apa erti saya menganut islam ?

22
BEGIN WITH THE END IN MIND APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ? APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ? POST SUMMERCAMP 2008 “BUKAN KERNA NAMA”

Upload: kuliahnet

Post on 16-Jun-2015

808 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

BEGIN WITH THE END IN

MIND APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ?APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM ? POST SUMMERCAMP 2008 “BUKAN KERNA NAMA”

Page 2: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

” “ Cadangan ustaz, elok kita peruntukkan satu malam untuk peserta membuat persembahan. Bukan apa, selain mereka berpeluang untuk ekspresi diri, malam itu juga adalah peluang untuk semua orang rehatkan kepala,

saya memberikan cadangan semasa sesi muhasabah.

Summercamp 08 anjuran IPIJ di Ibaraki kali ini kelihatan semacam ada kekurangannya.

Selain daripada tiadanya malam persembahan, program kali ini juga tidak banyak menggunakan alat bantuan teknologi. Tiada klip video yang canggih-canggih, sebagaimana pengajur dan peserta PUISI atau program-program lain yang pernah saya hadir sebagai trainer. Jujurnya, saya memang kagum dengan kreativiti pelajar-pelajar era 2008 ini. Klip video yang mereka hasilkan, cukup hebat bukan sahaja dari segi kreativiti idea, malah teknik audio visual yang digunakan juga, mencapai tahap pro-fesional.

Penggunaan Youtube©, dan saluran media internet yang lain, menjadi bahan promosi yang diguna pakai secara meluas sekarang ini.

Tetapi tidak untuk Summercamp 2008.

Segalanya serba sederhana.

Bagi peminat klip video dan flash yang canggih-canggih, mungkin terasa benar kekurangan kali ini. Kekurangan kerana meraikan era ICT.

DULU-DULU

Saya sudah terlibat dalam program seperti ini semenjak sekian lama. Bermula sebagai peserta, hing-galah ‘naik pangkat’ menjadi penceramah atau trainer. Dulu-dulu, program dilaksanakan dalam keadaan serba dhaif. Serba sederhana.

Teringat saya kepada suasana Perhimpunan Musim Sejuk yang banyak dianjurkan di UK dan Ire-land. Program diadakan dengan menyewa sekolah Islam seperti Hijra School di Birmingham, atau jika ada bajet yang mengizinkan, naik sedikit kepada menyewa Pusat Islam Muadz dan yang seum-pama dengannya. Di tempat sebegini, peserta lelaki, umumnya hadir dengan membawa sleeping bag. Tidur di dewan, atau surau, serba dhaif berlantaikan karpet di atas batu keras tanpa tilam.

Berbeza dengan beberapa program yang saya sertai lewat beberapa tahun kebelakangan ini. Per-himpunan-perhimpunan pelajar diadakan di lokasi yang lebih selesa. Sesuai dengan kemudahan di hotel atau resort, peserta tidak lagi tidur dengan sleeping bag di dewan solat, tetapi berkatil dan penuh keselesaan.

Diari Kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Penceramah Jemputan Summercamp IPIJ 2008

MANUSIA ITU

YANG UTAMA

Page 3: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Kemudahan semakin dimanfaatkan.

Jika dahulu, penggunaan powerpoint yang asas pun sudah dianggap satu kemajuan, kini penghasi-lan video dan penggunaan flash sudah menjadi seperti perkara biasa dan kemestian.

NOSTALGIA

Namun, Summercamp 2008 kali ini mengembalikan nostalgia lama. Tanpa kemudahan yang cang-gih-canggih biar pun di negara maju seperti Jepun, segalanya begitu tradisional.

Semua ceramah diadakan di dewan besar yang suatu ketika menjadi tempat latihan samurai. Pend-ingin hawa tidak digunakan. Hanya kipas biasa dan angin suam-suam kuku yang menerjah celahan pintu tradisional SHOJI seperti yang pernah ditonton di dalam rancangan Oshin atau Doraemon. Peserta juga tidak duduk di atas kerusi, sebaliknya hanya bersila di atas lantai beralas tikar bambu.

Saya juga memberikan sepenuh ke- bebasan kepada peserta untuk menger-eng, berbaring, bersandar, selagi mana mereka selesa dan dapat memberikan tum-puan kepada pengisian.

Begitu asas.

Begitu tradisional.

Peserta lelaki pula tidur di dewan ceramah, dengan berselimutkan kain nipis sesuai dengan cuaca musim panas di Ibaraki. Berlong-gok sana berlonggok sini, malah untuk terus tidur, jadi masalah pula. Biar pun lampu sudah di-tutup, mulut masih bercakap-cakap di dalam gelap, mem-bangkitkan kenangan betapa peristiwa sebeginilah yang ban-yak menyumbang kepada ukhuwwah yang dikenang biar sedekad masa berlalu.

Terima kasih kepada penganjur kerana menyediakan bilik khas untuk saya berehat. Bilik kecil terse-but juga begitu asli, malah saya berasa cukup selesa berehat di atas tilam dengan kepala berlapik-kan bantal kekacang yang disediakan.

