unit 1 pengenalan kepada aspek perancangan program kesihatan

18
PENGENALA HASIL PEMBELAJAR Di akhir unit ini, anda diharap 1. Menerangkan hala kesihatan. 2. Membincangkan apa 3. Memahami apakah i 4. Menerangkan reka b PETA KONSEP TAJ Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah Matlamat dan Objek Pendidikan Kesihatan Hendak Dipupuk Falsafah d Perancanga Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Prog UNIT 1 AN KEPADA ASPEK PERANCANG PROGRAM KESIHATAN RAN p dapat : tuju falsafah, model perancangan program dan teo akah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah. itu evolusi pengurusan program. bentuk dan struktur model program kesihatan. JUK ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN ktif n Yang k Pengurusan Program Kesihatan Reka bentuk dan Struktur Model Perancangan, p penilaian prog Kesi dan Model an Program 1 gram Kesihatan GAN ori tingkah laku perlaksanaan dan gram Pendidikan ihatan

Upload: zuraida-ariff

Post on 25-Oct-2015

341 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

1. Menerangkan hala tuju falsafah, model perancangan program dan

kesihatan.

2. Membincangkan apakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

3. Memahami apakah itu evolusi pengurusan program.

4. Menerangkan reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK

Budaya dan Persekitaran

Kesihatan Sekolah

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang

Hendak Dipupuk

Falsafah dan Model Perancangan Program

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat :

Menerangkan hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku

Membincangkan apakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

Memahami apakah itu evolusi pengurusan program.

Menerangkan reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK

ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang

Hendak Dipupuk

Pengurusan Program Kesihatan

Reka bentuk dan Struktur Model

Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan

Kesihatan

Falsafah dan Model Perancangan Program

1Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN

teori tingkah laku

Reka bentuk dan

Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan

Kesihatan

Page 2: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan

Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada

pendapat anda, adakah kempen seumpama ini telah mengubah inte

kepentingan kesihatan?

ISI KANDUNGAN

Falsafah dan Model Perancangan Program

Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

meningkatkan tahap kesihatan,

kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

Setiap tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit

manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan

usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan

pemahaman tentang tingkah laku kesihatan

bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih

kepada beberapa model plan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Rajah 1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan

Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada

pendapat anda, adakah kempen seumpama ini telah mengubah interpretasi masyarakat terhadap

Falsafah dan Model Perancangan Program

Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang

kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

Setiap tahun, pelbagai usaha dan wang ringgit telah dibelanjakan untuk mengubah perlakuan

manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan

usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan

pemahaman tentang tingkah laku kesihatan dan persekitaran di mana ia berlaku. Dengan adanya

bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih

model plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku kesihatan.

2Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Anda mungkin pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti rajah 1.1. Pada

pretasi masyarakat terhadap

Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang

kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

telah dibelanjakan untuk mengubah perlakuan

manusia. Sesetengah usaha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian menunjukkan

usaha yang berjaya itu bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan berlandaskan

dan persekitaran di mana ia berlaku. Dengan adanya

bantuan, pengurusan dan penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan boleh beralih

yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku kesihatan.

Page 3: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

3Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Bagaimana teori tingkah laku kesihatan berguna?

Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan

kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan

tingkah laku tersebut.

Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan

penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar.

Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang

sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan.

Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku

kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial.

Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan

untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

Berikut adalah sinopsis penerangan terhadap teori utama tingkah laku kesihatan di mana ia telah

digunakan. Tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah:

Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa

perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu

kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap

semua kes.

Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih

belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti

terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori

hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis,

topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah

logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah

digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau

idea-idea yang berkaitan.

Pendidik kesihatan selalunya menggunakan sesebuah model apabila hendak mengembangkan

program mereka. Perancangan model digunakan untuk merancang, melaksanakan dan menilai

program kesihatan dan menyediakan kerangka terhadap apa yang hendak dirancang.

