ctkamalia.weebly.com · web viewperancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan...

26
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3204 SOSIOLINGUISTIK NAMA PENSYARAH : DR. ARBAK BIN OTHMAN TAJUK : KONSEP PERANCANGAN BAHASA 1.0 PENGENALAN Perancangan Bahasa merupakan salah satu cabang yang tersendiri dalam Ilmu Sosiologi Bahasa. Terdapat pelbagai teori- teori dan juga aspek-aspek dalam proses perancangan bahasa yang dikenakan pada bahasa Melayu. Sepertimana yang kita semua ketahui, bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan bahasa rasmi serta bahasa kebangsaan negara Malaysia yang sering digunakan dalam urusan pentadiran, perundangan dan kehakiman, pendidikan 1

Upload: others

Post on 05-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

BBM 3204

SOSIOLINGUISTIK

NAMA PENSYARAH : DR. ARBAK BIN OTHMAN

TAJUK : KONSEP PERANCANGAN BAHASA

1.0 PENGENALAN

Perancangan Bahasa merupakan salah satu cabang yang tersendiri dalam Ilmu Sosiologi

Bahasa. Terdapat pelbagai teori-teori dan juga aspek-aspek dalam proses perancangan bahasa

yang dikenakan pada bahasa Melayu. Sepertimana yang kita semua ketahui, bahasa Melayu

merupakan bahasa ibunda dan bahasa rasmi serta bahasa kebangsaan negara Malaysia yang

sering digunakan dalam urusan pentadiran, perundangan dan kehakiman, pendidikan serta dalam

pelbagai sektor kehidupan yang lain. Golongan cerdik pandai dan cendekiawan ulung seperti

Awang Sariyan, Emiretus Nik Safiah Karim, Asmah Hj Omar dan ramai lagi tokoh-tokoh bahasa

yang lain telah pun menerokai dan menyelami apa yang tersurat dan tersirat dalam proses

perancangan bahasa iaitu bahasa Melayu.

1

Page 2: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Mengikut sejarah, bahasa Melayu dirancang secara rasmi sejak setahun sebelum

kemerdekaan, apabila Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) menetapkan bahasa Melayu sebagai

bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan di negara Malaysia. Pada tahun 1956 ini juga,

kerajaan telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai persiapan menjadikan bahasa

Melayu sebagai wahana komunikasi yang berkesan dalam pelaksanaan jentera pentadbiran

negara iaitu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Selain itu, ditubuhkan juga oleh

kerajaan Institut Bahasa yang kini ditukar nama kepada Institut Bahasa Melayu Malaysia sebagai

langkah mempersiapkan tenaga pengajar bahasa Melayu untuk mendidik generasi muda di

negara Malaysia ini agar celik ilmu tentang bahasa dan mempraktikan semua bahasa khususnya

bahasa Melayu.

Oleh itu, dalam kertas kerja ini saya akan memberikan beberapa pengertian yang telah

diberikan oleh beberapa sarjana sosiolinguistik dengan beberapa perbandingan atau perbezaan

dari segi penekanan konsep-konsep tertentu walaupun maksud umum perancangan bahasa itu

hampir sama antara satu sama lain.

2.0 PERANCANGAN BAHASA

2.1 KONSEP PERANCANGAN BAHASA

Perancangan Bahasa merujuk kepada usaha dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah

negara untuk menentukan supaya sistem komunikasi berjalan dengan lancar dalam segala bidang

kehidupan seluruh negara terutama sekali dalam bidang pendidikan, pentadbiran, ekonomi dan

yang tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Bagi negara yang mempunyai

lebih dari satu bahasa, mereka mentafsirkan perancangan bahasa ini sebagai penentuan bahasa

yang mana mereka hendak menjadikan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa nasionalnya atau

bahasa rasminya, dan kemudian diiukti oleh pembinaan bahasa itu. Dengan demikian, dapatlah

dikatakan bahawa Perancangan Bahasa pada keseluruhannya terdiri dari dua tahap yang utama

2

Page 3: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

iaitu penentuan dan pembinaan. Bukan semua negara di dunia ini memerlukan kedua-dua tahap

tersebut, tetapi sebahagian besar memerlukan tahap pembinaan disebabkan keadaan

sosiolinguistiknya sendiri.

