukkan bahawa Parti Buruh juga tidak belajar apa-apa dari referendum kemerdekaan Scotland apabila kempen ‘Yes’ telah berubah menjadi penentangan rakyat terhadap program pemotongan. Sistem dua parti iaitu Parti Konservatif dan Parti Buruh bersaing untuk menonjolkan diri sebagai pendukung agenda kapitalis dan golongan jutawan, dan rakyat biasa di UK terus dipinggirkan.

TUSC (Gabungan Kesatuan Sekerja dan Sosialis) dengan wakil-wakil pekerja, kesatuan sekerja, aktivis, anak muda dan sosialis bertanding di 135 kawasan parlimen di seluruh England, Wales dan Scotland untuk pertama kali. Kesatuan-kesatuan sekerja seperti Kesatuan Sekerja Keretapi, Kesatuan Sekerja Pekerja Awam dan pemimpin-pemimpin pekerja dari berbagai sektor telah menjadi pengerak utama TUSC termasuk sumbangan dana. Walaupun tidak memenangi kerusi, TUSC berjaya meraih undi sebanyak 100,000 yang dicapainya untuk ‘anti-pemotongan’

dan ‘anti-penswastaan’ dan telah melancarkan satu landasan politik alternatif untuk kelas pekerja dan anak muda. TUSC yang berpendirian jelas anti-pemotongan telah mempergunakan pilihanraya untuk mempertengahkan tuntutan kelas pekerja dan mempopularkan

keperluan politik alternatif untuk pekerja dan anak muda. Parti Konservatif sebagai kerajaan akan terus menyerang hak dan kebajikan kelas pekerja melalui dasar-dasarnya yang pro-kapitalis. Manakala Parti Buruh dengan pemimpin-pemimpin pro-kapitalis

tidak akan memperjuangkan hak pekerja. Justeru, alternatif kelas pekerja harus terus dibina dan pendirian TUSC dalam pilihan raya sebegini adalah sebahagian dari proses untuk terus membawa ke hadapan tuntutan kelas pekerja dan rakyat biasa.

TUSC Alternatif kepada Parti-parti Kapitalis di UK Sharifah

Page 10: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

10 ISU SERANTAU SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015

PELARIAN ROHINGYA: Krisis Kemanusiaan di Asia Tenggara Ravi

Dalam beberapa minggu ini, lebih daripada 2500 pelarian daripada Myanmar dan Bangladesh diselamatkan sementara seramai 800 lagi tidak dibenarkan masuk ke negara Malaysia, Indonesia dan Malaysia. Manakala seramai 8000 termasuk wanita dan kanak-kanak terkandas dalam bot di tengah laut apabila ditinggalkan begitu sahaja oleh penyeludup-penyeludup yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik. “Tolong saya hubungi keluarga saya. Mereka tiada minuman atau makanan, mereka akan mati”, luahan terdesak Hakim, seorang Rohingya yang sudah dua tahun berkerja di Malaysia, dan kelurganya kini terkandas dalam bot di laut.

Masyarakat Rohingya dihalau secara kejam oleh kerajaan Myanmar yang menganggap mereka sebagai pendatang yang tidak sah walaupun sejarah menunjukkan mereka adalah masyarakat pribumi yang sudah lama menetap di Negeri Rakhine yang merupakan sebahagian daripada Negara Myanmar. Akibat kekejaman rejim pemerintah, masyarakat Rohingya tiada pilihan,selain mencari jalan keluar dari penindasan. Mereka terpaksa melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia untuk menyelematkan diri. Tetapi, negara-negara lain mengutamakan kepentingan politik dan ekonomi masing-masing daripada mendapatkan penyelesaian kemanusiaan untuk pelarian Rohingya.

Penyeludup-penyeludup manusia pula mempergunakan kesengsaraan masyarakat Rohingya untuk membuat perniagaan. Mereka meminta di antara RM8000 hingga RM10000 kepada seorang pelarian dengan menjanjikan mereka akan dihantar ke negara seperti Malaysia atau Indonesia yang dianggap selamat. Bukan sahaja pelarian didera dan dianiya seperti hamba oleh penyeludup, malah mereka ditinggalkan begitu sahaja apabila penyeludup diburu

oleh polis.

Manakala, isu Rohingya yang sudah wujud lama, tetapi, kerajaan Najib yang menjadi pengerusi ASEAN dan kerajaan-kerajan lain di Asia Tenggara tidak mendesak rejim Myanmar untuk mendapatkan penyelesaian kepada masyarakat Rohingya. Malahan, pada setiap perjumpaan ketua-ketua Negara Asia Tenggara, perjanjian Ekonomi dan Pelaburan lebih diutamakan daripada krisis dan kekejaman ke atas kemanusiaan di rantau ini.