RAMUAN BERKESAN

Rupa-rupanya, segala yang asas itulah ramuan yang berjaya menghasilkan suatu perasaan yang sering hilang dari program kebelakangan ini. Kemesraan sesama peserta juga bersama saya sebagai penceramah, banyak terkesan oleh cara kami duduk, berehat, bersantai dan beramah mesra.

Dalam suasana yang serba sederhana itulah, program kali ini berakhir dengan tangisan yang datang sendiri. Tanpa dipaksa-paksa.

Page 4: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Dalam segala kemudahan infrastruktur yang ada, manusia jua prima causa yang menjadi penentu segalanya. Tiada apa yang kurang, selagi manusia dihargai dan diberi keutamaan tertinggi.

Dalam sebuah program, penentu kesan dan kejayaannya adalah manusia peserta.

Dalam sebuah rumahtangga, penentu bahagia adalah kualiti manusia ahlinya.

Dalam sebuah masyarakat, penentu sejahtera adalah manusia komuniti-nya.

Dalam sebuah negara, penentu kesenangan, ketenangan dan kese-jahteraan adalah manusia rakyatnya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Manusia adalah faktor perubahan. Jika mahukan penambah baikan, maka keutamaan mesti diberi kepada kesungguhan kita membentuk manusianya. Summercamp IPIJ 2008 telah memberikan de-monstrasi yang berkesan tentang perkara ini.

Korekaramo ganbatte kudasai!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 56000 Kuala Lumpur

Page 5: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Kita pernah ditanya suatu masa dahulu oleh cikgu, “Awak nak jadi

apa bila besar nanti?” atau “Apa cita-cita awak?”. Jawapan-jawapan yang mungkin keluar dari mulut kita; cikgu, ahli bomba, doktor, polis, dan sebagainya.

Sekarang kita fikirkan semula, apa yang kita cari di sebalik cita-cita kita semasa kecil dahulu. Apabila ditanya mengapa kita hendak menjadi seorang cikgu, jawapannya ingin berbakti kepada anak bangsa. Apabila ditanya mengapa ingin sibuk berkerja seperti doktor, katanya mahu membantu mereka yang di dalam kesusahan. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk mencari kemewa-han dan kekayaan. Setiap perkara yang kita lakukan, kita impikan, ada tujuannya. Jadi, mari kita fikirkan sesuatu yang lebih besar signifikasinya; apa tujuan anda hidup di muka bumi ini? Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beri-badat kepadaKu.

( Surah Adh-Dhariyat : 56 )

Apa yang anda semua maksudkan dengan MANUSIA? Hamba Allah, khalifah, pentadbir alam, penegak kalimah Lailahaillallah, pelaksana amar maaruf nahi munkar… begitu banyak sekali huraiannya. Dan semuanya benar belaka.

Saya seorang Muslim, dan apa erti saya menganut Islam? Islam : 1. tunduk dan patuh kepada Allah SWT, 2. keamanan , keamanan Muslim : mereka yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT Seorang Muslim ialah juga seorang manusia. Manusia membawa maksud yang sebenarnya sama sahaja dengan ciptaan Allah SWT yang lain. Se-muanya pun tunduk dan patuh kepada Allah, dari planet yang berputar, siang dan malam yang berganti sehinggalah darah yang mengalir di dalam diri ini. Semuanya berfungsi mengikut maksudnya, menurut segala peraturan dan perintah Allah. Tidak ada suatu masa, yang planet akan berubah orbitnya me-lainkan atas keizinanNya. Cuma yang membezakan antara manusia dan ciptaan lain, ialah nikmat untuk membuat pilihan. Di sinilah, pilihan inilah yang dapat merealisasikan maksud atau menidakkan maksud MANUSIA itu sendiri. Berdasarkan maksud Islam dan Muslim di atas, merealisasikan maksud manusia atau khususnya seo-rang Muslim membawa kepada kesejahteraan dan keamanan dalam hidup. Contohnya, peraturan Allah menetapkan yang manusia perlu bernafas untuk hidup dan tanpa kita sedari, badan kita patuh pada perintahnya dengan proses pernafasan yang memberi nikmat hidup kepada kita. Andai kata, satu masa kita hendak berpaling dari kepatuhan itu, seminit sekalipun dengan menahan nafas akan memberikan kesakitan dan kemudaratan kepada kita. Bayangkan pula andai seluruh hidup kita dilalui dengan berpaling dari peraturan dan perintahNya, bagaimana pula kesakitan dan kemudaratannya nanti.

Purpose Of Life Apa Maksud Menjadi MUSLIM?

Pen akan hilang

maksudnya, bila

tidak berdakwat

dan begitu jualah

manusia…

Page 6: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Teori tauhid 200% = Syariatullah 100% + Sunnatullah 100% Kepatuhan dan ketundukan kita kepada Allah ialah pada 2 dimensi ini, syariatullah dan sunnatullah. Syariatullah adalah hukum Allah berkenaan perkara-perkara yang halal, haram, wajib, sunat, makruh dan lain-lain. Di mana Sunnatullah atau Law of Nature pula ialah hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti kejadian siang dan malam, kewujudan graviti, pergerakan bumi mengelilingi matahari dan lain-lain lagi. Seorang pelajar tidak akan berjaya dalam peperiksaan tanpa usaha untuk membaca, belajar, mendengar dan bertanya. Ini mematuhi hukum sunnatullah. Seba-gai Muslim yang semestinya mematuhi hukum syariatullah, sepanjang proses pembelajaran dan menduduki peperiksaan, solat dan doa yang tidak putus-putus kepada Yang Maha Esa, tidak mela-kukan sebarang perlakuan yang melanggar hukum syariat (meniru, menipu dan sebagainya). Halal dan haram dijaga. Kenapa kedua-dua hukum ini perlu dijaga dan dipatuhi? 3 soalan yang perlu kita fikirkan bersama:

Dari mana asal kita? Mengapa kita di sini? Dan ke mana kita selepas ini? Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

( Surah Al-Anaam : 162 ) Mematuhi hukum sunnatullah memastikan keberkesanan dalam tugas atau kerja yang kita lakukan. Tunduk dan patuh pada Allah dengan menyempurnakan hukum syariatullah memastikan keamanan dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Fikirkan semula, apa tujuan kita berada di muka bumi ini. Fikirkan semula, apa makna Muslim dalam kamus hidup kita. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

( Surah At-Taubah : 72 ) Jangan sampai hilang maksudmu… jangan jadi seperti pen yang tiada dakwatnya…

Page 7: Apa Erti Saya Menganut Islam ?
Page 8: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Dua gerabak. Lambat-lambat. Dua jam satu Aku membawa pandanganku ke arah jendela. Aku kini dalam perjalananku pulang ke “kampung”. Terasa begitu lama ku tinggalkan “kampungku” Yamaguchi. Aku kira lebih sebulan aku membawa diri mengembara ke kawasan Kantou. Dan hari ini aku kembali. Jujur untuk aku katakan yang kini aku terasa amat janggal. Kalau dahulu aku di himpit di celah-celah himpitan “sardine manusia”. Tapi dalam futsu densya yang sedang aku naiki ini aku bebas sama ada mahu duduk atau berdiri. Malah aku bisa sekali berbaring jika aku mahu! “すいませんね…” Tiba-tiba beg yang ku sandarkan di tepi kerusi jatuh menimpa kakiku. Seorang makcik tua yang sedar dirinya secara tidak sengaja menjatuhkan begku meminta maaf sambil melem-parkan senyuman yang sangat manis. Aku rindukan senyuman itu. Pada saat itulah aku sedar yang aku bagai “kehilangan” senyuman itu. Selama sebulan lebih aku di kawasan bandar, selama itulah aku kehi-langan senyuman dan ucapan walaupun sekadar ucapan “こんにちは..”. Barangkali terlalu sibuk mengejar masa dan tidak sempat walau sekadar untuk memaniskan wajah. Sedar tak sedar, aku turut terpengaruh dengan keadaan itu.

Bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa di sana. Jauh sekali untuk membandingkan antara satu sama lain. Kita berada di negara orang. Terima dengan terbuka, ambil sebagai ibrah melayari bahtera kehidupan. Cuma aku teringat kembali pandangan Haji Google ( baca: Ustaz Hasrizal ) bila mana beliau di tanya bagaimana untuk berdakwah di kalangan masyarakat Jepun. Konsep dakwah itu luas. Janganlah dipersempitkan fikiranmu itu. Masih ingat lagi dengan konsep input, proses dan output yang telah sama kita hadamkan di Summer Camp dulu? Aqidah sebagai input, ibadah sebagai proses, dan akhlak itu pula output.Ah! Memaniskan muka itu juga satu akhlak yang mulia bukan? Sama-sama kita tunjukkan kbahawa Islam itu punyai umat-umat yang ceria, yang menyejukkan dan seterusnya mengikat hati-hati yang memandang terpi-kat dengan keindahan Islam. Kini aku sudah kembali ke “kampungku” Yamaguchi. Mengisi sisa-sisa akhir percutianku di sini membuatkan aku rindu pada pengembaraanku. Menghayati keindahan malam di Odaiba, kehalusan dan keunikan senibina Venus Fort di Pallete Town, keseronokan di Kota Keriangan Disney Land dan banyak lagi. Bukan itu semua! Bukan! Aku rindukan saat mengisi hari-hari dalam bulan Ramadhan bersama teman-temanku. Satu per tiga malam di isi untuk sama-sama bermunajat kepadaNya sebelum mengisi perut untuk bersahur. Hari siangnya pula tidak di sia-siakan. Mengisi masa seoptimum mungkin untuk menambah kredit dalam Ramadhan. Dan yang paling menyentuh hatiku pabila melihat semangat teman-temanku bermujahadah untuk turut sama berjamaah dan beriktikaf di masjid. Walau-pun mengambil masa lebih dari satu jam, terpaksa bertukar densya bee-berapa kali ditambah lagi berjalan kaki selama lebih setengah jam untuk tiba ke masjid. MasyaAllah, moga Allah limpahkan ganjaran sebanyak-banyaknya untuk mujahadahmu itu.