Bahasa merupakan alat komunikasi, alat berfikir dan juga alat menghasilkan buah fikiran.

Dengan tugasa-tugas yang penting itu, bahasa tidak dapat dibiarkan untuk tumbuh dan menyebar

secara liar. Bahasa yang tumbuh tanpa perancangan itu dapat menghalang sistem berkomunikasi

secara lancar antara pemakai-pemakai bahasa, menyulitkan konseptualisasi dan juga

pengwujudan konsep-konsep hasil pemikiran. Konseptualisasi ini tidak boleh berlaku tanpa

penguasaan bahasa dan penguasaan bahasa yang teratur itu mestilah disertai dengan

perancangan. Selain itu juga, bahasa dan unsur-unsurnya dapat dinilai(dievaluasi), diubah,

diperbaiki, diganti dan disesuaikan dengan bahasa lain atau unsur-unsur lain. Walaupun bahasa

tidak dapat dicipta sesuka hati, tetapi unsur-unsurnya yang dianggap tidak sesuai dapat diganti

atau dicipta dari semasa ke semasa mengikut keperluan masyarakat.

Perancangan bahasa ini seolah-olah merupakan sesuatu yang baru. Sebenarnya usaha

merancang bahasa itu sudah lama ada dan dijalankan di berbagai-bagai negara. Usaha yang

proaktif dan progresif ini nyata sekali dijalankan dalam kalangan negara-negara yang berusaha

untuk membangunkan negara setelah mencapai kemerdekaan dari kuasa-kuasa besar yang

menjajahnya. Salah satu tindakan utama yang diambil oleh negara-negara yang baru mencapai

kemerdekaan adalah dengan menentukan bahasa dan kemudiannya menegakkan bahasa yang

dinamakan sebagai bahasa kebangsaan. Dalam kalangan negara-negara maju, perancangan

bahasa sudah sekian lama dimulai dan telah dibuktikan dengan wujudnya bahasa yang utama

iaitu bahasa rasmi dan bahasa akademik. Perancangan bahasa itu dilakukan dengan pembinaan

bahasa dari pelbagai segi linguistik, misalnya dari segi peristilahan, ejaan, tulisan dan

sebagainya.

3

Page 4: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Penulisan tentang pelbagai usaha perancangan bahasa banyak dilakukan di sana sini oleh

pemerintah dari pelbagai negara. Rentetan dari itu, mereka berminat untuk mengkaji proses-

proses yang sebenarnya berlaku dalam penggubalan Dasar Bahasa dan pembinaan dan

pelaksanaan bahasa makin bertambah. Pada tahun 1966 diadakan Conference On Language

Problems yang membincangkan masalah bahasa di negara-negara yang sedang membangun.

Kertas-kertas yang dibentangkan dalam persidangan itu dibukukan dalam Language Problems of

Developing Nations (New York, Willey and Sons, 1968) yang disusun bersama oleh Joshua A.

Fishman, Charles A. Ferguson dan Jyotirindra Das Gupta. Buku ini mendapat perhatian ramai

dan telah digunakan dalam kursus dan perbincangan yang diadakan dalam kalangan para sarjana

dengan tema “Perancangan Bahasa”.

Empat orang sarjana iaitu Joshua A. Fishman, Bjorn Jernudd, Das Gupta dan Joan Rubin

(1968-1969) sama-sama bermastautin di East-West Center di Hawaii, untuk mengkaji berbagai-

bagai aspek teoretis dari Perancangan Bahasa. Dalam pertengahan tahun 1969, mereka

menganjurkan pertemuan antara sarjana dari pelbagai negara untuk membincangkan masalah

Dasar Bahasa (Language Policy) dan pemilihan bahasa dan dengan itu menyediakan kerangka

teoretismuntuk Perancangan Bahasa. Hasil daripada pertemuan ini, Rubin dan Jernudd (1971)

telah mengedit buku yang berjudul Can Language Be Planned? Di samping itu juga, satu projek

penyelidikan dalam Perancangan

Bahasa secara besar-besaran telah dijalankan pada tahun 1969 hingga tahun 1972 dengan

nama International Research Project On Language Planning Processes. Projek ini meninjau

peluasan (elaboration) leksikal untuk pemodenan bahasa. Empat buah negara dipilih untuk

dijadikan medan projek penyelidikan ini iaitu Israel, Indonesia, Sweden dan India. Laporan hasil

projek ini disiapkan dalam bulan Oktober 1972.

Einar Haugen (1959) ialah orang yang pertama sekali menggunakan istilah “language

planning” dalam makalahnya “Planning for a Standard Language in Modern Norway” yang terbit

dalam Journal of Anthropological Linguistics. Makalah ini muncul kembali dalam kumpulan

karangan Haugen yang berjudul The Ecology of Language (Stanford University Press, Stanford,

California,1972). Mengikut Haugen, konsep Perancangan Bahasa ini timbul apabila seorang

rakyat Amerika yang berketurunan Norwegia, mengkaji perkembangan bahasa di Norwegia.

4

Page 5: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Haugen (1959), mencipta istilah “language planning” hasil daripada pemerhatiannya terhadap

perkembangan yang berlaku di Norwegia.

Mengikut Haugen, Perancangan Bahasa juga adalah linguistik normatif atau linguistik

preskriptif. Bagi Haugen, perancangan bahasa yang dikatakan kegiatan menyediakan ejaan,

tatabahasa, dan kamus yang normatif, kemudiannya dianggap sebagai salah satu hasil

perancangan bahasa. Oleh yang demikian, Haugen telah memberi definisi yang lebih pendek dan

padat, di mana Haugen menyatakan bahawa perancangan bahasa adalah evaluasi perubahan

linguistik. Sebenarnya, sebelum Haugen mencipta istilah language planning itu, terdapat dua

istilah yang digunakan oleh para sarjana bahasa yang berminat dalam kegiatan linguistik yang

kemudiannya dinamakan perancangan bahasa. Istilah itu adalah glossopolitics dan language

engineering. Istilah glossopolitics digunakan oleh Robert A. Hall Jr. manakala language

engineering digunakan oleh Goerge P. Springer.

Dalam perancangan bahasa Melayu terdapat tiga dimensi perancangan bahasa. Dua

dimensi diutarakan oleh Heinz Kloss dan satu dimensi lagi oleh Francis X. Karam. Dimensi yang

diutarakan oleh Kloss, melihat bahasa dari segi korpus yang ada dan dari segi taraf bahasa.

Perancangan bahasa yang menumpukan perhatian kepada korpus dinamakan Perancangan

Korpus Bahasa dan dari segi taraf bahasa dinamakan Perancangan Taraf Bahasa. Perancangan

korpus bahasa tidak lain adalah dari pembinaan bahasa kerana perancangan ini meliputi

penciptaan istilah-istilah baru, perubahan-perubahan yang dilakukan dalam sistem ejaan dan

morfologi (sistem kata) dan pengambilalihan sistem tulisan baru. Manakala bagi Perancangan

Taraf Bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya dengan bahasa lain dalam

sistem pemerintahan dan perancangan taraf bahasa ini dinamakan juga sebagai Perancangan

Dasar Bahasa. Dimensi yang ketiga dinamakan oleh Karam sebagai Perancangan untuk

Perancangan Bahasa. Perancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa

dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan.

Selain itu, mengikut Richard Noss yang mana telah banyak membuat penyelidikan

mengenai dasar bahasa di Asia Tenggara dan beliau melihat perancangan dari segi Perancangan

Taraf Bahasa. Bagi beliau, Perancangan Dasar Bahasa terdiri daripada tiga dasar iaitu dasar

bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan dan dasar bahasa am. Dasar bahasa rasmi adalah dasar

5

Page 6: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

yang dikeluarkan oleh pemerintah yang menentukan bahasa yang seharusnya digunakan dalam

mencapai matlamat tertentu. Manakala dasar bahasa pendidikan adalah dasar yang dipegang

dalam menggunakan bahasa sebagai bahasa penghantar di sekolah. Dasar bahasa am pula adalah

dasar yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam

perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang, badan-badan atau

negara-negara luar.

Jika dilihat perancangan pada keseluruhannya, maka tidak dapat tidak proses yang

berlaku adalah seperti berikut :

Rajah di atas memperlihatkan proses yang berlaku dalam perancangan yang sebenarnya.

Tetapi lahirnya konsep perancangan itu belum tentu seperti dalam rajah di atas. Ini kerana,

biasanya yang lahir terlebih dahulu adalah Perancangan Taraf Bahasa dan dari itu timbul

Perancangan Untuk Perancangan Bahasa. Dari rajah di atas juga dapat dilihat bahawa

Perancangan Untuk Perancangan Bahasa tidak dapat dipisahkan dari Perancangan Taraf Bahasa.

Kedua-duanya melibatkan penentuan yang bersifat politik dan ekonomi yang dibuat oleh ahli-

ahli yang bukan ahli bahasa.

Perancangan bahasa juga merujuk kepada usaha-usaha yang disengajakan untuk

mempengaruhi tingkah laku orang-orang lain dari segi pemerolehan, struktur, atau peruntukan

fungsi bahasa. Biasanya, ia akan membabitkan perkembangan matlamat, objektif dan strategi

6

Perancangan Untuk Perancangan Bahasa

Perancangan Taraf Bahasa

Perancangan Korpus Bahasa

Pelaksanaan

Penilaian

Page 7: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

untuk mengubah cara bagaimana bahasa digunakan. Pada peringkat kerajaan, perancangan

bahasa mengambil bentuk dasar bahasa. Banyak negara yang mempunyai badan kawal atur

bahasa yang ditugasi secara khusus untuk merumuskan dan melaksanakan dasar-dasar

perancangan bahasa.

Istilah perancangan bahasa sering dikaitkan dengan konteks dunia ketiga, dan dilihat

sebagai suatu alat untuk mengasaskan bahasa kebangsaan sebagai sebahagian proses pemodenan

dan pembangunan negara. Perancangan bahasa boleh dibahagikan kepada tiga sub-dimensi:

1. Perancangan korpus merujuk kepada campur tangan dalam bentuk-bentuk sebuah bahasa. Ini mungkin boleh dicapai melalui mencipta kata-kata atau ungkapan-ungkapan yang baru, mengubah suai yang lama, atau memilih antara bentuk-bentuk alternatif. Perancangan korpus bertujuan untuk mengembangkan sumber-sumber sebuah bahasa supaya ia akan menjadi satu perantara komunikasi yang sesuai untuk topik-topik moden dan bentuk-bentuk huraian yang dilengkapi dengan istilah yang diperlukan untuk kegunaan pentadbiran, pendidikan, dan sebagainya. Perancangan korpus sering dikaitkan dengan pemiawaian sesebuah bahasa, dan membabitkan penyediaan ortografi normatif, tatabahasa, dan kamus untuk panduan penulis dan penutur di dalam sebuah komuniti pertuturan. Langkah pertama dalam perancangan korpus ialah pengembangan sebuah sistem tulisan.

2.

3. Perancangan status merujuk kepada usaha-usaha untuk memperuntukkan fungsi-fungsi bahasa dan kenal huruf di dalam sebuah komuniti pertuturan. Ia membabitkan pilihan status, dan menyebabkan sesuatu bahasa atau kelainan menjadi sebuah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Seringnya, perancangan status akan melibatkan peningkatan sebuah  bahasa atau  loghat  menjadi sebuah kelainan prestij yang mungkin menjejaskan loghat-loghat yang bersaingan. Perancangan status ialah perkara yang mesti bagi mewujudkan sebuah sistem tulisan yang baru kerana sebuah sistem tulisan hanya dapat diperkembangkan selepas suatu loghat yang sesuai telah dipilih sebagai piawai.

4. Perancangan pemerolehan adalah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran

bahasa, baik bahasa kebangsaan mahupun bahasa kedua atau bahasa asing. Ia

7

Page 8: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

melibatkan usaha-usaha untuk mempengaruhi bilangan pengguna serta pengagihan

bahasa dan kenal huruf yang dicapai melalui mencipta peluang atau insentif untuk

mempelajarinya.Usaha- usaha ini mungkin mendasari dasar dasar  asimilasi  atau

kemajmukan.Perancangan pemerolehan adalah berkait secara langsung dengan

penyebaran bahasa.

2.2 KONSEP PERANCANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA.

Profesor Dr. Awang Sariyan merupakan salah seorang tokoh bahasa yang terlibat secara

langsung dalam perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan

bahasa penghantar utama pendidikan dan juga dalam proses pembakuan bahasa Melayu

melaluinya penglibatannya sebagai pegawai perancang bahasa dan kemudian Pengarah Jabatan

Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga melalui Persatuan Linguistik Malaysia(PLM).

Beliau telah membicarakan tentang perancangan bahasa Melayu di Malaysia dalam makalahnya

yang berjudul “Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia”

Mengikut beliau, perancangan bahasa merujuk kepada proses pembinaan bahasa dan

pengembangan bahasa sesuatu bahasa untuk tujuan tertentu. Pembinaan bahasa merujuk

8

Page 9: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya iaitu kosa kata umum,

istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang memainkan peranan sebagai wahana

komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. Manakala

pengembangan bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina

korpusnya kepada para pengguna bahasa dalam pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan

awam, sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Dalam konteks di Malaysia, perancangan bahasa melibatkan bahasa Melayu yang

dirancang untuk menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada

Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaaan. Perlembagaan Persekutuan

Perkara 152, Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan telah membentuk undang-

undangnya sebagai asas kepada perancangan bahasa Melayu. Secara rasminya, perancangan

bahasa di Malaysia telah bermula setahun sebelum kemerdekaan negara apabila Jawatankuasa

Pelajaran Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem

pendidikan kebangsaan yang menjadi tonggak sebagai bahasa penghantar utama. Penubuhan

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institusi Bahasa juga merupakan uasaha perancangan bahasa

yang dilakukan oleh kerajaan untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi

pembinaan negara.

Pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa moden untuk mengisi keperluan pembangunan

negara telah dilakukan secara terancang dan pembinaan bahasa ini dikenali juga dengan nama

perancangan korpus bahasa yang mana telah dilakukan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa

kata umum, tatabahasa, sebutan dan larasa bahasa.

2.2.1 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Ejaan

Usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak

selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu.

Sistem ejaan Rumi yang sedia ada sejak tahun 1940-an ialah sistem ejaan Zaba.

Kemudian ada pula sistem ejaan Universiti Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan

Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain. Sesuai pula dengan

9

Page 10: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama

dan persefahaman serantau.

Sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah ialah sistem ejaan yang

diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap Bahasa

Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (yang diwakili oleh Panitia Kerjasama

Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis

Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972. Pengisytiharan

Sistem Ejaan Rumi Baru (di Indonesia disebut sebagai Sistem Ejaan Yang

Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16

Ogos 1972. Majlis pengisytiharan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia,

Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Hussein di Kuala Lumpur.

Selain dirasmikan di Malaysia dan di Indonesia, sistem ejaan Rumi telah diterima

sebagai sistem ejaan yang rasmi di Brunei Darussalam dan di Singapura, dan diterima

sebagaiejaan baku di Thailand Selatan dan di Kemboja serta kira-kira 30 buah negara

sedunia yang mempunyai pusat pengajian Melayu/Indonesia yang mana sejak tahun 2000

menjadi anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), dengan Dewan Bahasa

dan Pustaka Malaysia sebagai Urus Setianya. Hal ini bertujuan untuk membentuk

persefahaman dan kerjasama serantau dan antarabangsa, sebagai pedoman kepada

masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah.

Antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa

Malaysia(1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (2001).

Selain usaha menyempurnakan sistem ejaan Rumi yang menjadi ejaan rasmi,

sistem ejaan Jawi juga turut diusahakan untuk menyempurnakan sistem ejaan tersebut

dan meluaskan penggunaannya dalam bidang-bidang tertentu, khususnya dalam bidang

pendidikan dan di tempat awam. Pada tahun 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka

menganjurkan Konvensyen Tulisan Jawi dan bertitik tolak daripada konvensyen itu telah

diusahakan pengemaskinian sistem ejaan Jawi hingga dapat diterbitkan Pedoman Ejaan

Jawi yang Disempurnakan (1986) dan daftar kata lengkapnya dalam Daftar Kata: Rumi-

Sebutan-Jawi (2001). Untuk kegunaan yang lebih berkesan dan praktis, Dewan Bahasa

10

Page 11: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

dan Pustaka dengan usaha sama pihak swasta telah menerbitkan perisian komputer

Dewan Eja yang merupakan penyemak ejaan Rumi bahasa Melayu.