Page 4: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

4Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Pendekatan yang terancang untuk program

kesihatan

Menarik minat dan

memahami keutamaan

pelajar

Menilai keperluan dan

aset keutamaan

pelajar

Membangunkan matlamat dan objektif

program

Perancangan intervensi

Perlaksanaan intervensi

Menilai kepentingan

intervensi

Rajah 1.2 : Model perancangan pendidikan kesihatan

Adakah anda mempunyai idea lain bagi mengembangkan lagi teori perancangan

pendidikan kesihatan seperti rajah 1.2 supaya ia lebih berkesan?

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah

Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid

secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan

rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Tiga tunjang dalam Pendidikan

Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri,

perasaaan dan kekeluargaan.

Page 5: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

5Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,

perkahwinan dan keibubapaan. ‘Gaya Hidup Sihat’ merupakan tunjang yang kedua, dan konsep

tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku

berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada

penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan

bahan dan pencegahan dadah. Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan

Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran

dan pertolongan cemas.

Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah

menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan corak

pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran

dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan

rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses

mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Murid juga diajar

menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan

membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan,

membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini

juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai murni

yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata

pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih

sayang dan kerjasama.

Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan yang sihat bermula dari sekolah?

Mengapa?

Page 6: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

6Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk di Sekolah

Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan

kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang

bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

Objektifnya pula adalah untuk:

i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.

iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.

iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti-Aktiviti yang Boleh Dilaksanakan di Sekolah

Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan

kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu

budaya, antaranya:

i. Kempen anti denggi

ii. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggung jawab menjaga kebersihan dan

kesihatan diri.

iii. Mengadakan Hari Kesihatan

iv. Program anti rokok dan dadah

v. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

vi. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan

vii. Tandas bersih

viii. Kantin bersih & selamat

ix. Pertandingan kelas terbersih

x. Pameran kesihatan

xi. Melukis poster

xii. Kitar semula

xiii. Melukis mural

Page 7: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

7Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Rajah 1.3 : Contoh aktiviti kesihatan di sekolah

Senaraikan seberapa banyak aktiviti kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah

selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Gunakan kreativiti fikiran anda.

Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan

memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan

sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai

Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta,

pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah

yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Guru Besar atau Pentadbir harus memainkan peranan

utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti

sekitar.

Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak

kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Selain

daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa

yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam

program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh

membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.

Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan.

Page 8: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

8Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Evolusi Pengurusan Program Kesihatan

Rajah 1.4 : Evolusi pengurusan program kesihatan

Pada pendapat anda, bagaimana perkembangan pengurusan program kesihatan

seperti dalam rajah 2.4 telah berkembang dari semasa ke semasa?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Page 9: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

9Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Pada tahun 1950an, kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diutamakan. Ini kerana pada

peringkat tersebut, struktur ekonomi adalah berasaskan kepada pertanian. Pada peringkat ini

juga, majoriti populasi ditempatkan di kawasan luar bandar dengan kadar kelahiran dan kematian

yang tinggi terutama di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Untuk mengatasi masalah ini,

kerajaan telah menyediakan perkhidmatan percuma kesihatan luar bandar termasuk penjagaan

kesihatan komprehensif, perkhidmatan maternal dan penjagaan kesihatan bayi, penjagaan gigi,

imunisasi, perancangan keluarga, kawalan penyakit, dan kebersihan persekitaran. Usaha

berterusan secara berperingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar membolehkan kualitinya

berubah. Kerajaan juga membina hospital di kawasan bandar yang mempunyai penjagaan

kesihatan yang lebih baik berbanding unit penjagaan kesihatan luar bandar.