“ Kami juga ada hak. Kami juga manusia dan kami hanya mahu hidup. Mengapa semua menendang kami seperti kami ini objek ? Tolong jangan lakukan kami sebegini”, tuntut Din, seorang Rohingya yang menetap di Malaysia. Tetapi, kapitalisme di Myanmar dan rantau ini tidak akan mendapatkan penyelesaian untuk isu Rohingya sepertimana isu Palestin di Timur Tenggah. Sosialis menyokong hak negara sendiri untuk masyarakat Rohingya dan masyarakat-

masyarakat minoriti lain yang ditindas oleh rejim Myanmar. Tetapi, ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan membina solidariti pekerja dan golongan miskin Rohingya dengan masyarakat-masyarakat tertindas yang lain di Myanmar serta warga pekerja dan golongan miskin di rantau Asia Tenggara sebagai kuasa alternatif untuk melawan agenda rejim Myanmar dan kerajaan-kerajaan kapitalis di rantau ini. Pada masa yang sama agenda sosialisme di Myanmar dan rantau ini diperlukan sebagai alternatif untuk menyelesaikan konflik kemanusia dan krisis ekonomi dan sosial yang telah diwujudkan oleh kapitalisme. Sosial dan kesatuan sekerja di rantau ini perlu melakukan pembinaan alternatif tersebut. Manakala pergerakan kesatuan sekerja harus berjuang supaya semua pekerja migran diambil bekerja pada gaji dan syarat-syarat seperti pekerja tempatan untuk mengelakkan agenda ‘pecah dan perintah’ majikan untuk menurunkan gaji. Jika pergerakan kesatuan sekerja secara keseluruhan

melancarkan perjuangan yang serius terhadap gaji rendah dan hak berkesatuan, khususnya mengambil hak-hak pekerja migran, ia akan mengukuhkan pergerakan buruh.

Pada abad ke-21 ini, dunia semakin tidak stabil dan ganas, dan ini telah membawa kepada bilangan pelarian yang semakin meningkat meninggalkan negara mereka untuk mencuba dan mencari keselamatan di negara lain. Rejim yang menindas, peperangan dan konflik, krisis ekonomi dan bencana alam sekitar adalah di antara kondisi-kondisi yang mewujudkan pelarian di peringkat antarabangsa. Dalam dunia moden, di mana perjalanan lebih memungkinkan berbanding sebelum ini, penghijrahan tidak dapat dielakkan di mana orang akan cuba untuk melarikan diri dari keadaan yang mengerikan. Dan kondisi-kondisi itu adalah akibat sistem kapitalis yang berasaskan eksploitasi, persaingan dan mengejar keuntungan.

Sosialis berjuang untuk penghapusan kapitalisme dan untuk pembangunan sosialisme pada skala dunia. Hanya atas dasar ini ia menjadi mungkin untuk memanfaatkan sains dan teknik untuk membina sebuah masyarakat yang dapat memenuhi keperluan semua umat manusia. Dalam dunia sosialis tidak ada orang yang perlu untuk melarikan diri daripada kelaparan atau perang. Pada masa yang sama, sebahagian daripada perjuangan demi sosialisme adalah untuk hak manusia untuk bergerak. Pasport dan kawalan imigresen digambarkan oleh pihak kapitalis sebagai kekal dan tidak berubah tetapi mereka telah diperkenalkan lebih 100 tahun yang lalu. Di bawah kapitalisme moden, modal (kapital) bebas untuk merentasi dunia. Namun orang pula dianggap penjenayah jika mereka cuba meninggalkan negara asal mereka (kecuali, jika mereka diperlukan sebagai buruh murah). Hanya atas dasar sosialisme ia akan menjadi mungkin untuk mempunyai pergerakan bebas yang tulen merentasi sempadan negara.

Page 11: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -12 JUN - OGOS 2015 PERSPEKTIF 11

Pekerja Poland Bantah Polisi Kerajaan Yuva

Pada 18 April lalu , bantahan besar-besaran telah dilancarkan di bandar raya Warsaw, Poland. Para pekerja dari semua sektor telah menentang dasar-dasar neo-liberal kerajaan dan menuntut perlaksanaan polisi-polisi yang akan memihak kepada pekerja. Isu kontrak buruh, gaji, pencen dan cukai juga dipertengahkan dalam protes tersebut.Penganjur protes ini OPZZ ( Perikatan Kesatuan Sekerja Poland ), merupakan persekutuan buruh kedua terbesar di Poland dan mempunyai bilangan anggota seramai 500 ribu.

65 ribu pekerja yang hadir berjaya menakluki seluruh ibu kota Poland selama berjam-jam. Empat perarakan yang bermula di bahagian yang berlainan di bandar bertemu di hadapan pejabat Perdana Menteri. Lebih 20 ribu guru menghadiri protes itu dari seluruh negara, termasuk bandar-bandar kecil dan kawasan-kawasan terpencil. Terdapat juga kehadiran yang ramai daripada pelombong, pekerja tenaga, ahli bomba, pekerja logam dan lain-lain.

Tuntutan umum mereka adalah untuk meningkatkan gaji minimum, pengenalan gaji minimum setiap

jam, membantah kontrak kerja yang tidak adil, menurunkan cukai untuk golongan miskin dan menurunkan umur persaraan. Pekerja daripada pelbagai sektor turun dengan permintaan tertentu tetapi sebahagian besar daripadanya adalah berkaitan dengan keadaan kerja yang semakin merosot. Pekerja sektor awam secara umumnya menggariskan penentangan mereka terhadap pemotongan perbelanjaan sosial, penswastaan dan penyumberan luar (‘outsourcing’). Bantahan pekerja sektor swasta, terutama pekerja muda adalah terhadap masalah kontrak kerja sementara yang diistilahkan sebagai “kontrak sampah” yang mengakibatkan para pekerja dianiaya oleh majikan sesuka hati.

Walaupun demonstrasi 18 April itu dianggap telah berjaya, malangnya pihak penganjur tidak mengariskankan perancangan susulan bagi membawa gerakan ini kehadapan. Penganjur perlu membina gerakan yang boleh menjurus kearah mogok umum dimana warga pekerja dapat menyedari kuasa sebenar mereka dan membina gerakan seterusnya

daripada sana. Walaupun beberapa ucapan yang berbunyi radikal telah diucapkan oleh kepimpinan OPZZ, komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin kelas pekerja boleh dipersoalkan.

Kelas pekerja sudah menunjukkan kesediaan untuk turun berjuang mempertahankan nasib mereka. Para guru, jururawat, pekerja pos dan pekerja keretapi sudah pun mengisytiharkan kesediaan mereka untuk melancarkan mogok dalam sektor masing-masing jika tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan. Pekerja dari semua sektor ekonomi sudah semakin tidak mampu menjalani kehidupan harian mereka dengan polisi-polisi neoliberal kerajaan kapitalis.

Apabila kesedaran sudah meningkat di kalangan pekerja - sudah tiba masanya untuk membawa mereka bersama-

sama dalam tindakan bersepadu. Kelas pekerja memerlukan strategi untuk menganjurkan mogok dan demonstrasi dalam semua sektor dan wilayah, yang boleh menjurus kepada permogokan umum di seluruh negara.

Sosialis Alternatif (CWI Poland) telah mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut dengan meletakkan slogan menuntut strategi yang boleh membawa

kepada mogok umum. Mereka berhujah bahawa semua pekerja harus membawa isu mogok umum dalam kesatuan mereka dan menuntut para pemimpin untuk mengambil tindakan. Jika kesatuan tidak mara ke hadapan, pekerja tiada pilihan selain menyusun tindakan mereka sendiri untuk menyelamatkan kehidupan mereka dan untuk memenangi semula hak-hak yang telah hilang.

Sambutan bulan puasa dan hari raya tahun ini pastinya lebih mencabar bagi golongan pekerja dan rakyat biasa. Di tengah keadaan ekonomi negara yang semakin merudum dan dasar kerajaan yang lebih banyak menguntungkan orang-orang kaya, bebanan pastinya ditanggung oleh seluruh rakyat kecil. Padahal, bulan puasa dan hari raya adalah masa di mana rakyat, terutama orang Islam memerlukan lebih banyak barangan keperluan. Ini bermakna perlu juga wang yang lebih untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat itu. Ada yang menabung sejak jauh-jauh hari untuk memastikan keperluan di musim perayaan ini

boleh terpenuhi. Namun apakan daya, wang yang sepatutnya ditabung kini semakin berkurangan kerana pasti terserap oleh GST. Ada pula yang mengambil kerja lebih masa walaupun mesti mengorbankan masa yang berkualiti dengan keluarga dan orang tersayang. Ada juga yang inginkan duit lebih dengan bekerja lebih masa tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana syarikat tempatnya bekerja produktivitinya sedang menurun akibat ekonomi yang merudum.

Bagi sebahagian yang lain, bulan puasa juga menjadi masa yang tepat

untuk mendapat sumber kewangan yang baru. Berniaga juadah berbuka di pasar Ramadhan ataupun barangan keperluan untuk hari raya seperti pakaian dan makanan adalah satu cara yang banyak ditempuh untuk mendapatkan wang tambahan. Untuk menjalankan aktiviti perniagaan ini, mereka mesti menyewa tapak yang mesti dibayar terlebih dahulu kepada penganjur. Selain itu, modal untuk berniaga juga mesti dicari. Bagi mereka yang duit gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja, berhutang mungkin satu-satunya cara untuk mendapatkan tapak dan modal berniaga. Kerajaan memang

menyediakan satu skim pinjaman untuk mereka yang ingin menceburi perniagaan di bulan Ramadhan, tetapi melalui satu persaingan dan prosedur yang cukup ketat. Walhal pinjaman yang diberikan tidaklah sebesar mana.

Lumrah berniaga, mesti mahu untung, walaupun realitinya tidak semua orang berniaga akan mendapat untung. Bagi mereka yang berniaga dengan modal yang didapatkan dari berhutang, kerugian adalah satu perkara wajib yang mesti dihindari. Oleh sebab itu segala cara akan dilakukan supaya keuntungan dapat dijana. Satu-satunya hukum berniaga yang semua orang tahu adalah mengeluarkan modal yang minima, namun dengan mengharapkan keuntungan maksima. Ini adalah hukum asas ekonomi kapitalisme. Tetapi tidak semua orang sedar bahawa keuntungan yang seperti itu sebenarnya sukar didapatkan tanpa merugikan orang lain, terutamanya pembeli. Rungutan orang awam yang biasa kita dengar pada bulan puasa adalah harga makanan di pasar ramadhan yang semakin mahal, saiz makanan yang semakin mengecil, karipap angin, lebih banyak ais batu berbanding air, dan sebagainya. Praktik-praktik sedemikian dilakukan kerana mengikuti hukum asas keuntungan maksimum tadi, iaitu mengeluarkan

modal sedikit untuk keuntungan berganda.

Memang tidak semua peniaga berbuat demikian. Tidak dinafikan ada yang masih ikhlas dan menjaga supaya unsur-unsur kecurangan dalam berniaga dielakkan. Namun di sini kita merujuk kepada sistem ekonomi sebagai satu sistem kitaran yang mencakupi keseluruhan manusia seperti sebuah sambungan mata rantai yang tidak pernah putus. Seorang penjual sekali gus juga adalah pembeli untuk barangan keperluan lainnya. Ia akan mendapatkan perlakuan yang sama sebagai pembeli kerana peniaga yang lain juga mahukan keuntungan maksima.

Kitaran itu akan terus berputar mengikut arah yang sama. Dan kita pun akan terbawa jika tidak bersama-sama mengubahnya. Mengubah mentaliti diri sendiri dan bekerja keras seperti yang selalu dicadangkan oleh para pakar motivasi tidak akan dapat merubah sistem ekonomi yang ada saat ini. Itu adalah ciri sikap individualistik yang hanya mementingkan diri sendiri. Padahal yang kita perlukan adalah solidariti sesama kelas pekerja untuk mewujudkan sebuah sistem ekonomi baru yang lebih adil. Inilah yang selalu saya fikirkan setiap kali bulan puasa dan hari raya datang menjelma.

Bila Puasa dan Hari Raya Menjelma Ian

Page 12: PEKERJA DIPINGGIRKAN, MAJIKAN DIUTAMAKAN · pula lebih mementingkan sistem pasaran bebas dan sentimen keuntungan maksimum kapitalis. Pada masa yang sama, kerajaan ... keluar kepada

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pendidikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan

kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.

• Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah. • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan

kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

• Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan

keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak MudaISU KE - 12 JUN - OGOS 2015 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Sosialis Alternatif adalah sebahagian daripada pertubuhan sosialis dan kelas pekerja antarabangsa (Committee for a Workers’ International) yang

beroperasi di lebih 50 buah negara. Sosialis Alternatif berkempen menentang penindasan kapitalisme ke arah membentuk masyarakat yang berlandaskan demokratik sosialisme di Malaysia dan sedunia.

Sertai Perjuangan Kami!http://www.socialistworld.net www.asocialistmalaysia.blogspot.com

[email protected] 011-12859623 ( Yuva ) /SolidaritiPekerja