2.2.2 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Peristilahan

Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun

1957, dengan dua bidang terawalnya iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan

Teknik. Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah

jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan professional ( bidang istilah yang

sedang diusahakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia

berjumlah 250 bidang). Jumlah buku istilah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ialah 199 judul. Seluruh peringkat dalam sistem

pendidikan negara telah pun memenfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk

penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar semua peringkat.

Daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya, baik dalam

bidang ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan

dengan kemajuan negara yang mutakhir iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang

dan kejuruteraan automotif. Pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad

Sabirin merupakan pakar yang mereka bentuk, melancarkan dan mengoperasikan

mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1. Keperluan terhadap istilah-istilah

baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan professional

yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama

pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan

kebangsaan, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.11

Page 12: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Selain itu, dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk

menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang

yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif

melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah serta

mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam

pengurusan institusi professional masing-masing. Dalam usaha memperluas sumbangan

kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan

Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak langkah melibatkan

pakar-pakar ilmu dan professional dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku

dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing iaitu sebagai peningkatan dan

peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini.

2.2.3 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kosa Kata

Usaha merakamkan kekayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa

Melayu secara terancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bermula sejak awal tahun

1960-an. Namun lama sebelum itu kekayaan kosa kata bahasa Melayu telah dirakamkan

oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar dan kamus,

misalnya Daftar Kata Melayu-Cina (abad ke-15), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio

Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, Kamus Melayu-Inggeris oleh thomass Bowry

pada awal abad ke-18, A Dictionary of the Malay Language oleh Marsden pada tahun

12

Page 13: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J. Wilkinson (1901,1908,1932),

W.G.Shellabear (1902,1916) dan R.O Winstedt (1913).

Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka bermula pada tahun 1964 terhasil pada

tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang

dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000

patah itu kemudiannya diterbitkan dalam edisi baharu pada tahun 1984 dan 1989

(masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun

1994 (dengan tambahan 6,000 entri) dan edisi keempatnya insya-Allah pada tahun 2003

(dengan tambahan 5,000 entri). Untuk pelajar sekolah menengah, Dewan Bahasa dan

Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun

1975, sementara untuk pelajar sekolah rendah disusun dan diterbitkan Kamus Rendah

Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2002 ini dijangka terbit edisi

baharaunya dengan judul Kamus KBSR Dewan . Kamus ekabahasa bahasa Melayu yang

dirancang memuatkan 67,000 entri, iaitu Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan yang

terbit pada tahun 2007.

Tambahan itu pula, untuk keperluan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan

masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dwibahasa Bahasa

Inggeris – Bahasa Malaysia (1979, edisi kedua 2001), Kamus Inggeris – Melayu Dewan

(1991), dan Kamus Inggeris – Melayu Dewan Edisi Ringkas (1995). Kamus Bahasa

Melayu – Bahasa Inggeris yang terbit pada tahun 2007. Kamus dwibahasa lain yang telah

terbit ialah Kamus Perancis – Melayu (1996) dan kini sedang diusahakan edisi keduanya.

Yang sedang disusun ialah Kamus Bahasa Mandarin – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa

Tamil – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Thai – Bahasa Melayu dan Kamus Bahasa

Khmer – Bahasa Melayu.

13

Page 14: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Selain itu, kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu yang diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka pula telah menjangkau jumlah 24 judul setakat ini dan banyak lagi

yang dalam proses penerbitan dan penyusunan. Menurut kajian yang telah dibuat tentang

kepustakaan kamus Melayu di Malaysia, setakat ini tidak kurang daripada 552 judul

kamus telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit di negara ini. Demi memastikan

pengembangan bahasa Melayu yang lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan

kerjasama swasta telah menerbitkan kamus elektronik, iaitu Kamus Telapak BESTA

DBP-1 (1998) dan Kamus Pena Quicktionary (2000).

