penggunaan teknologi maklumat dan …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah...

27
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN. HAZMAN BIN ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungdang

Post on 16-May-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN.

HAZMAN BIN ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN: 2008-2009

Saya HAZMAN BIN ALI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

LOT 818 NO 74B, PN.CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA PENGKALAN BAHARU, BINTI ABDULLAH 34900 PANTAI REMIS, PERAK. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ...................................................................

Nama Penyelia : PN. CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA BINTI ABDULLAH

Tarikh : ...................................................................

Page 4: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN.

HAZMAN BIN ALI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : HAZMAN BIN ALI

Tarikh : ........................................................

Page 6: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Ali Bin Talib dan Habsah @ Hasmah Binti Idris serta

Bapa dan ibu mertuaku,

Md Sarif Bin Ahmad dan Hamidah Binti Hasan

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

maha mengetahui dan membalasnya .

Istimewa buat

Isteri yang dicintai Hanita binti Md Sarif

Pengorbanan dan keiklasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganku

Serta

Untuk anak-anak yang dikasihi

Nur Hanis, Nur Afiqah, Muhammad Afiq

Nurul Amni dan Nurul Amalin

Semoga dengan kejayaan Ayahanda ini menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Pn. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

Page 7: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada, Pn. Christina

Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-

saranan yang bernas, sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan

masa menyemak laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan.

Kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,Jabatan Pelajaran

Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Pusat Kegiatan Guru Pantai Remis

serta guru besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pantai Remis, Sekolah

Kebangsaan Sungai Batu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Sekolah

Kebangsaan Beruas, Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah dan Sekolah Kebangsaan

Gangga amatlah saya hargai dan ribuan terima kasih diucapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan

akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-

rakan seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran,

sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai

Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan

populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul dengan

menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan

perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Analisis dibuat secara

kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada

penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak

tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di

kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap yang positif

dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian

menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan

ICT dalam pengajaran mereka. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran

sekolah khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah

(PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia

khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan

komputer.

Page 9: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of knowledge, skills, attitude

and the problems faced by the teachers in the usage of Information and

Communication Technology (ICT) from six schools in the Pantai Remis Zone,

Manjung District. The research samples are 120 teachers representing the overall

population for the research. The primal data has been collected using questionnaires

and analyzing the data using “Statistical Package Of The Social Sciences” (SPSS).

Analyzing has been done using descriptive statistics in the form of frequency and

percentage. The finding of the experiment shown that the ICT knowledge among the

teachers are high but the skills of ICT are low. Teachers also have a positive attitude

in the field of ICT during the teaching and learning process. The finding also shows

that the teachers do not face a serious problem in the usage of ICT in their teachings.

This is very important for the School Administration especially The Parents and

Teachers Association, District Education Office, State Education Department and

The Education Ministry in particular to plan strategic plans in the aspect of human

development especially in training and the school’s infrastructure including

computers facilities.

Page 10: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

Page 11: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

viii

1.8 Definasi Istilah 11

1.8.1 Pengetahuan ICT 11

1.8.2 Kemahiran ICT 12

1.8.3 Sikap 13

1.8.4 Penggunaan ICT 13

1.8.5 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 14

1.8.6 Pembestarian Sekolah 14

1.8.7 Guru-Guru 15

1.8.8 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 15

1.8.9 Sekolah 15

1.9 Kesimpulan 16

2 SOROTAN PENULISAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 18

2.3 Pengetahuan dan Kemahiran ICT 19

2.4 Aplikasi ICT Dalam Pendidikan 21

2.4.1 Penggunaan Literasi Komputer Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. 21

2.4.2 Penggunaan Bahan CD Multimedia 22

2.4.3 Penggunaan Internet Dalam Pendidikan 23

2.4.4 Penggunaan Komputer Conferencing 23

2.5 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 25

2.6 Peranan ICT Dalam Pendidikan 26

2.7 Tahap Penggunaan ICT Dalam Pendidikan 27

2.8 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 30

2.9 ICT Memudahkan Tugas Guru 31

2.10 Masalah Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru 32

2.11 Peranan Guru 34

2.12 Kesimpulan 35

Page 12: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Prosedur Kajian 37

3.4 Populasi Kajian 38

3.5 Sampel Kajian 39

3.6 Instrumen Kajian 40

3.6.1 Bahagian A 41

3.6.2 Bahagian B 42

3.6.3 Bahagian C 42

3.6.4 Bahagian D 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Analisis Data 44

3.9 Kesimpulan 46

4 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Data 47

4.2.1 Bahagian A 49

4.2.1.1 Jantina 49

4.2.1.2 Pemilikan Komputer 49

4.2.1.3 Bilangan Kursus ICT Yang Dihadiri 50

4.2.1.4 Penggunan Makmal Komputer 50

4.2.1.5 Pengalaman Mengajar 51

4.2.2 Bahagian B 51

4.2.2.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian

Pertama 52

4.2.3 Bahagian C 54

4.2.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian

Kedua 55

Page 13: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

x

4.2.4 Bahagian D 57

4.2.4.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian

Ketiga 57

4.2.4.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian

Keempat 59

4.3 Kesimpulan 62

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan Kajian 64

5.2.1: Latarbelakang Guru 64

5.2.2: Pengetahuan Guru-Guru Terhadap

Penggunaan ICT Dalam P&P 66

5.2.3 Kemahiran Guru-Guru Terhadap

Penggunaan ICT Dalam P&P 69

5.2.4 Sikap Guru-Guru Terhadap

Penggunaan ICT Dalam P&P 71

5.2.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-

Guru Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P 73

5.3 Ringkasan 75

5.4 Cadangan 76

5.4.1 Guru 76

5.4.2 Pihak Sekolah 76

5.4.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 77

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.6 Penutup 78

Page 14: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

xi

RUJUKAN 80

Lampiran A – E 88

Page 15: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan responden 38

3.2 Bilangan sampel 39

3.3 Pembahagian dan taburan bilangan soal selidik 40

3.4 Skala pemeringkatan likert 43

3.5 Skala pemeringkatan likert diterbitkan 44

3.6 Tahap skala dan markah ujian 45

3.7 Pengredan UTM ( Polisi dan Kod Amalan P&P UTM 2007) 45

3.8 Tahap skala dan kemahiran ICT 46

4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

4.2 Taburan responden mengikut pemilikan komputer 49

4.3 Taburan responden mengikut bilangan kursus

ICT yang dihadiri 50

4.4 Taburan responden mengikut penggunaan makmal

komputer 50

4.5 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 51

4.6 Tahap skala markah ujian 51

4.7 Pengetahuan sedia ada guru-guru terhadap penggunaan

ICT dalam proses P&P. 52

4.8 Keputusan keseluruhan ujian 53

4.9 Tahap skala dan tahap kemahiran 54

4.10 Kemahiran sedia ada guru-guru terhadap penggunaan

ICT dalam proses P&P. 54

4.11 Keputusan keseluruhan tahap kemahiran 56

Page 16: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

xiii

4.12 Skala Likert 57

4.13 Sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam

Proses P&P 57

4.14 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru

terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P 59

Page 17: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

xiv

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

IT Teknologi Maklumat

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

MS Microsoft

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

PKG Pusat Kegiatan Guru

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

STS Sangat Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

S Setuju

SS Sangat Setuju

STT Saya Tidak Tahu Caranya

SPP Saya Tahu Tapi Perlu Pertolongan

ST Saya Tahu Buat Sendiri

SBM Saya Boleh Mengajar Orang Lain

B Betul

S Salah

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f Frekuensi

% Peratus

Page 18: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik. 88

B Analisis SPSS Alpha Kajian rintis 95

C Pengesahan item soal selidik 96

D Surat dari KPM 97

E Surat dari JPN Perak 98

F Surat kebenaran mendapatkan maklumat 99

G Jadual penentuan sampel oleh Krejeie R.V and Morgan 100

Page 19: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang

amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya

pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid

menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan

kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat,

ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT)

mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah

bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan

penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan

matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa

program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer

pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan

komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995

Page 20: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

2

telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah

untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-

program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada

tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan

pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan

dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT

dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan

berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-

langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah

memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan

ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan

penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan

infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer

riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih

guru berkaitan ICT.

Perkembangan dalam ICT pula menjanjikan potensi besar dalam merubah

cara seseorang pelajar belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan

setiap maklumat dan sebagainya. Boleh dikatakan ICT merupakan satu inovasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar dan guru-guru akan

berpeluang menimba ilmu dan bertukar-tukar maklumat melalui komputer diantara

satu sama lain.

ICT juga menyediakan pelbagai peluang kepada pendidik mengaplikasikan

pelbagai teknik pembelajaran dan pelajar pula diberi peluang meneroka dan

mengawal sesuatu sesi pembelajaran. Sumber maklumat serta rujukan tidak lagi

terikat dengan buku teks atau buku rujukan semata-mata tetapi lebih luas dari itu.

Dengan adanya ICT menerusi internet akan menambahkan lagi kemampuan

Page 21: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

3

pencapaian maklumat, di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan

pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai

pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi

menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para

pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam

penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi

ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti

buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era teknologi maklumat

dan globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang diguna

pakai bagi beberapa dekad yang lalu. Dewasa ini, ICT telah pun diterapkan ke dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua matapelajaran, baik di peringkat

universiti, kolej, sekolah menengah mahupun sekolah rendah secara berperingkat-

peringkat. Para pendidik di semua peringkat cuba sedaya upaya untuk menggunakan

ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan input yang

terbaik kepada pelajar-pelajar mereka.

Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai inisiatif untuk melengkapkan diri

serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT dan dapat

mengaplikasikannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun

dikatakan masih agak ramai lagi golongan guru yang tidak menyedari kepentingan

ICT dan multimedia dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Misalnya kajian Juriah, Nik Rahimi et.al (2001) terhadap 110 orang guru Bahasa

Page 22: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

4

Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang mengajar di Sekolah Bestari di

Selangor, Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan tentang kesediaan guru-guru

bahasa menggunakan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran mendapati

guru-guru masih kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka. Begitu juga kajian Mazyla dan Nor Fadila (2004) mendapati guru teknikal

tidak menggunakan ICT dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

walaupun mereka diberi kemudahan yang cukup. Ini menunjukan bahawa ada

golongan guru tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan dan keupayaan ICT di

sekolah masing-masing, walaupun kerajaan telah membekalkan peralatan dan

keperluan ICT yang secukupnya. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa

faktor yang mendorong guru-guru tersebut tidak menggunakan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling

(2005) menyatakan terdapat cabaran dan masalah dalam penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap negatif guru terhadap penggunan

ICT dan guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT untuk

proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini disokong oleh Yuszalina (2005) dalam kajiannya mendapati tahap

pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru kemahiran hidup dalam penggunaan

ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah berada di tahap rendah. Ini

menunjukkan ada sebahagian guru-guru masih belum bersedia memperlengkapkan

diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT untuk kegunaan diri

sendiri atau semasa pengajaran dan pembelajaran. Jika sikap guru seperti ini yang

tidak mahu meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang ICT untuk kegunaan

pengajaran dan pembelajaran mereka, maka matlamat kerajaan untuk

memperkasakan sekolah kebangsaan dan membestarikan sekolah tidak akan tercapai.

Mengapa perkara ini terjadi? Adakah sikap guru dipersalahkan atau kementerian

yang tidak memberi input pengetahuan ICT yang secukupnya kepada guru-guru di

sekolah?

Page 23: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

5

Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad ada mengingatkan para

guru bahawa “kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur

teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang

disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.

(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001). Untuk menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi, guru perlu mempunyai kemahiran ICT yang secukupnya. Guru perlu

tahu bagaimana menyediakan persembahan menggunakan komputer, melayari

internet, melayari e-mel, menggunakan perinsip multimedia dalam pengajaran dan

tahu menginovasikan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ekhwan (2004), menyatakan kebanyakan guru masih lemah dalam

kemahiran komputer, iaitu sebanyak 68% guru tidak mempunyai kemahiran

pengendalian komputer. Ini disokong oleh Norizan (2005) dalam kajiannya

mendapati majoriti guru tidak mempunyai kemahiran komputer yang baik, iaitu

pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan

Microsoft Powerpoint jelas menunjukkan guru masih memerlukan tunjuk ajar.

Manakala tentang kemahiran dalam penggunaan Microsoft Access dan perisian

multimedia seperti Paint dan Photoshop dan peralatan multimedia seperti pengimbas,

kamera digital dan video digital amat rendah. Begitu juga dengan kemahiran

melakukan aktiviti perhubungan secara elektronik seperti e-mel, chat, dan kumpulan

perbincangan, serta penerokaan untuk mendapatkan maklumat menggunakan CD-

ROMs dan internet juga berada pada tahap kemahiran rendah. Kemahiran

menggunakan perisian-perisian dan peralatan-peralatan ICT sangat penting untuk

membolehkan seseorang guru menghasilkan pelbagai dokumen-dokumen seperti

soalan ujian, surat-surat, nota rujukan, mencipta persembahan, membina graf dan

carta, menerima dan mengirim maklumat dan sebagainya telah tidak dikuasai dengan

baik oleh guru. Oleh itu, masalah berkaitan dengan kemahiran komputer guru-guru

adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Page 24: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

6

Kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-guru kurang kompeten

dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer kerana kurangnya

pengetahuan, contohnya pencarian maklumat menggunakan internet akan menjadi

lebih lama atau tidak boleh dijalankan kerana guru tidak mempunyai pengetahuan

tentang pencarian di internet.

Menurut Mona (2006) pula, seseorang guru perlu menguasai beberapa

kategori kemahiran yang penting untuk diiktirafkannya sebagai guru yang cekap

dalam amalan dan penggunaan ICT. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh

guru ialah:

• Pemprosesan perkataan dan penerbitan desktop

• Persembahan slaid

• Hamparan elektronik

• Pengkalan data

• Menyemak laman web

• Merekabentuk laman web

• Mengurus e-mel

• Kamera digital

• Pengetahuan jaringan komputer sekolah

• Pengurusan fail dan perisian windows

• Muat turun perisian dari web

• Menginstal perisian komputer

• Peranti storan berhubung komputer

• Pengetahuan hak cipta pendidikan

• Pengetahuan sekuriti komputer

Untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran ICT di atas, guru perlu

mempunyai sikap yang positif dalam diri mereka untuk mempelajari, menguasai dan

seterusnya menggunakan ilmu-ilmu ini dalam mendidik pelajar-pelajar mereka.

Walau bagaimanapun Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling (2005) dalam kajian

Page 25: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

7

mereka mendapati terdapat masalah dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana sikap negatif guru terhadap penggunan ICT untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu matlamat KPM dalam PPIP untuk

memperkasakan sekolah kebangsaan dalam bidang ICT tidak akan tercapai jika sikap

guru yang negatif terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Salah satu sikap yang biasa ditemui dikalangan guru adalah sikap negatif

yang tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan.

Kebanyakan guru agar sukar untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran

mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam

pengajaran. (Zainuddin, 2008)

Selain daripada sikap guru yang negatif terhadap penggunaan ICT, terdapat

beberapa masalah lain yang menyekat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling (2005),

menyatakan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, ini termasuklah kekangan

menghabiskan sukatan mata pelajaran dalam masa yang singkat. Oleh itu adakah

guru berpeluang mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuannya dalam

bidang ICT semasa pengajaran dan pembelajaran jika guru dibebani dengan pelbagai

kerenah pengkeranian dan bebanan pencapaian akademik yang baik sebagai kayu

ukuran kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Ini ditambah pula dengan

konsep sistem pendidikan kita yang masih lagi mengejar sukatan yang perlu

dihabiskan dalam masa yang singkat dan ditambah pula dengan pelbagai beban tugas

yang tidak sepatutnya dibebani oleh seorang guru.

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah adakah para guru khususnya guru

sekolah kebangsaan telah mempunyai tahap kemahiran yang baik dalam penggunaan

ICT, sejauh manakah guru-guru dapat menguasai kemahiran tersebut dan apakah

persepsi guru terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan. Pengetahuan dan

Page 26: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

8

kemahiran guru terhadap ICT dalam pendidikan sangat penting kerana merekalah

orang yang mencorak dan membentuk generasi muda ke arah persediaan

menghadapi ledakan teknologi maklumat. Terdapat guru yang mungkin

beranggapan penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran akan menambahkan

tugas sedia ada guru kerana penggunaan ICT memerlukan kemahiran baru serta

perancangan pengajaran yang rapi. Pengetahuan yang sedikit dalam penggunaan

ICT akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut. Keadaan ini menyukarkan guru kerana mereka terpaksa mempelajari

kemahiran baru. Ketidaksediaan guru dalam meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran menggunakan ICT akan menimbulkan masalah dan menyebabkan

wawasan negara tidak tercapai. Oleh itu, untuk intergrasikan penggunaan ICT dalam

pendidikan, pemahaman dan penguasaan guru-guru tentang ICT amat penting supaya

guru dapat mengeksploitasi maklumat yang diperolehi. Oleh yang demikian, kajian

perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan dalam

bidang ICT dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan dan mendapat maklumat

tentang sikap dan masalah-masalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini penting sebagai langkah awal meninjau ke arah persediaan

guru menghadapi perubahan penggunaan ICT sepenuhnya dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran

ICT dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga

dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-

masalah penggunaan ICT yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan zon Pantai Remis di Negeri Perak.

Sebanyak enam buah sekolah kebangsaan yang terlibat dalam kajian ini.

Page 27: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN …€¦ · kalangan guru-guru pula adalah rendah. ... sekolah khususnya Persatuan Ibubapa ... sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan

terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan

terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru

terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:

1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah sikap guru-guru sekolah kebangsaan tentang penggunaan ICT

semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan

ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?