lagu-lagu tarian sewang di kalangan masyarakat … word - kajian... · dalam kajian ini pengkaji...

29
LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI: TINJAUAN DARI ASPEK INTRINSIK Oleh: Zakaria bin Khalid Mohd. Rasdi bin Saamah Hajah Ramlah bt. Abd. Rahman Mazlan Zaharuddin bin Mat Arof Mohd Hanifah bin Moideen Jabatan Pengajian Melayu Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang ABSTRAK Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah hiburan utama di kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu- lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bentuk intrinsik yang terdapat di dalam lagu-lagu tersebut. Antara aspek yang dilihat ialah unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan dan keperpustakaan. Manakala instrumen kajian pula terdiri daripada lagu-lagu tarian sewang, terjemahan lagu, dan analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian sewang berbentuk kegembiraan atau hiburan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur intrinsik di dalam lagu- lagu tersebut. ABSTRACT The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community that is still being practices until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group is presented for a variety of purpose; for example for entertainment, introducing love, marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicinal purposes. This dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The objective of this research is to look into the intrinsic nature in these songs. Among the aspects that we looked into were sounds, language and from the physical side. The instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs

Upload: lamkhue

Post on 06-Mar-2019

295 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG

ASLI:

TINJAUAN DARI ASPEK INTRINSIK

Oleh:

Zakaria bin Khalid

Mohd. Rasdi bin Saamah

Hajah Ramlah bt. Abd. Rahman

Mazlan Zaharuddin bin Mat Arof

Mohd Hanifah bin Moideen

Jabatan Pengajian Melayu

Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan

Kuala Lipis

Pahang

ABSTRAK

Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli

yang masih kekal diamalkan hingga sekarang. Tarian sewang dalam suku kaum orang

Asli dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta,

perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini menjadi wadah

hiburan utama di kalangan masyarakat orang asli kaum Semai. Kajian terhadap lagu-

lagu tarian sewang ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Tujuan kajian ini adalah

untuk melihat bentuk intrinsik yang terdapat di dalam lagu-lagu tersebut. Antara aspek

yang dilihat ialah unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal. Dalam kajian ini

pengkaji menggunakan kajian rintis, kerja lapangan dan keperpustakaan. Manakala

instrumen kajian pula terdiri daripada lagu-lagu tarian sewang, terjemahan lagu, dan

analisis data. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen.

Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian sewang berbentuk kegembiraan atau hiburan.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur intrinsik di dalam lagu-

lagu tersebut.

ABSTRACT

The sewang dance is a type of traditional dance presented by The Orang Asli Community

that is still being practices until today. The sewang dance in the ethnic Orang Asli group

is presented for a variety of purpose; for example for entertainment, introducing love,

marriages, worshipping the spirit of the rice, and also for medicinal purposes. This

dance has been a medium of entertainment among the tribes of the Orang Asli especially

the Semai tribe. The research on the songs of sewang dances is of a qualitative type. The

objective of this research is to look into the intrinsic nature in these songs. Among the

aspects that we looked into were sounds, language and from the physical side. The

instruments used in this research consist of the sewang dance, the translation of songs

Page 2: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

2

and the data analysis. In this research, the researchers used the document analysis

approach. The researchers researched only on the songs for the sewang dancers in the

form of happiness and entertainment. The findings from this research show that there is

apparent intrinsic values in these songs.

1.0 Pengenalan

Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater

tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Persembahan

berbentuk ritual merangkumi tarian, teater, memuja semangat dan roh dipercayai

mempengaruhi kehidupan sesuatu suku kaum bagi memenuhi pelbagai tujuan. Mengikut

Mohamed Ghouse (1994) persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat

di kalangan suku-suku kaum di Sabah. Dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah

tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau, tarian sumayau/mandasayau dari

suku kaum Dusun. Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama

seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk menyemah rumah

panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung

sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian.

Di Semenanjung Malaysia tarian bagi tujuan seperti ini kebiasaannya diamalkan oleh

masyarakat orang Asli iaitu tarian sewang. Tarian sewang bagi masyarakat orang Asli

dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu, iaitu untuk kesyukuran selepas menuai atau

membuka tanah baru. Kedua, untuk menandakan tamat tempoh berkabung dan ketiga

bagi tujuan mengiringi pengubatan tradisional.

1.1 Latar Belakang Kajian

Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang Asli

yang masih kekal diamalkan dan dipertahankan hingga sekarang. Tarian sewang

dipersembahkan untuk berbagai-bagai fungsi seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan,

memuja semangat padi dan juga perubatan. Tarian ini biasanya diketuai oleh Tok Halak

dan lima hingga sepuluh orang penari yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Selain

itu, terdapat enam orang pemuzik iaitu lima orang pemukul centung (buluh yang

berukuran berbeza) dan seorang pemukul gong. Sambil bersahut-sahutan beramai-ramai,

penari perempuan mengetuk buluh centung ke atas buluh panjang atau kayu keras yang

padat bagi mengeluarkan bunyi nyaring.

Tarian ini biasanya dilakukan dalam empat formasi yang berbeza bergantung kepada

fungsi tarian tersebut. Antaranya tarian secara berbaris iaitu penari-penari berada dalam

satu barisan sambil menari. Bentuk seterusnya ialah bulatan iaitu penari berada dalam

bulatan sambil berjalan berpusing mengikut arah jam atau lawan jam. Selain itu tarian ini

juga dilakukan secara berpasangan antara lelaki dan perempuan yang kadang kalanya

berpegangan tangan. Manakala formasi keempat ialah tarian secara beramai-ramai.

Tarian sewang untuk tujuan kegembiraan kebiasaannya diadakan setelah upacara menuai

Page 3: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

3

padi, menyambut kepulangan anak yang bekerja di perantauan, menyambut kedatangan

tahun baru, perkahwinan atau apa sahaja yang difikirkan dapat memberi kegembiraan di

dalam kampung. Manakala sewang untuk perubatan dijalankan pada waktu malam

selama enam hari berturut-turut. Semasa sewang perubatan dijalankan, orang luar tidak

dibenarkan naik ke rumah tempat tarian diadakan sehingga tarian selesai.

1.2 Pernyataan Masalah

Seni kata lagu dalam tarian sewang diadun daripada pelbagai variasi. Keunikannya telah

menarik minat para pengkaji seni, budaya dan bahasa untuk mengkajinya. Walau

bagaimanapun, banyak kajian yang dijalankan hanya mengkaji dari aspek budaya dan

etnomuzikalogi sahaja. Lantaran itu, fokus kajian ini ialah untuk melihat unsur bunyi,

unsur bahasa dan aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang yang dipersembahkan oleh

masyarakat orang Asli kaum Semai. Kajian ini akan meneliti lirik-lirik lagu dalam tarian

sewang untuk kegembiraan yang dipersembahkan oleh masyarakat orang Asli kaum

Semai di Kampung Lenjang dan Kampung Titom, Kuala Lipis, Pahang.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau aspek intrinsik yang terdapat dalam lagu-lagu tarian

sewang. Antara objektif kajian adalah untuk:

i. Melihat dan mengenal pasti unsur bunyi dalam lagu-lagu tarian sewang.

ii. Melihat dan mengenal pasti unsur bahasa dalam lagu-lagu tarian sewang.

iii. Melihat dan mengenal pasti aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

i. Apakah unsur bunyi yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?

ii. Apakah unsur bahasa yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?

iii. Apakah aspek fizikal yang terdapat dalam lagu-lagu tarian sewang?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menambahkan perbendaharaan kata yang boleh dimuatkan

dalam kamus bahasa Melayu, di samping dapat mengetengahkan tarian sewang sebagai

satu seni tarian dalam kebudayaan nasional. Selain itu, tarian sewang dapat dijadikan

sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah orang asli.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melihat bentuk intrinsik iaitu unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal

Page 4: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

4

dalam seni kata lagu-lagu tarian sewang yang berfungsi untuk kegembiraaan.

Rasionalnya ialah tarian ini mudah dipersembahkan kerana tidak memerlukan masa yang

khusus, tegasnya boleh dijalankan pada bila-bila masa berbanding dengan tarian sewang

untuk tujuan mengubati orang sakit atau kesyukuran. Kajian ini hanya tertumpu kepada

masyarakat orang asli suku kaum Semai di Lenjang dan Titom, Kuala Lipis, Pahang.

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, menulis lirik bersama Tok Halak serta

rakaman video tarian sewang. Pengkaji juga menggunakan khidmat jurubahasa dari kaum

Semai sebagai penterjemah. Terjemahan yang dilakukan tidak berdasarkan terjemahan

secara harfiah sebaliknya berdasarkan kepada makna baris-baris lagu.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Lagu

Menurut Kamus Dewan (1994:744), bermaksud irama suara (dlm bacaan, nyanyian,

percakapan,dll). Lagu yang dikaji merangkumi lagu tarian sewang gembira di kalangan

masyarakat kaum Semai di Lenjang dan Titom, Kuala Lipis, Pahang.

1.8.2 Tarian Sewang

Tarian sewang atau dipanggil jenulang (dalam bahasa suku kaum Semai) adalah salah

satu tarian tradisional orang Asli terutamanya bagi kaum Semai dan Temiar.

1.8.3 Masyarakat Orang Asli

Menurut Kamus Dewan (1996: 69), bermaksud kelompok manusia yang mengamalkan

satu cara hidup yang sama dan merupakan penduduk asal atau orang yang asal

keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang

mendatang). Kajian ini merangkumi masyarakat orang asli di Lenjang, yang jaraknya 99

km dan Titom 112 km dari Kuala Lipis, Pahang.

1.8.4 Intrinsik

Mengikut Kamus Dewan (1996: 497) intrinsik bermaksud sebahagian daripada sifat atau

ciri seseorang atau sesuatu. Dalam konteks kajian ini, intrinsik bermaksud aspek dalaman

dalam lagu-lagu tarian sewang yang dikaji.

2.0 Kajian oleh Pengkaji Luar

Mengikut kajian Tarno et. al. (1993) dalam Taum (2004), sastera lisan masyarakat

Dawan di Timor dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bonet, heta, tonis dan nu’u.

Berdasarkan isi dan fungsinya, bonet adalah puisi lisan yang dilagukan terbahagi kepada

4 jenis iaitu boennitu (puji-pujian kepada arwah), boen Ba’e (puji-pujian dalam suasana

Page 5: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

5

ceria seperti kelahiran olen, menimang anak ko’an, penyambutan tamu futmanu-

safemanu), dan nyanyian kerja (boenmepu). Selain itu kajian Parera (1994) dalam Taum

(2004) mendapati sastera lisan lain dalam masyarakat Dawan yang berupa pantun ialah

nel dan ta’nu’an iaitu cerita-cerita dongeng yang biasanya ditujukan untuk anak-anak.

Ada tiga jenis nel atau pantun iaitu:

(a) nel-masi’u (pantun untuk sindir-menyindir)

(b) nel ta’tuna kanan (pantun untuk mengungkap asal-usul sesuatu kaum)

(c) nel ta’tuna pah (pantun untuk mengagungkan kerajaan).

2.1 Kajian oleh Pengkaji Tempatan

Kajian awal terhadap masyarakat orang Asli banyak tertumpu kepada soal ekonomi dan

sosial masyarakat tersebut. Iskandar Carey (1976) dalam bukunya ’The Aboriginal Tribes

of Peninsular Malaysia’ telah mengkaji tentang sistem ekonomi, keagamaan dan sistem

sosial suku kaum orang Asli terbesar di negara ini iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Kajian yang hampir sama juga telah dilakukan oleh Hood Salleh (1986) yang tertumpu

kepada mitos kejadian alam, asal-usul manusia dan larangan kahwin sumbang di

kalangan masyarakat Negrito di Kelantan, Perak dan Pahang serta masyarakat Semelai di

Pahang.

Mohd. Rizal Yaacob (1994) pula telah mengkaji tentang tarian sewang suku kaum Semai

dan melihatnya dari pelbagai aspek seperti corak persembahan, fungsi dan alat muzik

yang digunakan. Bazrul Bahaman (1999) dalam tesis sarjananya telah mengkaji aspek

persembahan dan pencerita dalam Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Kajian dari

aspek bahasa juga telah dibuat oleh Subandi Kasidan (1999) yang mengkaji tentang

pembentukan kata dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban di Sarawak. Manakala Sal

Farina Kamaluddin (2003) telah mengkaji tradisi lisan berbentuk cerita suku kaum Jahut

di Kampung Penderas Temerloh, Pahang.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati bahawa kajian intrinsik dalam lagu-lagu

tarian sewang masih belum dibuat oleh mana-mana penyelidik. Pengkaji mendapati

bahawa rata-rata kajian lepas banyak berkisar tentang aspek budaya, manakala kajian

tentang bahasa hanya berkisar tentang aspek laras bahasa dan morfologi dalam lagu-lagu

yang dikaji.

3.0 METODOLOGI

3.1 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dijalankan pada 29 hingga 30 Julai 2004 di Kampung Bertam, Betau,

Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji telah menemu bual Tok Halak iaitu Encik Ke Oh a/l Tekai

dengan bantuan Encik Rosli bin Seman seorang guru orang Asli di Sekolah Kebangsaan

Betau, Kuala Lipis, Pahang. Soalan-soalan temu bual telah disahkan oleh Encik Ke Oh

Page 6: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

6

a/l Tekai dan Encik Rosli bin Seman kerana telah memenuhi hal-hal berkaitan tarian

sewang masyarakat kaum Semai.

3.2 Temu bual dan Rakaman Video

Dalam penyelidikan ini, temu bual berstruktur kepada beberapa orang responden yang

arif tentang tarian sewang telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang tarian

tersebut. Mereka yang telah ditemubual ialah Encik Ramli a/l Pasit dari Pos Lenjang,

Encik Mat a/l Kunyim dan Encik Bah Mmhat bin Meliang dari Kampung Titom, daerah

Kuala Lipis, Pahang. Pengkaji juga telah merakamkan tarian Sewang di Kampung

Lenjang dan Kampung Titom. Lagu-lagu ini dirakam bagi tujuan memudahkan pengkaji

mendapatkan lirik-lirik lagu yang akan dianalisis.

3.3 Perpustakaan

Pengkaji membuat rujukan di perpustakaan bagi tujuan mendapatkan maklumat lanjut

tentang lagu-lagu tarian Sewang. Beberapa dokumen tambahan seperti daftar kata bahasa

Melayu-Semai dan Temiar, tesis-tesis serta latihan ilmiah dari beberapa buah universiti

tempatan dan seni kata lagu-lagu tarian Sewang digunakan sebagai dokumen tambahan.

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Lagu Tarian Sewang

Sebanyak 18 buah lagu nyanyian Encik Ramli a/l Pasit, Encik Yatim a/l Minhat dan

Encik Kah Tim a/l Kalok telah dapat dirakam iaitu lagu Kok Gagek, Seribu Ampun,

Panas Siang, Joget, Amek Tolong Jar, Ken Anuk, Tok Kenah, Pusing Tamuk Tawin, Amai

Gabet, Sir, Bek Yok, Cerik, Ruwang Ruwet, Bah Bai-Bai, Bunga Alam Ye, Puteri Raja,

Bula, dan Guruk Abe.

3.4.2 Terjemahan

Lagu-lagu tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Encik Mat a/l

Kunyim dan Bah Mmhat bin Meliang. Tujuan terjemahan tersebut adalah untuk

mendapatkan kefahaman tentang makna sebenar lagu-lagu tersebut sama ada yang

tersurat mahu pun yang tersirat. Bagi memastikan kesahan data terjemahan tersebut,

pengkaji mendapat bantuan khidmat penambahbaikan terjemahan daripada Encik Uda a/l

Longgok dan Encik Mohd Khairi bin Adnan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA), Kuala Lipis, Pahang.

3.4.3 Analisis Data

Page 7: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

7

Kesemua 18 buah lagu telah diitranskripsikan dan pengkaji telah menganalisis lagu-lagu

tersebut berdasarkan aspek intrinsik iaitu unsur bunyi, unsur bahasa dan aspek fizikal.

4.0 ANALISIS ASPEK INTRINSIK DALAM LAGU-LAGU TARIAN SEWANG

Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti unsur bunyi (Poetic devices), unsur bahasa

(Phonotylastic devices) dan aspek-aspek fizikal dalam lagu-lagu tarian sewang. Bagi

unsur bunyi, meliputi unsur aliterasi, asonansi, skema rima dan irama atau rentak. Bagi

unsur bahasa pula meliputi unsur perbandingan, sindiran, penegasan dan pertentangan.

Manakala aspek fizikal pula ialah kajian tentang diksi, ayat atau baris-baris, versifikasi

(untaian) dan bentuk.

4.1 Maksud Lagu

4.1.1 Lagu 1 - Kok Gagek (Mari Cepat)

Lagu ini menceritakan tentang nasihat yang perlu dipatuhi oleh dua orang yang diarahkan

oleh bomoh untuk pergi ke bukit mencari bunga, dan bomoh tersebut mendapat petunjuk

supaya mereka mendapatkan bunga dengan restu Tuhan.

4.1.2 Lagu 2 - Seribu Ampun

Menceritakan petua meminta izin pada penunggu sesuatu tempat, sebelum memasuki

tempat itu. Selain itu lagu ini juga menceritakan keindahan alam ciptaan Tuhan.

4.1.3 Lagu 3 - Panas Siang

Lagu ini mengisahkan kesempitan hidup sebuah rumah tangga. Si isteri sering berleteran

siang dan malam terhadap suaminya. Suaminya asyik berfikir bagaimana caranya untuk

mengatasi masalah tersebut yang akhirnya telah berpakat dengan orang tuanya bagi

mengatasi masalah itu.

4.1.4 Lagu 4 - Joget

Lagu tersebut menasihatkan anak muda supaya jangan malu atau segan untuk sama-sama

menari joget sampai ke pagi.

4.2.5 Lagu 5 - Amek Tolong Jar (Emak Tolong Kami)

Menceritakan perihal seorang anak yang mempunyai pendirian dan tidak suka mengharap

bantuan orang lain. Ianya berasa bebas melaksanakan kerja harian di tempat sendiri.

4.2.6 Lagu 6 - Ken Anuk (Si Anu)

Page 8: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

8

Sepasang teruna dara yang dilamun cinta,asyik merindui antara satu sama lain.

4.2.7 Lagu 7 - Tok Kenah (Tiada Beristeri)

Mengisahkan seseorang yang tidak beristeri, di mana semua kerja rumah perlu

dilaksanakan olehnya seperti membasuh pakaian, memasak dan sebagainya telah berasa

kesepian apabila malam menjelma.

4.2.8 Lagu 8 - Pusing Tamuk Tawin (Keliling Sejambak Bunga)

Menceritakan kisah seorang pemuda yang memuja seorang perawan cantik. Si pemuda

cuba usik-mengusik perawan tersebut hingga menangis, yang akhirnya tidak berjaya

menawan hati si perawan tersebut.

4.2.9 Lagu 9 - Amai Gabet (Jangan Tidur)

Menceritakan perihal kehidupan seharian seorang yang pemalas sering berangan-angan

dan tidak melakukan sebarang kerja. Sedangkan hari sudah petang dan binatang-binatang

berlarian pulang lelaki tersebut masih di alam mimpi.

4.2.10 Lagu 10 - Sir (Kira)

Lagu ini mengisahkan seseorang yang pergi memburu rusa lalu beliau memerhatikan

tempat-tempat kebiasaan binatang tersebut seperti tumbuhan pokok buah simpor yang

digemari oleh binatang itu.

4.2.11 Lagu 11 - Bek Yok (Ayah yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki)

Menceritakan perihal dua orang yang sesat jalan di hutan. Seorang sudah berusia dan

seorang lagi anak muda. Mereka tercari-cari jalan keluar.

4.2.12 Lagu 12 - Ceri’t (Panggil)

Menceritakan seseorang yang sedang menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan

Tuhan.

4.2.13 Lagu 13 - Ruwang Ruwet (Ruwang Ruwet)

Mengisahkan tentang seseorang yang pergi ke bukit untuk mencari ubat (akar kayu) dan

sebagainya. Beliau terjumpa pokok kemenyan lalu diambil dan terus diperasapkan.

Seterusnya beliau pun pulang ke rumah sambil terkenangkan peristiwa tersebut.

4.2.14 Lagu 14 - Bah Bai Bai (Pakcik)

Page 9: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

9

Menceritakan perihal kepatuhan seorang bomoh mengikut petua-petua yang diajar oleh

guru kaka kepada ayahnya dalam mengamalkan ilmu perubatan.

4.2.15 Lagu 15 - Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)

Lagu ini mengisahkan kecantikan Puteri Gunung. Sesiapa sahaja setiap lelaki yang

terpandang wajah puteri tersebut pasti terpikat.

4.2.16 Lagu 16 - Puteri Raja (Puteri Raja)

Lagu tersebut memuji kecantikan seorang puteri yang mempunyai rambut panjang

mengurai

4.2.17 Lagu 17 - Bula (Bola)

Lagu tersebut menceritakan seorang yang berat tulang tidak suka bekerja dan hanya

menghabiskan masanya dengan bermain bola sepak sahaja.

4.2.18 Lagu 18 - Guruk Abek (Guru Ayah)

Mengisahkan tentang keloh kesah setiap lelaki yang melihat akan kecantikan perempuan.

Perempuan tersebut bukan sahaja cantik malahan mempunyai suara yang merdu dan

lunak.

4.3 Unsur Bunyi

Unsur bunyi terbahagi kepada 4 jenis iaitu unsur asonansi, aliterasi, skema rima dan

irama atau rentak. Hasil daripada analisis lagu yang dikaji, didapati tiga unsur bunyi iaitu

asonansi, aliterasi dan skema rima.

4.3.1 Unsur Asonansi : Unsur asonansi ialah pengulangan bunyi vokal dalam baris- baris

puisi secara horizontal.

Contoh:

Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek (Baris 1)

De ga arag har ladui (Baris 4)

Benorlah bungak deh (Baris 7)

Lagu 2 : Tabik ampun (Baris 1)

Selaq liaq (Baris 4)

Eng gu kek hek (Baris 6)

Lagu 3 : Panas siang (Baris 1)

Panas malam (Baris 2)

Page 10: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

10

Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)

Leniteou menaleh a rendex (Baris 2)

Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)

Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)

Lagu 6 : Ken anuk ken anuk (Baris 1)

Bei madeh ean tanyak ru hek (Baris 2)

4.3.2 Unsur Aliterasi: Unsur aliterasi ialah pengulangan konsonan dalam baris-baris

puisi secara horizontal.

Contoh:

Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek (Baris 1)

De ga arag har ladui (Baris 4)

Lagu 2 : Selaq liaq (Baris 4)

Eng gu kek hek (Baris 6)

Lagu 3 : Panas siang (Baris 1)

Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)

Ga bersagak ga berjulak (Baris 3)

Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)

Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)

Lagu 6 : Ken anuk ken anuk (Baris 1)

Bei madeh ean tanyak ru hek (Baris 2)

4.3.3 Skema rima: Skema rima ialah persamaan bunyi dalam baris-baris dalam puisi

secara vertikal. Bunyi-bunyi ini boleh terletak sama ada di pangkal setiap baris, di tengah

atau di hujung.

Contoh:

Lagu 5 : Jar jar jug ma katih (Baris 2)

Jar jar jug ma deg hek (Baris 3)

Lagu 6 : Bei madeh eng tanyak ru hek (Baris 2)

Ha eng adeh hak nok loi hek (Baris 3)

4.3.4 Irama atau rentak: Unsur-unsur ini boleh wujud dalam sesebuah puisi itu setelah

adanya penglibatan secara kerap unsur-unsur di atas. Unsur-unsur bunyi seperti aliterasi,

asonansi dan skema rima apabila digunakan dengan banyak akan menimbulkan irama dan

Page 11: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

11

rentak yang menarik. Hasil daripada analisis tidak terdapat sebuah lagu pun yang

mempunyai irama atau rentak.

4.4 Unsur Bahasa

Unsur-unsur bahasa merupakan elemen-elemen yang menampakkan kekuatan

perbandingan yang digunakan dalam sesuatu ciptaan. Unsur-unsur ini penting bagi

membezakan bahasa sastera dengan yang bukan sastera. Unsur-unsur bahasa dalam

ciptaan puisi dan prosa dapat dikelaskan kepada empat kategori, iaitu perbandingan,

bahasa sindiran, bahasa penegasan dan bahasa pertentangan. Berdasarkan lagu-lagu yang

dikaji, unsur bahasa yang terdapat hanyalah unsur perbandingan dan penegasan.

4.4.1 Gaya bahasa penegasan bertujuan untuk memberi impak yang lebih kepada sesuatu

kenyataan itu. Terdapat 14 jenis unsur gaya bahasa penegasan ini. Namun begitu,

terdapat hanya 1 unsur gaya bahasa penegasan dalam lagu yang dikaji iaitu bahasa yang

menggunakan unsur repitisi (perulangan). Unsur repitisi ialah unsur yang digunakan

dalam bahasa perulangan.

Contoh:

Lagu 1 : Kok gagek hek kok gagek

Ga gaduh hek ga gaduh (Baris 5))

Lagu 3 : Panas panas panas panas (Baris 9)

Lagu 4 : Jogetlah hik joget (Baris 1)

Lagu 6 : Ken anuk, ken anuk (Baris 1)

Lagu 7 : Eng dap ceruk eng dadak eng haloi (Baris 7)

Lagu 11 : Bek yok bek yok (Baris 1)

Lagu 18 : Hei guruk abe guruk ame (Baris 1)

Makin eng serngi makin eng riak (Baris 14)

Wak anu ooo wak anu (Baris 17)

4.4.2 Bahasa yang menggunakan unsur paralelisme

Paralelisme ialah unsur bahasa yang digunakan untuk tujuan pengulangan. Biasanya gaya

bahasa seperti ini mengulang sepatah kata beberapa kali pada tempat yang sama. Unsur

ini terbahagi kepada dua . Pertama, unsur yang terletak pada awal ayat dan yang kedua

terletak pada hujung ayat. Unsur yang pertama disebut anafora dan unsur yang kedua

disebut epifora. Unsur anafora ialah perulangan kata pada awal ayat.

Contoh:

Lagu 2 - Selak liaq (Baris 4)

Selak penacek (Baris 5)

Eng gu kek hek (Baris 6)

Eng gu riak (Baris 7)

Page 12: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

12

Lagu 3 - Panas siang (Baris 1)

Panas malam (Baris 2)

Hari Isnin (Baris 5)

Hari Selasa (Baris 6)

Hari Rabu (Baris 7)

Hari Khamis (Baris 8)

Lagu 5 - Jar jar jug ma katih (Baris 2)

Jar jar jug ma deg hek (Baris 3) -

Lagu 7 - Belik abad eng berbir eng haloi (Baris 2)

Belik ayam eng masak eng haloi (Baris 3)

Lagu 10 - Ser ser (Baris 4)

Ser selak setou (Baris 5)

Ser ser (Baris 7)

Ser selak seug (Baris 8)

Lagu 14 - Guruk atuk (Baris 5)

Guruk guruk (Baris 6)

Yok jerben jerbon (Baris 9)

Yok gersou layuk (Baris 10)

Lagu 15 - Seniroi ye (Baris 6)

Seniroi babu ye (Baris 7)

Lagu 16 - Abor sanjung puteri raja (Baris 2)

Abor leh abor (Baris 3)

Lagu 17 - Siok kentah bi dalag ha ibola (Baris 3)

Siok kenreh bi dalag ha ibola (Baris 4)

Lagu 18 - Hei wak anu bulehkah eng tanya (Baris 11)

Hei wak anu bulehkah eng tanya (Baris 12)

4.4.3 Epifora ialah perulangan kata pada akhir ayat.

Contoh:

Lagu 6 - Bei madeh eng tanyak ru hek (Baris 2)

Ha eng adeh hak nok lei hek (Baris 3)

Page 13: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

13

4.5 Aspek Fizikal

Aspek fizikal dianalisis berdasarkan diksi, ayat, versifikasi dan bentuk.

4.5.1 Diksi merujuk pemilihan kata berdasarkan makna, komposisi bunyi dalam rima

dan irama, kedudukan kata itu di tengah konteks kata lainnya dan kedudukan kata dalam

keseluruhan puisi itu. Di samping pemilihan kata yang tepat, pertimbangan urutan

katanya perlu juga dipertimbangkan urutan katanya dan kekuatan atau daya magis

daripada kata-kata tersebut.

Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut didapati dari aspek diksi,

perkataan yang digunakan mudah, biasa digunakan dalam kehidupan seharian dan

berkaitan dengan persekitaran mereka. Perkataan-perkataan tersebut rmenggambarkan

keseluruhan cara hidup mereka.

Contoh :

i. Lagu ’ Kok Gagek’ (Lagu 1)

Benorlah bungak deh ( benarlah cantiknya bunga)

De bigei ku danos ( duduk di atas bukit)

ii. Lagu Sir (Lagu 10)

Selak setoq (daun tutor)

Ser selak simpor (banci daun simpor)

4.3.3.2 Ayat diistilahkan sebagai sintaksis dan melibatkan soal-soal bagaimana pengarang

membentuk dan menyusun ayat-ayat dalam hasil karyanya.

Penggunaan perkataan dan frasa dalam ayat-ayat itu dipelbagaikan sehingga kelihatan

indah dan puitis sifatnya. Di samping itu ayat-ayat tadi dapat pula menimbulkan kesan

rasa yang tinggi (Kamarudin 1988).

Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut didapati ayat yang digunakan

terdiri daripada ayat pendek, iaitu antara 2 hingga 7 patah perkataan. Jenis ayat yang

terdapat dalam lagu tersebut terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan

ayat seruan.

4.3.3.2.1 Ayat penyata iaitu ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

penyataan.

Contoh

Lagu 1 : bernorlah bugak deh

(Benarlah cantiknya bunga ini)

Lagu 4 : ee tendeh bahlek hik rich uc

(Waktu petang baharu terasa letih)

Lagu 5 : Jar jar jug ma katih

(Kami hendak balik ke seberang)

Page 14: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

14

4.3.3.2.2 Ayat Tanya iaitu ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu

hal. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tannya

dengan kata tanya.

Contoh :

Lagu 9 : ai reklok noklek jun

(hai, macamana awak ini ?)

Lagu 13 : yok... malok lek

(Yok di mana ?)

Lagu 14 : reklok nok lek

(Macam mana ini ?)

4.3.3.2.3 Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan

sesuatu tindakan. Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat

larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Dalam kajian ini hanya terdapat dua jenis ayat

perintah iaitu ayat larangan dan ayat silaan.

Contoh:

Lagu 1 : kok gagek hek kok gagek (ayat silaan)

(Mari cepat, hei mari cepat)

de ga araq har ladoi (ayat larangan)

(Jangan terlupa rumah)

Lagu 4 : ga bersagak ga berjulak (ayat silaan)

(Jangan malu bersewang)

Lagu 8 : jemjom gangguk (ayat larangan)

(jangan menangis)

Lagu 9 : bei madeh (ayat silaan)

(Mari sini)

4.3.3.2.4 Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi

seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram,

sakit, dan sebagainya.

Contoh:

Lagu 9 : Ai kurang pek boh leh

(hai, kurang eloklah!)

Lagu 18 : hei guruk abe guruk ame

(hai, guru ayah guru emak!)

Page 15: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

15

4.3.3.3 Versifikasi atau untaian dapat dilihat dalam dua konteks. Bagi puisi lama

versifikasinya agak jelas dan terikat kepada bentuk-bentuk tertentu. Bagi puisi moden

atau sajak versifikasinya kelihatan agak bebas dan dapat dikenali dengan berbagai-bagai

nama (Kamarudin 1988).

Berdasarkan penelitian terhadap 18 buah lagu tersebut terdapat dua jenis untaian dalam

lagu ini iaitu terzina dan sextek.

i. Terzina - 3 untai serangkap

Contoh:

Lagu 5 : Amek lek tolong jar

Jar jar jug ma katih

Jar jar jug ma deg hek

Abek lek tolong jar

Jar jar juga…

Jar jar juga ma katih

Lagu 15 : Ye yol berayol bunga ye

bunga alam

senirol babu ye

Awal-awa bunga ye

Senirol ye

Seniroi babu ye.

ii. Sextek - 6 untai serangkap

Contoh :

Lagu 17 : Babula babo

Babula be miro

Siok kentah bi dalag ha ibola

Siok kenreh bi dalag ha ibola

Babula babo

Babula tok raye

4.3.3.4 Bentuk bermaksud melihat puisi itu secara keseluruhan dan membuat penilaian

sama ada puisi itu berbentuk puisi lama atau berbentuk puisi moden.

Lagu-lagu yang dianalisis ini mirip puisi lama berdasarkan bilangan baris dalam rangkap.

Secara keseluruhannya, lagu-lagu ini berbentuk bebas. Terdapat hanya satu rangkap lagu

bentuk pantun dua kerat.iaitu dalam Lagu 1.

Contoh :

Page 16: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

16

Lagu 1 : kok gagek hek kok gagek

de ga araq har wai dek

Kesimpulannya, unsur bunyi iaitu unsur asonansi dan aliterasi terdapat di dalam

ke semua lagu tersebut. Manakala unsur skema rima terdapat pada sebahagian lagu dan

unsur irama atau rentak tidak terdapat di dalam mana-mana lagu yang dikaji. Unsur

bahasa pula sangat sedikit iaitu hanya satu kategori bahasa sahaja iaitu bahasa penegasan.

Manakala unsur yang terlibat hanya dua unsur iaitu unsur repitisi dan unsur paleslisme.

Dari aspek fizikal pula, penggunaan diksi yang mudah dan ringkas. Penggunaan

ayat penyata hampir keseluruhan lagu dan terdapat ayat tanya, ayat perintah dan ayat

seruan di dalam beberapa buah lagu tersebut. Versifikasi agak bebas dan bentuk lagu

mirip bentuk moden.

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Melalui kajian ini, pengkaji melihat bahawa lagu-lagu tarian sewang ini sangat istimewa

dan unik. Lirik lagu yang dicipta bukanlah dengan sewenang-wenangnya boleh dicipta

oleh sebarang orang. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mencipta lagu-lagu

yang antara lainnya ialah tok halak. Jikalau dilihat dari aspek luarannya, lagu ini tidak

menampakkan apa-apa makna kecuali pada mereka yang terlibat secara langsung dalam

tarian tersebut. Tetapi setelah pengkaji sendiri melibatkan diri dalam tarian ini baharulah

dapat dirasakan bahawa melalui lirik, muziknya dan hentakkan kaki ketika menari

mempunyai nilai seni yang amat berharga, unik dan harus dikekalkan. Justeru, kajian ini

dijalankan untuk melihat sejauh mana aspek intrinsik yang terdapat dalam 18 buah lagu

tarian sewang.

5.2 Implikasi

Kepentingan tarian sewang terbahagi kepada tiga iaitu untuk tujuan kegembiraan atau

tanda kesyukuran, menandakan tamat tempoh berkabung atau buka cinta dan mengiringi

pengubatan tradisional. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa kajian ini

mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Rizal Yaakob(1994)

tentang tarian sewang kaum Semai. Terjemahan lagu-lagu tersebut kebanyakannya

menggambarkan kehidupan masyarakat yang berkait rapat dengan alam persekitaran

kehidupan mereka. Ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh Mazarul

Hasan (2002) terhadap kesan muzik dan makna lirik lagu terhadap masyarakat

berdasarkan situasi peperangan yang melanda pada waktu itu.

Page 17: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

17

Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa penggunaan unsur bunyi asonansi dan

aliterasi kerap digunakan dalam hampir kesemua lagu tersebut. Ini menunjukkan terdapat

persamaan dalam lagu-lagu Bahasa Melayu. Manakala unsur bunyi rima pula hanya

terdapat dalam beberapa buah lagu sahaja. Sebaliknya unsur rima atau rentak langsung

tidak wujud dalam mana-mana lagu pun. Ini menunjukkan bahawa pencipta lagu tersebut

berlagu dengan tujuan dapat menyampaikan mesej yang tersurat dan tersirat kepada

audien manakala unsur irama atau rentak itu tidak ada dalam pemikiran mereka. Jelas di

sini bahawa penciptaan lirik lagu berdasarkan mimpi, pemerhatian dan pengalaman tok

halak, walaupun tidak mempelajari teknik mencipta lagu namun usahanya sudah ada

menunjukkan daya kreativitinya mencipta lirik walaupun lemah dalam memantapkan

irama atau bentuk.

Kajian ini juga mendapati penggunaan unsur bahasa amat kurang digunakan,

hanya satu (1) kategori daripada empat (4) kategori iaitu kategori penegasan sahaja

digunakan. Daripada empat belas (14) unsur kategori penegasan, hanya dua (2) unsur

bahasa sahaja yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut iaitu unsur repitisi dan paralelisme.

Secara keseluruhannya penggunaan unsur bahasa tidak banyak digunakan di dalam lagu-

lagu tersebut.

Dari aspek fizikal pula, pemilihan diksi ada beberapa persamaan diksi dengan

bahasa Melayu. Pemilihan diksinya mudah dan berkait rapat dengan kehidupan seharian

masyarakat setempat. Diksinya pendek, ringkas dan mudah difahami oleh masyarakat.

Pada kebiasaannya, diksi yang dipilih berdasarkan pemerhatian atau pengalaman tok

halak berkaitan dengan sesuatu perkara atau melalui mimpi. Bahkan penggunaan bahasa

Melayu yang digunakan itu menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Semai. Kajian

ini menunjukkan bahawa masyarakat asli mempunyai hubungan kekeluargaan bahasa

serumpun iaitu dari rumpun bahasa Austronesia. Ini menunjukkan bahawa ada

persamaan teori yang dibuat oleh H. A. Kern (1889) dalam Asmah Omar (1988) tentang

persamaan bahasa serumpun.

Dari aspek penggunaan ayat, hasil kajian mendapati bahawa lagu-lagu tarian

sewang banyak menggunakan ayat penyata. Ini menunjukkan bahawa ada persamaan

dengan pendapat Faezah Md Jamare (1997) tentang kajian lirik lagu yang menggunakan

ayat penyata secara dominan. Bagi kategori jenis ayat pula, terdapat kesemua jenis ayat

telah digunakan iaitu jenis ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Dalam

lagu-lagu tersebut banyak menggunakan ayat penyata. Ini bersesuaian dengan pendapat

Faezah bin Md.Jamare (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan ayat penyata

memang dominan dalam lagu-lagu. Sebaliknya jarang sekali kita menemui ayat tanya,

ayat perintah dan ayat seruan di dalam mana-mana lagu. Tetapi dalam lagu tarian

sewang ini terdapat ayat-ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ini menunjukkan

bahawa, tok halak mencipta lirik lagu berdasarkan kehidupan persekitarannya seolah-olah

satu percakapan biasa yang diajukan ke dalam lagunya. Manakala aspek versifikasi pula

terdapat dua jenis untaian iaitu terzina dan sextek. Hampir keseluruhan lagu mirip

kepada bentuk bebas. Aspek bentuk pula, mirip tradisional tetapi kebanyakannya

berbentuk bebas.

Page 18: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

18

5.3 Kekangan dan halangan

5.3.1 Pengkaji menghadapi keadaan yang amat sukar untuk menterjemah lagu-lagu

tersebut ke dalam bahasa Melayu secara harfiah kerana dipengaruhi oleh

percampuran pengaruh dialek Semai Ulu Kelantan, Pahang dan Perak.

5.3.2 Tidak terdapat kamus yang lengkap tentang Bahasa Melayu – Semai. Padanan

Bahasa Melayu-Semai Temiar amat terhad dan tidak lengkap sepenuhnya.

5.4 Cadangan-cadangan

5.4.1 Satu kajian fonetik bahasa Semai boleh dijalankan sebagai kajian lanjutan.

5.4.2 Bidang perkamusan iaitu Kamus Lengkap Bahasa Melayu-Semai boleh dijadikan

kajian lanjutan.

5.4.3 Tarian Sewang boleh diangkat sebagai satu komponen seni tarian dalam

kebudayaan nasional.

5.4.4 Lagu-lagu tarian sewang boleh dijadikan sumber pengajaran bahasa Melayu di

sekolah-sekolah orang asli.

Pada kesimpulannya, tidak banyak unsur intrinsik yang wujud di dalam lagu-lagu tarian

sewang. Lirik-lirik lagu tarian sewang tidak begitu mantap jika dilihat dari aspek

intrinsik. Walaubagaimanapun jelas dilihat bahawa lagu-lagu tersebut sudah ada sedikit

ciri-ciri intrinsik di dalamnya. Dalam usaha untuk mendapat makna perkataan agak sukar

diterjemahkan kerana bunyi fonetik boleh merubah makna sebenar. Justru, diharapkan

akan ada kajian lanjutan tentang fonetik bagi menentukan kesahihan makna mengikut

konteks sebenar.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Suboh (1989). Gaya Bahasa Penglipur Lara: Tinjauan Khusus Cerita

Sulong Jawa. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Abdul Majeed Ahmad (1994). Antologi Cerpen:Debu Merah: Satu Analisis Gaya

Bahasa. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Asmah Omar (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Abdullah Hassan (1969). Satu Kajian Fonologi-Morfologi Bahasa Orang-orang Melayu

Asli Dialek Temuan.

Alwi Salim (1983). Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 19: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

19

Ang, M. 1996. Peranan Muzik Dalam Membina Bangsa Malaysia. Kertas Kerja Kongres

Sejarah Kebangsaan II, Bangi, Selangor. 26-28 November 1996.

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

(2003). Data Maklumat Asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Bazrul Bahaman (1999). Nyanyi Panjang Orang Sakai di Riau. Tesis Sarjana. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Burn, R. B. (1965). Introduction to Research Methods. Melbourne: Longman.

Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbincangan Genre dan

Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hood Salleh (1986). Dakwah Islamiah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di

Semenanjung. Kertas Kerja Seminar Islam di Kalangan Masyarakat Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Iskandar Cavey (1976). Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. London: Oxford

University Press.

Ismail Derani (2003). Golongan Kata Berdasarkan Senikata Dikir Barat. Latihan Ilmiah.

Universiti Malaya.

Juli Edo (1990). Tradisi Lisan Semai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Kyaung Seock (1990). Analisis Gaya Bahasa Melayu dan Sistem Tulisan Jawi

Berdasarkan Beberapa Manuskrip Sejarah Melayu. Tesis Sarjana. Universiti

Malaya.

Kamarudin Hj. Husin (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi (2002). Analisis Lagu Etnik Kreatif Dari Sudut

Morfologi. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Merriem, S. B. (1998). Quantitative Research and Case Study Applications in Education.

2nd ed. San Francisco: Jossey-Bass.

Muhammad Kassim Basir (2003). Pembelajaran Konsep Sains Menggunakan Perisian

Berasaskan Web Dalam Konteks Sekolah Bestari. Tesis Doktor Falsafah.

Universiti Teknologi Malaysia.

Ang, M. (1996). Peranan Muzik Dalam Membina Bangsa Malaysia. Kertas Kerja

Kongres Sejarah Kebangsaan II, Bangi, Selangor. 26-28 November 1996,

Page 20: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

20

Moechtar Awang (1992). Pantun dan Puisi STPM. Kuala Lumpur: Penerbit Elman Sdn.

Bhd.

Mohd. Rizal bin Yaakub (1994). Tarian Sewang Masyarakat Asli Semai, Kuala Lipis,

Pahang. Kertas Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Ghouse Nasaruddin (1994). Seni Persembahan Tradisi Menjelang Abad ke-21.

Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil. 6, Universiti Sains Malaysia. 24

September 1994. (Atas talian) http://www.lib.usm.my/press/SSU/ghouse.html.

(23 Mei 2004)

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation Methods. 2nd ed. Thousand Oaks,

California: Sage.

Rahman Shaari (1987). Glosari Istilah Sastera. Kuala Lumpur: K Publishing &

Distributors Sdn. Bhd.

Sal Farina Kamaluddin (2003). Tradisi Lisan Berbentuk Cerita Suku Kaum Jahut di

Kampung Penderas, Temerloh, Pahang. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Subandi Kasidan (1999). Pembentukan Kata Dalam Seni Kata Lagu-lagu Bahasa Iban.

(Atas talian) http://id.wikipedia.org/wiki/Morfologi. (15 Januari 2005)

Teuku Iskandar (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wazir Jahan Karim (1994). Jangan Lupai Kami. Siri Syarahan Perlantikan Profesor

1993/Bil. 1, Universiti Sains Malaysia. 22 Januari 1994. (Atas talian)

http://www.lib.usm.my/press/SSU/wazirbm.html. (23 Januari 2005)

Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. 2nd

ed. Thousand Oaks,

California: Sage.

Yokose, H. (2001). Aboriginal Words in Australian English. (Atas talian)

http://www.kasei.ac.jp/library/kiyou/2001/13.YOKOSE.pdf. (12 Jun 2004)

Page 21: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

21

LAMPIRAN

TRANSKRIPSI LAGU

Lagu- Lagu Tarian Sewang

Lagu Terjemahan

Lagu 1

Kok Gagek Mari Cepat

Kok gagek hek kok gagek mari cepat, hei mari cepat

de ga araq har wes dek jangan terlupa rumah

Kok gagek hek kok gagek mari cepat hei mari cepat

de ga araq har ladui jangan terlewat hari dah petang

ga gaduh hek ga gaduh jangan gopoh hai jangan gopoh

pek berapak har hanloi dah dekat tempat yang dituju

Bernorlah bungak deh benarlah cantiknya bunga ini

de bigui ku danos berjalan melintasi titi

perintah tuhan hik mengikut perintah tuhan

harapan hik senoi berharap pada pada tuhan

Bernorlah bungak deh benarlah cantiknya bunga ini

de bigui ku danos berjalan melintasi titi

perintah tuhan hik mengikut perintah tuhan

harapan hik senoi... harapan kita pada tuhan

Lagu 2

Seribu Ampun Seribu Ampun

Tabik ampun memohon kebenaran

seribu ampun untuk banyak-banyak kebenaran

an laluk mong ma jun tumpang lalu pada orang tua

Selak liaq daun buluh

selak penacek daun kepayang

Page 22: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

22

eng gu kek hek saya selalu cari awak

eng gu riak saya selalu rindu

Selak gag daun keladi

selak kelapa daun kelapa

mong harik ada masa nanti

har ha bah leh kita berjumpa

Selak liaq daun buluh

selak penacek daun kepayang

eng gu kek hek saya selalu cari awak

eng gu riak saya selalu rindu

Lagu 3

Panas Siang Panas Siang

Panas siang Panas siang

panas malam panas malam

datang ha ilui ninen datang orang yang sama juga

Jar abeh jar berbilang saya dan ayah berkira hari-hari

Hari Isnin hari Isnin

hari Selasa hari Selasa

hari Rabu hari Rabu

hari Khamis hari Khamis

Panas panas panas panas Panas panas panas panas

hati jar abek dia dan ayahnya berpakat

hilir Kuala Merdang hilir ke Kuala Merdang

beli ikan sekilo saje beli ikan sekilo sahaja

di kedai pak alang di kedai Pak Alang

Hari Jumaat hari Jumaat

hari Sabtu hari Sabtu

hari Ahad hari Ahad

berehat di dalam rumah berehat di dalam rumah

sudah dapat dibeli barang kerana sudah ada barang makan

Lagu 4

Joget Joget

Jogetlah hik joget marilah kita berjoget

Page 23: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

23

leniteou menaleh a rendex pemuda-pemudi sepadan

ga bersagak ga berjulak jangan malu bersewang

runggin a rendex menari ikut rentak

Ee pagi helep hik riak waktu pagi masih teringat

ee tendeh bahlek hik rich uc waktu petang baharu terasa letih

(ulang 1X)

Lagu 5

Amek Tolong Jar Emak Tolong Kami

Amek lek tolong jar emak tolong kami

jar jar jug ma katih kami nak balik ke seberang

jar jar jug ma deg hek kami balik ke rumah awak

Abek lek tolong jar ayah tolonglah kami

jar jar jugak... kami nak balik juga

jar jar jugak ma katih kami juga nak ke seberang

Lagu 6

Ken Anuk Si Anu

Ken anuk, ken anuk Si anu, si anu

bei madeh eng tanyak ru hek mari ke sini saya nak bertanya awak

ha eng adeh hak nok loi hek saya ini kesayangan awak

selalu hek gu riag eng deh selalu awak rindukan saya

Eng goi renget-rengol Saya duduk terbayang-bayang

eng serangik ma heak dideh saya merindui awak

Lagu 7

Tok Kenah Tiada Isteri

Susah payah hik mai tok kenah Susahnya hidup tak ada isteri

belik abad eng berbir eng haloi beli kain untuk pakai seorang sahaja

belik ayam eng masak eng haloi beli ayam saya nak masak sendiri

susah payah hik mai tok kenah susah payah sebab tak ada isteri

Page 24: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

24

Bel ak buke eng sisuch eng halei susah nak membasuh pakaian kotor

susah payah hik mai tok kenah susah payah hidup tiada isteri

eng dap ceruk eng dadak eng haloi saya bentang tikar saya baring

tiba sengec la malok eng cencut bila sejuk tak ada apa nak dipeluk

susah payah hik mai tok kenah susah payah hidup tiada isteri

Lagu 8

Pusing Tamuk Tawin Keliling Sejambak Bunga

Le...le...jalek benberet laluk lek le...le...pusing keliling

pusing tamuk tawin keliling sejambak bunga

lenggang jamun jelang

Pusing tamuk pulei keliling batang pulai

kasih cukup setianya kasih

kala bor laluk cantik sangat

Lebec lebuc mensat ranyot berpesan dan berpakat

renget rengol arik ladui kesunyian waktu petang

Le oi...le oi le oi...le oi

cei oi rayak bukak aloi mohon banyak-banyak kemaafan

arik ladui, lek... hari petang, dah

Jemjap gagak jangan menangis

Seng nyong liluk sunyi sepi tiada apa-apa

(ulang 1 X)

