unit 1 pengenalan kepada aspek perancangan program kesihatan.pdf

Upload: jeremiah-bishop

Post on 08-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    UNIT 1

    PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

    1. Menerangkan hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku

    kesihatan.

    2. Membincangkan apakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

    3. Memahami apakah itu evolusi pengurusan program.

    4. Menerangkan reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

    PETA KONSEP TAJUK

    ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

    Budaya dan Persekitaran

    Kesihatan Sekolah

    Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan yang

    hendak dipupuk

    Pengurusan Program Kesihatan

    Reka bentuk dan Struktur Model

    Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan

    Kesihatan

    Falsafah dan Model Perancangan Program

  • 2 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    PENGENALAN

    Rajah 1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan

    Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada pendapat anda, adakah kempen seumpama ini telah mengubah interpretasi masyarakat terhadap

    kepentingan kesihatan?

    ISI KANDUNGAN

    Falsafah dan Model Perancangan Program

    Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

    mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

    meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang

    kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

    menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

    Setiap tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit telah dibelanjakan untuk mengubah perlakuan

    manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan

    usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan

    pemahaman tentang tingkah laku kesihatan dan persekitaran di mana ia berlaku. Dengan adanya

    bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih

    kepada beberapa model plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku kesihatan.

  • 3 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Bagaimana teori tingkah laku kesihatan berguna?

    Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan

    kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan

    tingkah laku tersebut.

    Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan

    penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar.

    Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang

    sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan.

    Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku

    kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial.

    Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan

    untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

    Berikut adalah sinopsis penerangan terhadap teori utama tingkah laku kesihatan di mana ia telah

    digunakan. Tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah:

    Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa

    perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu

    kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap

    semua kes.

    Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih

    belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti

    terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

    Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori

    hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis,

    topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah

    logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah

    digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau

    idea-idea yang berkaitan.

    Pendidik kesihatan selalunya menggunakan sesebuah model apabila hendak mengembangkan

    program mereka. Perancangan model digunakan untuk merancang, melaksanakan dan menilai

    program kesihatan dan menyediakan kerangka terhadap apa yang hendak dirancang.

  • 4 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Pendekatan yang terancang untuk program

    kesihatan

    Menarik minat dan

    memahami keutamaan

    pelajar

    Menilai keperluan dan

    aset keutamaan

    pelajar

    Membangun matlamat

    dan objektif program

    Perancangan intervensi

    Perlaksanaan intervensi

    Menilai kepentingan

    intervensi

    Rajah 1.2 : Model perancangan pendidikan kesihatan

    Adakah anda mempunyai idea lain bagi mengembangkan lagi teori perancangan pendidikan kesihatan seperti rajah 1.2 supaya ia lebih berkesan?

    Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah

    Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid

    secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan

    rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Tiga tunjang dalam Pendidikan

    Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri,

    perasaaan dan kekeluargaan.

  • 5 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,

    perkahwinan dan keibubapaan. Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep

    tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku

    berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada

    penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan

    bahan dan pencegahan dadah. Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan

    Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran

    dan pertolongan cemas.

    Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah

    menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan corak

    pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran

    dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan

    rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses

    mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Murid juga diajar

    menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

    Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan

    membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan,

    membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini

    juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai murni

    yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata

    pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih

    sayang dan kerjasama.

    Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan yang sihat bermula dari sekolah? Mengapa?

  • 6 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan yang hendak dipupuk di sekolah Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan

    kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang

    bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

    Objektifnya pula adalah untuk:

    i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

    ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.

    iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.

    iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

    Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan

    kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu

    budaya, antaranya:

    i. Kempen anti denggi

    ii. Taklimat, ceramah dan motivasi tentang tanggung jawab menjaga kebersihan dan

    kesihatan diri.

    iii. Mengadakan Hari Kesihatan

    iv. Program anti rokok dan dadah

    v. Menceriakan tempat-tempat rekreasi dan persekitaran sekolah

    vi. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman dan permainan

    vii. Tandas bersih

    viii. Kantin bersih dan selamat

    ix. Pertandingan kelas terbersih

    x. Pameran kesihatan

    xi. Melukis poster

    xii. Kitar semula

    xiii. Melukis mural

  • 7 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Rajah 1.3 : Contoh aktiviti kesihatan di sekolah

    Senaraikan seberapa banyak aktiviti kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah

    selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Gunakan kreativiti fikiran anda.

    Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan

    memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan

    sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

    menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai

    Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta,

    pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah

    yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Guru Besar atau Pentadbir harus memainkan peranan

    utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti

    sekitar.

    Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak

    kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Selain

    daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa

    yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam

    program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh

    membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.

    Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan

    Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan.

  • 8 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Evolusi Pengurusan Program Kesihatan

    Rajah 1.4 : Evolusi pengurusan program kesihatan

    Pada pendapat anda, bagaimana perkembangan pengurusan program kesihatan

    seperti dalam rajah 1.4 telah berkembang dari semasa ke semasa?

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________

  • 9 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Pada tahun 1950an, kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diutamakan. Ini kerana pada

    peringkat tersebut, struktur ekonomi adalah berasaskan kepada pertanian. Pada peringkat ini

    juga, majoriti populasi ditempatkan di kawasan luar bandar dengan kadar kelahiran dan kematian

    yang tinggi terutama dalam kalangan bayi yang baru dilahirkan. Untuk mengatasi masalah ini,

    kerajaan telah menyediakan perkhidmatan percuma kesihatan luar bandar termasuk penjagaan

    kesihatan komprehensif, perkhidmatan maternal dan penjagaan kesihatan bayi, penjagaan gigi,

    imunisasi, perancangan keluarga, kawalan penyakit, dan kebersihan persekitaran. Usaha

    berterusan secara berperingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar membolehkan kualitinya

    berubah. Kerajaan juga membina hospital di kawasan bandar yang mempunyai penjagaan

    kesihatan yang lebih baik berbanding unit penjagaan kesihatan luar bandar.

    Peluasan perkhidmatan kesihatan terutama pada dua abad awal selepas merdeka merupakan

    hasil daripada peningkatan dalam populasi. Pada tahun 1990an, penyakit umum seperti malaria,

    diarrhoea, malnutrition, tuberculosis yang dikaitkan dengan kemiskinan dan di bawah

    pembangunan telah diganti dengan penyakit jantung dan tekanan. Selepas 50 tahun, kesihatan

    terus menunjangi keperluan pembangunan sosial negara.

    Objektif sektor kesihatan hari ini adalah untuk memperbaiki sistem penyampaian penjagaan

    kesihatan terutama di bawah Pelan Pembangunan Kesihatan Kebangsaan. Ini termasuklah

    memantapkan empat prinsip program kesihatan sedia ada di bawah perancangan mereka.

    Pertama, program perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan. Ini melibatkan program

    gaya hidup yang antara lain menekankan kesedaran mengenai faktor tingkah laku, persekitaran,

    pekerjaan dan sosioekonomi ke atas kesihatan. Sebagai contoh:

    Program pencegahan HIV/AIDS.

    Program imunisasi untuk kanak-kanak dan hepatitis untuk dewasa.

    Program kesihatan keluarga yang mempromosi kesihatan individu, keluarga dan komuniti

    termasuk perkhidmatan perubatan khas keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1997,

    bertujuan membasmi penyakit di peringkat awal lagi.

    Program pemakanan dan nutrisi pula yang dijenamakan di bawah Pelan Tindakan Nutrisi

    Kebangsaan bertujuan memperlihatkan kepentingan ke atas keselamatan makanan dan

    kebersihan di rumah dan tempat jualan makanan.

    Program kesihatan dan kebersihan persekitaran memerlukan semua rumah di kawasan

    bandar mempunyai paip air dan membaiki air paip di kawasan luar bandar.

  • 10 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Program keselamatan pekerjaan dan kesihatan ingin mewujudkan budaya dan

    persekitaran kerja yang selamat termasuk mengetatkan undang-undang untuk

    mengurangkan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

    Prinsip kedua adalah program perkhidmatan penjagaan kesihatan meliputi pembinaan dan

    melahirkan kemudahan perubatan baru seperti peralatan dan teknologi terkini serta

    penambahbaikan ke atas kemudahan sedia ada. Berbanding 50 tahun yang lepas, dua hospital

    berteknologi IT telah dibina sejak tahun 2000. Kerajaan juga membangunkan klinik dan klinik

    bidan dan komuniti yang diberi kemudahan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

    Perkhidmatan kesihatan bergerak untuk kawasan luar bandar juga telah diperbaiki.