Peluasan perkhidmatan kesihatan terutama pada dua abad awal selepas merdeka merupakan

hasil daripada peningkatan dalam populasi. Pada tahun 1990an, penyakit umum seperti malaria,

diarrhoea, malnutrition, tuberculosis yang dikaitkan dengan kemiskinan dan di bawah

pembangunan telah diganti dengan penyakit jantung dan tekanan. Selepas 50 tahun, kesihatan

terus menunjangi keperluan pembangunan sosial negara.

Objektif sektor kesihatan hari ini adalah untuk memperbaiki sistem penyampaian penjagaan

kesihatan terutama di bawah pelan pembangunan kesihatan kebangsaan. Ini termasuklah

memantapkan empat prinsip program kesihatan sedia ada di bawah perancangan mereka.

Pertama, program perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan. Ini melibatkan program

gaya hidup yang antara lain menekankan kesedaran mengenai faktor tingkah laku, persekitaran,

pekerjaan dan sosioekonomi ke atas kesihatan. Sebagai contoh:

Program pencegahan HIV/AIDS.

Program imunisasi untuk kanak-kanak dan hepatitis untuk dewasa.

Program kesihatan keluarga yang mempromosi kesihatan individu, keluarga dan komuniti

termasuk perkhidmatan perubatan khas keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1997,

bertujuan membasmi penyakit di peringkat awal lagi.

Program pemakanan dan nutrisi pula yang dijenamakan di bawah Pelan Tindakan Nutrisi

Kebangsaan bertujuan memperlihatkan kepentingan ke atas keselamatan makanan dan

kebersihan di rumah dan tempat jualan makanan.

Program kesihatan dan kebersihan persekitaran memerlukan semua rumah di kawasan

bandar mempunyai paip air dan membaiki air paip di kawasan luar bandar.

Page 10: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

10Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Program keselamatan pekerjaan dan kesihatan ingin mewujudkan budaya dan

persekitaran kerja yang selamat termasuk mengetatkan undang-undang untuk

mengurangkan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

Prinsip kedua adalah program perkhidmatan penjagaan kesihatan meliputi pembinaan dan

melahirkan kemudahan perubatan baru seperti peralatan dan teknologi terkini serta

penambahbaikan ke atas kemudahan sedia ada. Berbanding 50 tahun yang lepas, dua hospital

berteknologi IT telah dibina sejak 2000. Kerajaan juga membentuk klinik dan klinik bidan dan

komuniti yang diberi kemudahan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Perkhidmatan

kesihatan bergerak untuk kawasan luar bandar juga telah diperbaiki.

Ketiga, program kesihatan guna tenaga dengan menekankan program latihan. Personel

kesihatan, doktor, pakar perubatan dan doktor gigi dilatih di Malaysia dan luar negara. Langkah

terakhir adalah program penyelidikan dan pembangunan kesihatan. Institut Penyelidikan

Perubatan (IMR) membangunkan metod untuk mengawal penyakit utama yang berjangkit dan

tidak berjangkit. IMR juga berfungsi sebagai pusat kerjasama untuk badan kesihatan dunia untuk

ekologi, taksonomi, dan pengawalan penyakit malaria, filariasis and denggi.

Berbanding tahun 50an, peranan perkhidmatan kesihatan swasta juga sudah meningkat. Kini

hampir 300 hospital swasta wujud terutama di kawasan bandar. Dasar penswastaan juga melihat

wujudnya hubungan antara hospital kerajaan dan pihak swasta terutama melalui perkhidmatan

bukan perubatan seperti pengurusan bekalan bio-perubatan, mengurus perkhidmatan dan

kemudahan yang lain.

Reka bentuk dan Struktur Model

Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan

Semenjak 30-40 tahun yang lepas, banyak inisiatif pendidikan telah berlaku dan berkembang.

Pelbagai kumpulan sasaran dan isu telah dibincangkan dan kaedah penilaian berbeza yang telah

meninggalkan satu persoalan. Apakah rahsia sebenar untuk berjaya? Apakah kaedah yang telah

berjaya digunakan dan dianggap sebagai komponen penting dalam program pendidikan kesihatan

dan tujuan yang serius dalam meningkatkan kesihatan individu dan komuniti?

Page 11: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Program jangka panjang

Mengubah pandangan masyarakat

Kajian dan penilaian

Pendidikan kesihatan berasaskan bukti adalah berasaskan teori

keberkesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik

mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk

keputusan dalam amalan pendidikan kesihatan

Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak

diubah dan dinamakan sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah

pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

perkhidmatan.

Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran

latihan berkesan supaya dapat mempercepatkan

kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan

strategi yang digunakan adalah :

Rajah 1.5 : Komponen asas perancangan

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

KOMPONEN ASAS

Penglibatan Peserta

Perancangan

Sumber dan keperluan

Program yang komprehensif

Program bersepadu

Program jangka panjang

Kajian dan penilaian

Pendidikan kesihatan berasaskan bukti adalah berasaskan teori dan telah terbukti melalui

kesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik

mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk

keputusan dalam amalan pendidikan kesihatan.

Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak

diubah dan dinamakan sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal

pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran

latihan berkesan supaya dapat mempercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui

kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan

strategi yang digunakan adalah :

Rajah 1.5 : Komponen asas perancangan Program Pendidikan Kesihatan

11Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Sumber dan keperluan

dan telah terbukti melalui

kesanan menerusi kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaedah sistematik

mencari, menilai dan menggunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebagai asas untuk

Ahli profesional dalam pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sedikit sebanyak

untuk mengenal

pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran

dan mengurangkan pembelajaran melalui

kaedah cuba jaya. Komponen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan kesihatan dan

rogram Pendidikan Kesihatan

Page 12: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

12Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

1. Penglibatan peserta:

Masyarakat perlu melibatkan diri dalam semua fasa termasuk mengenal pasti keperluan

masyarakat, menyenaraikan bantuan yang diperlukan, merancang dan menjalankan

program dan menilai keputusan. Penglibatan yang besar daripada masyarakat dapat

meningkatkan kesan terhadap program.

2. Perancangan

Beberapa tahun diperlukan untuk mengubah daripada konsep asal kepada memberi

khidmat. Perancangan juga merangkumi mengenal pasti masalah kesihatan, mengenal

pasti sasaran tingkah laku dan faktor persekitaran.

3. Keperluan dan sumber bantuan

Dalam melaksanakan program, penting untuk mengetahui keperluan pendidikan

kesihatan yang diperlukan, kapasiti masyarakat dan sumber sedia ada.

4. Program yang menyeluruh

Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

termasuk perbezaan tingkat sasaran seperti individu, keluarga, organisasi dan

masyarakat secara menyeluruh. Ia dirancang untuk mengubah bukan sahaja risiko

tingkah laku tetapi juga faktor dan keadaan untuk mengekalkan tingkah laku.

5. Program bersepadu

Program yang dijalankan hendaklah bersepadu di mana setiap komponen program

sepatutnya diperkuatkan dengan komponen lain. Program yang mahu dijalankan

hendaklah secara fizikalnya disepadukan dan disesuaikan dalam keadaan di mana

mereka tinggal selain daripada suasana persekitarannya.

6. Perubahan jangka masa panjang

Program pendidikan kesihatan seharusnya direka untuk menghasilkan perubahan yang

berkekalan dan berpanjangan terhadap tingkah laku kesihatan. Ini memerlukan keperluan

jangka masa panjang program dan perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

yang berkekalan.

Page 13: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

13Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

7. Mengubah pandangan masyarakat

Bagi mendapatkan kesan terhadap keseluruhan organisasi atau masyarakat, program

pendidikan kesihatan mestilah mampu untuk mengubah pandangan masyarakat dan

piawaian tingkah laku. Masyarakat perlu terlibat secara menyeluruh dan didedahkan

dengan tujuan program pendidikan kesihatan.

8. Kajian dan penilaian

Penilaian yang menyeluruh dan kajian lanjutan sangat diperlukan bukan sahaja dengan

menilai kesan program tetapi dengan menilai semula proses dan kaedah perancangan di

mana melibatkan kos yang berpatutan dan berkesan.

Rancang satu pengurusan program kesihatan di sekolah. Kemudian, bincangkan

komponen-komponen asas dalam perancangan seperti di dalam rajah 1.5 secara terperinci.

RUMUSAN

1. Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan

meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang

kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk

menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

2. Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-

murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta

penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran.

3. Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan

kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran

yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

Page 14: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

14Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

4. Program - program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu

akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.

Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan.

5. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak

kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Pihak

sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang

mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau

kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya

satu budaya.

6. Para profesional pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti

berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti

latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan

perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan

proses penyebaran latihan berkesan dapat dipercepatkan dan mengurangkan pembelajaran

melalui kaedah cuba jaya.

Page 15: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menetapkan piawaian tingkah laku

Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Mengenalpasti masalah kesihatan

Mengenalpasti keperluan masyarakat

PETA KONSEP

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Kajian dan penilaian

Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Mengubah pandangan masyarakat

Menetapkan piawaian tingkah laku

Program jangka panjang

Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Program bersepadu

Program yang komprehensif

Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Sumber dan keperluan

Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

Perancangan

Faktor persekitaran

Penglibatan Peserta

Merancang dan menjalankan program

15Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Sumber sedia ada

Faktor persekitaran

Merancang dan menjalankan program

Page 16: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

16Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

KATA KUNCI

1. Teori Tingkah laku Kesihatan

2. Pengurusan Program Kesihatan

3. Budaya Kesihatan Sekolah

4. Evolusi Pengurusan Kesihatan

5. Komponen Asas Perancangan

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan mengenai hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku

kesihatan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

3. Bagaimanakah pengurusan program kesihatan telah berkembang dari zaman selepas

merdeka sehingga sekarang?

4. Terangkan secara terperinci ciri-ciri reka bentuk dan struktur model program kesihatan.

5. Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan

supaya program kesihatan di Malaysia memberi kesan yang optimum kepada masyarakat?

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan. (1998).

Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

http://ms.wikipedia.org/wiki/PendidikanJasmani/DefinisiPendidikanJasmanidanKesihatan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan

World Health Organization (WHO). Health education: Theoretical concepts, effective strategiesand core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

Page 17: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

17Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik

Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian, Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan. bil. 12

Page 18: Unit 1 Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menilai kesan program

Menetapkan piawaian tingkah laku

Keperluan jangka masa panjang perjalanan program

Komponen program diperkuatkan dengan komponen lain

Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan

Mengenalpasti masalah kesihatan

Mengenalpasti keperluan masyarakat

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Kajian dan penilaian

Menilai kesan program Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Mengubah pandangan masyarakat

Menetapkan piawaian tingkah laku Perlu terlibat secara menyeluruh

Program jangka panjang

Keperluan jangka masa panjang perjalanan program Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Program bersepadu

Komponen program diperkuatkan dengan komponen lain Disepadukan dan disesuaikan dalam pelbagai persekitaran

Program yang komprehensif

Bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak Mengubah risiko tingkah laku

Sumber dan keperluan

Mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

Perancangan

Mengenalpasti masalah kesihatan Mengenalpasti sasaran tingkah laku Faktor persekitaran

Penglibatan Peserta

Mengenalpasti keperluan masyarakat Menyenaraikan bantuan yang diperlukan Merancang dan menjalankan program

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

18Pengenalan Kepada Aspek Perancangan Program Kesihatan

Menilai semula proses dan kaedah perancangan

Perlu terlibat secara menyeluruh

Perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan

Disepadukan dan disesuaikan dalam pelbagai persekitaran

Mengubah risiko tingkah laku

Sumber sedia ada

Faktor persekitaran

Merancang dan menjalankan program