Page 9: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Benar kata Haji Google, ibadah itu merupakan amalan yang “hidup” hasil kepercayaan yang mendalam terhadap akidah yang di anuti dan di yakini. Walau sejauh mana, sesusah mana sekalipun, jika iman berpasak teguh dalam diri, ia bukan menjadi batu penghalang un-tuk merebut kesempatan mendekatkan diri padaNya. Sekadar coretan dari insan yang tidak punya apa-apa selain mahu berkongsi rasa.. Moga setiap saat dapat menikmati “rasa bertuhan” dan meningkatkan nilai tambah dalam ibadah..

Sekadar coretan pena,

Page 10: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim) Hadith di atas merupakan salah satu hadith yang terdapat di dalam buku Hadith 40 oleh Imam Na-wawi yang jelas menerangkan tentang apa itu Iman, Islam, Ihsan dan juga tanda-tanda Qiamat. Iman merupakan aqidah atau pegangan hidup seorang Muslim yang mana dia wajib meyakini baha-wa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kemudian, membuktikan keima-nan dengan perlaksanaan ibadah dan syariat yang telah diamanahkan Allah melalui Islam. Dan hasil kepada kesempurnaan aqidah dan ibadah inilah yang membentuk ihsan, iaitu kesungguhan dalam melakukan setiap perkara yang ditunjukkan melalui akhlaq.

Memahami konsep Muslim pada ‘Aqidah, ‘Ibadah dan Akhlaq

Page 11: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Jadi di sini, kita dapat melihat bagaimana 3 perkara ini saling berkait dan menjadi asas kepada pem-bentukkan seorang Muslim. Aqidah sebagai input, ibadah sebagai proses dan akhirnya membentuk akhlaq sebagai output. 3 aspek ini menjawab 2 persoalan utama dari hidup manusia; dari mana dan mengapa kita berada di muka bumi ini. Persoalan ke mana kita selepas ini pula dijawab dengan keyakinan kita kepada kehidupan selepas mati, akhirat. Sama seperti seorang pelajar yang belajar bersungguh-sungguh sehingga tibanya hari peperiksaan, begitu juga seorang Muslim yang bersungguh-sungguh menguatkan aqidahnya, menyempurnakan ibadahnya dan mempercantik akhlaqnya sebelum tiba Qiamat. Hari Qiamat merupakan dateline kepada perlaksanaan dan penyempurnaan Iman, Islam dan Ihsan. Tahap kepercayaan dan keyakinan kita kepada sesuatu akan mencorak perspektif kita terhadap dunia. Kita akan memandang setiap perkara dari sudut berbeza kerana nilai yang wujud hasil dari kepercayaan kita itu. Seterusnya, pandangan inilah yang membentuk perilaku kita dalam memproses sesuatu. Contohnya, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun lebih gemar kepada coklat berbanding duit RM10 kerana padanya terdapat nilai pada coklat itu. Kanak-kanak ini yakin bahawa coklat itu lebih enak dan sedap berbanding RM10 yang ditawarkan tadi. Jika ditawarkan RM10 atau coklat kepada seorang remaja berumur 15 tahun, sudah tentu duit menjadi pilihannya. Pada usianya, dia sudah memandang dunia dengan cara berbeza dan nilai itu terletak pada wang ringgit, kerana yakin dengan RM10 itu, dia dapat membeli lebih banyak coklat dan akan menjadi lebih bahagia. Itulah kesan nilai dalam hidup kita. Sama jugalah dengan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada Maha Pencipta. Tahap keyakinan yang berbeza, memberi nilai yang berbeza pada seseorang individu. Nilai-nilai ini akan memandu seseorang ke arah perlaksanaan dan penyempurnaan Islam. Inilah antara sebab mengapa ’aqidah menjadi input , foundation kepada Islam itu sendiri. Setelah seseorang itu memahami nilai setiap perkara dalam hidupnya, dia akan melakukan setiap perkara mengikut nilainya. Ini yang dikatakan ibadah iaitu memproses input untuk menghasilkan kualiti tertentu. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

( Surah Adh-Dhariyat : 56 )

