menggali erti kehidupan

25
[Type the company name] Menggali Erti Kehidupan Asas-Asas Kefahaman Islam Suntingan Abu Umar

Upload: azmibhr

Post on 08-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nilai kehidupan

TRANSCRIPT

Menggali Erti Kehidupan

Suntingan Abu Umar[Type the company name]Menggali Erti KehidupanAsas-Asas Kefahaman Islam

SuntinganAbu Umar

MENGGALI ERTI KEHIDUPAN

KANDUNGAN

Muka surat

1. MENGAPA MANUSIA DI CIPTAKANDAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA22. WAHAI MANUSIA SIAPAKAH KAMU73. SIAPAKAH YANG DIGELAR MUSLIM13

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?2. Mengapakah kita di datangkan ?3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ?

Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya: Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui (Surah Al Hajj ayat 5)

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan tersebut telah terjawab.

Persoalan Kedua : Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t.

Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah s.w.t ini merupakan masjid , tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa Setiap perkara yang telah Allah s.w.t perintahkan hamba-hambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.

Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya al Ibadah Fi al Islam bahawa Sesungguhnya beribadah kepada Allah s.w.t tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah s.w.t terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan Ubudiyyah terhadap Allah s.w.t. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah s.w.t yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah s.w.t bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain , dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah s.w.t.

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah s.w.t. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah s.w.t semata-mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah s.w.t.

Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

1. Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran2. Berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah s.w.t dan Persaudaraan kerana Allah s.w.t agar hukum-hukum Allah s.w.t terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.

Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

Terjemahannya: Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali (Surah An Najm ayat 42 44 ) WAHAI MANUSIA, SIAPAKAH KAMUOleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al BannaTerjemahan: Mimbar Jumuah.

Terjemahannya: Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. (Surah Al Infitar ayat 6 8)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan;

Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Mabud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tiak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan (Surah Az Dzariyat ayat 56 57)

Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya: Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka mengetahui.(Surah Al Ankabuut ayat 64)

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian. Semoga Allah s.w.t merahmati orang-orang yang Arif yang berkata:-

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku)Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,Pakaian adalah masa,Kini ku merindui peluangDapat ku bertemu Allah dengan sebenarnyaJangan kau kira maut itu adalah kesudahan,Bahkah hanya dari sini (dunia) ke sana (akhirat)

2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata;

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari mereka. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya: Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja . (Surah Al Jathiyah ayat 24)

Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusiangan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya.

Sesungguhnya dunia ini adalah makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kamu;

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah. Firman Allah s.w.t:

Terjemahannya: Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina (Surah Al Araaf ayat 165 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

SIAPAKAH YANG DIGELAR MUSLIM ?Perkara yang utama yang patut diketahui oleh setiap Muslim ialah;

Siapakah yang digelar Muslim dan apakah erti seorang yang mengaku Muslim ? .

Jika seseorang manusia itu tidak mengetahui apa erti kemanusiaan dan tidak dapat membezakan di antara manusia dan binatang, maka dengan mudah ia akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat kebinatangan dan ia tidak tahu untuk menghayati sifat kemanusiaannya.

Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim.

Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim.

Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya.

Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.

Erti Islam

Erti Islam ialah ketaatan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. Menyerah diri mereka kepada Allah s.w.t Mengorbankan kebebasan diri untuk Allah s.w.t. Islam ialah menyerah diri kita kepada Pemerintahan dan Kerajaan serta Kekuasaan Allah s.w.t.

Seseorang yang menyerah semua urusan kehidupannya kepada peraturan Allah s.w.t, dia adalah seorang Muslim. Seseorang yang mengatur urusan hidupnya mengikut kehendak sendiri atau mengikut kehendak orang lain, di adalah bukan Muslim. Penyerahan urusan hidup kita mengikut peraturan Allah s.w.t bererti menerima panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t, melalui kitabNya dan RasulNya dan tiada langsung secebis sikap penentangan terhadap panduan ini.

Adalah penting sekali bagi kita untuk menyelesaikan segala masalah hidup kita ini dengan berpandukan kitab suci al Quran dan as Sunnah an Nabawiyyah.

Seseorang yang mengutamakan nasihat-nasihat dari Allah s.w.t dan membelakangkan pendapat-pendapat dari pemikirannya sendiri, maka dia adalah Muslim. Seseorang yang merujuk semua perkara atau hal kepada Kitab Allah dan Hadith Rasulullah s.a.w dan menegah dirinya dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Kitab Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w , dia adalah Muslim.

Dapat difahami dengan ringkas bahawa seseorang yang melayakkan dirinya dalam golongan Muslim bila dia telah mempu menyerahkan keseluruhan dirinya kepada Allah s.w.t.

Bagi sesiapa yang menolak panduan-panduan al Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w, maka jelaslah mereka ini bukan Muslim. Bagi mereka yang mengutamakan pendapat dan pemikiran mereka untuk mengatur seluruh hidup mereka dengan membelakangkan panduan al Quran dan Sunnah maka mereka juga bukan Muslim, begitu juga halnya mereka yang mengutamakan amalan nenek moyang mereka, mereka juga bukan Muslim. Bagi mereka yang mengatur hidup mereka yang dunia perkatakan dan bukan apa yang al Quran dan as Sunnah tetapkan, maka mereka juga bukan Muslim.

Bagi mereka yang mengetahui akan panduan dan ajaran al Quran dan as Sunnah Rasulullah s.a.w tetapi mereka masih boleh berkata : Ia tidak dapat diterima oleh pemikiranku, oleh itu aku menolaknya atau nenek moyangku bertindak menurut cara lain, oleh itu aku tidak akan menurut panduannya atau amalan dunia bertentangan amalannya lantaran aku akan mengamal cara yang dunia mahu, maka mereka yang berkata sedemikian ialah munafik (pembohong atau pendusta), walaupun mereka mengaku mereka adalah Muslim.

Tanggungjawab Seorang Muslim

Apabila seseorang itu melafazkan kalimah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah itu bermakna ia telah menerima hanya undang-undang dan peraturan Allah s.w.t dan Allah itu Penaung dan Pemerintah baginya.

Ini juga bererti ia mempunyai satu keyakinan yang mengaku benar dan betul apa yang al Quran dan as Sunnah katakan benar dan betul. Apabila ia telah mengaku menjadi Muslim maka bererti dia telah mengorbankan kebesarannya demi Allah s.w.t.

Ini juga telah memansuhkan haknya untuk berkata : Pendapat saya ialah ini, dunia mengamalkan yang ini, adat keluarga saya ialah ini, orang suci itu menasihatkan saya berbuat ini dan sebagainya.

Dia tidak boleh memberikan pendapat sedemikian bila berhadapan dengan wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. terima sahaja apa-apa yang berlandaskan al Quran dan as sunnah dan lemparkanlah apa sahaja yang bertentangan dengan kedua-dua nya tanpa memperdulikan pendapat-pendapat yang lain. Tugasnya ialah untuk menghakimkan menurut apa yang dikehendaki oleh Nur al Quran dan as Sunnah. Adalah perkara yang amat bertentangan untuk memanggil diri kita Muslim tetapi kita masih boleh mengutamakan pendapat kita sendiri atau adat kebiasaan dunia atau tindakan serta pendapat orang lain dari apa yang dikehendaki oleh al Quran dan as Sunnah. Seseorang itu tidak boleh memanggil dirinya Muslim selagi ia masih enggan meletakkan keseluruhan hidupnya dibawah peraturan al Quran dan as Sunnah. Jika ia masih memanggil dirinya Muslim, tetapi enggan mengutamakan al Quran dan as Sunnah dalam hidupnya, maka samalah ia dengan orang yang buta tetapi mengaku dapat melihat atau samalah dengan orang pekak teapi mengaku dapat mendengar.

Sesiapapun tidak dapat memaksa seseorang yang tidak Muslim menjadi seorang Muslim tanpa kerelaan hatinya. Dia bebas untuk memilik mana-mana agama yang disukainya dan memanggil dirinya dengan sebarang gelaran atau nama yang digemarinya.

Akan tetapi apabila seseorang itu memanggil dirinya Muslim maka dia mestilah faham bahawa ia kekal sebagai seorang Muslim selagi ia berada di atas batas yang ditentukan oleh Islam. Batas-batas itu ialah untuk ia menerima dan meyakini wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai tempat berlandasnya segala kebenaran dan keadilan dan menganggap perkara yang bertentangan dengan kedua landasan tersebut sebagai palsu belaka.

Sesiapa yang berada di dalam lingkungan batasan-batasan tersebut adalah Muslim dan sesiapa yang terkeluar darinya akan dikira tersingkir dari Islam. Setelah ia disingkirkan, ia masih mengaku Muslim, maka dia telah menipu dirinya sendiri dan orang lain serta dunia seluruhnya.

Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerahkan diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitabkitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takut lah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.(Surah Al Maaidah ayat 44)

Nota

19 |MukasuratMenggali Erti Kehidupan