warisan budaya cina

17
WARISAN BUDAYA CINA Adat Budaya Cina Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum- kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung

Upload: khairiah-yusof

Post on 31-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Warisan Budaya Cina

WARISAN BUDAYA CINA

 

Adat Budaya Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh

persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik

mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang

larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan

seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kelahiran 

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.           

    Sewaktu Mengandung 

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Page 2: Warisan Budaya Cina

         Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

         Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

 

         Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

 

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali

Page 3: Warisan Budaya Cina

pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Page 4: Warisan Budaya Cina

         Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

         Bunyi nama mestilah sedap didengar.

         Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

         Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

         Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

 

 

 

Di Sunting dan Sumber dari Perpustakaan Negara Malaysia

 

Tuesday, 1 January 2008

Page 5: Warisan Budaya Cina

ADAT RESAM & PANTANG LARANG KAUM CINA

Penyapu

Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan

penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh

disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak

boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di

rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa

perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak

dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah.

Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa

tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu boleh‘diugut’

sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan.

Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah

seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan.

Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk

mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.

Nombor 

Page 6: Warisan Budaya Cina

Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum

Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti

menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai

boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling

digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin

bererti tuah.

Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor

plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara

umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-

masing.

Misai dan Janggut 

Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa

kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-

wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai

tidak akan membawa tuah kepadanya. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut

akan di kategorikan sebagai

pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur,

justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

Kuku jari kaki dan tangan 

Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan

mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong

mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh

digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu.

Page 7: Warisan Budaya Cina

Airmata anjing

Adalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak

apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhenti-henti,

bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang

Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan

memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek

moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata

tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu.

Ada yang percaya bahawa sesiapa yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka

akan ditimpa kematian.

Lain-lain kepercayaan dan pantang larang.

- Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu

atau ayahnya

- Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti

seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang

sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara

11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.

- Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap

sebagai benda pembawa tuah.

Page 8: Warisan Budaya Cina

Perkahwinan CinaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suatu perkahwinan Dinasti Qing. Kedua-dua ibu bapa diberikan tempat duduk. Pengantin perempuan memakai topi

biru, menghidang tehke ibu. Pengantin lelaki biasanya memakai selendang berbentuk "X" di hadapannya. Kadang-

kadang "X" itu termasuk sebuah alat pemanah besar atau bunga, walaupun ia tidak ditunjukkan dalam gamabr ini

Perkahwinan Cina (Bahasa Cina: 婚姻; pinyin: hūn yīn) secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga

berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan

norma masyarakat etnik Cina.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1     Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme   

2     Perkahwinan Cina prasejarah   

o 2.1      Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal   

o 2.2      Perkahwinan antara adik-beradik   

o 2.3      Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis   

o 2.4      Perkahwinan sistem saka dan monogami   

3     Upacara amal perkahwinan tradisional   

4     Proses penceraian tradisional   

5     Poligami   

o 5.1      Perkahwinan ganti tikar   

o 5.2      Isteri berbilang dengan status sama   

Page 9: Warisan Budaya Cina

o 5.3      Sekedudukan   

o 5.4      Poliandri   

6     Rujukan   

7     Lihat juga   

[sunting]Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme

Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada

kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, insestelah ditakrifkan

sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah

keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama

keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan

sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan

anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga,

bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap

sebagai unit asas masyarakat Cina. Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan

kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-

puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-

perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga

isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik.

[sunting]Perkahwinan Cina prasejarah

[sunting]Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal

Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin. Mereka

dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat

terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi

tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi

peradaban"Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau

suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga.

[sunting]Perkahwinan antara adik-beradik

Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam kebudayaan Cina, pernah dilaporkan

dalam mitologi Cina yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan

antara Nüwa(perempuan) dan Fu Xi (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak

mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu,

mereka ke bukit Kunlun Shan dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka

berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami

dengan kabus. Supaya dapat melindungi rasa malunya, Nüwa dikatakan melitupi merah mukanya dengan

Page 10: Warisan Budaya Cina

sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di China, pengantin-pengantin perempuan masih

mengamalkan adat resam yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.

[sunting]Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis

Dalam masyarakat Cina, lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama

keluarga yang sama (ini tidak lagi diendahkan pada zaman baru-baru ini ketika jumlah penduduk Cina

bertambah sehingga mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama mungkin tidak mempunyai

sebarang hubungan antara satu sama lain). Perkahwinan tersebut diperlihatkan sebagai inses dan

dianggap akan membawa risiko terhadap kelahiran anak yang cacat. Bagaimanapun, perkahwinan antara

seorang anak lelaki dengan saudara-saudara sebelah ibunya tidak diperlihatkan sebagai inses. Klan-klan

yang berbeza mungkin mempunyai lebih daripada satu nama keluarga. Dari segi sejarah, terdapat banyak

klan yang penting yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China kuno, seperti puak Huang Di yang

mempunyai nama keluarga Ji, nama keluarga orang biasa, dan puak Yan Di yang mempunyai nama

keluarga Jiang. Oleh sebab perkahwinan dengan saudara-saudara sebelah ibu tidak dianggap sebagai

inses, keluarga-keluarga itu kadang-kadang berkahwin antara satu generasi dengan generasi yang lain.