    Ketiga, program kesihatan guna tenaga dengan menekankan program latihan. Personel

    kesihatan, doktor, pakar perubatan dan doktor gigi dilatih di Malaysia dan luar negara. Langkah

    terakhir adalah program penyelidikan dan pembangunan kesihatan. Institut Penyelidikan

    Perubatan (IMR) membangunkan metod untuk mengawal penyakit utama yang berjangkit dan

    tidak berjangkit. IMR juga berfungsi sebagai pusat kerjasama untuk badan kesihatan dunia untuk

    ekologi, taksonomi, dan pengawalan penyakit malaria, filariasis dan denggi.

    Berbanding tahun 50an, peranan perkhidmatan kesihatan swasta juga sudah meningkat. Kini

    hampir 300 hospital swasta wujud terutama di kawasan bandar. Dasar penswastaan juga melihat

    wujudnya hubungan antara hospital kerajaan dan pihak swasta terutama melalui perkhidmatan

    bukan perubatan seperti pengurusan bekalan bio-perubatan, mengurus perkhidmatan dan

    kemudahan yang lain.

    Reka bentuk dan Struktur Model

    Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan

    Semenjak 30-40 tahun yang lepas, banyak inisiatif pendidikan telah berlaku dan berkembang.

    Pelbagai kumpulan sasaran dan isu telah dibincangkan dan kaedah penilaian berbeza yang telah

    meninggalkan satu persoalan. Apakah rahsia sebenar untuk berjaya? Apakah kaedah yang telah

    berjaya digunakan dan dianggap sebagai komponen penting dalam program Pendidikan

    Kesihatan dan tujuan yang serius dalam meningkatkan kesihatan individu dan komuniti?

  • 11 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    KOMPONEN ASAS

    Penglibatan Peserta

    Perancangan

    Sumber dan keperluan

    Program yang komprehensif

    Program bersepadu

    Program jangka panjang

    Mengubah pandangan masyarakat

    Kajian dan penilaian

    Pendidikan kesihatan berasaskan bukti adalah berasaskan teori dan telah terbukti melalui

    keberkesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik

    mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk

    keputusan dalam amalan pendidikan kesihatan.

    Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

    berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak

    diubah dan dinamakan sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal

    pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

    perkhidmatan.

    Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran

    latihan berkesan supaya dapat mempercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui

    kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan

    strategi yang digunakan adalah :

    Rajah 1.5 : Komponen asas perancangan Program Pendidikan Kesihatan

  • 12 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    1. Penglibatan peserta

    Masyarakat perlu melibatkan diri dalam semua fasa termasuk mengenal pasti keperluan

    masyarakat, menyenaraikan bantuan yang diperlukan, merancang dan menjalankan

    program dan menilai keputusan. Penglibatan yang besar daripada masyarakat dapat

    meningkatkan kesan terhadap program.

    2. Perancangan

    Beberapa tahun diperlukan untuk mengubah daripada konsep asal kepada memberi

    khidmat. Perancangan juga merangkumi mengenal pasti masalah kesihatan, mengenal

    pasti sasaran tingkah laku dan faktor persekitaran.

    3. Keperluan dan sumber bantuan

    Dalam melaksanakan program, penting untuk mengetahui keperluan pendidikan

    kesihatan yang diperlukan, kapasiti masyarakat dan sumber sedia ada.

    4. Program yang menyeluruh

    Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

    termasuk perbezaan tingkat sasaran seperti individu, keluarga, organisasi dan

    masyarakat secara menyeluruh. Ia dirancang untuk mengubah bukan sahaja risiko

    tingkah laku tetapi juga faktor dan keadaan untuk mengekalkan tingkah laku.

    5. Program bersepadu

    Program yang dijalankan hendaklah bersepadu di mana setiap komponen program

    sepatutnya diperkuatkan dengan komponen lain. Program yang mahu dijalankan

    hendaklah secara fizikalnya disepadukan dan disesuaikan dalam keadaan di mana

    mereka tinggal selain daripada suasana persekitarannya.