2.2.4 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Tatabahasa

Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan

proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah iaitu

Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang

meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta

Zaba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu

memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan

utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada

tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan

Rumi baharu sebagai buku edisi mewah.

Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu

dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II

(1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). Selain itu, banyak buku dan risalah

tatabahasa lain yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Mulai

tahun 2001, Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang penyusunan Tatabahasa Praktis

Bahasa Melayu untuk menjadi rujukan masyarakat umum. Sesuai dengan keperluan

semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan Universiti Multimedia telah

menerbitkan CD-rom Tatabahasa Melayu yang interaktif sifatnya dan dirancang

pelancarannya oleh Canselor Universiti Multimedia dalam bulan Julai 2002. Selain itu,

Dewan Bahasa dan Pustaka turut menerbitkan sejumlah buku tatabahasa lain, antaranya 14

Page 15: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

yang luas digunakan oleh pelajar di pusat pengajian tinggi termasuklah Nahu Melayu

Mutakhir oleh Prof. Asmah Haji Omar.

2.2.5 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Sebutan

Usaha untuk membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan

dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956.

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun

1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan

Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada

tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah

diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara

bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Pedoman

Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu (berserta kaset) dan Daftar

Kata Bahasa Melayu : Rumi – Sebutan – Jawi.

2.2.6 Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Laras Bahasa

Laras bahasa berkaitan dengan pelbagai bentuk penggunaan bahasa mengikut

bidang-bidang khusus, misalnya bahasa dalam bidang undang-undang, bahasa dalam

bidang sains, bahasa dalam bidang kewartawanan, bahasa dalam bidang pentadbiran dan

sebagainya. Pengayaan laras bahasa Melayu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan

15

Page 16: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat

dan juga penerbitan karya kreatif.

Bermula dari penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan, hampir

10,000 judul buku telah berhasil diterbitkan. Daripada koleksi Perpustakaan Negara

Malaysia (1966- 2001), sejumlah 105,8989 judul direkodkan sebagao buku yang

didaftarkan di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan akta Penyerahan Bahan

Perpustakaan 1966. Walaupun jumlah lebih seratus ribu judul itu turut merangkum buku

dalam bahasa lain, 60, 474 judul merupakan terbitan dalam bahasa Melayu.

3.0 PENUTUP

Perancangan bahasa terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa bahasa itu adalah

lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan untuk diperbaiki dan

sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaan, tatabahasa, istilah dan penggunaan bahasa itu

secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah

dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia memang terlibat secara langsung dalam

perancangan bahasa, lebih daripada tiga puluhtahun lalu. Sebenarnya, usaha merancangkan

16

Page 17: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga menimbulkan banyak perubahan

kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan

bahasa walaupun seribu satu dugaan yang penuh dengan halangan dan cabaran yang timbul .

Tetapi banyak juga kebaikan yang diperoleh daripada proses perancangan bahasa.

Dalam hal ini, Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa hingga ke kaca

mata global dan Malaysia pada masa kini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan

negara-negara lain. Oleh itu, perancangan bahasa ini perlulah dicatatkan dan dibukukan dalam

minda para sarjana khususnya dan juga masyarakat umumnya demi memahami konsep, falsafah

dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan perancangan bahasa itu sendiri. Uslub dan

minhaj yang proaktif dan progresif juga perlu diimplementasikan agar bahasa Melayu terus

digunakan dan tidak pupus ditelan dek zaman walaupun terdapat persaingan yang hebat anatara

bahasa antarabangsa yang lain terutamanya bahasa Inggeris.

4.0 RUJUKAN

1. Asmah Haji Omar. (1978). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus

Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

17

Page 18: ctkamalia.weebly.com · Web viewPerancangan ini meliputi aspek-aspek ekonomi dalam perancangan bahasa dan juga aspek-aspek pengurusan yang lain dalam perancangan. Selain itu, mengikut

2. Abdullah Hassan. (1989). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Awang Sariyan. (2005). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu

Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. (2010).

Fail Sosiolinguistik. Kuala Lumpur : Nusabuku Enterprise.

18