Ibadah ini juga merealisasikan maksud manusia itu dijadikan, menjalani hidup mengikut tujuan hidup yang telah dicorakkan ke atas kita. Jika beribadah kepada Allah menjadi satu-satunya tujuan hidup manusia di muka bumi ini, bermakna setiap waktu dan setiap ruang seharusnya dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah. Adakah ini bermaksud kita seharusnya berada di atas tikar sejadah 24 jam sehari semalam? Di sinilah, konteks ibadah khusus dan ibadah umum perlu difahami. Ibadah khusus meliputi segala amalan-amalan wajib dan sunat yang telah disyariatkan oleh Allah; solat, puasa, zakat, haji, sedekah dan sebagainya. Kalau dikira peratusan setiap hari yang kita habiskan untuk melaksanakan setiap tuntutan Allah ini, mungkin hanya mengambil kurang daripada 1/3 dari-

pada hidup kita seharian. Waktu tidur dan rehat pun sudah mengambil lebih kurang 1/3 dari hidup kita. Jadi bagaimana kita hendak mematuhi tujuan hidup semata-mata beribadah kepada Al-lah? Amalan-amalan dan rutin seharian yang kita lakukan setiap hari, kita tukarkan kepada ibadah; ibadah umum. Dengan ini, sehari semalam hidup kita dapat diterjemahkan kepada hidup untuk beribadah kepada Allah. Namun, beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum amalan-amalan dan rutin harian kita diterima sebagai ibadah.

Page 12: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

• Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam • Amalan itu dikerjakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt • Amalan-amalan itu hendaklah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak Nabi

saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh.”

• Ketika membuat kerja-kerja hendaklah selaras dengan hukum syara’ dan tidak melampaui batas-batasnya: tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang lain.

• Jangan sampai mengganggu atau melalaikan ibadah pokok seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan kehendak firman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(Äl-Munafiqun : 9)

Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti ke-hidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus. Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.”

(Fussilat : 30 )

Syariat-syariat yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita merupakan satu proses dan seperti yang telah diterangkan di atas, proses ini bertujuan untuk melahirkan kualiti-kualiti tertentu pada diri manusia. Kualiti-kualiti ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu taqwa (kualiti kita dengan Allah), akhlak (kualiti kita sesama manusia), dan itqan (kualiti kita dengan pekerjaan kita). Kata-kata dari Syeikh Fathi Yakan, “Akhlaq yang mulia itu adalah matlamat paling asas bagi risalah Islam, sebagaimana yang telah diungkapkan mengenainya oleh Al-Rasul SAW di dalam hadith Baginda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan AKHLAQ

(Hadith dikemukakan oleh Ahmad dan lain-lainnya) Akhlaq yang mulia itu adalah hasil daripada ibadah didalam Islam.Tanpa itu, nescaya kekallah ibadah itu sekadar ritual dan pergerakan fizikal tanpa nilai, atau faedah”. Imam Ghazali r.a. mengatakan: akhlaq ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlaq yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlaq yang buruk.

Page 13: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar. Persiapan umat Islam untuk menjadi umat cemerlang harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlaq mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia. Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlaq berperanan untuk melengkapinya. Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlaq dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dari kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama. Jadi di sini, kita dapat lihat gambaran besar kaitan antara ketiga-tiga aspek penting dalam hidup seorang yang bergelar Muslim. Soal input perlu dititikberatkan yang mana, kepercayaan kita pada sesuatu akan menentukan cara kita bertindak dan memproses. Seterusnya menghasilkan satu output yang baik iaitu melalui kualiti kita sebagai seorang manusia.

Adakah celupan yang lebih baik dari celupanNya?

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.

( Surah Al-Baqarah : 138 )

Page 14: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman. Itulah ungkapan yang dapat kami simpulkan sepanjang perjalanan kami ke negara

matahari terbit, Jepun. Melancong ke negeri orang me-manglah merupakan suatu yang amat menyeronokkan. Melalui

pengembaraan inilah kita dapat melihat kecantikan panorama dan keunikan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tambahan lagi, Jepun merupakan negara yang menyaksikan pertumbuhan pesat teknologinya, pembangunan yang memberansangkan, dan juga disiplin penduduknya yang amat mengagumkan. Semua ini dapat kami rangkumkan dalam satu simpulan kenangan yang amat berharga untuk kami ingati dan tidak mungkin dilupakan. Namun itu semua hanyalah salah satu cabang kecil dari pokok matlamat kami ke sana. Me-lalui program Summer Camp 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya itu, dapatlah sedikit se-banyak kami menyuburkan jiwa dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi sepanjang berkampung selama 5 hari di Ibaraki itu. Sesuai dengan tema “Bukan Kerana Nama”, saya sekali lagi ingin melafazkan ucapan ter-ima kasih atas layanan baik yang telah diberikan kepada kami semua. Selama hampir 2 minggu berukhuwwah bersama-sama teman, terutamanya dengan Ustaz Hasrizal, sangat banyak ilmu dan kenangan manis yang kami telah peroleh. Namun, tidak semua dapat saya simpulkan dalam warkah yang ringkas ini. Keramahan, keterbukaan dan juga kesudian kita berkasih sayang ini diharap dapat diteruskan bagi menyuburkan lagi semangat ukhuwwah sesama kita. Secara jujurnya, kami begitu terharu atas layanan semua, hinggakan kami berasa tidak kekok walaupun baru sehari dua berke-nalan. Namun, hebatnya program Summer Camp pada kali ini bukanlah hanya terletak pada utuhnya ikatan kasih sayang yang ditunjukkan. Tetapi yang paling mengujakan kami adalah pengisian yang kami anggap sebagai “first class” oleh Ustaz Hasrizal. Pembahagian modul-modul serta penyampaian yang begitu memuaskan hati kami serta berbaloi untuk kami yang datang dari jauh ini. Setelah sekian lama di perantauan, mungkin niat dan matlamat kami sedikit sebanyak telah tersasar dari perjuangan yang sebenar, maka pengisian yang bernas ini sedikit sebanyak telah membangkitkan kami dari lena yang panjang dan menyedarkan kami akan tanggung jawab sebagai seorang abidullah, khalifah Allah, serta daie ilallah. Pembawaan oleh ustaz Hasrizal ini melatih kami untuk memaksimumkan penggunaan akal sebaik mungkin serta sesekali tidak memisahkan antara konsep “Sunnatullah” dan “Syariatullah”. Mungkin ramai di kalangan umat islam kini yang jahil dengan hakikat Islam yang sebenar dan asyik menyalahkan Islam atas kegagalan mereka dalam sesuatu perkara.

DIARI DIARI KEMBARAKEMBARA

Page 15: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Usaha yang bersungguh-sungguh menjadi hujah mereka bagi mempersoalkan keadilaan dalam Islam, sedangkan mereka sebenarnya kabur dalam memahami konsep Sunnatullah dan juga Syariatullah. Berapa ramai dari kalangan kita yang bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran, na-mun keputusan yang diperoleh tidak begitu memuaskan. Lantara itu, ramai yang mula mencemuh sistem keadilan dalam Islam. Sedangkan mereka sebenarnya kurang mengerti hakikat Sunnatullah dan juga Syariatullah. Konsep proses untuk berubah yang dijalinkan oleh Akal sebagai pencentus tahu, Hati seba-gai pencentus mahu, serta Nafsu sebagai pencetus mampu ini membawa pengertian yang men-dalam serta amat bermakna sekali bagi kami yang sentiasa mahukan perubahan dalam diri untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran maupun sahsiah. Manakala konsep dakwah inside –out yang berteraskan falsafah erti hidup pada memberi telah banyak menyedarkan kami akan hakikat dakwah yang sebenarnya. Dalam berdakwah, san-gat penting bagi kita untuk bersikap sedia memberi dan tidak hanya menunggu untuk menerima semata-mata. Hidup bersandarkan prinsip ini dapat menimbulkan kepuasan serta lebih merapat-kan lagi jalinan ukhuwwah antara para daie dan juga madu’. Konsep ini dapat kita lihat dan contohi daripada Rasulullah dan para sahabat ketika hidup mereka yang mana mereka sanggup korbankan diri dan harta mereka pada jalan Allah kerana mereka tahu akan ganjaran Allah di akhirat kelak serta mereka berasa begitu puas dan gembira sekali dengan sumbangan mereka untuk Islam. InsyaAllah, berkat doa semua, semoga setiap ilmu yang kita perolehi ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk menolong perjuagan di jalan Allah. Dan doakanlah kejayaan kami di bumi Korea dalam misi untuk mengembleng sepenuh tenaga bagi menjayakan matlamat Islam yang se-benarnya. Sebelum mengakhiri lafaz bicara ini, kami sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk men-gucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak IPIJ dan juga Ustaz Hasrizal. Semoga bersua lagi di lain masa dan ketika. Salam ukhuwwah fillah. Wassalam

Ikhlas dari,

Page 16: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Saya Mestilah

Meyakini Masa Depan

Islam Yang Gemilang

Kita telah maklum dan meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya manhaj tunggal yang sesuai dengan tuntutan fitrah manusia. Islam bukanlah ideologi yang lahir dari akal manusia, tetapi ia berasal dari Dia, Rabb yang mencipta-kan manusia itu sendiri. Dan sudah tentu Pen-cipta mengetahui yang terbaik untuk apa yang diciptakanNya. Tiada yang lebih baik daripada celupan Allah S.W.T. Shibghah Allah[91]. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. (2:138) **Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: ce-lupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.

Nasib umat Islam pada hari ini masih terumbang-ambing. Masih ramai orang Islam yang ditindas dan hidup derita. Di negara ma-joriti orang Islam pula, tidak sedikit muslim yang hilang identiti sebagai pelafaz syahadah. Lain pula di barat, era globalisasi telah membawa orang Islam berhijrah ke seluruh pelusuk dunia sekaligus membawa mesej Islam bersama mereka. Semakin ramai orang barat yang kem-bali pada Islam. Namun secara keseluruhan, bo-lehkah kita katakan keadaan umat sekarang adalah gemilang? Justeru itu tanyalah diri kita sendiri, “Bagaimana pula dengan masa depan Islam?”. Mampukah kita menjawabnya? Soalan itu telah dijawab oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadith baginda yang bermaksud;Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir(bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, “Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)?” Lalu Hudzaifah ber-kata, “Aku menghafal khutbah Baginda S.A.W.” Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda;

“Kenabian akan berada bersamamu selagi mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, ke-mudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya. Kemudian datang pula zaman Raja Yang Menggigit selama mana ia dikehendaki Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana dia mahu mengangkatnya. Selepas itu muncul pula zaman Raja Yang Diktator se-lama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu men-gangkatnya. Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah Di Atas Manhaj Kenabian” (Hadith Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211,

At-Tirmidhi 4/503) Akan tetapi saudara-saudaraku, jaminan dari Rasulullah S.A.W. itu bukanlah tiket percuma untuk beroleh kemenangan. Seperti mana jami-nan Rasulullah S.A.W., bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan orang Islam. Namun syaratnya, raja dan tentera yang akan menunai-kan janji Nabi itu, mestilah sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Beratus tahun umat Islam berusaha untuk membenarkan janji Rasulullah S.A.W. tersebut tetapi gagal. Akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Mu-hammad “Al-Fateh” II telah merealisasikannya setelah mencapai sebaik-baik kualiti dari sudut syariatullah dan sunnatullah. Kualiti mereka bu-kan sahaja pada taqwa tetapi juga pada persia-pan dan perlaksanaan. Justeru itu saudara-saudaraku, ketahui-lah janji Rasulullah S.A.W. bahawa Islam akan beroleh kemenangan di akhir zaman ini akan ter-tunai juga suatu hari nanti. Persoalaan kecilnya ialah bila? Namun persoalan besarnya ialah ada-

kah kita

Page 17: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

mahu menjadi sebahagian daripada proses kemenangan tersebut atau sekadar goyang kaki mengimpikan keajaiban berlaku? Tiada jaminan bahawa kita sempat melihat kemenangan Islam di akhir zaman. Hatta, Rasululullah S.A.W. sendiri tidak sempat melihat Kota Constantinople jatuh ke tangan orang Islam walaupun baginda sendiri yang menjamin peristiwa tersebut akan berlaku. Apa yang penting saudara-saudaraku, ialah meluaskan pemikiran dan bekerja mengikut ka-pasiti masing-masing untuk kemenangan Islam. “Think Big, Act Small”. Tiada masa lagi untuk kita berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

Tajuk: Wayang kita.

Semalam,

Ku putar mesin buruk,

Terpapar semuanya di layar lusuh.

Memori itu dimain lembut.

Walau dijemur lanjut umur,

Filem kita takkan luntur.

Lampu suluh yang malap,

tak meruyup tontonanku.

Bertih jagung kau suap,

kenyang perutku tangguk manis.

Resepi kau ajar,

ku jilid jadi satu,

buat tatapan adik-adik.

Kini,

kau pengarah legenda.

Relungan filem itu,

ku ulang tayang berkali-kali.

Walau zaman dah tak searah,

Ceritamu tak pernah basi.

Esok,

kerusi kau akan bertuan;

Dan wayang kita tetap diingatan.

Al-Irfan,

Masjid Asakusa,

Golden Week 2008.

Page 18: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Masyarakat masa kini lebih peka terhadap persoalan ibadah khusus (solat,puasa dll) berbanding dengan kepekaannya terhadap dakwah yang merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan manusia. Sedangkan dakwah itu sendiri sebenarnya keperluan hidup dalam manusia yang mana mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dengan keperluan hidup yang lain. Keperluan hidup inilah yang menuntut manusia supaya tidak bersendirian dalam hidup, bahkan disyariatkan supaya hidup bermasyarakat. Sesungguhnya hidup manusia saling memerlukan di antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan. Contohnya, keperluan padi di seluruh negara tidak dapat dica-pai sekiranya tiada tenaga manusia yang ramai untuk menghasilkan padi untuk semua. Sekiranya

manusia cuba untuk hidup sendirian seolah-olah mencuri sifat Allah yang Maha Esa.

Umat Islam adalah umat dakwah. Melalui dakwah kta dapat berkongsi kebaikan dengan sesama muslim. Dakwah perlulah dilakukan dengan baik dan bukan dengan tekanan perasaan dan tanggungjawab semata-mata.

Sebab kewajipan: Dakwah ‘outside in’

Maka akan laksanakan kerja dengan sebab rasa terpaksa. Bila keluar dari dunia dakwah selepas be-lajar, maka akan datang kewajipan-kewajipan lain. Seterusnya akan mendahulukan kewajipan-kewajipan lain lebih dari kewajipan dakwah itu sendiri.

Sebab keperluan : Dakwah ‘inside out’

Merasakan dakwah itu satu keperluan yang dirasakan tidak dapat tidak kena ada dalam kehidupan s harian. Setiap individu kenalah cari satu sebab kenapa rasa seronok buat keja dakwah. ”Kena seronok buat kerja,baru boleh seronokkan orang lain” Contoh : 3 orang kerja rumah batu.

• Kerja sebab terpaksa. Kerja dengan wajah yang masam tiada ceria.

• Kerja sebab dapat gaji. Ada matlamat. Dapat kerja dengan ceria bila difikirkan gaji yang akan diperolehi.

• Kerja sebab bukan hanya untuk dapatkan gaji, bahkan rasa gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada bakal penghuni rumah tersebut.

Dakwah dengan perasaan memberi akan timbulkan bahagia hasil daripada wujudnya rasa kasih

sayang. Dakwah bukan tempat untuk tunaikan kewajipan semata-mata, tapi jadi tempat untuk men-cari keseronokan diri. Melalui cara ini,maka dapatlah kita kecapi nikmat melalui aktiviti ‘DAKWAH’ itu sendiri. Melalui dakwah juga dapat kita sempurnakan iman kita dengan berkongsi perkara-perkara baik sesama muslim.

Justeru, dakwah perlulah dijalankan oleh setiap individu muslim di muka bumi ini sebagai salah

satu keperluan hidup yang memberi satu kenikmatan pada diri kita. Namun, cukupkah dengan ber-dakwah dengan bersendirian dan sebarkan pengertian dakwah ini dengan tenaga seorang diri? Ten-tulah tidak mencukupi sekiranya berdakwah dengan bersendirian. Seperti juga dengan keperluan-keperluan hidup yang lain, dakwah juga perlu dilakukan dengan pengurusan yang cukup rapi bagi memastikan kita dapat kecapi nikmat yang baik melalui proses dakwah itu sendiri.

Paradigma Dakwah

Page 19: Apa Erti Saya Menganut Islam ?

Contoh dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi saw sudah cukup untuk diikuti. Dalam pel-bagai sifat dan sikap sahabat yang dikenali Rasulullah saw,semuanya baginda saw hadapi dengan kesesuaian diri mereka masing. Setiap soalan yang ditujukan kepada baginda saw dijawab dengan penuh hikmah bersesuaian dengan keperluan sahabat-sahabatnya.

Pengurusan daripada aspek perlaksanaan secara individu, sehinggalah kepada bentuk kolektif

melaksanakan dakwah. Kerja dakwah perlu dalam bentuk kolektif, berjemaah. Disebabkan satu keperluan, maka perlu juga dibuat secara beramai-ramai seperti perusahaan makanan serta keper-luan hidup yang lain. Tetapi, tidak bermakna tiadanya jemaah, maka dakwah tidak perlu dilaksana-kan secara individu.

Firman Allah swt:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela aga-maNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(As-Soff : 4) Dakwah perlulah dilaksanakan dalam berjemaah dengan tersusun. Kebenaran yang tidak sis-

tematik akan kalah kepada kebatilan yang sistematik. Aktiviti dalam dakwah: Usrah

Usrah bukan tempat untuk mencari ilmu. Tapi, ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah samp-ingan yang dapat melalui usrah. Usrah juga bukan tempat untuk berukhuwah (boleh mesra dengan ahli jemaah dan juga orang selain dari jemaah). Usrah juga bukan tempat untuk update isu semasa. Dakwah tidak boleh dilakukan secara taklim, tapi dengan tarbiyah. Dakwah yang disampaikan perlu-lah diiringi dengan perasaan kasih sayang yakni hati yang akan memberi kesan yang baik kepada si penerima. “Learning without thinking is useless,and thinking without learning is dangerous”. Ungkapan ini cukup untuk difahami semua orang. Ilmu yang diperolehi perlu diproses dengan berfikir, berfikir pula perlu-

kan kepada ilmu untuk tidak memesongkan diri. Belajar tanpa berfikir merupakan perkara yang tidak akan mendatangkan faedah kepada yang belajar. Begitu juga dengan berfikir tanpa belajar akan membawa kepada kerosakan yang boleh memusnahkan sesuatu perkara. Justeru, belajar perlulah diikuti dengan berfikir dan proses yang insyaAllah akan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk semua.

Usrah terdiri daripada 20% Ilmu, 20% Kefahaman diri, 20% Pengalaman diri, 40% Amali

(bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan Al-Fatihah). Sampaikan agama melalui cerita. Mulakan dakwah dengan bercerita juga salah satu proses un-

tuk menghidupkan perbincangan. Dengan menghayati apa yang diceritakan dengan sepenuh jiwa akan memberi kesan kepada hati yang mendengar. Hendaklah juga mengiktiraf cerita sebagai sum-bangan kepada usrah.

Proses dakwah/perubahan perlu ambil kira keperluan 3 elemen (akal, hati dan nafsu) • Akal dimuatkan dengan informasi/ilmu (Tahu). • Hati (iman) kepada sentuhan psikologi untuk memberi dan menerima arahan (orang akan ter-

dorong bila akal dibawa bersama hati). • Latihan menguasai keinginan nafsu(Mahu).

USRAH ialah

keluarga

Page 20: Apa Erti Saya Menganut Islam ?
Page 21: Apa Erti Saya Menganut Islam ?
Page 22: Apa Erti Saya Menganut Islam ?