Dengan masa berlalu, perpindahan orang-orang Cina semakin meningkat. Pasangan-pasangan berkahwin

dalam apa yang dipanggil perkahwinan luar klan, atau lebih dikenali sebagai perkahwinan antitesis. Ini

terjadi pada pertengahan Zaman Batu Baru, iaitu sekitar 5000 SM. Menurut cendekiawan-cendekiawan

Cina moden daripada aliran fikiran Marxisme, sistem saka (iaitu sistem kuasa ibu) diamalkan dalam

masyarakat ketika itu, dan suami-suami diperlukan tinggal dengan keluarga isterinya. Bagaimanapun,

lelaki-lelaki itu masih merupakan ahli keluarga kandung mereka. Apabila suami isteri meninggal dunia,

mereka dikebumikan secara berasingan di dalam perkuburan klan masing-masing. Anak-anak

dikebumikan dengan ibu mereka.

Perkahwinan antitesis masih berlaku di China moden. Di Yunnan, lelaki dan perempuan dalam kelompok

minoriti yang dikenali sebagai Nakhi membentuk pasangan sementara dan mereka menggelar satu sama

lain sebagai "Ahchu" dan bukannya "suami dan isteri". "Ahchu" lelaki tinggal dan bekerja di rumah "Ahchu"

perempuan.

[sunting]Perkahwinan sistem saka dan monogami

Dalam perkahwinan sistem saka, seorang lelaki yang menjadi menantu akan tinggal di dalam rumah

isterinya. Dia juga diperlukan menukarkan nama keluarganya menjadi nama keluarga isterinya. Ini berlaku

dalam peralihan daripada perkahwinan antitesis kepada monogami yang menandakan kemerosotan sistem

saka serta pertumbuhan penguasaan sistem baka (iaitu sistem kuasa bapa) di China kuno.

[sunting]Upacara amal perkahwinan tradisional

Page 11: Warisan Budaya Cina

Suatu perkahwinan moden dijalankan dalam suatu formatDiansti Ming.

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden,

perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin

perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan

nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.

Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat

enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket.

Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan

mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu

ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak

rapat atau langsung dikenali.

Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap

pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah

sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.

Harga pengantin perempuan  (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang

risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat

pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.

Page 12: Warisan Budaya Cina

Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat

resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang

biasa.

Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.

Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan

pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa

bahagian yang teliti:

Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke

rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan,

sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada),

serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah

pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin

perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut

berbeza-beza dari tempat ke tempat.

Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat,

pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa

pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

Jamuan Perkahwinan : Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-

jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih

penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti

menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

[sunting]Proses penceraian tradisional

Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:

1. Perceraian tanpa kesalahan : Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-907), sebuah

perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan

perceraian.

2. Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan

jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar

untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya.

3. Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi

undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang

berikut:

1. Isteri tidak taat kepada ibubapa mentua. Ini menyebabkan mentua berupaya

membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.

2. Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.

Page 13: Warisan Budaya Cina

3. Isteri tidak beradab atau berzina.

4. Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau

mengambil gundik.

5. Isteri mempunyai penyakit yang keji.

6. Isteri suka mengumpat.

7. Isteri mencuri.

Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya.

Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:

1. Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.

2. Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.

3. Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.

Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari

masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930.

[sunting]Poligami

Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami,

khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina tradisional.

Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan tersurat, kecuali sebagai cara

untuk memperoleh anak-anak lelaki.

Amalan poligini dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada bilangan perempuan yang boleh

didapat, serta keupayaan seseorang lelaki untuk menyara mereka. Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad

kepada golongan atasan dan kelas menengah manakala di kalangan mereka yang

lain, monogami bolehlah dianggap sebagai norma. Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah

tentang kejadian poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih ditonjolkan

dalam rekod-rekod tersebut.

[sunting]Perkahwinan ganti tikar

Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana seseorang lelaki berkahwin

dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian diperluas untuk merangkumi saudara-saudara

sepupu atau perempuan-perempuan daripada klan yang sama.

Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang sama dengan

perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun juga selepas isterinya telah

meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan

amalan ini juga berlaku pada zaman-zaman yang kemudian.

Page 14: Warisan Budaya Cina

[sunting]Isteri berbilang dengan status sama

Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui mempunyai banyak maharani.

Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan-keadaan yang khas. Umpamanya semasa

perang, sepasangan suami isteri mungkin berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya

telah meninggal dunia. Dia berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih

hidup. Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui.

Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang bertujuan khusus untuk

melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga. Dikenali sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang

lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan

persetujuan bersama, dia boleh mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan

menjadi cucu dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa saudara

yang lain.

Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama

keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja

Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab

bapa, tetapi masih hendak mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan

suami isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya. Mereka harus mengambil anak

angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang

luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris. Perkahwinan-perkahwinan

pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.

[sunting]Sekedudukan

Perempuan-perempuan yang menjadi gundik diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan

dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan. Perkahwinan

perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam

hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya. Pada umumnya, mereka datang daripada

status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi. Perempuan-perempuan yang lari bersama

kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa

mereka.

Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir

selalu boleh mempunyai banyak gundik.

Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi,

seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal

jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka. Seorang lelaki

yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin"

dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan

Page 15: Warisan Budaya Cina

oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun

perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.

Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar

China. Sejak pembukaan sempadan China pada dekad 1970-an, ahli-ahli perniagaan dariHong

Kong dan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar. Sejak dari masa itu, amalan ini

juga mempengaruhi orang-orang kaya tempatan. [1].

[sunting]Poliandri

Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal macam ini, ini hanya

idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka mungkin berkahwin secara tidak

bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman

dahulu, perempuan yang telah masuk ke rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan

perlu patuh pada undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada

isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil [xiao bai lian] tetapi tidak berkahwin dan dengan itu tidak mungkin

mempunyai banyak suami.

[sunting]Rujukan

1. ↑  "Gundik-gundik Cina Baru".