Lagu 9

Amai Gabet Jangan tidur

Bet amai gabet tidur jangan tidur

bet le ei le oi mengantuk terus tidur

abor lek cantik

ai reklok noklek jun hai macam mana awak ni

Le ei le oi Le ei le oi

arik ladui hari petang

ah yang bai-bai mengantuk terus tidur

arik noh ladui hari nak petang

Page 25: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

25

Terpoi le ei le oi tiupan angin sepoi-sepoi

anuk noh cei oi rayak benda ini banyak

bukak aloi buka terus

ai kurang pek bor lek hai kurang eloklah

an lompat lot bah gadik melompat atas bukit rusa

Lek...7X lek… 7X

julag lebech lebuch menyanyi suka-suka

an dalaq mensau rannyot mengikut irama bunyi unggas

(ulang 1,2 dan tiga)

Lagu 10

Sir Kira

Selak setog daun kayu tutor

ser ser kira kira

Ser selak simpor kira daun simpor

Ser ser kira kira

ser selak setou kira daun setor

julag nuk arik be lou menyanyi masa bulan terang

Ser ser kira kira

ser selak seug kira daun terap

abor eng deh la an jug baiklah saya nak balik

Lagu 11

Bek Yok Ayah Yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki

(Gelaran) Bek yok bek yok Bek yok bek yok

nong lok an joi jalan mana nak ikut

anjoi nong deh nak ikut jalan ini

log bek tideg duduk bersama

an joi nong teh saya nak ikut jalan sana

lok bek pelok si anu dekat mana

bek yok bek yok bek yok bek yok

rek lok nok lek macam mana sekarang

An cip ma teh nak pergi ke sana

jik pek ga loi kita tak sampai

Page 26: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

26

ladeh leboch mengagak suara

dadok menuwak seluruh dunia/benua

Bek yok bek yok Bek yok bek yok

rek lok nok lek macam mana sekarang

(ulang 1,2, dan 3

Lagu 12

Ceri’t Panggil

Lek...lek...lek... Lek...lek...lek...

jalek benberen laluk kenapa rasa berat-berat sangat

bipoi le ei le ei tiupan angin

Arik la sudah bindui hari sudah petang

julag lebech leboch en suara senyap-senyap

dalag ru cei oi rayak mengikut pergerakan awan

bukak bersenyong nuk sunyi sepi

berkes arik hari sudah senja

sengik nget rengot nuk sunyi menjelang petang

bidui arik rindu hari petang

bipoi ei le oi tiupan angin

julag berdenyit tiap lon menyanyi sambil

tenton bergelik en... bergurau senda

jik ton la un bek yok kita bergurau dengan bek yok

kanduk berdimang nuk bidui arik hari menjelang petang

Sengit nget lengot sengot fikiran dan hati tak senang

an dalag sagop nak ikut awan

sikup ya alai melitupi

kot loi ma gnung ribu sampai ke gunung ribu

kanduk berdimang en kami sayang betul

ti nyoung jak renyak terkenang kesunyian dan ketenteraman

tiap lot di setiap bukit

(ulang 1 X)

Lagu 13

Ruwang Ruwet Ruwang Ruwet

Page 27: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

27

Eh ruwang ruwet lek Eh ruwang ruwet

eng dos nong lot saya naik ke atas bukit

ei rek lok nok lek macam mana saya ni

yok ...malok lek yok di mana

eng cip udek saya pergi ke sana

e danos nong nong lot melalui titian menghala ke bukit

La berenwing mai kijai terbau kemenyan

an lai jarik menadah tangan

an lai jerwap perasap kemenyan

bai lek bah bai bai baiklah pakcik

eng cip pintas saya jalan pintas

cepnip lekjeng berjalan biasa

eng cip pintas saya jalan pintas

cipnip lekken asyik berjalan

eng jeng sengik saya terkenang

eh gerson layuk peristiwa tadi.

(ulang 1 X)

Lagu 14

Bah Bai Bai Pakcik

Bai lek bah bai bai Baiklah pakcik

eh...ruwang ruwet eh ruwang ruwet

eng dos danos nong lot saya meniti naik ke bukit

gersou layuk penangkon teringat pesanan tok guru

guruk atuk guru datuk

guruk guruk guru-guru

reklok nok lek macam mana ni

bai lek bah bai bai baiklah pakcik

yok jerben jerbon kami pergi tangkap

yok gersou layuk kami teringat pesanan

an dalag guruk abek nak ikut guru ayah

(ulang 1 X)

Lagu 15

Bunga Alam Ye Sang Puteri

Ye yol ya berayol bunga ye ye yol ya berayol sang puteri

Page 28: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

28

bunga alam ye sang puteri

seniroi ba boo ye antara ramai perempuan

ba boo ye ba boo ye

Awa-awa bunga ye cantiknya sang puteri

seniroi ye perempuan-perempuan

seniroi ba boo ye antara ramai perempuan

Lagu 16

Puteri Raja Puteri Raja

(Asal Puteri Manau Perak) Lai,lai,lai... Lai,lai,lai...

Eng julang Puteri Manau Saya menyanyi lagu puteri manau

abor sanjung Puteri Raja baik sanjung puteri raja

abor leh abor perempuan muda yang cantik

bi julag sampai huper. menyanyi sampai pagi

Lai, lai, lai... Lai,lai,lai...

eng sanjung puteri raja saya sanjung puteri raja

abor le abor perempuan muda yang cantik

semua sejahtera. Semoga sihat sejahtera.

Lagu 17

Bula Bola

Babula babo Bola teman saya

babula be miro teman dengan bola

siok kentah bi dalag ha ibola sebelah hulu riuh rendah

siok kenreh bi dalag ha ibola sebelah hilir riuh rendah

ba bula babo bola teman saya

ba bula tok raye teman dengan bola

Lagu 18

Gurok Abe Guru Ayah

Hei gurok abe gurok ame hei guru ayah guru emak

relok no deh macam mana ni

hei gurok abe gurok ame hei guru ayah guru emak

bei madeh mari sini

hei onar diwala. hei onar diwala.

Page 29: LAGU-LAGU TARIAN SEWANG DI KALANGAN MASYARAKAT … Word - KAJIAN... · Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan analisis dokumen. Pengkaji hanya mengkaji lagu-lagu tarian

29

Ceet si ceet sompok gertok manis-manis tersedak

makin bi ceet renis wak anu makin manis wajah sianu

le, le hi bernol rah cep kuok memuja kecantikan bagaikan burung kuang

berlempog ha iloi ninen suaranya yang nyaring

wak anu ooo wak anu. si anu oh si anu

Hei wak anu bulehkah eng tanya hai si anu bolehkah saya tanya

hei wak anu bulehkah eng tanya hai si anu bolehkah saya tanya

Lalu segil selak liak Lalu meraut daun buluh

makin eng serngik makin eng riak makin saya ingat makin saya rindu

Le,le hi bernol rah cep kuok memuja kecantikan bagaikan burung kuang

berlempog ha iloi ninen bersuara nyaringnya dia itu

wak anu ooo wak anu. si anu oh si anu