utusan malaysia€¦ · berbangga dengan produk warisan juga sangat penting. "katanya, di...

3
UTUSAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Dec-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSAN MALAYSIA€¦ · berbangga dengan produk warisan juga sangat penting. "Katanya, di sesetengah negara Jepun, masyarakatnya sangat menghalgpi budaya dan warisan pakaian merel

UTUSAN MALAYSIA

Page 2: UTUSAN MALAYSIA€¦ · berbangga dengan produk warisan juga sangat penting. "Katanya, di sesetengah negara Jepun, masyarakatnya sangat menghalgpi budaya dan warisan pakaian merel

6-MEGA UTUSAN MALAYSIA. RABU 29 OKTOBER 2014

mode rJ " ", I'

1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111

Turun naik indust batik Malaysia Fabrik warisan yang perlu dipertahankan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF [email protected]

INDUSTRI batik Malaysia semakin suram dan tidak mustahil ia akan terns layu jika tiada usaha lebih giat untuk mengembalikan

. kegemilangannya seba~ai fabrik wansan negara.

Keadaan ini sudah tentu menggusarkan bukan sahaja kepada pencinta fabrik tersebut malah lebih penting pengusaha­pengusaha batik yang menyaksikan lambakan produk mereka akibat pasaran kurang memberangsangkan.

Pengasas dan Pengernsi Eksekutif. Noar Arfa Batik Holding Sdn. Bhd. (Noar Arfa Batik), Wan Mohamed Ariffin Wan Long, turut akur dengan perkembangan tersebut dan mahukan sesuatu dilakukan bagi memberi suntikan segar kepada industri tersebut.

"Kita pemah melalui zaman

kegemilangan ketika batik diangkat sebagai fabrik kebangsaan dan mendapat promosi besar-besaran oleh isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood.

"Pemergian Allayarhamah nyata memberi kesan yang besar pada industri yang sejak empat tahun lalu dilihat semakin suram;' katanya pada pertemuan di Butik Noar Arfa Batik di bangunan Busana@Mara, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, barn-barn inL

Selain itu kata Wan Mohamed Ariffin, sokongan masyarakat yang harns berbangga dengan produk warisan juga

sangat penting. "Katanya, di sesetengah negara

Jepun, masyarakatnya sangat menghalgpi budaya dan warisan pakaian merel meskipun gaya hidup mereka jauh moden.

"Kita rakyat Malaysia juga perlu mengambil contoh tersebut dengan menjaga dan mengekalkan warisan demi generasi akan datang.

"Saya percaya industri batik akan bertahan tetapi pada masa yang juga harns mengikut perkembangan peredaran zaman.

"Kita perlu idea-idea barn dan yang memenuhi cita rasa masyarakaWml ini. Lagipun, batik mernpakan produk fleksibel yang boleh disesuaikan trend fesyen semasa dan kalau kita selalu promosi ia akan terns popular;' ujamya yang telah 30 tahun terbabit dalam industri batik.

Selaku antara pelopor industri batik di negara ini, menurnt Wan Mohamed Ariffin, Noar Arfa Batik mempunyai

Page 3: UTUSAN MALAYSIA€¦ · berbangga dengan produk warisan juga sangat penting. "Katanya, di sesetengah negara Jepun, masyarakatnya sangat menghalgpi budaya dan warisan pakaian merel

UTUSAN MALAYSIA. RABU 29 OKTOBER 2014 MEGA-7

mode 1111111 11111111111111 111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111I11111111111111

peranan yang besar bagi menaikkan kembali industri batik di persada tanahair.

"Saya melihat batik semakin kurang mendapat temp at di hati rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan promosi yang tidak banyak dilakukan.

"Langkah memperkenalkan batik di luar negara juga sudah semakin kurang dilaku¥n. Kita pernah melakukannya (promosi) sebelum ini, namun kurang berjaya kerana karni kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak sewajarnya.

"Untuk menembusi pasaran luar negara jugabukan mudah walaupun Noor Arfa Batik sendiri sudah lama bertapak dan membina nama di tanah air;' katanya.

Melihat kepada perkembangan tersebut, katanya, Noor Arfa Batik berusaha mencari kelainan dengan menceburkan diri dalam industri fesyen batik.

Begitupun, cabaran dunia tanpa sempadan pada hari ini membuatkan industri batik juga mendapat tempiasnya.

Katanya, pasaran fabrik dan fesyen tempatan sekarang dilambakan dengan produk dari luar seperti Vietnam, China dan Indonesia dengan tawaran harga yang lebih murah.

"Sekian lama juga karni mencuba menempatkan produk Noor Arfa Batik di pusat membeli belah terkemuka seperti Suria KLCC, sebagai langkah promosi kepada'pelancong asing, malangnya peluang sangat tipis berikutan persaingan dengan

( terkenal dunia, ndlClUVUU harga sedikit

lneJIlberi saingan, selaku penggiat batik saya tetap berbangga warisan dan kualiti batik

dihasilkan di Malaysia;'

MOHAMED iUlFFIN WAN LONG

ITANYA rahsia Arfa Batik mampu kekal bertahan sehingga ke hari ini dengan

mempunyai pengikut dan perninat tersendiri, Wan Mohamed Ariffin berkata, ia terletak pada kualiti produk yang sentiasa dijaga dan dipantau.

"Bermula daripada pemilihan bahan mentah (fabrik) yang terbaik hingga kepada teknik pembuatan dan proses menghasilkan batik, semuanya mengikut prosedur telah ditetapkan.

"Namun, sejak akhir-akhir ini kami menghadapi kekangan mendapatkan sumber kain putih yang berkualiti dari negara China.

"Ini kerana permintaan kain putih dari pelanggan lain yang inginkan harga murah menyebabkan kualiti fabrik turut menurun.

"Hasilnya jika kualiti fabrik tidak bagus, produk yang dihasilkan juga tidak berkualiti walau teknik penghasilan batik masih menggunakan kaedah yang sarna.

"Sebagai langkah penyelesaian, karni merancang untuk menghasilkan sendiri kain putih menggunakan benang yang diimport dari China. Kami juga merancang untuk mengupah kilang-kilang penghasilan kain tenun di sini mengikut standard kami;' katanya.

Dalam pada itu menurut Wan Mohamed Ariffin lagi, penglibatan Noor Arfa Batik sebagai penaja bersama Pertandingan Jarum Berlian 2014 anjuran , Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), merupakan platform terbaik untuk pihaknya mencungkil dan mencari bakat baharu dalam industri fesyen batik.

Katanya, pihaknya menyambut baik pertandingan ini dengan memberi peluang kepada pemenang dan peserta yang layak mendapat tunjuk ajar serta bimbingan daripada tenaga mahir di syarikat tersebut

"Mereka akan diajar dan

diasith dengan menggunakan khidmat pereka fesyen dari Noor Arfa Batik dalam usaha membimbing mereka menjadi pereka muda yang berbakat.

"Penggunaan batik adalah keutamaan kami selain menonjolkan batik sebagai fesyen untuk rekaan pakaian. Mereka boleh kreatif dan berinovasi dengan idea masing-masing. Produk-produk yang dihasilkan mereka akan dijual di butik kami menggunakan nama mereka;' katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak Mara kerana banyak membantu dan memberikan sokongan kepada usahawan batik dari aspek promosi dan sewaan kedai dengan harga yang berpatutan.

Buat masa ini Noor Arfa Batik mempunyai enam cawangan di seluruh negara.

I<olel<si percutian Coach

MEMASUKI hujung . tahun semangat untuk bercuti

semakin menyala apatah lagi setelah setahun berkerja keras mengejar kecemerlangan dalam

kerjaya. Jika memilih untuk menghabiskan

percutian dengan melancong ke destinasi pilihan, lazimnya mahu sekadar santai terutama dari segi penampilan dengan gaya kasual dan ringkas.

Namun, tidak kurangjuga yang mengambil kesempatan untuk memenuhi jemputan keraian majlis perkahwinan, parti dan sebagainya yang memerlukan

penampilan lebih menonjol. Justeru sempena musim percutian 2014

ini, Coach muncul dengan koleksi beg tangan, aksesori, barangan kemas dan jam yang memenuhi konsep percutian untuk wanita dan lelaki.

Koleksi kali ini lebih segar dengan mengambil kira apa yang sebenarnya wanita hari ini mahukan.

Ia mengangkat elemen-elemen perjalanan yang bermula dan berakhir di New York sebagai inspirasi, iaitu ringkas, santai dan bersifat peribadi.

Menampilkan ciri-ciri baharu seperti penggunaan kulit metalik yang berkilau dengan perincian logam pada tali dan gancu beg.

Tidak ketinggalan beg kulit cetakan digital versi 1930-an yang ditemui di kedai vintage di Los Angeles, dicipta khusus untuk wanita moden.

Untuk berangan kemas pula, loket logam dilarik yang cukup halus untuk digandingkan dengan rantai panjang kulit yang kelihatan rugged untuk digayakan sepanjang percutian nanti.

Apa pun koleksi kali ini bakal membuatkan penampilan sepanjang bercuti lebih bergaya tanpa perlu berkomprorni dengan keselesaan ketika bergerak ke sana­sini.