    6. Perubahan jangka masa panjang

    Program pendidikan kesihatan seharusnya direka untuk menghasilkan perubahan yang

    berkekalan dan berpanjangan terhadap tingkah laku kesihatan. Ini memerlukan keperluan

    jangka masa panjang program dan perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

    yang berkekalan.

  • 13 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    7. Mengubah pandangan masyarakat

    Bagi mendapatkan kesan terhadap keseluruhan organisasi atau masyarakat, program

    pendidikan kesihatan mestilah mampu untuk mengubah pandangan masyarakat dan

    piawaian tingkah laku. Masyarakat perlu terlibat secara menyeluruh dan didedahkan

    dengan tujuan program pendidikan kesihatan.

    8. Kajian dan penilaian

    Penilaian yang menyeluruh dan kajian lanjutan sangat diperlukan bukan sahaja dengan

    menilai kesan program tetapi dengan menilai semula proses dan kaedah perancangan di

    mana melibatkan kos yang berpatutan dan berkesan.

    Rancang satu pengurusan program kesihatan di sekolah. Kemudian, bincangkan

    komponen-komponen asas dalam perancangan seperti di dalam rajah 1.5 secara terperinci.

    RUMUSAN

    1. Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

    mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

    meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang

    kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

    menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

    2. Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-

    murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta

    penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran.

    3. Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan

    kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran

    yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

  • 14 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    4. Program - program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu

    akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.

    Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana

    pembelajaran yang menyeronokkan.

    5. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak

    kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Pihak

    sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang

    mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau

    kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya

    satu budaya.

    6. Para profesional pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

    berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti

    latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

    perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan

    proses penyebaran latihan berkesan dapat dipercepatkan dan mengurangkan pembelajaran

    melalui kaedah cuba jaya.

  • 15 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Kajian dan penilaian

    Menilai semula proses dan kaedah perancangan

    Mengubah pandangan masyarakat

    Menetapkan piawaian tingkah laku

    Program jangka panjang

    Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

    Program bersepadu

    Program yang komprehensif

    Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

    Sumber dan keperluan

    Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

    Perancangan

    Mengenalpasti masalah kesihatan Faktor persekitaran

    Penglibatan Peserta

    Mengenalpasti keperluan masyarakat Merancang dan menjalankan program

    PETA KONSEP

  • 16 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    KATA KUNCI

    1. Teori Tingkah Laku Kesihatan

    2. Pengurusan Program Kesihatan

    3. Budaya Kesihatan Sekolah

    4. Evolusi Pengurusan Kesihatan

    5. Komponen Asas Perancangan

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Terangkan mengenai hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku

    kesihatan.

    2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

    3. Bagaimanakah pengurusan program kesihatan telah berkembang dari zaman selepas

    merdeka sehingga sekarang?

    4. Terangkan secara terperinci ciri-ciri reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

    5. Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan

    supaya program kesihatan di Malaysia memberi kesan yang optimum kepada masyarakat?

    RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan (1998). Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) http://ms.wikipedia.org/wiki/PendidikanJasmani/DefinisiPendidikanJasmanidanKesihatan http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20

    %20dan%20Kesihatan World Health Organization (WHO). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

  • 17 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian, Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan. bil. 12

  • 18 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

    Kajian dan penilaian

    Menilai kesan program Menilai semula proses dan kaedah perancangan

    Mengubah pandangan masyarakat

    Menetapkan piawaian tingkah laku Perlu terlibat secara menyeluruh

    Program jangka panjang

    Keperluan jangka masa panjang perjalanan program Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

    Program bersepadu

    Komponen program diperkuatkan dengan komponen lain Disepadukan dan disesuaikan dalam pelbagai persekitaran

    Program yang komprehensif

    Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak Mengubah risiko tingkah laku

    Sumber dan keperluan

    Mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan

    Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

    Perancangan

    Mengenalpasti masalah kesihatan Mengenalpasti sasaran tingkah laku Faktor persekitaran

    Penglibatan Peserta

    Mengenalpasti keperluan masyarakatMenyenaraikan bantuan yang

    diperlukanMerancang dan menjalankan program

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS