laporan berkumpulan: serangan lahad datu menampakkan kedaulatan tidak boleh dipinggirkan

64
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 1 SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN ISU KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN 1.0 PENGENALAN Pelbagai persoalan timbul mempersoalkan kerapuhan struktur pertahanan negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kelewatan mengesan kemasukan angkatan bersenjata sehingga membolehkan mereka menawan Kampung Tanduo dan Felda Sahabat 17 di Sabah. Pencerobohan Lahad Datu ini juga telah memberikan satu kejutan kepada Malaysia kerana ia melibatkan aktor negara dari negara asing, iaitu sekumpulan angkatan bersenjata rakyat Filipina yang mendakwa penyokong kuat Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III. Malah pencerobohan yang melibatkan rakyat Filipina ini turut memberi impak terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. Walau bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan Filipina telah menafikan penglibatan mereka malah laporan media Filipina bertindakbalas dengan menyatakan perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang negara ini adalah dalang kepada isu pencerobohan Lahad Datu (Sinar Harian, 3 Mac 2013). Malah Presiden Aquino juga mengarahkan ‘Sultan Sulu’ untuk memanggil semula pengikut mereka untuk menyerah diri bagi membincangkan tuntutan yang dilakukan (Poling et al., 2013). Presiden Aquino menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu (TKS) ini antara lainnya adalah untuk memalukan beliau dan kerajaan pimpinan beliau di samping bersetuju dengan andaian yang menyatakan ianya sebagai satu cubaan untuk merosakkan perjanjian damai yang sedang diusahakan antara Malaysia-Filipina dengan Bangsamoro ketika itu. Tindakan yang dilakukan oleh Kiramini telah meletakkan kedudukan rakyat Filipina di Sabah ketika itu, termasuk lebih kurang 800,000 orang-Suluk, berada dalam keadaan tidak selamat. Dalam hal ini pihak polis telah dikerahkan pada peringkat awal pencerobohan untuk menanganinya sebelum ianya diambil alih oleh pihak tentera (Khor, 2013).

Upload: fina-finaie

Post on 22-Mar-2017

56 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

1

SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN ISU KEDAULATAN

TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

1.0 PENGENALAN

Pelbagai persoalan timbul mempersoalkan kerapuhan struktur pertahanan

negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kelewatan mengesan kemasukan

angkatan bersenjata sehingga membolehkan mereka menawan Kampung Tanduo

dan Felda Sahabat 17 di Sabah.

Pencerobohan Lahad Datu ini juga telah memberikan satu kejutan kepada

Malaysia kerana ia melibatkan aktor negara dari negara asing, iaitu sekumpulan

angkatan bersenjata rakyat Filipina yang mendakwa penyokong kuat Kesultanan

Sulu, Jamalul Kiram III. Malah pencerobohan yang melibatkan rakyat Filipina ini turut

memberi impak terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. Walau

bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan Filipina telah menafikan penglibatan mereka

malah laporan media Filipina bertindakbalas dengan menyatakan perisikan Filipina

mendapati individu dalam pembangkang negara ini adalah dalang kepada isu

pencerobohan Lahad Datu (Sinar Harian, 3 Mac 2013).

Malah Presiden Aquino juga mengarahkan ‘Sultan Sulu’ untuk memanggil

semula pengikut mereka untuk menyerah diri bagi membincangkan tuntutan yang

dilakukan (Poling et al., 2013). Presiden Aquino menyatakan bahawa tindakan yang

dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu (TKS) ini antara lainnya adalah untuk

memalukan beliau dan kerajaan pimpinan beliau di samping bersetuju dengan

andaian yang menyatakan ianya sebagai satu cubaan untuk merosakkan perjanjian

damai yang sedang diusahakan antara Malaysia-Filipina dengan Bangsamoro ketika

itu. Tindakan yang dilakukan oleh Kiramini telah meletakkan kedudukan rakyat Filipina

di Sabah ketika itu, termasuk lebih kurang 800,000 orang-Suluk, berada dalam

keadaan tidak selamat. Dalam hal ini pihak polis telah dikerahkan pada peringkat awal

pencerobohan untuk menanganinya sebelum ianya diambil alih oleh pihak tentera

(Khor, 2013).

Page 2: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

2

Dalam usaha melindungi keselamatan dan kedaulatan negara, seramai lebih

kurang 8,000 anggota keselamatan dikerahkan di bawah misi Ops Daulat. Operasi

yang dilakukan juga menahan seramai hampir 600 orang termasuk 31 orang yang

telah dibicarakan. Kejadian yang berlaku telah mengorbankan seramai 72 orang di

mana 56 daripadanya adalah dari pihak TKS, sepuluh anggota keselamatan Malaysia

dan enam orang awam (Goh, 2013; Gomez, 2013; Katharason et al., 2013; Mazwin

et al., 2013). Peristiwa tersebut boleh ditelusuri melalui susunan kronologi berikut.

Jadual 1 : Kronologi peristiwa Lahad Datu, Sabah

TARIKH

2013 PERISTIWA

9 Feb • Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot

pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17,

Kampung Tanduo, Lahad Datu

11 Feb • Lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api dikesan

berkampung di Kampung Tandou. Laporan polis dibuat oleh nelayan

tempatan yang mengesan kehadiran kumpulan ini pada waktu malam.

12 Feb • Kumpulan penceroboh berpecah di beberapa lokasi di Kampung Tandou

- di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan di rumah penduduk

tempatan.

14 Feb • Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir

pantai Lahad Datu, sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu'

16 Feb • Menteri Dalam Negeri mengesahkan kumpulan tersebut penyokong

'Kesultanan Sulu'.

24 Feb • Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk membawa pulang 180

‘tentera diraja’ termasuk 30 pengawal bersenjata.

26 Feb • Tempoh pengusiran tamat. Namun, rundingan masih dijalankan

28 Feb • Agbimuddin Kiram menggesa Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan

secara terus dengan abangnya, Jamalul Kiram III di Manila agar 180

'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17,

1 Mac • Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan penceroboh

Page 3: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

3

• Dua anggota polis terkorban, tiga lagi cedera dan 12 penceroboh

terbunuh.

2 Mac • Pertempuran berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna

• Seramai 12 orang terbunuh, termasuk enam anggota polis.

4 Mac • Presiden Benigno Aquino III berjanji menyelesaikan pencerobohan di

Sabah melalui jalan keamanan.

5 Mac • Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke

Kampung Tanduo. Perdana Menteri mengumumkan ‘Ops Daulat’ bagi

menjaga maruah dan kedaulatan negara.

6 Mac • 13 mayat penceroboh ditemui di Kampung Tanduo. Sembilan daripada

mayat ditemui dalam sebuah kubur.

• Empat lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan

penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

7 Mac • Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata. Namun, Perdana

Menteri menolak gesaan gencatan senjata dan penceroboh meletakkan

senjata tanpa syarat

• Perdana Menteri juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan

keselamatan meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

• Seramai 52 orang penceroboh terbunuh.

8 Mac • Lebih 50 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012.

9 Mac • Seorang penceroboh ditembak mati pada jam 8 pagi.

• Pasukan keselamatan menahan seramai 27 suspek

• Jamalul Kiram III, meminta diadakan ‘perbincangan’ tetapi tawaran’ini

ditolak.

• Seramai 53 orang penceroboh ditembak mati dan 79 suspek ditangkap.

10 Mac • Seorang remaja lelaki ditembak mati dan seorang lelaki dewasa cedera

• Di Semporna, enam orang ditahan dalam dua kejadian yang berasingan.

• Di Tanjung Batu, dua anggota pasukan keselamatan telah cedera

11 Mac • Gerakan operasi ‘mopping-out’ giat diperhebat di kawasan Kampung

Tanjung Batu dan Sungai

Bilis.

• Seramai 54 penceroboh Sulu telah terbunuh, 97 orang telah ditahan

12 Mac • Seorang tentera Malaysia terkorban dan tiga penceroboh ditembak mati.

Page 4: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

4

13 Mac • Pesuruhjaya Polis Sabah percaya ketua kumpulan penceroboh militan

Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.

• Dua mayat penceroboh ditemui.

• Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk helikopter dari

Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai

14 Mac • Seorang lelaki ditahan bersama dua bilah pedang samurai serta tiga

parang panjang.

• Seramai 35 pengikut waris Jamalul Kiram III ditahan di Filipina.

• Malaysia bercadang menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau

membuka kertas putih bagi menyiasat

• Kementerian Pertahanan kini menjaga perairan timur Sabah yang

sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

15 Mac • Ketua kumpulan penceroboh, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan

ke tempat asalnya di Selatan Filipina.

• Anggota keselamatan menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo

yang mengandungi 15 mayat

• 61 orang penceroboh telah ditembak mati.

16 Mac • Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan segera bagi

menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

• Anggota keselamatan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai

penceroboh Sulu di kawasan

Felda Sahabat 17

17 Mac • Anggota keselamatan telah berjaya ditembak mati

• Seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan

(Langkah-langkah khas)

2012 (SOSMA) manakala 241 orang lagi telah ditahan

18 Mac • Pasukan keselamatan telah bertempur dengan saki baki penceroboh Sulu

di kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22,

• Sebanyak 17 kenderaan perisai jenis 'armoured personnel carrier' (APC)

Adnan tiba di Lahad Datu dan 17 trak tentera yang dipenuhi anggota

tentera.

Page 5: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

5

• Jumlah tangkapan seramai 104 dan jumlah musuh yang telah ditembak

mati seramai, 62. Ops Daulat telah mengorbankan sembilan anggota

keselamatan negara, manakala sembilan lagi cedera.

20 Mac • Satu mayat musuh telah ditemui

• Seorang anggota ATM tercedera

21 Mac • Seorang musuh dibunuh dan seorang wanita ditangkap

• Lapan warga Filipina berdepan dengan hukuman mati dan penjara

seumur hidup kerana melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan

Agong dan menjadi ahli kumpulan penceroboh

22 Mac • Jumlah penceroboh yang ditewaskan seramai 63 orang. Jumlah anggota

keselamatan negara yang gugur seramai 10 orang.

Sumber: Astroawani (9 Mac 2013) “Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah”

Paparan kronologi menunjukkan pencerobohan aktor bukan negara rakyat

Filipina telah menggugat kedaulatan dan keselamatan negara kerana ia melibatkan

kehilangan nyawa dan ketidakselamatan rakyat dan juga negara. Menjadi persoalan

di sini ialah, bagaimanakah kehadiran penceroboh ini pada peringkat awalnya tidak

dapat dikesan? Pihak ATM dan APMM sendiri tidak menyedari akan pendudukan

tersebut sehinggalah kejadian ini dilaporkan oleh rakyat tempatan yang sangsi dengan

kehadiran mereka (Temubual dengan penduduk tempatan, 20 Ogos 2013).

Pencerobohan ini juga gagal dikesan oleh pihak polis sedangkan Kampung Tanduo

terletak berhampiran dengan Balai Polis Felda Sahabat 16 (Khor, 2013).

2.0 ISU-ISU KONFLIK LAHAD DATU

Konflik merupakan satu perselisihan atau pertentangan yang terjadi antara kumpulan

atau masyarakat dengan tujuan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan dengan cara

saling menentang dengan menggunakan kekerasan. Di Malaysia, Sabah merupakan

salah sebuah negeri yang tidak terkecuali daripada isu serangan, rompakan dan

pencerobohan. Hal ini kerana kedudukan geografinya yang terletak berasingan

daripada semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara-negara jiran

merupakan salah satu faktor dan sebab berlakunya isu-isu tersebut.

Page 6: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

6

Antara isu konflik yang terdapat di Lahad Datu, Sabah :-

2.1 Isu Pencerobohan (Perebutan Kawasan).

Konflik yang berlaku di Lahad Datu adalah isu pencerobohan Tentera

Kesultanan Sulu memasuki Sabah disebabkan oleh perebutan kawasan. Kumpulan

penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu

Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira

200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini

diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul

Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk

jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

Pada 9 Februari 2013, Tentera DiRaja Kesultanan Sulu ini telah mencerobohi

kawasan perairan negari Sabah dengan menggunakan bot pancung dan berkumpul

secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Sebahagian

daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu

malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki

berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

Kumpulan penceroboh ini tetap tidak mahu berundur dan berganjak walaupun

rundingan telah dilakukan pada peringkat awal. Manakala, sasaran kumpulan ini tetap

sama iaitu untuk mendapatkan kedaulatan ke atas wilayah Sabah bagi mewujudkan

semula kerajaan Kesultanan Sulu yang mutlak dan berdaulat. Kerajaan Malaysia

digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila

untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan

selama lebih tiga minggu.

Rajah 1 : Pencerobohan di Lahad Datu

Page 7: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

7

2.2 Tuntutan Bertindih.

Isu tuntutan terhadap Sabah ini bukanlah kali pertama ditimbulkan. Hal ini

dapat dibuktikan dengan mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah Borneo

Utara.

2.2.1 SEJARAH RINGKAS BORNEO UTARA

Rajah 2 : Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16

Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa

kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) pada tahun

600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara

kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan

berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang

di temui di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran

barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku.

Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai tiga bentuk

sistem politik iaitu :-

1) Sistem politik kesukuan.

Terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh

kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan

kumpulan lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan

jeram.

Page 8: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

8

2) Sistem politik Kesultanan.

Sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan

bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh

wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system Kesultanan Brunei tanah dan

rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum

bangsawan Brunei di beri hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan

tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu :-

a) Tanah milik para Pengiran

b) Tanah Kuripan

c) Tanah Sultan

3) Sistem Politik Kuasa Bebas.

Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat

mencabar kuasa Sultan. Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan

mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-

kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai

pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-

tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-

1840.

2.2.2 KESULTANAN SULU DAN SABAH.

Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila

perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan

Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan

pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya,

Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur

Borneo) kepada Sultan Sulu.

Page 9: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

9

2.2.3 PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH

Rajah 3 : Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu

British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander

Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan

perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-

kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau

Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di

Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun

1805.

Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk

menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan

Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta

meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan British sehingga tahun 1907,

apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat

perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan

Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada

pedagang AS di Hong Kong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.

Page 10: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

10

Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual

haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang

bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun

1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di

Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.

Rajah 4 : Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British

Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk

menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada

Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran

$ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu

terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan,

pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat

yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan “SULU MENYERAHKAN BORNEO

UTARA” kepada British.

Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British

kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan

senjata api dan ubat bedil. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada

Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut

yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga

tidak ada matahari dan bulan”.

Page 11: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

11

Walaubagaimanapun British telah mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah

apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa

meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British

bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja

yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria

terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.

Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana

kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah

pengaruh British. Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak

pembangunan telah di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat

juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan

penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915.

Pihak British North Borneo Company ( BNBC) berupaya memerintah Borneo

Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera

Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia

dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun

1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran

Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila

kerajaan sivil disambung semula.

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana

BNBC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang

Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah

menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua

dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah

sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBC. Pembinaan semula dan

pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Page 12: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

12

Rajah 5 : Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963

Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga

tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti

yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat

ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya,

Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan

Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan

nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara

telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada

tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Page 13: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

13

2.2.4 FILIPINA MENUNTUT SABAH

Rajah 6 : Presiden Diasdado Macapagal

Pada 12 September 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado

Macapagal, Wilayah Borneo Utara telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang

memerintah ketika itu, kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E.

Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina

kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina

telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan

dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada

tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka

demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang

terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk

menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan

Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk

dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro

Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.

Page 14: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

14

2.3 Penolakkan Perundingan Secara Pendamaian.

Dalam konteks negara Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang

dicerobohi perlu mengambil inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Sabah

daripada jatuh ke tangan kumpulan penceroboh. Walaupun isu ini dianggap tidak

relevan kerana penyelesaian terhadap peralihan wilayah Sabah kepada Malaysia

telah dilakukan sejak beberapa tahun dahulu bersama British North Borneo Company

(BNBC), kerajaan Malaysia harus bersikap profesional dalam menyelesaikan isu

berkenaan melalui toleransi dan perundingan secara aman bagi mempertahankan

Sabah kerana ia adalah milik negara Malaysia.

Wakil daripada Malaysia iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

telah melakukan sebuah perundingan terlebih dahulu dengan Kesultanan Sulu

(Agbimuddin Kiram) supaya berundur dari Lahad Datu,Sabah secara damai. Namun,

Agbimudin Kiram telah memberitahu bahawa abangnya , Jamalul Kiram III tidak mahu

berundur dan menolak perdamaian yang cuba dilakukan. Jamalul Kiram III telah

berkata, “Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka

(rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di

Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah

kami”. Agbimudin Kiram telah menggesa Kerajaan Malaysia membuat rundingan

secara terus dengan abangnya di Manila jika hendak menamatkan konflik perebutan

kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Hal ini

demikian kerana hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’

meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

Page 15: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

15

Rajah 7 : Sultan Jamalul Kiram

Namun, perkara ini telah dibubarkan oleh kerajaan Filipina yang baru pada

tahun 1989 dengan menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula

hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang,

Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan

Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah

melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan

Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina.

2.4 Pertempuran.

Rajah 8 : Kemasukkan Tentera Kesultanan Sulu

Page 16: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

16

Kesultanan Sulu ini menceroboh kawasan perairan Sabah kerana faktor

kerjasama di antara kerajaan Filipina dan kerajaan Malaysia tanpa kerjasama

melibatkan Kesultanan Sulu dalam proses pendamaian di antara kerajaan Filipina

dan Moro Islamic LiberationFront (MILF). Oleh hal yang demikian, pihak Kesultanan

Sulu menganggap bahawa kerjasama baik di antara kerajaan Malaysia dan Filipina di

bawah pimpinan Benigno Aquino akan menggugat proses pengambilan wilayah

Sabah seterusnya perkara tersebut tidak akan dihiraukan oleh kerajaan Filipina. Oleh

itu, pihak Kesultanan Sulu telah memainkan peranan secara bersendirian untuk

menuntut wilayah Sabah tanpa mendapatkan bantuan daripada kerajaan Filipina

dengan cara menceroboh perairan Sabah.

Apabila perundingan secara damai gagal dilaksanakan, pertempuran telah

tercetus di antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil daripada kumpulan

penceroboh ketika mereka cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo,

menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera

pada 1 Mac. Keesokkannya, ATM dan PDRM meningkatkan langkah berjaga-jaga di

sekitar Lahad Datu dan kawasan berdekatan. Pada jam 1830, dikhabarkan terdapat

serangan hendap oleh sebuah kumpulan bersenjata di Semporna terhadap

sepasukan polis yang sedang membuat serbuan. Seterusnya, PDRM mengesahkan

5 lagi anggotanya mati ketika diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul,

Semporna, Sabah sementara 2 orang dari kumpulan bersejata terbunuh.

2.5 Lambakan Pendatang Asing.

Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan isu kewarganegaraan di Sabah

sudah menjadi duri dalam daging dan membengkak sehingga bernanah. Isu ini perlu

ditangani dengan bijaksna dan kesungguhan politik yang tinggi. Kita tidak boleh

menyoroknya di bawah karpet atau berpura-pura ia tidak wujud. Sebab, lagi lama

masalah ini kita biarkan, lagi mudarat untuk masa depan Sabah dan negara ini. Orang

Sabah perlu dibela.

Kebanjiran PATI di Sabah bukan saja boleh menimbulkan masalah dari segi

kedaulatan negara pada jangka panjang, tetapi boleh mencetuskan masalah sosial,

politik, ekonomi dan keselamatan. Ia boleh menjadi bom jangka yang bakal meledak

pada bila-bila masa. Penduduk Sabah hanya 651,304 orang pada tahun 1970, dan

Page 17: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

17

meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Hanya dalam tempoh dua dekad

selepas 1980, penduduk negeri itu naik 1.5 juta, dan mencecah 2,468,246 menjelang

tahun tahun 2000. Dalam tempoh tiga dekad, antara tahun 1970-2000, mengikut

laporan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja mengenai pendatang asing, peningkatan

penduduk Sabah adalah 301 peratus, berbanding Sarawak 106 peratus, dengan

peningkatan terbesar sebanyak 78 peratus pada tahun 1991. Media melaporkan sejak

tahun 2010, jumlah itu mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak

27 peratus atau 889,799 orang.

Rajah 9 : Pendatang Tanpa Izin yang Memasuki Perairan Sabah

Page 18: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

18

2.6 Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Rajah 10 : Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)

Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke

Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang

menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari

ini. "Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir

dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata

Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF.

"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran)

walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana,"

katanya. Beliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi

kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah

menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu,

yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram. Majlis Perintah Islam MNLF menyelia

semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian

daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya. Hashim berkata

walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar

ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah.

"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada

satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari

Sulu." Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-

Page 19: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

19

besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu

di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya

27 orang terbunuh.Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan

Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.

2.7 Tahap Keselamatan.

Tiga tahun sudah berlalu, namun ancaman pengganas Sulu berikutan insiden

pencerobohan kumpulan berkenaan pada awal februari 2013 di Kampung Tanduo,

Lahad Datu masih wujud hingga ke hari ini.

Tarikh 9 Februari 2013 menjadi detik hitam sejarah negara apabila kira-kira 150

penceroboh dari selatan Filipina dikesan mendarat secara berperingkat di Kampung

Tanduo, sebelum kehadiran mereka dilaporkan kepada polis oleh penduduk tempatan

pada 12 Februari 2013.

Kehadiran kumpulan bersenjata itu menimbulkan ketegangan dan

mencetuskan perempuran berdarah dengan pasukan keselamatan selepas rundingan

meminta mereka meninggalkan Kampung Tanduo gagal. Kerapuhan struktur

pertahanan negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengesan kemasukan Tentera

Kesultanan Sulu (TKS) telah menunjukkan bahawa pertahanan negara Malaysia tidak

berada pada kedudukan yang maksimum. Malah, Keselamatan Khas Pantai Timur

Sabah ( ESSCom) belum wujud pada ketika itu.

Hal ini menyebabkan seramai 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan

terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, selain dalam

Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac di gugusan Labian, Lahad Datu.

Page 20: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

20

Rajah 11 : Kawalan Kemasukkan Diperketatkan

3.0 FAKTOR-FAKTOR SERANGAN DI LAHAD DATU

3.1 Penglibatan keluarga Jamalul Kiram III dan penduduk tempatan.

Pendudukan TKS di Kampung Tanduo sebenarnya telah berlaku secara

berperingkattanpa dapat dikesan oleh penduduk tempatan.

“The group enters Malaysian waters in a boat and begins to gather in stages at Felda

Sahabat 17, Kampung Tanduo in Lahad Datu” [...] The group breaks into a smaller

groups to enter several locations in the village, namely Sungai Bakau village, village

surau and the house of one of the villagers, Ahmad Malandi” (AsiaOne, 2 Mac 2013)

Kehadiran pencerobohan ini, berjaya dikaburi dengan kaedah penyamaran

yang melibatkan golongan wanita dan warga tua. Hal ini dapat dilihat pada kenyataan

yang dikeluarkan oleh Bunn (2013) yang menyifatkan, “...as a decoy, some of them

were elderly men and women, but they were armed with automatic weapons and with

handguns provided by locals, a plan that fooled the authorities here”.

Malah, penglibatan anak bekas ketua Kampung Tanduo sebagai penyelaras

tempatan bagi gerakan bersenjata Sulu di Sabah turut sama memainkan peranan

penting dalam menjawab persoalan mengapakah kegiatan mereka ini tidak dapat

dikenal pasti di peringkat awal (Bunn, 2013; Lee, 2013). Terdapat ramai penduduk

tempatan yang tinggal adalah terdiri dari mereka yang berketurunan Filipina (Bunn,

Page 21: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

21

2013; Supriyanto, 2013). Malah, aktiviti migrasi penduduk Filipina di Sabah juga

merupakan satu perkara ‘kebiasaan’ di tiga kawasan utama Sabah iaitu di Lahad Datu,

Sandakan dan Tawau (Ramli et al., 2003; Sadiq, 2005). Kewujudan penduduk

masyarakat keturunan Suluk dari Filipina ini telah menyebabkan migrasi rantaian

berlaku sehingga kehadiran mereka di Sabah berterusan. Ini turut membabitkan kaum

keluarga dan sahabat terdekat Kiram yang tinggal di beberapa kawasan di Sabah dan

Semenanjung Malaysia.

Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star umpamanya,

menyatakan bahawa abang kepada Raja Muda Aghimuddin Kiram, iaitu Raja

Azzimudie Kiram, turut sama terlibat dalam menyediakan pelbagai bentuk keperluan

dan kemudahan yang diperlukan oleh TKS sebelum dan sewaktu pencerobohan ini

dilakukan (The Star,12 Mac 2013). Sebagai seorang nelayan yang telah lama

menetap di kawasan Lahad Datu (Semporna), bersama-sama dengan keluarga

mereka, beliau mahir tentang perkembangan politik tempatan, selok belok kawasan

Lahad Datu, kekuatan dan kelemahan kawalan serta perairan negara. Penglibatan

ahli keluarga penceroboh dalam gerakan bersenjata Lahad Datu telah menjadikan

pecerobohan dan pendudukan TKS sukar untuk dikesan. Ditambah pula dengan

keadaan perairan negara yang besar (struktur fizikal Sabah), penjagaan keselamatan

yang kurang ketat serta jarak antara Malaysia dan kepulauan Filipina yang terlalu

dekat (geostrategik Sabah dengan Filipina) (Temubual dengan ESSCOM, 20 Ogos

2013).

Rajah 12 : Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan

Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan

Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah

pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang

diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

Page 22: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

22

3.2 Kepatuhan pada titah perintah Jamalul Kiram III

Pendudukan ini turut berlaku ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III

pada 1 November 2012. Ia mengarahkan pengikut beliau menduduki semula Sabah

(Thayer 2013). Arahan ini telah membuatkan seramai hampir 100 orang rakyat

Filipina, lengkap bersenjata, mendarat di kawasan pantai Lahad Datu dan menawan

Kampung Tanduo. Pencerobohan ini dilakukan untuk kembali semula ke tanah asal

tinggalan Sultan Sulu, iaitu Sabah (yang didakwa hak mereka) yang telah ‘dipajakkan’

kepada kerajaan Malaysia.

Adalah dipercayai Sultan Sulu tidak pernah memberikan kemerdekaan kepada

Sabah (Borneo Utara). Sebaliknya, Sabah mengikut perjanjian yang dimenterai antara

Alfred Dent dan Baron von Overback dengan Sultan Sulu pada tahun 1878 hanya

dipajakkan dengan bayaran sejumlah RM5,000. Bayaran ini bagaimanapun telah

ditingkatkan kepada RM5,300 mengikut persetujuan yang ditandatangani dalam

Perjanjian Confirmation of Cession Certain Islandspada tahun 1903 (Bunn, 2013).

Ada kemungkinan “kembali semula” yang dimaksudkan adalah untuk

mendapatkan semula Sabah dari pegangan Malaysia. Hal ini jelas dapat dilihat pada

kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Muda Sulu, Raja Muda Agbimuddin dalam sesi

temubual yang dilakukan dengan wakil media Filipina, Inquirer Global Nation. Menurut

beliau (Cruz, 2013);

“...the government appeared to have neglected the heirs and ignored their stand that

their claim to Sabah was an “integral and essential” aspect of any peace agreement

with any armed group in Mindanao. Abraham JulpaIdjirani, secretary general and

spokesperson of the Sultanate of Sulu, said the decision to show not just physical

presence but actual occupation of Sabah came late last year, shortly after the Aquino

administration signed a Framework Agreement on the Bangsamoro with the MILF [...]

They are not interested, this government and the previous governments, so we

decided to act on our own.”

Terdapat kemungkinan yang menjelaskan pencerobohan ini adalah sebagai

satu langkah memboikot proses damai antara MNLFdengan Manila yang ketika itu

sedang digerakkan oleh kerajaan Malaysia ketika itu.

Page 23: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

23

Rajah 13 : Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan

Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa

politik di Sabah.

3.3 Kedudukan geostrategik dan geofizikal Sabah

Ruang perairan yang luas, iaitu sepanjang 1,400 km adalah antara faktor. Perkara

yang sama turut menjadi isu dalam membicarakan tentang tanggungjawab agensi

keselamatan negara seperti APMM dalam mengawal rapi struktur keselamatan dan

kedaulatan di kawasan perairan negara. Di Sabah, hampir dua pertiga batas

sempadannya dikelililngi oleh laut. Berbeza dengan batas sempadan darat, yang

disempadani dengan tembok tinggi yang memisah dua negara, bukaan ruang perairan

yang luas ini telah menyebabkan agensi penguatkuasaan maritim dan tentera laut

negara sukar untuk mengenakan penjagaan rapi ataupun melakukan pengawasan

ketat terhadap perkara-perkara yang berlaku di kawasan perairan berkenaan (Berita

Harian Online, 18 Febuari 2013).

Page 24: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

24

Rajah 14 : Ruang perairan yang luas (1400km)

3.4 Ketidakcukupan anggota keselamatan dan aset

Kekurangan anggota dalam APMM, pemilikan jumlah aset dan jumlah peruntukan

yang sedikit bagi tujuan penyelenggaraan, pembelian aset dan kekurangan pos

kawalan keselamatan di kawasan perairan turut menjadi faktor. Permasalahan yang

dihadapi ini dapat dilihat pada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penguatkuasa

APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim,

Karunanithi A/L Munusamy, di mana menurut beliau adalah [satu] perkara yang

mustahil bagi kira-kira 750 anggota APMM untuk mengawal keseluruhan perairan di

negeri ini meskipun diberi bantuan oleh agensi penguatkusaan lain (Ruzaini, 2013).

Hal ini turut ditambahkan lagi dengan kedudukan Sabah yang terletak berdekatan

dengan kepulauan Sulu dan Tawi-tawi. Menurut Ketua Pengarah APMM (Bernama, 2

Mac 2013);

“...di kawasan Lahad Datu sahaja, panjang pesisir pantai di kawasan berkenaan

adalah lebih 100 km dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam mengawal perairan

itu. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu, jarak sempadan perairan dengan

Filipina hanyalah “10 minit” menerusi perjalanan bot”.

Page 25: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

25

APMM turut menghadapi permasalahan seperti kekurangan aset yang mampu

digunakan dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara. Sebagai contoh,

dari 35 buah kapal peronda yang dimiliki oleh APMM di Malaysia, tiga daripadanya

ditempatkan di kawasan Lahad Datu, untuk mengawal kawasan perairan sepanjang

100 km dengan keluasan sebesar 640,000 km persegi.

Rajah 16 : Sempadan Sabah dan Filipina

Rajah 15 : Tan Sri Ismail Omar dan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd

Zin, menerajui kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara,

nadi utama penggerak benteng kedaulatan negara tercinta

Page 26: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

26

Rajah 17 : Rondaan APMM diperairan Sabah

3.5 Perang persepsi menjelang PRU13

Sebelum PRU13, satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja di Sabah bagi

merungkai dan menyiasat dakwaan yang menyatakan wujud perkaitan antara

kerajaan dengan pemberian status kewargangeraan bagi maksud politik yang

diusahakan atas arahan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir

Mohamad di bawah nama “Projek IC” (Frank, 2006; Sadiq, 2005). Berdasarkan

laporan awal testimoni yang diberikan terhadap siasatan suruhanjaya ini, hujah yang

diberikan oleh Khor (2013) dan Poling et al. (2013) umpamanya, menerangkan

terdapat banyak testimoni yang diberikan oleh saksi ketika itu telah mengaitkan

pemberian hak warganegara ini dengan pemimpin tertinggi parti Barisan Nsional.

Testimoni yang diberikan telah membuatkan banyak pihak terutamanya ‘rakyat

Malaysia’ berketurunan etnik Suluk, sedikit sebanyak merasakan kedudukan mereka

tergugat apabila ia berkait rapat dengan masa depan dan berkemungkinan ditangkap

serta dihukum atau dihantar pulang ke negara asal mereka, Filipina. Perkembangan

yang berlaku ini, secara tidak langsung akan turut sama mengundang masa depan

yang gelap kepada masyarakat Suluk yang lain khususnya bagi mereka dalam proses

untuk mendapatkan hak yang sama seperti saudara mara mereka yang lain di Sabah.

Ini ditambah lagi dengan perang persepsi yang wujud ketika itu menampakkan seolah-

olah keputusan dan sokongan rakyat pada PRU13 lebih cenderung kepada

pembangkang.

Page 27: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

27

4.0 KESAN-KESAN SERANGAN LAHAD DATU

4.1 SOSIAL

Dari segi sosial, disebabkan berlakunya pencerobohan tersebut, penduduk

yang berada di kawasan Lahad Datu dan sekitar tempat yang terkena tempias merasa

terancam di kawasan mereka sendiri sehingga mereka dipindahkan ke kawasan yang

lebih selamat. Perintah berkurung (Darurat),telah diisytiharkan di tiga kawasan iaitu

Lahad Datu, Semporna, juga daerah kecil iaitu Kunak yang dipercayai sebanyak 10

orang lelaki bersenjata dan mempunyai kaitan dalam rancangan pencerobohan itu di

jumpai di Kg Long Malong dan Kg Dasar Lama, dan Pulau Sipadan iaitu juga salah

satu tempat terjadinya penculikan sama ada orang tempatan mahupun pelancong

luar, dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam bagi pasukan keselamatan

memastikan bahawa saki baki penceroboh dapat diberkas justeru dapat mengelakkan

daripada terjadinya lagi insiden penculikan tidak kira penduduk tempatan ataupun

pelancong luar Negara. Tidak lupa juga kepada daerah Sandakan yang juga dekat

dengan perairan kawasan terjadinya pencerobohan tersebut di beri notis perintah

berkurung selama 12 jam bagi memastikan anasir-anasir yang terbabit dengan kes

pencerobohan di Lahad Datu tersebut dapat diberkas serta merta.

Para nelayan yang biasanya mencari nafkah di tempat mereka, tidak berani

untuk turun ke laut dalam tempoh masa 10 hari berturut-turut berkenaan dengan

pencerobohan tersebut. Mereka tidak di benarkan untuk melakukan aktiviti harian

mereka di kawasan perairan Tungku kerana yakni tempat tersebut merupakan

kawasan operasi dan dibenarkan untuk menjalani aktiviti harian mereka di kawasan

kuala sahaja yang berdekatan dengan kawasan aktiviti harian mereka. Semua

nelayan (daripada Kunak sehingga Semporna) dikehendaki berlabuh di jeti Ko-

Nelayan.

Page 28: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

28

Rajah 18 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan

yang dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam.

4.2 EKONOMI

Dari segi ekonomi pula, ia melibatkan empat perkara iaitu perikanan, hasil

jualan, pelancongan dan industri agro. Dalam perikanan, didapati hasil tangkapan

hasil laut berkurangan dan ia menjadikan harga borong biasa meningkat daripada

yang biasa dan permintaan juga akan berkurang. Dalam hasil jualan, barangan seperti

makanan-makanan kering, makanan ringan berasaskan hidupan laut, kraftangan hasil

jualan mereka berkurangan justeru memberi kesan kepada keluarga yang mencari

nafkah hanya melalui jualan mereka seharian kerana jualan mereka tidak laku.

Selepas itu, dari segi pelancongan pula tempat-tempat tumpuan pelancong luar

seperti Pulau Sipadan, Mabul, kawasan-kawasan persisiran pantai yang dijadikan

tempat makan sambil menikmati pemandangan juga kurang mendapat kunjungan

disebabkan oleh pencerobohan tersebut kerana pelancong luar takut akan

keselamatan mereka. Dari segi industri agro pula, Felda Sahabat 16 tidak aktif dalam

jangka masa darurat tersebut berikutan dengan sekumpulan lelaki yang dikhuatiri

bersenjata telah di kesan berada dalam kawasan tersebut.

Page 29: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

29

Rajah 19 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan

yang mengalami kegawatan ekonomi dan sosial.

4.3 POLITIK

Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu meninggalkan kesan yang mendalam

kepada penduduk Malaysia terutamanya penduduk di negeri Sabah yang mana

secara tidak langsung telah menjadi mangsa kepada pencerobohan tentera Sulu yang

di arahkan oleh Sultan Jamalul Kiram III. Pencerobohan ini bukan sahaja memberi

impak kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada hubungan diplomasi diantara dua

negara iaitu Malaysia dan Filipina. Isu pemilikan ke atas wilayah Sabah yang juga di

kenali sebagai Borneo Utara telah menghantui hubungan di antara kedua-dua negara

selama 50 tahun yang mana juga telah menjejaskan hubungan erat dua negara

berjiran dan semangat pakatan ASEAN.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Filipina (KemLu) mendesak agar

Malaysia menjelaskan laporan yang menyebut bahawa warga Filipina yang memasuki

kawasan Sabah telah dilakukan dengan semena-mena. Imbauan dari Filipina turut di

dukung oleh HRW (Human Right Watch). Menurut HRW, Malaysia harus memberikan

informasi mengenai kondisi di Sabah kepada Filipina termasuk mengenai beberapa

warga Filipina yang telah di tahan. Filipina juga meminta Malaysia untuk memberikan

akses penuh terhadap warga Filipina yang telah di tahan. Salah seorang daripada

calon Presiden Filipina telah membuat ancaman untuk mahu meneruskan tuntutan

terhadap Sabah sekiranya menang dalam pilihan raya dan beliau mendapat reaksi

keras daripada rakyat Malaysia kerana ancaman tersebut tidak boleh di pandang

Page 30: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

30

serong dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai konflik baru yang akan menjejaskan

hubungan kedua-dua negara ini.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia menjelaskan pendiriannya bahawa

Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah. Ini

kerana, Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan

masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia semenjak 16

September 1963. Wilayah terbabit terdiri daripada Residensi Pantai Barat,

Pendalaman, Sandakan dan Tawau yang disebut dalam pemberian dan dalam tauliah

Sultan Mumin, Temenggong Brunei dan Sultan Al-Alam Sulu kepada Gustavus Baron

de Overbeck dan Alfred Dent bersama-sama waris dan rakan mereka. Wilayah itu

juga meliputi Pulau Banggi dan Pulau Balembangan serta wilayah yang kemudian

diperolehi oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British semasa Pemberian dan

Penyerahan Wilayah 1884. Disebabkan konflik dan tuntutan terbabit, hubungan

diplomatic diantara Malaysia dan Filipina pernah terputus. Namun, disambung semula

pada 16 Disember 1969.

Rajah 20 : Kawasan Pertempuran

Page 31: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

31

Rajah 21 : Borneo Utara

Rajah 22 : Kawasan Yang Dikenakan Perintah Berkurung

5.0 LANGKAH MENGATASI / CARA PENYELESAIAN

1) Penubuhan Eastern Sabah Security Command (Esscom) Dikuatkuasakan

Di Kawasan Eastern Sabah Security Zone (Esszone).

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan

kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah

bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013. Tujuan ianya diwujudkan adalah

bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan

dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang

kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah. Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah

Page 32: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

32

memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan

perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu

menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur

Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing. Fungsi dan peranan Esscom juga

adalah memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,

memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama,

memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan

secara bebas, tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau

kumpulan orang seterusnya membantu menjana perkembangan dan kestabilan sosio

ekonomi dalam jangka masa panjang, khususnya di Sabah. Pembangunan tidak akan

wujud dengan baik sekiranya tiada jaminan keselamatan dan keselamatan juga tidak

akan wujud tanpa ada pembangunan yang baik, maknanya, keselamatan dan

pembangunan mesti bergerak seiring. Penubuhan Esszone meliputi 10 daerah iaitu

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak,

Semporna dan Tawau.

HALATUJU ESSCOM

VISI : Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur

Sabah menjelang 2017.

MISI : Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari

sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu

pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

FUNGSI DAN PERANAN

(Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)

Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama.

Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur

Perjalanan secara bebas.

Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan

orang.

Page 33: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

33

TERAS STRATEGIK

1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.

2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.

3. Merancang dan menyelaras penempatan semula.

4. Memupuk semangat patriotism

5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi

Rajah 23 : Menunjukkan anggota Esscom membuat rondaan di perairan

TIGA ELEMEN JAMINAN KEAMANAN DI ESSCOM

Penggabungan tiga elemen utama iaitu polis, tentera dan awam akan

diperkukuhkan lagi di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM)

bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Pengarah ESSCOM, Datuk

Mohammad Mentek, berkata tumpuan diberikan kepada organisasi bagi memastikan

pengwujudan kawasan itu mencapai matlamat penubuhannya untuk menjamin

keamanan di kawasan kira-kira 1,400 kilometer pesisir pantai timur negeri ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga elemen itu perlu digerakkan seiring kerana

ESSCOM bukan saja membabitkan keselamatan, tetapi juga sosioekonomi dan

pengurusan masyarakat. “Penggabungan tiga elemen utama akan diberi tumpuan dan

perlu diharmonikan bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berkesan dalam

Page 34: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

34

menggalas tugas serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya. Mohammad yang

juga Pengarah Imigresen Sabah telah dilantik sebagai Pengarah ESSCOM pada 29

Mac 2013.

Daerah Lahad Datu dijadikan pusat pemerintahan ESSCOM dan pada masa

sekarang, pejabat sementara ditempatkan di Pangkalan Pasukan Gerakan Marin

(PGM) dengan menggunakan kabin sebelum ibu pejabat ESSCOM dibina.

Mohammad berkata, beliau tidak berseorangan dalam menggerakkan ESSCOM

kerana mendapat bantuan dan kerjasama rapat rakan dari agensi lain antaranya

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri.

Rajah 24 : Menunjukkan carta organisasi ESSCOM

Page 35: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

35

Rajah 25 : Menunjukkan Penubuhan ESSZONE meliputi 10 daerah di Sabah

2) INTEGRITI ANGGOTA HARUS DIPERBAIKI

Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting

dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan

negara. Justeru, pembudayaanetika dan integriti mestilah pada setiap masa

diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaantugas dan tanggungjawab sektor ini.

Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada

gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan

dan menjadi amalan berterusan. Ke arah ini, kerajaan telah memperkenal dan

melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai

murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau

bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an.

Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep'Bersih, Cekap danAmanah',

'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod EtikaKerja', 'Piaggam

Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah,

penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan

Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption

Ordinance 1950.Dalam tahun 1967, BadanPencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan

bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dansalahguna kuasa. Dengan

mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian

Page 36: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

36

disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta

Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah

memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti

pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya

rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Program motavasi perlu dilaksanakan

dan mewajibkan setiap anggota menghadiri program tersebut. Anugerah hendaklah

disediakan kepada anggota yang paling berintegriti supaya anggota tersebut rasa

dihargai dan anggota lain dapat mencontai anggota tersebut.

Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah

satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai

salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam.

Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi

memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil danaset Kerajaan dilaksanakan secara

berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain,

sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam

yang moden, cekap dan berkesan.

Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah

membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan

(JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan

sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B.

Perdana Menteri. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan

pembentukan JawatankuasaKeutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan,

negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani

isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat

sehingga ke peringkat akar umbi.

3) KERJASAMA SERANTAU

Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan dengan dibantu

oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi

dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia

(ATM). Kementerian bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Dasar Pertahanan

Page 37: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

37

Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta sumber-sumber yang

disediakan kepada Angkatan Tentera (AT) untuk mempertahankan negara.

Dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara untuk

mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara

keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu

kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep

pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan

strategik negara yang stabil dan aman.

Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak

dapat dielakkan kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian

yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini,

keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-negara

anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke

atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada

Malaysia. Dengan demikian sewajarnya, Malaysia memberi keutamaan kepada

kerjasama serantau.

Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan

terhadap mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan

negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan

negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan

dan menggalakkan ketelusan. Seiring dengan pendekatan ini, Malaysia akan

menggalak dan menyumbang ke arah membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang

teguh dan berkesan untuk memastikan Asia Tenggara yang aman.

Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional

Forum – ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan

keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa

bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang

melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti

merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan

dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik

di kalangan peserta ARF.

Page 38: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

38

Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari

perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan

tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan,

pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah

mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan

negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip

Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), ini tidak seharusnya

mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar

rantau apabila diperlukan.

4) PERTAHANAN LIMA NEGARA (FPDA)

Ini terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan

tempatan untuk menghadapinya. Malaysia menganggap peraturan Pertahanan Lima

Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New

Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk memperolehi bantuan luar. FPDA

merupakan satu-satunya peraturan pertahanan bentuk formal yang melibatkan

Malaysia dengan negara-negara kuasa luar rantau. Di peringkat awal penubuhan

FPDA, negara menyedari bahawa dasar keupayaan berdikari memerlukan jangka

masa tertentu untuk dicapai.

Lantaran itu, FPDA telah menjadi saluran kepada Malaysia untuk membangun

keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan yang telah sekian lama

menjalinkan hubungan pertahanan dengan Malaysia. Corak mekanisme perundingan

FPDA membuka ruang kepada negara untuk mendapat bantuan luar dan juga jaminan

keselamatan. Malaysia adalah komited dengan pendirian bahawa FPDA masih

relevan. Walau bagaimanapun, berdasarkan senario strategik semasa dan

peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan FPDA telah

disusun semula untuk mencerminkan keperluan semasa.

Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu

memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif.

Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan

prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan

perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan

Page 39: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

39

mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh

mungkin di luar wilayah Malaysia. Konsep cegah rintang bertujuan untuk

menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan

dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini memerlukan pelaksanaan

strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah

angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi

peperangan. Ia juga dapat memastikan negara mempunyai keupayaan bagi

menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan.

5) PERTAHANAN MENYELURUH

Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan

bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta

dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan

kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya

oleh Angkatan Tentera.

Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab

pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan

mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Menyedari betapa

pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar

keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara.

Sehubungan ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan

membangunkan keupayaan ATM di samping menggalakkan kesedaran pertahan dan

semangat patriotik di kalangan rakyat jelata.

Bajet 2017

Operasi ESSZONE / Keselamatan Negara

Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk

penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah

Page 40: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

40

Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan

Operasi Hadapan Helikopter. Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA

8×8

Kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, pnempatan skuadron psawat pejuang

Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pgkln Udara Labuan

RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu

pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain

6) MENGADAKAN PROGRAM MENGENAI ISU PENCEROBOHAN

Di samping itu, pihak kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan hendaklah

megadakan program mengenai isu pencerobohan agar rakyat Malaysia tahu cara

untuk mengelakkan isu ini berlaku, apa perlu buat jika isu ini berlaku dan isu ini

berlaku. Program yang melibatkan negara serantau menjalinkan hubungan yang baik.

Konklusinya, gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat dan pihak berkuasa

perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara daripada dibolosi oleh anasir-anasir

luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat

di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin

keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan

dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo-

kolonialisme. Oleh itu, soal mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara

merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat.

Rajah 26 : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat senjata anggota

Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal kawasan Kampung Tandou di

Lahad Datu

Page 41: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

41

6.0 KESIMPULAN

Peristiwa di lahad datu, Sabah merupakan salah satu tragedi yang terburuk

yang pernah melanda bukan sahaja untuk rakyat Sabah tetapi untuk seluruh rakyat

Malaysia. Kejadian initelah membuka mata rakyat Malaysia bahawa keamanan di

Negara kita pada bila-bila masa boleh diragut jika kita terus leka dengan kesenangan

yang ada. Tragedi ini telah menunjukkan bahawasanya sistem pertahanan di kawasan

sempadan Negara kita lemah dan mudah dicerobohi oleh anasir-anasir jahat yang

boleh mengancam keselamatan dan keamanan Negara kita. Oleh itu, kerajaan

Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan progresif dalam membendung

masalah ini dari berlaki pada masa hadapan. Antara langkahnya ialah penubuhan

kawasan ESSCOM. Akhir sekali, anasir-anasir jahat boleh menembusi dari pelbagai

aspek untuk menggugat keamanan Negara. Oleh itu, mari kita berganding bahu tak

kira bangsa, agama, dan ideology bagi mengusir anasir-anasir jahat dari merosakkan

keamanan Negara kita.

Page 42: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

42

7.0 RUJUKAN

1) AsiaOne. Sulu Group Cornered within smaller area after Shootout [Article on

the Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:

http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20130

302-405728.html.

2) Astroawani. Ada apa dengan Sabah? [Article on the Internet] 21 June 2014.

[Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/ada-apa-dengan-sabah-38111.

3) Astroawani. Filipina siap kajian tuntutan ke atas Sabah [Article on the Internet]

25 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/filipina-siap-kajian-tuntutanke-

atas-sabah-10743.

4) Astroawani. Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah [Article on the

Internet] 9 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohanpantai-

timur-sabah-9460.

5) Bernama. APMM Pertingkat Kawalan di Perairan Lahad Datu. [Article on the

Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sbm&id=93

1566.

6) Bunn Negara (2013) A foreign problem that became Sabah's. [Article on the

Internet] 3 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:

http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/behindtheheadlines/2013/03/03

/a-foreign-problem-that-became-sabahs/.

7) Buzan B (1991) New Patters of Global Security in the Twenty-First Century.

International Affairs 67, 431-451.

8) Cruz AD (2013) Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own.

Inquirer Global Nation [Article on the Internet] 16 February 2013. [Cited5 June

2015]. Available from: http://globalnation.inquirer.net/64577/heirs-of-sultan-of-

sulu-pursue-sabah-claim-on-their-own.

9) Franco J (2013) The Sabah-Sulu crisis: Time to revisit the Sulu zone. RSIS

Commentaries 44, 1-2.

Page 43: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

43

10) Frank S (2006) Project Mahathir: 'Extraordinary’ populatian growth in Sabah.

Sudostasien actuell pp.7180.

11) Mazwin Nik Anis, Khoo S, Vanar M (2013) Lahad Datu: PM confirms two

commandos killed: Regrets bloodshed. The Star Online [Article on the Internet]

1 March 2013. [Cited 11 June 2015]. Available from:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/03/01/lahad-datu-pm-confirms-

two-commandoskilled-regrets-bloodshed/.

12) Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana P, Marja Azlima Omar

(2003) Pendatang Filipina di Sabah: Satu pemerhatian dari sudut keselamatan.

Jati 8, 217-240.

Page 44: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

44

Page 45: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

45

Page 46: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

46

Rajah 27 : Keratan Akhbar 1

Page 47: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

47

Rajah 28 : Keratan Akhbar 2

Page 48: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

48

Rajah 29 : Keratan Akhbar 3

Page 49: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

49

Rajah 30 : Keratan Akhbar 4

Page 50: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

50

Rajah 31 : Keratan Akhbar 5

Page 51: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

51

Rajah 32 : Keratan Akhbar 6

Page 52: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

52

Rajah 33 : Keratan Akhbar 7

Page 53: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

53

Rajah 34 : Keratan Akhbar 8

Page 54: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

54

Rajah 35 : Keratan Akhbar 9

Page 55: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

55

Rajah 36 : Pasukan Unit Tindak Khas (kiri) dan PGA melakukan

tinjauan pembersihan di Kampung Sri Jaya , Simunul

Rajah 37 : 5 Mac 2013: 3 buah F/A-18D Hornet bertindak menggugurkan bom

pintar panduan laser Paveway II manakala 5 buah BAE Hawk Mk.208 bertindak

menggugurkan bom tanpa panduan 500-1500lb . Kawasan sasaran meliputi

kawasan seluas 4km persegi di samping 10km persegi yang dikhaskan sebagai

kawasan penampan / selamat

Rajah 38 : Serangan diteruskan lagi dengan kemaraan lebih 1000+ pegawai dan

anggota melibatkan pasukan khas seperti Gerup Gerak Khas (GGK) , VAT 69 ,

Briged 10 PARA , PGA dan lain-lain . Formasi ini turut dibantu dengan kemaraan

4 buah kereta perisai Condor APC

Page 56: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

56

Rajah 39 : Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit

Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di

kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan

ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. –

BERNAMA

Rajah 40 : Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri

untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi

tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh

bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. – BERNAMA

Page 57: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

57

Rajah 41 : Anggota polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia

di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan

pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di

kampung Tandou pagi ini. – BERNAMA

Rajah 42 : Pertempuran di perkampungan air Sri Jaya menjadikan jumlah

keseluruhan anggota keselamatan terkorban sebanyak 8 orang

Page 58: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

58

Page 59: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

59

Page 60: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

60

Rajah 43 : Dokumen Gob. Abdulsakur Tan yang diserahkan kepada YM Datu Albi. Menurut Datu Albi, Council of Royal Datus tidak bersetuju Malaysia

membayar kepada hanya 9 Waris.

Page 61: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

61

Page 62: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

62

Page 63: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

63

Rajah 44 : Perbincangan Bersama Ahli Kumpulan di Perpustakaan

Tun Aminah, UTHM pada 15 Oktober 2016

Page 64: LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8

64

Rajah 45 : Perbincangan Bersama Prof Hj Shamsaadal Sholeh B. Hj Saad

selepas waktu kuliah pada 20 Oktober 2016