erti zikir dan kaitannya.....................................137

24
ERTI ZIKIR DAN KAITANNYA D ALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara perlu diketahui iaitu erti atau makna yang diperolehi daripada bahasa dan istilah. Aspek ini juga disebut dalam bahasa Arab sebagai ‘lughatan wastilahan’. Demikianlah juga dalam rangka memahami makna Islam. Dari segi bahasa: Islam berasal dari kekata dasar ‘salam’ iaitu sejahtera dan berserah/pasrah. Dari segi istilah: Islam ialah ad-din atau cara hidup/ agama; mengikuti dan mematuhi apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dari segi zahir dan bathin. Bagaimana pula kaitan Islam dengan amalan yang disebut zikr (juga dieja ‘zikir’)? Dari segi bahasa: Zikir ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat ‘lupa’ (Arab : Nisiyan) merupakan kata dasar kekata ‘insan’ (manusia). Oleh itu manusia merupakan makhluk yang lupa. Dari segi istilah: Zikr ialah menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya. Zikr juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia. 137 Bab 7 Kandungan Kandungan

Upload: vuongminh

Post on 11-Jan-2017

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: erti zikir dan kaitannya.....................................137

137Erti Zikir dan Kaitannya

ERTI ZIKIR DAN KAITANNYA

DALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara perludiketahui iaitu erti atau makna yang diperolehi daripada

bahasa dan istilah. Aspek ini juga disebut dalam bahasa Arabsebagai ‘lughatan wastilahan’.

Demikianlah juga dalam rangka memahami makna Islam.Dari segi bahasa: Islam berasal dari kekata dasar ‘salam’iaitu sejahtera dan berserah/pasrah.

Dari segi istilah: Islam ialah ad-din atau cara hidup/agama; mengikuti dan mematuhi apa yang dibawa olehNabi Muhammad saw dari segi zahir dan bathin.

Bagaimana pula kaitan Islam dengan amalan yangdisebut zikr (juga dieja ‘zikir’)?

Dari segi bahasa: Zikir ialah melepaskan diri daripadalalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secaraberterusan. Sifat ‘lupa’ (Arab : Nisiyan) merupakan katadasar kekata ‘insan’ (manusia). Oleh itu manusiamerupakan makhluk yang lupa.

Dari segi istilah: Zikr ialah menyebut nama sesuatudengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atausifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya ataumenyebut nama para rasulNya, para nabiNya atauberbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran,bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya.

Zikr juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil danmenyebut nama-nama Allah yang mulia.

137

Bab 7Kandungan

Kandungan

Page 2: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat138

Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan.Adakalanya dengan lisan, dengan hati, dengan anggota dan jugadengan ucapan yang jelas. Dengan kesemuanya ini, seseorangdapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.

Dalam pengertian tasawuf, Zikir memaparkan pelbagaipengertian:

1. Sebutan atau lafaz seperti tahmid (Alhamdulillah), tahlil (LaIlaha Illallah), takbir (Allahu Akbar), tamjid (kata-kata pujiankepada Allah), istighfar, basmallah iaitu apa jua bentuksebutan yang mengaitkan manusia dengan Pencipta-nya(Khaliq).

2. Menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat daripada SifatAllah seperti Ar-Rahman (99 kesemuanya)

3. Melaksanakan hukum daripada hukum Allah

4. Melaksanakan perbutan daripada perbutan Allah5. Memberi penghormatan kepada para rasul dan aulia dalam

bentuk selawat dan salam

6. Membaca Quran kerana isi keseluruhannya adalah zikir

7. Puisi seperti syair (juga disebut syi’ir) yang ada hubungandengan Allah seperti syair Jalalluddin Rumi, Mutannabi dll.

8. Syarahan atau ceramah yang ada kaitan dengan memujaAllah

9. Ibadah yang mengesakan Allah seperti zakat, puasa, haji.

PENGAMAL ZIKR

Pengamal zikr disebut zakir secara umum. Namun perlu dibuatpembezaan antara pengamal zikr kerana ada ayat Quran yangmenyebut secara jelas proses berzikir yang dilakukan oleh individulelaki (zakir), sekumpulan lelaki (zakirun), individu perempuan(zakirat) dan sekumpulan perempuan (zakiratun).

Kandungan

Page 3: erti zikir dan kaitannya.....................................137

139Erti Zikir dan Kaitannya

Sesiapa juga orang Islam yang berakal, bersih diri dan jiwanyaboleh berzikir dengan tujuan mengagungkan Allah dan dalamrangka melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya(amar ma’ruf nahi munkar).

Secara khusus zikr berlaku dalam tiga bentuk iaitu lisan(lidah), jinan (di hati) dan anggota (gerakan atau harakah).

Berzikir dengan lisan adalah zikir yang dilaksanakan denganpergerakan lidah tanpa diikuti dengan kehadiran hati. Zikir initermasuk zikir secara zahir. Keutamaannya banyak sekali, sepertiyang disebutkan dalam Al-Quran, Sunnah dan Atsar. Diantaranya,ada yang terikat dengan masa ataupun tempat dan ada pula yangtidak.

Zikir juga terkait dalam tiga perkara:

Muqayat: kaitan masa (zaman) dan tempat (makam)seperti ketika bersolat, melakukan tawaf dalamperlaksanaan haji, zikir sebelum tidur, setelah bangun daritidur, sebelum makan, setelah makan, ketika menaikikenderaan, zikir ketika pagi hari, petang dan sebagainya.Mutlaq: tiada kaitan masa dan tempat seperti menyebutsubhanallah bila-bila dan di mana jua.

Munajat: zikr yang dilakukan dalam bentuk doa –meminta kepada Allah agar harapan seseorangdimakbulkan.

Dalam pengertian tasawuf, zikir membawa dua kesan:pertama, kebaikan (hasanah) dan juga darajat (peningkatkantaraf seseorang di sisi Allah).

Zikir demi kebaikan biasa berlaku dalam majlis tahlil atauketika selepas solat. Yang menjadikannya sebagai peningkatandarjat ialah apabila zikr dilakukan dalam disiplin tasawuf.

Kandungan

Page 4: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat140

JALAN MENUJU ALLAH

Hubungan manusia dengan Penciptanya (HablumminAllah)merupakan teras utama kehidupan. Menurut para ahli sufi,apabila tiada seorang pun Muslim yang mengamalkan danmengutamakan teras ini, maka bermulalah Kiamat. Oleh itu, zikrmerupakan antara cara mengisi teras ini.

Cara ini disebut ‘mendekati’ (qarib) atau taqarrub. Apabilaseorang insan dekat kepada Khaliqnya, ia akan merasa danmengetahui akan Allah (makrifatullah). Perjalanan mendekatiAllah (suluk) ibarat membuka pintu demi pintu (bab). Si pelakuatau murid tasawuf itu dipanggil salik. Jelaslah proses ini tidakdapat disamakan dengan ‘bersatu’ dengan zat Allah yangmembawa maksud yang salah dari segi syariat. Hal ini ditegahsama sekali. Sesungguhnya manusia tidak dapat menyamakandirinya dengan Penciptanya.

Dari segi tasawuf, ada empat bahagian zikr:

Murasalah: Zikir dengan lisan saja sebagai jalanpermulaan (bidayah)Muamalah: Zikir dengan hati (qalb) dan lisan dalamrangka suluk.

Muasolah: Zikir dengan lisan, qalb dan ruh dalam rangkamenempati si pengamal (zakir) sebagai ahli qurub(seorang yang mendekatkan dirinya kepada Allah)

Munazalah: Zikir dengan lisan, qalb, ruh dan sirr (rahsiadalam lubuk hati yang tidak dapat dijangkau) dalamrangka mendapatkan keredhaan Allah.

Dimanakah hati atau qalb?

Dalam sepotong hadis, Rasulullah berpesan bahawa dalamtubuh manusia ada seketul daging, yang jika ia baik, makabaiklah seluruh diri manusia itu dan begitu pula sebaliknya.Daging itu dipanggil qalb atau hati.

Kandungan

Page 5: erti zikir dan kaitannya.....................................137

141Erti Zikir dan Kaitannya

Dalam tasawuf, memang tiada penunjuk apakah hati (liver)itu qalb, tetapi ia merupakan suatu yang dirasakan. Misalnya,manis limau tidak serupa manis belimbing. Rasa itulah merupakanqalb. Namun ada saintis menyatakan bahawa ada organ yangterselindung di balik perut. Organ tadi mempunyai jumlah sarafseakan-akan otak dan ia tampaknya menguasai seluruh tubuh.Dalam bahasa Inggeris ia disebut ‘gut’ (seperti ungkapan ‘my gutfeeling). Wallahua’lam.

Apakah pula sirr atau rahsia?

Sirr lebih abstrak daripada qalb. Ia merupakan rahsia yangtidak terucap tetapi tersimpan di dalam lubuk qalb. HanyaAllah saja yang mengetahui sirr sedang para malaikat(termasuk Raqib dan A’tid yang mencatat segala perilakumanusia) juga tidak mengetahuinya.

Dalam suluk, perjalanan salik akan membawanya mendekatiAllah di dalam sirr. Jika ini tercapai, ia merupakan satupencapaian tertinggi dan amat luar biasa. Ketika ini berlaku, muridatau salik tadi mengalami proses fana’ iaitu peleburan – ibaratkembali menjadi debu iaitu asal-muasal kejadian manusia. Padatahap inilah salik mengenal dirinya bak ungkapan terkenal:

Barangsiapa mengenali akan dirinya,

Nescaya ia mengenali akan Tuhannya

[*Ungkapan ini disebut dalam banyak syair sufi seperti dalamsyair Perahu karya Hamzah Fansuri dari Aceh, pada abad ke-17Masehi)

Apabila seseorang itu telah mengenali Tuhannya,perjuangannya tidak lagi bersendirian tetapi diiringi oleh Allahseperti halnya ketika para pejuang Islam bertempur dalam PerangBadr. Allah menyebut bahawa segala panahan dan gerakanlembing merupakan bantuan daripada-Nya.

Kandungan

Page 6: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat142

Peringkat fana’ itu membawa murid atau salik dalam tahapahlul fana’, iaitu peringkat tertinggi dalam amalan zikir.

FIKIR DAN ZIKIR

Dalam mencari kebenaran (haqiqat) kewujudan, manusia cubamenggunakan rasio (akalnya). Kisah klasik ialah proses NabiIbrahim cuba membezakan antara amalan nenek-moyangnyadengan keesaan Ilahi.

Nabi Ibrahim tertanya-tanya apakah berhala yang dibentukoleh bapanya itu wajar disembah, bukankah bintang, bulan danmatahari lebih hebat. Akhirnya Nabi Ibrahim mendapati bahawasemua itu tiada tandingannya dengan Allah yang menciptaakansegalanya.

Namun proses Nabi Ibrahim mendapat makrifat (arif ataumengetahui zat Allah) kerana adanya petunjuk daripada Allah.Jika tidak, Ibrahim akan tersesat. Itulah sebabnya banyak ahlifikir yang tersesat iaitu daripada mencari kebenaran hakiki iaituAllah, ia tersadai kepada kesimpulan yang menafikan Penciptaseperti halnya dengan Karl Marx, Charles Darwin, BertrandRussel dll.

Dalam mengembangkan dakwah, Nabi Muhammad sawmengajar pengikutnya agar berzikir iaitu mengingati bahawaadanya Allah. Hal ini terjadi kepada Bilal ibn Abu Rabah yangdiseksa oleh tuannya. Bilal tidak dapat menjelaskan erti Allah,tetapi hanya tahu menyebut ‘Ahad’ (Yang Satu/Esa) sehinggalahnyawanya ditebus oleh Abu Bakar ra.

Jadi berzikirlah dulu, barulah kemudian berfikir.

Kandungan

Page 7: erti zikir dan kaitannya.....................................137

143Erti Zikir dan Kaitannya

KESAN ZIKR

Sungguh besar kesan zikir. Sukar sekali menjelaskan faedahnyasecara perinci. Namun cukuplah digariskan di sini kesan-kesan ituadalah seperti berikut :

Dalil-dalil dianjurkannya berzikir (Dari Al-Quran)Allah berfirman : “ Maka ingatlah kepadaKu, akan Akumengingat kepadamu.” (QS. Al Baqarah : 152)

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silihbergantinya malam dan siang maka terdapat tanda-tanda bagiorang-orang yang berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingatAllah ketika berdiri mahu pun duduk atau dalam keadaanberbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langitdan bumi.” (QS. Al Imran: 190-191)

“Hai orang – orang yang beriman berzikirlah kamu (denganmenyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Danbertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (QS. AlAhzab : 41-42)

“Laki – laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan danpahala yang besar.” (QS. Al Ahzab : 35)

“(Yaitu orang-orang yang beriman maka hati mereka menjaditenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya denganmengingati Allah hati menjadi tenteram.”(QS. Ar Radu : 28)

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya sertabertasbihlah di waktu petang dan pagi hari.” (QS Al Imram:41 )

“Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNyadengan penuh ketekunan.” (QS Al Muzammil : 8 )

“Sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.” (QSAl Insan : 25)

Kandungan

Page 8: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat144

“Dan sesungguhnya mengiingati Allah adalah lebih besarkeutamaanya.” (Al Ankabuut : 45)

DALIL DARI SUNNAH

Dari Abu Musa ra katanya, Rasulullah saw bersabda :

“Umpama orang yang mengingati Tuhannya dan orangyang tidak mengingati Tuhannya ibarat orang yang hidupdan orang yang mati”

“Sesungguhnya Allah memiliki sejumlah malaikat yangtugasnya hanya berkeliling di jalan-jalan untuk mencaritempat-tempat bagi orang-orang yang berzikir. Dan jikamereka melihat ada sekelompok orang yang berzikir,maka mereka memanggil kawan-kawanya untukmendatangai tempat itu. Maka Para malaikat turun kelangit dunia dengan menaungi majlis zikir itu dengansayap-sayap mereka. Sekembalinya, mereka ditanya olehTuhan mereka padahal Dia Maha Mengetahui lebih darimereka.Tanya Allah : “Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu Itu?”

Jawab para malaikat : “Mereka sedang bertasbih,bertakbir,bertahmid dan bertamjid untukMu.”

Tanya Allah : “Apakah mereka pernah melihatAku?”

Jawab para malaikat : “Mereka belum pernahmelihatMu.”Tanya Allah : “Bagaimanakah kalau mereka pernahmelihatKu?”

Jawab para malaikat : “Kalau mereka pernahmelihatMu,pasti mereka akan bertambah banyakmemujiMu.”

Tanya Allah : “Apa yang mereka minta?”

Kandungan

Page 9: erti zikir dan kaitannya.....................................137

145Erti Zikir dan Kaitannya

Jawab para malaikat : “Mereka meminta dimasukkankedalam syurgaMu.”Tanya Allah : “Apakah mereka pernah melihatsyurgaKu?”

Jawab para malaikat : “Mereka belum pernahmelihatnya.”

Tanya Allah : “Bagaimana kalau mereka pernahmelihatnya?”

Jawab para malaikat : “Jika mereka pernah melihatnyatentu mereka akan lebih banyak memintanya.”

Tanya Allah : “Dari apa mereka mohon perlindungan?”

Jawab para malaikat : “Mereka mohon perlindungan darisiksa api neraka.”

Tanya Allah : “Apakah mereka pernah melihatnya?”

Jawab pada malaikat : “Mereka belum pernahmelihatnya.”Tanya Allah : “Bagaimana kalau mereka pernahmelihatnya?”

Jawab para malaikat : “Jika mereka pernah melihatnya,pasti mereka akan lebih banyak mohon perlindungandaripadanya.”

Kata Allah : “Ketahuilah dan saksikanlah bahawa Akutelah memberi ampunan kepada mereka.”

Kata seorang dari para malaikat : “Di antara mereka adaseorang yang tidak ikut berzikir, ia datang kerana adasuatu hajat.”Kata Allah : “Orang-orang itu tidak akan membawasengsara kepada kawan duduknya.” (HR Tirmidzi,Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Syahin)

Kandungan

Page 10: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat146

Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :

“Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, makasinggahlah ke dalamnya.” Tanya para sahabat : “Apa yangengkau maksud dengan kebun-kebun syurga, wahaiRasulullah?” Sabda beliau :” Ia adalah majlis-majliszikir.” (HR Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad, AlBaihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-or-ang yang paling beruntung , mereka selalu berzikir kepadaAllah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknyazikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalamkeadaan bersih dari segala dosa” (HR Tirmidzi danThabrani)Abu Sa’id Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah sawbersabda :

“Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah,sehingga orang-orang mengatakan bahwa kamu telahgila.” (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad, IbnHibban dan Al Baihaqi)Dari Abu Darda’ ra bahwa Rasulullah saw bersabda :

“Mahukah kamu kukhabarkan akan suatu amal kebajikanyang paling baik bagi kamu, paling meningkatkankedudukan kamu,paling disenangi oleh Tuhanmu,bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak danlebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu,baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?”Jawab mereka : “ Mahu, wahai Rasulullah.” Sabda beliau:“Berzikirlah kepada Allah sebanyak–banyaknya.” (HR,Muslim,Tirmidzi,Ibn Majah.)

Kandungan

Page 11: erti zikir dan kaitannya.....................................137

147Erti Zikir dan Kaitannya

Dari Mu’adz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah sawbersabda:

“Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anakAdam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksaAllah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali denganberzikir) kepada Allah.” Dalam riwayat lain disebutkan:Tanya mereka : “Apakah berjihad di jalan Allah tidakmenyamainya, wahai Rasulullah?” Sabda beliau : “Tidakjuga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus.”(3 kali) (HR.Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibn AbiSyaibah)

KEUTAMAAN BERZIKIR

Dari Abu Hurairah ra, dari Abu Sa’id Al Khudri ra bahwaRasulullah saw bersabda :

“Tiada suatu kaum berzikir kepada Allah kecualipara malaikat akan mengelilingi mereka, rahmat akanmeliputi mereka, ketenangan akan turun kepadamereka,dan mereka akan disebut – sebut oleh Allah diantara para malaikat.” (HR Muslim, Tirmidzi, Ahmad,Ibn Majah)

Dari Ibn Umar ra bahwa Nabi saw pernah menyampaikanHadis Qudsi:

“Seorang yang lebih sibuk berzikir kepadaKu darimemohon kepadaKu, maka Aku akan memberikannyasesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta olehpara peminta.” (HR Bukhari, Al Bazzar, Al Baihaqi.)

Dari Abu Said Al Khudri ra, katanya :”Rasulullah sawpernah menyampaikan Hadis Qudsi:

“Seorang yang lebih sibuk membaca Al-Quran danberzikir dari minta kepadaKu, maka Aku akan

Kandungan

Page 12: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat148

memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telahdiminta oleh para peminta.” (HR.Ad Darimi,Tirmidzi,AlBaihaqi)

Dari Abu Said Al Khudri ra katanya : “Nabi saw bersabda :

“Di hari kiamat kelak Allah berfirman : “Pada hari inipenduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan?” Tanya para sahabat :“Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Sabda beliau :“Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir dimasjid-masjid.” (HR Ahmad, Al Baihaqi dan IbnHibban)

Dari Mu’awiyah ra katanya :

“Nabi saw pernah mendatangi sekelompok sahabat yangsedang duduk di Masjid,seraya berkata : “Apa yangmenyebabkan kamu duduk di sini?” Jawab para sahabat:“Kami duduk di sini untuk berzikir dan memuji Allah.”Sabda Nabi saw : “Tadi Jibril datang kepadaku danmemberitahuku bahwa Allah sangat berbangga dengankamu di hadapan para malaikat.” (HR Tirmidzi)

Dari Anas ra katanya, Nabi saw bersabda :

“Tiada suatu kaum yang berkumpul dan berzikirkepada Allah kecuali ada seruan dari langit yangmengatakan : “Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamutelah diampuni dan telah diganti dengan banyakkebajikan.” (HR Ahmad, Abu Ya’la dan Thabrani)

Dari Abu Razin Al ‘Uqaili ra katanya, Rasulullah sawpernah berkata kepadanya :

“Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapatmenyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di duniadan di akhirat?” Jawabnya : “Ya, aku mahu.” Sabdabeliau : “Hendaknya engkau menghadiri majlis – majlis

Kandungan

Page 13: erti zikir dan kaitannya.....................................137

149Erti Zikir dan Kaitannya

zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlahlidahmu dengan berzikir kepada Allah”.

MANFAAT BERZIKIR

Berzikir mengusir dan menghancurkan syaitan

Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir

Berzikir menghilangkan kerisauan hati

Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati

Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan

Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati

Berzikir mendatangkan rezeki

Berzikir menambah wibawa pada peribadi yang gemar berzikir

Berzikir menyebabkan Allah cinta kepada yang selalu berzikir

Berzikir meningkatkan taqarrub kepada Tuhannya

Berzikir menambah rasa mawas diri sampai ia dapat masukke pintu ihsan,sehingga ia dapat menyembah Allah denganperasaan seolah-olah ia sedang melihatNya.

Berzikir menambah rasa kembali kepada Allah

Berzikir membuka selebar-lebarnya pintu-pintu ma’rifat

Berzikir menyebabkan Allah mengingat yang berzikir

Berzikir menghidupkan hati seseorang

Berzikir memberi makan kepada hati dan roh

Berzikir menambah kebersihan hati

Berzikir menggugurkan dosa-dosa

Berzikir menghilangkan rasa sepi

Berzikir menyelamatkan seseorang dari siksa Allah

Kandungan

Page 14: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat150

Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat

Berzikir mendatangkan para malaikat di majlis-majlis zikir

Berzikir memberi rasa bahagia kepada yang berzikir

Berzikir memberi keamanan pada seseorang di hari kiamat

Berzikir mendapat kurnia Allah yang lebih besar daripadakurnia yang diberikan kepada orang-orang yang meminta

Berzikir merupakan ibadah yang paling ringan dan palingutama

Berzikir menambah tanaman di syurga

Berzikir mendatangkan berbagai keutamaan bagi pelakunya

Berzikir menghindarkan seseorang itu daripada lupa yangdapat membawa kesengsaraan di dunia dan di akhirat

Berzikir memberi cahaya bagi pelakunya ketika di dunia danketika di dalam kuburnya.

Berzikir membangunkan hati daripada lalaiBerzikir membuahkan pengetahuan –pengetahuan yangbergunaBerzikir menyebabkan kebersamaan antara pelakunya denganTuhanya.Berzikir menyamai dengan membebaskan kaum abdi danmenafkahkan harta.Berzikir merupakan puncak syukur kepada Allah.Berzikir melunakkan kekerasan hatiBerzikir mendatangkan anugerah dan mencegah malapetakaBerzikir menyebabkan Allah dan para malaikatNya berselawatatas pelakunya.Berzikir menyebabkan Allah membanggakan pelakunya didepan malaikat

Kandungan

Page 15: erti zikir dan kaitannya.....................................137

151Erti Zikir dan Kaitannya

Seseorang yang gemar berzikir dapat masuk syurga sambilketawaBerzikir memberi potensi untuk taatBerzikir memberi potensi dan kemahuan kerasGedung-gedung di syurga terus dibangun selama seseorang itumasih berzikirBerzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampunbagi pelakunyaBerzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembahbergembiraMemperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifatmunafikBerzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itumajlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga

Berzikir di jalan, di rumah, di waktu bepergian mahu pun diwaktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di harikiamat

Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan dibericahaya ketika di akhirat

Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seoranghamba

Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntunganberlimpah-limpah

Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikanpelakunya di kala susah

Berzikir menyembuhkan hati yang sakit

Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb,mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangatpersaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela danmembina sifat terpuji.

Kandungan

Page 16: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat152

IRINGAN ZIKIR DAN SELAWAT

Di masjid mana jua akan ada keberkahan Allah swtselagi dua perkara dilaksanakan, iaitu pertama pelbagai amalanzikir (solat, membaca Quran, wiridan dan sebagainya) dan kedua,adanya amalan selawat (misalnya Dibai’e atau sekadarbermarhaban).

Apabila dua kegiatan asas dalam ruang solat ini dilaksanakan,maka kita akan merasa ketenteraman dalam sesebuah masjid.Ketenteraman ini bukan saja kerana suasana tenang di dalamnyawalaupun masjid itu berada di kawasan sibuk seperti di tengahbandar, tetapi yang utama ialah rasa tenang dalam jiwa jemaah

Hadis menyebut 53 kebaikan (hasanah) zikr.

Namun apakah sebutan zikir yang paling mulia?

Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah carapaling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan dirikepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat ‘La IlahaIllallah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiriatas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabilakalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, makabermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali, maka bermulalahsegala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali rasebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammadsaw.

Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih,tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.

Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secarasemulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah inidisusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demiproses taqarrub.

Kandungan

Page 17: erti zikir dan kaitannya.....................................137

153Erti Zikir dan Kaitannya

atau pengunjung yang bersolat atau berada dalam jangka masatertentu (beriktikaf) di dalam masjid tadi.

Zikr dan selawat mempunyai semacam rentak atau ritme(rhythm) yang menenangkan jiwa dan membuka hati insan kepadaalam rohani. Konsep rentak ini bak denyutan yang memenuhialam.

Dalam alam rahim, si bayi didodoikan oleh denyutan nadiibunya. Tetapi apakah rentak nadi ibunya itu tidak tenang, ia akanmembawa reaksi kepada si bayi. Muzik juga mempunyai rentakyang menenangkan atau menimbulkan gejolak perasaan.

Tetapi zikir dan selawat merupakan suatu ‘fitrah’ iaitu unsursemula jadi yang berasal daripada Allah swt. Dialah yangmenciptakan seluruh alam dan menentukan rentak dalampergerakan cakerawala, angin, ombak sehinggalah pada setiapciptaannya. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah swt itu berzikr.Dalam atom iaitu unit terkecil yang juga disebut ‘zarah’ (dalambahasa Quran) ada zikirnya iaitu pada pergerakan atau harakahelektron.

Rohani kita merupakan unsur ghaib. Keimanan atau rukunIman merupakan kepercayaan kita kepada hal-hal ghaib iaitu yangtidak terlihat dan terjangkau oleh deria kita.

Namun maha suci Allah swt, Dia telah memberikan manusiaruh (ruh rabbani). Sesungguhnya manusia merupakan ciptaanAllah SWT yang sebaik-baiknya.

Alam ghaib dapat dianggap sebagai satu dimensi tidak ketarayang dekat dengan hakikat atau realiti kehidupan. Apabilaseseorang Islam banyak melaksanakan zikr dan selawat, dimensiini akan lebih mendekatinya. Jiwanya akan merasa akrab(taqarrub) kepada dimensi yang membawanya dalam perjalananmenuju Penciptanya. Inilah teras Hablum minAllah.

Kandungan

Page 18: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat154

Hati merupakan pintu yang akan membuka jalan ke arah alamruh. Zikir dan selawat bak kunci pembuka hati atau dalam istilahtasawufnya, Miftahus-shudur.

Namun sebelum menuju perjalanan tadi, ada beberapa syaratyang perlu dipenuhi.

SYARAT PERJALANAN

Pertama sekali seseorang itu hendaklah membebaskan dirinyadaripada belenggu kebendaan sebegai prasyarat sebelummemulakan kembara menuju jalan Allah swt.

Sesungguhnya hidup di dunia memerlukan kebendaan –makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Namunini semua adalah keperluan untuk hidup dan BUKAN tujuanhidup. Quran menggalakkan orang Islam berlumba dan bersaing(sabbiqus dan sari’u) ke arah kecemerlangan dalam mencarikekayaan dan ilmu selepas menunaikan suruhan Allah swt.Namun, tujuan setiap makhluk hidup kerana hendakmengabdikan diri kepada Allah swt.

Apabila kita menolak ketaksuban terhadap kebendaan dantujuan hidup kita ditujukan kepada dan untuk Allah swt, fikirankita akan terhala kepadaNya. Inilah teras zikir, iaitumengingatiNya dalam setiap detik dan helaan nafas. Hati akanmerasa lazat atau nikmat kerana mendekati Allah swt. Apabila iniberlaku roh dan jasmani manusia menjadi lebih mesra dan begitujuga dengan reaksinya terhadap alam.

Sekadar contoh, kita menikmati indahnya sinaran bulanpurnama, tiupan bayu, sinar suria dan kicauan unggas. Nikmat inidisampaikan menerusi deria (mata, telinga, bau, rasa dan sentuh)dan tertancap dalam otak kita. Namun nikmat yang lebih besarialah apabila kehadiran unsur-unsur menyelinap dalam jiwa kitaatau rohani. Hasilnya deria dalam jiwa atau roh kita yang dipanggilbashirah akan hidup.

Kandungan

Page 19: erti zikir dan kaitannya.....................................137

155Erti Zikir dan Kaitannya

Apabila bashirah hidup, keindahan unsur-unsur alam taditidak dilihat sekadar indah pada luarannya, tetapi betapa indahnyaPenciptanya. Keindahahan Pencipta merupakan sebesar-besarnikmat yang diperolehi oleh yang dicipta iaitu manusia.

Peranan bashirah dalam hal ini bak persamaan matematik:Bashirah = f(deria, hati, rahsia hati).

Keindahan Allah swt dalam dua bentuk yang disebut dalamasma-ul-husna (nama-nama agung Allah) yang kesemuanya 99yang tercatat dalam al-Quran. Dua daripada sifat tadi yangmerujuk kepada keindahan ialah Jamal dan Jalal.

Jamal bermakna indah; sedangkan Jalal bererti agung.Manusia boleh bersifat jamal dengan berpakaian indah, bersopansantun yang indah, suka pada kesenian yang dibolehkan Islamdan sebagainya. [Namun manusia tidak boleh bersifat jalal keranaia merupakan sifat Rubbubiyah]

[Catatan: Berfikir merupakan salah satu ciri kebijaksanaanatau cendekia. Pengasas falsafah moden Barat, Rene Descartes,berkata ‘corgito ergo sum’ (Bahasa Latin yang bermaksud: Akuberfikir maka aku wujud/hidup). Namun pemikiran Descartesbersifat keperluan dunia dan terputus daripada hala tuju Ilahi.]

Manusia Islam adalah insan pasrah yang berfikir atau berakal.Sesungguhnya ‘berakal’ adalah salah satu syarat bagimelaksanakan rukun Islam (syariat). Hayatilah maksud firmanAllah swt, maksud ayat ini antara lain pernah membuat NabiMuhammad saw menangis tersedu-sedu:

“Sesungguhnya pada di sebalik kejadian tujuh petala langit danbumi dan peredaran siang dan malam itu ada tanda-tanda kebesarandan keagungan Allah bagi mereka yang boleh berfikir.’’

Maksud ‘mereka yang boleh berfikir’ ialah dari frasa Arab:ulil-al-bab. Kekata dasar Arab yang digunakan di sini bukan ‘bab’yang bererti pintu atau gerbang. Sebaliknya, yang dimaksudkanialah ‘lub’ yang membawa maksud ‘lubuk jiwa’ atau rahsia hati

Kandungan

Page 20: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat156

yang seiras dengan istilah yang amat sering digunakan dalamtasawuf iaitu, ‘sirr’.

Dalam ayat tadi yang sering dibahaskan oleh para ulamatasawuf, antara lain ada dua makna yang tercerna:

Sistem alam manusia atau dipanggil ‘sistem suria’ yangdiaturkan begitu rupa sehingga cakerawala tidakberlanggar, siang dan malam berlaku akibat gerakancakerawala. Ini semua diatur oleh Allah SWT ataudipanggil sunnatullah.Yang lebih menarik perhatian para ulama tasawuf ialahperanan golongan berfikir iaitu yang akalnya cubameneroka rahsia ciptaan Allah termasuk hukum graviti,peredaran cakerawala dan sebagainya sambil terusberzikir kepadaNya.

Selepas ayat tadi, sambungannya pula Allah swt menyatakandengan maksud bahawa golongan berfikir ini “berzikir semasaberdiri, rukuk dan berbaring’’ . Sebenarnya kekata yang digunakanpenuh perlambangan dan tidak dapat dihuraikan sekali gus di sini,tetapi yang nyata insan yang berakal itu hendaklah berfikir dalamrangka meneroka ilmu Allah swt, menilai keajaiban ciptaanNya.Sebagai khalifah (pengurus bumi), ia hendaklah menggunakanilmu sebagai amanah tadi demi kebaikan semua ciptaanNya.

MENAKLUKI ROHANI

Menakluki rohani merupakan satu pencapaian penting seorangpengamal tasawuf. Pencapaian ini berlaku selepas melaluiperjalanan rohani yang amat sukar lagi perih. Hati mesti ditaklukidalam setiap detik dan keadaan. Hanya dengan cara inilah insandapat mengatasi sifat tabii atau semula jadinya iaitu ‘lupa danlalai’.

Tanpa ‘lalai dan lupa’, seseorang dapat melaksanakan suruhandan larangan Allah swt atau diistilahkan dalam kalimat Quran,amar ma’ruf nahi munkar.

Kandungan

Page 21: erti zikir dan kaitannya.....................................137

157Erti Zikir dan Kaitannya

Amar ma’ruf atau perbuatan baik lebih mudah dilakukanberbanding dengan nahi munkar. Ini disebabkan perbuatan serongberlaku tanpa disedari kerana adanya unsur lupa menyelinap padahati atau akal manusia. Keadaan ini dipanggil ‘ingatan tidakmendalam’

[Catatan: Dalam ilmu jiwa atau psikologi, ingatan dianggapkesedaran atau consciousness. Manusia berada dalam keadaan sedar(conscious), bawah sedar (sub-conscious) atau tidak sedar (uncon-scious).]

Contoh: Apabila lampu trafik memancarkan warna merah,kenderaan berhenti. Apatah lagi jika kamera trafik terpasang.Pemandu menyedari ada undang-undang jalan raya dan ada pula‘mata’ memerhatikan, jadi ia menghentikan kereta.

Pada hal, sebagai Muslim, kita sedar bahawa kita senantiasadiperhatikan Allah swt dan para malaikatnya yang membuatcatatan amal baik dan buruk kita. Namun kebanyakan manusia‘lupa’ akan hakikat ini.

Teras tasawuf adalah ihsan yang didefinisikan oleh Rasulullahsaw dalam sebuah hadis terkenal — ihsan ialah seolah-olah kitamelihat Allah swt dan jika tidak dapat berbuat demikian, kita tahu Allahmelihat kita. Inilah juga yang dimaksudkan dengan melihatmenggunakan mata hati atau bashirah.

Kerana ihsanlah, maka kalangan ahli sufi menyebut bahawaia tidak melihat di kanan, kiri, atas dan bawah sisinya selaindaripada Allah swt.

PERATURAN ALLAH SWT

Dalam soal undang-undang manusia, senantiasa ada lubang untukdibolosi (loopholes) sehingga peguam yang licik dapat melepaskanpenjenayah seperti dalam cerita mafia di Amerika Syarikat.

Sebaliknya terjadi dengan undang-undang Allah swt. Tiadasatu makhluk pun yang terlepas daripada proses keadilan-Nya

Kandungan

Page 22: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat158

pada akhirat. Saksi manusia bukan saja terdiri daripada paramalaikat yang mencatat kebaikan dan keburukannya, bahkan kulitdan anggotanya dapat berkata-kata untuk mengesahkan ataumenafikan dapatan yang sudah dirakamkan.

Tiada cacat dan cela pada undang-undang Allah swtberbanding dengan undang-undang manusia yang senantiasaberubah-ubah.

Sesungguhnya manusia tidak sunyi daripada berbuatkesilapan kepada Penciptanya. Demi mensucikan diri, Allah swtmengizinkan manusia bertaubat (kembali kepadaNya) danmemohon keampunanNya (istighfar). Oleh itu, ciri manusia yangberfikir ialah merenungi kesilapannya dan segera membetulkandiri.

Ganjaran bagi ulil albab ialah makrifatullah atau pengetahuanmengenai Allah. Sering hal ini dikaitkan dengan kononnya insanberfikir ini mempunyai kuasa untuk melihat keghaiban atauberinteraksi dengan benda-benda ghaib.

Dapat melihat benda ghaib hanyalah suatu pemberiandaripada Allah swt. Hal ini berlaku kepada sesiapa saja menurutpilihan Allah. Hal ini tiada guna dibahaskan kerana Allah swtbebas memilih makhluknya.

Satu lagi perkara yang perlu dihindarkan ialah tanggapan(notion) bahawa makrifat adalah ilmu perkara-perkara pelik. Orangyang bertasawuf kononnya menghadap sangat akan ilmusedemikian. Pada hal jika ahli tasawuf mendambakan sedemikian,ia tidak lagi ikhlas. Walhal, ikhlas merupakan sifat utama untukmengenal Allah swt.

Jadi, dapat disimpulkan makrifat ialah imbalan kepada ulilalbab. Mengetahui hubungan makhluk dan Khaliqnya merupakansatu ilmu yang tiada ternilai.

Proses makrifat akan membuat seseorang menyedari bahawadirinya fana’ atau lebur bak debu-debu yang merupakan asalkejadian manusia pertama.

Kandungan

Page 23: erti zikir dan kaitannya.....................................137

159Erti Zikir dan Kaitannya

Lihat sajalah taburan bintang pada malam yang cerah. Semuacakerawala yang bernyala (dipanggil bintang) bertaburan sepertidebu. Bandingkan saiz bintang yang begitu besar berbandingdengan bumi, apatah lagi dengan diri kita. Nyatalah padaPenglihatan Khaliq, kita semua hanyalah debu-debu yangberterbangan.

Rasa lebur tadi membawa rasa lemah sehingga hilang segaladaya upaya. Tingkat rasa (maqam) ini disebut haqaulah (darikalimat yang dizikirkan iaitu Laa Hawla Walaa Quwwata IllaaBillah).

Rasa lemah mengecilkan manusia, dan jadilah ia insan dhaif(manusia kerdil — serba kekurangan dan kelemahan) apabilamelihat jalinan hubungannya dengan Penciptanya.

Terdapat ungkapan sufi yang menceritakan ironi kelemahantadi:

Lemah di sisi Allah

DiberkatiNya dengan kekuatan

Takbur di sisi Allah

DilimpahiNya dengan kelemahan

Ungkapan ini menceritakan rahsia atau lub pada diri ulilalbab sehinggalah Allah swt jua yang menjaganya daripadakelalaian dan kealpaan. Tingkat ini dipanggil ‘mahfuz’ yangdiberikan kepada manusia biasa (berbanding dengan ma’sumatau tingkat tanpa dosa yang diberikan Allah kepada paranabi-Nya.)

PELENGKAP ZIKR

Selawat adalah kalimat cinta dan pujian yang ditujukan kepadaNabi Muhammad saw, manusia unggul yang diberikan gelarKekasih Allah. Baginda merupakan makhluk paling mulia

Kandungan

Page 24: erti zikir dan kaitannya.....................................137

Mengenal Tasawuf dan Tarekat160

(afdhalul makhluqat) dan rahmat seluruh alam (rahmatan lil‘alamin) sehingga Allah swt dan para malaikatNya berselawat keatas baginda. Quran menjelaskan bahawa Allah swtmemerintahkan orang beriman agar berselawat kepada baginda.

Perintah selawat ini besar sekali ertinya. Solat merupakanpenegak atau pendiri agama. Solat ialah hubungan tegak atauvertikal manusia dengan Penciptanya. Bahkan dalam solat, salahsatu daripada lima rukun (perkara yang diwajibkan dan tidak sahsolat tanpanya) ialah dengan berselawat pada bahagian tasyahhudsebelum salam pertama.

Pada hari kiamat, manusia meminta bantuan para rasul agarmeminta Allah swt melaksanakan perhitungan atau perkiraan,Hisab. Selepas Nabi Adam dan satu persatu nabi yang menolakuntuk berbuat demikian, maka sampailah giliran manusiameminta Nabi Muhammad saw. Ternyata penutup nabi inilahyang berjaya diperkenankan oleh Allah swt. Bantuan tadidipanggil syafa’at.

Nabi Muhammad adalah ‘pembantu’ kepada umatnya. Olehitu, selawat merupakan bantuan untuk menjadikan zikr lebihberkesan. Tegasnya, zikr dan selawat seiringan. Menyebut namaMuhammad dengan penuh hormat dan cinta kepadanya sudahmerupakan sebahagian daripada selawat.

Kalimat zikir tertinggi ialah La Ilaha Illallah dan dilengkapkandengan Muhammad-ur-Rasullah .

Terdapat pelbagai selawat dari yang mudah sehingga kepadayang berupa doa panjang. Sesungguhnya pada selawat, terdapatkesan penawar atau penyembuh yang membantu manusia dalamdalam proses atau kembara mengenali Penciptanya.

Kandungan